Tuesday, July 31, 2012

#11 Ramadhan : Tarikh Luput.


Bukan roti sahaja ada tarikh luput.
Bukan makanan sahaja boleh mereput.
Bukan rambut sahaja boleh menjadi kusut.
Tapi perasaan juga boleh merosot.

Kadangkala kita perlu sedar.
Tidak semua benda kita boleh sambar.
Tidak semua benda kita boleh langgar.
Kerana manusia ada had sabar.

Ada suatu ketika kita perlu berhenti.
Kerana segalanya tidak akan kembali.
Ada yang datang dan kekal di sisi.
Ada yang muncul dan berlalu pergi.

Hakikatnya, kesakitan itu akan wujud dalam diri.
Kesengsaraan bakal merayau dalam arteri.
Membunuh perasaan dengan sakit tidak terperi.
Hanya demi kelangsungan nyawa atas Bumi.

Sebab itu segalanya ada permulaan.
Dan jika ada permulaan, pastinya ada pengakhiran.
Tidak semuanya akan berkekalan.
Itu lumrah kehidupan.

http://farm7.staticflickr.com/6050/6304193540_30c1c18f0d.jpg
[Sumber gambar]

Zara : Hanya kerana orang buat baik dengan kau, itu tidak bermaksud kau boleh ambil kesempatan pada dia.

Monday, July 30, 2012

#10 Ramadhan : Keputusan Yang Berjawapan.


Kadangkala kita tidak perlukan jawapan yang ditunggu sekian lama. Kita cari jawapan sendiri menggunakan gerak hati dan naluri yang kita percaya. Kerana diakhirnya, sekuat mana kita berusaha tetapi tiada hasilnya - kita juga yang akan terdetik rasa kesal dan kecewa. Walaupun begitu, kegembiraan dan bahagia itu ada di mana-mana - yang berusaha mencari akan temui dan hidup dalam senyuman bukan pura-pura. Berapa lama lagi mahu hias wajah dengan senyuman palsu demi tanam kesakitan dan penderitaan yang tidak berkesudahan - hadam segala kepahitan dan teruskan lakonan?

Sampai satu peringkat kita akan lelah. Letih dengan segalanya. Ada pilihan untuk rehat atau berhenti sahaja. Jangan dikorbankan diri sehingga akhirnya memakan diri sendiri. Setiap manusia layak untuk bahagia dengan manusia lain atas dunia dan ternyata, peluang kalau tidak dihargai, kita sendiri juga yang akan rugi.

[Sumber gambar]

"Salah satu keputusan yang sukar untuk dilakukan dalam hidup adalah sama ada untuk memilih untuk berlalu pergi ataupun usaha lebih keras lagi."
(Shafaza Zara, 30 Julai 2012)

Selalunya manusia akan pilih untuk berusaha terlebih dahulu sebelum mereka memutuskan untuk berlalu pergi selepas apa yang diusahakan tidak berhasil dan hanya menambah kerunsingan jiwa. Jadi, bagaimana pula dengan anda?

Zara : Kadangkala kita sudah ada jawapan dan keputusan, tetapi kita masih degil untuk halang diri daripada percaya diri sendiri.

Sunday, July 29, 2012

#09 Ramadhan : Patuh Pada Pasangan.


Salam semua.
Bila aku menulis catatan hari ke 8 Ramadhan - ada yang bertanya kepada aku tentang kepatuhan kepada pasangan masing-masing. Patuh di sini, aku sendiri tak pasti sama ada dimaksudkan dengan taat setia ataupun sekadar mendengar kata. Ya, ada beza antara mendengar kata dan buat apa yang disuruh. Orang boleh cakap pada kita, tetapi mahu buat apa yang diminta itu terpulang pada individu. Betul?

Berbalik kepada persoalan yang ditanyakan itu, aku mudah sahaja berikan jawapan. Kalau pasangan itu adalah manusia yang sudah dinikahi - sudah jabat dan sentak tangan jurunikah atau Tok Kadi - makanya, taat pada suami itu sudah jadi satu tanggungjawab (untuk perkara baik tentunya). Begitu juga si suami, isteri itu sudah jadi amanah - makanya, setia sahaja pada seorang wanita yang dinikahi, manalah tahu tiba-tiba suatu hari nanti, setia itu sudah dibahagi dua, tiga atau empat. Eh.

Tapi kalau sekadar tunang atau kekasih?
Bagaimana?

http://farm5.staticflickr.com/4019/4564692792_e84bebcf79.jpg
[Sumber gambar]

Dalam pandangan peribadi aku yang banyak kelemahan ini, selagi belum ada ikatan sah, jujurnya kesetiaan dan patuh itu adalah pada ibu bapa yang begitu banyak berkorban masa duit dan tenaga untuk kita. Di sini konsepnya bukan setakat mendengar kata (kemudian keluar telinga kiri ataupun dikentut pergi, eh) tapi buat sekali apa yang disuruh (dan tentunya perkara yang baik - ada ke keluarga kita mahu kita buat jahat?).

Jadi, tak perlu dengar kata tunang atau kekasih?
Nanti putus pula kan?

Lempang nak?
Boleh sahaja kalau nak dengar kata tunang atau kekasih anda itu. Tapi janganlah sampai membelakangkan ibu bapa ataupun penjaga yang sah. Kalau semua benda buat dengan berkiblatkan tunang/kekasih sehingga apa yang ibubapa cakap pun disanggah - anak derhaka tahu? Nanti kalau nak kahwin, ibubapa itu yang kau perlukan juga. Bukan main suka hati nak kahwin lari - dan buat berita sensasi di muka hadapan akhbar dan berita utama di tivi.

Tetapi malangnya, sesetengah orang meletakkan kepatuhan mendengar kata ini lebih kepada pasangan berbanding ibu bapa. Semuanya pasangan mereka, lepas itu baru ibu bapa. Lebih takut pada pasangan masing-masing berbanding ibubapa. Bila disanggah terus kata yang mereka sedang berlatih untuk menjadi suami/isteri yang baik.

A : Kenapa kau semua nak tanya makwe kau?
B : Aku kan bakal suami dia.
A : Kau takut makwe eh?
B : Nanti makwe aku merajuk, leceh.
A : Mak bapak kau tau ke yang kau ikut ni?
B : Aku dah besar, buat apa nak tanya mak bapak aku.


Oh, dah besar eh?
Ibubapa dah tak perlu diberitahu.
Kekasih perlu dimaklumkan selalu.
Gitu.

(hentak dengan buku)

Tetapi, kalau pasangan itu mengajak atau mengingatkan ke arah kebaikan sebagai contohnya, bolehlah diikut. Benda baik kalau diajak tetapi tidak mahu - memang mengada yang amat. Kata nak jadikan sebagai pasangan kekasih awal dan akhir, cinta hati mati dan apa lagi, orang minta buat benda baik nak bantah - secara rasminya boleh terkeluar daripada senarai menantu pilihan pula nanti. Tapi kalau ibubapa minta buat arah kebaikan, buat ke tidak ni, anak-anak sekalian? #kekening

Maknya : Dari kau bergolek-golek tu, mengaji la Peah.
Peah : Letihlah Mak. Puasa kan?

 (selepas satu jam)

Maknya : Peah, dah mengaji ke belum?
Peah : Belum. Nantilah dulu Mak.
Maknya : Mengaji Peah. Kan bulan puasa ni?
Peah : Puasa sebulan la Mak.

(tiba-tiba telefon berbunyi - bukan lagu Janji Ditepati, heh!)

 Pais : Peah sayang buat apa?
Peah : Tak buat apa.
Pais : Bulan puasa ni bagus tadarus sayang.
Peah : Baik Pais.
Pais : Jom tadarus Peah.
Peah : Baik sayang.

(terus Peah *bukan nama sebenar* berlari ke bilik air, berwudu' dan capai Al-Quran)

Amboi Peah!
Ibu menyuruh buat lambat dan leceh. Si Pais telefon laju je berlari bilik air dan buat apa yang Pais suruh kan? Heh! Bagi sesetengah orang - mungkin bagus. Ya la, kata ibubapa dah tak makan dek akal, dapat lelaki baik macam Pais - nak juga si Peah tersebut mendengar kata. Macam dinyatakan sebelum ini, benda baik mungkin tidak mengapa, tapi kalau sampai tidak mendengar kata ibu bapa? Isk.

Selain itu, dengan lambakan laman sosial dan sumber yang mudah dicapai oleh setiap orang ditambah lagi sesetengah orang memang suka Google nama sendiri (pusing anak mata) - kadar ketakutan kepada pasangan berbanding ibubapa adalah tinggi - terutama budak-budak sekolah yang sudah ber-"papa-mama" di dalam kelas hatta baru Tingkatan Satu. Kemain Papa-Mama, padahal duit sekolah pun "Mak-Bapak" di rumah yang beri. Heh.

Kalau yang dewasa sedikit (ataupun perasan dewasa) - laman sosial itu dikatanya mampu membawa sial (kesan buruk katanya) - jadi, Facebook, Foursquare, Twitter dan segala macam benda haruslah disembunyikan daripada pengetahuan tunang/kekasih kalau pergi ke tempat-tempat yang mencurigakan. Kalau check-in di masjid semasa solat Jumaat/terawikh siap minta tag. Baru nampak soleh sedikit di mata pasangan masing-masing. Tapi kalau keluar dengan kawan-kawan, berpeleseran - takut lebih. Ya la, sesetengah ibu bapa tiada Facebook. Kalau ada pakcik dan makcik yang suka sibuk-sibuk pun, habis sudah di block. Eh.

B : Kau kalau nak check in, jangan tag aku sekali.
A : Kenapa?
B : Nanti makwe aku tau aku keluar.
A : Apa masalah kau?
B : Aku cakap dengan dia yang aku lepak rumah je malam ni.
A : Takut betul kau dengan makwe.
B : Bukan takut, sayang je.

Ceh!
Kalau dinding Mukabuku atau susur masa Twitter, sedaya upaya tidak mahu ada orang lain yang conteng ataupun berkicau bersama. Takut sangat kalau pasangan atau tunang tengok. Kalau orang mengacau, bolehlah marah. Tapi kalau sekadar kawan lama bertanya khabar pun nak sentap, kau dah kenapa kan? Aneh betul kelakuan mahu mengongkong tidak tentu hala.

Pais : Siapa yang like gambar awak tu Peah?
Peah : Kawan lama saya.
Pais : Kawan mana?
Peah : Kawan tadika saya.
Pais : Kemain dia komen kata awak cantik la apa.
Peah : Dah dulu masa tadika saya selekeh.
Pais : Unfriend je la dia.
Peah : Kenapa pula?
Pais : Sibuk je nak like dan komen gambar makwe orang.

Sebab itu agaknya Aliff Aziz buat lagu - "Jangan Ganggu Pacarku"
Heh!

[Sumber gambar]

Apa pun, letakkan kepatuhan dan kesetiaan itu di tempat yang sebetulnya. Jangan main redah tidak tentu hala sehingga mampu merosakkan jiwa dan hati masing-masing. Bukankah hati kita semua adalah rumah terbaik? Di situlah kita berlindung, memujuk perasaan dan mampu berdiri megah atas dunia. Kalau ia rosak nanti bagaimana?

Zara : Kemaafan bukanlah selalunya bermakna kita mahukan seseorang itu kembali dalam hidup kita, itu mungkin bermaksud kita sudah bersedia melepaskan kesakitan dan penderitaan itu pergi dan berterima kasih atas kenangan serta pelajaran. (Shafaza Zara, 29 Julai 2012)

Saturday, July 28, 2012

#08 Ramadhan : Pertengkaran Laman Sosial.


Salam semua.
Bulan Ramadhan, bulan yang mulia - tetapi malangnya, sejak kebelakangan ini, laman sosial sudah jadi medan pertempuran tidak habis-habis oleh mereka yang merasakan "menghentam-menggunakan-mulut-nampak-jahat-guna-laman-sosial-tiada-masalah". Jadi, laman sosial digunakan dengan harapan melepaskan perasaan (walaupun ternyata melukakan manusia lain). Ah, sebagai pemerhati - ianya hanya mengundang rasa simpati tidak berbelah bahagi.

[Amaran : Ada banyak perkataan Bahasa Inggeris yang malas aku mahu condongkan]

Sejujurnya, macam yang pernah aku tulis sebelum ini - [pautan : tahun lepas] - laman sosial kadangkala boleh bawa hasil buruk yang setiap orang tidak mahukan. Tidak perlu rasanya sebagai contoh, kau bergaduh dengan orang dan 'tag' sekali namanya. Gila apa kan? Lepas tu, ramai kawan-kawan kau 'like' dan memberikan komentar yang langsung semakin merosakkan hubungan. Apa ke bangsat sangat perangai begitu? Bagaimana dengan perasaan orang yang di-tag? Kalau manusia penyabar, pastilah dia boleh tahan dan senyum sahaja. Kalau yang pemarah?

http://farm8.staticflickr.com/7032/6521660181_60b97a7737.jpg
[Sumber gambar] : Kita tidak berada dalam kasut mereka - maka kita tak tahu situasi kan?

Aku tak rasa bahawa pergaduhan yang melibatkan hubungan rasmi seperti perkahwinan - pertunangan perlu dicanang secara terbuka di laman sosial. Perlu ke kau mencarut, memaki hamun pasangan kau di hadapan khalayak umum dan membiarkan semua orang nampak keburukan pasangan yang pernah kau kasihi dan cintai sepenuh hati - walaupun selepas memaki itu kau mahu memohon cerai ataupun putus tunang contohnya? Sudahlah benda yang sepatutnya tidak diketahui umum terus sahaja menjadi bualan - dikongsi dan diulas oleh entah siapa-siapa yang tidak mengetahui situasi kau dan dia.

Macam aku katakan, malangnya benda begini rancak berlaku dalam 'news feed' dan juga susur masa aku sejak kebelakangan ini. Lebih baik manusia yang luahkan rasa cinta tidak sudah-sudah daripada manusia yang memaki pasangannya secara berjemaah dengan kawan-kawannya. Bila si pasangannya menegur supaya berhenti secara berhemah - makin rancak dia memaki sesuka hati. Bertambah malang, golongan yang memaki hamun ini adalah wanita (Maaf kaum perempuan - jarang jumpa lelaki memaki hamun pasangan dia di laman sosial).

Di Mukabuku ada ruang untuk menghantar pesanan peribadi. Di Twitter ada ruangan DM juga. Gunalah untuk berhentam ke, berbincang ke dan sebagainya. Kasihanilah pasangan anda yang terdera mental dan fizikalnya bila semua rakan-rakan anda dan juga rakan-rakan dia serta entah rakan sesiapa yang menambah kalian berdua melihatkan pertengkaran tidak berkesudahan itu. Lagi pula, kalau hubungan serius seperti perkahwinan dan pertunangan yang pastinya melibatkan keluarga - kegilaan apakah mahu memaki ahli keluarga pasangan anda tidak tentu hala? Ternyata anda sudah buat bukti kukuh yang anda tidak layak menjadi menantu/bakal menantu -.-"

Buat pasangan yang sedang bertengkar di laman sosial - hentikanlah benda yang boleh mengaibkan diri sendiri serta keluarga. Kalaulah tak kasihan diri sendiri dan pasangan, kasihanilah keluarga. Mungkin sebab ibu bapa anda tiada Mukabuku/Twitter - maka anda sedap tekak (jari sebenarnya) menghentam mereka dengan menulis macam-macam benda. Tapi benda begitu, simpanlah sahaja. Bagi yang jadi rakan-rakan pada mereka - tidak perlu mencurah petrol dan biarkan api menjulang bagai neraka. 

Nota Kaki : Olimpik dah mula :D

Friday, July 27, 2012

#07 Ramadhan : Terima Seadanya.


Semua orang mengharapkan pasangan masing-masing menerima mereka seadanya, walaupun tidak dapat dinafikan bahawa ada yang memilih antara satu sama lain atas sebab tertentu seperti kekayaan, kecantikkan, kemewahan, kepandaian - tetapi jarang kita mendengar orang memilih disebabkan agama semata-mata sejak dewasa ini. Mungkin ada, tapi pandangan fizikal dan materialistik telah mengaburi pemilihan.

Dan, aku percaya bahawa - apa juga pilihan kita atas dunia ini, semestinya pandangan peribadi sendiri sudah diambil kira dan tidak tertakluk dengan alasan mengambil hati orang ataupun menurut semata-mata sahaja. Bukankah setiap dari kita mempunyai akal fikiran sendiri dan boleh memahami apa yang dimahukan dalam hidup?

  Dalam diri setiap manusia ada rasaksa mereka sendiri. Tolong jangan kejutkan kalau tak mahu menempah bahaya :) 
(Shafaza Zara, 26 Julai 2012)

[Sumber gambar]

Secawan Kopi O dimulakan dengan biji kopi.
Betapa enaknya, bukan lagi satu misteri.
Cuma, adakah ia untuk hiasan ataupun minuman peribadi?
Biarkan tangan yang memilih nanti.

Harganya mungkin sedikit mahal si Frappucino.
Ada yang menunggu sambil melongo.
Mata meliar dan terpandang tembakan espresso.
Hati terdetik - adakah sama dengan Kopi O?

Kopi O dan Frappucino kini.
Adakah mereka boleh semeja berkongsi?

Thursday, July 26, 2012

#06 Ramadhan : Kalau Sudah Suka


Kalau sudah suka.
Apa lagi mahu tunggu lama?

Kalau sudah suka.
Kenapa mahu tunggu sampai hilang haba?

Kalau sudah suka.
Kenapa mahu tunggu hingga hilang rasa?

Kalau sudah suka.
Kenapa tidak diluahkan rasa cinta?

Kalau sudah suka.
Kenapa mahu disembunyikan jiwa?

Luahkan sahaja.
Mana tahu ia adalah titian bahagia.

http://farm7.staticflickr.com/6207/6139122922_9f74ecd183.jpg
[Sumber gambar]

When someone rejects you, don't be sad. Because now they can keep their bag of rocks, while someone else has a beautiful diamond.

Selamat tinggal sumpahan.
Itu hanya mitos kumpulan.

*******

Sumber : Tulisan aku di Terfaktab

Dan ya, aku ada dapat jawapan balas bagi tulisan aku ini secara peribadi. Sengaja mahu berkongsi.

saya tak tunggu lama. saya cakap terus
saya tak tunggu lama. benda masih hangat
saya tak tunggu lama. benda masih manis
cuma saya harap itu betul titian bahagia

Wednesday, July 25, 2012

Hati.


Alhamdulillah.
Aku dikurniakan manusia yang memahami kehendak dan naluri aku. Manusia yang buat manusia macam aku kenal dan mengerti hakikat bahawa matahari akan muncul selepas hujan lebat dan mengeringkan segala sisa yang bisa buat kaki tergelincir jika hujan berterusan. Terima kasih atas kurnia. Terima kasih atas satu kesempatan yang pastinya tidak akan dipersiakan.

Usai solat tadi aku nampak satu ayat yang mampu merenggut kesabaran jika aku masih lagi tertinggal di belakang. Tetapi kali ini, anehnya, tiada lagi detakan di hati - tiada lagi debaran di jantung saat lihat benda yang tidak sepatutnya. Tiada lagi gigi menggigit bibir menahan amarah, tiada lagi paluang gendang syaitan merasuk marah setiap kali perlu menyucikan segala onar yang terlintas depan diri.

[Sumber gambar]

Now I know why you fade away just like bubbles from my life.
Thanks heart. U become stronger & never beat for useless brat anymore.

Sekarang aku tahu kenapa aku boleh buat keputusan paling berat dalam hidup aku. Kenapa aku boleh bergerak menjauhi segala kesakitan dan memburu kebahagiaan dan kegembiraan aku sendiri - bukan untuk sesiapa bahkan untuk diri sendiri yang aku sayangi. Terima kasih hati, yang paling penting sekali, terima kasih Allah.

Kopi O.
Itu yang lebih baik untuk digandingkan dengan Frappucino.
InsyaALLAH.

"Sebab Frapu bukan hadiah, tapi anugerah. Dan anugerah itu adalah amanah"
(Kopi, 25 Julai 2012)

#05 Ramadhan : Pilihan Melawan Kedegilan.


Dalam kehidupan, ada benda yang kita terpaksa hadapi dengan tambahan kesabaran. Selalunya kita mungkin hanya sekadar bersabar, tetapi ada yang perlu tambah kesabaran bila berhadapan dengan manusia yang kita hormati dan sayangi lebih daripada segalanya. Ya, kita mungkin sudah pandai buat pilihan sendiri dalam hidup - mengatur kehidupan dengan jalan yang kita mahu tanpa ada tekanan daripada sesiapa yang bisa buat diri menyesal di hujung cerita. Ah, kadangkala derita itu sudah cukup panjang dan kita hanya mahu satu keputusan dalam membina kebahagiaan.

Satu takah daripada dua.
Kita berhadapan dengan mengawal suara, bercerita dengan melihatkan kepada tindak balas. Mungkin sahaja daripada cara kita bercerita dan memberi penerangan disulami rasa suka, makanya, apa yang diperkatakan mampu untuk dihadam dan diterima. Takah paling susah mahu ditakluk berjaya - kerana kita tahu, demi hidup bahagia, senyuman daripada takah ini paling bermakna. 

Takah kedua yang nampak lembut, tapi bahaya.
Sudah jadi darah barangkali - dari keturunan diturunkan dari satu generasi ke satu generasi, bahkan terkenal dalam mana-mana lipatan sejarah sekalipun, kebolehan berpegang pada janji adalah sangat tinggi. Barangkali, dia mewarisi sifat begini tanpa dia sedari - tetapi sebagaimana generasi muda lain, dia ada sifat memberontak yang tinggi. Bila dia tahan sampai berkorban diri, dia tahu ada garis paling halus antara kasih sayang dan kebodohan tidak bertepi. Bila dia buat keputusan, halangan di takah kedua muncul kerana mahu berpegang pada janji. Dia geram, tapi dia tahankan sahaja.

Bulan ketujuh dalam takwim Masihi hampir tamat dan dia berdoa agar nombor bergerak dengan cepat. Habiskan tempoh menunggu supaya takah kedua bakal dia takluki. Pada dia, untuk apa berpegang pada janji bila berhadapan dengan manusia yang hanya bertopengkan sisa daki dan manis mulut mengatur cerita sana sini?

[Sumber gambar]

Ada sebab kenapa kita tak boleh campurkan mocha dengan Nescafe.
Ada sebab juga kenapa Frappucino lebih enak bila kita tembakkan espresso.
Walaupun kenyataannya, ia semua berasal dari biji kopi.

Tuesday, July 24, 2012

#04 Ramadhan : Kopi O Dan Frappucino


Setiap manusia punya alasan tersendiri untuk meneruskan kehidupan. Barangkali ada yang hanya hidup sebagai tanda menghargai dikurniakan nyawa di atas dunia tanpa menghiraukan sama ada hidup mereka baik atau buruk belaka. Yang penting, menghargai nyawa. Mungkin ada yang begitu - tapi aku percaya, setiap daripada kita sangat mengerti tujuan kita hidup dan masih berusaha untuk meneruskan kelangsungan kepercayaan diri serta matlamat.

Ada yang enggan menarik nyawa sendiri sebab mereka sangat mengerti bahawa hidup ini adalah pinjaman paling bernilai dan tiada apa yang dapat mengganti. Ah, nyawa tidak dapat dibeli menggunakan harta sebanyak mana pun. Kau tidak boleh sogok malaikat maut sekalipun kau kaya melimpah ruah hingga tiada ruang mahu bergerak dalam rumah. Heh.

Dan, dalam kesinambungan meneruskan hidup - mempertahankan nyawa, mungkin kita bertemu dengan pelbagai jenis manusia dan terlibat dalam pelbagai bentuk hubungan. Ada yang baik-baik sahaja dan bawa bahagia. Ada yang bikin hati gulau, resah dan memancarkan sinar amarah. Ah, hak masing-masing, kata namanya manusia - ujian itu hanya buat kita lebih manusia (dan juga tabah).

http://farm1.staticflickr.com/215/502500516_8aa09e6736.jpg
[Sumber gambar]

Ada orang kata, kita dipertemukan dengan orang yang salah untuk mempersiapkan diri berjumpa dengan manusia lain yang lebih baik - jadi apa sahaja yang berlaku, mungkin kita sudah jadi terlampau tabah macam ada orang itu. Dan, manusia yang berbeza daripada kita - mungkin lebih baik daripada yang menyerupai kita hampir dari semua segi. 

"Kau minum kopi lagi?"
"Minum. Kenapa?"

"Bulan puasa pun minum kopi?"
"Aku rasa aku memang hidup dengan kafein"

"Jadi, hidup macam mana sejak kebelakangan ini?"
"Baik, macam aku beritahu kau, manusia kadangkala perlu berbeza"

"Oh, sama konsep dengan kopi?"
"Kadangkala Kopi O boleh juga duduk sama meja dengan Frappucino"


Zara : Lebih baik untuk kekal sendirian dengan alasan yang munasabah, berbanding dalam hubungan dengan alasan yang salah dan menyusahkan. (Shafaza Zara, 24 Julai 2012)

Monday, July 23, 2012

#03 Ramadhan : Kopi Berbeza.


Salam.
Bulan Ramadhan sudah bermula dan ketagihan aku pada kopi serta yang sewaktu dengannya masih tidak dapat dibendung. Sudah masuk hari ketiga, aku teruskan kegiatan aku seperti hari-hari lain, bulan-bulan lain - secangkir kopi ataupun Nescafe pada jam 5 pagi. Itu rutin yang tidak dapat ditinggalkan. Malangnya, dengan kekuatan kafein - sebelum sampai jam 4 petang, air dalam badan mula berkurangan dan kesan ketagihan muncul. Tapi tidak mengapa. Ini yang perlu ditanggung.

Alhamdulillah.
Teman baik aku juga sukakan kopi dan bila mengatur bicara tentang kopi, perbualan kami boleh berlarutan sehingga menghidangkan kopi kepada tetamu semasa majlis perkahwinan. Indah kalau dapat begini - sebab dalam banyak-banyak majlis yang aku hadiri, kebiasaannya hanya teh tarik (minuman rasmi Malaysia?) yang diletakkan sebagai kaunter khas selain pencuci mulut lain.Selamanya kopi itu enak barangkali dan ya, aku percaya, kita perlukan teman yang cukup rapat - kenal jiwa kita dalam luar bila menikmati dadah adiktif itu. Bukankah minum kopi berteman lebih enak?

[Sumber gambar]

"Minum kopi?"
"Minum sikit. Saja nak aroma kopi. Rindu baunya"

"Takut teringin ke?"
"Mungkin. Aroma kopi banyak cerita dalam hidup. Jadi bila saya sedih, saya perlukan kopi untuk buat saya gembira"

"Jadi saya harap saya boleh jadi kopi awak"
"Awak harap begitu?"

"Ya. Jadi setiap kali awak sedih, saya akan ada untuk awak"

Nota Kaki :
1. #TadarusQuran3 - sudah masuk hari ketiga.

Zara : Kadangkala keputusan yang sukar itu dipermudahkan dengan realiti yang kita boleh hadam depan mata sendiri. Sakit mungkin, tetapi kekal tenang dan teruskan hidup macam biasa. (Shafaza Zara, 23 Julai 2012)

Sunday, July 22, 2012

#02 Ramadhan : #KiniTrending #TadarusQuran3


Salam semua.

Semalam projek #TadarusQuran3 dijalankan dengan giat. Alhamdulillah, ramai yang menyertai dan peluang masih dibuka kepada yang berminat. Dalam sibuk menjawab soalan yang dikemukan berhubung perkara tersebut sehingga mencapai limitasi, seorang pengicau Twitter - Aisya datang dengan soalan yang cukup buatkan aku terpana. Dia meminta nombor telefon aku untuk diberikan kepada Astro Awani yang berminat untuk menemubual berikutan projek kecil ini. Alhamdulillah.

Dan selepas panggilan telefon untuk membuat pengesahan dan beberapa siri pesanan ringkas, waktu berbuka aku hanya minum air dan makan kuih sahaja. Cuak. Bayangkan yang Puan Mulia pun suruh aku tulis sedikit apa yang aku perlu cakap (walaupun aku tak buat). Perasaan yang sama bila nak bercakap di hadapan perhimpunan - cuma semalam (1 Ramadhan), ia dilakukan secara langsung dan aku boleh dengar suara orang sedang baca berita di belakang sementara menunggu giliran untuk ditemubual dalam masa lebih kurang beberapa minit sahaja. Apa pun, ia memang satu pengalaman yang baik - dapat berkongsi sesuatu dengan masyarakat di luar sana.

Sekali lagi, terima kasih buat yang menyertai #TadarusQuran3 - dan jika masih berminat, boleh beritahu aku ya?

http://farm6.staticflickr.com/5281/5377897983_8def615fbd.jpg
[Sumber gambar]

Tapi, yang menariknya, sebelum panggilan telefon itu (dan semasa juga) - menggigil disebabkan takut dan juga tidak dapat kafein seharian - ada sesuatu yang buatkan aku tersenyum walaupun tangan terketar-ketar.

"Cuak oh"
"Bagi kuasa sikit. Hiyaahhh"

Saturday, July 21, 2012

#01 Ramadhan : Puasa Bersama.



Salam semua. 
Catatan Ramadhan kembali lagi bagi tahun 2012. Sekadar menulis bagi mengisi ruang senggang ataupun melarikkan apa sahaja yang terlintas dalam fikiran. Barangkali kali ini penulisannya lebih manusia daripada sebelumnya. Setahun berlalu, maka kematangan dalam penulisan walaupun hanya sekadar repekan di blog juga perlu aku rasa.

Jadi, sebelum aku terlupa, Projek #TadarusQuran3 sedang berlangsung. Terima kasih bagi yang sudah memberikan keputusan untuk menyertai bersama. Tahun ini penganjuran buat kali ketiga Tadarus Al-Quran. Mungkin aku bukan orang yang mampu untuk menganjurkan majlis berbuka ataupun majlis apa lagi di sana sini memandangkan kekangan waktu serta tempat di mana aku berada. Jadi, dengan projek kecilan begini, aku harap kita semua punya satu benda untuk dikongsi bersama.

[Sumber gambar] - Comel juga kek cawan ni kan?

Tahun ini, Ramadhan disambut dengan orang yang sama dan juga orang berbeza dari tahun sebelumnya. Barangkali disebabkan manusia berubah dan manusia disekeliling juga tidak lagi sama. Ada yang masih kekal bersama sejak beberapa lama. Ada yang baru datang, singgah dan barangkali akan pergi juga. Ada juga yang mungkin baru sahaja menghadirkan diri walaupun sudah dikenali sejak sekian lama. Dan aku, sebagai orang yang merasai kehadiran setiap manusia itu - harus sahaja akui Ramadhan kali ini cukup bermakna.

"Berusaha!"
"Tahun ini hendak puasa bersama"
"Comel lah awak"

Tahun ini juga, ramai kenalan dan saudara yang rapat sudah mendirikan rumahtangga. Dalam erti kata lain, puasa bersama sudah tidak lagi keseorangan - bahkan sudah mempunyai tanggungjawab utama yang perlu diberikan perhatian khusus pula. Ada yang sedang menantikan kelahiran cahaya mata - ada yang sedang berehat selepas melahirkan anak dan sebagainya. Bahagian masing-masing dan aku cuma mampu kata aku gembira setiap daripada mereka menemukan jalan bahagia.

"Tahun ni kita tak puasa bersama"
"Tahun ni kau raya sebagai isteri dan ibu"

"Tahun ni dah tiada gelak ketawa tunggu waktu berbuka"
"Kau sudah jadi suami orang - ada yang lagi utama"

Itu mungkin hidup yang kita lalui.
Yang kita sukai.
Yang kita hargai.
Yang kita nikmati.

Nota Kaki : Bila tiada lagi khabar berita, kau perlu sedar bahawa kau mungkin tidak lagi diperlukan selepas tanggungjawab dan janji bukan lagi bermakna apa-apa. (Shafaza Zara, 21 Julai 2012)

Friday, July 20, 2012

15 Alasan Untuk Berpacaran Dengan Guru.


Salam semua.
Ingat lagi tulisan aku tentang "Kenapa lelaki patut segera meminang seorang guru?" - Ya, aku dapat banyak pendapat tentang tulisan itu dan tulisan itu sudah banyak dikongsi secara haram di Mukabuku dan mana-mana laman sesawang lain dan menukar pemilikan dengan alasan semua benda di Internet adalah hak milik setiap insan. Tidak mengapa, kita sangka baik sahaja. Itu perkongsian, perkongsian (urut dada sendiri).

Apa pun, aku mahu berkongsi satu artikel yang diberikan oleh seorang rakan kicauan aku di Twitter. Artikel itu dalam Bahasa Inggeris dan memandangkan aku enggan menterjemah setiap baris ayat, aku akan kongsikan dalam bentuk asal tetapi komentar dalam bahasa Melayu. Adil kan? Heh. Jadi, 15 sebab untuk berpacaran dengan guru :

[Sumber gambar]

1. They’re conversationalists. All day long, teachers work to connect with students of all kinds of backgrounds, intellectual levels and work ethics.

Bab konversasionalis itu aku kurang mengerti sebenarnya. Tetapi ya, kami, para guru memang berhadapan dengan murid-murid yang terdiri daripada pelbagai jenis latar belakang - dari yang sangat kaya hinggalah mungkin yang kurang mampu. Itu belum diira dengan tahap intelek masing-masing yang bisa bikin kami separa gila. Dan ya, etika kerja pastinya sesuatu yang menjadikan kami antara golongan yang langsung tidak boleh melakukan kesilapan. 

2. Teachers can charm parents. They meet with them a lot, and know how to put people at ease. Date a teacher, and you won’t have to stress about the inevitable meet-the-parents dinner.

Kami mampu buatkan ibu bapa terpesona (dan juga menyerang kami sebenarnya, heh!). Mungkin disebabkan sepanjang tahun ada sahaja hari bayar yuran, hari pendaftaran, hari terbuka, majlis solat hajat, majlis penyampaian hadiah (dan acara-acara lain yang bersusun melibatkan keluarga) - kekerapan kami berhadapan dan berurusan dengan pelbagai jenis keluarga menjadikan kami tahu bagaimana mahu melayan mereka. Ada yang datang dengan sikap baik dan sungguh bersopan santun. Ada pula yang mungkin tidak begitu - jadi, kalau apa sahaja jenis keluarga yang datang ke sekolah, kami memang tabah dan redha.

3. Teachers adapt quickly, whether it’s welcoming new students or embracing new curriculum. Change doesn’t faze them.

Mungkin juga. Sebab setiap kali menteri pelajaran (sebagai contohnya) bertukar, setiap kali itu juga ada polisi ataupun dasar yang berubah. Jangan kata menteri, hatta sekolah dapat pengetua/guru besar baru sekalipun, pasti akan ada perubahan. Jadi, guru-guru perlu pantas menerima perubahan demi menjamin keselesaan bekerja dan berkhidmat untuk bangsa dan negara. Begitu juga dengan murid yang silih berganti - datang dan pergi. Perubahan tidak lagi mengejutkan kami, bahkan kami golongan SYMP (Saya Yang Menurut Perintah).

4. Teachers can explain the same thing in a variety of ways until a point is made effectively, making sure that miscommunication doesn’t hurt the relationship.

Ini berlaku dalam kelas jika kita mahu merujuk situasi. Memandangkan ada sesetengah sekolah yang mencampur-adukkan pelajar tanpa ada pengasingan berdasarkan akademik, maka daya pemahaman setiap pelajar adalah berbeza. Ada yang menangkap dengan cepat, ada juga yang mungkin sedikit lambat. Kita boleh gunakan situasi yang sama jika ada manusia-manusia yang kurang faham bahasa untuk berikan mereka gambaran yang tepat (jika di luar sekolah).

A : Saya suka awak.
B : Saya tak suka awak.
A : Tapi saya suka awak.
B : Saya tak suka semua benda tentang awak.
A : Kalau muka saya?
B : Seluruhnya tentang awak!

5. Teachers are patient. At least the good ones are.

(Batuk)
Sesetengah daripada mereka mungkin cepat hilang sabar.
(pandang atas tangan di dada)

6. Teachers are great with kids. So if you’re looking for the parent of your future kids, a teacher is a great candidate.

(Batuk)
Ini aku rasa cikgu tadika ataupun cikgu sekolah rendah lebih bagus. Mereka berhadapan dengan kanak-kanak yang perlukan tunjuk ajar dalam semua benda. Menariknya, budak sekolah rendah sangat mendengar arahan dan amat patuh dengan setiap apa yang kau sebutkan. Sekolah menengah - kami berhadapan dengan remaja yang sudah mula pandai berfikir walaupun mungkin apa yang mereka fikirkan tidaklah betul semua - tapi, aku sejujurnya lebih senang mahu menangani budak sekolah menengah. Lebih dekat dengan jiwa aku barangkali. Zaman manusia sedang memberontak lebih kena dengan aku. Heh.

7. Teachers are up on the latest lingo and pop-culture trends. If you want to know what’s hip with kids these days, your date will know.

Kau tak perlu Google benda kalau kau berhadapan dengan budak-budak di sekolah. Kau perhatikan sahaja apa ada atas meja ataupun barang-barang mereka - kebanyakannya sangat mengikut aliran semasa. Kalau tengah demam KPop, daripada Super Junior, Big Bang sampailah kepada entah apa aku pun tak kenal. Kalau artis Malaysia, daripada yang muda-muda lahir dari program realiti hinggalah yang terkenal sebab lakonan dan sebagainya. Aaron Aziz? Melambak artikel itu aku jumpa terselit dalam buku mereka.

8. They have the summer off — and all holidays.

Malaysia tak ada musim panas. Tapi, segala macam cuti memang dikaitkan dengan cikgu dan sekolah. Cuti umum, cikgu cuti. Cuti sekolah lagi. Cuti berganti. Cuti peristiwa dan sebagainya. Ramai cikgu-cikgu yang ambil kesempatan cuti untuk berehat bersama keluarga ataupun mengadakan kelas tambahan. Tidak kurang juga cuti sekolah sering dikaitkan dengan lambakan guru-guru yang membuat majlis perkahwinan mereka. 

Tapi, aku sendiri tak berapa gemar cuti. Cuti sekolah aku biasanya habis dengan aktiviti luar yang berkaitan dengan kerja aku juga. Jadi, cuti sekolah kurang bermakna bagi aku. Aku lagi suka sekolah. Ya, hadamlah yang manusia beku ini lebih gilakan pekerjaan dia.

9. Coming up with fun, creative solutions to problems is part of their day job. Teachers make problem-solving fun!

Untuk ini, mungkin disebabkan jika dilihat kepada corak kerja dan persekitaran - setiap satu murid ada masalah mereka sendiri dan sebagai guru, pastinya masalah itu perlu dibantu supaya tidak mengganggu proses pembelajaran. Setiap murid itu unik, dah nama pun manusia kan? Jadi, cara untuk membantu mereka adalah berlainan bagi setiap orang kerana masalah mereka juga berlainan. Ada yang mempunyai masalah keluarga, masalah kewangan, pembelajaran, hatta masalah yang berpunca dari diri sendiri dan rakan-rakan. Yang obses dengan cikgu pun ada, oopps!

10. Teachers have great — and predictable — hours. You can plan consistent date nights with ease.

Kalau dengan cikgu, jadual kerja mereka biasanya sudah boleh dijangka. Paling lewat barangkali tiba di rumah adalah jam 8 malam - bergantung kepada aktiviti di sekolah ataupun mungkin kesesakan lalu lintas yang merunsingkan semua golongan. Ada juga yang mengikuti aktiviti luar (batuk) - tidak pulang ke rumah dan bermalam di kawasan yang ditetapkan. Tidak kurang juga yang menghadiri seminar, kursus dan sebagainya. Tetapi, semuanya berjadual dan ya, kalau kalian mahu keluar dengan golongan guru - sila pastikan jadual waktu mereka dengan baik. Ah, tentatif selalu berubah tahu?

11. If you had a crush on a teacher as a youngster, now’s your chance to finally date one — legally.

Mungkin sesetengah daripada kita ada yang jatuh hati, jatuh cinta dan segala macam jatuh dengan cikgu sekolah sendiri suatu ketika dahulu. Tetapi memandangkan situasi dahulu, dia guru dan anda murid, makanya hajat hati itu tersimpan dalam lubuk hati paling dalam (cewah!). Jadi, anda mencari seseorang yang serupa dengan cikgu anda - tidak kiralah dari segi paras rupa, hatta kenderaan yang dibawa - anda mampu untuk bersama dengan dia tanpa kisahkan tentang perkara yang boleh membuatkan anda dipandang aneh oleh masyarakat.

Tapi, kalau cikgu yang anda idamkan masih lagi bujang dan mencari jodoh, tidak ada salahnya anda masuk meminang. Kalau dia cikgu lelaki sekalipun, anda mampu untuk meminang dia. Manalah tahu, anda akan jadi sebahagian daripada statistik yang berkahwin dengan guru sendiri. Eh, tiada salahnya tahu?

12. Date a teacher and you’ll be dating someone who is shaping future leaders. Yes, your date is super-influential.

Ini bergantung sebenarnya. Ada sesetengah golongan dalam masyarakat memandang rendah kerjaya guru. Mungkin mereka dulu belajar sendiri di rumah - maka, tiada nilai yang mereka pandang pada pekerjaan yang hanya makan gaji - pergi sekolah, balik rumah - cuti hujung minggu (pada pandangan mereka walaupun realitinya tidak begitu).

Tetapi, buat sesetengah orang pula, mereka merasakan kerjaya ini adalah yang membentuk generasi akan datang serta membentuk mereka seperti yang mereka ada sekarang. Bak kata Allahyarham Usman Awang, sehebat mana sekalian pekerjaan - sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa. Yang mengajar tulis, baca. Dan jangan ada yang terlupa, guru-guru kita dahulu adalah orang yang sangat berpengaruh dalam erti kata, nasihat dan tunjuk ajar mereka masih kita ingati sampai ke hari ini. Betul kan?

13. Teachers don’t tolerate bullying or intolerance. They stand up for those around them.

Sebenarnya, saya memang ada simpan nombor telefon polis dan talian kecemasan dalam telefon genggam saya. Ah, itu jawapan hampir kesemua guru yang aku kenal. Bukan kami berkawan rapat dengan pihak berkuasa (sesetengah kami mungkin ya, atas dasar urusan kerja ataupun peribadi - manalah tahu) - tetapi itu adalah sebagai satu langkah berjaga-jaga memandangkan murid sekarang antara generasi yang anda tidak boleh jangka. Mungkin di depan anda mereka sedang tersenyum riang, anda palingkan kepala sudah ada kerusi yang terbang terkena kepala.

Hello. Rakan Cop?

14. Everyone has a favorite teacher they look back on fondly. You’re likely dating someone’s hero.
Ini adalah sesuatu yang tidak dapat dinafikan. Mungkin bagi sesetengah daripada kita menjadikan bekas-bekas guru kita sebagai satu tempat rujukan - dari segi sahsiah, akademik, paras rupa, penampilan diri dan sebagainya dalam kita mencorak masa hadapan. Aku pun mungkin tidak terlepas daripada itu. Ada guru yang menjadi sumber inspirasi untuk aku jadi sehebat dia, sebagus dia dalam banyak perkara - pengajarannya, tahap akademik hingga ke doktor falsafah walaupun dia masih mengajar di sekolah menengah biasa dan banyak lagi. Di mata aku, dia bijak sebagai seorang manusia yang boleh buatkan anak-anak murid dia masih mendengar apa yang dia katakan - walaupun jika dilihat dari sudut pekerjaan, kami sudah sama. 

Ah, adakah aku adiwira bagi anak-anak murid aku juga?
Heh!

15. You’re a respectful, mature adult. At the end of a crazy week, your presence will be a welcome break from adolescent angst.

(senyum)
Aku percaya setiap daripada kita perlukan ruang peribadi untuk bersama dengan manusia yang kita suka. Mungkin pada hari biasa, manusia itu adalah manusia yang tekun dengan kerja dia dan hujung minggu adalah ruang untuk dia tunjukkan diri sebenar dia pada manusia yang dia suka. 

Sumber : 15 Reasons to Date A Teacher (pautan)

http://farm7.staticflickr.com/6010/6013584875_33d887d5e3.jpg
[Sumber gambar]

Apa-apa pun, aku secara peribadi merasakan kita tak perlukan berpuluh alasan untuk menyayangi manusia lain. Kadangkala hanya dengan satu alasan (dan juga mungkin tiada alasan dan sebab) - kita mampu untuk menyayangi manusia lain yang kita suka dengan jiwa mereka. 

Projek Tadarus Al-Quran Ramadhan 2012 sudah dibuka.
Boleh cari di Twitter dengan hashtag : #TadarusQuran3 #dsz.
Penyertaan boleh diletakkan di pautan ini. (pautan)

Thursday, July 19, 2012

Biskut.


Sekejap datang.
Sekejap hilang.

Sekejap muncul.
Sekejap tenggelam.

Sekejap sayang.
Sekejap terbang.

Sekejap perlu.
Sekejap lesap.

Sekejap rindu.
Sekejap tidak tahu.

Sekejap rasa macam milik sendiri.
Sekejap rasa macam bukan lagi.

Sekejap rasa masih cinta.
Sekejap rasa nyah kau sahaja.

Sekejap ada.
Sekejap tiada.

[Sumber gambar]

Apa kau fikir perasaan manusia itu bagaikan iklan biskut di peti momokan bersuara? Sekejap ada, sekejap tiada. Datang dan pergi bila kau suka? Sentuh dengan kasih sayang sekejapan cuma dan mengharapkan kesannya akan kekal selama-lamanya?

Apa kau fikir perasaan manusia itu bagaikan almari baju? Kau buka, capai apa kau mahu, simpan apa kau perlu dan hanya buka kembali bila kau mahu ambil sesuatu? Ini bukan perkara main-main. Kau kacau jiwa manusia yang padanya setia adalah tunjang utama, tapi kau sailang hatinya dengan senjata kata-kata. 

Dia bukan perwira.
Dia bukan adiwira.

Dia cuma marhaen muda.
Dia cuma anak biasa-biasa.

Wednesday, July 18, 2012

Intuisi.


Tanpa perlukan penerangan lanjut tidak perlukan hasil kerja secara saintifik - ada sesetengah manusia di sekeliling kita yang mampu meneka dengan tepat apa yang berlaku dalam hidup kita sampai rasa macam diimbas dengan mesin otak. Hatta mesin itu hanya mampu membaca sesetengah perkara, dan secara rasionalnya - pemikiran kita tidak boleh dibaca, tetapi, ada manusia yang hanya daripada pemerhatian dalam diam-diam mampu membaca kita. Ia mungkin aneh bagi sesetengah orang, tetapi bagi orang yang di dalam hidup mereka wujud manusia begini, ianya bukan sesuatu yang pelik.

Berbual (menaip sebenarnya) dengan seorang yang bergelar sahabat itu - buatkan dia lebih banyak ada sebab untuk menjadi lebih manusia. Apa yang kacau dan gulau dalam jiwa ditanyakan pada sahabat itu - dengan harapan segalanya lebih mudah apabila dia punya seseorang untuk bertukar cerita. Dan, sahabat itu tidak pernah gagal dalam meminjamkan sedikit sel otak untuk membantu dia dalam apa sahaja.

Dan bila intuisi kau menyentuh terus ke jawapan yang mahu disimpan kemas, kau memang sebahagian daripada manusia yang aku tidak ingin hilang atas dunia ini.

http://farm5.staticflickr.com/4145/4971787383_a9b54d9f27.jpg
[Sumber gambar]

"Cinta sejati bukanlah hanyalah dari sebelah pihak - bahkan ia adalah kerja keras dua pihak yang belajar tentang antara satu sama lain dan tidak pernah berputus asa"
(Shafaza Zara, 18 Julai 2012)

Tuesday, July 17, 2012

Buih.


Ditinggalkan mungkin satu perkara biasa.
Meninggalkan mungkin juga satu perkara biasa.

Dia pernah lalui kedua-dua benda.
Walaupun hakikatnya, dia ditinggalkan terlebih dahulu kali pertama.
Ditinggalkan secara tidak rasmi sebenarnya.
Dan dia meninggalkan untuk lebih jelas cerita.

Sakit yang dia hadapi sewaktu ditinggalkan buat kali pertama membuatkan dia menjadi takut untuk memulakan sesuatu buat kali kedua. Jarak masa yang diperuntukkan untuk mengubat jiwa adalah sekian lama walaupun akhirnya dia akur dan mulakan hidup baru dengan manusia lain yang mencuri jiwa. Kesakitan itu terbayang dan walaupun berhati-hati, dia jatuh hati lagi dengan manusia yang hampir serupa. Ketawa besar dia apabila ditinggalkan tanpa sepatah kata. Nanar barangkali jiwanya tatkala itu.

Kali kedua ditinggalkan, dia bangun kembali. Bangun dalam erti kata, dia mahukan hidup yang lebih baik, tanpa dia perlu ketap bibir dan bunuh jiwanya kembali - bersabar dengan pelbagai masalah dan hidup bagaikan tiada benda yang buat dia sakit hati tanpa rasa. Malangnya, kejadian sama berulang kembali tanpa dia minta. Dia ibarat mainan yang bila perlu akan diambil, dan bila bosan akan ditinggalkan serta kembali apabila mainan lain mula melalaikan. Ya, dia seperti itu - sehinggakan dia sudah mangli dengan senyuman penuh pura. Perjalanan jauh hanya diisi dengan pemikiran khayal - merangsang rasa suka dengan bahan yang dia tahu bakal memusnahkan jiwa. Tapi, dia suka.

[Sumber gambar]

"Kalau kita menangisi masalah, masalah kita akan bertambah dua kali ganda dan mungkin lebih daripada apa yang kita jangka. Tapi, jika kita belajar untuk ketawa apabila menghadapi masalah, insyaALLAH kita mampu untuk mengharunginya dan masalah itu akan hilang bagaikan buih"
(Shafaza Zara, 17 Julai 2012)

Dan, tidak ada salahnya untuk meninggalkan sesuatu yang menyakitkan.
Kita tidak akan pernah terlintas kekesalan.

Monday, July 16, 2012

Belajar.


Tidak semua benda kita ketahui begitu sahaja. Ada benda yang kita perlu belajar. Ada benda yang kita perlu lakukan penyelidikan untuk mengetahui apa yang berlaku ataupun hanya mahu menyedari sebaris nama manusia yang kita habiskan masa bersama. Kita boleh buat dalam diam, kita boleh canang satu dunia - itu semua hanya terpulang kepada kita.

[Sumber gambar]

Mungkin ada benda yang perlu kau belajar bila kau berhadapan dengan manusia aneh yang beku. Depan orang lain dia manusia ceria yang petah berkata-kata. Depan kau, habiskan waktu bersama, tapi apa yang ditanya, dijawab sepatah demi sepatah. Kekurangan yang melata hingga dia tidak nampak kelebihan diri buatkan dia enggan buka diri pada sesiapa akibat takut dikhianati. Mungkin kau akan dapat peluang berada dalam hati bila dia mula mahu belajar mengenal diri.

Sekurang-kurangnya, kau tahu dia mahu belajar kan?
Dan, kau juga perlu belajar barangkali.

Saturday, July 14, 2012

Kejam.


Pandang kiri kanan.
Pandang atas bawah.
Pandang depan belakang.

Pusing.
Tiada apa lagi yang tinggal, hanya pening.
Berkelentang bunyi jatuh dacing.
Otak tajam beri tumpuan kira denting.

Kau kira sudah penat menunggu.
Manusia yang langsung tidak layak ditunggu.
Walaupun jiwa kau masih mahu.
Malangnya otak kau menolak dia sebagai yang satu.
Memberontak seperti dulu.
Kenangan silam hanya bawa pilu.

Sialan.
Mungkin kau dipandang rendah dan kasihan.
Tapi kau masih punya kekuatan.
Bukankah kau juga insan?
 

[Sumber gambar]

 Kalau kau kata lelaki kejam masa bercinta, perempuan pun ada yang sama begitu. Jangan tuding jari pada jantina :) 
(Shafaza Zara, 13 Julai 2012)


Manusia akan jadi kejam tanpa kira jantina. Bila kau mulakan kesakitan mendalam hingga menyebabkan manusia lain hilang pertimbangan dan mula memikirkan dendam, jangan terkejut bila satu hari nanti, dia akan datang kembali dengan senyuman sambil mengucapkan terima kasih atas segala kesakitan yang pernah kau berikan. 

Kau boleh bunuh dia.
Tapi jangan lupa satu benda.
Dia boleh bunuh kau semula.
Sebab itu secebis karma.

Thursday, July 12, 2012

Kusut.


Kita selalu risau apakah semua benda akan jadi seperti yang kita mahukan. Kita fikir dengan mendalam tapi dalam masa yang sama kita tenggelam dengan pemikiran yang merunsingkan. Mungkin sahaja banyak terikat dengan masa silam yang masih enggan meninggalkan kita seperti gam. Bila menoleh ke belakang dan berpaling ke hadapan, mungkin sahaja kenangan itu masih lagi kelihatan kejam.

Kita cuba mulakan hidup baru. Memilih jalan lebih selamat dalam semua benda yang mahu dilakukan. Satu persatu disusun agar tiada kesakitan yang bakal muncul lagi. Tiada istilah mengecewakan, dikecewakan atau apa sahaja yang membawa kepada kesengsaraan. Bagi sesetengah manusia, tahap dan kadar kesabaran mereka batasannya terlampau rendah. Tetapi, bagi yang tinggi pula, jangan cuba diuji sejauh mana mereka boleh pergi dalam membuat keputusan yang bisa menjadikan orang lain terpana.

[Sumber gambar]

Kadangkala apa yang diluahkan mungkin tidak selari dengan kata hati, dengan kehendak diri ataupun kemahuan peribadi. Keadaan persekitaran, suasana yang dialami - bahkan menjadikan manusia larut dalam perasaan mereka sendiri dan acapkali membunuh manusia lain disekeliling mereka. Tersilap atau terlepas cakap sekali dua mungkin boleh dimaafkan serta dilupakan begitu sahaja - tapi, adakah manusia akan lupa apa yang berlaku serta meninggalkan kesan (kalau tidak banyak, pasti sedikit) dalam hidup mereka?

Mungkin, setiap daripada kita wajar belajar untuk berikan manusia yang kita ada di sekeliling sedikit peluang dalam membuat apa mereka mahukan. Mana tahu, ada seseorang sedang menyukai anda dalam diam bukan?

CPT.


Nama sahaja budak Kimia.
Tapi belum pernah sekali pun menjamah Kimia sepanjang hampir 3 tahun ini.

Nama sahaja budak Matematik.
Menjenguk Matematik jauh sekali.

Hari ini ada ujian. Untuk guru-guru Bahasa Inggeris yang opsyen dan bukan opsyen. Sudah tentunya aku tergolong dalam bukan opsyen. Kan budak Kimia/Matematik ini serba boleh (muntah). Semua mata pelajaran hampir aku jamah di sekolah setakat ini. Heh. Jadi, kawan-kawan sekalian, mohon doakan aku supaya boleh menjawab dengan tepat dan pantas (30 minit sahaja diperuntukkan)

[Sumber gambar]

Good luck for Cambridge Placement Test (CPT) today Zara!

Wednesday, July 11, 2012

Gigit.


Habis program semalam, seorang rakan yang aku cukup kagumi, bertanyakan kepada aku satu perkara. Satu isu yang aku kira sering berlaku dalam mana-mana perhubungan, lebih-lebih lagi jika ada sesetengah manusia sukar untuk membezakan batasan antara gurauan ataupun benda itu boleh menyebabkan orang terasa. Ah, benda begini kadangkala berlaku tanpa kita sedar dan tiba-tiba sudah terjebak dalam situasi begini. Benar bukan?  Perbualan kami lebih kurang begini.

Kawan : Zara, apa awak akan buat kalau dalam situasi begini.
Aku : Situasi bagaimana?
Kawan : Kalau dulu rapat, kawan baik. Tiba-tiba ada benda jadi, lepas tu rasa macam dah lain. Mungkin tiada orang sedar, tapi mungkin orang yang buat tu sedar yang persahabatan tu dah tak macam dulu.
Aku : Oh, macam kawan baik, lepas tu terasa hati dan susah nak kembali pada keadaan asal?
Kawan : Memang benda begini tak boleh kembali asal kan?
Aku : Untuk jadi macam kali pertama kenal, mustahil kot?
Kawan : Jadi, kalau awak, apa awak akan buat?
Aku : Saya akan gigit bibir saya, senyum dan buat macam tiada benda berlaku. Walaupun mungkin hati kita akan mendongkol sakit, tapi saya percaya bahawa itu lebih baik.
Kawan : Itulah. Mungkin begitu lebih baik.

http://farm5.staticflickr.com/4088/5047724175_60475e8d41.jpg
[Sumber gambar]

Kadangkala kita terperangkap dengan perkara sebegini. Tidak kira kawan baik, ahli keluarga, jiran tetangga, rakan sekerja, atau sesiapa sahaja yang hadir dalam hidup kita sebagai manusia - kita terjebak dalam situasi yang kita sendiri tidak mahu. Dari hubungan yang baik, secara tiba-tiba menjadi kurang selesa atas perbuatan mereka (yang malangnya, tanpa mereka sedari). Jadi, apa yang perlu dibuat sekurang-kurangnya? 

#01 - Gigit bibir (metafora) dan senyum macam biasa.
Itu yang aku biasa lakukan. Teruskan hidup macam biasa dan berpura-pura bagaikan tiada apa yang berlaku. Aku percaya, ini lebih baik untuk diri sendiri dan jaga hubungan dengan manusia keliling walaupun aku sendiri menyedari (kalau aku) - perasaan yang aku rasakan pada orang itu akan terus terpancar di wajah. Ya, kalau aku kurang gemar, wajah aku akan terus tunjuk. Wajah adalah cerminan perasaan aku. Tapi kadangkala, wajah boleh menipu kan?

#02 - Abaikan manusia begitu.
Ya, kita boleh abaikan manusia begitu. Anggap dia tidak wujud, dan segala benda yang berkaitan dengan dia kita hapuskan dalam kepala. Supaya keadaan tidak sesak dan dia hanyalah secebis kenangan yang tidak ingin kita ingati. Malangnya, kalau manusia itu dekat dengan kita - perkara itu agak sukar dilakukan. Ala, macam kalau kau berpisah dengan kekasih yang bekerja di dalam satu jabatan, kebarangkalian untuk asyik bertembung kan tinggi?

Itu contoh.

#03 - Berhadapan dengan manusia itu dan luahkan.
Aku percaya, hanya manusia yang berani mampu lakukan ini. Kalau aku, aku lebih rela simpan seorang diri sebab aku tidak mahu timbulkan masalah (mungkin) walaupun terdapat kebarangkalian masalah akan selesai kalau berterus terang (dan juga terpusing menjadi lebih buruk kalau tidak dilakukan dengan baik). Luahkan apa yang tidak berpuas hati supaya segala yang keruh menjadi jernih. Tapi, Nescafe keruh sedap oh. Eh.

Itu adalah beberapa cadangan yang boleh diutarakan (mengikut pendapat peribadi aku). Pilihan di tangan masing-masing. Buat kawan dalam situasi di atas, saya sayang anda sangat-sangat dan terima kasih sudi berkongsi dengan saya. :)

Monday, July 09, 2012

Maaf #02.


Bagi sesetengah manusia, ada terlampau banyak perkara yang mahu mereka katakan dalam usaha untuk meminta maaf. Memohon kemaafan daripada manusia sebenarnya sangat sukar - sebab manusia, seperti yang kita ketahui mempunyai hati yang sangat pelbagai. Dan uniknya, manusia itu tidak pernah sama antara satu sama lain walaupun mereka mungkin dilahirkan daripada rahim yang sama.

Maaf.
Seorang kekasih yang tidak dapat menyediakan diri pada pasangannya. Mungkin ada kesilapan mana-mana di dalam perhubungan yang menyebabkan apa yang dirancangkan tidak terlaksana. Aku percaya dalam mana-mana hubungan sekalipun, kedua-dua pihak mesti memberikan kerjasama. Kalau hanya satu pihak berusaha, dan satu pihak lagi merosakkan usaha tersebut (sudahlah tak berusaha memperbaiki) - memang tak akan pergi ke mana.

Maaf.
Dari seorang hamba kepada PenciptaNya. Moga kita bukan manusia sombong yang tidak pernah mengangkat tangan, memohon keampunan atas segala kesilapan yang kita lakukan. Bohonglah jika kita manusia yang suci dari segala kesilapan. Sedikit sebanyak - kecil atau besar, pasti kita ada terbuat kan?

Maaf.
Seorang rakan pada rakan yang lain. Ah, dalam bergurau kita tak terlepas dalam membuatkan kawan-kawan terasa dengan apa yang kita perkatakan. Mungkin ada yang terguris dan kita tidak pernah tahu, dan apa salahnya minta maaf bukan?

[Sumber gambar]

Maaf.
Seorang anak mungkin akan kata begitu pada ibu bapa yang membesarkan jika ada kesilapan yang dilakukan. Maaf tentang banyak benda - bukankah manusia yang paling rapat dengan kita itulah yang banyak kita lakukan kesalahan?

Maaf Puan Mulia.
Maaf Ketua Keluarga Hebat.

Anakmu ini hanya mampu jadi seorang guru.
Seperti kalian berdua juga nampaknya.
 

Tenang.


8 Julai 2012.
Ledang - TBS - KL Central - Padang Jawa, Shah Alam - SACC - Cala Qalisya Seksyen 7 - HR House Seksyen 7 - SACC - PKNS - TBS - Ledang. 

Itu perjalanan yang aku tempuh untuk sehari suntuk. Keluar dari rumah seawal jam 7.30 pagi dan kembali ke rumah bila jam menghampiri pukul 9.15 malam. Terima kasih kepada manusia-manusia yang aku kenal di alam maya (blog dan khususnya, Twitter) kerana banyak membantu aku yang kurang pengetahuan ini. Jadi, apa yang aku dapat dalam perjalanan panjang itu?

#01 - Aku dapat beli buku yang aku mahukan. Apa yang aku mahu tamak lagi apabila yang aku mahukan sudah dalam genggaman?

#02 - Bertemu dengan rakan-rakan maya yang sangat membantu. Bak kata Bella, aku bertuah sebab mengenali dan bertemu dengan manusia yang baik-baik. Farid, Nizam, Faliq, Muiz dan beberapa nama lain kalau aku tidak tersebut - terima kasih kalian.

#03 - Bertemu dengan kawan yang aku kenal selama hampir 4 tahun tanpa pernah bersua di alam realiti. Dapat bertemu sebelum dia terbang pulang ke tempat dia bakal memulakan kerjaya sebagai pengamal perubatan. Gembira bertemu anda doktor! (Setelah tidak menjadi pemilik sarkis lagi?)

#04 - Jumpa dengan bekas rakan sebilik di Tahun Akhir pengajian di UTM. Ah, dia antara manusia hebat yang aku akan kenang dalam hidup. Dia mengajar aku banyak benda dan ya, kali terakhir aku berjumpa dia dalam tahun 2009/2010 - makanya, banyak benda yang mahu diceritakan tetapi ah, kekangan masa.

#05 - Jumpa akhirnya setelah hampir setahun berlalu dengan adik kesayangan yang semakin cantik. Ya, sudah jadi peragawati dan sibuk dengan penggambaran, terima kasih sudi jumpa kakak yang selekeh ini. Terima kasih juga sudi bawa kakak ke rumah doktor itu semalam. Dan, kak suka dengan hadiah yang kamu berikan. Comel.

#06 - Banyak benda yang aku nak tulis. Tapi nanti sahaja. Buat masa ini, aku tinggalkan sekeping ini sahaja untuk kamu semua.

http://farm9.staticflickr.com/8010/7530655482_ab0bfafc44.jpg
[Flickr Aku]

Zara : Kamu tahu itu cinta apabila kamu mahu seseorang itu gembira, walaupun kamu bukan sebahagian daripada kegembiraan itu. (Shafaza Zara, 9 Julai 2012)

Saturday, July 07, 2012

#13 : Ini Cerita Seorang Perempuan


#01 - Panggilan telefon suara ceria Si Archie malam tadi yang berjaya tiba di Sabah seorang diri buat aku cemburu. Bukan Si Archie tak pernah melancong sebelum ini - hatta aku percaya masa dia belajar di Sydney dulu, dia dah banyak melancong ke sana ke mari. Cuma kali ini, suara yang ceria - ditambah dengan kenyataan aku sedang bergelut dengan kerja yang tidak habis-habis memanglah membantutkan harapan serta keinginan untuk berjalan. Jadi, mohon Archie yang sedang menjauhkan diri dengan kerja dan benda-benda alam maya ini semoga selamat berjalan di sana.

[Sumber gambar]
"Masa orang lain sedang bertunang, berkahwin (hatta bercerai) - aku masih di sini. Terperangkap di tengah-tengah kerja aku sendiri." 

Dari status Twitter aku pagi tadi.
While others are getting engaged, married (and even divorced) - I'm still here, stuck in the middle of my works. :) - Shafaza Zara, 7 Julai 2012.


#02 - Selain itu, salah seorang daripada penulis/pelukis Terfaktab akan melangsungkan ikatan pertunangan pada hari ini, jadi sedikit sebanyak aku yang bertungkus lumus kerja boleh terfikirkan sesuatu. Sebab ahli Terfaktab tu sebaya aku, makanya rasa cemburu dengan tidak sengaja. Bukan cemburu dalam erti kata perasaan yang bukan-bukan itu, tapi dia berjaya mendahului kami semua dalam tahap mencari bahagia. Sebagai kawan, tentunya aku gembira. Tahniah!

#03 - Bukan hanya kawan di Terfaktab, bahkan sepupu aku sendiri - seorang lelaki akan bernikah minggu hadapan pada usia 23 tahun. Jadi, sebagai sepupu yang berusia 25 tahun, aku kagum dengan keberanian dia untuk menjadi ketua keluarga dalam usia yang aku anggap cukup muda. Aku sendiri umur 25 tahun masih mencari tapak dalam hidup, dalam soal jodoh - tapi dia bahkan lebih baik daripada aku. Tahniah buat sepupu. 

#04 - Aku manusia yang percaya pada ketentuan Allah. Sebab aku sendiri sudah hadapi banyak perkara dalam hidup yang membuatkan aku sedar, betapa kuat aku berusaha sekalipun, tapi tidak diizinkan oleh Allah, aku tetap akan kecundang juga. Memang usaha itu penting, tapi sejauh mana aku untuk melawan benda yang sudah tertulis di atas sana?

#05 - Bila aku sudah berhenti berharap dan belajar untuk buka buku baru, mulakan hidup baru dengan apa sahaja yang ada dalam hidup - timbul lagi dugaan satu persatu. Mengapa mesti membunuh hasrat yang aku bina dalam diam tanpa perlu kau rabakkan jiwa aku dengan sebaris kata? Kadangkala itu yang aku mahu menyumpah sialan pada manusia yang hanya pakai topeng manusia, tapi bertubuh binatang - mereka fikir manusia hanya satu pameran yang boleh dilawati dan singgah bila mereka suka.

 #06 - Dalam perkara lain, aku akan bergerak ke Pesta Buku Selangor esok (8 Julai 2012). Bas terus ke TBS memandangkan aku malas mahu memandu dan ya, kalau terus ke Shah Alam sekalipun - waktu perjalanannya sama dengan waktu aku tiba di TBS. Buat apa? Hah!