Tuesday, June 30, 2009

Kalau Susah Guna Jari, Korek Guna Pisau...


Aku menyiang ikan dengan jayanya.
Ikan cencaru.
Berjaket tebal laksana seorang wira.

Ikan perlu bersih.
Perlu disiang dengan cermat.
Segala isi perutnya harus dibuang.

Mak pandang aku.

"Dah bersihkan?"

"Dah Mak"

" Isi-isi perut? Kalau susah guna jari, korek guna pisaulah!
Jangan bagi ada yang tertinggal"

"Baik"

"Kau ni nak masak ke jadi doktor?"

"Kenapa Mak?"

"Cara kau pegang pisau, macam nak buat pembedahan"

"Ha?!"

Itu aku 3 tahun yang lepas.
Mula berjinak-jinak dengan masakan setelah mempunyai cinta pertama kononnya.
Akhirnya cinta memakan diri dan hati.
aku kini masih sendiri.
Alahai...

Monday, June 29, 2009

Aku Sukakan Langit Dan Awan


Aku sukakan langit.
Langit menceritakan apa yang ada dalam diri aku.
Aku sukakan biru, hitam dan putih.
Langit telah melukiskan segalanya buat aku.



Aku nampak kelibat seekor unicorn di langit ketika ini.
Salah mata aku atau aku biarkan khayalan dan imaginasi menguasai diri?
Awan memutih dan aku tersenyum melihatnya.

Langit yang aku tinggalkan di kampus Selatan,
adakah sama dengan langit yang aku lihat petang tadi?
Aku rindu...

Nota : Untuk gambar langit lagi, sila tekan SINI.



Oh ya,
aku letakkan gambar-gambar langit itu di dalam akaun "MukaBuku" aku.
Sila tinjau jika kamu berkenan.
Esok sudah mula bekerja.

Hamba Bercuti Atas Titah Paduka Sultan Tercinta...


Salam hormat buat kalian semua.
Selamat bercuti buat warga negeri Johor di mana sahaja kalian berada
(alangkah indahnya jika kalian di Johor).

Ya,
kami semua bercuti disebabkan
Hari Hol Almarhum Sultan Ismail.

Oh, semalam selepas pertemuan 4 pasang mata (tidak termasuk sepasang kaca mata),
aku meneruskan agenda membeli belah sebagai seorang guru.
Agenda yang dilaksanakan seorang diri.
Katakan SEMANGAT CIKGU!

Setelah berhempas pulas mencari kasut yang sesuai ke sekolah,
akhirnya ketemu juga.



Sebenarnya warna ungu.
Kurang kelihatan ke"ungu"annya.
Aduhai...



Oh, ini pula dari sisi tepinya.
Kelihatan sungguh bukan Zara yang akan memakainya.
Tetapi jangan khuatir,
kerana ini memang milikan aku.
^___^

Kelihatan agak tinggi dan aku rasa aku perlukan sepasang selipar untuk
menunggang motosikal, ini harus disimpan di dalam bakul dahulu.
Hahaha...

Dan akhir sekali,
setelah berjaya meyakinkan jurujual di sebuah kedai buku,
aku berjaya memperolehi Kad Diskaun Guru.
Ya tuan-tuan dan puan-puan sekalian,
potongannya lebih hebat berbanding kad diskaun pelajar.



Kamus sangat ingin aku miliki sekian lama,
akhirnya menjadi milik aku.
Puas sungguh!

Oh, aku bercuti hari ini.
Perlu ke dapur melunaskan tanggungjawab.
Hari ke-17 tanpa nasi sebagai hidangan aku!

Sunday, June 28, 2009

Pertemuan Yang Tidak Diduga


Aku berjalan kepenatan menuju ke kamar guru.
Aduhai, cuaca yang panas serta jarak yang jauh menghubungkan kawasan kelas dengan
kamar guru membuatkan aku merungut sendirian.
Kecuaian sendiri tertinggal sesuatu membuatkan aku terpaksa menapak ke sana.
Alahai...

Menyelusuri susur gajah,
kelihatan sekelompok lelaki berpakaian sukan di padang sekolah.
Aku tidak menghiraukan mereka, mungkin ada yang menjalani latihan sukan di sini.

Ku tebarkan pandangan.
Guru Kanan Teknik dan Vokasional tersenyum memandang aku.
Ah, Cikgu A.M. desis hatiku.
Berbalas senyuman dengan Cikgu A.M.

"Ipah, dah pandai bawa rotan sekarang ini..."
(hiraukan panggilan ini - dia memanggil ku begini disebabkan
dia pernah menjadi guru ku di sekolah lama ku)


"Saya bawa je cikgu, belum pernah merotan sesiapa pun lagi."

"Ye ke ni? Sebagai tunjuk amaran pada pelajar sahaja ke?"

"Ya cikgu, acah-acah sahaja kalau mereka tak buat kerja sekolah"
aku tersenyum.

Cikgu A.M. tersenyum sahaja.
Gelak bersahaja dia kedengaran.
Beberapa lelaki yang berdekatan mendekati dia.

Telinga aku menangkap isi perbualan mereka.

"Ya, dia anak Tuan Haji S.Y."

Aku menoleh.
Cikgu A.M. sedang menunjukkan ke arah aku.

Ya Tuhan, mengapa lelaki itu lelaki yang aku tidak mahu ke temu lagi?
Lelaki berbaju biru yang pernah menjadi sebahagian kenangan zaman persekolahan.
Aduhai...

Cikgu A.M. : Ipah, kenal lagi dia ni?
Aku : Kenal Cikgu. Dulu dia Tingkatan 5 masa saya Tingkatan 4.
Abah ada ajar dia dulu.

Lelaki Berbaju Biru (LBB)

LBB: Dah lama mengajar?
Aku : Baru sahaja. Ni pun ganti guru bersalin.
LBB : Sihat?
Aku : Sihat, macam ni juga.
LBB : Dah habis belajar?
Aku : Alhamdulillah, sedang menunggu konvokesyen. Ada latihan sukan apa ni?
LBB : Oh, untuk sukan Zon. Ada kelas lagi lepas ni?
Aku : Ada, sampai jam 6.40 petang nanti. Maaf, saya nak naik ke bilik guru dulu.
LBB : Baik. Jaga diri.
Aku : Terima kasih.

Aduhai, kenangan tahun 2002 tersingkap tatkala aku menuju ke kamar guru.
Lelaki itu dan rakan-rakannya galak mengusik aku.
Kenangan di bangku persekolahan menggila.
Alahai, kenangan itu sesuatu yang kelakar.
Tiada rasa pahit atau manis tapi mengenangkan bagaimana ia bermula dan terjadi,
aku hanya tersenyum sendiri.

Saturday, June 27, 2009

"Cikgu Pernah Kerja Di Kedai Mamak Ke?"



Itu soalan yang ditanya oleh pelajar aku hari ini.
Tatkala tangan aku lincah membungkus minuman, memberikan arahan supaya melayan pelanggan yang berkunjung ke gerai kami.
Ya, aku tahu mulut aku selaju tangan dan kaki aku bergerak.
Tiada istilah segan, malu atau lembap jika kalian kepingin bekerja bersama aku.

Bunyinya agak kejam, tetapi mengenangkan aku bangun seawal 4 pagi untuk menyediakan jualan,
adalah lebih kejam jika mereka hanya berdiri membatu di tepi aku.
Ah, kalian yang begitu bersemangat mahu menjual,
akhirnya cikgu ini yang bertunkus lumus bekerja buat kalian.

Masa yang diperuntukkan untuk berjual adalah dari 8 pagi hingga 12 tengah hari.
Alhamdulillah, sebelum jam menunjukkan 11 pagi,
kami sudah mula mengemas gerai.
Semuanya habis terjual.
Alhamdulillah.



Muka ketua gerai yang kepuasan



...bersama dengan pembantu-pembantu yang setia dan tersangat bersemangat mahu menjual.

Friday, June 26, 2009

"Kita Jual Orang Sahaja, Lagi Untung..."


Sekumpulan pelajar menemui aku.

"Cikgu masuk kumpulan kami ya?"

Aku tergamam.
Masuk kumpulan apa ini?

"Kumpulan apa?"

"Jualan masa Hari Terbuka dan Koperasi nanti cikgu. Cikgu sertai kami ya?"

"Kenapa saya?"

"Ala cikgu, Cikgu M ada, Cikgu Y ada"

"Nanti saya fikir. Awak jual apa?"

"Kita jual makanan cikgu. Macam - macam jenis makanan ada"

(dalam hati)
Siapa yang kena masak tu agaknya?
Mesti cikgu-cikgu ni sebab penggunaan api dan sebagainya dilarang kali ini.


"Nak untung banyak-banyak nanti cikgu."

"Jual orang lagi senang. Lagi banyak untung", jawab aku.

Aduhai...
Esok Hari Terbuka dan Koperasi sekolah.
Hari Sabtu pun kena datang sekolah.
Hari persekolahan yang diganti untuk Raya.

Ibu bapa bakal datang mengambil laporan kemajuan anak mereka.
...dan malangnya, setelah laporan diambil,
pelajar masih perlu tinggal di sekolah.
Wajib pulang jam 1.05 petang.
Kasihan.
^____^

Thursday, June 25, 2009

Aku Pencinta Makmal Yang Setia


Hidup aku sentiasa dibayangi oleh makmal selama ini.
Sumpah!
Aku memang suka makmal sebab aku cintakan Kimia.

Tapi sekarang,
memandangkan mata pelajaran yang aku diamanahkan tidak berkaitan dengan cabang sains,
aku seharusnya berusaha dengan gigih di dalam bengkel.

Tapi dasar aku yang sukakan diri aku yang sebenar,
aku perlukan Sean tatkala aku menyampaikan isi pelajaran.
Aku perlukan tetikus.
...dan terbaru, aku perlukan rotan.



25 Jun 2009
Aku di dalam makmal selepas menguruskan kelas ke dua pada hari ini.
Sebagai bukti, aku dan makmal sentiasa mahu menyatu.
Aduh, cinta hatiku.

Adakah aku kelihatan menggerunkan?
Aku rasa wajah itu masih manis (ayat penabur garam di hati)
Aduhai...
Esok masih perlu ke sekolah sehingga Sabtu.
Hari Terbuka dan Koperasi menjelang tiba.
Mahu mengunjungi aku?

Wednesday, June 24, 2009

Jangan Mencabar Insan Yang Keletihan Di Atas Jalan Raya


Ya.
Itu adalah amaran keras kepada pengguna jalan raya sekalian.
Jangan sesekali mencabar insan yang keletihan.
Buruk padahnya.

Kereta seharusnya dipandu di kawasan yang sepatutnya.
Memotong kenderaan lain juga ada caranya.
Jangan mencelah sesuka hati.

Jika jam di tangan anda menunjukkan jam 7.00 malam,
sila pastikan anda tidak membunuh kesabaran insan lain dengan sikap anda.

Ya.
Motor yang sepatutnya ditunggang pada had kelajuan kebangsaan,
telah bertukar kepada had laju lebuh raya.
Sekalung tahniah buat pemandu kereta putih tadi.
Dari catatan tertinggi aku hanya 90 km per jam sebagaimana had laju kebangsaan
bagi jalan persekutuan,
nilai meter di motor telah mencecah 110 km per jam.
Satu catatan rekod yang tidak boleh dibanggakan langsung.

Aku kepenatan.
Menunggang dan berlumba itu dua perkara berbeza.



::Aku baru pulang dari tempat kerja::

Jangan di tanya di mana tempat kerja aku kerana...
soalan tersebut hanya akan dijawab dengan rotan...
(Di mana tempat kerja seorang guru?)

Zara : Aku mula menggemari bunyi rotan yang aku libas serta hayunkan
di punggung-punggung dan badan-badan...
maksud aku punggung dan badan meja-meja kelas, bengkel dan makmal...
bukan pada pelajar...


Aku Menantu Yang Baik


Mungkin kalian sudah terbaca di blog bahasa kedua aku.
Isu perdebatan bahasa memang menjadi kegemaran aku.
Bukan sifat dan sikap aku menolak perkongsian bahasa,
tetapi ada yang perlu kita renungkan dalam hal ini.

*****************************************************

Di sekolah yang aku bertugas mencari rezeki dan pengalaman ini,
terdapat seorang cikgu yang telah berkhidmat lebih 30 tahun.
Masih berkhidmat walaupun telah bersara kerana diminta oleh sekolah.
Guru Bahasa Inggeris.

Oh, kegemaran cikgu ini pada aku adalah dia memanggil aku dengan gelaran MENANTU.
Ya, menantu sahabat-sahabat sekalian.
Secara jujurnya, walaupun aku pernah bercinta dua tahun lepas,
bekas-bakal-ibu-mertua-tak-jadi aku belum sempat untuk menganggap aku sebagai menantunya. Mungkin usia percintaan yang hanya satu tahun setengah tidak dapat menzahirkan perkara tersebut.

Cikgu ini ingin memperkenalkan anak dia kepada aku.
Aku jadi bahan usikan di mana-mana.
Dia tanpa segan silu akan mengusik aku dengan memanggil aku sebagai menantu.
Alahai cikgu...

Dalam seminggu, ada 4 hari kelas aku akan berakhir pada jam 6.40 petang.
Ya, aku bertugas pada sesi petang.
Jadi jangan terkejut atau menuduh aku ponteng kerja kalau kalian ternampak aku
berada di atas-talian (baca sebagai Online) pada waktu pagi.

Jika ada kesempatan,
tatkala ingin mendaftar keluar sekolah,
cikgu ini akan menitipkan pesanannya pada aku.

"Dxxxx"

Itu kod dia di sekolah.
Ya, aku menolong ibu mertuaku mendaftar keluar.
Aku menantu yang baik bukan?
^___^

Lebih pembacaan, sila tekan di sini.
Maksud aku, kalau kalian berminat.

Zara : Aku sudah mula membawa rotan di sekolah semalam.
Kepuasan dan sinaran mata aku bergenang serta berkilauan.
Ekspresi diri?

Tuesday, June 23, 2009

"Cikgu Cantiklah Hari Ini"


"Cikgu cantiklah hari ini"

Ada pelbagai situasi yang menjelaskan mengapa pelajar menggunakan ayat tersebut.
Begitu juga semalam.
Dari 6 kelas yang aku masuk,
ada 4 buah kelas yang menyatakan perkara yang sama.

Ketawa aku bila memikirkannya.

Kelas 1.
"Cikgu cantiklah hari ini"

Tatkala mereka menghantar tugasan yang diberikan dengan sempurna.

Ucapan itu aku hadiahkan terima kasih buat mereka.

Kelas 2
"Cikgu cantiklah hari ini"

Buku tidak dibawa ke bengkel.
Tugasan tidak disiapkan.

Ayat itu aku balas dengan jeritan dan ugutan.

Kelas 3
"Cikgu cantiklah hari ini"

Sekumpulan pelajar meminta aku menangguhkan lagi masa menyiapkan tugasan.
Dengan alasan terlalu banyak bebanan kerja.

Kata-kata itu aku balas dengan memberikan lebih banyak tugasan
berbanding yang sepatutnya.
Jangan pernah meremehkan kerja yang sedikit sebab anda akan menerima akibatnya.

Kelas 4
"Cikgu cantiklah hari ini"

Sesi persekolahan tamat pada pukul 6.40 petang.
Sekumpulan pelajar cuba untuk merayu aku menghabiskan kelas awal.

"Cikgu, nanti jarum panjang pada nombor 7, awak bagi kami keluar ya?"

Mulut manis hanya akan membuat badan kamu binasa.
Aku lepaskan mereka keluar hanya bila loceng pulang berbunyi.

Monday, June 22, 2009

Selamat Ulang Tahun Isa


ISA...

Selamat Ulang Tahun Ke-15 Buat Adik Aku Yang bakal menduduki
Penilaian Menengah Rendah (PMR)

Buat yang terbaik.

Kaki jangan asyik menggentel bola.
Padang itu tidak akan ke mana.

Sunday, June 21, 2009

Boleh Dipakai Ke Sekolah Tak?

Kuih lapis.
Kek lapis.

Kasut aku yang aku beli sebab nak mudah bergerak dan melakukan aktiviti.
Agak-agak boleh ke aku pergi sekolah dengan kasut ini?
Aku bingung memikirkannya.

Oh ya, kasut ini juga intrepetasi aku yang agak menyukai kek lapis di Hari Raya.
Buatkan aku terkenang kek lapis Tok Andak.

Selamat Hari Bapa


Salam Perpaduan!
Selamat Hari Bapa buat semua bapa-bapa yang dikasihi!

Buat Abah tercinta,
Along sayang Abah sangat-sangat.

Saturday, June 20, 2009

Akhirnya, WiFi Sudah Menjelma Di Rumah!


Salam Perpaduan buat kalian semua.
Hari ini aku kembali menemui kalian semua.
Cinta hati aku.
Maaf jika aku meninggalkan kalian terlalu lama.
Adakah kalian merindui aku?

Friday, June 19, 2009

Setahun Bercium Dengan Benda Asing...


Setahun aku bercium.
Setahun aku memeluk dengan erat bahasa kedua aku.
Tapi dia cinta pertama aku.

Tekan sini untuk kejadian yang lebih jelas.
Tekan.

Satu

Dua

Tiga

TEKAN

Saturday, June 13, 2009

Ada Dadah Tapi Kalau Tiada Dapur, Apa Gunanya?


Ketagihan aku semakin memuncak.
Tolonglah aku.
Aduhai.

http://www.coffeeroastery.com.au/images/BaristaChallenge.jpg

Aku ketagih terhadap ini.
Tangan aku menggigil.
Aku mahu sangat-sangat pembancuhnya.
Dapurnya.

Friday, June 12, 2009

Selamat Tinggal Masters


Selamat Tinggal Masters.

2 Julai 2009.
Sepatutnya kembali sebagai pelajar, tetapi aku memutuskan untuk menolaknya.
Alangkah indahnya jika sesiapa menaja aku sekarang.
*ketawa*

Aku akan menghadapi realiti.
Sebagai guru buat masa ini.
Mungkin selepas beberapa ribu hasil jeritan dan gemaan di dalam kelas,
aku akan kembali menjadi pelajar.

Nampaknya bukan dalam waktu terdekat.
Buat akak GG serta semua,
insayaALLAH, aku akan kembali berblogging seperti dulu.

Aku sudah daftar itu jalur lebar.
Hahahaha~

Sekian.
Cuti sekolah hampir tamat.
Aku hampir gila kerana kena kerja semula.
Sekian.

Cinta kamu semua!

Tuesday, June 09, 2009

Hidup Satu Uji Kaji


Hidup adalah satu uji kaji?
Kata orang adalah sedemikian.

Pada aku,
walaupun aku gila kepada ilmu kimia,
aku tidak mahu hidup aku menjadi uji kaji.
Aku takut hasilnya sebab aku sentiasa mengharap yang terbaik.

Uji kaji terdapat pelbagai kemungkinan.
Berhasil?
Tidak berhasil?
Gagal?
Berjaya?

Aku tidak mahu memikirkannya...

Thursday, June 04, 2009

Selamat Ulang Tahun Lorince...


Selamat Ulang Tahun Ke-21 Buat Lorince.

Ahli termuda Kumpulan Dinamik kami.



Moga Tuhan sentiasa memberikan yang terbaik buat kamu Lorince!



Moga kita bertemu lagi adik...
^___^

Jangan lupakan Kak Zara kamu ini.
Kalau tidak....

**Nota Kasih : Mahu baca lagi mengenai ini, sila tekan SINI**

Monday, June 01, 2009

Keputusan Sudah Diumumkan!

Salam.
Keputusan peperiksaan sudah diumumkan!
Alhamdulillah!

Bulan Jun Sudah Tiba...Warna Apa Bulan Ini?


Bulan Jun sudah tiba.
Mari aku sebarkan cinta, kasih dan ciuman buat kalian semua.
Rindu kalian.
Rindu yang teramat sangat.
Aduhai...

http://www.familyshoppingbag.com/june_calendar_9b.jpg

(Penghargaan di sini)

Sila isikan jadual kalian.
Jangan lupa.