Saturday, October 31, 2009

LDP dan Pelbagai Tafsiran - Terima Kasih Kerana Jujur Walaupun Kamu Membuat Satu Salah Laku

Salam semua!
Hari ini hari Sabtu dan saat ini hujan sedang mencurah-curah membasahi Bumi.
Usai pulang dari sekolah.
Melunaskan cuti berganti sempena Deepavali yang aku tidak merasai dan disambung dengan kursus LDP.

LDP
Latihan Dalam Perkhidmatan.
Disebabkan jadual aku hari ini sudah diwarnai oleh TIGA jamuan makan, aku merasakan ia lebih kepada LDP juga.
Lebihan Dalam Perut.
Lemak Di Pinggang.

10 Pagi - Jamuan sempena majlis kursus.
1 petang - Kami warga sekolah dijemput hadir ke majlis jamuan Guru Besar Sekolah Rendah.
4.30 petang - Jamuan minum petang usai LDP.

Hasilnya aku merasakan perlu menahan nafsu makan selama beberapa hari agar lemak-lemak hilang dan terbang. Hari ini kepala pusing. Terkenang akan kelas-kelas yang dilalui oleh aku hari ini. Terlampau banyak suka dan duka serta cerita jenaka.

http://blogstore.lomluang.com/coffeeprince/coffeeprince_cartoons/coffeeprince_cartoon11.jpg
[Gambar penghargaan di SINI]

Disebabkan kesilapan kecil GPK memberikan kelas ganti kepada aku hari ini, aku bertembung dengan peristiwa yang enak dan menghiburkan.

Masa Ke-7 : Kelas 2 IK
Ada 3 pelajar lelaki sahaja di dalam kelas.

Aku : Mana orang lain?
Pelajar : Waktu KH cikgu. Semua pergi bengkel.

Aku duduk dan hati terdetik sesuatu yang kurang menyenagkan. Tangan pantas membuka Buku Pergerakan Kelas 2 IK di atas meja. Mata tertancap di jadual. Waktu ke-7 tatkala ini, dan seharusnya memang kelas KH, bukan Bahasa Inggeris yang sepatutnya diganti oleh aku.

Aku : Siapa ajar awak KH?
Pelajar : Cikgu STR.
Aku : Saya nampak Cikgu STR tadi, dia ke bengkel. Awak semua ponteng ya? (nada tinggi)
Pelajar : (muka pucat)
Aku : Pergi bengkel sekarang.
Pelajar : Baik cikgu (bergegas keluar tanpa membawa sebarang buku)
Aku : Buku mana?! Tutup kipas!
Pelajar : (seorang kembali dan melaksanakan arahan aku)

...dan aku memerhatikan mereka sehingga mereka masuk ke bengkel. Untuk memastikan mereka tidak melarikan diri dari ke kelas lagi. Oh, ini bukan kali pertama aku menangkap pelajar ponteng kelas selama aku memulakan tugas, tetapi ini kali pertama berjumpa 3 orang yang jujur kerana ponteng.

Malam ini ada Maskara Shorties.
Sedihnya tidak dapat ke Rumah Pena.
Sumpah!
Sungguh sedih.
Tok Rimau, Saudagar Garam, Dean Sham - jangan lupakan aku ya?

Zara : Hujan masih lebat di luar. Mungkin akan keluar sebentar esok. Aku kehilangan tanda nama. Entah, lupa letak di mana. Cuai!Benci! Sudah aku gunakan semenjak dua tahun lepas. Penuh dengan memori dari zaman Latihan Mengajar.


Oh, aku punya undian yang terbaru di tepi. Jika ada masa, luangkan masa untuk mengundi ya? Dan aku tidak kisah berapa kali kamu mahu mengundi. Terima kasih semua! Selamat berhujung minggu.

Friday, October 30, 2009

Meniru Dan Bersikap Biadap : Itu Memang Tergolong Dalam Jenayah Yang Tiada Ampun.

Salam semua.
Hari ini hari Jumaat - Hari keempat aku menjalankan kehidupan sebagai guru di sekolah.
Peperiksaan sedang berjalan untuk pelajar Tingkatan Satu, Dua dan Empat.

Memang benci budak-budak meniru.
Sumpah, jangan meniru. Lebih baik tanya jawapan pada aku!
Kawan yang ditanya juga bukan manusia yang suka akan pembelajaran.
Untuk apa meniru manusia begitu?!

...dan semalam mahu menunjuk lagak di hadapan guru baru seperti aku...
Guna bahasa tempatan di dalam kelas dan mahu meniru ketika peperiksaan.
Bagus!
Memang laju sahaja meluncur jeritan dari anak tekak aku.

http://blogstore.lomluang.com/coffeeprince/coffeeprince_cartoons/coffeeprince_cartoon13.jpg
[Gambar penghargaan di SINI]

Bila ditegur, muka ketat!
Bila ditegur perangai yang biadap, hidung mula meninggi.
Dada dibusung tinggi!

Cakap mahu hebat, ayat yang dikeluarkan mahu nampak gah.
Siapa kamu tanpa keluarga?!

"Ayah saya kerja bagus. Cikgu-cikgu di sekolah ini, tahap bawah tapak kaki saya sahaja"
(sambil menunjukkan tapak kasut)

Eh, kalau kamu hamburkan ayat begitu dengan aku, sumpah aku sudah heret kamu keluar kelas. Sudah pasti aku akan pastikan kamu akan membayar harga yang setimpal atas kelancangan mulut kamu. Itu kita panggil biadap manusia! Umur baru 14 tahun jangan berlagak sudah tahu semua!

Balik rumah tengok diri kamu!
Ibu bapa kerja baik, kamu perangai macam ini?
Apa kamu makan sampai sikap kamu begini?
Lekatkah ilmu di hati?
Cermin bakal hancur menjadi debu dengan perangai kamu!

Jangan sebab perangai kamu, semua bakal terpalit kecelakaannya.
Bahana apa anak kecil?
Jangan pernah mencari bala.
Jangan pernah melekehkan tugas seorang guru.

Kesabaran sentiasa batasan.
Jangan biarkan hidup menemui kemusnahan akibat taksub dengan dunia yang tanpa sempadan!
Siapa yang bakal dalam kesakitan?
Tepuk badan!

Zara : Esok Sabtu dan aku perlu menghadirkan diri ke sekolah untuk Hari Profesionalisme dan Hari Sekolah Ganti.

Thursday, October 29, 2009

Sahabat, Kalau Kamu Baca Ini, Aku Mahu Kamu Tahu Yang Aku Sedang Mencari Kamu Wahai Teman

Kamu teman.
Kamu sahabat.
Kamu sentiasa menjadi pendorong aku.

Tatkala aku ditimpa kesusahan, kesempitan, kamu pasti akan menarik aku agar aku kuat dan begitu juga sebaliknya.
Sejak bila sudah ada rahsia antara kita?
Sejak bila di antara kita sudah tiada nilai kepercayaan?

Sahabat, kamu paling mengerti aku.
Sekilas aku menidak akan kebenaran kamu akan cepat menghidu.
Panggilan telefon tidak berjawab, pesanan ringkas tidak berbalas.
Jangan buat aku nanar!

Sudah terlampau banyak yang aku hadapi sekarang.
Cinta yang buat aku kehilangan arah dan mencari kekuatan.
Pekerjaan yang aku sedang bina dengan bersungguh-sungguh.
Penat dan aku semakin hilang asas diri.
Tapi bila terkenangkan kamu yang hilang secara tiba-tiba, air mata aku mengalir.
Sumpah!

http://i259.photobucket.com/albums/hh283/mikka_12/coffee%20prince/cartoon6.jpg
[Gambar penghargaan di SINI]

Aku sedang menangis tatkala menulis ini buat kamu.
Aku buka Mukabuku tiada kamu.
Aku capai Si Merah mencari kamu juga tidak ketemu.
Aku menunggu di Skype juga kamu tidak muncul.
Air mata semakin deras mengalir.
Jangan seksa aku sahabat.

Jiwa aku semakin rapuh.
Tolong selamatkan aku.
Aku sendirian ketika ini.

Zara : Hati sedang rapuh. Hati sedang kosong. Aku benci bila aku jadi manusia terakhir dan langsung tiada kepentingan dalam hidup dia. Aku bukan yang terbaik buat dia lagi. Nampaknya aku perlu bercakap dengan Dinding Biru kembali.


Suara Berfrekuensi Tinggi Sudah Diperdengarkan Pada Hari Kedua : Oh, Manusia Ini Tidak Pernah Sombong

Hari kedua aku menjalankan tugas di sekolah.
Masuk ke kelas demi kelas - melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan.
Oh, belum mendapat jadual waktu sendiri dan ketika ini aku hanya mengambil jadual waktu guru-guru yang sibuk dengan mesyuarat atau mengikuti penandaan peperiksaan PMR.

Aku menerima beberapa surat elektronik dan rungutan dari kalangan kamu yang aku sudah mula sombong.
Sumpah, aku tidak begitu!
Aku berlumba-lumba dengan diri sendiri untuk meluangkan masa membaca penulisan kamu dan membalas kunjungan kamu ke Dunia Sebelah Zara. Maaf jika aku tidak meninggalkan jejak di blog kalian, ada lebih dua ratus blog yang aku baca setiap hari - makanya aku terpaksa mengerah diri mengetahui tentang apa yang kamu tulis. Sungguh, aku rindu kamu semua!

Ada juga yang bertanya mengapa tiada lagi gambar aku di dalam blog ini.
Walhal buat mereka yang mempunya Mukabuku aku, mereka seharusnya mengetahui apa yang aku lakukan. Buat mereka yang merindui wajah bulat aku, sila berurusan di Mukabuku aku. *ketawa*

http://blogstore.lomluang.com/coffeeprince/coffeeprince_cartoons/coffeeprince_cartoon02.jpg
[Gambar penghargaan di SINI]

Buat mereka yang masih tertanya-tanya mengapa tiada jawapan setiap kali menggoncang Mukabuku aku walaupun status aku jelas dikemaskini, aku mahu mengingatkan kalian bahawa aku menggunakan perkhidmatan Twitter dengan telefon genggam setiap kali aku mengemaskini status. Disebabkan aku menghubungkan Twitter dan Mukabuku, maka ia memang akan terpancar ke sana juga.

Sila hubungi aku di talian peribadi jika benar merindui aku.*ketawa*
 [Oh, sila gunakan alamat elektronik aku di bahagian data peribadi aku jika mahu bertanya mengenainya]

 
[Untuk gambar yang lebih jelas, sila tekan SINI]

Ya, itu wajah guru muda di hari pertama.
Maaf terlambat dimuatnaik buat tatapan kalian. Oh, sila rahsiakan gambar ini dari pengetahuan sesiapa yang mempunyai kaitan dengan bahagian pendidikan. *senyum*

...dan aku ingin mengucapkan tahniah buat pelajar yang telah menerima kejutan dengan suara aku yang berfrekuensi tinggi sewaktu menjaga peperiksaan. Sila pastikan tiada cubaan meniru bila menjawab peperiksaan. Aku lebih rela pelajar bertanya kepada aku dari meniru rakan sendiri yang entah boleh dipercayai atau tidak.



Oh, kalau mahu meniru, jangan meniru kertas Bahasa Malaysia 2. Itu kan karangan?

Zara : Bakal melalui hari ketiga di sekolah dan Sabtu ini aku akan bersekolah seperti biasa dan diikuti dengan Hari Profesionalisme. Bakal terlepas satu acara yang hebat di Kuala Lumpur. Maafkan aku.

Wednesday, October 28, 2009

Badan Pakaian Seragam, Persatuan, Sukan : Mungkinkah Aku Perlu Menyarungkan Jersi Bola Sepak Selepas Ini?

Semalam ketika sesi suai kenal, aku ditebak dengan soalan dengan tentang kegiatan kokurikulum yang mungkin aku boleh galas pada tahun hadapan.

Guru : Kalau badan pakaian seragam biasanya cikgu boleh kendalikan apa?
Aku : Persatuan Bulan Sabit Merah, sebab dulu saya memang aktif dalam persatuan ni. Tetapi apa yang diberikan oleh pihak sekolah, saya terima.
Guru : Kalau persatuan dulu cikgu sertai apa?
Aku : Persatuan Sains dan Matematik. Tetapi saya juga sebahagian daripada Persatuan Sejarah dan banyak lagi.
Guru : Kalau sukan?
Aku : Bola sepak.
Guru : Bola sepak?!

Tatkala ini baru aku menyedari lidah sudah terbabas dari landasan yang seharusnya. Fikiran berkejar laju untuk memikirkan alasan yang sesuai.

Aku : Eh, saya bola apa-apa pun boleh. Saya minat bola juga.
Guru : Oh, maksudnya macam bola jaring, bola baling?
Aku : Pun boleh juga...

http://www.pricerighthome.com/images/manchester_united_double.jpg
[Gambar penghargaan di SINI]

Alangkah bahagianya jika badan yang letih dan tulang temulang yang berentakan enak beradu di atas ranjang seperti di atas. Beradu dalam kamar seperti di atas.
Alahai...

Zara : Rindukan kalian semua. Sila tekan ini untuk berikan doa yang terbaik buat aku. Oh, terima kasih buat mereka yang mengikuti aku di Twitter. Aku memang akan mengemaskini status di situ.

Tuesday, October 27, 2009

Saya Benci Huruf H. Sila Padamkan Huruf H Bila Panggil Saya.

Salam semua!
Hari ini hari pertama di sekolah!
Mulakan hari dengan senyuman.
Lemparkan rasa bahagia.

http://blogstore.lomluang.com/coffeeprince/coffeeprince_cartoons/coffeeprince_cartoon16.jpg
[Gambar penghargaan di SINI]

Nama saya Zahrah.
Awak boleh panggil saya ZARA.
Saya memang suka hilangkan bunyi H.
Sekian terima kasih.

Boleh atau tidak?
Aku sedang memikirkannya.

Zara : Rindu mahu berjalan seperti biasa di blog kalian semua. Kamu rindukan aku?

Monday, October 26, 2009

Lelaki Satu - Perempuan Tiga : Satu Suami - Tiga Isteri.

Badan penat.
Hati parah.
Tulang temulang berat.
Mahu menggulingkan diri di atas ranjang dengan awalnya malam ini.

Esok segalanya bakal bermula.
Esok segalanya bakal memuntahkan rahsia.
Esok segalanya pasti terlerai.

http://blogstore.lomluang.com/coffeeprince/coffeeprince_cartoons/coffeeprince_cartoon21.jpg
[Gambar penghargaan di SINI]

Jangan ditanya berapa bayaran.
Jangan ditanya berapa duit kesusahan.
Anak bangsa, negara tercinta yang datang terlebih dahulu.

Seorang guru lelaki.
Tiga guru perempuan.

Badan memerlukan rehat.
Tenaga perlu disimpan kuat.

**Buat Si Kosong**
Terima kasih kerana sudi bersama menjalin rasa selama 3 bulan.
Sanggup menunggu aku?

Zara : Maaf aku tidak dapat mengunjungi kalian buat masa ini. Mungkin Dunia ini tidak perlu ditutup walaupun aku sudah mempunyai dunia baru.

Peta Cinta : Kami Semua Menyemai Cinta Di Sini Ketika Ini

Salam semua!
Gembira dengan permulaan hari baru?
Merindui aku?
Aku dan rakan-rakan seperjuangan berada di sini hari ini.



Jangan tersalah anggap.
Ini bukan sekolah untuk aku memulakan tugas rasmi aku.
Ini tempat kami semua diminta berkumpul sebelum diedarkan kepada pengetua sekolah kami.
Di sini kami mendengar taklimat dan sebagainya sebelum memulakan tugas di sekolah masing-masing.
Oh, selamat menjalani hari yang ceria!

Zara : InsyaALLAH, bakal berangkat pulang ke rumah petang ini. Tatkala kaki melangkah keluar dari Kampus Selatan pagi tadi, hati membuak kesedihan. Bilakah akan kembali ke sana sebagai seorang pelajar? Mahu membiarkan masa menentukan. Niat di hati tidak akan pernah padam.


Sunday, October 25, 2009

Peta Cinta : Kembali Bersatu Dengan Cinta Lama Membuatkan Jantung Berdebar Kencang Dan Laju

Salam hari Ahad buat kalian semua!
Semoga anda semua mempunyai hari yang ceria yang bisa membuat hati tersenyum riang dan cinta mekar di dalam hati dan jiwa. Ah, cinta bukan sahaja kepada sang kekasih, tetapi juga Yang Maha Esa dan mereka yang sentiasa menyokong kita.

Semalam melewati hari yang memenatkan disebabkan menghadiri majlis tiga dalam satu.
Sambutan Aidilfitri.
Hari Keluarga.
Jamuan Akhir Tahun.
Majlis tersebut dianjurkan oleh Kelab Kakitangan Sekolah Emak.
Mungkin tahun depan aku bakal merasai majlis di sekolah sendiri, insyaALLAH.

25 Oktober 2009
Akan pulang sebentar ke tempat yang aku cintai.
Di mana ilmu digali, cinta bersemi mekar mewangi terhadap pengetahuan bercambah.
Tempat di mana aku belajar mengenai lebih dari sekadar diri sendiri.



Di mana aku hari ini?
Sila tekan gambar di atas.
Seperti yang pernah aku nyatakan, sikap aku terdorong seperti yang kamu kenali saat ini adalah disebabkan oleh kata-kata ini...
"Kerana Tuhan Untuk Manusia"


Zara : Aku akan berada di sini dengan menaiki bas pada jam 12 tengah hari. InsyaALLAH akan tiba di destinasi pada 2.30 atau 3.00 petang. Sudah membuat rangka lawatan menemui beberapa sahabat dan teman yang sentiasa membuatkan diri ceria dan gembira menikmati hidup di dunia yang fana ini.


Saturday, October 24, 2009

Peta Cinta : Bila Saatnya Keluarga Perlu Bersatu Demi Jalinan Kasih Sayang

Salam sejahtera semua.
Apa khabar kalian hari ini?
Merindui aku?



Di mana aku hari ini?
Sila lihat peta.
Jika kamu berdekatan dengan kawasan di mana aku berada, sila hubungi aku.
Mungkin boleh bersua.

Zara : Menghadiri suatu majlis di situ dan akan berada di sana hingga malam.

Friday, October 23, 2009

Kerjaya Pendidik Itu Satu Seni - Sila Panggil Aku Penggiat Seni Yang Penuh Budaya Wahai Teman Semua

Ya.
Ini khabar gembira yang ku mahu sebarkan buat kamu semua.
Aku masih ditempatkan di daerah aku!
Tahniah buat diri sendiri.

Aku ditempatkan di sebuah kawasan yang agak pedalaman.
Jarak dari rumah ke sekolah adalah 43 hingga 45 kilometer dan mengambil masa lebih kurang satu jam.
Jalan ke kawasan tersebut adalah seperti permainan dalam Destinasi Terakhir 3 [baca : Final Destination 3].
Ya, roller-coaster.
Tiada lampu jalan, tiada rumah , tiada stesen minyak sepanjang jalan.

Tidak mengapa, aku masih tersenyum gembira.
Orang kata, kerjaya seorang pendidik ini adalah suatu bentuk seni.
Anak didik ada pelbagai ragam, ada pelbagai gaya - maka sebagai guru, aku bakal menjadi seorang pengarah, penerbit, penulis skrip, penyedia kelengkapan dan seorang pelakon.
Disebabkan aku dihantar untuk berkhidmat di kawasan yang agak pedalaman, aku dapat merasakan kawasan itu seharusnya masih kuat berpegang dengan budaya.

Secara umumnya di Malaysia, impian setiap pengarah, penerbit, penulis skrip, penyedia kelengkapan - pakaian dan pelakon adalah mementaskan karya di Istana Budaya. Walaupun aku mungkin gagal untuk beraksi di situ, aku masih seorang penggiat seni.
Jadi, sila panggil aku penggiat seni yang penuh budaya.

Oh, jangan bertanya di mana sekolahnya kerana sesiapa yang mempunyai Mukabuku aku, kalian telah dapat melihat gambar peta yang aku ambil menggunakan Peta Google [baca : Google Map].
Aku sudah menggunakan pelbagai enjin carian untuk mencari maklumat mengenai sekolah tersebut tetapi agak menghampakan - TIADA.
Adakah ini bermakna aku tidak perlu memperibadikan Dunia Sebelah Zara?

http://blogstore.lomluang.com/coffeeprince/coffeeprince_cartoons/coffeeprince_cartoon15.jpg
[Gambar penghargaan di SINI]

Sekarang, impian aku adalah mahu memiliki sebuah kereta.
Maaf kepada niat untuk menaiki motosikal ke sekolah - tidak mungkin akan dapat dilaksanakan.
Mungkin kalau sesi persekolahan bermula jam 9 pagi, aku masih boleh menaiki motosikal dengan membawa bekalan minyak tambahan - dan itu sesuatu yang mustahil.
Penempatan rumah? - Masih difikirkan.

Penulisan sebelum ini adalah cara aku menzahirkan ucapan terima kasih buat kamu yang sentiasa menyokong aku dan setia bersama dari blog pertama hingga aku membuka Dunia Sebelah Zara. Agak pelik juga membaca komen supaya aku bersabar dan menunggu jodoh lebih baik - mungkin juga disebabkan gaya penulisan aku kurang tepat. Maaf tetapi aku sangat menghargai komen kamu semua!

...dan aku ingin memetik kata Si Kosong...
"Kalau baca blog kamu Zara, mesti kena tengok label dahulu. Kalau tidak, boleh keliru"


Zara : Sedang membuat rawatan kesihatan untuk diri sendiri. Buat mereka yang berada di Kampus Selatan, aku akan pulang ke sana 25 Oktober ini. Moga kamu sentiasa ceria teman. Selamat berhujung minggu!

Thursday, October 22, 2009

Ikatan Cinta : Kamu Tidak Pernah Melukakan Walaupun Pelukan, Ciuman Dan Kasih Sayang Semakin Bertambah

Kamu sering merasakan aku sentiasa ceria.
Kamu selalu fikir manusia jenis apakah aku.
Tiada perasaan dan hati beku.

Aku tidak pernah sembunyi.
Aku tidak mungkin akan lari.
Aku tidak akan berselindung dan menolak kewujudan diri.
Aku pamerkan buat kamu.

Kamu pernah lihat aku jatuh.
Kamu pernah lihat aku bangkit kembali.
Kamu melihat setiap inci perasaan dan jiwa yang aku hamparkan.
Walaupun kadangkala aku berkias, tapi kamu tetap bersusah payah mahu memahami.

Kamu buat aku terharu.
Kamu buat aku ingin menitiskan air mata gembira.
Kamu sentiasa buat aku tersenyum.
Kamu sentiasa mengingatkan diri aku bahawa aku tidak pernah keseorangan di dalam dunia ini.
Di dunia nyata atau di dunia maya.
Kamu sentiasa menghadirkan diri.

http://blogstore.lomluang.com/coffeeprince/coffeeprince_cartoons/coffeeprince_cartoon19.jpg
 [Gambar penghargaan di SINI]

Ini pelukan aku.
Ini ciuman aku.
Ini kasih sayang aku.
Ini cinta aku.
Ini pelukan, ciuman, kasih sayang dan cinta aku yang ke-400 buat kamu.

Maaf atas segala salah silap aku.
Maafkan aku.
Aku tetap sayang kamu semua walaupun cinta aku milik seseorang.

Buat kamu semua - terima kasih kerana sentiasa menyokong aku.
Terima kasih kerana membuatkan aku selalu tertawa ceria.

Buat seseorang, aku tetap cinta kamu walaupun kita semakin jauh terpisah.
Mungkinkah waktu akan mempertemukan kita - aku hanya mampu berserah.
Terima kasih atas cinta kamu yang sangat indah.

Maaf kalau aku sering membuat kamu semua pening dengan penulisan gila aku.
Maaf jika membuatkan kamu benci dengan aku.
Kamu mahu sedikit ubat gembira?
Sila tekan SINI dengan doa tertentu dalam hati kamu.

Zara dan Aiden : Ini penulisan yang ke empat ratus di Dunia Sebelah Zara. Aku punya sedikit khabar gembira buat kamu semua. InsyaALLAH akan ku laungkan pada penulisan akan datang. Masih sayangkan aku?
Mari bermain permainan TangkapMata di SINI.

Ikatan Cinta : Aku Hindari Dia Demi Kamu - Si Penanam Bunga Dalam Hati.

Aku sudah hindari dia.
Aku sudah mula menjauhkan diri dari dia.
Aku sudah mula mengurangkan dia dalam setiap inci tubuh aku.
Kerana apa?
Kerana aku sayang kamu.

http://1.bp.blogspot.com/_npACaYtxxQk/R5WUSTGsVsI/AAAAAAAAAQA/BPlRpOMpTVU/s400/cartoon1.jpg
 [Gambar penghargaan di SINI]

Aku tahu aku mungkin akan tewas jika dia berdekatan dengan aku.
Aku cuba habiskan dia dengan laju.
Aku cuba bunuh keinginan aku pada dia.
Walau tubuh aku menggigil.
Walau tangan aku terketar.
Walau air hidung mengalir.

Aku pernah tewas dengan nafsu.
Lima tahun aku bergelumang dengan dia.
Dia sentiasa melingkari setiap nafasku.
Aku bangun kerana dia.
Aku gagah kerana dia.
Walau aku tahu dia bakal membunuhku.

Enak juga menjadi manusia degil.
Enak juga menjadi manusia yang keras kepala.
Enak juga.
Tetapi aku lebih mahukan kamu.
Aku tahu kadangkala aku terlalu berkeras.
Aku tahu.

http://www.beyondthebean.com/assets/latte-art.jpg
[Gambar penghargaan di SINI]

Dia mungkin kegilaan aku yang sukar dipisahkan.
Tetapi demi kamu, aku sudah mula melarikan diri.
Dia tidak dapat menjamahi bibir aku lagi walaupun dia sentiasa menggoda aku dengan aromanya.
Aku rindukan dia tapi aku harus tabah.

Aku lebih sayang kamu.
Jaga diri kamu.
Jaga diri.

Zara : Sedang melakukan pengubahsuaian kepada keadaan otak. Mahu mengawal hati. Mahu sentiasa tersenyum megah. Bicara keji terlalu banyak aku hamburkan ketika ini. Aku manusia yang penuh noda dan dosa.

Wednesday, October 21, 2009

Ikatan Cinta : Kalau Dia Ingat Kata Kunci Kamu Berdua, Mungkin Dia Masih Berhak Terus Membaca.

Ditujukan buat seorang teman yang sedang menahan kepiluan dan cuba mencanai kembali rasa cinta.
Kamu tahu siapa diri kamu dan betapa aku sayangkan kamu serta mahu kamu bahagia.
Moga kamu dapat berikan kepada si dia - agar dia lebih mengerti bahawa kamu masih seperti dahulu.

http://img242.imageshack.us/img242/8951/184531679241512wokbkptiia6.jpg
[Gambar penghargaan di SINI]

Awak, ingat lagi kata kunci kita berdua?
Kata kunci hati kita berdua.
Awak ingat lagi?


Masa kita mula-mula kenal, awak cuma nampak permukaan jiwa saya.
Masa mula-mula kita kawan, awak cuma nampak luaran hati saya.
Tapi awak terima dan awak mula tamak.


Awak berdiri di luar hati saya.
Awak ketuk perlahan-lahan.
Awak datang setiap masa, setiap hari.
Awak tanya, bila agaknya awak dapat masuk ke pintunya.


Awak datang setiap hari sehingga saya kehilangan diri.
Awak marah saya - awak kata saya menyelinap masuk ke dalam hati awak tanpa perlu usaha.
Saya termangu - saya dalam hati awak, jiwa awak?
Awak merayu - berikan awak kunci, kata laluan atau apa sahaja agar awak bisa masuk ke dalam.


Saya berikan awak kata laluan.
Awak buka dengan perlahan.
Awak mula berikan sepenuh tumpuan dengan tinggal di situ.
Awak baca setiap helaian manuskrip dalam hati saya.
Lembaran demi lembaran awak baca.


Awak, bila tiba halaman yang sukar untuk difahami, mengapa awak berdiam diri?
Mengapa awak tidak mahu lebih mengerti?
Mengapa awak tidak mahu bertanya kepada saya, tuan punya diri?


Awak, hati yang awak masuki adalah hati saya.
Kamus yang awak perlukan adalah saya.
Awak, adakah awak masih mahu membaca lagi?
Atau mahu berpaling pergi?

***************************************************
Teman, aku harap kamu jumpa makna bahagia.
Teman, aku harap semuanya bakal terjalin semula.

Zara : Sudah melewati pengunjung ke dua puluh ribu seperti yang dinyatakan dalam penulisan sebelum ini. Hati tidak mahu kehilangan kamu semua. Bilangan alamat eletronik yang aku terima sudah melebihi seratus dan masalahnya ada had untuk yang boleh dijemput (khabarnya seratus sahaja). Oh, aku akan letakkan peti undian, sila undi di tepi ya?

Tuesday, October 20, 2009

Tutup Mulut Kamu, Kunci Bibir Kamu, Kosongkan Minda Kamu - Mari Laksanakan Jenayah Yang Sempurna

Diam!
Jangan menjerit!
Jangan pernah memekik!
Jangan pernah meraung!
...dan jangan pernah menangis!

Tutup mulut kamu.
Kunci bibir kamu.
Kosongkan minda kamu.
Ingat yang kamu sedang bebas meluahkan segalanya.

Mari laksanakan misi kita.
Mari tunaikan apa yang perlu dibuat.
Mari kita mulakan sesuatu yang menggembirakan.

Mari laksanakan jenayah yang sempurna.



Ya, ini jenayah yang paling sempurna.
Aku curi hati kamu.
Kamu curi hati aku.

Diam.
Diam.
Diam.

Biar mereka tertanya-tanya.
Biar mereka pusing memikirkannya.
Biar mereka pening mencarinya.

Aku curi hati kamu.
Kamu curi hati aku.
Kita sama-sama simpan.



Zara : Rasa ingin menulis sesuatu. Rasa ingin meluahkan. Rasa ingin menzahirkan. Rasa ingin mencoretkan. Moga dapat bertemu dengan dia, moga dapat bertemu dengan kamu semua. Moga ada suatu pertemuan.

Terkini:
Sudah ada pengunjung ke dua puluh ribu.
Tahniah buat Tuan Kepada Dak Utih, Si Tedi.

Ikatan Cinta : Tiga Puluh Enam Tahun Hidup Bersama - Sanggupkah Hati Bertahan Selama Itu Sayang?

Separuh hari aku semalam dihabiskan di sebuah hospital swasta di Melaka.
Menemankan Emak yang membawa nenek aku menjalani rawatan di situ. Oh, itu adalah demi pengesahan sakit yang dikatakan dialami di mana akhirnya kami mengetahui kebenarannya.
Kadangkala pemeriksaan yang sambil lewa di tempat-tempat yang seharusnya memberikan perkhidmatan terbaik pada masyarakat, membuatkan terpaksa mencari alternatif di tempat yang berbayar.

Oh, aku menolak untuk bercerita tentang apa yang aku buat disana selama hampir lima jam. Mutu perkhidmatan yang baik dan banyak juga yang mengalir keluar dari kantung. Itu cerita lain. Yang penting, kesihatan adalah antara benda terbaik yang harus dijaga manusia.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEh747iWP2lOHfMP9P_VZaO9KWrJKkqi3nh5ezeU-l80MUop7Wq0g5J8Mbvz40LDo9r5CETKCrYGK92QGEQWsjeNF1EKf-Gj3PtmocpkYe3YMVQH3FiRg-5X8hBn0CWGHuUbxgjdmJlRjLzY/s400/waf_LoveForever(72).png
(Gambar penghargaan di SINI)

Sewaktu Emak di ruangan bayaran untuk kali pertama (ya, ada tiga kali proses bayaran semalam), aku duduk di kerusi yang disediakan dan menunggu sahaja. Bila aku menoleh dan terpandang sesiapa yang merenung aku, aku hanya akan tersenyum. Tidak menyangka senyuman akan dibalas oleh seorang wanita yang agak berumur. Layak dipanggil Makcik H.

Makcik H : Datang tengok siapa?
Aku : Datang dengan Emak - hantar Atuk saya. (sambil jari menunjuk ke arah mereka)
Makcik H : Sekolah tingkatan berapa ni?
Aku : (ketawa kecil) Saya dah tak sekolah lagi makcik. Dah nak mula kerja dah minggu depan.
Makcik H : Eh, muka macam budak sekolah. Kerja apa?
Aku : (ketawa kecil - muka merah) Saya cikgu. 
Makcik H : Cikgu sekolah apa? Di mana?
Aku : Sekolah menengah makcik. Dalam negeri Johor. Belum tahu sekolah mana lagi.
Makcik H : Bagusnya nak jadi cikgu. Anak lelaki makcik pun ada jadi cikgu. Umur berapa ni?
Aku : Baru dua puluh dua tahun makcik. (senyum)
Makcik H : Sekarang kan pencen umur lima puluh lapan tahun kan?
Aku : Ya makcik. Kenapa?
Makcik H : (Terdiam sebentar) Tiga puluh enam tahun nanti mengajar. Sanggup tak?
Aku : InsyaALLAH makcik. Harap-harap diri ini tabah. Macam ibu bapa saya, dah lebih dua puluh tahun mengajar. Mahu jadi macam mereka juga.

Aku nampak Emak menggamit aku. Aku meminta diri dari Makcik H.

Makcik H : InsyaALLAH. Makcik rasa kamu boleh. Selamat berjaya ya? Jadi cikgu yang baik.
Aku : Terima kasih makcik. Saya jalan dulu ya?

Tangan dihulur, salam bersambut dan aku mengekori Emak. Menolak kerusi roda di mana Atuk sedang duduk di atasnya ke Jabatan Patologi untuk ujian darah. Duduk di kerusi menunggu membuatkan aku terfikir adakah aku cukup tabah untuk bertahan selama tiga puluh enam tahun dengan pekerjaan yang sama?

Aku tahu yang ini jalan yang aku pilih, ini jalan yang bakal aku harungi. Cabaran dan dugaan dalam hidup itu perlu. Ia akan sentiasa mematangkan diri dan membuat aku bakal berusaha dengan lebih gigih lagi. Kerana apa? Jika kamu tolak aku ke bawah, aku tetap akan berusaha untuk naik. Kalau mungkin aku tetap akan jatuh, aku akan berpaut agar aku tidak jatuh terlalu jauh.

http://img3.ak.crunchyroll.com/i/spire1/f61de7f75098a6962f4a31fdd8103f371227861950_full.jpg
(Gambar penghargaan di SINI)

Aku gembira dengan jalan yang aku bakal tempuhi ini.
Aku sudah disogokkan dengan sesuatu yang membentuk jatidiri walaupun ketika itu kaki belum melangkah masuk dan pergi.

"Kerana Tuhan Untuk Manusia"
(2003 : SPM, 2005-2009 : Mahasiswa, 2009 dan seterusnya)

Zara : Malam tadi aku bermimpi mengenai sesuatu. Semua seluar yang aku ingin beli sudah habis diambil orang. Akhirnya, tiada lagi seluar untuk aku. 

Monday, October 19, 2009

Saat Ini Aku Mati Dan Tidak Tahu Bila Kembali Mewarnai Dunia Ini

Saat ini aku mati.
Saat ini hati penuh rasa benci.
Saat ini keinginan membunuh aku terlalu tinggi.

Kamu buat aku benci keadaan diri.
Kamu buat aku jijik dengan diri sendiri.
Kamu buat aku tidak mahu mengingati.

Jangan pernah ketuk pintu aku ketika ini.
Jangan berani melintas garisan ini.
Aku mati.



Zara : Tiada nafas, tiada keinginan, tiada rasa. Jika kamu lihat kamu pengunjung ke dua puluh ribu (20 000), sila cetak paparan (baca : print screen) untuk sesuatu buat kamu.

Sunday, October 18, 2009

Cuba Fikirkan Apa Yang Kamu Mahu Saat Ini Sayang : Hakikatnya Aku Memang Sentiasa Seorang Perempuan

Menerima panggilan dari teman wanita yang kini isteri orang, B.

B : Betul ke kamu nak tutup blog?
Aku : Siapa kata aku nak tutup? Aku cuma nak peribadi (baca : private) bila aku mula mengajar. Itu pun belum pasti lagi.
B : Kenapa tiba-tiba nak buat begitu?
Aku : Tadi aku gunakan nama aku sebagai kata kunci (baca : keyword) di enjin-enjin carian,dan aku jumpa gambar-gambar aku serta sedikit maklumat peribadi. 
B : Dan kamu takut kalau ada pelajar yang mencari nama kamu? *gelak*
Aku : Mungkin, bukan boleh percaya sangat sekarang ini. Aku pun pernah buat macam tu pada pensyarah aku - walaupun tujuannya baik. *gelak*
B : Ikut kamu sayang, tapi fikirkanlah dulu. Kamu akan kehilangan tempat melepaskan perasaan dan melegakan tekanan yang gilakan bahasa. *gelak*
Aku : Sudah aku katakan ini hanya kemungkinan - aku sejujurnya lebih gemar menggila seperti biasa.

Buat pengunjung Dunia Sebelah Zara, tujuan aku meminta alamat surat elektronik kamu adalah sebagai pelan tindakan sokongan jika aku terpaksa melakukan apa yang aku nyatakan. InsyaALLAH, aku akan pastikan kehadiran aku di dunia maya ini tidak akan berakhir begitu sahaja. Buat masa ini dunia aku masih terbuka untuk pembacaan umum bersama kalian semua - menyulam cinta dan kasih sayang. Jika masih ada yang mahu meninggalkan alamat elektronik, sila tekan SINI dengan lembut dan penuh kasih sayang.

B : Cuba kamu fikirkan apa yang kamu saat ini sayang. Apa yang paling kamu nak?
Aku : Aku mahu tas tangan untuk di bawa ke sekolah. *gelak*

http://www.warming-global.net/wp-content/uploads/2009/06/des-handbag.jpg
(Gambar penghargaan di SINI)

B : Itu yang kamu mahu? Gila!
Aku : *gelak* Dah itu yang aku mahu, aku cuma jawab apa yang kamu tanya. *gelak*
B : Permainkan aku setiap kali ya? Sejak bila suka tas tangan?
Aku : Aku seorang perempuan yang bekerjaya. Aku fikir aku perlukan itu. *gelak*
B : Perempuan...
Aku : Hakikatnya aku memang seorang perempuan. *gelak*

Sedang memikirkan apakah tas tangan yang sesuai digayakan oleh seorang guru. Oh, dulu aku membawa tas tangan ke sekolah adalah disebabkan nilai markah yang diberikan atas penampilan - ketika Latihan Mengajar. Sewaktu aku menjadi guru ganti, aku tidak pernah membawa tas tangan. *gelak*

Zara : Sedang meneliti serta mengamati setiap penulisan di dalam surat khabar hujung minggu. Ada penulisan yang menyatakan Dr. Sheikh Muszaphar Shukor akan melangsungkan pertunangan pada 1 Januari 2010 dan bernikah pada 10 Oktober 2010 (Genap 3 tahun selepas dia ke angkasa). Tahniah buat beliau dan tiba-tiba hati rasa sayu. Eh, ini bukan ruangan gosip. *gelak*

Saturday, October 17, 2009

Maaf, Ini Kali Terakhir Kita Dapat Bersama - Rasa Mahu Tutup Dunia Ini Menjadi Peribadi Teman.

Kali terakhir bertemu dia adalah pada hari bersejarah dalam hidup dia.
Kali terakhir bersama dengan dia adalah lebih setahun yang lepas - dan harus ku akui, janji yang kita bina telah terlerai disebabkan ketentuan terbaru ini.

http://static.desktopnexus.com/wallpapers/36430-bigthumbnail.jpg
(Gambar penghargaan di SINI)

Maaf kerana membuatkan kamu bersedih. Sumpah, itu bukan kehendak aku teman. Sungguh aku tidak menyangka berita yang aku khabarkan buat kamu menyebabkan kamu berduka dan sangat kecewa dengannya. Tiada niat lain teman. Sudah tentu aku mahu kamu gembira kerana kata-katamu sentiasa menceriakan aku.

http://images-3.redbubble.net/img/art/size:large/view:main/3024195-2-the-greatest-healing-therapy-is-friendship-and-love.jpg
(Gambar penghargaan di SINI)

....dan aku mahu kamu tahu yang suatu hari nanti kita pasti akan bertemu lagi. Alam pekerjaan yang bakal aku tempuh mungkin akan mempertemukan kita semula disebabkan bidang tugas yang serupa. Harap kamu lebih tabah kerana kamu punya si dia di sisi. Aku pula sebagai gantian kegembiraan barangkali. *ketawa*

Buat Pencinta Dunia Sebelah Zara
(Ya, kamu semua yang mengunjungi aku tidak kira meninggalkan jejak atau tidak)
Terdapat kemungkinan (walaupun sumpah aku berharap tidak perlu) yang aku mungkin terpaksa menjadikan blog ini sebagai blog peribadi (baca : Private) disebabkan akan memulakan kerjaya yang agak terkawal peraturannya. Jadi, kalau kamu tidak keberatan, sila tinggalkan alamat surat elektronik (baca : email) buat aku, agar kalau kemungkinan itu terjadi, aku tidak akan kehilangan kalian.

Eh, tadi aku ada menerima surat elektronik ringkas dari seseorang yang mengenalkan dirinya sebagai Bunga_Wangi yang menyatakan penulisan aku semalam (sila tekan SINI) sebagai sesuatu yang berunsur komedi dan menghiburkan. Cinta gula-gula bersalut popia kata dia. Terima kasih Bunga_Wangi!

Zara : Selamat berhujung minggu buat teman sekalian! Aku baru menerima perkhabaran yang nenek saudara sebelah Emak meninggal dunia. Moga roh Almarhumah dicucuri rahmat dari ALLAH dan ditempatkan dikalangan manusia yang beriman.

Gulung Di Waktu Pagi Untuk Berguling Di Waktu Petang : Aku, Dia Dan Popia Kentang Serta Sardin

Waktu pagi ketika hujan lebat sedang menggila di daerah aku.
Si Kosong (SK)
Si Comel (SC)

SC : Maaf lambat balas pesanan. Tadi di dapur. Hari ini buat popia. *gelak*
SK : Popia inti kentang ke?
SC : Kentang dan sardin *gelak*
SK : Sedapnya, nak juga.
SC : Pergi kampus, pergi kampus. Sedang menunggu kentang untuk empuk.


::Inti yang sudah siap dimasak::

Tengah hari ketika cuaca sedang panas terik dan garing.
SK : Jangan lupa makan.
SC : Tengok dulu lah.
SK : Makan, jangan degil. Makan popia ke? *gelak*
SC : Popia untuk minum petang.

Petang yang menunjukkan perubahan cuaca yang dahsyat. Panas dan panas. Mungkin perubahan iklim memang membunuh setiap lapisan urat saraf.

SK : Sudah petang! Nak popia. *ketawa*
SC : Alahai...cuaca panas di sini.
SK : Di sini sedang hujan lebat, lain kali boleh pinjam kamu bawa ke sini. Boleh ada minum petang setiap hari.
SC : Ceh! Nak pinjam sebab itu? Sedang menggoreng popia *gelak*
SK : Mesti sedap, nak juga. Hujan-hujan begini sedap kalau dapat makanan panas.
SC : Memang sedap, daku sedang makan panas-panas ni.
SK : Keji, tak nak kawan dengan kamu lagi.
SC : Tak nak kawan tak mengapa, jangan tak nak kahwin (sambil meletakkan gambar ini sebagai bahan penceria dalam pesanan ringkas)


**Popia Kentang + Sardin**

SK : Sampai hati kamu hantar gambar tu! Nak pergi dapur cari makanan lah macam ni. (dan tidak kembali-kembali sehingga malam)

Malam yang dihabiskan dengan bersandar dan baring di kerusi merah - menonton berita dan drama bersiri.

SC : Kamu sedang buat apa?
SK : Tengok Nur Popia... *gelak*
SC : Keji sungguh...

Tapi sebenarnya sedang menonton cerita ini. Alahai, aku memang sangat gembira kalau menonton drama atau apa juga cerita di saluran ini. Aku terpaksa mengeluarkan Si Merah untuk mengira tempoh masa selingan iklan. Rasa macam menonton iklan berbanding cerita sebenar.

http://www.intro2u.net/new/wp-content/uploads/2009/08/nur-kasih-wallpaper.jpg
(Gambar penghargaan di SINI)

Oh, lagu temanya memang menarik. Daya tarikan dalam drama ini buat aku?
Pengarahnya - Kabir Bhatia.
Cara pergerakan ceritan serta sorotan kameranya.

Sebelum terlupa, selamat menyambut pesta cahaya buat sahabat-sahabat yang berbangsa India.
Ramesh, Vinod, Thivya, Ghandis, Shashi, Yogeswari, Nicky, dan semua rakyat Malaysia!
Selamat Menyambut Deepavali!

http://jemima.files.wordpress.com/2006/10/deepavali.jpg
 (Gambar penghargaan di SINI)


Zara : Sedang terfikir, di daerah mana bakal aku ditempatkan. Usai menerima tempelakan dan gurauan kasar tentang perkara ini. Ya, manusia ini belum pernah keluar dari negeri sendiri. *senyum*

Friday, October 16, 2009

"Lelaki Dalam Badan Wanita Atau Sebaliknya Yang Kekurangan Kasih Sayang"

Salam semua!
Tujuan aku meletakkan alamat surat elektronik aku di biodata penulis blog adalah bagi memudahkan kalian bertanya kepada aku jika ada sesuatu yang mustahak atau mengganggu fikiran kalian mengenai aku. Oh, aku redha dan sentiasa tersenyum bila menerima surat-surat elektronik dari kalian. Maksudnya, masih ada segelintir yang mahu berkongsi sesuatu dengan aku - tidak kira anda pembaca senyap atau pembaca yang menunjukkan diri secara terang-terangan pada aku.

Aku agak terlewat duduk di hadapan Sean, bayi kesayangan aku pagi ini disebabkan menghadirkan diri di dapur, menunaikan tanggungjawab aku. Aku terjumpa secara tidak sengaja (atas sebab aku menggodek komputer aku) senarai kad pengenalan kawan-kawan di kampus selatan. Oh, secara tidak sengaja juga aku telah memeriksa penempatan mereka. Sumpah, aku tidak sengaja. Sikap ingin tahu berlebihan itu membuatkan rakan-rakan yang tiada jaringan Internet di rumah berasa tenang setelah aku memberikan mereka perkhabaran gembira tersebut. Baiklah, cukup sampai di sini.

Setelah memeriksa kantung surat elekronik tadi, aku terjumpa sebuah surat elektronik yang ditujukan khas buat aku. Oh, baik aku letakkan sahaja di sini. Aku rasa malas mahu menambahbaik (baca : edit) tulisan tersebut. Penghantar tersebut mengenalkan diri dia sebagai SAYATanya.

Hello Zara. Aku ini kadang-kadang baca blog engkau. Aku cuma nak tanya beberapa perkara saja pada kau. 

1 - Engkau ni sebenarnya lelaki yang wujud dalam badan wanita atau sebaliknya? Sebab aku tengok cara kau tulis macam kau ni keliru dengan identiti kau. Kau lupa yang kau ni perempuan ke lelaki ya? Sebab kau asyik tulis teman wanita, teman lelaki. Ke kau ni jenis manusia dua alam?


2 - Kau ni kurang kasih sayang ke? Asyik panggil orang sayang dalam penulisan atau komen kau pada pembaca kau. Entah-entah diorang geli dengan cara kau tu. Kau kena sedar bukan semua orang suka cara kau tulis tu. Jangan rasa diri kau tu bagus sangat. 


3 - Kau ni dah tiada teman istimewa ke? Dah berpisah dengan dia? Sebab aku tengok kau dah takde tulis pasal orang yang pernah kau gembar-gemburkan dulu tu pun. Dah berpisah kena beritahu lah. Jangan konon-konon letak pelekat yang kau tengah bahagia dengan dia. 


Semoga kau sedar lepas aku tanya kau ni. Kau nak jawab ke tak ikut suka kau. Kalau kau jawab lagi bagus, takde lah orang lain rasa tertipu dengan identiti kau tu.

**************************************************
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjkMjfD2dF5mLxBKqo9zDOfKa6uizpxUaVDn49Y9c1Gbk4TGPpi5YHiT4KSXyO1TykMuS-g0gvblBzKuao80dmf9CRseuhRt20ksdk2AhlRDi5LyajbAjHyd2CruWv0Cy61AvduDe7r-UDi/s400/gender.gif
(Gambar penghargaan di SINI)

Aku sedang berfikir, patut jawab atau tidak soalan-soalan dari SAYATanya itu. Baiklah, untuk tidak menghampakan, aku akan cuba jawab seringkas mungkin.

1 - Saya sedang mengalami datang bulan (baca : period). Awak fikir saya ni apa jantina ya? Sudah bertimbun gambar saya dalam blog ini, sila lihat sahaja. Oh, saya juga masih kenal siapa diri saya dan tidak pernah mendiskriminasi orientasi orang lain.

2 - Entahlah, setakat ini semua orang boleh terima, malahan lebih mesra sehingga boleh menghubungi satu sama lain di luar blog dengan aku. 

3 - Oh, Si Kosong masih bersama aku. Perlu ke sentiasa menulis tentang dia? Rasanya kami lebih gemar keluar sekali sekala sahaja di blog masing-masing. Kami sedang bahagia dan tidak perlu terlalu banyak pendedahan di blog. Siapa yang punya Mukabuku aku mungkin lebih tahu.

http://images2.layoutsparks.com/1/226802/colorful-hearts-love-symbol.jpg
(Gambar penghargaan di SINI)

Baiklah, aku sudah jawab. Mahu mengundur diri sebentar - menggulung popia inti kentang dan sardin. Dah sejuk agaknya inti tersebut.

Zara : Tahniah buat rakan-rakan yang sudah tahu tempat penempatan masing-masing! Selamat bertugas dan sesiapa yang dapat Johor, insyaALLAH bakal bertemu kalian 26 Oktober ini!

Thursday, October 15, 2009

Dengan Hormatnya Dimaklumkan Tuan/Puan Telah Ditempatkan Sebagai GSST Ke Negeri Sabah

Salam semua!
Malangnya, bukan itu yang terukir di atas surat yang di hantar oleh jejaka berseragam putih-biru-merah.
Yang terukir di atas surat tersebut adalah...

Dengan hormatnya dimaklumkan tuan/puan telah ditempatkan sebagai Guru Siswazah Sandaran Terlatih (GSST) ke Negeri Johor mulai 26 Oktober 2009. Penempatan sekolah tuan/puan akan dimaklumkan semasa tuan/puan melaporkan diri.

Alhamdulillah, segala puji atas rezeki yang dikurniakan buat seorang anak gadis berusia dua puluh dua tahun ini. Moga semuanya baik-baik sahaja buat diri ini. Pilihan pertama yang diletakkan bagi memenuhi kehendak ibu bapa tercinta nampaknya menyebelahi rezeki buat diri ini.

http://travelmalaysiaguide.com/images/Maps/sabah-map-fun.jpg
(Gambar penghargaan di SINI)

Selamat tinggal Sabah Negeri Di Bawah Bayu.
Selamat tinggal impian untuk menabur bakti di sana buat masa ini. Nampaknya khidmat lebih diperlukan di negeri kelahiran sendiri. Maaf buat Kekasih Gelap Yang Cerah, aku tidak dapat menunaikan janji kita untuk bertemu dan mencurah bakti di sana. Moga kita bisa bertemu pada waktu-waktu percutian khas sekolah. Jangan kecewa ya? Buat sahabat-sahabat yang berasal dari sana atau ditempatkan di sana, panjatkan doa agar ada pertemuan kita suatu hari nanti.

http://travelmalaysiaguide.com/images/Maps/johor-fun-map.jpg
(Gambar penghargaan di SINI)

Alhamdulillah, negeri kelahiran yang mempunyai pertalian yang sangat rapat dan utuh dengan diri. Dilahirkan di sini, dibesarkan di sini, melalui proses pembelajaran dari sekolah, matrikulasi sehingga universiti di sini dan insyaALLAH, bakal memulakan kerjaya juga di sini. Ah, diri ini tidak akan mengendahkan segala kata-kata yang mengatakan tidak pernah keluar dari negeri Johor (walaupun secara faktanya sudah pernah ke luar negara) - ini rezeki yang ditentukan Allah. Semoga iltizam dan tekad yang kuat ini dibantu oleh kekuatan yang disalurkan di jalan yang sepatutnya.

Buat sahabat-sahabat yang bakal memulakan kerjaya sebagai seorang guru, teruskan perjuangan kita semua walau di mana sahaja kita ditempatkan. Buat mereka yang kecundang pada percubaan pertama ini, jangan pernah eknal erti putus asa teman. Aku sentiasa mendoakan yang terbaik buat kalian.

Zara : Alhamdulillah, hati dan jantung sudah mula menjalankan aktiviti seperti biasa. Tiada lagi adrenalin yang menggila, tiada lagi nafas yang mencemaskan. Syukur aku atas kurniaan rezeki.

"Nak Jadi Pendidik, Aku Sudah Berhenti. Kini Aku Bersih Dan Bukan Lagi Penagih!"

Si Merah berdering mengalunkan lagu nyanyian duyung yang menyeramkan dari filem ke-empat ahli sihir yang menjadi kegemaran aku. Ah, menyeramkan tapi aku fikir mendamaikan. Si Merah aku capai dan panggilan yang diterima aku jawab.

HB : Salam Zara. Apa khabar?
Aku : Baik HB. Apa khabar suami orang ini?
HB : Baik. Anak-anak aku juga sihat. Si Cantik juga sihat kerana Si Tampan setia di sisi. *gelak*
Aku : Sudah tentu. Bila hati diulit bahagia, tentu sahaja semuanya indah.
HB : Sudah diberi penempatan?
Aku : Belum lagi. InsyaALLAH, 16 Oktober ini boleh diperiksa di laman sesawang.
HB : Masih menjadi penagih tegar?
Aku : Mana boleh kata begitu lagi?
HB : Dadah yang mengalir bertahun dalam darah, sudah tentu itu yang aku tanyakan.
Aku : Dah berhenti.
HB : Tipu, takkan begitu mudah.
Aku : Aku fikir, bila tidak belajar, aku boleh kurangkan pengambilan dadah itu.
HB : Bila bekerja?
Aku : Ah, aku kurang pasti.
HB : Sila kurangkan dan lebih baik berhenti.
Aku : Aku mencuba tetapi aku boleh kata yang aku sudah bersih.
HB : Buat masa ini .... *gelak*
Aku : Ya mungkin.... *gelak*

http://www.onefunsite.com/images/caffeine.jpg
(Gambar penghargaan di SINI)

HB, terima kasih atas panggilan telefon yang menyenangkan dari bumi-haiwan-yang-mempunyai-poket-hadapan. Ah, aku sudah bersih sekarang ini. Aku akan menjadi bakal pendidik. Lagipun HB, ia cuma minuman. Aku mungkin akan mengambilnya secara drastik seperti suatu ketika dulu tetapi aku dalam proses pemulihan. Dalam salur darah aku dipenuhi dengan setiap molekul dadah tersebut. Gila kalau aku berjaya pulih sepenuhnya. Lebih lima tahun aku menjadikan ia sebagai dadah rasmi hidup aku.

Terima kasih kerana berkongsi perkara itu dengan aku. Sungguh tidak ku sangka bahawa aku ini secara rasminya telah kamu tabalkan menjadi ibu angkat untuk tiga anakmu. Terima kasih HB!
http://rlv.zcache.com/caffeine_addict_mousepad-p144089647935352911td22_210.jpg
(Gambar penghargaan di SINI)

Untuk semua pembaca dan pencinta Dunia Sebelah Zara, aku dedikasikan ucapan khas ini buat kamu semua!
여보 정말 당신을 사랑 해요!
날 일상적인 미소를 만드는군요!
당신은 내 인생이 아름다운 해!

Zara : Sedang melalui takah-takah hidup yang memerlukan tumpuan dan pengamatan yang berlebihan pada diri sendiri dan manusia sekeliling. Proses pemulihan juga sedang berjalan perlahan.

Wednesday, October 14, 2009

Sukarnya Menguruskan Hati Walaupun Hakikatnya Ia Cuma Segumpal Darah Yang Lembut

Sukarnya menafsirkan hati yang kadangkala sering celaru.
Sukar membendung perasaan bila memandang hati yang terdampar beku dan dingin di dalam kotak berbentuk empat persegi itu. Pintunya berkunci tetapi kuncinya terbiar sepi.

http://customersrock.files.wordpress.com/2006/12/keys-heart.jpg
(Gambar penghargaan di SINI)

Ada tangan yang membuka pintunya, melihat ke dalam ruang itu tetapi hati masih tidak mahu disentuh oleh sesiapa. Ia kekal menunggu adakah ada tangan yang cuba menarik ia keluar. Memberikan layanan yang sepatutnya yang diterima kerana dia adalah hati. Segumpal darah yang membentuk siapa dia - yang memberikan bentuk yang nyata dan sifat yang terbuka.

Hari ini dia lihat ada tangan yang menarik dia keluar.
Ada tangan yang membuat dia bersumpah tidak akan merindukan kedinginan yang menyelubungi hidup dia yang telah mati saat dia berpisah dengan jasad. Hati memang sifatnya merindui. Dia rindukan suasana yang panas, yang mendamaikan kerana dia tahu tempatnya di situ. Hati berjanji tidak mahu biarkan dirinya disentuh oleh kedinginan yang menusuk hingga ke dasar diri.

Hati diletakkan di tempat yang buat dia lega.
Tempat yang buat dia melupakan kesejukkan yang mencengkam dia entah berapa lama. Dia benci mahu mengira dan menghitung detik yang memualkan itu. Tidak mahu mengingat kisah lama yang menjadikan dia seperti hari ini. Dia hanya mahu ketenangan.

Tangan itu memegang dia.
Dia merasakan tangan itu membuatkan dirinya aman. Panasnya tangan itu.
Sentuhannya sungguh cermat dan dia senang diperlakukan dengan baik. Bukan seperti suatu ketika dulu.
Benci!

Hati dibaringkan agar dia dalam keadaan terjaga sentiasa. Hati tahu sudah tiba saatnya dia menunaikan tanggungjawab yang terpikul sejak azalinya. Dia tahu ini pengakhiran yang bakal dia terima. Dia sedar dan dia redha dengan apa yang dilalui kerana hati tugasnya merindui. Ah, tangan yang panas dan mendamaikan itu rupanya satu tangan yang gagah menghiris dan memotong setiap inci dirinya. Kental tangan itu cuba memisahkan bahagian dirinya yang cuma segumpal darah - lembut, lembik dan tidak bermaya.

Hati sedar, ini pengakhiran yang menjadi pilihan hati.
Saat dirinya terpisah dengan anggota sendiri - inilah saat dia bakal bersatu dengan pemiliknya.
Ini saat dia bakal berdepan dengan laluan yang berbahaya tetapi mendamaikan.
Hati menjerit - aku mahukan ketenangan dan suasana yang panas kembali. Biar aku hangat kerana aku sudah penat terbiar kesejukkan dan kedinginan.

Terima kasih kerana kamu buat aku menikmati hidup yang indah.
Terima kasih kerana aku bakal menemui cinta yang pernah tumbuh dalam hidup aku yang dikelilingi oleh padang menghijau. Terima kasih kerana buat aku hangat kembali. Diri ini mungkin milik mereka berlima di bawah ini. Walaupun keliru milik yang mana tetapi masih milik salah seekor dari mereka. Moga hati yang terpisah bakal bertaut kembali walaupun bukan seperti dulu.


http://www.imadedinner.net/wp-content/uploads/2009/06/cow_cute_cake.jpg
(Gambar penghargaan di SINI)

Rempah tumis semerbak menyelubungi diri.
Oh, ini suasana hangat yang aku nanti. Hati kini diselubungi kepanasan dan sedia disaji buat santapan mereka yang berhak.

Zara : Diri sedang meniti takah-takah penyembuhan dalaman dan luaran. Harap semuanya berjalan seperti yang dipanjatkan dalam doa ketika sujud dan usai memberi salam. Walaupun kurang sihat, tugasan memasak seperti biasa dan maaf, hati lembu goreng berempah tidak dapat ku nikmati petang tadi. Masih berpantang untuk sembuh.

Tuesday, October 13, 2009

Kadangkala Anda Akan Ketawa Bila Mendengar Jenaka Lucah : Setuju Atau Tidak Setuju?

Kadangkala hati yang sedang gundah gulana akibat penempatan tugas sebagai guru sering dihiburkan dengan telatah sahabat-sahabat yang sama-sama mengira hari bila keputusan bakal diumumkan. Dikhabarkan, insyaALLAH, 16 Oktober ini sudah boleh dilihat keputusannya walaupun ada kawan yang sudah menerima surat dan kebanyakkannya yang dihantar ke Sabah dan Sarawak.

Bila mendengar ada calon-calon yang gagal ujian INSAK dan temuduga, kami semakin pening. Hati semakin gundah gulana dan doa semakin kuat dipanjatkan pada Yang Maha Esa agar rezeki dipermudahkan. Selalu terfikir mengenai ujian yang menentukan masa depan itu.

http://i285.photobucket.com/albums/ll43/BUTTERFLY-7_2008/christmas_merry_santa_jokes_funny_y.jpg
(Gambar penghargaan di SINI)

Acapkali sering tertawa bila mengenangkan set soalan yang dijawab dan set yang dihadapi oleh kawan-kawan atau saudara mara. Mari kita lihat bagaimana anda akan menjawab antara soalan yang menjadi persoalan dalam ujian ini.

1 - Kadangkala anda akan ketawa apabila mendengar jenaka lucah. 
A -Setuju
B - Tidak setuju


2 - Anda menemui seorang kanak-kanak yang tersesat di dalam pasar raya. Apakah yang bakal anda lakukan?
A - Pergi ke kaunter dan menyerahkan kanak-kanak tersebut.
B - Mencari ibu bapa kanak-kanak tersebut di dalam pasar raya.


3 - Jika anda diberi satu peket mi segera,bagaimana caranya akan anda masak mi tersebut?
A - Gunakan perencah sedia ada.
B - Sediakan sendiri perencah.

Mungkin terdapat justifikasi tertentu bila menjawab soalan-soalan di atas. Entah, aku kurang pasti mengenai hal tersebut. Hati sekarang sedang meronta mahu bekerja dan menyemai bakti setia buat keluarga.

Zara : Abang yang berseragam biru-putih-merah, sila datang ke rumah dengan membawa surat secepat mungkin untuk mengubati hati yang berdegup laju dan jantung yang mengepam saluran darah. Mangsa ayam bintik ini sudah tidak dapat menahan ketakutan.

Monday, October 12, 2009

Hati, Langit, Payung Dan Aku

Hati selalu berasa runsing jika melihat langit sebelum keluar setiap pagi.
Adakah ini langit yang sama sedang ditatap oleh dia?
Adakah saat ini langit itu bakal membawa bahagia atau sengsara?

Selalu terfikir wajarkah membawa payung atau tidak?
Sebenarnya hati dan minda sudah lama mengetahui iaitu tetap akan membawa payung...



Manusia belajar melalui pengalaman yang telah berlalu, kekalahan dan kesalahan boleh dielakkan jika dapat bertahan pada waktu itu. Tiada istilah kekalahan jika dapat bertahan dengan beban ketika itu. 

Mungkin kerana inilah, payung yang aku fikir membawa kebahagiaan dan kemenangan adalah beban yang lebih berat dari sangkaan aku.

Zara : Usai melihat mentari hari ini, aku mengimpikan Bumi disirami hujan yang membasahi setiap inci tanah dengan kasih sayang. Hati sedang kering dan pipi sudah tidak pandai untuk basah lagi. Terima  kasih anggota tubuh badan yang sanggup bekerja demi menghargai sebuah nyawa.

Sunday, October 11, 2009

Varicella : Bintik Ayam Merah Jambu Dan Ada Apa Dalam Balang Itu Sayang?

Aku terima panggilan telefon dari teman wanita yang kini isteri orang.

B : Zara, aku dapat tahu kamu kena bintik ayam yang berwarna merah jambu itu?
Aku : Ya, dan memang sangat sakit. Sila panggil aku Aiden. Emosi aku kurang stabil.

http://www.geocities.com/wela/ChickenPoxBabyCartoon.jpg
B : Bila sakit tukar nama ke sayang? Jangan begitu. Kamu masih kekasih aku.

Aku : Ya, aku harap begitu juga. Bagaimana hidup kamu?
B : Maksud kamu selepas kahwin?
Aku : Atau kamu sudah bercerai tanpa pengetahuan aku?
B : Mulut sungguh keji ya?
Aku : *gelak kecil* Jadi bagaimana?
B : Sungguh menggembirakan dan Jejaka memang sangat baik. Semalam dia bercerita tentang kawan dia yang mengingatkan aku pada kamu.
Aku : Apa dia?
B : Hati dalam balang (sila tekan untuk pembacaan lanjut) - aku percaya kamu masih ingat tentang itu.
Aku : Oh ya, aku masih ingat lagi. *gelak*
B : Jejaka beritahu yang kekasih kawan dia berikan bintang yang dilipat dalam balang sebagai kejutan di pagi hari. Jejaka tanya, apa aku akan beri pada dia.
Aku : Sudahnya, apa yang kamu cakap?
B : Aku senyap sahaja tapi pagi ini aku sudah letakkan sesuatu dalam balang buat dia.
Aku : Apa dia?
B : Aku letak jeruk sahaja. Senang.
Aku : *ketawa* Aku harap yang manis untuk buat dia tertawa.

http://baby411.typepad.com/.a/6a00d834b8c97353ef010536ccd518970c-800wi
(gambar penghargaan di SINI)

Zara : Selamat Ulang Tahun buat penulis blog yang aku panggil Jambu - Kriell. Sungguh rindu mendengar suara kamu tadi! Terima kasih dan semoga panjang umur, murah rezeki dan sentiasa gembira.