Showing posts with label Penulis Blog. Show all posts
Showing posts with label Penulis Blog. Show all posts

Friday, May 06, 2011

Ini Untuk Puan Mulia Yang Hebat.


Dia aku panggil Emak.
Kadangkala dalam coretan ringkas aku buat manusia yang pernah dan masih melalui cabaran membesarkan anak yang tidak semenggah ini, aku gelarkan dia Bonda. Tetapi di kalangan pembaca, aku masih lagi menggelarkan wanita paling dikasihi di dunia itu sebagai Puan Mulia, sebagai satu tanda penghargaan aku pada dia yang menjadi sumber tenaga.

Bulan ini bulan lima dalam takwim manusia. Puan Mulia ini sememangnya jaguh dalam bulan lima. Nah, mengapa aku nyatakan demikian?
1. Tanggal tiga haribulan lima, Puan Mulia dilahirkan ke dunia (tahun ini sudah genap jubli perak sama seperti pemilik rusuk kirinya)
2. Sejak tahun satu sembilan lapan enam, Puan Mulia sudah menjadi seorang pendidik bangsa. Maka, enam belas bulan lima, dia pasti diraikan juga oleh anak murid, pelajar di sekolah.
3. Ada satu hari dalam bulan lima yang dipilih secara khusus untuk sambutan hari ibu (walaupun sejujurnya setiap hari kita wajar mengingatinya), maka Puan Mulia sebagai seorang bonda, pasti sahaja termasuk dalam kiraan itu.

Senang kata, bulan lima adalah bulan di mana Puan Mulia diraikan berkali-kali.
Oh, dengki. (tiba-tiba)

Gambar : Sekadar hiasan tentunya. Puan Mulia kurang gemar gambarnya diambil dan dia pernah berikan sedikit teguran kepada aku supaya gambar dia tidak dimuatkan sesuka hati ke Internet.

Buat Puan Mulia, sempena sambutan hari kelahiran ke lima puluh tahun dan wajah serta saiz badan yang sering disangka anak remaja, beerti usia semakin meningkat dan semoga dengan kelanjutan usia itu menjadi satu rahmat buat kamu wanita yang melahirkan anak nakal ini. Banyak pastinya yang sudah dilalui oleh kamu wahai bonda yang dikasihi. Hari-hari yang telah berlalu, dengan harapan ia dapat dijadikan renungan dan pengajaran buat kita semua.

Yang baik, manis, terbaik akan kekal menjadi ingatan dan kenangan.
Yang buruk, pahit, menyedihkan menjadi pengajaran.
Yang tawarnya?
Tidak pernah ada.

Mungkin, itu yang sebaiknya untuk kita bersama menjadikan ia satu muhasabah sebagai panduan untuk menelusuri hari-hari yang bakal mendatang. Semoga Puan Mulia (dan termasuk kami semua), mempunyai kehidupan yang lebih cemerlang pada hari ini dan masa akan datang berbanding dengan kehidupan silam yang telah ditinggalkan.

Gambar : Agak-agak kalau kau tulis sebegini rupa sekalipun, dapatkah kau membayar apa yang pernah dicurahkan oleh wanita yang mengandung dan melahirkan kau ke dunia? Mustahil kalau kau kata ya. Mustahi amat wahai si derhaka.

Ibu merupakan kata tersejuk yang dilantunkan oleh bibir – bibir manusia.
Dan “Ibuku” merupakan sebutan terindah.
Kata yang semerbak cinta dan impian, manis dan syahdu yang memancar dari kedalaman jiwa.

Ibu adalah segalanya. Ibu adalah penegas kita dilaka lara, impian kita dalam rengsa, rujukan kita di kala nista.
Ibu adalah mata air cinta, kemuliaan, kebahagiaan dan toleransi. Siapa pun yang kehilangan ibunya, ia akan kehilangan sehelai jiwa suci yang senantiasa
merestui dan memberkatinya.

Alam semesta selalu berbincang dalam bahasa ibu. Matahari sebagai ibu bumi yang menyusuinya melalui panasnya.
Matahari tak akan pernah meninggalkan bumi sampai malam merebahkannya dalam lentera ombak, syahdu tembang beburungan dan sesungaian.

Bumi adalah ibu pepohonan dan bebungaan. Bumi menumbuhkan, menjaga dan membesarkannya. Pepohonan
dan bebungaan adalah ibu yang tulus memelihara bebuahan dan bebijian.

Ibu adalah jiwa keabadian bagi semua wujud.
Penuh cinta dan kedamaian.

("Ibu" - Karya Kahlil Gibran)

Sengaja aku berkongsi apa yang pernah dicoretkan oleh Kahlil Gibran tentang wanita yang bergelar sebagai seorang ibu. Tidak kisah dengan apa panggilan sekalipun, siapa pun dia, wanita itu yang pernah bertarung nyawa untuk mengandung dan melahirkan kita semua. Nah, sekarang, izinkan aku menggunakan panggilan biasa aku kepada Puan Mulia. Dia yang setiap kali aku terpandang, akan aku sebut, "Mak"

Mak.
Terlampau banyak budi Mak pada Along yang Along mungkin telah balas dengan menyakiti, mengguriskan hati Mak, kasih sayang Mak Along telah balas dengan kata-kata dan suara yang tinggi sedangkan Along sendiri tahu dan mengerti bahawa alangkah menyebutkan sekadar perkataan "huh" sudah menjadi suatu larangan Allah. Mak, betapa celakanya anak ini kan? Tapi Mak tak pernah membuang anak ini walaupun jelas sudah anak ini mungkin sudah menyakitkan hati Mak.

Mak.
Bukan sahaja pendidik dan guru di sekolah, bahkan Mak juga cikgu di rumah. Didikan dan asuhan serta nasihat Mak kadangkala Along ambil ringan dan abaikan. Bahkan sebenarnya, dengan berkat usaha dan doa Mak dalam mengasuh dan mendidik Along itulah, Along boleh dikatakan berjaya kini. Tatkala Mak memilihkan laluan hidup yang sesuai dengan apa yang Mak rasa sesuai dengan Along dan Along bertegang urat untuk mendapatkan pilihan Along, ternyata pilihan Mak jugalah yang membawa kepada siapa Along hari ini. Ya, seorang guru seperti Mak dan Abah.

Mak.
Kepayahan dianggap mudah, keselesaan dan kemudahan sanggup diabaikan serta dilupakan sewaktu mengandungkan Along, kesakitan yang langsung Along tidak dapat gambarkan sanggup Mak lalui ketika melahirkan Along (walaupun pernah menonton sekali video melahirkan bayi pun Along sudah ngeri dan trauma sehingga kini), titik peluh basah kering demi mencari rezeki untuk membesarkan Along serta adik-adik lain, tidak pernah Along mendengar Mak mengadu penat, atau letih dan tidak pernah juga Mak mengadu sakit. Alahai, kalau Mak katakan sakit pun pastinya sudah tidak tertanggung lagi penderitaan dan kesakitan itu bukan?

Mak.
Pakar masak terhebat yang sentiasa membuatkan Along duduk dan tidak pernah merungut di depan rezeki. Aneh pula kalau lihat adik-adik mengomel apa yang dimasak oleh Mak sedangkan Along masukkan sahaja makanan terhidang tanpa banyak bunyi. Sesedap atau sehebat mana pun makanan yang disediakan di luar, pastinya tidak dapat menandingi kehebatan Mak. Pernah sekali, lauk yang sudah di mulut, mahu dimasukkan mengisi perut sanggup Mak keluarkan melihatkan Along belum menjamahnya. Mak, Along jujurnya belum pasti akan menjadi wanita sebagus Mak jika punya keluarga sendiri.

Mak.
Abah dan Mak pernah katakan pada Along suatu ketika dahulu bahawa hanya pelajaran, pendidikan sahaja yang mampu mengubah nasib Along. Masa depan Along. Along bukan selama-lamanya akan berada di bawah jagaan Mak dan Abah. Mak dan Abah hanya dapat memberikan Along pendidikan supaya Along boleh memilih jalan dan kehidupan yang Along mahukan. Harta, simpanan yang dikumpul dan ditabung sejak kecil lagi Mak mulakan untuk Along, sanggup dikeluarkan dan dilaburkan semata-mata untuk memberikan peluang pelajaran dan pendidikan kepada Along. Dan ya, Mak kata, duit boleh diberikan, yang penting adalah belajar dan buat yang terbaik demi masa depan. Sebab tiada siapa yang boleh tolong Along kalau Along gagal dan tidak berjaya. Betul, walaupun Allah dapat menolong, tetapi yang kena berusaha untuk mengubah nasib diri, adalah tanggungjawab sendiri.

Mak.
Tatkala Along merenung kembali segala apa yang pernah Mak curahkan buat Along (di atas ini sekelumit cuma), Along sangat bersyukur dilahirkan dalam keluarga ini dan menjadi puteri sulung, cahaya mata pertama hasil pernikahan Mak dan Abah. Walaupun kadangkala Along merungut dan terdetik mengapa Mak tidak seperti ibu-ibu kalangan kawan-kawan Along yang lain, Along sedar bahawa Along hanya punya satu Mak di dunia ini. Mak yang sentiasa bersama dengan Along dan walaupun kita berdua adalah manusia yang jarang menunjukkan emosi, Along sudah dapat kenal pasti yang kita berdua punya ciri-ciri yang serupa. Tentunya bukan dari segi luarannya.

Gambar : Mak, adakah Along mampu untuk menjadi seorang ibu kepada manusia lain suatu hari nanti?

Mak.
Ini sedikit bekal yang Mak titipkan kepada Along dan adik-adik sejak kami pandai mengaji. Sedikit bekalan yang Mak kata jangan dilupakan selepas menunaikan solat. Along mohon untuk berkongsi titipan Mak ini sebagai pengingat diri sendiri, dengan harapan Along tidak menjadi anak derhaka.

"Ya Allah wahai Tuhan kami, ampunkanlah segala dosa kami dan dosa kedua-dua ibu bapa kami, dan rahmatilah mereka sebagaimana mereka mengasihani kami semasa kami kecil. Kami terlalu banyak terhutang budi kepada mereka.

Ya Allah, jadikanlah kami anak-anak daripada orang-orang soleh yang mendoakan keampunan ibu bapa kami, jadikanlah mereka sebagai anak kunci bagi membuka pintu syurgaMu dan janganlah Engkau jadikan mereka anak kunci ke nerakaMu. Teguhkanlah iman mereka Ya Allah. Jauhkan mereka daripada seksaanMu.

Perkenankanlah doa kami ini dan jadikan doa ini merupakan doa anak yang soleh yang Engkau janjikan akan diperkenankan"

Mungkin ini sahaja.
Ini sahaja yang dapat Along coretkan buat Mak.
Terima kasih atas segalanya Mak. Mak adalah orang yang Along sayang dan cinta setiap masa (dan begitu juga dengan Abah tentunya).

Mak.
Selamat ulang tahun kelahiran ke lima puluh.
Selamat hari guru yang kita bakal sambut bersama.
Selamat hari ibu (walaupun kita sentiasa raikannya setiap hari).

Mak.
Mak adalah Bonda terbaik.
Mak adalah Puan Mulia yang hebat.
Semoga yang terbaik sentiasa menjadi milik Mak.
Amin.

**********

Selingan :
Selain untuk penulisan peribadi dan insyaALLAH bakal diberikan kepada Puan Mulia, aku menulis ini sekadar mahu memeriahkan pertandingan yang dianjurkan oleh seorang penulis blog yang telah aku kenali sejak sekian lama, Joegrimjow. Joe, ulang tahun mak kamu juga sama dengan Puan Mulia, dalam bulan lima ini kan? Oh ya, selain itu, Faridzulasyraf.com (Joe juga sebenarnya) dan Abang Ilham ataupun lebih dikenali dengan nama Denaihati.com telah bermurah hati untuk menaja pertandingan sempena hari ibu nanti.

Nota Kaki :
1. Sejak kebelakangan ini, sudah lama tidak memandu ke sekolah membawa Mak lagi disebabkan masing-masing sibuk dengan urusan sekolah.
2. Dapat mendapatkan sesuatu yang dimahukan oleh Mak sempena ulang tahun beliau, Ya Allah, betapa aku sangat gembira melihat senyuman di wajah mendamaikan, yang dibawah telapak kakinya terdapat syurga.
3. Mak tidak mempunyai rangkaian sosial seperti Mukabuku. Jadi, dia tidak boleh mengundi aku untuk #DIGIWWWOW. Kalau kalian mahu mengundi, silakan ya di sini? 

Zara : Walaupun manusia boleh menyatakan dengan harta kekayaan mereka mampu membuat apa sahaja, aku dengan rendah dirinya mahu bertanya, apakah mereka mampu membeli seorang ibu dan menjaganya sehingga tua renta?

Monday, February 21, 2011

Teman Wanita Aku Baca Blog Kau Sebab Cemburu


Sungguh aku ketawa riang.
Adakah mungkin kau begitu rasa tidak selamat hingga perlu membaca setiap perkara yang berkaitan dengan aku sehingga begitu sekali? Ya, blog aku sememangnya berkisar tentang hidup aku, apa yang aku lalui setiap hari, tetapi adakah kau tahu yang bukan semuanya aku humban ke dalam sini?
Senyum nampak gigi.
Kau mula rasa sakit hati?
Gigit bibir sampai nampak gusi.

Gadis, ah tidak, kau seorang wanita.
Oh, apakah gadis sepatutnya yang aku gunakan?
Entahlah, itu bukan satu masalah sebenarnya.
Senyum sinis (sambil ketawa - ha ha ha)

Apa yang kau takut sebenarnya?
Apa yang kau nak curiga sehingga buat perkara yang gila?
Sekejap, kau buat begitu kenapa ya?
Aneh tahu?
Ketawa.

Kawan : Kau belum ada teman lelaki baru ya?
Aku : (ketawa) Aneh dengan soalan kau. Kenapa?
Kawan : Aku tahu bukan senang cari pengganti.
Aku : Tiba-tiba aku rasa ayat itu macam celaka, kenapa ya?
Kawan : (ketawa) Jangan salah anggap. Maksud aku, kau buka diri kau pada cinta secara serius selepas cinta pertama yang gagal - itu pun selepas empat tahun. Pasti tak mudah lupakan bukan?
Aku : Melupakan cinta sungguh bukan aku.
Kawan : Kenapa?
Aku : Sebab kalau berusaha melupakan, bermaksud aku letakkan orang yang pernah aku cinta dalam kepala. Aku tak mahu, biarkan sahaja berlalu.
Kawan : Jadi kawan sahaja?
Aku : Terpulang kepada keadaan.
Kawan : Kazuya?
Aku : (ketawa) Kau ingat lagi nama dia.
Kawan : Ingat sebab itu kali pertama aku lihat kau dekat dengan lelaki.
Aku : (ketawa) Benda begini aku tak mahu ingatkan kembali. Tersimpan dalam kalendar yang aku sudah lupuskan, kita tak selak kalendar ke belakang.
Kawan : (ketawa) Betul kata kau. Ni, teman wanita aku baca blog kau.
Aku : Kenapa?
Kawan : Dia tahu kita rapat, dia takut kalau kau suka pada aku.
Aku : (ketawa) Kau rasa aku suka kau?
Kawan : Manalah aku tahu.
Aku : Ya, aku suka kau.
Kawan : Jangan main-main!
Aku : (ketawa) Kau kawan aku, mestilah aku suka kau. Ada orang kawan dengan manusia yang dia benci?
Kawan : Betul juga kan?
Aku : (ketawa) Jangan sampai aku kata belajar bertingkat-tingkat, bangangnya bertingkat-tingkat juga.
Kawan : Sumpah keji. Tapi teman wanita aku tetap risau.
Aku : Dia nak risau apanya? Kau cakap sahaja pada dia yang aku ada teman lelaki baru, habis cerita.
Kawan : Makcik.
Aku : Apa panggil aku makcik?
Kawan : Sebab kau cepat lupa. Kan aku kata dia baca blog kau, mestilah dia tahu kau belum ada teman lelaki baru.
Aku : Kau cakaplah pada dia yang aku ada teman lelaki baru, tapi aku sengaja tak tulis di blog.
Kawan : Boleh ke cakap macam tu?
Aku : Boleh, cakap sahaja.
Kawan : Kenapa perempuan benda kecil sebegini pun nak rasa tak selamat?
Aku : Itu sifat perempuan aku rasa. Sekali dia dapat sesuatu, dia akan jaga dengan sepenuh jiwa, tidak akan dilepaskan dengan mudah, lebih-lebih lagi pada perempuan lain.
Kawan : Jadi kau bukan perempuan.
Aku : Kenapa pula?
Kawan : Sebab kau lepaskan hak kau pada orang lain tanpa rasa kecewa walaupun sebesar kuman.
Aku : (ketawa) Kau tak tahu apa yang berlaku, maka kau tak berhak letakkan sebarang hukuman.
Kawan : (ketawa) Kau masih berselindung tentang cerita sebenar kan?
Aku : Tak perlu tahu benda peribadi sebegitu.

[Gambar : Maaflah kalau kamu tanya tapi aku tak pernah jawab dengan kata-kata]

Ketawa.
Sekejap, kenapa aku tulis ini semua?
Ya gadis, aku tahu kamu akan baca. Bukankah kamu sedang melekat pada blog aku bagaikan lintah yang dahagakan darah? Tolonglah dahagakan darah sahaja, bukan dara, boleh?
Ketawa kuat sambil meludah.
Tepat ke tanah.
Merah.
Sarkastik sedikit pula Cik Zahrah.

Aku : Sekejap, teman wanita kau cuma baca blog aku?
Kawan : FB, Twitter semua pun dia baca.
Aku : (ketawa) Sebenarnya dia bukan patut risau akan persahabatan kita berdua.
Kawan : Aku dah banyak kali beritahu dia.
Aku : Dia patut risaukan diri dia sendiri. Kenapa dalam banyak-banyak kawan kau, dia tembak aku?
Kawan : Sebab dia kata kau popular.
Aku : (ketawa) Sekejap, sambung berbual nanti, aku nak berak.

Sepanjang pagi dari jam lima pagi aku cirit birit. Benci betul kena guna Twitter dalam tandas tahu?
Ketawa.
Kalau kau baca Twitter aku dan jumpa #chamberofsecret - kau boleh teka aku di mana.
Eh?
Ha ha ha.
(Muka merah)

http://farm4.static.flickr.com/3495/3317405332_4e198ca069.jpg
[Gambar : Cuba tengah seronok guna Twitter, makhluk ini terjengul? Ampun, tak nak!]

Aku : Dah siap, sambung-sambung. Siapa kata aku popular? Aku bukan popular pun.
Kawan : Dia kata begitu.
Aku : Sebenarnya aku yang risau ni.
Kawan : Risau kenapa?
Aku : Sebab dia asyik baca semua benda tentang aku, aku takut dia jatuh cinta dengan aku pula.
Kawan : (ketawa) Gila puaka ayat.
Aku : (ketawa) Dah dia setiap hari dah jadikan benda pada diri aku sebagai benda wajib baca, bahaya tau?
Kawan : (ketawa) Gila kau.
Aku : Cakap dengan dia, tak perlu risau. Aku kenal siapa diri aku, aku kenal kau.
Kawan : Nanti aku cakap lagi.
Aku : Bagus. Kirim salam dia dengan ucapan, janganlah sampai jatuh hati dengan aku.
Kawan : Gila.
Aku : (ketawa) Dan lagi, beritahu jangan cemburu dengan aku.
Kawan : Baiklah.
Aku : Berbulu aku kalau perempuan cemburu dengan aku.
Kawan : Bukan semua orang berbulu ke? (ketawa)
Aku : Oit!

[Gambar : Ada pepatah Cina menyatakan, kalau kasut itu sesuai dengan kita, pakailah. Tapi aku tidak akan pakai sebarangan, begitu juga dengan kau kan?]

Kalau kau cemburu dengan aku, aku sendiri tidak mengerti apa yang kau perlu cemburu dengan manusia beku seperti aku. Hidup aku dengan cara aku sendiri, aku buat apa benda yang aku suka, yang menggembirakan aku. Dan satu benda lagi, aku tidak akan bina kebahagiaan atas deraian air mata orang lain. Kalau orang lain bina kegembiraan atas air mata aku, itu aku dah pernah lalui.
Senyum.

Nota Kaki :
1. Isnin (21 bulan 2), adalah hari yang sangat sibuk.
2. Selasa (22 bulan 2) adalah ulang tahun lelaki yang paling aku sayang di dunia.
3. Minggu ujian bulanan bermula hari Rabu hingga minggu depan.

Zara : Kau cuba biasakan diri aku dengan ayat-ayat konon sarkastik kau? Maaflah. Itu bukan sarkastik yang menyakitkan, ia melucukan sebab sarkastik bukan ayat melucah. Kau salah guna dengan orang yang lebih mengerti hingga membuatkan aku ketawa senak perut sampai ke ulu hati.

Friday, January 21, 2011

Kenapa Aku Suka Lihat Lalu Lintas Ke Blog?


Salam semua.
Kepada yang sakit punggung bila baca penulisan sebelum ini, aku minta maaf kalau lubang punggung kau melecet. Tulisan manusia yang biasa-biasa ini bukanlah mahu menyokong atau menidakkan sesiapa. Ia tulisan atas dasar memerhati terlampau lama. Ah, lagi pula hari cuti, menulis ambil masa yang lama akibat menjalankan kerja sebagai suri rumah.
Ketawa.

[Gambar : Ramai pula yang tanya kenapa sudah lama tiada penulisan khusus untuk Encik Arnab. Ketawa]

Baiklah.
Mari kita langsung bicara ke arah persoalan yang aku terima petang tadi angkara penulisan yang biasa. Ah, susah juga bila baling sebiji bom, tapi bawa kesakitan melata kan? Macam tindak balas berantai dalam nuklear, benda ini akan merebak macam virus bila ada yang rasa sakitnya.
Senyum.
Sinis.

Soalan #1: Tulis blog sebab nak kejar trafik ke?
Aku : Bukan biasanya polis trafik yang kejar kita?
Soalan #2 : Penting kah trafik?
Aku : Cuba kau sampai simpang empat, tiada lampu isyarat, kau main redah. Ada berani?
Soalan #3 : Apa kegunaan trafik bagi kamu?
Aku : Ini merujuk kepada trafik apakah?

Soalan ketiga agak relevan walaupun hakikatnya ia bukanlah sesuatu yang asing jika orang memahami maksud trafik yang digunakan. Aku lebih suka melihat lalu lintas ke blog aku atas beberapa sebab walaupun ternyata aku bukanlah terkenal seperti sesetengah orang lain tentunya.
Senyum.

1. Pengunjung datang dari pautan mana.
Ini penting bagi aku disebabkan aku sendiri tidak mengetahui di mana orang meletakkan pautan aku di blog mereka. Jadi, bila aku melihat ada pengunjung yang datang dari blog tertentu, aku dapat membuat kunjungan balas dan mengucapkan terima kasih kepada mereka yang sudi meletakkan blog ini dalam senarai blog yang mereka mungkin gemari atau lawati.

[Gambar : Boleh berkenalan kan?]

Aku : Terima kasih sudi letakkan pautan blog saya di blog awak ya?
Dia : Terima kasih sebab sudi baca blog saya. Mana jumpa?
Aku : Sebab saya tengok ada pengunjung dari blog awak. Terima kasih lagi sekali ya?
Dia : Kenapa cakap terima kasih dua kali? Malu saya.
Aku : Eh? Maaf.

Buat yang meletakkan pautan, tapi aku tidak ternampak atau terjumpa atau mungkin juga terlepas pandang, aku mahu ucapkan terima kasih atas kesudian kalian berkongsi dengan pembaca blog kalian laluan ke Dunia Sebelah Zara yang penuh dengan cacat cela. Ah, repekan aku boleh undang padah dan bikin hati parah.
Senyum dan geleng kepala.

Tiba-tiba pengunjung datang dari blog yang agak lucah, boleh gila aku dibuatnya seperti sebelum ini. Terkejut bila dipautkan di blog sedemikian rupad walaupun hanya sebagai senarai pautan yang selalu dibaca. Nah, kan berpeluh kau Zara.
Ketawa.
Gila.

2. Pengunjung datang dari kawasan mana.
Ini juga penting disebabkan aku boleh mengenal pasti corak pembaca yang membaca penulisan aku. Kebanyakannya datang dari tempat yang aku boleh kenal pasti siapa pembacanya. Tidaklah sampai mengesan alamat IP, aku cuma melihat siapa yang datang dan meneka sesuka kati aku. Sekurang-kurangnya orang yang mendakwa dia baca blog aku, bolehlah aku kenal dengan lebih rapat. Oh, dari situ jugalah aku boleh dapat tahu si dia singgah di blog aku atau tidak. 
Sengih.

[Gambar : Kalau dengan logo epal, larian safari dan terjunan dari negara bersalji saat ini, aku tahu kelibat siapa yang melalui. Ketawa geli hati]

Tidaklah terlampau tepat, tetapi bolehlah sekadar suka-suka mengacau kawan-kawan sendiri.
Senyum.

3. Kata carian atau kata kunci (baca : keywords) yang digunakan.
Ini sesuatu yang menyeronokkan. Sungguh buat aku ketawa betapa ramai orang mempunyai kadar imaginasi yang melampau tinggi. Mari kita lihat kata kunci yang aku dapat untuk hari ini. 

  • dunia sebelah zara
  • sweet couple cartoon
  • jalinan sentuh
  • saya cintakan awak
  • gambar ketawa kartun
  • telefon di terowong
  • kekasih gelapku
  • shafaza_zara blogspot
  • rutin guru dan rutin murid
  • ikatan tali
  • love pictures
  • lord zara
  • ikan musim mengawan
  • kenapa mahu menjadi guru
  • la tahzan
  • motor laju
  • saya rindu awak
  • surat untuk bakal ibu mertua
  • aku direbahkan
  • tiub merah

Tarik nafas.
Untuk hari ini, aku rasa yang terakhir itu agak menggusarkan.
Ketawa.

http://farm4.static.flickr.com/3347/3278230147_4a556a1c75.jpg
[Gambar : Benda yang manis itu sering memudaratkan. Adakah konsep yang sama boleh digunapakai pada manusia juga?]

Kata carian yang berubah setiap hari membuatkan aku menulis sambil berfikir, manusia adalah makhluk yang amat sukar dijangka. Apa yang mereka mahu lihat sebenarnya di luar jangkauan kita yang menulis, acapkali begitu sehingga aku menyedari, menulis ini sudah sebati menjadi urat darah.
Sebenarnya, itu sahaja yang aku mahu tulis saat ini. Tenaga aku untuk menggila sudah banyak terbebas pergi. Jumaat akan ada mesyuarat bersama dengan guru-guru sama daerah untuk membincangkan acara merentas desa kerana kami tuan rumah. Sabtu pula kerja seperti biasa dengan ada acara merentas desa peringkat sekolah.

Nota Kaki :
1. Kalau kau suka menabur sampah (baca : Spam) di Borang Musim Bunga (baca : Formspring) aku, jangan terkejut bila aku menjawab dengan tulisan yang sinikal dan sarkastik.
2. (sambil gosok mata) Budak sekarang memang unik bila berjalan pakai mahkota di atas tudung ke sana ke  mari apabila keluar berjalan. Fesyen menarik barangkali?
3. Mengajar diri senyum dengan ceria di hadapan cermin. Bila kali terakhir aku senyum ikhlas ya?

Zara : Cinta yang romatik itu ibarat dadah. Kau tidak percaya? Lihat ini. Dan, bila datang kepada kau satu drama yang sia-sia dan itu hanya menyakitkan hati, tinggalkan sahaja ia. Sungguh. Aku berkongsi sedikit di Tumblr aku.


Thursday, January 20, 2011

Mana Kau Lihat - Identiti Penulis Blog Atau Hasil Penulisannya?


Salam semua.
Ah, pagi cuti yang sepatutnya aku habiskan bersama dengan kawan-kawan berbasikal bukit, tetapi aku terperangkap di dalam rumah akibat kecederaan di tiga tempat di kaki (entah bagaimana mata Mak boleh tajam sangat nampak bengkak di lutut, betis dan buku lali). Pemutusnya, kereta aku dihalang keluar meninggalkan rumah walaupun basikal memang sudah sedia di dalam kereta.

Ah, demam panas aku semakin meningkat suhunya (Memang akan jadi kemarahan si dia bila aku degil mahu terus dengan aktiviti lasak yang memamah tenaga diri tanpa fikir kesihatan sendiri). Maaf sayang, aku memang begini, tidak, kita berdua memang sama-sama degil bukan? 
Ketawa.

[Gambar : Kita sama-sama duduk di dalam kasut yang sama kan?]

Aku, manusia beku yang tahu menulis apa yang aku rasa aku perlu luahkan pada dunia. Mungkin tidak menarik bagi kebanyakan manusia lain, tapi yang merasa dan membaca berkongsi asas sama, pasti dapat menilai apa ia sekadar repekan atau tulisan munasabah. Ah, itu bukan persoalannya bukan?

Ada sesuatu yang menarik minat aku dalam dunia maya ini, salah satunya adalah perbalahan antara manusia yang berterusan tanpa ada sebab yang munasabah selalunya. Ah, manusia memang makhluk aneh bukan? Benda sedikit yang tidak menganggu mereka akan dibesarkan menjadi satu pertengkaran yang berterusan padahal masalah besar ditutup sebelah mata.
Ludah.

Baiklah.
Merujuk kepada persoalan di atas, aku memilih yang kedua, iaitu hasil penulisan. Kenapa? Aku akan beri justifikasi berdasarkan pendapat peribadi aku sendiri. Kalau sesiapa rasa mahu sentap sehingga mahu rentap pakaian dan sebagainya, sila dapatkan baju tambahan di kedai berhampiran.

[Gambar : Begini tidak perlu identiti bukan? Ketawa]

1. Hasil penulisan sebab identiti itu hak peribadi masing-masing.
Identiti setiap penulis adalah hak peribadi mereka. Siapa mereka di sebalik tulisan mereka tidak menjadi masalah buat aku. Ya, ada yang dengan terang-terangan menonjolkan diri mereka dan ada pula yang lebih gemar duduk menulis di belakang skrin tanpa mendedahkan siapa mereka kepada dunia. Pada aku, asalkan penulis selesa, itu lebih baik kerana mereka akan menghasilkan sesuatu yang berkualiti. Teringat aku dengan seorang penulis blog yang kini sudah kurang mengemaskini blog dia walaupun ternyata dia lebih terkenal daripada artis.

Kawan : Aku kalau boleh putarkan masa, aku nak jadi seperti dahulu.
Aku : Maksud kau?
Kawan : Aku yang orang langsung tak kenal, dapat aku tulis suka-suka tanpa perlu ramai yang menggila.
Aku : Ini bukan apa yang kau nak, memang datang sendiri.
Kawan : Aku tahu, tapi dah sampai kacau hidup peribadi aku, aku rasa bosan, menyampah.
Aku : Kita tak boleh kekang manusia kan?
Kawan : Tahu.

Sampai mengecam peribadi orang, perlukah?
Aku rasa tidak perlu.

2. Identiti bukan satu peluang mengaibkan orang.
Seringkali ada yang menjadikan identiti penulis blog itu untuk mengaibkan mereka. Disebabkan itulah, ramai yang berselindung, enggan mendedahkan diri dan wajah kepada pembaca. Biarlah hasil tulisan mereka sahaja yang dibaca dan diminati ramai dan bukan diri mereka.

Ah, menulis ini sama juga seperti aku yang berkongsi serba sedikit tentang diri. Pembaca kenal aku sebagai guru, dan itu seringkali jadi tohmahan golongan pembenci yang dengan senang hati menuding jari kepada kerjaya aku jika berlaku sesuatu. Sekejap, kalian dulu lahir ke dunia, membesar dan tiba-tiba terus bekerja ya? Hebat! (sambil tepuk tangan kuat-kuat)

Macam aku kata sebelum ini, terlampau ramai yang akan sakit punggung apabila benda yang tidak ada kena mengena dengan mereka jadi bahan untuk terus meluaskan empayar dan bergelar jagoan di dalam gelanggang yang langsung tidak bermutu. Ah, kita yang tentukan di mana kita patut beraksi dan sila ingat, dunia realiti tidak boleh dicerap masuk ke dunia maya kalau tidak kena dengan gayanya.
Itu fakta.

[Gambar : Kau nampak kuku kaki orang berwarna, kau terus tebak dia lupa agama? Mungkin dia ambil gambar kaki orang lain kan? - Ini ternyata memang bukan kaki aku. Ketawa]

Senyum.
Apa lagi yang mahu diselongkar agaknya?
Ketawa.
Sinis.

3. Hasil penulisan akan membawa kepada siapa penulisnya.
Ada orang baca blog dan terus suka disebabkan penulisnya. 
Ada orang baca blog sebab dia mendasari tulisannya.
Itu ternyata membawa kepada dua benda yang berbeza.

Sebagai contoh, ada yang asyik membaca blog seseorang itu disebabkan tuan punya blog seorang yang dikenali dengan paras dan penampilan yang menarik walaupun gaya penulisannya sedikit membantu menaikkan lagi sahamnya di mata pembaca. Padahal, isi kandungan serta gaya penulisan itu sebenarnya adalah hak milikan penulis lain yang tiada nilai komersial dan kurang menarik.

Kalau kau menipu di dalam karya (aku anggap menulis blog sebagai satu karya - di mana hasil tulisan itu sepatutnya milikan sendiri), orang akan mendapatkan kau secara menggila. Ada yang menulis jujur pun orang menggila mahu mencari apabila hanya karyanya sahaja tersebar tanpa manusia yang menaip di belakang itu dikenali. Ah, manusia memang mahu mencari benda yang tidak nyata di depan mata. Kalau tidak, mana mungkin aktiviti paranormal muncul melata?
Setuju?

[Gambar : Kadangkala, ada manusia yang mahu lari dari identiti dia sendiri, itu sesuatu yang kau patut hormati]

Citarasa manusia memang berbeza.
Begitu juga menulis, setiap orang punya pemikiran yang berbeza walaupun ada fahaman yang serupa.
Jadi, kalau kau menjadikan memburu dan menghentam orang sebagai sumber utama, ada perkara yang terlepas pandang - mesti ditoleh semula sebelum tersungkur kerana hidup ini tetap bagai pusingan roda. Karma itu terjadi walaupun konsepnya ada yang tidak mengerti bagaimana mahu diasimilasi.
Senyum, pahit lagi.

Jagoan.
Perlu cari gelanggang yang sesuai.
Aku seperti yang dahulu, masih lagi suka menjadi penonton dan pendengar drama yang hebat - bukan penuh dengan ayat melarat dan cacian penuh merempat. Ah, kalau kau pakai bingkai sampai orang jerit mata empat, kau tetap manusia yang bisa jadi hebat, cuma harus kena masa dan tempat.
Hidup ini tidak semudah kau lihat langit dan nampak awan larat.
Tidak kawan.
Sebab hidup kadangkala macam palat.
Tamat.
*******
- Selingan -
Buat penggemar pembeli barangan secara atas talian, anda dijemput untuk ke blog ini untuk membeli barangan yang anda minati. Oh ya, boleh juga menambah Kak Fazemy di Mukabuku dia untuk sebarang urusan pembelian ya? Terima kasih.
Nota Kaki :
1. Cuti Thaipusam aku dihabiskan dengan mengawal diri daripada mengambil ubatan yang ternyata satu simbol aku menolak kewujudan sakit dalam diri. Proses menolak (baca : in-denial) yang aku kurang sihat barangkali.
2. Senyum melihatkan manusia yang tidak dikenali sebenarnya mampu buat diri kau tersenyum sebentar dan melupakan kesakitan.

Zara : Kau yang melanggar punggung kereta aku yang sedang pegun di bawah tempat meletak kenderaan, tiba-tiba kau tarik muka bila aku menghadiahkan senyuman seperti biasa tanpa penuh dendam dan marah? Ini sudah lebih memandangkan kau dan aku ternyata berbeza jantina.

Wednesday, January 19, 2011

Laman Sosial Penghubung Cinta : Twitter Salah Satu Cara.


Salam semua.
Menulis tatkala emosi sungguh tidak stabil akibat Adam Awraq telah dilanggar oleh seorang guru yang baru sahaja melaporkan diri di sekolah pagi semalam. Kejadian berlaku petang semalam selepas latihan merentas desa diadakan. Menangis di sekolah dan sepanjang jalan hampir satu jam membuatkan air mata aku sudah kering tetapi kesakitannya membunuh.
Senyum kelat.
Zara, sila tabah.
Nati aku bawa ke Perodua, tahulah bagaimana nanti mereka selesaikannya.
(kesat air mata)

Baiklah.
Mari kita menulis sesuatu yang menggembirakan, boleh? (Boleh ke tak engkau ni Zara?)
Ada sesiapa rasa lapar lepas memandang gambar di bawah?
Senyum (masih kelat)

[Gambar : Macam logo Twitter pula rasanya. Ketawa]

Mari kita lihat apa yang Twitter sajikan untuk semua penggunanya.
Sebelum itu, aku pernah bicara tentang pasangan yang terlampau cemburu tidak perlu ada laman sosial bukan? Cuma kali ini kita lihat bagaimana teknologi yang mudah itu sebenarnya memberikan impak kepada kehidupan.

1. Fungsi "All Friends"
Di sini kita akan dapat lihat status yang dikemaskini oleh setiap orang yang kita ikut (baca : follow). Sesetengahnya menjadikan ia sebagai tempat melepaskan perasaan (macam aku), berkongsi fakta-fakta menarik, tempat menghentam orang lain yang tidak punya akaun Twitter serta banyak lagi. Kadangkala ada yang meletakkan status penuh bunga dan sebagainya, tidak mustahil ada yang akan jatuh cinta. (Tapi kalau dia tujukan pada pasangan dia secara terbuka, jangan pula kau jatuh cinta secara tiba-tiba)

Oh, penulis blog sukakan bahagian ini kerana dapat mempromosi penulisan mereka juga.
Eh, macam biasa buat kan?
Ketawa (pahit)

2. Fungsi "Mentions"
Ini biasanya kita akan tujukan kepada sesiapa sahaja yang kita mahukan. Jika garis masa terlampau laju, kadangkala kita boleh tersalah "mention" - biasa kena pada aku, sebab itu tersangatlah perlu berhati-hati memandangkan setiap kali aku guna Twitter, ia melibatkan beberapa golongan yang berbeza.

Kawan : Kau tulis apa tadi Zara?
Aku : Eh?
Kawan : Kau salah tulis ni.
Aku : (ketawa) Nanti aku padam. Laju betul garis masa gerak.
Kawan : (ketawa)

Di sini juga, kau boleh lihat ada pasangan yang mengungkapkan kata cinta (dan mungkin juga nista) kepada pasangan masing-masing jika kebetulan kamu ikut kedua-dua mereka ataupun membaca profil peribadi mereka. Rahsia yang terbongkar juga kerap berlaku di bahagian fungsi ini.

Kawan #1 : Bunny kau duduk mana?
Kawan #2 : Dah tahu, dah tahu.
Kawan #3 : @Kawan#2 Siapa? Siapa?

[Gambar : Jangan malu-malu eh? Ketawa]

Oh, akibat perbualan di sini jugalah, ramai teman-teman wanita kawan aku di Twitter mula menjadikan aktiviti mengintai sebagai salah satu kegiatan rasmi mereka. Kakak-kakak, adik-adik, saya sudah punya Encik Arnab. Walaupun dia jauh, dia tetap sentiasa ada dengan saya. Kemalangan yang menimpa saya semalam, dia antara yang terawal membuat panggilan kepada saya walaupun saya tahu ia melibatkan kos yang banyak ya? Terima kasih.

3. Fungsi "Direct Message"
Ini yang menyeronokkan. Aku berkenalan dengan Arnab dan berbual dengan dia lebih setengah tahun hanya di Twitter. Gila bukan? Tapi sesungguhnya ia sesuatu yang mencabar sebenarnya buat orang macam aku yang banyak bercakap, aksara 140 adalah mencabar kreativiti untuk menulis dan lebih-lebih lagi kami berdua menggunakan bahasa Melayu atau Inggeris yang sempurna ketika menulis. Senang kata, tiada singkatan. Ketawa.

http://farm5.static.flickr.com/4051/4655301937_48b88dfdd5.jpg
[Gambar : Kalau kau boleh baca tulisan itu]

Oh, DM juga dijadikan tempat bergosip yang agak peribadi jika tidak mahu semua orang baca di garis masa.
Senyum.

Nota Kaki :
1. Tulisan aku sumpah bercelaru saat ini.
2. Demam panas secara tiba-tiba : mungkin akibat kemalangan kecil semalam.
3. Kaki bengkak akibat jatuh di laluan merentas desa semalam. 
4. Petang ini ada latihan merentas desa lagi.

Zara : Sedang mengajar diri sendiri untuk lebih tabah atas apa sahaja yang menimpa.

Monday, January 03, 2011

Semalam Ulang Tahun Dia, Tapi Aku Terlupa.


Semalam ulang tahun dia, tapi aku terlupa.
Khayal dengan banyak benda lain, dengan segala macam urusan.
Aduhai.

Sayang.
Saya tahu awak rasa terbiar.
Saya tahu awak rasa diketepikan.
Saya sibuk dengan perkara lain semalam, sampai saya terlupa.
Malam baru saya teringat.
Maaf sayang (sambil buat muka sedih)
Betul, saya sedih.
Sangat.

[Gambar : Kalau kena hempap dengan kerusi itu mesti sakit kan?]

Sayang.
Awak memang bermakna pada saya.
Sungguh.
Tanpa awak, saya mungkin bukan siapa saya hari ini.
Tanpa awak, mungkin saya masih manusia beku yang kehilangan diri.
Tanpa awak, mungkin saya tiada tempat untuk terapi.
Betul awak.

Awak.
Saya sayang awak.
Sayang awak sangat-sangat.
Betul.

Sayang.
Sudah lama kita bersama.
Dua tahun menjalin rasa cinta, belum cukupkah untuk awak kenal saya?
Saya bahkan kenal awak seperti saya kenal diri saya.
Kita saling bekerjasama, bagi membuktikan kewujudan kita pada dunia.
Awak penting buat saya.
Sungguh!

Diam.
Senyum.
Awak tahu saya cinta bukan?
Awak tahu saya kasih bukan?
Awak tahu segalanya tentang saya kan?
Senyum lagi.

Saya ketawa.
Saya menangis.
Saya marah.
Saya membebel.
Saya menjerit.
Saya sedih.
Saya gembira.
Semua awak saksikan bersama.
Setianya awak.
Tapi semalam saya terlupa ulang tahun awak.
Maaf sayang.

[Gambar : Warnanya menarik, tapi alangkah indahnya kalau diguna dengan cara lebih baik kan?]

Awak.
Maafkan saya ya?
Maafkan saya sangat-sangat.
Tahun lepas saya sambut ulang tahun awak dengan meriah.
Tahun ini pula saya terlupa.
Maaf sayang.
Maaf.

Awak.
Kasih sayang saya pada awak, membuktikan kewujudan saya.
Betapa orang menghina saya kerana bersama awak, dan awak bersama saya, saya tidak ambil peduli.
Kerana apa?
Sebab saya sayang awak.
Awak dah lama teman saya.
Menjalani kehidupan yang lebih bermakna.
Betul.

[Gambar : Awak akan maafkan saya kan, blog?]

Selamat ulang tahun sayang.
Selamat ulang tahun kedua, blog tercinta.
Selamat ulang tahun Dunia Sebelah Zara.
Selamat ulang tahun cinta.

Semalam ulang tahun kedua blog ini.
Sumpah, aku terlupa.
Maafkan aku ya blog?
Senyum.

Nota Kaki :
1. Tahun baru (sebenarnya dekad baru) disambut bersama dengan si dia walaupun berada di tempat berbeza dan negara berbeza. Ketawa.
2. Malam tadi sewaktu menggunakan Skype, perasan yang si dia pakai baju "Saya Cintakan Malaysia" manakala aku pakai " Saya Cintakan Egypt". Comel eh? (Siapa yang tidak puas hati boleh muntah dalam baldi biru di tepi)
3. Pagi-pagi tadi sudah dapat komen keji - "Kau campur, tetapi kenapa kau tak cantik? Malu sahaja cakap diri sendiri darah campur. Hodoh" - Tidak mengapa. Nampak sangat hati kau Busuk sebab aku tidak pernah kata aku cantik.
4. Esok sekolah. Yeah!

Zara : Blog Dunia Sebelah Zara adalah tempat aku melepaskan adrenalin yang berlebihan. Di sini aku punya tempat untuk menjadi diri sendiri, dan di sini tempat aku berkongsi. Senyum.

Saturday, December 18, 2010

Ulang Tahun Perkahwinan - Kalau Letak Gambar Sendiri Di Blog Itu Jual Muka? Kau Letak Di FB?


Salam semua.
Sedang bersiap-siap ke Kuala Lumpur. Esok pagi (Ahad, 19 Disember 2010), insyaALLAH, makcik akan tiba dengan penerbangan pulang dari menunaikan haji. Mungkin akan mengambil beliau dan suami di KLIA. Bergantung kepada keadaan.

Ulang Tahun Perkahwinan Ke-24
Selamat ulang tahun perkahwinan ke-24 untuk kedua-dua ibubapa aku. Tahniah kerana menjadi keluarga yang paling baik untuk kami semua adik beradik. Walau apa yang berlaku, masih kekal bersama hingga hari ini. Keluarga yang penuh kasih sayang (dan pantang-larang-peraturan yang tinggi), terima kasih dan tahniah Mak dan Abah. Semoga ikatan kasih itu berpanjangan. Oh, pagi ini kami ada jamuan kecil di rumah.

Letak gambar sendiri di blog itu jual muka?
Semalam dalam keletihan aku berjalan dari satu blog ke satu blog, aku terjumpa suatu artikel yang ditulis oleh seorang budak (kita tulis sahaja dia budak sebab pemikiran dia jumud sedikit), yang menyatakan orang yang meletakkan gambar sendiri di blog adalah seperti jual muka pada masyarakat. Nak panas hati ke? Tidaklah.

[Gambar : Pelbagai ekspresi wajah mungkin]

  • Mak pesan jangan letak gambar di Internet, nanti semua orang tengok : Sumpah! Aku gelak gila-gila dengan kenyataan budak itu yang sedemikian rupa. Sebab apa? Sebab bila aku tekan di pautan ke Mukabuku (baca : Facebook) dia, penuh dengan gambar dan yang menariknya, dia tidak pula meletakkan pengaturcaraan peribadi (baca : private setting). Kelakar, aku boleh tengok semua gambar. Apa FB bukan di Internet ke dik?

  • Kalau letak gambar sendiri di blog, orang bukan baca blog, tapi tengok gambar kita : Bertambah gulingan aku ketawa kerana aku pasti pembaca boleh menilai sendiri apa yang mereka mahukan apabila membaca sesuatu blog. Sebagai contoh, kalau asyik letak gambar sendiri, pasti ada juga yang bosan bukan? Jadi orang selalu akan meletakkan gambar lain juga kecuali blog itu mungkin bertajuk "Ini semua gambar saya" - Mungkinlah. Tapi sekejap dik, itu ke sebab kau tak letak gambar sendiri di blog?

 http://farm3.static.flickr.com/2532/4119151616_524dde7644.jpg
 [Gambar : Apa masalah kau ya dik?]

  • Menyampah kalau tengok blog penuh gambar orang : Kalau menyampah kau boleh tutup tak? Takkan itu pun aku nak kena ajar kot? Itu kan blog peribadi, biarlah mereka nak letak gambar mereka sampai penuh sekalipun. Kelakar tahu? Dan ya, menyampah juga kalau tengok FB yang buat gambar macam kau tu dik (ayat nak sentap)

Banyak lagi benda aku nak ulas sebenarnya, tapi nanti dululah.
InsyaALLAH, kalau tiada aral melintang, aku akan berjumpa dengan beberapa orang penulis blog di Blik Ais (baca : Ice Room)

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhbWgTwLo3MtTHV13pBQ2Mt-7JJz_AzUfen6qyI4LL1D8dU0InBcni3uAIgJEPrNfscOHck5KD2y6-j9NBjgUjGcPKpMoZeUitH-BXw2qhZIiorh3znFnzX_z1KR_T-hy4PU6j_ExQPsFtk/s1600/IMG_8454.JPG
[Gambar pinjam dari blog Mazidul]

Tempat : Ice Room, Jalan PJU 5/22, The Strand, Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor.
Tarikh : 18 Disember 2010
Masa : 9 malam.

[Lebih info boleh baca di sini]

Itu sahaja.
Aku perlu memandu.
Doakan aku selamat tiba ya?
Senyum.

Nota Kaki :
1. Mesti rindu arnab untuk dua hari ini.
2. Senyum dengan kuat.
3. Jamuan Mak pagi tadi sangat enak.

Zara : Kadangkala kau perlu tahu bila kau kena ketawa sendirian untuk ubat perasaan.

Sunday, December 12, 2010

Dunia Mengikut Mata Pena Zara : Blog Dalam Majalah Remaja Walaupun Aku Bukan Lagi Remaja.


Salam semua.
Oh, sekadar mahu berkongsi secara laju disebabkan ada orang yang sudah menulis mengenai ini dahulu sebelum aku. Terima kasih kepada Andy yang baik hati. 
Senyum.

Oh, artikel mengenai blog ini telah tersiar di ruangan Blogspot - Majalah Remaja keluaran 15 Disember 2010. Mari aku tampalkan apa yang aku dapat tadi.

Photobucket
[Ini daripada cetakan di majalah - Untuk paparan lebih jelas sila tekan SINI]

Alhamdulillah, ada rakan di Mukabuku yang memberitahu tentang perkara ini malam tadi. Sudahnya aku diusik oleh si dia (ketika aku menulis ini, sudah dua jam aku berusaha mengejut dia bangun tidur) bahawa aku sudah mula terkenal. Sebenarnya, tiada istilah terkenal pun. Aku masih aku yang biasa-biasa, yang suka menulis dengan gila dan ceria.

Sedikit trivia mengenai perkara ini :
  • Aku bangun awal pagi semata-mata mahu mencari majalah ini, tetapi semua kedai tiada. Kelihatan cuma majalah CLEO, Cosmopolitan, Wanita, Keluarga dan sebagainya (Inilah yang menyakitkan hati bukan? Bila kita cari langsung tiada)

  • Tiba di rumah, aku bergegas telefon Abah yang keluar membuat urusan keluarga. Aku pesan suruh dia beli kalau terjumpa.

  • Abah balik dengan buat muka hampa.

Aku : Abah, ada majalah yang Along kirim?
Abah : Ala, terlupa nak beli.
Aku : Tadi Along dah telefon.
Abah : Terlupa, kenapa tak ingatkan masa telefon semula tadi?
Aku : Ye ke tak beli ni?
Abah : Nah, ada beli ni. (ketawa)
Aku : Yeah! Terima kasih Abah!

Shila OIAM,Remaja,Blog,Magazine
Remaja 15 Disember 2010
[Artikel di atas boleh didapati dari keluaran yang ini]

  • Baca dengan teruja walaupun aku tahu hanya sedikit sahaja. Tetapi itu tidak penting (Dasar anak yang gila-gila) - Yang aku tahu, menjadi sebahagian daripada penulisan adalah satu bentuk pendedahan yang menarik.

  • Abah dan adik-adik teruja mahu baca (setelah aku dengan bangga bercerita dengan mengabaikan adik-adik ketawa sebab ruangan itu kecil sahaja). Emak macam biasa, tidak ambil kisah dengan perkara sebegini. Oh, sudah biasa dengan reaksi dia.

  • Antara artikel yang dicetak oleh editor ruangan tersebut adalah penulisan mengenai Altimet dan beberapa artikel berunsur cerita tentang rakan-rakan aku seperti budak rambut lawa dan sebagainya.  

  •  Oh, ruangan yang sama ini pernah memaparkan seorang penulis blog lelaki yang juga kawan aku, Zack Zukhairi.

Bak kata si dia (yang sudah bangun akhirnya selepas dua jam), ini satu bentuk pendedahan yang baik buat aku. Ada ke siap suruh aku hubungi editor majalah untuk ditemubual bagi mendapatkan lebih pendedahan.

Dia : Ada masuk gambar awak tak? (Dasar tukang ambil gambar yang cantik)
Aku : Ada, tapi kecil. Itu tak penting, sebab yang penting adalah blog.
Dia : Apa kata hubungi editor untuk temubual khas?
Aku : Eh, tak nak. Saya tak comel.
Dia : Ini bukan masalah comel ke tidak.
Aku : Blog saya comel dah cukup.

Ketawa.
Kasihan dia terpaksa menahan gelagat aku yang gila ini.

[Gambar : Adakah arnab sukar untuk bangun daripada tidur semasa musim sejuk? Aku tertanya-tanya dengan fakta ini, apakah kebenaran yang terselindung dibelakangnya]

Walau apa sekalipun, aku mahu ucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada Editor Ruangan Blogspot yang sudi memaparkan blog aku yang biasa-biasa ini. Buat rakan-rakan yang setia membaca blog aku ini, terima kasih juga. Aku sayang kamu semua. 
Senyum.

Nota Kaki :
1. Dua jam kejut orang bangun tidur. (Twitter, FB, Email, Telefon)
2. Senyum gembira.
3. Bila minum susu, memang kita akan tidur nyenyak ya?
4. Budak rambut lawa macam ninja, terima kasih atas ucapan tahniah.

Zara : Mahu melalui suatu hari yang sangat menggembirakan. Ah, aku cuma mahu tersenyum sahaja, kerana itu lebih menguatkan aku untuk bangun dan bangkit seperti seorang panglima.

Kenapa Sudah Tiada Lagi Kotak Jeritan Pesanan Di Blog? : Ada Arnab Di Twitter


Salam semua.
Selamat menikmati suatu lagi hari yang menggembirakan. Aku pasti kebanyakan penulis blog di kawasan Lembah Klang, Kuala Lumpur dan kawasan-kawasan yang sewaktu dengannya sedang menikmati kegembiraan untuk duduk berkumpul bersama-sama. Aku seperti biasa, yang tinggal di bahagian selatan hanya mampu membaca pengalaman mereka.
Senyum.

[Gambar : Ada arnab yang mengiringi pesanan burung biru di Twitter setiap kali aku mengemaskini status kini. Siapakah arnab tersebut?]

Baiklah.
Mungkin seperti yang disedari oleh pengunjung blog aku, kadar memuat-masuk blog aku sudah bertambah baik setelah proses pengemaskinian berjalan semalam. Terima kasih kepada Busuk yang ada membantu aku sedikit setelah otak aku tidak mampu berfungsi. Kepala blog aku hadir dengan sedikit tambahan tulisan dan simbolik seperti selalunya. Untuk rekod, kepala blog ini pernah digunakan sebelum ini tanpa ada penambahan tulisan. Senyum.

Oh ya, aku menerima soalan di Mukabuku dan juga Borang Anjal (baca : Formspring. Ada orang mahu aku guna Borang Musim Bunga. Senyum) yang bertanyakan kenapa di blog sudah tiada kotak jeritan (baca : shoutbox). Aku tersenyum dan mahu berkongsi beberapa pendapat peribadi.

http://farm5.static.flickr.com/4074/4900916125_158db55731.jpg
[Gambar : Lepas ini kita jangan jerit, kita berbisik sahaja. Boleh?]

  • Blog berat : Dengan kehadiran kotak pesanan itu, kadar kecepatan blog dimuat-masuk agak perlahan. Lebih-lebih lagi apabila diletakkan di kawasan tersembunyi. Aku ingat kalau kita sembunyikan kotak pesanan di tepi, blog bertambah ringan. Rupa-rupanya bertambah berat. Ceh!

    •  Iklan merepek : Aku sampai boleh hafal iklan wang saku, tukar pautan, tukar alamat blog, jual barang dan pelbagai lagi yang diletakkan di situ sampai aku terpaksa menekan beberapa kali paparan untuk melihat kalau ada di antara kamu yang meninggalkan pesanan tentang blog ini ataupun bertegur sapa.
    Pesanan #1 : Sila ikut blog saya, saya dah ikut blog awak.
    Pesanan #2 : Iklan wang saku SJ. Ini akan buat awak bertambah kaya.
    Pesanan #3 : Kelakar betul apa yang awak tulis, ikutlah saya di blog saya.
    Pesanan #4 : Dah makan? Tiada duit? Saya boleh bantu.
    Pesanan #5 : Blog awak banyak membantu saya melariskan jualan.
    ...
    ...
    ...
    Pesanan #Tidak Terkira : Mahu membeli selendang, ubat kuat, seluar dalam?
    • Kutukan dan makian : Maaf, aku dah penat mahu padam benda itu semua memandangkan aku tidak sanggup tengok pembaca lain melihat kau melucah. Macam aku pernah katakan dahulu, kalau tidak berpuas hati, sila hubungi aku terus, bukan meninggalkan tahi sesuka hati. Bolehkan?

      • Suka-suka : Sengaja buang. Boleh? (Sebenarnya semasa proses pengemasan blog, aku terbuang kod kotak jeritan dan malas mahu mencari semula, jadi terus tidak mahu letak. Ini alasan sebenarnya)
       [Gambar : Ada yang masih mahu menjerit kepada aku?]

      Jadi, bagaimana untuk meninggalkan pesanan di blog aku sekarang ini? Mudah sahaja setelah aku fikirkan cara yang sesuai.
      • Mukabuku Peribadi (baca : Facebook) - Tinggalkan sahaja pesanan di situ, aku akan jawab apa sahaja yang ditanya atau mahu disampaikan. Mudah, sebab aku gunakan setiap hari.

        •  Mukabuku Halaman Pembaca (baca : Fan Page) - Buat yang tidak menambah aku dalam senarai rakan mereka, boleh menggunakan medium ini. Senang mahu berkomunikasi.

          • Mukabuku Kumpulan (baca : Group) - Mahu bersama-sama di dalam itu juga boleh. Tiada masalah. 

            • Borang Musim Bunga (baca : Formspring) - Ada ruangan di tepi blog, tanyalah apa sahaja yang kamu mahukan ya?

              •  Surat elektronik (baca : e-mail) - Hantarkan sahaja ke lordzarasean87[@]gmail[dot]com

              Baiklah teman-teman tersayang.
              Jangan risau, kita masih boleh berhubung.
              Senyum.

              Nota Kaki :
              1. Mendapat berita gembira semalam, tersenyum sampai hari ini.
              2. Oh, Dunia Sebelah Zara muncul di ruangan Blogspot dalam majalah Remaja keluaran 15 Disember 2010 (dimana Shila OIAM menjadi penghias muka depan)
              3. Ada orang suruh tunggu depan komputer malam ini. Eh, ada apa ya?

              Zara : Kita dikurniakan pelbagai warna dalam kehidupan supaya kita sedar bahawa hidup itu tidak semestinya di atas sahaja. Ada masanya warna yang ceria juga akan menghumban kita berada di kawasan yang paling curam untuk dipapah.

              Wednesday, October 27, 2010

              "Janganlah Pergi Sayang, Kami Rindu Kamu!"


              Melucah lagi.
              Aku pelik bila aku tulis pasal diri aku, mesti ada orang dengan gigihnya nak tulis mencarut-carut pada aku. Oh, tidak mengapa, aku tidak pamerkan. Tetapi soalan aku, seronok ke tulis benda lucah ini? Semua orang pun boleh tulis. Aku pun boleh tulis.

              LUCAH.

              Ya!
              Aku dah berjaya eja lucah. Kalau masuk pertandingan di radio setiap pagi, dah boleh menang dah kan? Yang mencarut dan kaitkan segala macam ibubapa dan sebagainya, tolonglah jangan berpura-pura macam kamu jatuh dari langit, terhempas keluar terus jadi apa kamu semua sekarang. Sungguhlah palsu dan berpura-pura tahu?

              Ketawa.
              Baiklah. Aku banyak menghabiskan masa belajar lebih tentang Iman Kenzo kesayangan aku. Gila betul aku kan? Cuma, masa aku semakin suntuk, aku perlu untuk belajar lebih tekun memandangkan aku akan berpergian selama empat hari. Ya, empat hari lagi, jadi ianya bermakna mungkin tiada penulisan daripada aku.

              http://images2.fanpop.com/image/photos/12200000/flower-pon-and-zi-azuzephre-cartoons-12205003-300-446.jpg
              [Gambar : Penghargaan untuk pembaca aku. Senyum]

              Oh ya, ayat di atas diucapkan oleh seorang kawan aku apabila aku dengan kesalnya terpaksa memberitahu yang aku tidak dapat menghadiri majlis perkahwinannya minggu ini. Sungguh, tetapi tugasan hakiki aku lebih utama. Maaf kawan.

              Kawan : (jerit) Kenapa tak dapat datang?
              Aku : Ada urusan.
              Kawan : Batalkan.
              Aku : Gila kau? Peringkat negeri punya.
              Kawan : Suruh orang lain ganti.
              Aku : Apa kau gila? Ini benda yang aku suka.
              Kawan : Aku kahwin sekali sahaja sayang.
              Aku : Mana tahukan? (gelak)
              Kawan : (ketawa) Jahat. Tak baik tahu?
              Aku : Saja menyakat kau.
              Kawan : Kalau kau dapat datang, alangkah baiknya.
              Aku : Jauh satu hal, lagi satu memang aku ada kerja.
              Kawan : Aku sedang nak memahami ni.
              Aku : Tolonglah faham ya?
              Kawan : Aku faham ayat kau sebab Bahasa Melayu, tapi aku nak fahamkan otak aku ni susah.
              Aku : Ceh!
              Kawan : Nanti kau kahwin, aku tak nak datang.
              Aku : Tak mengapa, tapi jangan lupa pos hadiah ya?
              Kawan : Hadiah aku mana?
              Aku : Dah kirim pada skandal kau dulu.
              Kawan : (ketawa) Keji, memang keji. Janganlah pergi sayang, kami semua rindu kamu.
              Aku : Siapa rindu aku?
              Kawan : Ramai, datanglah majlis.
              Aku : Usaha memujuk aku tidak akan berhasil.
              Kawan : Ramai lelaki kacak datang...
              Aku : Hoit!

              http://fc01.deviantart.com/fs42/i/2009/135/7/c/I_walk_alone_by_Graishgagamagagama.jpg
              [Gambar : Bukan Kasut Aku]

              Dalam hidup, aku percaya pada nilai persahabatan.
              Apa yang dihidangkan dihadapan aku, aku hadam dengan perlahan. Menilai seseorang berdasarkan tanggapan orang lain adalah bukan aku. Sungguh bukan aku. Jadi, apabila kau mula membunuh kepercayaan aku satu demi satu, itu bermakna kau telah melangkaui garisan yang membataskan kesabaran aku.

              Janganlah begitu.
              Dalam senyuman aku yang lebar, mana tahu akan keluar rasaksa yang mengaum dan membunuh kamu hanya dengan satu senyuman sinis dan penuh derita?
              Siapa tahu bukan?

              Nota Kaki :
              Aku mengambil pendekatan menonton drama dan membaca dengan senang hati. Tidak, itu bukan urusan aku yang berbentuk peribadi. Biarlah hanya yang terlibat yang merungkai segala peri. Tolonglah jangan menghantar soalan yang bukan-bukan seperti suatu ketika dahulu. Ia sudah seperti deja-vu.

              Zara : Bakal meninggalkan rumah bersama Iman Kenzo dan Adam Awraq nanti. Empat hari tanpa kelembutan tilam tetapi yang pentingnya keseronokan menjalankan tugasan.

              Wednesday, September 22, 2010

              Kalau Yuna Dengan Gadis Semasa, Zara Dengan Gadis Menatap Papan Hijau Yang Bermakna


              Ketawa.
              Aku ini manusia yang suka ketawa.
              Apabila diajukan dengan pertanyaan apakah aku memerlukan teman lelaki saat ini, perkara pertama yang terhambur adalah ketawa riang yang sungguh gila aku rasa. Nasib baik hanya menggunakan sistem perbualan Google, kalau tidak, pasti aku sudah ditemui sedang berguling ketawa.

              Oh, tadi ada temubual eksklusif bersama seorang kawan yang serupa dengan Bront Palarae tentang jodoh dan calon. Banyak yang ditemubual dan sebab sebelum ini dia pernah muncul dalam edisi perbualan aku bersama rakan tentang kes buang bayi, aku akan menulis tentang temubual eksklusif itu nanti. Ketawa. Gila ilmiah betul setiap kali ada perbualan antara kami. Siapa yang tak kenal Bront Palarae?

              http://i61.servimg.com/u/f61/13/01/30/44/mppb_011.jpg
              Kawan aku yang bekerja sebagai PTD itu ada iras ini. Betul. Tapi dia sudah ada kekasih.
              Sesiapa yang nak masuk menjadi calon, sila beritahu aku nama. Sekian.

              Selain itu, kalau Yuna ada Gadis Semasa, aku sudah punya Gadis Menatap Papan Hijau yang sangat bermakna. Betul, memang mempunyai makna yang mendalam. Terima kasih kepada sahabat baik-pijak-kepala yang membuat kepala blog yang baru dengan membuat penambah baikan yang dia sendiri tidak berpuas hati. Senyum.


              https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiRDfINQ6y9j0yTUnUpvDyHtSJlJiVqMwN_BfUVUzWNwpH93_jDhf2J1U6kof0H7sVAr8bYWDF9Btc9rJEQWPovTXB5P5sT77KzQmQ95pSM2ih7H_MaWSbUxjZ5Eg6404k1fiydcV_UhZc/s900-r/bannerzara.v3.jpg

              Kenapa sangat bermakna?
              Kalau anda perhatikan di papan hijau yang sangat signifikan dalam hidup aku saat ini, tempat aku menulis, mengajar segala ilmu yang perlu kepada murid aku. Ya, kedengaran menyenangkan sungguh bukan?
              1. Hari Isnin di papan hijau itu adalah selari dengan tarikh yang tercatat iaitu 26 Oktober 2009, tarikh dimana aku mula bertugas sebagai seorang guru rasmi.
              2. Dunia Sebelah Zara - nama blog aku.
              3. Aku yang berdiri adalah melambangkan aku.
              4. Tanda soal yang berkeliar di atas kepala aku hanya pembuat itu sahaja yang tahu.

              Mungkin itu sebagai tanda aku keliru, sejak bila beg merah aku menjadi kelabu?
              Ketawa.

              Nota Kaki :
              1. Jaga peperiksaan setara petang ini.
              2. Perlu ke kem petang ini - ada urusan.

              Zara : Malam tadi berbual dengan seorang sahabat yang entah kenapa aku rasa sebak di dada walaupun pastinya aku ketawa riang sewaktu berbicara dengan dia. Dia menebak dengan pelbagai persoalan, tapi aku hanya ketawa riang dan walaupun ada yang aku jawab dengan ketawa, aku pastinya rasa sakit yang semakin menghimpit jiwa.

              Saturday, September 04, 2010

              Bila Ramadhan Sudah Mahu Tiba Ke Hujungnya, Tanduk Syaitan Kau Mula Keluar Semula.


              Salam semua.
              Apa khabar kalian hari ini?
              Sudah tiba hari terakhir persekolahan dan esok, cuti akan bermula buat aku. Cuti dari ke sekolah tetapi pekerjaan di rumah? Mari menarik nafas panjang dan cuba buang segala yang menganggu pandangan serta mana-mana deria.

              Orang selalu kata, bulan Ramadhan adalah bulan berbuat amalan kebajikan (dan seharusnya bulan lain pun begitu juga sebenarnya). Dan aku, seperti biasa, melalui bulan Ramadhan dengan bahagia dan menyenangi setiap hari yang dilalui oleh aku yang masih dipinjamkan nyawa. 

              Aku beranggapan, tiadalah pena-pena iblis ataupun syaitan yang akan digunakan untuk menulis di blog aku yang biasa-biasa ini. Rupa-rupanya masih ada. Setahu aku, syaitan yang lepas bebas hanyalah pasukan Syaitan Merah, tetapi makhluk itu nampaknya masih menggunakan pelbagai nama sekadar untuk menghina sesuka hati ibu bapa dia. Eh sekejap, adakah dia masih punya ibu bapa? Bukan apa, aku sangsi kerana setiap kali makhluk itu pasti akan menghina ibu bapa aku yang secara jujurnya tidak pernah membaca walau sebaris blog aku. Tapi dia, sekali lagi dengan sewenang-wenangnya mengutuk nama bapa aku dan melabelkan secara lucah.

              Ketawa.
              Ludah ke tanah.

              Kenapa makhluk sebegini wujud agaknya? Aku sering tertanya-tanya. Kalau hari biasa, bulan biasa, pastilah memang demikian perangainya begitu. Tetapi kali ini, bulan Ramadhan, muncul dengan perlakuan begitu. Aneh. Pasti benda-benda lucah itu adalah mainan peribadi dia. Sekejap. Khabarnya, Tiub Merah (baca : RedTube) telah dihalang dari dilayari di Malaysia, adakah makhluk itu cuma memuaskan nafsu sendiri dengan mengeluarkan perkataan-perkataan lucah?

              Diam.
              Tarik nafas dalam-dalam.
              Mata pejam.

              Kenapa aku panggil pelontar komentar yang aneh itu dengan perkataan makhluk, bukan manusia? Sebab dia tiada deria sebagai seorang manusia. Maka, disebabkan aku sendiri sangsi dengan spesies dia, mari gelarkan dia makhluk sahaja. Makhluk yang kekurangan kasih sayang daripada insan yang dinamakan manusia. Sudahlah menulis memburukkan ibubapa aku yang tercinta. 

              Kerana apa? 
              Aku percaya dengan konsep karma.
              Kau burukkan ibubapa aku yang aku cinta sepenuh jiwa begitu sahaja.
              Aku percaya kau juga punya ibubapa, dan katakanlah ibubapa kau sudah meninggalkan alam yang fana ini sekalipun, kau lahir daripada benih manusia yang digelar sebagai ibu dan ayah. Masih lagi begitu konsepnya kecuali kau tiba-tiba jatuh daripada langit atau keluar daripada rimbunan pohon buluh betung, hatta buluh lemang ataupun meriam sekalipun.

              Jadi, dengan mengata ibubapa aku sesuka hati, apakah kau akan suka kalau ibu kau digelar dengan gelaran buruk sedemikian rupa? Bapa kau digelar buruk sedemikian rupa? Alat sulit ibubapa kau dijadikan mainan, kau suka begitu?

              Nah!
              Kalau kau tidak suka, jangan mengata ibubapa orang lain dengan perlakuan sedemikian. Lainlah kalau kau suka, aku syorkan kau sebut sendiri nama ibu kau dengan apa yang kau gelar Bonda aku, kau laungkan sendiri apa yang kau gelarkan pada Abah aku kepada bapa kau dan sebutlah alat sulit milik kedua ibubapa kau. Jangan kau nak menyemak mengata ibubapa aku yang kau langsung tidak kenali. Mereka adalah mulia di mata aku dan aku sangat mengenali mereka.

              Aku sebenarnya mahu sangat menyumpah semula, tetapi ianya tidak akan membawa apa-apa.
              Istighfar Zara.
              Jangan ikutkan nafsu amarah.

              %27cute evil%27 Pictures, Images and Photos
              Kalaulah kau yang sedang terbaring dalam bentuk beruang permainan itu kan?

              Cukup.
              Sudah.
              Aku tidak kisah dengan apa sahaja komentar yang diberikan di blog aku, cuma, bila kau menyentuh sensitiviti aku, termasuk ibubapa, keluarga, agama serta asal keturunan aku, kau silap. Kerana aku tidak akan melupakan kekejaman yang kau lakukan walaupun siapa sahaja kau yang berada di belakang topeng penuh dosa palitan neraka.

              Aku dalam kesakitan fizikal.
              Sedang berusaha untuk melawan segala yang menyerang sel-sel tubuh aku saat ini.
              Biarlah muka pucat sebegini rupa, membaca tulisan yang kau pinjam daripada pena syaitan membuatkan aku terjaga.
              Minda dan batin serta emosi aku bukan untuk kau jajah.
              Sudahlah.

              Zara : Kesakitan yang berulang setiap bulan datang menyinggah sewaktu aku di sekolah tadi. Menahan kesakitan yang teramat sangat dengan mengukirkan senyuman tanpa mahu menunjukkan muka punyai masalah. Muka bertambah pucat, aku harus menghadam dadah. Dan aku perlu menyelesaikan sesuatu urusan sebelum petang menjelma, doakan aku gagah.