Thursday, October 15, 2009

Dengan Hormatnya Dimaklumkan Tuan/Puan Telah Ditempatkan Sebagai GSST Ke Negeri Sabah

Salam semua!
Malangnya, bukan itu yang terukir di atas surat yang di hantar oleh jejaka berseragam putih-biru-merah.
Yang terukir di atas surat tersebut adalah...

Dengan hormatnya dimaklumkan tuan/puan telah ditempatkan sebagai Guru Siswazah Sandaran Terlatih (GSST) ke Negeri Johor mulai 26 Oktober 2009. Penempatan sekolah tuan/puan akan dimaklumkan semasa tuan/puan melaporkan diri.

Alhamdulillah, segala puji atas rezeki yang dikurniakan buat seorang anak gadis berusia dua puluh dua tahun ini. Moga semuanya baik-baik sahaja buat diri ini. Pilihan pertama yang diletakkan bagi memenuhi kehendak ibu bapa tercinta nampaknya menyebelahi rezeki buat diri ini.

http://travelmalaysiaguide.com/images/Maps/sabah-map-fun.jpg
(Gambar penghargaan di SINI)

Selamat tinggal Sabah Negeri Di Bawah Bayu.
Selamat tinggal impian untuk menabur bakti di sana buat masa ini. Nampaknya khidmat lebih diperlukan di negeri kelahiran sendiri. Maaf buat Kekasih Gelap Yang Cerah, aku tidak dapat menunaikan janji kita untuk bertemu dan mencurah bakti di sana. Moga kita bisa bertemu pada waktu-waktu percutian khas sekolah. Jangan kecewa ya? Buat sahabat-sahabat yang berasal dari sana atau ditempatkan di sana, panjatkan doa agar ada pertemuan kita suatu hari nanti.

http://travelmalaysiaguide.com/images/Maps/johor-fun-map.jpg
(Gambar penghargaan di SINI)

Alhamdulillah, negeri kelahiran yang mempunyai pertalian yang sangat rapat dan utuh dengan diri. Dilahirkan di sini, dibesarkan di sini, melalui proses pembelajaran dari sekolah, matrikulasi sehingga universiti di sini dan insyaALLAH, bakal memulakan kerjaya juga di sini. Ah, diri ini tidak akan mengendahkan segala kata-kata yang mengatakan tidak pernah keluar dari negeri Johor (walaupun secara faktanya sudah pernah ke luar negara) - ini rezeki yang ditentukan Allah. Semoga iltizam dan tekad yang kuat ini dibantu oleh kekuatan yang disalurkan di jalan yang sepatutnya.

Buat sahabat-sahabat yang bakal memulakan kerjaya sebagai seorang guru, teruskan perjuangan kita semua walau di mana sahaja kita ditempatkan. Buat mereka yang kecundang pada percubaan pertama ini, jangan pernah eknal erti putus asa teman. Aku sentiasa mendoakan yang terbaik buat kalian.

Zara : Alhamdulillah, hati dan jantung sudah mula menjalankan aktiviti seperti biasa. Tiada lagi adrenalin yang menggila, tiada lagi nafas yang mencemaskan. Syukur aku atas kurniaan rezeki.

108 comments:

cheryna zamrinor said...

congratulations! ini bermkna anda mungkin akan selalu lau di seremban (kalau tak pun high waynya!). yeayy...seroknya:)

Alhamdulillah...

Samaira said...

tahniah zara be a good teacher ya

intanurulfateha said...

.congrat syg! (:

myQza said...

ALhamdulillah dak zara.. menabur bakti di tanah tumpah darah sendiri.. insyaAllah.a da rezeki nanti mengjengah negeri org pula.

selamat bertugas zara.

Tahniah!

Anonymous said...

tahniah sayang...!! muah*

Paan Ovrtd said...

Kawin pun kat johor jugak ke kak?

Bro Framestone said...

tau2 dapat calon dari Perak he...23x

Anonymous said...

tahniah dik..selamat berbakti utk anak bangsa ya!

Anonymous said...

waa.........congrate zara......!!!

oic...ade hati nkmengajar di sabah yer..hehehe kedapatan suda..

ade saper disaner tue? ehem3..diam2 yer..btw gud luck cikgu ZARA..

beskot said...

wah..
tahniah cekgu..
awat nk p smpi sabah??
ok pe dpt kt johor..
nk dpt pengalaman ngaja tmpt org eh??
tgk kt gmbo negeri sabah tu..
mcm da plan pelbagai xtvt je kalo dpt sn..
hehe..

puding roti said...

tahniah zara. dpt berbakti kt tpt kelahiran snd. besnya.

selamat petang chekgu..! ;D

meo188 said...

taniah... may ur dreams will come true

Anonymous said...

tahniah zara..
akhirnya penantian dan debaranmu berakhir jua..
selamat menjalankan tugasmu dgn penuh dedikasi dan amanah..
congrats again! =) ~

Blog Anuar Kamaruddin™ said...

alhamdulilah syukur nikmat

satu lagi pengalaman baru akan ditempuh oleh kamu! =D

Gieyana said...

Salam Dik..tahniah yer...selamat berbakti k..:D

Gieyana said...

Salam Dik..tahniah yer...selamat berbakti k..:D

intan izani said...

seronoknye ngajar kat johor!

~daRLee ZuRiS~ said...

mana2 pun sama.asalkan dpt berbakti,kan?

nanti carilah pasangan dari negeri di bawah bayu tu
gerenti leh transfer sana pulak
hehee ;P

anntaj said...

sabah besttt..:)~

leadleedeea said...

congrats dear~!! hopefully u'll be a good teacher n not a cheater yek...hehehheee~!!!

Tekkaus said...

Tahniah Zara! :)

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

Selamat menempuh dunia pekerjaan yer Dik Zara...

Yang penting Selamat Mencurah Ilmu Pada Anak-Anak Malaysia.

niesz said...

wah!congrate..
wat yg d best k..
cayo!

Hazerin said...

seronoknye. mesti kamu dhantar di pulau2.. hehe.. pulau sibu,mungkin.

Jard The Great said...

alhamdulillahhh.. waaaaaaaaa... zara!!! aku gembira kamoo sudah dpt keje kat negeri kelahiran.. ehehehe... untung beb

Cetusan said...

aa selamat selamt dalam negeri..anak pun JOhor heee

FARYN said...

nak kerepek free!
ahahahaa

PuanPepel said...

congratz yang.....~~~ uhuk...
cepat la 16hb..huhu...macam jauh..tade surat yg sampai pon...da rmai yg dapat arini...

lumut said...

slamat pagi cekgu!!hee..syukur kan

NAZ said...

wow sangat bercita cita kamu :)

Unknown said...

tahniah tahniah tahniah zara..aiyaya..seronok nye aku baca cite nih..mehlah datang terengganu..key!

et said...

idup JOHOR!!!

sye org johor..sentiase sokg org johor jugak..lalalaa~

alhamdulillah..congratz cik zara..^^

Unknown said...

Tahniah Cik Zara...

baktimu tertumpah di negeri tertumpahnya darah kamu...he heh he


Aku 21hn ini gie temuduga Guru Bahasa...di Mrsm Kuala Kubu Baru...

Kamu doaka aku berjaya k!

IxoR@ said...

tahniah syg...

kamu tak berpisah jauh dari daku...

:D

Azuan said...

jadi cikgu leklok..
jangan pukul anak murid..
tampar sekali sekala takpe haha..

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

cHeRyNa PiReS :

err..kenapa nak lalu Seremban pula Kak Sha?

Zara memang orang Johor kak~

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

Samaira:

hehehe~
baik sayang!

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

cik intan (◡‿◡✿):

maceh Cik Intan!

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

sI tEDI:

Mekasih Kak Tedi!
Hehehe~

=)

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

Mie :

hehehe~
maceh Mie comel~

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

Paan :

kawen?
tak tau lagi~

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

Framestone :

hehehe~
calonnya bercadang nak duduk Perak bro~

oooppps~

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

Lifesaver:

maceh kak!
nak aku ajar anak kamu?

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

Uruchimaru @ kf :

hehehe~
siapa di sana bah?
rahsia aku ni~
haahha~

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

Aku Beskot™:

kat sana ada yang mahu dicari~
hehehe~
nak buat perkara yang best~

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

puding roti :

Selamat malam sayang!

hehehe~
bekerja di bumi sendiri~

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

meo188 :

thanks a lot bro!

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

itafukada:

maceh ita comel!
hehehe~

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

Blog Anuar Kamaruddin™ :

alhamdulillah~
insyaALLAH Nuar~

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

Gieyana:

salam kak!

maceh kak!

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

Gieyana:

hehehe~
Nureen punya Mama ni memang amat comel!

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

intan izani:

hehehe~
maceh kak!

apa yg best ya?

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

~dARlee zURiS~:

betul katamu kak~

err..tak boleh cari kak, nanti ada hati yang parah~

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

anntaj :

^___^

betul!

lel said...

tahniah cikgu!
selamat mendidik~

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

leadleedeea :

hehehe~
thanks sis!

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

Tekkaus :

terima kasih bang!

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

a.z.r.i.n.a.03.07:

hehehe~
terima kasih kak!

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

niesz :

thanks sayang!!

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

+h.a.z.e.r.i.n+:

hehehe~
bestnya!
aku bleh snorkeling kak~

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

Jard The Great :

aku nak Sabah Jard!
nak beli gelang lagi~
muahaha~

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

zeqzeq:

hehehehe~
terima kasih~

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

F A R Y N :

ko nak berapa kilo?
hahaha~

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

miera a.k.a merr :

hehehe~
takpe sayang~
dah kurang dari 24 jam dah~

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

{lumut}:

hahaha~
maceh sayang~

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

naz:

hehehe~
hidupku gilakan kerja~

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

ashie023:

nak!
kalau aku pergi aku bagitau~

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

et :

tq ET comel!

=)

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

cintaAnna :

insyaALLAH sayang~

moga2 terbaik semuanya buat kamu~

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

IxoR@ :

maceh kak~

alahai~

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

Manusia :

hahaha~
tak bleh tampar2~

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

Noorlaila Mohamed Nor :

maceh sayang!

peluk2~

Anonymous said...

konfius ni, sabah ke johor?
adehh.

good luck kakakk~

Signorina Syima said...

maknanya lepas ni kitaboleh berjumpa lagi kan zara?? tp kalau kamu dapat ke sabah lagi best... boleh hakak p cuti2 di sana. rezeki mu di sini..

TAHNIAH anyway...!

zan xray said...

seronoknya dengar perkhabaran ni..
tak keluar2 la si zara ni dari Johor.
apa2 pun tahniah..

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

Ftyyhahh :

hahaha~

Johor lah dik~

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

Signorina Syima :

alahai~
kita bercuti ke Sabah sama2 jom kak~
hehehe~
boleh2, jom jalan2~

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

zan-xray:

hehehe~
terima kasih bang~

=)

Farah Ain said...

kak zara~~

mau jdi cigu ya...

sj juga ign jdi seprti kamu.hehe

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

Cik RaRa:

hehehe~
meh2~
jadi cikgu meh dik~

AiE bAhRi said...

Congrate zara...Saya yang lebih teruja..

Adry said...

huhu... kalau Sabah kan best.. mana tau ble jumpa.. hehehe

Kak Long said...

Selamat menyertai menyertai kak long dan teman2 pendidik yang lain ke dunia pendidikan.

Tahniah....
Di manapun kita bertugas, sebagai pendidik, matlamat kita cuma satu...untuk tetap berusaha memajukan bangsa, negara dan agama, kan!

Pocket said...

ala best sangat lah tu!!
dari lahir sampai sekarang tak kuar johor,
dah baik demam campak nanti pun kat johor jgak!!
kang bila keja pun kat johor,
ni yg nak marah ni,
tak rase nak kuar ker!!?

duk terperap jer kat danga bay tgk jom heboh. bila la telinga tu nak berkembang,
eh telinga tak perlu kembang.

marah marah marah!!
kenapa tak kena posting kat penang!!? :D
heheheh kalau tak buleh jer pocket belanja charkoeyteow sambil anda memperkenalkan student anda yg comei comei, considering student anda suma cukup umur lah hahahahah.

anyway, here i am wishing u congratulation! .
(But deep inside hoping u still have to transfer to penang ^^)

hehehe

MOKCIK AZWA said...

Tahniah Zara! alahai...kenapa nda dapat di Sabah bah....hehehe best pa pi sana uolss.

anyway, all the best of luck ya dik.

hidayah said...

cograt darling !!

ow dekat jela gan kg halaman kan..

kakak gue dapat sarawakkkk. 26hb ni terbang... cian dia...

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

AiE bAhRi :

hehehe~
terima kasih bang~

=)

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

Adry :

hehehe~
sedih sungguh tak dapat sana bang..
kalau tak, udah boleh bertemu dan ajak naik Kinabalu bersama.

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

Kak Long :

terima kasih Kak Long!
insyaALLAH Kak Long~
Sila berika tunjuk ajar pada Zara ya Kak?
=)

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

Pocket :

hehehe~
jangan marah bang~
jangan geram~
hehehe~
insyaALLAH, ada rezeki saya berjalan ke sana, mesti akan cuba berjumpa dengan kamu bang~ hehehe~

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

MOKCIK AZWA :

hehehe...
terima kasih Mokcik!
alahai..
sedih juga tak dapat sana..

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

hidayah:

hehehe~
tahniah kepada kakak kamu~
alahai, napa ramai sangat dapat Sarawak ni~

Bro Framestone said...

he..23x calonnye bercadang nk dok perak ek....dok mane tue ek

Yern Ain said...

cik zara. aiyarkkk! asal x dpt Sabah? hehe.
xpe.. kapan2 cuti dtg la Sbh eh.
;p

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

Framestone:

hahaha~
skang ni calonnya duduk Pahang bang~

OOooops~

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

Yern Ain :

hehehe~

sila tunggu i datang sana~
cuti2 sajo~

khasyikelvin_ said...

ouh, ingat kat sabah.
kalo tak leh suh kemsalam kat
kekasih gelap yg cerah..

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

cik ian@aH Lian~:

amboih~

laju je kamu kak~

hahha~

DramaQueen said...

hmm.. nanti, ape kata..suruh yg kat kuantan tu pon dapat posting kat johor.. ekekeke..

lariiiiiiiiiiiiiikkkk...

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

GiGGLe GaL :

hahaha~

dia tak mau kak~

hahaha~

messyremo said...

tahniah syg~~

hehe...

tahniah lagi...

tahniah...

tahniah....


bagus kan hanya di JOHOR=)

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

messyremo:


hahaha~

kamu yang sangat suka ku di JOHOR~

=)

Anem Arnamee said...

Salam.

tahniah,kamu :)

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

arnamee:

Salam.

Terima kasih sayang~

mm said...

cgu rupanya..
hahah.. selamat ya cgu..
nasib nda kana antar pg sabah.. hehehee

nerdy nadea said...

zara, masa interview cikgu, apa yg disoal?

nerdy nadea said...

ha'a zara..under ptptn. takut ni. rase macam nak terberak all the time.hehehe..
next week interviewnya...takoooot..nama menteri+isu semasa hampas x taw ape2 ni..huhu

nerdy nadea said...

yup kat melaka..tanjong keling..

baik, nanti nak kena study tips2 tu semua..tq zara..


p/s : tgh gelabah nak cari nemtag..huhu