Showing posts with label Kasut Itu Pencetus Aspirasi. Show all posts
Showing posts with label Kasut Itu Pencetus Aspirasi. Show all posts

Friday, December 24, 2010

Katalog Lelaki Idaman, Sepasang Kasut Dan Dongeng Lamaran.


Salam semua.
Badan keletihan dan aku masih tidak keluarkan lagi barang dari dalam kereta.
Ya, bagus betul, rasa nak lempang diri sendiri yang sudah ada tanda sakit sejak malam tadi.
Ah, itu bukan sesuatu yang penting dan yang ingin dikongsi.
Sengih, geli hati.

Dalam kepenatan, aku segan sebenarnya mahu menjawab panggilan telefon disebabkan suara aku pastinya kedengaran garau dan penuh kesengsaraan kepada telinga pemanggil. Tetapi, tidaklah tidak menjawab langsung kan?
Senyum.

Kawan : Aku ada baca blog kau.
Aku : Terima kasih.
Kawan : Sudah ada si dia ya?
Aku : (ketawa) Apa kau telefon sebab ini?
Kawan : Telefon sebab rindu pada kau pun ya.
Aku : Ya lah tu kan? Kau kan dah ada tanggungjawab lain, ingat dah lupa aku.
Kawan : Mana boleh lupa kau? Waktu begini kan dulu adalah awal semester, waktu kita keluar dapatkan sesuatu untuk diri sendiri sebelum kuliah bermula.
Aku : (ketawa) Tepat sekali, zaman yang dirindui.
Kawan : Tak sangka aku.
Aku : Tak sangka apa?
Kawan : Anak gadis nakal yang lebih sanggup duduk membaca di MPH ataupun habiskan masa di sudut kedai kopi, sudah ada orang yang dicintai.
Aku : (ketawa) Perubahan yang drastik ke?
Kawan : Tidaklah, sebab aku tahu lambat laun kau akan tempuhi alam begini juga.
Aku : (ketawa) Terima kasih atas tawaran keji katalog cinta dulu.
Kawan : (ketawa) Sengal! Kau ingat lagi rupanya.
Aku : Sumpah tak boleh lupa sebab kau akan buat katalog lelaki kegemaran bila duduk minum bersama-sama.
Kawan : (ketawa) Sekarang katalog dah tiada sebab aku sudah dapat yang terbaik.
Aku : Sudah tentu. Pemilihan terbaik dan sudah dapat pulangan menarik.
Kawan : (ketawa) Tak macam keji pula ayat kau.
Aku : Dah lebih setahun, dari berdua, sudah bertiga kan?
Kawan : Metafora kau tinggi, aku tertanya-tanya, adakah si dia itu mengikut dongeng yang kau impikan dulu?
Aku : Dongeng yang mana satu?
Kawan : (ketawa) Adakah dia datang hulurkan kasut yang mengikut saiz kaki?
Aku : (ketawa) Ah, tidaklah.
Kawan : Dulu kata nak tunggu yang begitu?
Aku : Sudah aku nyatakan, itu hanya mimpi. Bahkan, aku bukan seorang puteri.
Kawan : (berdehem) Kau puteri sulung keluarga.
Aku : Itu kan metafora.
Kawan : Bolehlah terima.
Aku : (ketawa)

http://farm5.static.flickr.com/4036/4264035040_6fbbfc7d4a_z.jpg
[Gambar : Warna kasut-kasut ini semua adalah merah]

Aku ketawa girang selepas kawan itu meletakkan telefon.
Kegilaan aku kepada kasut adalah sesuatu yang aku rasa tidaklah segila aku kepada aktiviti luar sejak kebelakangan ini. Himpunan kasut milik aku sejak kebelakangan ini sudah dikuasai oleh kasut aktiviti luar dan tidak lagi citarasa keperempuanan yang aku cuba cipta.
Sengih.

http://farm3.static.flickr.com/2756/4164759025_da547a9341.jpg
[Gambar : Aku suka dengan gambar kasutnya]

Dan ya, aku teringat apa yang si dia (berdehem) selalu ingatkan aku bila berbicara tentang kasut dan cara pemakaiannya. Ya betul, dia seorang yang sangat mengambil berat dan bila hal berkaitan dengan kesihatan, silalah jangan bantah kerana dia akan beritahu kesan-kesannya secara teknikal juga. (Angguk kepala setuju)

Dia : Jangan pakai kasut tinggi.
Aku : Nanti nampak pendek kalau tak pakai.
Dia : Tak baik untuk kesihatan.
Aku : Kalau 'wedges'?
Dia : Yang itu boleh, tapi cuma waktu pergi kerja ke apa. Kalau keluar, jangan. Nanti kaki sakit.
Aku : Saya pakai tak sakit pun.
Dia : Sekarang mana nampak kesan lagi? Nanti ada kesan, saya ketawakan.
Aku : Ceh!
Dia : Kalau keluar dengan saya, jangan pakai kasut tinggi eh?
Aku : Kenapa?
Dia : Sebab saya kuat jalan, nanti awak tertinggal di belakang.
Aku : Saya pun jalan laju juga.
Dia : Nanti kita tengok siapa menang.
Aku : Baik!

http://farm4.static.flickr.com/3169/2594356523_5713315cde.jpg
[Gambar : Aku kalau pakai kasut warna merah jambu begini, sumpah, amatlah di luar kebiasaan. Ketawa.]

Jadi, sila lekatkan dalam otak. Kalau keluar dengan Arnab, jangan pakai kasut tinggi dan bersedia untuk perlawanan jalan kaki secara maraton atau jogaton atau apa lagi lah. 
Ketawa.

Baiklah.
Itu sahaja, mungkin.
Ketawa.

Nota Kaki :
1. Lambat menaip hari ini. jari jemari tiba-tiba kejang. =_=
2. Tidak boleh pergi ke kedai basikal, boleh gila dibuatnya tengok harga dan mengekang nafsu dari membeli benda-benda yang mengiurkan. Ada 'crank' basikal yang harga RM 8888, kalaulah dapat kan? (menitik air liur)
3. Sudah ada nama baru disebabkan kawan-kawan aku dengar aku mengejut Arnab sewaktu di kem hari itu. Ceh!

Zara : Pengalaman akan memberikan kita sesuatu yang tidak pernah kita mimpi akan berlaku. Mungkin kesakitan lampau akan membuatkan kita berjaga dan menjadikan kita tidak mahu alpa walaupun hakikatnya kita masih terleka.

Friday, September 10, 2010

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1431H - Prolog Seorang Manusia Beku Di Pagi 1 Syawal Yang Hujan Renyai


Salam.
Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua.
Maaf zahir dan batin jika sepanjang aku mencoretkan kalam di sini ada yang terluka ataupun terasa.
Senyum.

Pertama Kali Memberikan Duit Raya.
Baiklah, ini tahun pertama aku bakal memberikan duit raya kepada anak saudara, sepupu, pakcik dan makcik , nenek serta mereka yang berkenaan. Eh, isteri ataupun suami kepada pakcik dan makcik? Nanti kalau ada lebih, baru aku beri.


Ini diambil pagi tadi. Gila berselerak dengan sampul dan duit raya. -_-"

Ya, kelihatan senarai nama-nama penerima. Pembahagian kepada 4 peringkat umur serta pangkat sebenarnya.
1. Budak kecil dan sekolah rendah.
2. Sekolah menengah, universiti, kolej ataupun bekerja.
3. Pakcik dan makcik.
4. Nenek.

Baiklah. Mana Abah, Bonda dan adik-adik aku? Oh, itu bahagian khas. Sudah datang bersama dengan material sekali. Ketawa. 

Bila melihatkan Abah menggunakan beg duit yang aku hadiahkan kepada dia, sumpah, aku terharu yang amat sangat. Dia memang tak kata apa-apa, tapi bila aku menjenguk dia di bilik, dia sedang memindahkan segala benda dari beg duit lama ke beg duit baru, aku jadi terharu sendiri. Air muka dia nampak gembira. Itu sudah cukup buat aku. Bonda ketawa girang dengan hadiah aku berikan untuk dia. Dia kata warnanya terlampau terang, tetapi aku rasa biasa-biasa sahaja. Belum tahu apa dia rasa lagi, tunggu dia pakai nanti.


Ini sahaja hadiah buat diri sendiri sempena raya. Tahun ini semua kena beli sendiri tanpa sebarang suntikan modal luar. Ketawa.

Bonda : Tu kasut kamu, Along?
Aku : Ya.
Bonda : Tinggi yang amat, nanti sakit pinggang.
Aku : Pakai sekejap-sekejap sahaja.
Bonda : Macam mana nak memandu? Jangan pakai kasut itu.
Aku : Nanti memandu pakai kasut 'jantan'.

Bukankah ini prolog?
Panjang pula kan?
Ketawa.

Ucapan Khas.
Buat semua pembaca yang sudi menjengah Dunia Sebelah Zara, terima kasih yang tidak terhingga aku ucapkan buat kalian. Kalau mahu datang ke rumah, silakan. Beritahu aku dulu ya?

Kawan-kawan yang sedang beraya di luar negara, ingatlah bahawa kalian terlepas daripada makan makanan yang berlemak dan berminyak seperti yang aku hadapi hari ini (ayat penyedap hati sebenarnya ini). Ketawa.

Pengunjung daripada Newcastle, Newcastle Tyne Upon, Sheffield, Durham, London, Tokyo, Nagoya, Kyoto, serta mana-mana pelusuk Jepun, Mesir, Oslo, Jakarta, Dublin, Auckland, Wellington, Adelaide, Moscow, Sydney, Melbourne, Sydney dan mana-mana lagi (sekadar menulis yang mana aku teringat dan ternampak), Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf zahir dan batin.

Amir Oh Malaysia, Izulman DKDM, Helmi Bogus Circus, Lumut, Zack Insan Tinggi, Arc, Sheri Sylver Room, Syahmi Moscow, serta mana-mana kawan yang lain yang mungkin aku terlupa untuk menulis nama kalian, pagi raya di sini, makan ketupat daun yang sangat enak. Tidak termasuk segala rendang, kuih muih, kuah lodeh, ayam masak merah dan segala macam makanan. Ketawa.

Buat penulis-penulis blog di Malaysia, aku sayang kamu semua juga! Betul. Kalau berani, jom datang rumah beraya.

Dan tidak lupa juga kepada sesiapa sahaja yang menyambutnya!

Zara : Buat pembaca yang tanya aku apakah warna pakaian aku di 1 Syawal, aku pakai baju warna biru. Adakah kita sedondon? Senyum.


Sunday, July 18, 2010

Ais Kirim Soda Cap Ayam | Kehidupan Penuh Warna Zaman Kanak-Kanak


Salam hujung minggu semua.
Sedang hujan di luar rumah dan alangkah enaknya kalau boleh menyambung tidur semula. Tetapi aku, seperti selalunya, tiada istilah tidur selepas Subuh lagi kecuali waktu zaman belajar dahulu, itu pun kalau benar-benar letih sahaja.


Hari Jumaat - 16 Julai 2010
Sewaktu aku melepaskan satu kumpulan demi satu kumpulan untuk menjalani aktiviti rentas halangan.

Ketawa aku bila seorang rakan seakan tidak percaya apabila dia membaca betapa aku kelihatan garang dan mungkin juga ganas di kem. Dia menulis mengenai itu di dinding Mukabuku aku dan juga di blog peribadi dia. Aku memang aku, itu yang pastinya dia perlu tahu. Ketawa. Dan pastinya, watak di mana aku berada pastinya berbeza dengan suasana dan keadaan yang memerlukan.


 Sabtu - 17 Julai 2010
Ada sesiapa pernah minum ini sewaktu kecil dahulu?

Semalam pagi keluar sarapan bersama rakan-rakan jurulatih. Di meja makan, ternampak botol minuman ini. Oh, sudah berapa lama tidak nampak botol sedemikian sejak meningkat dewasa. Alahai. Rindunya zaman kanak-kanak. Kalau minum ini, sewaktu raya disebabkan Allahyarham datuk gemar membuat air sirap bandung di pagi raya.

Satu tong botol minuman ini, yang akan dikumpulkan semula botolnya untuk dijual semula ke kedai. Allahyarham sepupu selalu guna botol itu untuk main mercun roket. Ah, kenangan terimbau walaupun hanya melihat botol minuman sahaja. Alangkah baiknya kalau waktu dapat diputar kembali untuk merasai suasana gembira dan ceria.

Nota Kaki :
1. Hujan.
2. Entah kenapa macam batuk semula.
3. Terbaca gosip antara dua remaja tentang aku. Eh, kamu tunggu, aku balas balik nanti.
4. Belum siap lagi garapan novel aku.

Zara : Hati manusia memang sukar untuk dijaga dengan rapi walaupun kita pertaruhkan segalanya demi melihat mereka bahagia. Dan aku, memilih untuk menjaga hati sendiri dengan tabah dalam menjalani kehidupan sendirian di atas muka bumi ini.


Friday, April 23, 2010

Kenangan Beku Masa Terbaik Dalam Ekspresi Hati - Bukan Artis Mahupun Menteri - Cuma Diri Sendiri



Kenangan beku masa kampus selatan hari terakhir.

Menelusuri kehidupan yang pernah dilalui.
Keindahannya tiada pengganti.
Senyum sentiasa menghiasi.
Tiada cecair mengalir membasahi.
Menikmati mentari.
Melalui hujan yang menyirami Bumi.
Hampir setiap hari.

Nota kaki :
1. Mahu lena yang panjang.
2. Buntu ilham.
3. Rindu masa silam.
4. Selamat malam.

Zara : Jalinan kasih sayang sedang tersekat-sekat. Teman, ingatlah sayang. Kamu akan sentiasa punya sokongan aku tidak kira masa walaupun hanya sekali kita berjumpa.

Saturday, February 06, 2010

Oh Fatimah Dan Aspalela. Cikgu, Cikgu Nampak Tinggi. Cikgu, Boleh Jadi Teman Lelaki Cikgu? Cikgu Nampak Cantik Hari Ini.


Pelajar ini kadang-kadang banyak ragamnya.
Kadangkala memang buat darah naik sampai ke kepala.
Kadangkala buat ketawa sampai terkeluar air mata.
Syukur, belum ada lagi yang menempah perkataan durjana.

Sudah aku katakan kerjaya guru ini macam penggiat seni.
Selain daripada berlakon, mengarah, menerbit - kami juga adalah peraga pakaian dan aksesori.
Tidak, bukan niat kami minta jadi begini.
Tapi keadaan kami dimanipulasi.
Oleh pelajar-pelajar yang sukakan sesuatu yang sensasi.

[Koleksi terbaru yang memenuhi bilik]

Aku ada sekumpulan pelajar yang memang suka buat kerja gila.
Dengan guru perempuan lebih-lebih lagi.
Bila aku lalu, mereka akan nyanyi dua lagu wajib.
Oh Fatimah sebab nama tengah aku Fatimah.
Aspalela pula aku tidak tahu kenapa.

Pelajar : (sedang menyanyi lagu)
Aku : Diam lah sedikit. Nanti hujan.
Pelajar : Cikgu, cikgu nampak tinggi hari ini.
Aku : Ya, saya tahu.
Pelajar : Cikgu, jom bercinta. Saya nak jadi teman lelaki cikgu.
Aku : Nak buat apa? Tak nak saya.
Pelajar : Sebab cikgu cantik, saya suka.
Aku : Ceh!

Setiap kali juga hal yang sama.
Memang anak-anak yang nakal.
Walaupun pernah bikin aku naik darah, tetapi mereka ini juga sentiasa buat aku bersemangat ke sekolah.
Mahu belasah mereka dengan nota yang panjang.
Lukisan yang berganda banyaknya.
Ketawa.

Ah, aku sudah terlambat mahu menghadiri sukantara.
Jaga diri kalian semua.
Ah, jangan panggil aku Fatimah.
Itu hanya untuk keluarga.
Ah, trivia episod seterusnya sudah aku berikan pula.
Senyum mesra.

Zara : Pengelola rumah Laksamana sudah bersedia. Ayuh, gegarkan padang sekolah dengan semangat membara!



Sudahkah kamu semua meninggalkan alamat blog (URL) di 
Terowong Kecil Cinta Zara ?

Monday, January 04, 2010

Kalau Ada Lelaki Melamar Dan Bawa Kasut Yang Betul Ukurannya...


Impian.
Mimpi.
Bangun Zara!
Bangun.

Itu tidak akan berlaku.
Itu cuma dogengan yang tidak sempurna buat kamu.
Diam.
Jangan pernah fikirkan.
Hilangkan dari otak.
Mati.
Senyap.
Sunyi.


[Ini baru dibeli petang tadi - untuk kegunaan sukan dan ke sekolah. Kasut empat inci buat kaki aku kejang]

Kalau ada jejaka yang datang melamar sambil bawa kasut yang sesuai dengan ukuran kaki aku yang pelik ini, pasti aku akan tersenyum dan mengatakan, Ya, saya terima cinta kamu.

Diam.
Senyum.
Terpaku.
Omong kosong.
Mimpi yang takkan jadi kenyataan.
Kamu bukan puteri rupawan yang bisa mendambakan keajaiban.
Senyum kanyur.
Tampal di wajah.
Merah.

Zara : Esok akan pulang lewat. Perlu menguruskan sukan sekolah. Ya, ketua pasukan Laksama (Merah).

Monday, November 16, 2009

Keganasan Menjadi Warna Kulit Walaupun Aku Bukan Wanita Yang Berperang - Satu Inspirasi Hati

Entah mengapa ada yang menyatakan aku seperti seorang wanita yang pergi berperang hari ini.
Ada yang berbisik-bisik dan ketawa kecil.
Ada yang menuding jari mereka.
Ada yang kata aku kelihatan ganas.



Eh, aku cuma memakai ini kerana keselesaan.
Bukan sebagai satu amaran keganasan.
Ini sahaja kenangan buat diri selepas mengiringi pelajar ke kejohanan olahraga.
Bila memakai ini pun dianggap berumur 16?
Butakah?

Zara : Esok jamuan akhir tahun sekolah! Gembira rasa di hati. Cikgu F menghantar pelajar ke perkhemahan Pandu Puteri selama 3 hari. Cikgu H menghantar pelajar Pendidikan Khas ke Perkhemahan 1Malaysia selama 4 hari. Bolehkah aku menikmati jamuan bagi pihak mereka?

Wednesday, November 11, 2009

"Senjata Yang Istimewa Harus Menangkap Mata" : Bagaimana Dengan Warna Merah Jambu?

Ketawa mendengar usikan seorang rakan setugas pagi tadi yang menyatakan kasut yang aku pakai semalam comel.

"Cikgu Zahrah, mana kasut comel yang dipakai semalam?. Sakit kaki ke?"

Aku hanya mampu tersenyum dengan pertanyaan terakhir itu. Bukan kaki yang sakit, tetapi hati yang sakit dengan telatah budak. Tidak mengapa, itu hanya secubit warna dalam kehidupan yang aku tempuhi. Pesanan ringkas yang tiba daripada luar Malaysia menarik minat aku.

"Zara, kalau mahu kelihatan anggun walaupun sedang marah, sila kenakan sesuatu yang terbaik. Senjata yang istimewa harus menangkap mata. Cuba fikirkan apa yang terbaik dan mahu memilih kamu menjadi guru buat anak-anakku."

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEi-Qmw9TtsKrfjxveMSHQdYa6QbH46XYe_efv2PufZ0jlDyfxKqn39e3XkVp7SczEvy7afOuMKuIoR-cMd_Ar55RTRxffhvj2i-nWPX5YxNPxSQLwa-ggJQ46EslI7ydqpoIRzvP5hHDZRj/s400/BQcDAAAAAwoDanBnAAAABC5vdXQKFlBtRlVZaDBXM2hHZ05GTnctQW83R0EAAAACaWQKAXgAAAAEc2l6ZQ.jpg
[Gambar penghargaan di SINI]

Oh, kalau boleh lepas lari dari sabit kesalahan mengetuk kepala orang dengan kasut bertumit tinggi dan berwarna merah jambu panas seperti di atas, aku akan memasuki senarai orang yang paling dikehendaki selepas penulisan ini.*Ketawa*



Zara : Mesyuarat penapisan pelajar Tingkatan Satu dan Dua akan berlangsung tengah hari ini. Oh, mahu menapis laju-laju tetapi pelajar, alahai, kosong kelas.

Tuesday, November 10, 2009

"Memang Kasut Saya Tiga Inci, Tapi Lubang Kubur Lebarnya Tiga Kaki, dan Jangan Lupa Panjang Dan Dalamnya"

Mahu ketawa selama lima minit.
Ketawa sopan, sambil mata menjeling kiri dan kanan.
Muka ditarik ketat-ketat, jangan ada secangkir atau seulas senyuman di wajah, biar kelat.

Bila tekanan darah memuncak, segala bunga tari akan dipencak.
Senyum ikhlas, tawa mesra sudah bertukar wajah melengas.
Jangan pernah mencari pasal dengan penjaga hati wanita dan pejuang di sebelah jejaka.

Pantang!
Pantang bertemu manusia yang bertindak seperti cermin dan gua.
Bila bercakap, ada pantulan dan ada gema.
Oh, jangan bertindak keji sebelum mengkaji dengan siapa anda ingin menghunus taji.

Kelas Tingkatan 1 yang mempunyai 27 warga.
Bila 27 mulut mula menjalankan senaman ringan yang bertukar berat, rentaknya memang bisa membuat hati tenat. Mulut yang bercakap laju tak ubah seperti pakar membuat lepat. Laju mereka mendatangkan hasik dan rezeki, tetapi laju ini hanya bakal memakan diri.

Cikgu Z
Pelajar Lelaki A (PLA)

Cikgu Z : Kenapa suara lelaki yang kuat sangat ni?
PLA : Budak perempuan ni pura-pura sahaja cikgu.
Cikgu Z : Sekurang-kurangnya mereka hormat saya di hadapan ni, kalau bercakap jangan kuat sangat.
PLA : Ala, bukan kuat sangat. Lagipun tiada kerja.
Cikgu Z : Eh awak ni, sekali saya cakap, awak menjawab sahaja ya?
PLA : Biasalah cikgu. Orang cakap kita jawablah.
Cikgu Z : Sudah-sudahlah bercakap tu.
PLA : Ala cikgu ni, biarlah nak bercakap ke apa ke.
Cikgu Z : Patut pun mulut awak lebar kan? Sebab awak banyak cakap.
PLA : Ada mulut memang kena cakaplah cikgu. Mulut saya lebar sebab saya selalu senam mulut saya ni.

Cikgu Z : Tengok tu, menjawab lagi. Sekali lagi awak bercakap kuat lagi, saya denda awak nanti.

Suasana kelas terkawal, dan malangnya, bila dibiarkan, tikus akan gatal dan terasa mahu menjadi gajah yang enak menguasai belantara.

Cikgu Z : Kan saya dah kata, kalau nak berbual jangan kuat sangat?!
PLB : Kalau dah berbual mana sedar cikgu?
Cikgu Z : Sebab itu saya kata kawal suara sendiri.
PLA : Dah tu cikgu nak buat apa ni?
Cikgu Z : Ikut hati nak sahaja saya pijak-pijak awak ni.
PLC : Pijak bagi tinggal kesan tapak kaki ke cikgu? *gelak*
Cikgu Z : Buat apa guna tapak kaki? Saya pakai kasut.
PLA : Kasut tinggi cikgu tu?


[Masih ingat kasut ini?]

Cikgu Z : Memang kalau boleh.
PLB : Berapa tinggi kasut tu cikgu?
Cikgu Z : 3 inci.
PLA : Ala, setakat 3 inci, apa yang sakit sangat?
Cikgu Z : Memang kasut saya tiga inci, tapi lubang kubur lebarnya tiga kaki, dan jangan lupa, panjang dan dalamnya. Tujuh kaki kali tujuh kaki.
PLA : Jadi kenapa?
Cikgu Z : Saya mungkin lupa, tetapi Tuhan Yang Maha Esa tidak pernah lupa.



Tangan menarik buku dan menggalas beg di bahu.
Ucapan terima kasih berkumandang di dalam kelas yang berbentuk kotak empat persegi.
Warga kelas ditinggalkan dengan hati yang puas.
Jangan pernah mahu melawan bicara.

Kasih Si Comel : Tatkala ini Si Kosong sedang berjuang di dalam dewan peperiksaan. Peperiksaannya bermula pada jam 9.00 pagi.

Zara : Tengah hari ini bakal menghadiri mesyuarat akhir tahun dan diikuti dengan mesyuarat panitia. Sebentar tadi mengadakan perbincangan mengenai lawatan akibat dijemput sebagai guru pengiring oleh pelajar. Bila mahu berjalan, mahukan pucuk muda pula.



Monday, November 02, 2009

Kenapa Saya Mahu Menjadi Guru : Awak Fikir Saya Turun Dari Langit?

Aku rasa hari ini aku telah kumpul satu kelas untuk menyukai aku.
...dan hari ini juga aku rasa aku sudah temui satu kelas yang bakal membenci aku seluruhnya.

*******

Aku telah ditebak dengan soalan, mengapa aku memilih kerjaya guru sebagai jalan hidup aku.
Kenapa ya?
Secara jujurnya, aku merasakan kerjaya ini membuatkan aku dekat dengan keluarga, masyarakat dan manusia secara amnya. Kerjaya ini membuatkan aku menyelami dan mempelajari erti kehidupan manusia secara hakiki dan harfinya. Manusia memang lemah, tetapi manusia sentiasa mencari jalan dan berusaha untuk menjadi kuat. Ya, itu hakikat manusia.

Ada pelbagai sebab lagi sebenarnya, dan itu meliputi pelbagai aspek tentunya. Ah, aku menyedari penulisan aku kebelakangan ini sudah dicemari dengan kata pinjaman dari bahasa asing, tetapi tidak mengapa, Malaysia mengamalkan dasar terbuka bukan? *senyum*

Dan ini mengingatkan aku pada kejadian di dalam kelas. Suasana kelas yang biasa dengan bilangan pelajar tidak mencecah 40 orang. Aku berhadapan dengan beberapa pelajar yang tidak terkawal nakalnya. Amarah sedang dikawal agar aku tidak tersilap langkah.Amaran awal telah diberi, tetapi malangnya hanya segelintir yang sudi meminjamkan telinga.

Aku : Kenapa bising sangat?
Pelajar : Takde benda nak buat cikgu.
Aku : Tak boleh belajar untuk peperiksaan seterusnya? Jangan ganggu kawan-kawan yang belajar.
Pelajar : Bukan bising sangat pun cikgu.
Aku : Kasihan pada kawan-kawan. 
Pelajar : Ala cikgu ni. Cikgu lain lah.

Aku :  Awak fikir saya turun dari langit ke? Tiba-tiba boleh jadi cikgu? Saya pun pelajar juga dulu. Kalau awak tak mahu ulangkaji, duduk tempat sendiri, jangan kacau kawan.
Pelajar : Baik cikgu.

Pelajar.
Duduk di tempat sendiri. Mengelamun.
Tidak mengapa, asalkan tidak bising dan menganggu tumpuan pelajar lain.
Masa bergerak, jadual berjalan, kelas berganti.

http://blogstore.lomluang.com/coffeeprince/coffeeprince_cartoons/coffeeprince_cartoon14.jpg
 [Gambar penghargaan di SINI]

*******

Kertas Sains 2 sedang berjalan.
Usai kaki melangkah masuk kelas, hati berdetak tidak enak. Bala apakah yang bakal terjadi?
Rasa hati yang tidak menentu ditolak jauh. Mainan gila.

Sudah menjadi kelaziman aku, tidak akan duduk diam bila menjaga peperiksaan. Amanah yang pernah aku terima daripada Abah menjadi pegangan aku. Itu prinsip, itu pesanan. Untung kasut yang dipakai tidak mengeluarkan bunyi, jadi aku bergerak seperlahan mungkin. Melihat apa yang dilakukan oleh pelajar.

Pelajar 1 sedang menjawab soalan mengenai tuas. Arahan yang diberi adalah untuk menyuai-padan gambar rajah dengan sistem yang ditunjukkan seperti di bawah.

http://salestores.com/stores/images/images_747/D12E.jpg
[Gambar penghargaan di SINI]

Ya, ini gambar pemotong kertas yang memenuhi hukum Tuas Kelas Kedua.
Aku lihat pelajar itu salah melabel bahagian-bahagian yang menunjukkan Daya, Fulkrum dan Beban. Aku hanya menyuruh dia membaca semula soalan baik-baik dengan suara yang perlahan.

Tiba-tiba seluruh kelas ketawa mengilai dan ada di antara mereka yang ketawa berdekah-dekah. Aku bingung. Aku perhatikan kelas secara menyeluruh. Suasana kembali tenang.

Aku berjalan ke pelajar lain. Dia juga sedang berusaha menyelesaikan soalan yang sama. Kesilapan yang lebih teruk, maka aku memintanya membaca soalan dengan berhati-hati dan fahami kehendak soalan. Kejadian yang sama berulang kembali. Seluruh kelas ketawa mengilai. Aku berpusing dan berkata dengan suara yang tenang dan dalam.

"Lagi sekali saya dengar sesiapa ketawa mengilai sebegitu, saya lempar dia keluar dari kelas"

Ya.
Seluruh kelas senyap. Ada di antara mereka yang menjeling masam. Ada yang menarik muka meluat. Dan muka-muka bertambah mencuka bila aku langsung tidak duduk sepanjang 40 minit di dalam kelas mereka.

Yang meniru aku renung mereka.
Yang berbual aku tenung mereka.
Bila aku berjalan mendekati mereka, muka masam ditunjukkan kepada aku.
Bila aku berdiri di hadapan, mata menjeling marah pada aku.
Bila aku berdiri di belakang, badan disengetkan, cuba melindungi perbuatan.
Bila aku keluar, semua memandang dengan muka marah.
Eh, ada aku kisah?



Kali pertama berjumpa kelas yang sungguh sehati sejiwa dalam menunjukkan rasa benci dan menyampah pada guru. Entah-entah aku akan menerima bungkusan hadiah yang mempunyai tahi di dalamnya pada tahun hadapan. Ah, manusia memang membenci kebenaran, dan itu kenyataan.



Zara : Sudah menempah kuih lompang untuk dibawa ke sekolah pada 3 November 2009. Cuma untuk kudapan guru-guru di dalam bilik kakitangan. Buat semua pengunjung, semoga kamu semua mempunyai hari yang ceria. Aku sayang kamu!

Friday, October 30, 2009

Meniru Dan Bersikap Biadap : Itu Memang Tergolong Dalam Jenayah Yang Tiada Ampun.

Salam semua.
Hari ini hari Jumaat - Hari keempat aku menjalankan kehidupan sebagai guru di sekolah.
Peperiksaan sedang berjalan untuk pelajar Tingkatan Satu, Dua dan Empat.

Memang benci budak-budak meniru.
Sumpah, jangan meniru. Lebih baik tanya jawapan pada aku!
Kawan yang ditanya juga bukan manusia yang suka akan pembelajaran.
Untuk apa meniru manusia begitu?!

...dan semalam mahu menunjuk lagak di hadapan guru baru seperti aku...
Guna bahasa tempatan di dalam kelas dan mahu meniru ketika peperiksaan.
Bagus!
Memang laju sahaja meluncur jeritan dari anak tekak aku.

http://blogstore.lomluang.com/coffeeprince/coffeeprince_cartoons/coffeeprince_cartoon13.jpg
[Gambar penghargaan di SINI]

Bila ditegur, muka ketat!
Bila ditegur perangai yang biadap, hidung mula meninggi.
Dada dibusung tinggi!

Cakap mahu hebat, ayat yang dikeluarkan mahu nampak gah.
Siapa kamu tanpa keluarga?!

"Ayah saya kerja bagus. Cikgu-cikgu di sekolah ini, tahap bawah tapak kaki saya sahaja"
(sambil menunjukkan tapak kasut)

Eh, kalau kamu hamburkan ayat begitu dengan aku, sumpah aku sudah heret kamu keluar kelas. Sudah pasti aku akan pastikan kamu akan membayar harga yang setimpal atas kelancangan mulut kamu. Itu kita panggil biadap manusia! Umur baru 14 tahun jangan berlagak sudah tahu semua!

Balik rumah tengok diri kamu!
Ibu bapa kerja baik, kamu perangai macam ini?
Apa kamu makan sampai sikap kamu begini?
Lekatkah ilmu di hati?
Cermin bakal hancur menjadi debu dengan perangai kamu!

Jangan sebab perangai kamu, semua bakal terpalit kecelakaannya.
Bahana apa anak kecil?
Jangan pernah mencari bala.
Jangan pernah melekehkan tugas seorang guru.

Kesabaran sentiasa batasan.
Jangan biarkan hidup menemui kemusnahan akibat taksub dengan dunia yang tanpa sempadan!
Siapa yang bakal dalam kesakitan?
Tepuk badan!

Zara : Esok Sabtu dan aku perlu menghadirkan diri ke sekolah untuk Hari Profesionalisme dan Hari Sekolah Ganti.

Tuesday, August 11, 2009

Mahu Kembali Ke Susuk Tubuh Seperti Ini - Perlu Pakai Susuk Ke Ditusuk?


:: Nota Khas ::
Keadaan diri sudah kembali ke emosi asal walaupun kepala masih berdengung laju.
Pesanan sudah dibalas dan diterima sebelum jam 10 pagi.

Rindu dengan keadaan diri yang ini.
Keadaan diri yang dihantui rasa penat selama tiga bulan tanpa henti yang memungkinkan berat badan turun secara mendadak. Aduhai.
Sumpah, aku mahu!



Oh ya, baju kurung ungu ini ditaja oleh seorang teman.
Bukan milik aku sendiri.
Justeru itu, sepasang kurung ungu sangat aku dambakan untuk dipadankan dengan kasut aku yang tercinta.

Zara : Kepala melayang. Aku di bawah pengaruh dadah selsema sekarang ini.


Sunday, July 19, 2009

Sepasang Baju Kurung Ungu


Sudah dua malam aku termimpikan mengenainya.
Sepasang baju kurung ungu.
Baju kurung yang berlainan tetapi masih warna yang sama.
Ungu.

Ah, aku terlalu menginginkannya.

Zara : Emosi bertambah teruk. Kurung ungu membuat aku mahukannya.
Dipadankan dengan kasutku.


Saturday, July 18, 2009

Tali Apa Tali Yang Tidak Boleh Ditanya?


Aku semakin sembuh.
Tiada dadah yang berlebihan untuk bulan ini.
Sebab aku mengambil jalan selamat - tidur yang panjang.
Bagi badan ini rehat yang cukup.

Aku cukup suka jaga pagar.
Semua benda kamu boleh tengok dan tegur pelajar.

"Mana tali leher kamu?"

Tertinggal di rumah.
Hilang.
Lupa nak pakai.
Ada dalam beg.
Itu alasan-alasan yang selalu aku dapat.

"Kenapa tak pakai tali pinggang?"

Lupa nak pakai.
Putus.
Ada dalam beg.
Seluar dah ketat.

"Ikat tali kasut, nanti jatuh terpijak tali"

Ini kebiasaannya bagi pejalan kaki tegar.
Mereka tidak sedar bahawa kasut itu telah terbuka talinya.

Soalan untuk kamu semua.
Dalam banyak-banyak tali,
tali apa yang aku tidak boleh tanyakan pada pelajar?

Zara : Mahu menonton Syaitan Merah!

Monday, June 29, 2009

Hamba Bercuti Atas Titah Paduka Sultan Tercinta...


Salam hormat buat kalian semua.
Selamat bercuti buat warga negeri Johor di mana sahaja kalian berada
(alangkah indahnya jika kalian di Johor).

Ya,
kami semua bercuti disebabkan
Hari Hol Almarhum Sultan Ismail.

Oh, semalam selepas pertemuan 4 pasang mata (tidak termasuk sepasang kaca mata),
aku meneruskan agenda membeli belah sebagai seorang guru.
Agenda yang dilaksanakan seorang diri.
Katakan SEMANGAT CIKGU!

Setelah berhempas pulas mencari kasut yang sesuai ke sekolah,
akhirnya ketemu juga.



Sebenarnya warna ungu.
Kurang kelihatan ke"ungu"annya.
Aduhai...



Oh, ini pula dari sisi tepinya.
Kelihatan sungguh bukan Zara yang akan memakainya.
Tetapi jangan khuatir,
kerana ini memang milikan aku.
^___^

Kelihatan agak tinggi dan aku rasa aku perlukan sepasang selipar untuk
menunggang motosikal, ini harus disimpan di dalam bakul dahulu.
Hahaha...

Dan akhir sekali,
setelah berjaya meyakinkan jurujual di sebuah kedai buku,
aku berjaya memperolehi Kad Diskaun Guru.
Ya tuan-tuan dan puan-puan sekalian,
potongannya lebih hebat berbanding kad diskaun pelajar.



Kamus sangat ingin aku miliki sekian lama,
akhirnya menjadi milik aku.
Puas sungguh!

Oh, aku bercuti hari ini.
Perlu ke dapur melunaskan tanggungjawab.
Hari ke-17 tanpa nasi sebagai hidangan aku!

Sunday, June 21, 2009

Boleh Dipakai Ke Sekolah Tak?

Kuih lapis.
Kek lapis.

Kasut aku yang aku beli sebab nak mudah bergerak dan melakukan aktiviti.
Agak-agak boleh ke aku pergi sekolah dengan kasut ini?
Aku bingung memikirkannya.

Oh ya, kasut ini juga intrepetasi aku yang agak menyukai kek lapis di Hari Raya.
Buatkan aku terkenang kek lapis Tok Andak.

Friday, April 24, 2009

Puteri Arnab Dan Kenangan Di Sebalik Merah Jambu...




Kasih sayang yang aku tumpahkan sejak 14 Februari 2007.
Sudah lebih 2 tahun dia di situ.
Masih setia bersama aku, aku hanya tersenyum bila Mak menegur aku.

"Maaf Mak. Along suka pakai sebab selesa."



Puteri Arnab (baca : Princess Bunny) dan aku memang sentiasa bersama setakat ini.
Kenangan yang dia beri pada aku selama ini membuatkan aku menjaga dia sepenuh hati.
Manis, pahit, masam, tawar, kalah masakan tiga rasa.
Aduhai.

Kasut ini telah menemukan aku dengan pelbagai orang.
Kasut ini membuatkan aku mengenal erti cinta.
Kasut ini menjadikan aku menyemai persahabatan.



*Kali pertama aku menyarung Puteri Arnab*

^____^

Aku bahagia mengenal kalian semua.
Sumpah.

Monday, April 20, 2009

Pertumpahan Dakwat Bakal Bermula...


Pertumpahan dakwat bakal bermula mulai esok.
Jadi, maaf ku pinta dari hujung anak tudung sampai ke hujung tumit kasut aku.
Maaf sahabat-sahabat pencinta sekalian.



**Muka budak yang meminta maaf**

Doakan aku tenang di sana ya?
Doakan aku mampu memberikan yang terbaik buat Abah dan Emak.
Doakan aku tidak dihujani air mata yang menggila.
Doakan aku.
Aku pohon dengan sangat.



Jadual Pertumpahan Adalah Sepeti Berikut:

21hb April 2009
Kimia Organologam
(Organometallic Chemistry)

22hb April 2009
Organisasi dan Pentadbiran dalam Pendidikan
(Organizational and Management in Education)

23hb April 2009
Pendidikan Kimia
(Chemistry in Education)

29hb April 2009
Simetri dan Spektroskopi Molekul
(Symmetry and Molecular Spectroscopy)

Arakian kisah ini bakal berakhir....
Semoga pertumpahan dakwat akan berlaku dengan jayanya.
Semoga yang terbaik menjadi milik aku.
Semoga aku mampu kembali mencoret disini.

Aku cinta kalian!
Doakan aku ya?



Sesiapa yang sangat memerlukan kehadiran aku (perasan aku),
sila hantarkan pesanan ringkas ke telefon genggam ku.
Jika tiada nombor aku,
sila hantarkan surat elektronik anda ke alamat yang tertera di bawah ini:

beckham_shafaza@yahoo.com

...dan nyatakan sama ada anda perlu nombor telefon aku atau sebagainya.
Terima kasih.

Aku sayang kalian.
Cinta. Kasih. Ciuman.

..Zara Syed..

Friday, April 17, 2009

Aku Memang Nakal Secara Menggila, Jadi?


Orang kata mereka tidak memahami cara penulisan aku disini.
Maaf.
Ini diri aku yang serba kekurangan.

Memang sebolehnya aku menggunakan tatabahasa yang betul.
Disebabkan itu juga aku mempunyai pengertian tertentu tentang beberapa perkara.
Kalau kamu membaca tulisan-tulisan aku dengan sekali imbas,
mungkin hatimu akan tersentap.

Cuma pintaku,
hayati makna yang tersirat.

Ingat tentang tulisan aku dibawah ini?
Sila alihkan mata dan sudut pandangan kamu kepada tulisan aku sebelum ini.
Ya.
Aku ada meletakkan alamat "MukaBuku" aku disitu.
Memang terdapat pelbagai gambar yang aku pamerkan.
Bukan apa.
Blog Dunia Sebelah Zara ini malas aku penuhi dengan gambar-gambar aku.
Nanti kamu meluat.
^_________^

Oh ya,
nampaknya ada gambar yang menarik perhatian sesetengah pembaca.
Aku suka bila kalian tidak mahu menulis di blog aku, malah rajin menghantar surat elektronik.

Gambar pertama serta komen yang aku dapat.



  • Adakah ini menunjukkan kamu seorang yang sungguh pandai bermain bersama dua-dua jantina?
  • Adakah kamu memanggil dia sebagai sayang juga?
  • Lengan kamu agak besar. (aku suka komen yang ini)
  • Aksi ini tidak sepatutnya dibuat untuk tontonan umum. Kurang baik. Boleh menimbulkan khabar angin. (Perhatian, Ann sudah ada kekasih)
  • Kamu kelihatan menarik di dalam warna merah jambu. (Terima kasih buat Mak yang belikan aku baju itu)
::Gambar Kedua::



Ramesh dan Zara
  • Zara, kamu kelihatan baik.
  • Zara, tudung kamu menarik.
  • Kamu berdua kelihatan secocok bersama. (oh, maaf! Ramesh juga sudah ada kekasih hati).
  • Tangan kamu kelihatan gemuk. (aku suka yang ini)
::Gambar Ketiga::



  • Senyuman yang menawan.
  • Kamu duduk di luar negara ke Zara, sampai bawa selendang itu?
  • Pakai dah ayu serta comel, kamu bawa beg seperti itu? Tak sesuai langsung.
  • Pipi kamu tembam.
  • Tangan kamu sungguh gemuk. (aku suka yang ini).

::Gambar Keempat::



*Gambar Tiga Anak Arab*

  • Abang Kasut ke itu?
  • Abang Kasut sangat kacak.
  • Abang Kasut itu comel.
  • Kening kamu bertiga tebal.

Sekian sahaja.

Aku sedang membaca nota Kimia OrganoLogam (baca: Organometallic Chemistry).

Sebelum berpisah, hati aku sedang dipenuhi dengan lagu ini.

Lirik Pergi - Aizat (OST Talentime)

Sayu terpisah
hikayat indah kini hanya tinggal sejarah
berhembus angin rindu
begitu nyamannya terhidu wangian kasihmu
hujan lebat mencurah kini
bagaikan tiada henti
kaulah laguku kau irama terindah
tak lagi kudengari
kau pergi.. pergi..
sepi tanpa kata
terdiam dan kaku tak daya kau kulupa
apa pun kata mereka
biarkan kenangan berbunga di ranting usia


Selamat Berhujung Minggu Buat Kalian.

Saturday, April 11, 2009

Kasut Cinta Aku, Aku Tidak Membunuh Sayang...


Aku suka kasut.
Kasut membuatkan aku mengenal siapa diri aku.
Aku tidak kisah dengan pandangan sinis masyarakat.
Aku tidak kisah dengan perlakuan orang di sekeliling aku.

Kata-kata, kutukan, hinaan, bukan asing bagi aku.



Ya,
bukan anda yang bersalah.
Bukan mereka semua.
Tetapi aku.
Aku yang mencorakkan perkara sebegitu hadir dalam hidup aku.

"Shafaza, kenapa pakai kasut itu?"
"Puan, hari ini saya ada makmal. Lagi selesa pakai macam ini"
"Aduhai, awak pakai sneakers dengan baju kurung? Dah comel-comel tapi pakai kasut macam itu."
"Asalkan saya selesa dan selamat dalam makmal Puan. ^___^"