Showing posts with label Kekasih Gelap. Show all posts
Showing posts with label Kekasih Gelap. Show all posts

Sunday, February 13, 2011

Bila Bercinta, Berkahwin Ikut Orang Lain.


Bersenggama pun nanti ikut orang lain juga ke?
Ludah.

Nanti kalau orang lain berpisah, kena ikut juga?
Bercerai-berai sampai naik mahkamah pun sama?
Gila.
Manusia adalah ciptaan yang unik dan bahkan pelik bila difikirkan. Benda mudah dijadikan sesuatu yang sukar sehingga menyebabkan segala dirancang boleh musnah sekelip mata. Hebat dan aneh bukan manusia?

 
 [Gambar : Keanehan manusia kadangkala boleh membawa kebaikan. Mungkin]

Kawan : Kau takde rasa nak kahwin ke?
Aku : Hari tu ada, ni dah takde semula.
Kawan : Eh, kenapa?
Aku : Ada benda lain yang aku kena fokus, hidup aku sendiri.
Kawan : Macam tu pula.
Aku : Ya, macam itulah.
Kawan : Kau takde rasa nak bercinta, berkahwin macam orang lain?
Aku : Perlukah?
Kawan : Maksud kau?
Aku : Perlukah aku teringin sebab orang lain buat benda tu semua?
Kawan : Benda tu kan naluri manusia? Kawan-kawan kau mesti dah ramai yang kahwin kan?
Aku : Memang dah ramai, tapi aku rasa tak perlulah aku nak ikut orang. 
Kawan : Kadang-kadang kita kena ikut.
Aku : Benda yang berkait rapat dengan kehidupan, kau tak boleh main suka ikut.
Kawan : Tapi, nanti kesunyian. Aku tak dapat bayangkan hidup aku keseorangan.
Aku : (ketawa) Seorang tak bermakna sunyi.

[Gambar : Kalau kau kata kau kesal dengan hidup ini, jangan jadikan pilihan utama adalah bunuh diri]

Senyum.
Sakit bila tengok orang yang terlampau mengikut orang lain dalam semua perkara. Bila menyongsang arus, dikatakan gila pula. Padahal, menyongsang arus dengan nilai yang lebih baik itu perlu sebenarnya, cuma manusia yang jumud pemikirannya lebih senang mengata manusia lain yang ternyata mencari kebaikan dalam diri mereka.
Aneh bukan?

Bercinta.
Ada beberapa kategori sebenarnya kalau kau perhatikan betul-betul dengan siapa kau memulakan hubungan dan menjalinkan hubungan istimewa. Kita panggil bercinta, tidak kira sebelum, semasa atau selepas memulakan hubungan (kalau dah berkahwin dan bercerai pun masih ada juga cinta tahu?)

#Bercinta dengan orang yang pertama kali bercinta.
Oh, lebih menarik kalau sama-sama merupakan cinta pertama. Semua benda perlu belajar bersama-sama, dan jadikan pengalaman orang lain sebagai satu bentuk rujukan. Biasanya orang yang pertama kali melalui benda baru, mereka akan lebih gemar membuat ujikaji. Macam-macam jenis ujikaji.

#Bercinta dengan orang yang baru putus cinta.
Sama ada kau jadi tempat dia mengadu ataupun mencari kegembiraan baru, kau kena berusaha untuk pastikan sebelum segalanya menjadi lebih parah bila dia kembali kepada yang lama. Tapi, ada kemungkinan dia cuba mengisi ataupun melupakan kesengsaraan lama, maka dia akan lebih menghargai apa di depan mata. Jadi, terpulang kepada yang duduk di dalam kasut bersama.

#Bercinta dengan orang yang punya cinta gila.
Ini seronok. Sebab kau akan makan dalam sampai ke medula oblongata. Sakitnya sebab orang yang kau suka ada kekasih ataupun pasangan lain yang boleh bikin otak kau gila. Orang yang suka mengambil risiko bahaya dipersilakan mencuba kalau rasa ketahanan diri boleh dicabar sehingga tahap maksima.

#Bercinta sebagai syarat sebab orang lain bercinta, jadi nak merasa.
Yang jenis begini memang agak celaka.
Bukan ada cinta atau perasaan betul dalam hati, cuma sekadar suka-suka mahu menghabiskan masa. Nanti bosanlah kalau hujung minggu kawan-kawan keluar melepak dengan pasangan masing-masing, dia duduk tengok Conan depan televisyen. Orang begini biasanya dia akan mengikut arus sahaja. Mangsanya adalah manusia yang jadi pasangan sebab mengharap di tempat yang tidak seharusnya.

#Bercinta sebagai alasan untuk tutup kelemahan naluri.
Ada sesetengah manusia yang punya nafsu songsang menjadikan bercinta sebagai satu cara nak tutup orientasi seksual masing-masing. Sengaja bercinta dengan pasangan normal sebagai satu jalan melarikan diri daripada kelihatan kurang sihat di mata masyarakat, padahal di belakang masing-masing buat benda yang tidak sepatutnya.

Ada macam-macam lagi sebenarnya. Malas mahu tulis semua.
Ketawa.

[Gambar : Tinggal sendirian bagaikan payung dilemparkan ke dalam hutan. Jauh mana ditinggalkan, pasti akan diambil kembali dengan penuh rasa kesal dalam diri. Agaknyalah.]

Cuaca cerah.
Langit indah.
Apa yang membuatkan kau marah?
Mengikut nafsu serakah?
Ah, pecah!

Nota Kaki :
1. Membaca satu demi satu nota yang dibuat untuk sesi pengajaran minggu ini.
2. Gambar-gambar banjir boleh dilihat di halaman sekolah.
3. Abang-abang jurugambar kesayangan sudah ramai yang menimang cahaya mata. Gembira untuk kamu semua sebab boleh tengok kamu letak gambar anak setiap hari di Flickr.

Zara : Sengaja nak tulis bahasa Inggeris hari ini disebabkan Oppa kesayangan ada menghubungi aku malam tadi. Oppa dah nak kahwin, sedihnya. - I've felt pain before. I've been uninspired, unmotivated, ashamed, desperate. But now, on top of it all, I feel exhausted, stuck but happy. Good day & have great weekend everyone. *virtual hugs*

Sunday, December 05, 2010

Musim Bunga Sudah Tiba? - Negara Mana Musim Bunga Pula Ketika Ini?


Salam semua.
Sedang gembira sambil buat kayuhan mantap di laluan lori getah dan kelapa sawit.
Gembira seperti terlampau banyak pil khayal dalam badan.
Eh?

[Gambar : Eh, kenapa renung bentuk ini ya?]

Senyum.
Celah mana ada musim bunga saat ini.
Setahu aku sekarang musim sejuk dan musim panas di beberapa benua.
Betulkan?
Ketawa.

Hari ini adalah hari yang lebih indah daripada biasa. Kenapa ya?
Sekejap, aku mahu fikir.
Senyum lagi.

Oh ya (tukar topik dengan laju). Pagi tadi kekasih gelap yang berkulit cerah (baca : senior aku) ada menghubungi aku. Rindu dengan suara lelaki pelat dan sentiasa berkomunikasi dalam bahasa Inggeris dengan aku. Cuma, sejak kebelakangan ini dia lebih pekat dengan slanga Negeri Di Bawah Bayu. Maklum sahaja, kekasih yang baru juga datang dari sana. Ah, cemburu dengar dia bahagia. Oh, aku panggil dia O(ketawa kecil)

O: Sudah balik ke kampung halaman ini, bila mahu ke Sabah?
Aku : Mungkin tahun depan kot?
O : Bila?
Aku : Belum pasti. O ada pendapat untuk hotel di KK?
O : Shangri-La Tanjung Aru. Menarik (dan O bercerita tentang segala kelebihannya)
Aku : (sambil dengar sambil Google) Shangri-La?
O : Ya, kenapa?
Aku : Mahal tu, O nak bayarkan ke apa?
O : Tengok bila kamu datang dan dengan siapa (ketawa)
Aku : Mungkin dalam bulan Julai dengan kawan.
O : Siapa kawan tu?
Aku : (ketawa) Nanti beritahu, kenapa O?
O : Nak bertunang bulan Jun dan kahwin bulan Disember tahun depan.
Aku : Betul? Tahniah!
O : Kalau kamu datang lebih daripada bulan Jun, tak dapatlah nak bermanja (ketawa)
Aku : Ceh!
O : Kalau datang bulan Julai, nanti tengok kamu bermanja dengan orang lain pula.
Aku : Haish! O tu nanti bermanja dengan tunang depan saya.
O : Mestilah. Jadi, bagaimana? Datang awal daripada Jun?
Aku : Kena tunggu sekurang-kurangnya Julai.
O : Dah pesan kalau datang sini mestilah berteman, nanti tidur seorang diri, kamu takut pula.
Aku : Ada bawa kawan, seorang, bolehkan?
O : Ikut kamu, tapi bagus juga kalau boleh datang sebelum kahwin.
Aku : Kenapa?
O : Masih boleh bawa kamu jalan-jalan. Nanti kalau dah kahwin, lagi kamu takut mahu jalan sama.
Aku : (ketawa) Sa teda takut bha ini.
O : Wah! Masih ingat cara cakap ya?
Aku : Mestilah.
O : Kawan kau urang Sabah ka? (dia dah mula cakap dengan slanga)
Aku : Teda la. Semenanjung juga ni.
O : Oh, bagus. Tidaklah nanti macam sa kena terbang pulang jumpa keluarga.
Aku : (ketawa) Bahagia kan?
O : Jadi, nanti sa carikan hotel yang sesuai buat kau ni. Bulih?
Aku : Bulih bha kalau kau.

[Gambar : Mahu bilik yang bagus dan menggembirakan serta pemandangan yang menarik]

Pandai sahaja senior aku itu mahu menebak aku sudah punya teman lelaki. Aduhai. Belum ada lagi senior, lainlah senior sudah punya teman wanita baru. Oh ya, dia juga menyatakan mahu buat satu majlis khas  memandangkan perkahwinan dia bakal berlangsung di gereja, jadi untuk rakan-rakan yang beragama lain, dia akan buat satu majlis lain. Ya, bagus!

Oh, kenapa musim bunga?
Tidaklah.
Aku rasa musim bunga adalah musim menggembirakan.
Bukankah bunga itu menarik?
(Sejak bila kau bersikap keperempuanan ni Zara?)

http://farm2.static.flickr.com/1284/5188749576_f06bb44b50.jpg
[Gambar : Terima kasih kerana pinjamkan sedikit manisan di dalam hidup aku yang suram]

Cinta ibarat manisan berwarna warni.
Pelbagai percikan meliputi laluan yang dipilih.
Kita senyum dan gunakan semuanya mewarnai kanvas indah.
Hiasi megah sebuah takhta.
Untuk diduduki bersama.
Susun atur taman bahagia.

Nota Kaki:
1. Rasa Nakama sudah lain dariapda biasa. Kenapa ya?
2. Menggila di Twitter bersama gadis-gadis jelita.
3. Setiap kali baca surat khabar Ahad, aku mesti menyampah. Iklan penuh lebih banyak dari berita.

Zara : Tidak dapat menahan diri daripada senyum tidak berhenti-henti. Tolong, jangan sampai kejang rahang aku ini. Alahai.

Saturday, August 28, 2010

Ramadhan #17 : Merah Jambu Itu Biasanya Bukan Aku Walaupun Orang Sering Kaitkan Dengan Perempuan.


Salam semua.
Hari ini entah kenapa, aku terbeli 3 benda dengan warna merah jambu.
Rasa sungguh bukan aku dengan memilih warna sedemikian rupa. Ya, ada pembaca yang menyatakan betapa aku kelihatan seperti perempuan dengan baju kurung di bengkel pagi tadi disebabkan warna merah jambu itu sendiri. Eh, bolehkah aku membuat bantahan keras?

Aku adalah manusia yang menjadikan biru, hitam dan putih sebagai warna kegemaran.
Tetapi kenapa beli barang warna merah jambu pula tadi?

pink cute stuff Pictures, Images and Photos
[Sumber]
Ternyata ini bukan aku, jangan bikin onar pula ya?
Aku adalah manusia yang tidak pernah bertindik.

Ada 3 benda.
Dan aku termangu bila membuka plastik bila balik tadi.
Sungguh bukan aku.

http://blog.madebygirl.com/media/2009/03/wallpaper-direct.png
Kalau merah jambu begini aku tidak kisah disebabkan warna putih dan hitam lebih mendominasi.
*Bonda pun dah bising kenapa barang aku banyak warna biru, putih, hitam*

Tapi, bila difikirkan kembali, ada sesuatu yang berwarna merah jambu dihadiahkan oleh seseorang buat aku yang aku jaga penuh kasih sayang dan sepenuh rasa. Sesuatu yang berharga aku kira dan dititipkan penuh rasa cinta seorang saudara buat saudara walaupun berlainan agama dan jantina (batuk-batuk). Ketawa. Uppa, tunggu kedatangan adikmu ini.


Nama saya Charlene. Zara adalah penjaga saya.
*Tulisan itu memang sangat cantik kan? Tulisan seorang guru*

Dan, walaupun orang sering mengaitkan warna merah jambu dengan warna perempuan, aku rasa lelaki yang memakai pakaian berwarna merah jambu juga menarik apabila kena dengan orangnya. Sungguh.

Kawan 1 : Lelaki kalau pakai baju merah jambu, nampak macam lembut.
Aku : Warna merah jambu itu lembut, bukan lelaki itu.

Kawan 2 : Kau kalau pakai merah jambu, akan lebih comel.
Aku : *pura-pura pitam*

Kawan 3 : Kau pakai merah jambu, sila campurkan dengan elemen hitam dan putih, baru nampak macam emo dan punk serta rock.
Aku : *laju-laju pakai sambil buat mata berasap (baca : smokey eyes)*

Baiklah.
Ini penulisan gila.
Aku sedang selsema.

Zara : Raya kali ini entah mengapa, aku tiada perasaan mahu menyambutnya. Sudah hilang semangat mahu bergembira disebabkan raya semakin hilang makna. Mungkin sehari dua sahaja yang bahagia, yang lain? Entah, aku mahu pulang cepat bekerja agaknya.


Sunday, March 21, 2010

Adrenalin - Faizal Tahir. Jangan Salahkan Mereka. Jangan Salahkan Aku. Itu Cuma Inspirasi Memori.


Salam semua.
Alhamdulillah, bab 6 sudah selesai.
Otak sudah tidak bermaya, macam mahu berkecai.

Aku menikmati lagu-lagu dendangan Faizal Tahir dalam album Adrenalin.
Sekurang-kurangnya otak aku tidak berpilin.

Bila mahu memilih watak dalam bab ini, aku kekontangan ilham dalam memberi nama.
Itu memang kelemahan aku.
Sila maafkan diri ini.
Menangis sendiri.
Tapi, bila mengenangkan mereka yang aku simpan dalam memori.
Buatkan aku bangkit kembali.


 Kiri ke Kanan : Fariz K, Ady M, Zara, Dwen  LLHS, Yussairi K.
Nama-nama yang telah muncul dalam Bab 05 dan bakal muncul dalam Bab 6.


Andrew LMY - ada juga pinjam nama dia.
Maaf ya Kekasih Gelap Yang Cerah.
Ketawa.

http://photos-h.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc1/hs185.snc1/6180_255987480542_885375542_8459183_6701667_n.jpg
Kiri ke Kanan : Vinod R, Ady M, Zara, Ramesh KM
Ada pinjam juga nama mereka.

Ada yang bertanya, kenapa aku banyak meminjam nama lelaki.
Jawapannya mudah sahaja buat penanya yang baik hati.
Sila baca Bab 1 dengan teliti.
Sudah lega sedikit diri.

Masa untuk merebahkan diri di ranjang merah.
Kepenatan sedang meratah.
Diam, jangan ambil endah.

Zara : Mungkin akan mula menulis bab tujuh nanti. Malas mahu layan soalan berbentuk provokasi lagi.

Sunday, January 03, 2010

Tabah Dan Semangat : Hari Pertama Bakal Lelah, Penat Dan Tenat.


Malam ini malam pertama.
Pagi esok pagi pertama.
Macam menjejakkan kaki ke sekolah buat kali pertama.
Bukan untuk berpoya-poya, tetapi memberi sesuatu pada anak bangsa.



Kepala pusing kalah putaran Bumi.
Hati meronta masih mahu membaca dan mendalami.
Esok punya lima waktu untuk menguji diri.
Mengajar sesuatu yang bukan kelebihan diri.
Ketawa menggigil.
Gigit jari.

Buku rekod mengajar sudah siap.
Charlene - Si Gebu merah jambu pemberian kekasih gelap sudah terlentok sama.
Mata mula kuyu.
Hati mula berlagu.

Selamat datang hari bahagia.
Hari pembuktian bahawa kampus selatan adalah yang terbaik.
Hasil keluarannya juga adalah tunas yang mekar.
Subur dan bakal mewangi.

Zara : 4 Januari 2010. Sesi persekolahan bermula. Mungkinkah satu persembahan bakal berlangsung dengan jayanya? Mata pelajaran pertama - Sejarah Tingkatan Dua.

Saturday, December 19, 2009

"Saya Mahu Peluk Awak Sebagai Hadiah Ulang Tahun Saya, Boleh?


Selamat ulang tahun cinta hatiku semua!
Selamat ulang tahun buat kekasih gelap yang cerah!
Selamat ulang tahun buat teman wanita teristimewa
Selamat ulang tahun buat 3 penulis blog yang mewarnai kehidupan yang ceria.
Selamat ulang tahun buat kalian semua!



Hari ini juga dua bekas rakan sekolah akan melangsungkan perkahwinan.
Oh, dalam dua majlis berasingan.
Satu dijemput, satu lagi tidak mengundang.
Satu hadiah sudah tergeletak cantik dalam beg percuma untuk yang mahu diraikan.
Seorang lagi entah, sahabat yang tidak diketahui mengapa sudah berubah.
*senyum kanyur*

Kekasih gelap yang cerah membuat permintaan nakal lagi.
Ah, bakal suami orang kadangkala masih berperangai lepas laku bila berjauhan dengan bakal isteri.
Hari ini hari jadi.
Tentu boleh meminta apa sahaja wahai pujaan hati?
*ketawa mesra*



Dia : Zara, kamu pernah peluk sesiapa?
Aku : Bukan setakat peluk, cium sekali juga pernah. 
Dia : Siapa?
Aku : Keluarga dan teman-teman wanita.
Dia : Oh, begitu. Siapa lelaki pertama yang kamu mahu peluk?
Aku : Secara teratur dan dirancang adalah suami sendiri, kalau saya berkahwin suatu hari nanti.
Dia : Kalau yang tidak dirancang?
Aku : Entah, sesiapa sahaja kalau terlanggar.
Dia : Kamu peluk saya boleh?
Aku : Mungkin...(ketawa)
Dia : Pastikan boleh, sebelum saya atau kamu berkahwin.
Aku : Kalau begitu kamu kena kahwin dengan saya ke?
Dia : (ketawa) Kamu nakal...



Selamat ulang tahun semua.
Selamat pengantin baru buat mereka.
Moga diulit bahagia.
Moga sentiasa tabah dan gembira.

Zara : Hari ini perlu menghadiri 6 majlis perkahwinan. Tabahlah wahai perut. Pastikan hanya makan pencuci mulut sebagai ganti makanan berat. Minum air sahaja sudah memadai bukan?

Wednesday, December 02, 2009

Panggilan Lewat Malam : Kehadiran Kamu Di Antara Mereka Bertiga Membuatkan Hati Aku Nanar Untuk Membuat Pilihan Terbaik. Ini Soal Lima Hati Sayang!




Sayang.
Maafkan aku.
Sungguh, aku pohon ampun dan maaf dari kamu.
Selama ini aku hanya melihat kamu dari jauh tapi aku tidak mampu merasai kenikmatan bersama kamu.

Sayang.
Tarikh itu hampir tiba.
Mungkinkah ada jawapan bagi segala persoalan yang melanda aku?
 Teman wanita pertama?
Kekasih gelap yang cerah?
Cinta ketiga yang bakal bernikah?
Atau kamu yang baru ku temui?



Ia melibatkan hati sayang.
Bukan seorang.
Tetapi kita, kita berlima.
Aku, kau dan mereka bertiga.
Maaf sayang, kamu yang keempat.

Sayang.
Mulanya aku menjangkakan hanya ada dua dalam hidup aku.
Teman wanita pertama yang kini sendiri dan mencari bahagia.
Kekasih gelapku yang cerah yang sedang enak mengulit cinta.
Tarikh itu tidak luput dalam ingatan aku.
Tapi, tatkala aku menerima warkah dari cinta ketiga aku, aku tersentak.
Dia juga punya hak untuk menuntut kelebihan kasih sayang aku.
Sungguh.
Walaupun cinta kami telah direnggut oleh seseorang yang bakal dia nikahi, tapi aku pasti dia masih milik aku.
Degil bukan hati aku?
Nah, kamu muncul membawa sinaran yang membuat hati aku berkocak gagah.



Sayang.
Sudah tentu aku mahu buat kamu bahagia.
Sudah tentu aku mahu buat kamu ceria.
Lupakan teman wanita pertama dan kekasih gelap yang berkulit cerah buat seketika.
Usia mereka bakal menginjak juga, tetapi kamu lebih muda, lebih bergetah.
Abaikan cinta ketiga yang bakal bernikah dan meninggalkan aku.
Kerana apa?
Aku punya kamu sayang.

Sayang...
Kita mungkin jauh terpisah tetapi aku mahu kamu selalu mengingati aku.
Mengenangi kasih sayang kita sepanjang waktu.
Setiap saat, detikan yang berlalu, hanya aku yang mengisi kalbumu.
Bukan mereka yang hanya akan lalu lalang dalam hidupmu.
Maka sayang, bila aku sudah bicara mengenai waktu, aku hanya terfikirkan sesuatu.

http://d2g465z57r2u8t.cloudfront.net/photos/18902/Diesel-D21200-Pink-Watch-Final-1.jpg

Ia akan berada dekat denganmu.
Ia akan sentiasa berada disampingmu.
Di setiap denyut nadimu yang bergerak, detik waktu turut sama menginjak.
Maka, aku rasakan inilah yang terbaik di saat kamu mahu menginjak usia.
Meninggalkan nombor satu di hadapan.
Dan menyalin nombor dua sebagai ganti usia.

Sayang.
Sekali lagi aku dambakan kamu sudi memiliki ia.
Biarpun ia hanya sesuatu yang biasa, tetapi ia penting dalam kehidupan kita.
Aku harap kamu sudi sayang.
Menerima dalam setiap helaan nafasmu.
Menerima dalam setiap denyut jantungmu.



Selamat ulang tahun Ween sayang.
Biarkan aku lupakan teman wanita pertama dan kekasih gelap yang bakal menyambut ulang tahun pada hari yang sama.
Biarlah aku lupakan cinta ketiga yang bakal bersanding pada tarikh yang sama.
19 Disember 2009.
Biar ia hanya milik kita berdua.

Ween tuan punya Alam Maya Saya.

Zara : Sekali lagi, ini adalah penulisan khas untuk pertandingan yang dianjurkan oleh Ween (Alam Maya Saya -AMS) sempena ulang tahun kelahiran dia yang bakal tiba pada 19 Disember 2009 ini. Oh ya, memang benar teman wanita dan kekasih gelap bakal menyambut ulang tahun mereka juga. Cinta ketiga juga bakal melangsungkan perkahwinan dengan jejaka pilihannya. 


Saturday, November 21, 2009

"Awak, Esok Kita Jumpa Ya? Takut Bil Telefon Mak Saya Melambung Sebab SMS Awak"

Hari ini cuti sekolah bermula!
Tiga sorakan untuk sistem persekolahan Malaysia!
Satu!
Dua!
Tiga!

Cuti sekolah bermula, dan manusia bernama Zara ini juga akan bercuti walaupun nampak gayanya akan terperap di rumah dan menghadiri puluhan jemputan perkahwinan. Oh, tahniah buat rakan persekolahan, Rodziah yang akan melangsungkan perkahwinan pada 19 Disember 2009. Eh, sama dengan tarikh ulang tahun kelahiran Kekasih Gelap Yang Cerah. *ketawa*

Tidur malam tadi telah diganggu dengan pesanan ringkas yang aku syak dari salah seorang pelajar aku. Mungkin mereka yang mengikuti rombongan sambil belajar Khamis lalu. Tetapi pesanan ringkas itu ternyata bukan untuk aku, aku pasti.

http://test.metromomsblog.org/wp-content/uploads/2008/04/angry-mom.jpg
 [Gambar penghargaan di SINI]


"Awak, esok kita jumpa ya? Takut bil telefon mak saya melambung sebab menghantar pesanan ringkas (baca : SMS) awak. Jumpa masa kelas tambahan pun boleh nanti. Selamat malam sayang. *cium* "

Eh, ada nampak macam aku punya pesanan ringkas ke? Sungguh menganggu tidur aku yang acapkali tidak lena akibat menahan kesejukan malam. Selamat bercuti buat semua pelajar! Buku jangan tinggal tepi ya?

Zara : Akan ke sekolah pada 9 Disember 2009 dan dua minggu terakhir cuti persekolahan untuk melunaskan tanggungjawab kepada sekolah. STPM akan bermula pada hari Isnin ini untuk adik aku yang kedua. Dan ya, Isnin lepas adik aku yang kedua sudah mula berjuang untuk SPM. Selamat berjaya semua!

Saturday, October 17, 2009

Maaf, Ini Kali Terakhir Kita Dapat Bersama - Rasa Mahu Tutup Dunia Ini Menjadi Peribadi Teman.

Kali terakhir bertemu dia adalah pada hari bersejarah dalam hidup dia.
Kali terakhir bersama dengan dia adalah lebih setahun yang lepas - dan harus ku akui, janji yang kita bina telah terlerai disebabkan ketentuan terbaru ini.

http://static.desktopnexus.com/wallpapers/36430-bigthumbnail.jpg
(Gambar penghargaan di SINI)

Maaf kerana membuatkan kamu bersedih. Sumpah, itu bukan kehendak aku teman. Sungguh aku tidak menyangka berita yang aku khabarkan buat kamu menyebabkan kamu berduka dan sangat kecewa dengannya. Tiada niat lain teman. Sudah tentu aku mahu kamu gembira kerana kata-katamu sentiasa menceriakan aku.

http://images-3.redbubble.net/img/art/size:large/view:main/3024195-2-the-greatest-healing-therapy-is-friendship-and-love.jpg
(Gambar penghargaan di SINI)

....dan aku mahu kamu tahu yang suatu hari nanti kita pasti akan bertemu lagi. Alam pekerjaan yang bakal aku tempuh mungkin akan mempertemukan kita semula disebabkan bidang tugas yang serupa. Harap kamu lebih tabah kerana kamu punya si dia di sisi. Aku pula sebagai gantian kegembiraan barangkali. *ketawa*

Buat Pencinta Dunia Sebelah Zara
(Ya, kamu semua yang mengunjungi aku tidak kira meninggalkan jejak atau tidak)
Terdapat kemungkinan (walaupun sumpah aku berharap tidak perlu) yang aku mungkin terpaksa menjadikan blog ini sebagai blog peribadi (baca : Private) disebabkan akan memulakan kerjaya yang agak terkawal peraturannya. Jadi, kalau kamu tidak keberatan, sila tinggalkan alamat surat elektronik (baca : email) buat aku, agar kalau kemungkinan itu terjadi, aku tidak akan kehilangan kalian.

Eh, tadi aku ada menerima surat elektronik ringkas dari seseorang yang mengenalkan dirinya sebagai Bunga_Wangi yang menyatakan penulisan aku semalam (sila tekan SINI) sebagai sesuatu yang berunsur komedi dan menghiburkan. Cinta gula-gula bersalut popia kata dia. Terima kasih Bunga_Wangi!

Zara : Selamat berhujung minggu buat teman sekalian! Aku baru menerima perkhabaran yang nenek saudara sebelah Emak meninggal dunia. Moga roh Almarhumah dicucuri rahmat dari ALLAH dan ditempatkan dikalangan manusia yang beriman.

Thursday, September 03, 2009

Tubuh, Hati Tetapi Bukan Jalan Hidup. Kekasih Dalam Dunia Maya Sering Akan Ke Dunia Realiti


"Seseorang yang kita miliki ternyata tak sepenuhnya milik kita. Kita bisa memiliki tubuhnya, hatinya, tapi bukan jalan hidupnya."
(...dari filem Cinta Pertama)

Aku sebetulnya enggan menulis pagi ini disebabkan aku masih mahu meraikan kejayaan Jejaka Panas kegemaran aku petang semalam. Kejayaan yang diraikan berikutan pertandingan yang dianjurkan oleh Radio Panas. Tetapi soalan yang aku terima dalam peti masuk surat elektronik aku membuatkan aku terasa ingin menulis lagi. Mungkin ada sesiapa yang menyedari, penulisan aku tidak sebanyak dulu. Mungkin.

Aku mendapat surat elektronik dari seseorang yang menggelarkan dirinya sebagai Tini. Oh ya, Tini kata dia bukan penulis blog, jadi tiada alamat yang boleh aku pamerkan buat tatapan kalian. Isi penulisan Tini panjang, tetapi soalan dia amat pendek.

"Kekasih hati Zara yang mana satu sebenarnya? Kadangkala ada Kekasih Pertama, Kekasih Gelap Yang Cerah, Si Kosong dan Busuk, jadi Tini selalu kurang pasti. Zara menyatakan Zara mengenali mereka di dunia maya, betulkah?"

Terima kasih atas soalan kamu Tini. Ya, Zara akan jawab. Jawab dengan ringkas agar ia akan memudahkan bicara dan pergerakan kalam yang mungkin dipengaruhi oleh perasaan yang acapkali mahu ketawa. Gila? Mungkin juga.

http://www.odd-fishing.net/images2/loveheart.jpg

Gambar Penghargaan Di SINI

Kekasih Pertama
Dikenali di ruangan laman sosial, Ruang Saya (baca : MySpace) lebih kurang tiga tahun setengah dahulu. Perkenalan yang membawa kepada jalinan kasih sayang dan cinta selama satu tahun setengah dan pernah berjumpa sebanyak empat kali sahaja. Masih berkawan sehingga kini walaupun semuanya bukan seperti dahulu. Segalanya telah tamat dua tahun yang lalu.

Kekasih Gelap Yang Cerah
Diperhatikan dengan tenang semenjak di Tahun 1 pengajian di kampus selatan. Tidak pernah bertegur sapa sehinggalah kekasih gelap berada dalam Tahun Akhir. Perkenalan di laman perbincangan yang dianjurkan oleh pihak kampus selatan. Pertemuan pertama berdua ke pameran antarabangsa, pertemuan kedua selepas sesi belajar di perpustakaan dan ketiga sewaktu istiadat konvokesyen dia. Kedengaran sangat ilmiah bukan? Oh ya, dia milik wanita lain.

Si Kosong
Saat dan tatkala ini, dia yang sedang menghuni di hati batu ini. Dia adalah pengunjung setia di dunia ini (walaupun acapkali tidak meninggalkan jejak) dan juga di Mukabuku aku. Belum pernah bertemu tetapi telah dikenali sudah begitu lama di alam maya. Dia masuk ke dalam dunia peribadi aku pada 12 Julai 2009 dan telah menjalin ikatan sejak 26 Julai 2009. Oh, masih mengenali hati budi masing-masing dan jarak yang beratus kilometer serta tanggungjawab yang menimbun mungkin tidak akan merealisasikan impian untuk bertemu di saat ini. Mungkin suatu hari nanti. Doakan kami berjaya bertahan dibawah payung rahmat Ilahi.

Si Busuk
Sudah bersama lebih daripada setahun. Dia muncul dalam hidup aku dan memberikan sinar kegembiraan atas penderitaan yang aku alami. Busuk menarik aku keluar dari belenggu pemikiran yang kadangkala tidak teratur sistemnya. Dia sahabat terbaik dan kami akur dengan takdir yang menemukan kami. Persahabatan yang mungkin pelik kerana kami tidak mungkin sama jika dilihat dari luaran dan penampilan. Itu semua tidak penting. Yang kami tahu, keutamaan harus diberi kepada perjuangan meneruskan legasi. Dia sahabat sejati.


Zara harap jawapan Zara dapat memuaskan hati kamu Tini. Semoga masih ada kesempatan bertukar surat elektronik selepas ini. Oh ya, mari meraikan kemenangan abang ku di bawah ini.

Zara : Teringat apa yang pernah dinyatakan oleh Kahlil Gibran.
"Jangan kau kira cinta yang datang dari keakraban yang lama. Cinta adalah anak kecocokan jiwa dan jika itu tidak pernah ada, cinta tidak akan tercipta".

Saturday, August 22, 2009

Tatkala Si Kosong Hilang Tanpa Kemahuan Dirinya, Adam Danish Peneman Diri Si Comel


Dunia Si Kosong hilang tanpa kemahuan dirinya. Hilang tanpa diketahuinya. Sebab musabab yang sangat kabur. Tiada penjelasan yang mampu memuaskan hati Si Kosong yang terpinga-pinga melihat hasil usahanya selama ini hilang dalam sekelip mata.

Si Comel buntu.
Tidak mengetahui bagaimana mahu mendasari hati yang Si Kosong yang pastinya sedang kecewa. Si Comel hanya dapat memujuk Si Kosong dan menguatkan semangatnya. Si Comel memahami keperitan yang dialami oleh Si Kosong.

Si Kosong berada jauh dari tanah kelahirannya. Menemani datuknya yang mengunjungi cahaya mata dari petang Khamis hingga Ahad ini. Sunyi juga tanpa Si Kosong. Rindu berkunjung ke hati. Perbualan dengan Kekasih Gelap Yang Cerah tidak dapat menutup ruang rindu itu. Si Comel hanya tersenyum.



Rindu mendengar laungan azan dari seseorang. Rindu mendengar alunan suaranya membaca Kalam Tuhan. Rindu.

Zara : Kekasih Gelap Yang Cerah bertolak pulang dari Negeri Bawah Bayu untuk menghabiskan cuti sekolah bersama keluarga. Rindukan dia juga.

Thursday, August 13, 2009

"Nasib Baik Aku Tahu, Kalau Tidak ..."


Tengik memeriksa blog-blog mereka yang dia ikuti. Mata Tengik tertancap pada satu blog yang dia tunggu untuk dikemaskini. Ya, blog Busuk!

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhrK_3kuGyy1cov-snmjnyLbJeXIWNrV4LVpwIA4OZ06KMKfmwub7JrkaDUkK1SRSbsRo18MsWWCP_AexMtyk_Y-locA71tGvBFgkSSb92OtHt8y60ANSfQ4lj4qZY9K91GkMyc-pbFwf6G/s1600/hdr1.jpg

Akhirnya, Busuk menulis semula.
Tangan laju menekan alamat blog Busuk.
Oh, rupanya dia demam - seminggu, dan ia menjawab persoalan di benak pemikiran Tengik, ke mana Si Busuk menghilang.
Panggilan tidak berjawab, pesanan ringkas tidak berbalas.
Ya, hati Tengik rawan.

Tengik mempunyai pelbagai masalah yang menghantuinya sepanjang minggu. Dia mencari Busuk merata, di blog, Skype, telefon, pesanan ringkas. Sumpah! Kepala Tengik berdengung.
Dia gembira bila menerima panggilan dari Busuk tadi.
Sumpah, gembira mendengar gelak ketawa Busuk yang hampir sembuh.

...dan apa yang menguatkan Tengik bila dia rindu pada kegilaan Busuk, rindu pada nasihat dan amarah yang berhikmah dia?
Satu penulisan ikhlas dari Busuk untuk Tengik di blog peribadinya.
Sumpah!
Itu yang membuatkan legasi mereka utuh - nilai persahabatan yang tidak akan mudah ditukar walaupun sebiji epal perak diletakkan di antara mereka.

Busuk, kalau kau baca penulisan Tengik ini, dia hanya mahu kamu tahu yang kamu adalah sahabat terbaik dia. Tidak akan berpaling demi sebuah legasi!

Zara : Kenapa mereka yang sangat bermakna dalam hidup aku kurang sihat ketika ini?
Si Busuk - Demam
Si Kosong - Sakit tekak, terseliuh tangannya.
Kekasih Gelap Yang Cerah - Sekolahnya ditutup dari semalam (12 Ogos) disebabkan H1N1.

Saturday, August 08, 2009

Rasa Mahu Memasang Impian Indah Kerana Detiknya Hampir Tiba Secara Realiti...


Ini gambar yang aku ambil setahun yang lepas.
Tanggal 18 Ogos 2008.
Tatkala aku menghadiri konvokesyen kekasih gelap dan mereka yang lebih tua dari aku (baca : senior).
Aku menjual bunga pada hari tersebut dan meminjam jubah seseorang untuk dijadikan sumber inspirasi mengejar impian aku.

Oh, itu setahun lepas.
Sebahagian impian kini sudah aku genggam, insyaALLAH.



Ini juga yang bakal aku pakai pada 17 Ogos 2009 nanti.
Warna biru yang terdapat di jubah itu adalah khas untuk pelajar dari Fakulti Pendidikan.
Oh ya, aku bakal bergraduasi bersama dengan semua pelajar Fakulti Pendidikan!
Aku rasa ini kali pertama kerana selalunya kami akan dipecahkan mengikut hak siapa.



Oh, ini gambar rakan baik aku (merangkap kekasih gelap yang cerah).
*ketawa*

Sila perhatikan jubah itu dan sila kemukakan cadangan warna apa yang sesuai aku pakai pada majlis konvokesyen nanti. Mahu jasa baik kalian, boleh kan?
Oh ya, aku kini di Kampus Selatan, bagi mengambil jubah ini juga!

Zara : Bakal pulang ke rumah dan memeluk Adam Danish tercinta. Rindu dia!

Friday, July 31, 2009

Ada Hati Yang Ingin Mati Selepas Ini...


Ada hati yang ingin mati.
Ada hati yang tenat diselubungi kisah duka.
Ada hati yang tidak mampu menerka ke mana arah tujuan sebenarnya.



Hala tuju kini berbeza.
Kaki yang seiringan melangkah sebelum ini sudah mencari laluan yang berbeza.
Hati masih mengingati tetapi sudah disimpan di kamar yang berbeza.

Maaf atas segala kekurangan aku.
Terima kasih atas segala kehebatan dan kebaikan kamu.
Sumpah - Memori itu masih jelas tetapi sejak kamu mendoakan yang terbaik buat aku,
aku sentiasa mendoakan yang terbaik buat kamu juga.



Janji pernah tersimpul rapi.
Maaf atas keterlanjuran kata aku yang membuatkan kamu menghantarkan pesanan ringkas sebentar tadi. Sumpah, tiada terniat hati ini membuatkan kamu merasa sakit.
Kamu masih berada di tempat yang sama, dan aku juga masih di takuk lama.

Kita pernah menggalakkan sesama sendiri mencari jalan yang baru.
Aku hanya mampu mendoakan yang terbaik buat kamu dari jauh.
Air mata yang mengalir sewaktu semuanya berakhir telah aku seka sendirian.

Sudah tiba masanya untuk bangkit dan mengucapkan selamat tinggal pada kenangan.
Sudah hampir dua tahun segalanya menendang kepala dan hati ini.
Kamu masih punya tempat yang istimewa tetapi panggilan terakhir nampaknya telah merubah segalanya. Panggilan sewaktu diri ini dirundung luka.

Ia ternyata mengubah segalanya.



Aku mahu belajar tentang hidup dengan lebih tabah.
Benar kata teman baik malam tadi, aku yang masih menunggu.
Hati aku jahat - sangat jahat dan harus dibunuh dengan kejam.
Aku seka air mata yang mengalir laju dan menulis demi kamu.

Nota :
Si Kosong dan Si Comel perlu hidup bahagia.
Si Busuk dan Si Tengik harus bekerjasama dengan lebih utuh.
Kekasih Pertama dan Shafaza harus mencari jalan keluar yang sempurna - kamu tetap yang pertama.

Thursday, July 30, 2009

Hidup Aku Di Samping Dia Yang Istimewa




Dia memang istimewa.
Hadiah paling menyentuh hati aku setakat ini.
Lupakan mengenai cincin dari kekasih pertama yang aku masih pakai sehingga kini disebabkan sudah terbiasa, ini merupakan hadiah terbaik sepanjang tempoh pengajian aku di kampus selatan.

Ya, Encik Gitar adalah hadiah terbaik dari sahabat terbaik aku di sana.
Terima kasih buat Encik RK atas hadiah yang sangat bermakna ini.
Juga buat Encik AM (bakal pemegang Doktor Falsafah) yang sanggup datang ke kediaman pelajar pada waktu malam untuk mengajar aku bermain gitar walaupun tempohnya amat dan sangat singkat.
...dan jangan risau, aku masih berlatih lagi walaupun masih tidak dapat menjadi yang terbaik.


Kesan yang ditinggalkan di jari dan kuku aku akibat bermain Si Cantik Ramping itu sentiasa mengingatkan aku pada kalian yang menjadi sumber inspirasi aku sehingga kini.

Hidup ini masih perlu diteruskan.
Senyuman yang aku perlukan, semangat yang sentiasa membakar hati ini.
Aku hanya perlukan itu.

Zara : Padang bola tetap padang bola. Tetapi mungkin ianya lebih indah bila ditambah dengan bunga yang mekar mewangi. Tiada siapa mampu mengubah kenyataan sebuah padang bola kerana keindahannya mampu bertambah.

Selamat Ulang Tahun Buat Kanda Taufik (24), Kanda Aza (23) Dan Saudara Naz (22)!

Saturday, July 25, 2009

Hitam, Putih Atau Kosong - Itu Tetap Aku


Kepenatan.
Penat. Sunyi. Rasa Mahu Membunuh Secara Menegak.



Sudah Lama Tidak Mengambil Gambar Secara Menggila.
Rindu dengan suasana itu semua.
Aduhai.



Bersama Cinta Hati...
Teman Sebilik Di Tahun Akhir...



Siapa mahu datang kenduri esok, sila datang.
Maklumat di penulisan di bawah ini!
Oh, bukan pertunangan, bukan perkahwinan aku.
Aku belum layak mengecapi nikmat dunia yang itu semua.
Masih terlalu jauh...

Zara : Si Comel kata dia rindu Si Kosong.
Si Tengik kata dia rindukan Si Busuk.
Zara kata dia rindukan Si Kosong, Si Busuk, Kekasih Gelap, LCH dan Kekasih Pertama.


Terkini : Al-Fatihah buat Yasmin Ahmad.
Sila tekan SINI untuk lebih pembacaan.

Friday, July 24, 2009

Bila Aku Berbingkai Hitam - Senyum Palsu?


Aduh, ada orang kata senyuman aku adalah senyuman palsu.
Senyuman penuh kepura-puraan.
Aku cuma balas dengan satu soalan sahaja.

"Kamu tinggal dalam hati aku ke?"

Keji bukan kenyataan yang aku berikan kepada manusia itu?
Aduhai, adakah kamu mengenali aku hanya dengan melihat luaran?
Kalau kamu tahu apa itu keganasan domestik,
sumpah, kamu tidak akan menyatakan perkara tersebut pada aku.



**Senyuman Palsu Ke Ni?**



Oh ya, ini gambar pagi tadi tahu?
Jadi senyuman itu masih dikira segar.

Rasa bahagia pula bila bermain dengan gambar untuk membunuh niat membunuh orang lain.
Baiklah, hati ini penuh dengan kasih sayang.
Mana boleh benci-benci kan?
Lagipun, aku sudah ada permainan yang menemani aku.

Agaknya, kalau LCH nampak aku begini, apakah mungkin dia akan mengajak aku bermain bola keranjang bersama? Aduhai..

Hati sedang berbunga mawar merah, semalam kekasih gelap bertanyakan khabar dan gembira atas surat temuduga yang aku terima. Rasa bahagia walaupun dia diulit bahagia dengan isterinya.

Zara : Sedang sibuk mengemas untuk kenduri pada 26 Julai ini.
Sesiapa yang mahu berkunjung, sila hubungi aku ya? Cinta dan ciuman buat kalian!
Sila hantarkan surat elektronik kalian ke
beckham_shafaza@yahoo.com
atau
lordzarasean87@gmail.com

Rasa Mahu Bertukar Sebentar, Kamu Mahu Juga?


Semalam juga, ada dua perkara menarik yang terjadi dalam hari aku.
Pagi, Abang Posmen datang menghantar surat temuduga.
Petang, dia muncul lagi dengan satu bungkusan.

Senyum sinis terukir di muka dia dan gelak kecil mengiringi senyum manisnya.

"Dik, apa pakai tudung tapi pakai seluar pendek?"

Ayat sangat keji!

"Abaikan sahaja bang, mari saya tandatangan cepat-cepat"



2 kotak kecil melompat keluar.
Menayangkan diri buat tatapan aku yang teruja.



**Bumblebee - Si Kuning Yang aku suka**




**Megatron - Si Hijau**



**Oh, inilah tulisan si penulis blog yang baik hati itu.**

Sangat kemas tulisan anda buat seorang yang bernama lelaki.
Ayat aku ini bakal membuatkan berjuta lelaki di luar sana mengamuk barangkali.
Tetapi seperti yang aku nyatakan pada kamu semalam wahai si pengirim,
kamu lelaki kedua yang mempunyai tulisan yang mudah untuk aku baca.

Yang pertama?
Kekasih gelap aku yang cerah.
^_^



**Ketika aku makan malam**

Hanya Si Botol Biru itu menjadi sajian aku.
Eh, kan aku pencinta sawah yang setia?

Oh, hati sudah menjadi tenang semula.
Nasib baik ada benda yang dapat mengalihkan perhatian aku kan?
Terima kasih buat si penulis blog itu!

Zara : Untuk budak yang penuh dengan EMOSI dan MEMPUNYAI BILIK YANG TIDAK KEMAS, terima kasih daun keladi atas pemberian kamu ini. Lain kali, sila kirimkan makanan kegemaran aku pula ya?
Jangan berani lagi menyiarkan tulisan yang mempunyai gambar SUSHI jika kamu tidak dapat mengirimkannya buat aku. ^_^

Thursday, July 23, 2009

Si Langit Garis Biru - Aku Dambakan Kamu


Tadi aku keluar lagi - atas urusan peribadi.
...dan seperti biasa hanya motosikal yang aku gunakan.
Lebih jimat dan memudahkan untuk aku bermain api di depan rumah seseorang.

Seringkali bila sendirian di atas jalan raya,
mata aku gemar mencari sesuatu untuk dijadikan punca kasih sayang atau mengimbas memori indah. Gila sekali tapi itu memang menjadi taruhan peribadi aku.
Hari ini aku bertuah, menemui dia, kekasih hati kedua bekas kekasih pertama aku.

Si Langit Garis (sila baca : Skyline)

http://www.ssip.net/upload/nissan-skyline-gtr-driving-1_41.jpg

**Gambar kredit di SINI**

Memang mengasyikkan melihat Si Langit Garis yang berwarna biru.
Lebih mendodoikan hati apabila dia hanya bergerak perlahan disebabkan terpaksa berpuas hati dengan gelagat lori kelapa sawit, lori getah dan juga lori simen.
Harus kamu bersabar bukan apabila hanya motosikal kecil seperti aku mampu melepasi kamu dan menahan sebak di dada, kerana ia hanya ditunggangi oleh wanita muda seperti aku.



**Gambar ketika musim perayaan Aidilfitri tahun lepas**
Abaikan muka penat di situ.


Ya, mungkin kamu merasa sedikit terkilan,
tapi aku tetap sukakan kamu wahai Si Langit Garis.
Apatah lagi kamu di dalam warna kegemaranku.
Harus aku menjerit kesukaan walaupun CRV tercinta melalui di hadapanku.

Zara : Kepala masih pening kerana menahan nafsu dari menjamah dadah kegemaran.
Tapi setelah digoda oleh penulis blog yang gemarkan kucing, Kak GG, aku tewas di sebelah pembancuh kopi tercinta.


Terkini : Aku sudah terima surat dari KPM!

Bawah Laut, Dalam Nanas Temani Aku

Kepala aku pening, fikiran aku bercelaru.
Otak aku tidak mahu bekerja selari dengan kehendak tubuhku.

.Si Kuning Yang Tinggal Di Dalam Nanas.
.Kenny Pemberian Seorang Penulis Blog Yang Aku Hormati.
.Charlene Si Merah Jambu Pemberian Kekasih Gelap.


...dan hanya mereka peneman aku tatkala ini.
Rasa mahu berguling-guling laju ke kampus selatan.
Rindu dunia sana.

Oh, dimana Kimi dan Danny?
Mereka aku simpan di tempat yang istimewa. Rindu pada Papa mereka.


Ada yang bertanya pada aku, siapakah LCH sebenarnya?
LCH itu membawa erti apa?
Pelbagai spekulasi yang dibuat dan aku tertarik dengan kenyataan beberapa penulis blog.
DIK AN : Lelaki Comel Handsome
KYLE XY : Lelaki Cina Handsome
HAZAMI BAHRIN : Lelaki Comel Habis

Aduh, aku ketawa dengan tekaan kalian. Mungkin ia sedikit sebanyak mengambarkan diri LCH itu sendiri, tetapi kenyataannya, LCH adalah singkatan namanya sendiri.

Zara : Perlukah aku pura-pura ke kedai ataupun ke sekolah hari ini?
Si Kosong dan Si Comel sama-sama kurang sihat.
Si Busuk dan Si Tengik sudah tiga hari tidak berhubung. Rindu pada Si Busuk.