Monday, December 31, 2012

Beep Beep.


Beep beep.
Jam di tangan berbunyi.

Beep beep.
Cepatlah bangun dari lena.

Beep beep.
Ayuh bangkit dan teruskan kehidupan.

Beep beep.
Buka mata dan cergaskan jiwa.

Beep beep.
Berapa lagi mahu bermalasan di atas ranjang?

Beep beep.
Bangun sayang, ramai yang menunggu.

Beep beep.
Ah! Kalau malas nanti lambat.

http://farm5.staticflickr.com/4062/4541263542_3bec005b48.jpg
[Sumber gambar]

Berapa lama mahu tekan butang kiri?
Sepuluh minit sekali ia berbunyi.
Setiap bunyi membawa masa pergi.
Sepuluh minit, sepuluh minit terlewati.

Selamat pagi.
Ayuh gerak menuju tempat dirindui.
Tarik barangan yang berat di sisi.
Masa untuk kembali beraksi.

Tinggalkan segala.
Mulakan semula.
Semua.

Shafaza Zara.
Ranjang merah, kamar biru.
31 Disember 2012.

Sunday, December 30, 2012

#20 : Ini Cerita Seorang Perempuan.


Salam.
Sejak kebelakangan ini, entah kenapa banyak benda yang membuatkan diri semakin lama semakin sesak minda. Emosi sekejap di atas, sekejap dibawah bagaikan nilai mata wang yang diniagakan secara bengong serta merta. Hah! 

Perlu diakui, benda yang dilalui sebagai dugaan, sengaja mahu menguji kesabaran yang kadangkala senipis kulit bawang, kadangkala tebal dan kukuhnya dinding pertahanan. Ah! Aneh sahaja satu demi satu dilalui, gigit bibir dan teruskan hidup baik-baik sahaja. Ternyata, nasihat yang Pali salurkan pada aku secara konsisten dulu, aku dapat gunakan tatkala dia sekarang entah hilang ke mana (Busuk, kalau kau baca ni, terima kasih yang teramat sangat sahabat).

Senyum.
Tarik nafas.

Itulah. Hidup sentiasa tidak sama walaupun kita semua melalui jalan yang serupa. Perasaan dan pengalaman yang berlainan menyebabkan kita lebih manusia daripada sebelumnya. Mungkin ianya mengubah kita ataupun memberikan dimensi baru - tapi itulah, kita semua baik-baik sahaja untuk kehidupan sendiri. Kepuasan peribadi.

Sudah menghampiri penghujung dua ribu dua belas. Kalau dahulu permulaannya dengan benda yang baik-baik sahaja, penuh kisah bahagia, penuh cerita suka - alhamdulillah, insyaALLAH, pengakhirannya masih lagi penuh rasa gembira, syukur yang teramat sangat atas segala kurnia Yang Maha Esa. Walaupun keadaannya sudah pasti tidak sama, tetapi kemanisannya berganda. Ternyata, dalam setiap ujian itu, ada nilai dan hikmah untuk manusia. 

Sekejap.
Gembira juga satu ujian kan? Makanya, aku percaya, perlu lebih berhati-hati menyusun langkah menuju ke tahun seterusnya kerana gembira itu bukan sentiasa, dan ada sahaja makhluk yang mungkin didorong oleh nafsu dan perasaan jahat untuk mencederakan hati kita semua. Ah! Aku memilih untuk mengabaikan manusia sedemikian dalam hidup kerana aku percaya, kegembiraan untuk diri sendiri, untuk memastikan diri sendiri tersenyum dengan ikhlas di hadapan cermin adalah nikmat paling cantik yang kita rasa.

Cubalah.
Berdiri di hadapan cermin.
Cuba senyum paling ikhlas untuk diri sendiri.
Tepuk bahu dan bisik pada diri, "Anda hebat kerana mampu senyum begini"
Dan itu yang aku buat sehingga kini.

Kalau ada orang yang bercakap benda buruk mengenai kita sekalipun, maafkanlah mereka. Mereka tidak mengerti banyak benda lagi atas dunia ini, sama seperti kita semua yang mungkin masih mencari erti kewujudan diri.

Kalau hati kita masih kosong walaupun banyak kegembiraan hadir di sisi, tanyalah diri kita sama ada kegembiraan itu palsu, berpura-pura ataupun kita sendiri yang tidak inginkan bahagia walaupun hanyalah dengan satu senyuman dan dihulurkan gula-gula?

http://distilleryimage11.instagram.com/d08d877a518311e28ac522000a9f141e_7.jpg
[Instagram aku : lordzara] - Obsesi dengan benda begini.

Senyum sahaja.
Walaupun bantal kau penuh basah air mata.
Selimut kau tuli dengar kau tahan makian luahan rasa.
Mereka mengerti kau manusia.

Zara : Selamat ulang tahun ke-20 buat Nano (adik aku) dan selamat ulang tahun ke-28 buat Syafiq (sepupu aku). Moga kamu berdua dikurniakan kesihatan yang baik dan sentiasa ceria.

Saturday, December 29, 2012

Anugerah.


Salam.
Masih lagi menghantar #JIWA bagi mereka yang mengutuskan email buat aku. Terima kasih atas sokongan kalian ke atas aku selama ini. Bagi yang muncul entah dari mana, mendengar dari raka-rakan mereka sekalipun, walaupun aku tak mengenali kalian dan kalian juga tidak kenal aku, terima kasih atas kesempatan menghantar pesanan mahukan ia dari aku.

Sudah tentu aku gembira kerana dalam erti kata lain, tulisan aku dalam #JIWA adalah hasil yang aku kalau boleh tidak mahu orang curi ambil dari blog aku. Walaupun aku cuma menulis sebagai terapi di sini, pastinya aku tidak mahu ada tangan-tangan yang jahat, sedaya upaya juga mencuri tulisan aku ini. Sebahagian daripada tulisan aku adalah cerita hidup aku. Cerita yang kalau buruk, baik, anehnya, memang diri aku. Jadi bila orang curi dan kata itu adalah tulisan mereka, aku mahu bertanya :

"Adakah hidup kita terlampau serupa?"


Tapi itulah.
Aku manusia yang biasa-biasa. Orang kenal aku mungkin hanya kebetulan terjumpa blog aku yang tidak seberapa. Hampir tiada dihiasi dengan gambar-gambar peribadi aku memandangkan ramai sudah yang kata mahu muntah kalau aku letak gambar sendiri (Maaf, aku ketawa dengan ini) - tetapi iya juga, kalau kau mahu lihat penulis yang cantik bergaya, bukan aku orangnya. Belum pernah menjadi model mana-mana lagi (mungkin).

Abaikan tulisan yang tiba-tiba seperti luahan perasaan. Aku sedang berusaha memilih tulisan yang bagaimana sesuai untuk diletakkan dalam catatan peribadi terbaru aku. Barangkali kalau aku sudah bersedia, aku akan keluarkan ataupun entah bagaimana. Tengoklah nanti kalau aku suka atau gembira.

http://farm9.staticflickr.com/8499/8320029875_f7cdbe341e.jpg
[Flickr Aku]  - Dalam proses.

Doakan kerja aku siap.
Kalau dah siap, aku akan beritahu.
Heh.

Friday, December 28, 2012

Orang Asing.


Kita semua bermula dengan orang asing. Ya, setiap daripada kita asing dengan satu sama lain. Bila komunikasi mengambil tempat, kita mungkin saling mengenali. Tidak kira siapa ataupun bagaimana, tetapi keunikan manusia menjadikan sesuatu yang berlaku itu boleh dikenang sebagai perkara bermakna.

Benda paling tidak menarik dalam sesuatu perhubungan adalah, bila sesuatu ikatan itu terlerai - hampir setiap manusia dalam hubungan sebelum itu menjadi orang asing. Asing dengan satu sama lain. Seperti perbualan dengan seorang teman pagi ini, aku harus akui, apa yang dia tanyakan, mungkin betul bagi sesetengah orang.

"Babe, aku dah putus dengan dia"
"Kenapa?"

"Benda biasa. Mungkin aku tak pandai bercinta"
"Jangan cakap camtu"

"Aku cuma pelik. Kenapa kalau putus cinta, mesti akan jadi cam pelik"
"Pelik camne?"

"Jadi macam orang tak kenal. Buat biasa sudah"
"Oh, mungkin tak nak hati terkenang"

"Profesional la kot? Kalau sebelum ni kawan, kenapa tak boleh kawan je?"
"Sebab kawan tu pernah kau saling luah cinta mungkin?"

"Keluarga aku bercerai, masing-masing kahwin lain, tapi boleh je kawan"
"Tak semua orang sama, babe"

"Orang kata sebab mereka ada tanggungjawab. Tapi, kau bayangkanlah. Orang yang pernah kahwin, hidup sama-sama, ada anak sampai lima, bercerai pun masih boleh berkawan macam takde benda. Ni baru putus cinta dah buang di FB, block di Twitter, Skype semua"
"Ha ha ha. Mungkin kau istimewa, dia tak nak terkenang"

"Huh! Human!"
"Kita semua pun manusia gak"

[Sumber gambar]

Aku percaya setiap daripada kita, tak kisahlah kalau hubungan cinta ataupun setakat bersahabat dengan orang, apabila terjadi sesuatu yang mengakibatkan hubungan tersebut keruh ataupun terlerai, kita akan ada masanya terus menjadi asing dengan orang tersebut. Macam tak kenal dia, boikot dia ataupun abaikan dia terus daripada hidup kita. 

Kan?

Sebab kita tak pernah tahu kalau orang tinggalkan kita begitu sahaja, ataupun persahabatan kita putus tanpa alasan - apa yang mereka rasai ataupun lalui, kita tak boleh baca hati manusia. Jadi kalau ada di kalangan kita yang bertindak sedemikian rupa, aku percaya, mereka punya alasan yang sangat kukuh mengapa sebegitu sekali mereka melayan kita.

Ya, kita boleh kata macam budak kecil sahaja perangai - bila tak nak kawan, padam nama dari buku kawan baik, maki dia dalam satu kertas, edar pada kawan-kawan lain serta nama dia pun kita tak boleh dengar lagi. Tapi, kalau anak-anak kecil, betapa mereka menyampah begitu dengan ejekan, ataupun herdikan "Tak nak kawan lagi!" - akhirnya, mereka tetap akan kawan semula kan?

Orang dewasa?

Buat muka meluat bila nampak dia, dengar nama dia disebut, hatta tempat tinggal dia keluar dalam tivi pun kita dah macam macam mahu terajang orang - tapi, ada satu peringkat (mungkin), kita akan bertemu lagi dengan manusia itu. Entah bagaimana, kita akan terserempak ataupun bekerja dengan manusia yang mengenali mereka, takdir membawa kita dekat untuk menyucikan (mungkin) hati kita yang penuh benci dan amarah tu.

Jika tak boleh juga berbaik?
Mudah.

Kalau sudah kekal jadi orang asing, jadilah orang asing buat selamanya. Tidak perlu dicari untuk menimbulkan amarah ataupun kenangan lama. Biarkan mati terkubur tanpa nisan serta tiada tanda apa sekalipun. Ibaratkan tenggelam dalam perut bumi, biarkan bersemadi selamanya.

Cuma, kalau boleh, maafkan sahaja.
Ya, itu lagi penting kan?


Wednesday, December 26, 2012

Suara Awak.


Biasanya orang kita ni tak tahu nak cakap tegak kepada tujuan. Berkias sana. Bagi petunjuk sini. Tapi nak beritahu tepat apa yang dikatakan, mereka kurang mengerti. Macam juga perasaan, isi hati. Nak beritahu suka, kemain sampai menggambarkan bulan, bintang, segala alam semesta. Nasib baik angkasawan belum dimasukkan lagi (mungkinlah).

Bila rindu, tak tahu nak beritahu macam mana. Pendam dalam hati, nak beritahu segan. Tapi bila simpan, rasa macam nak lempang diri sendiri, pengecut aneh belaka.

"Awak, dah lama tak berbual kan?"
"Ni kita bukan berbual ke?"

Guna aplikasi yang setakat menaip ni kadangkala boleh minta maki sebab memang berbual sebenarnya kan? Tapi tak keluar suara, dah menaip sahaja. Takpe, takpe. Memang begitulah, ada yang menganggap sebab dah sibuk menaip, makanya nak berbual guna suara tak perlu. Sebab benda yang nak diperkatakan menggunakan suara dah habis guna aksara.

(tarik nafas, selepas beberapa hari)

"Awak, macam dah lama tak dengar suara"
"Eh, macam teringat sesuatu la"

Terus keluar topik lain. Layankan sahaja sebab ye la, nak beritahu jujurnya rindu, tapi tak pandai. Dah termasuk tajuk lain, lupa sekejap arah tujuan nak bercakap apa. Sabar, sabar.

"Awak, kalau orang beritahu awak, dia rindu suara awak, apa yang dia maksudkan ya?"

(lama tunggu)

'Dia nak suruh saya telefon tu"

(selang beberapa minit, telefon berbunyi)

Nasib baik faham oit!
Kalau dia tak faham?
Hah!

[Sumber gambar] - Dah macam kulit Kelabu dah.

Zara : Kadangkala kita perlu cakap tepat sahaja ke muka orang yang kita suka, kalau tidak, kita sendiri sengsara. (Shafaza Zara, 26 Disember 2012)

Tuesday, December 25, 2012

Projek Baru.


Salam semua.

Sejak dari malam semalam sehinggalah aku menaip tulisan hari ini, masih ramai lagi yang menghantar email. Terima kasih kerana sudi menghantarkan email, memudahkan aku untuk berkongsi zine #JIWA pada kalian. Ya, #JIWA pernah dicetak dan sesiapa yang pernah mendapatkannya daripada Kerat Studio, terima kasih yang teramat sangat.

Tapi, #JIWA yang anda dapat dalam bentuk PDF adalah versi tanpa potongan. Lebih panjang daripada versi yang dicetak dan ianya percuma aku berikan selepas #JIWA sudah enam bulan dipasarkan. Jadi, kepada sesiapa yang kurang memahami arahan pada tulisan aku 'Hadiah Kalian' itu, caranya amat mudah sebenarnya (atau adakah ayat aku yang menjadikan ianya sukar?)

1. Hantarkan email pada aku. Diulangi, email pada email aku yang ada dalam gambar.

http://distilleryimage9.instagram.com/3295b3b24e4f11e29b2522000a9f13d5_7.jpg
[Instagram] : Sedang kerja keras. Ehem, at least bagilah salam wahai sayang2 sekalian. Heh! (Made with #jusgramm App) @jusgramm #zine #jiwa #dsz

2. Bila aku dapat email dari kalian, yang termasuk dalam spam pun ada, aku balas dengan zine tersebut. Mudah kan? Mudah sayang sekalian. Sebenarnya, kalau kau tinggalkan email bersepah-sepah dalam ruangan komen, aku tak ambil dan hantar. Maaflah. Sebab marilah kita mudahkan diri masing-masing. Aci tak?

Aci lah!

Lepas ni, kalau kamu menggunakan Twitter ataupun Instagram, kamu baca zine yang secebis cuma itu, boleh guna tanda #dsz, #dsz4tahun dan #JIWA. Boleh kan?

(kelip-kelip bulu mata)

Jadi, sempena nak menyambut ulangtahun blog yang dah boleh masuk ke sekolah tadika - aku sedang fikir apa yang perlu dilakukan. Sejak tahun pertama hingga sudah mahu masuk empat tahun, setiap kali adalah benda berbeza. Lagi pula, tak ramai mana baca blog ini, sebenarnya mudah juga nak buat dan berkongsi benda begini. Heh!

Terima kasih juga yang email dan sempat berbual dengan aku. Yang mengirim salam buat Kopi, yang mendoakan kebahagiaan dan kesejahteraan untuk aku dan blog serta yang mengharapkan aku kurus juga adalah menarik. Terima kasih. Ya, email sahaja pada bila-bila masa yang kamu suka. Kalau aku punya masa, pasti aku balas walaupun kamu hanya mahu tanya - "Zara sihat hari ni?"

Cewah!

http://distilleryimage10.instagram.com/262b2a984e6411e2ae9022000a1f9a21_7.jpg
[Instagram] : Nama aku dekat IG adalah lordzara.

Jadi, sila senaraikan apa yang anda rasa anda mahukan. Satu lagi zine? Ataupun apa sahaja. Utarakan pandangan anda.

Terima kasih :)

Hadiah Kalian.


Sempena blog ini semakin menghampiri usia empat tahun (ya, DSZ bakal berusia 4 tahun pada 1 Januari 2013 ini) - alhamdulillah. Jadi, sempena menghampiri usia empat tahun blog yang tidak seberapa ini, sedikit hadiah buat kalian yang banyak menyokong selama ini.

Ya.
Kalian boleh baca.
Kalian boleh cetak.
Untuk bacaan kalian sendiri.

Nak jual?
Jangan buang nama aku.
Minta kebenaran.
Boleh.
:)

http://distilleryimage0.instagram.com/242d0fc44dd611e2957722000a1f9a39_7.jpg


Kalian akan dapat edisi yang tidak dipotong mana-mana halaman.

Terima kasih dan selamat bercuti semua :)


Monday, December 24, 2012

Cinta Simpati.


Salam.
Menuju ke penghujung tahun. Dengan pelbagai benda yang dilalui, aku rasa setiap daripada kita sudah mula menikmati kehidupan seperti yang kita mahukan. Sedikit sebanyak, kita semua mungkin tidak sama seperti di awal tahun, mungkin di awal tahun kita bersama dengan orang lain, hujung tahun kita sudah bersama orang lain - ataupun di awal tahun masih lagi bujang, di akhir tahun sudah menunggu kelahiran cahaya mata. Tahniah kepada kalian yang berjalan mencari bahagia dengan senyuman sentiasa di muka.

(Senyum)

Begitulah kehidupan. Semalam aku ada diajukan dengan pertanyaan (tapi aku lebih suka menyatakan ia perkongsian kerana aku bukan orang yang layak untuk ditanya) tentang bagaimana mahu diajar perasaan, hati apabila cinta yang hadir adalah bukan disebabkan kemahuan sendiri, tetapi lebih atas dasar simpati?

"Assalam Zara. Macam mana kalau kita bercinta, tapi cinta kita bukan sebab kita suka, tapi kita simpati? Simpati dengan banyak benda tentang dia, lama-lama dia jatuh hati, dan kita terima dia sebab simpati dan kasihan. Tak nak dia terluka kalau dia tahu kita sebenarnya tak suka dia"

(soalan di atas aku telah susun semula ejaannya)

Beginilah ya.
Aku rasa sebahagian daripada kita pernah melalui benda begini, rasa terhimpit dan tersepit kerana apabila kita terlalu rapat dengan seseorang, mendengar setiap keluhan mereka menyebabkan mereka menaruh harapan sehingga meluahkan rasa kepada kita. Ya, perasaan mereka mungkin tulus, atas dasar kepercayaan yang tinggi dan sebagainya, tetapi di pihak kita, itu sesuatu yang tidak dijangka (melainkan sebelum itu kau tolong atas dasar menyimpan perasaan juga). Jadi, bagaimana mahu selesaikan perkara begini, ataupun sekurangnya mencari jalan melegakan hati?

http://farm5.staticflickr.com/4150/4991548779_f4002fb6dd.jpg
[Sumber gambar]

Langkah 1 : Tanya diri kita sendiri dahulu.

Ya, tanya diri kau sendiri sama ada betul-betul tiada perasaan dengan dia ataupun tidak. Mungkinkah terselit sekelumit cinta di hati tanpa kau sendiri sedari yang terhalang oleh beberapa perkara seperti dia masih menjadi hak orang lain (ni kes kalau kau terjebak dengan kekasih/tunang/suami/isteri orang) ataupun beberapa isu seperti dia pekerja/majikan kau, ataupun isu-isu yang sensitif seperti agama dan sebagainya. Tanya diri kau sendiri, sebab di bahagian ini, yang kenal kau hanya diri kau sahaja.

Langkah 2 : Dapatkan pandangan orang lain.

Mungkin juga mendapatkan pandangan orang lain akan mengubah sedikit pandangan kau dalam isu ini. Disebabkan kadangkala kita rasa takut hendak melukakan hati orang, maka kita lenjankan sahaja hati kita sendiri sehingga parah dan pasrah, lebih baik dapatkan nasihat daripada sesiapa sahaja yang kita rasa perlu. Kalau aku, aku biasanya akan tanya pada orang yang aku percaya ataupun sesiapa sahaja yang aku suka. Maksudnya, kadangkala dengan orang yang tak dikenali pun aku boleh tanya disebabkan pandangan mereka tidak akan berat di mana-mana pihak sebab dia tak kenal pun kita ataupun orang yang kita tanya. Neutral. Hah!

Langkah 3 : Berhadapan dengan dia.

Bila kau dah rasa bersedia, silakan berhadapan dengan dia. Beritahu sendiri apa perasaan kau pada dia. Ceritakan apa yang kau sendiri rasa. Kalau betul kau pun suka dia, dah cantiklah tu. Kalau kau tidak suka dia, dan hanya mahu rapat sebagai seorang kawan, beritahu dia sejujurnya. Betul, cinta boleh dipupuk selepas itu, tapi, terpulang pada kau. Sama ada kau mahu ataupun tidak. Pilihan di tangan kau. Sejujurnya, kalau kau tiada perasaan, dan kau teruskan juga sebab tak mahu dia kecewa - andai satu hari nanti, takdir tidak bersatu, apa perasaan dia bila kau beritahu dia (atau dia terdengar dari orang lain) ayat begini :

"Sebenarnya aku tak suka kau. Dulu tu aku terima kau sebab simpati je"

Jahanam beb perasaan orang kalau dengar benda begitu. Kalau kau dengar benda yang sama dari orang yang kau suka pun jahanam juga perasaan kau kan? Jadi, lepas kau terangkan pada dia, kalau kau hanya mahu berkawan - beritahu sekali sebab mengapa kau tidak boleh menerima dia, selain daripada dalam kepala kau hanya sebab simpati. Beginilah, bab simpati tu, lebih baik kau simpan sendiri dalam hati. Sebab kalau kau luahkan mungkin terluka. Tapi kalau dia mendesak sangat, kau boleh sahaja cakap begitu (risiko tanggung sendiri.

"Saya tak boleh suka awak. Saya kesian dengan awak je hari tu. Tak boleh tengok awak sedih. Awak kan kawan saya?"

Macam boleh terpujuk juga dengan ayat begitu kan? Maksud aku, dengan ayat terakhir, sebab walaupun ayat mula-mula nampak kau tolak dia, tapi ayat terakhir menunjukkan kau mahu kekal sebagai kawan sahaja.

Langkah 4 : Keputusan.

Kalau dia boleh menerima dengan hati terbuka, alhamdulillah. Kalau dia memutuskan untuk tidak mahu berjumpa kau lagi sebab segan dan kecewa serta alasan-alasan lain, maka kau perlu redha. Sebab perasaan tidak boleh dipaksa tapi boleh dipupuk (ni yang orang kita selalu lupa ni). Tapi itulah, kalau kau sebenarnya dah kahwin atau ada hubungan lain, kalau benda begini berlaku, cepat-cepat jauhkan diri. Jangan biarkan hubungan sedia ada yang kau punya tu terjejas.

Sayangi diri sendiri dulu boleh?

Zara : Kadangkala kita boleh ajar diri kita senyum bila menghadapi apa sahaja. Bukan untuk sesiapa, tetapi untuk diri sendiri kekal muda dan sihat perasaan serta jiwa. Adakah kau mahu tua sebelum usia? (Shafaza Zara, 24 Disember 2012)

Sunday, December 23, 2012

Kegemaran Sama.


Bila orang kata dalam hidup, menjalinkan hubungan tidak perlu sama semua benda, ada benarnya. Bukankah manusia tidak semestinya sama? Tetapi, ada kalanya, perlu juga ada benda yang serupa - supaya ada benda yang kita boleh perkatakan, berbual kerana ada kalanya itu adalah titik persamaan antara kita dan dia.

Beli buku.
Baca buku.
Sambil berbual isi buku.
Buat ulasan buku.

Hantar pesanan emel senarai buku.
Berpuluh ribu kilometer masih bincang buku.
Beratus kilometer, angkat telefon tanya buku.
Saling tak mahu ada sama buku.

http://distilleryimage5.instagram.com/a97892d8491311e2b2c322000a1f9804_7.jpg
Selain daripada minum kopi, rupanya kami juga sukakan buku. Heh!

Buat Kopi :

“You should date a girl who reads.
Date a girl who reads. Date a girl who spends her money on books instead of clothes, who has problems with closet space because she has too many books. Date a girl who has a list of books she wants to read, who has had a library card since she was twelve.

Find a girl who reads. You’ll know that she does because she will always have an unread book in her bag. She’s the one lovingly looking over the shelves in the bookstore, the one who quietly cries out when she has found the book she wants. You see that weird chick sniffing the pages of an old book in a secondhand book shop? That’s the reader. They can never resist smelling the pages, especially when they are yellow and worn.

She’s the girl reading while waiting in that coffee shop down the street. If you take a peek at her mug, the non-dairy creamer is floating on top because she’s kind of engrossed already. Lost in a world of the author’s making. Sit down. She might give you a glare, as most girls who read do not like to be interrupted. Ask her if she likes the book.

Buy her another cup of coffee.

Let her know what you really think of Murakami. See if she got through the first chapter of Fellowship. Understand that if she says she understood James Joyce’s Ulysses she’s just saying that to sound intelligent. Ask her if she loves Alice or she would like to be Alice.

It’s easy to date a girl who reads. Give her books for her birthday, for Christmas, for anniversaries. Give her the gift of words, in poetry and in song. Give her Neruda, Pound, Sexton, Cummings. Let her know that you understand that words are love. Understand that she knows the difference between books and reality but by god, she’s going to try to make her life a little like her favorite book. It will never be your fault if she does.

She has to give it a shot somehow.

Lie to her. If she understands syntax, she will understand your need to lie. Behind words are other things: motivation, value, nuance, dialogue. It will not be the end of the world.

Fail her. Because a girl who reads knows that failure always leads up to the climax. Because girls who read understand that all things must come to end, but that you can always write a sequel. That you can begin again and again and still be the hero. That life is meant to have a villain or two.

Why be frightened of everything that you are not? Girls who read understand that people, like characters, develop. Except in the Twilight series.

If you find a girl who reads, keep her close. When you find her up at 2 AM clutching a book to her chest and weeping, make her a cup of tea and hold her. You may lose her for a couple of hours but she will always come back to you. She’ll talk as if the characters in the book are real, because for a while, they always are.

You will propose on a hot air balloon. Or during a rock concert. Or very casually next time she’s sick. Over Skype.

You will smile so hard you will wonder why your heart hasn’t burst and bled out all over your chest yet. You will write the story of your lives, have kids with strange names and even stranger tastes. She will introduce your children to the Cat in the Hat and Aslan, maybe in the same day. You will walk the winters of your old age together and she will recite Keats under her breath while you shake the snow off your boots.

Date a girl who reads because you deserve it. You deserve a girl who can give you the most colorful life imaginable. If you can only give her monotony, and stale hours and half-baked proposals, then you’re better off alone. If you want the world and the worlds beyond it, date a girl who reads.

Or better yet, date a girl who writes.”
― Rosemarie Urquico

Tapi Kopi, awak patut kahwin sahaja dengan perempuan begitu.
Ya, saya rasalah.


Saturday, December 22, 2012

Susah Ke?


Ada orang tanya menerusi emel, susah ke mahu bergerak ke hadapan, meninggalkan segala kenangan silam, selepas banyak benda yang berlaku dalam hidup. Tidak kira disebabkan hubungan cinta, hubungan dengan pekerjaan dan sebagainya. Soalannya, adakah susah atau senang. Ternyata, itu bukan soalan yang mudah untuk dijawab memandangkan, setiap daripada manusia adalah berbeza.

Setiap daripada kita tidak sama.
Setiap daripada kita berbeza.

Setiap pandangan kita tidak sama.
Setiap penerimaan kita berbeza.

Ada orang yang jatuh cinta, putus cinta, dapat kerja, berhenti kerja, cari kerja baru, mulakan cinta baru semudah mereka buka celana dan kencing. Semudah itu barangkali, kecuali mungkin jika tersepit zip seluar atau cangkuk di kain putus, itu sudah jadi cerita lain. Tetapi, hakikatnya mudah bagi sesetengah orang, mungkin tidak akan sama dengan manusia yang lain. Payah buat mereka untuk memulakan hidup baru selepas apa yang mereka lalui. 

Kekuatan setiap orang berlainan.
Ada yang kuat ini, tapi bagi yang lainnya adalah kelemahan.

Jika yang ditinggalkan suami, isteri, ibu, bapa, kekasih, tunang - mereka mungkin memerlukan banyak masa untuk menguruskan perasaan mereka sendiri, untuk kembali bangkit dan meneruskan hidup seperti biasa. Jangan mendesak kerana mereka juga perlu ruang untuk diri sendiri. Sokongan moral perlu diberikan (dan kewangan jika memerlukan dan kita mampu) bagi mereka untuk teruskan kehidupan. Bukan menyelar sehingga mereka putus asa untuk satu kehidupan yang masih panjang lagi.

Tapi, kalau dah terlampau lama sehingga memakan diri mereka sendiri, dipersilakan untuk sedikit tegas (dan keras jika perlu) - bagi mengembalikan mereka ke landasan asal kehidupan. Mengeluh, menangis, meratap mungkin perlu bila dilanda kesedihan, melampiaskan perasaan, tapi janganlah mengabaikan manusia lain dan lebih pentingnya diri sendiri. Lagi pula, aku percaya yang kita semua perlu sayangi diri sendiri lebih daripada orang lain mampu sayangi kita.

Yang diberhentikan kerja, atau sengaja berhenti sendiri : atas sebab-sebab yang mereka sendiri tahu, janganlah diberikan tekanan yang melampau. Pastinya mereka sendiri tahu apa yang dimahukan dalam hidup dan keputusan yang dibuat atau terjadi bahkan menganggu sedikit sebanyak perjalanan hidup mereka. Katakanlah kita semua dah terbiasa dengan duit gaji yang masuk setiap bulan, secara tiba-tiba duit tak masuk dan banyak benda yang kita perlu bayar dan selesaikan? Bukankah itu satu bentuk penyeksaan dan jangan tambah penderitaan orang yang sedang mengalami masalah sedemikian.

Tapi kalau sampai bila-bila tidak mahu bekerja semula (kecuali yang mengambil keputusan untuk jadi surirumah/surarumah) - adalah perlu dipaksa untuk mencari pekerjaan memandangkan segala bil, dan perbelanjaan harian tidak boleh dilunaskan menggunakan oksigen ataupun udara yang percuma. Air liur boleh mendatangkan duit kalau anda bekerja menggunakan percakapan tetapi sudah tentulah anda perlu berusaha kan? Setakat cakap guna air liur, tapi langsung tak bergerak, bolehlah air liur itu ditelan apabila memandang bil yang tiba pada hujung bulan. Yang bekerja daripada rumah pun boleh. Lebih baik barangkali buat mereka.

(secara tiba-tiba teringat cerita Spongebob Squarepants yang berhadapan dengan Squidwards yang berhenti kerja dan bila Spongebob bawa dia masuk ke rumah Spongebob, dia naik lemak dan besar kepala)

Setiap daripada kita punya kegembiraan.
Punya impian.

Setiap daripada kita sentiasa bermimpi.
Harus sahaja usaha tukar ia menjadi realiti.

Jadi, persoalannya, susah ke?
Susah ke mahu untuk hidup demi diri sendiri?

Kalau tidak mahu fikirkan orang lain, tak mengapa.
Cuba fikirkan mengenai diri sendiri sebentar cuma.

Apa yang kita buat untuk diri kita?
Untuk memastikan diri kita bahagia?

http://farm3.staticflickr.com/2511/3675595879_d50494b83f_z.jpg
[Sumber gambar] - Ucapan terima kasih buat semua yang masih sudi membaca blog ini selama ini. Terima kasih yang teramat sangat. (nangis terharu, sedu sedu, pintal hujung bantal)

Terima kasih buat yang meninggalkan jejak dalam tulisan aku selama ini. Maafkan jika ada yang tidak smepat aku balas. Memandangkan kulit baru ini datang dengan fungsi untuk membalas komentar anda semua, ya, aku dah berjaya untuk balas setakat terdaya. Oh, ulasan boleh ditinggalkan dengan menekan tajuk tulisan. Entah kenapa tak boleh keluar walaupun puas aku menggodek kod blog.

Zara : Ucapan paling mudah seperti terima kasih pun orang selalu buat-buat lupa. Jahat mana sekalipun seorang manusia, aku rasa ucapan terima kasih dan senyuman adalah norma yang kita belajar dari kecil sehinggalah dewasa. (Shafaza Zara, 22 Disember 2012)

Friday, December 21, 2012

Viral Malware.


Salam.
Aku pun tak pasti apa yang sedang berlaku. Ramai yang mengatakan kalau nak masuk blog aku ini, ada notifikasi Malware. Aku buka boleh sahaja. Cuma hari tu ada sekali, dan aku dah selesaikan guna "Webmaster". Tetapi, lepas aku buat pun ada orang mengadu lagi. Alahai.

Bila aku teliti satu persatu kelmarin, sumber Malware tu khabarnya daripada URL blog yang diletakkan dalam komen. Jenuh sangat aku mencari, tak jumpa juga, akhirnya aku hantarkan review pada Google. Moga dibuang atau apa sahajalah lagi. Jadi, buat masa ini, kalau aku menulis pun, orang bertuah sahajalah (amin! amin! amin!) yang dapat buka. Yang lainnya kandas di halaman Google yang tidak benarkan masuk. Aneh!

Ah!
Tuhan mahu uji aku. Sebab lepas ini aku sudah perlu ke sekolah, dan peluang aku menulis sudah semakin rendah. Barangkali begitu, supaya aku lepaskan terapi ini sedikit demi sedikit. Barangkali juga, aku sudah tidak memerlukan terapi untuk menulis kerana lebih banyak kebencian yang tumbuh bila membaca tulisan aku, berbanding manusia yang dapat menghadam dan tersenyum sambil berkata, "Hey Zara! Cerita kita hampir serupa!"

Untuk itu, aku undur diri seketika.
Moga didoakan agar blog kembali pulih seperti sediakala.

http://farm4.staticflickr.com/3506/4056311912_73992583e3.jpg
[Sumber gambar]

Nota Kaki :
Bolehkah aku minta sedikit pertolongan kalian? Jika kalian boleh baca tulisan aku ini, sila tinggalkan pesanan. Moga aku tahu, berapa ramai yang hadapi masalah sebenarnya. Terima kasih sekali lagi.

Tambahan :
Anda boleh meninggalkan ulasan dengan menekan tajuk tulisan aku. Maafkan aku kerana setelah berjaya menukar kulit blog yang baru, aku hilang punca bagaimana komen boleh hilang dibawah. Aneh.

Zara : Senyuman itu bukan untuk kau lagi. Maafkan dia yang tidak mahu terbunuh lagi, mati dan sepi. (Shafaza Zara, 21 Disember 2012)

Thursday, December 20, 2012

Perlu Apa?


Dah lama menulis untuk blog.
Menulis untuk semua perkara sebagai terapi.
Tapi, perlukah kau rampas apa yang aku sukai?
Hanya disebabkan aku tulis benda yand dekat di hati.

Jujurnya, aku tak faham dengan sikap sesetengah manusia yang merasakan diri mereka mempunyai kelebihan hingga mahu menghukum sesuka hati. Seringkali juga aku tertanya-tanya, atas sebab apa, benda yang kita suka lakukan, kita buat dengan gembira, ada sahaja manusia lain yang cuba lemparkan kata-kata hina. Bukankah secara normalnya, bila benda yang kita tidak suka, kita akan hidari sepenuh jiwa?

Kau benci bau busuk tahi.
Kau akan pastikan kau tak terhidu.

Kau benci longgokan sampah.
Kau akan pastikan tiada benda bersepah.

Tapi anehnya, ada segelintir yang masih mahu menadah. Mencari mana perkara yang boleh dilampiaskan nafsu amarah mereka tidak tentu hala. Aku menulis (sebab aku tak boleh bercakap di sini kan?) - bukan bermaksud aku hebat ataupun aku bagus daripada kalian yang kebetulan membaca. Tapi beginilah. Aku kenal sebahagian sahaja daripada mereka yang membaca blog aku, itupun kalau mereka menitipkan ulasan dengan pengenalan diri ataupun mereka berkomunikasi dengan aku di Twitter, FB ataupun email. Itu pun aku kenal biasa-biasa sahaja, tidak pernah bersua muka dan kalau ada pun, terjumpa di acara buku yang aku hadiri.

Ini pelik.
Kau tak pernah ketemu, tapi kau lempar tuduhan jelik.
Kau canangkan kuat dan tidak berbisik.
Satu persatu tentang aku yang kau tidak risik.

Untuk orang begini seharusnya tidak perlu dilayan. Tapi kalau asyik mengadu domba sampai entah celah cerita saling menjamah telinga, aku tak mengerti apa yang kau cuba buktikan atas dunia. Sudahlah kalau kau tidak mahu meninggalkan nama, kau caci maki hingga menghilangkan minat untuk titipkan aksara. Bukankah kalau kita benci sesuatu itu, kita akan mahu lupa? Ini kenapa kau kerap menjengah dan putar belitkan fakta? Janganlah jadi macam yang kanak-kanak selalu katakan, "Ini namanya cinta?"

Aku ada hidup aku sendiri.
Hidup yang aku jalani.
Kehidupan yang aku mahu nikmati.
Malangnya, kau tiada dalam senarai ini.

Oh, sebenarnya aku menulis kali ini disebabkan aku terbaca sesuatu dari blog yang sering aku lawati. Walaupun aku tak ikut blog tersebut, tapi sebab aku hafal URL blog tersebut, memang itu menjadi bahan aku senyum setiap hari. Aku rasa aku dah baca blog tu sejak aku di universiti - buatkan aku kuat disebabkan ada orang lain yang teruk dimaki tetapi masih kuat berdiri dan membuktikan bahawa cakap orang tidak akan menjatuhkan mereka. Terserah kepada Yang Maha Berkuasa kan?


❝ This is why you should never, ever get your hopes up. This is why you should see the glass as half empty. So when the whole thing spills, you aren’t as devastated. ❞ - Something Borrowed


[Sumber gambar]

Zara : Kadangkala, orang yang langsung tidak mengenali kita seperti kita juga tidak mengenali mereka - memberikan kita kesan yang sangat mendalam dalam hidup. Ada yang baik, ada yang buruk - tetapi harapnya yang baik lebih banyak. (Shafaza Zara, 20 Disember 2012)

Wednesday, December 19, 2012

#WW 21 : Ketagih Pelekat.



http://distilleryimage1.instagram.com/0d8fd7ec485e11e29bac22000a9f13d0_7.jpg
Tidur. Tidur. Tidur.

http://distilleryimage5.instagram.com/a97892d8491311e2b2c322000a1f9804_7.jpg
Penangan Serigala Jahat Besar.

http://distilleryimage9.instagram.com/f8177ad449c811e299a722000a9d0ee0_7.jpg
Segala pelekat pun guna.

Zara : Aku rasa ada orang gila pelekat ni. Semua benda nak letak pelekat. Tapi pelekat ini memang kena dengan emosi ketika tekan pelekat. Hah!

Tuesday, December 18, 2012

[Ulasan] : CERPEN - Khairulnizam Bakeri | Fixi


Untuk Nizambakeri.
Yang rajin balas teguran pagi.
Ataupun perkongsian minat minum kopi.
Terima kasih belum cukup untuk gambar isi hati.


http://farm9.staticflickr.com/8354/8283966502_838d2e36ef.jpg
[Flickr aku] : Ini tradisi. Tiada niat lain seperti yang terkandung dalam halaman 194-195. #CERPENNizamBakeri :)

Seperti yang aku catatkan dalam Goodreads.

Tarikh Tempah : 14 Disember 2012.
Tarikh Tiba : 18 Disember 2012.

Mula Baca : 1400 (18 Disember 2012)
Tamat Baca : 1700 (18 Disember 2012)

01 - Tahniah Nizambakeri. Tahniah atas kelahiran buku yang kedua. (Tabik hormat)

02 - Seperti yang dirumuskan oleh seseorang, karya/tulisan Nizambakeri adalah "mahal" isinya. Pengisian, penceritaan dan tulisan yang tinggi nilainya - walaupun bukunya boleh kau dapati dengan harga mampu milik bagi semua penggemar buku. Dan aku, setuju dengan rumusan seseorang itu.

03 - Kispen2 dalam CERPEN ini mengandungi gaya Nizambakeri. Gaya beliau dalam PECAH, gaya beliau dalam kicauan di Twitter serta di blog sekali.

04 - Kispen RAHSIA : Latar belakang, suasana kedai kopi (Nizam terkenal dengan kegemarannya pada kopi) - antara kispen yang cukup menarik pada aku. Selain INTRO (yang aku percaya tak ramai orang suka baca sebab tak sabar terus ke cerita, tapi bak kata Luc, benda yang orang suka tinggalkan tu adalah paling menarik) - kispen RAHSIA sebenarnya membuatkan kau akan terikat untuk terus membaca sampai habis buku ini. Ya. Menariknya tentang gaya Nizam.

05 - Selain itu, dalam kispen seperti RAHSIA, TEMUBUAL, dan beberapa kispen lain, ada cameo watak dalam PECAH - Inspektor Paul, Afnan, Hafizi, Dr Vivian, Hanis Herman (anak Herman?) yang membawa cerita yang berbeza tetapi masih menarik untuk dibaca.

06 - Kispen GEBANG : Bila baca, aku teringat, dalam satu hari yang entah bagaimana, aku boleh ternampak benda menarik yang dikongsi dengan ramai orang di Twitter. Dan, situasi dalam Hari 6 dalam kispen tersebut, aku mahu tersenyum nipis dan berkata, "Eh, macam tahu je situasi ni".

07 - Kispen PUJAAN : (halaman 194-195) - ada perkara yang macam rasa dilempang di muka, walaupun niat dan tujuan berbeza, tidak seperti yang dinyatakan oleh penulis tersebut. Hah!

08 - Kalau disuruh pilih mana kispen yang aku suka, aku mungkin akan kata semua (hakikatnya begitu) tapi aku akan beri markah lebih dari penuh untuk RAHSIA, GEBANG, PILIH, JENAZAH, PUNCAK dan GERABAK.

09 - Nizam ada menyelitkan nama-nama yang selalu kelihatan berkicau dalam susur masa dalam kispen-kispen dia. Ada nama yang aku kenal, mungkin kebetulan, tapi aku teringat, ada satu pagi yang Nizam nyatakan ada nama pengicau tegar dimasukkan dalam buku dia kali ini. Tiada nama aku. Heh! Tapi ada nama Kopi dan kopi. Hah!

10 - HANYA SEPULUH adalah sesuatu yang tidak boleh dilepaskan. Baca. Sendiri.

Tambahan :
(Ini tiada di Goodreads)

11. Ulasan aku adalah berdasarkan pandangan peribadi aku. Tiada aspek teknikal yang akan aku nyatakan, sebab aku bukan berada di tempat yang sesuai. Pandangan aku adalah sebagai seorang pembaca.

12. Untuk mendapatkan naskah kamu sendiri, boleh cari di Kedai Fixi (sila Google, jangan malas), ataupun dapatkan di kedai - kedai buku berhampiran, barangkali sudah ada. Boleh sentiasa bertanya dengan pemilik Fixi sendiri di @BukuFixi.

Zara : Anehnya apabila ada orang menyelar tulisan-tulisan yang mengambil suasana keliling, situasi yang mereka hadapi, dengar atau baca sebagai sumber ilham mereka. Apakah mereka tidak tahu bahawa penulis itu sendiri adalah seorang manusia? (Shafaza Zara, 18 Disember 2012)

Pencuri Milikan.


Ada beza.
Antara pinjaman.
Dan pencurian.
Serta perampasan.

Ada beza.
Bila kau kata nak pinjam.
Bila kau minta izin untuk guna sementara hak milikan.
Atau kau guna dengan pemberitahuan.
Tak pernah kau anggap kau punya.
Sebab kau sedar itu pinjaman.

Tapi.
Bila kau ambil sahaja.
Dan anggap kau punya.
Itu memang salah besar gila.

Alangkah ambil barang orang pun dah salah.
Orang sidai baju di ampaian kau belasah.
Asal muat, kau berkenan, kau sesah.
Apa kau nak kisah.
Tiada mata jadi saksi sah.
Tuhan nampak tu kau kata urusan akhirat sana, mudah.

Macam ni la.
Kita ambil konsep senang.
Kalau barang kau hilang, mesti kau bising kan?
Kalau benda berharga, lagi kuat kau canang.
Bukan setakat polis, habis rumah jiran kau gendang.
Tapi itulah hakikat, kalau kau punya barang.
Kalau orang lain punya kau sebat dan hilang.
Apa benda kau nak gebang?
Kau senyap - tulikan diri dari bincang.
Kau enak minum petang.

Itu kalau barang.
Ni kalau cinta hati orang lain?
Baik kekasih, pasangan atau tunang?
Kau main sapu bersih kalah ikan melekap dinding lumut.
Alasan kau mudah - sebab dia kesepian.
Tapi betul ke alasan kau?
Bukan kau sengaja mahu sailang?
Ala, kau takut kena cop pailang?

(tarik nafas)

Barang hilang, orang beli baru.
Paling kuat mereka menangis sebab sayang.

Orang hilang, tak semua ganti baru.
Memang mereka menangis atau sedih.
Paling banyak, mereka simpan dendam dengan kau.
Dan kau lupa bahawa manusia adalah makhluk paling menakutkan?
Kalah hantu, jin dan syaitan.
Bila fikiran mereka tak tenteram?

Hentikan rampas hak orang.
Sakit sangat mata kau tengok orang lain gembira kenapa?
Kau tak boleh cari kegembiraan sendiri?
Kalau kau cukup tenaga nak rampas hak orang.
Mesti kau lebih kuat untuk cari milikan sendiri.

Tak.
Suami, isteri, kekasih, tunang orang bukan benda pinjaman.
Kau tak boleh pinjam dan pulang lepas digunakan.
Ini bukan tandas awam atau taman tema permainan.
Mereka manusia yang punya perasaan.

Boleh ke kau hadap suatu hari nanti.
Bila ada orang datang pada kau dan kata,

"Hey, pinjam isteri kau sehari"

atau

"Oit, suami kau bagi aku guna dulu. Nanti aku pulang"

atau

"Tunang kau nampak cantik. Swap dengan kereta aku 4 jam"

(tarik nafas)

Kau boleh terima ke semua tu?
Mereka di sisi kau jadi barang.
Yang dilambung bila nak, dipinjam bila suka.
Ataupun dirampas bila kau leka.

Tak tahulah kalau kau suka.
Macam tu, kau boleh tayang pasangan kau dalam bekas kaca.
Letak sekali harga.
Orang boleh beli, pinjam atau sewa.
Dan pulang bila tiba masa.
Atau jadikan hak sendiri bila mereka lupa.

[Sumber gambar] - Bukan aku punya.

Zara : Tak bolehkah kau belajar hormat mereka yang sudah punya seseorang untuk dijaga/menjaga dalam kehidupan mereka? Bukankah kau juga punya seseorang yang sedemikian rupa? (Shafaza Zara, 18 Disember 2012)

Monday, December 17, 2012

[Ulasan] : Main Gila - Lejen Press


Bangun pagi.
Rasa nak pergi KL.
Mandi, bersiap, minta Abah hantar pergi stesen bas.
Selamba.

Ya.
Aku  pun 'main gila' juga semalam.
Macam selalu aku buat, bila aku suka.
Tapi yang ini adalah 'Main Gila' yang lain.

http://farm9.staticflickr.com/8487/8279823527_a5e3400918_z.jpg
[Flickr Aku] : Gelang tidak datang sekali.

Berikut adalah ulasan aku yang diceduk dari Goodreads.

Beli : 16 Disember 2012.
Baca : 17 Disember 2012.

Durasi pembacaan : 3 jam setengah (sebab tertidur petang di tengah-tengah)

1. Aku nak letak 4.7 bintang sebab ada 1-2 cerpen yang kurang menarik pada aku. Tapi itu aku lah. Yang hanya sebagai pembaca. Tapi bagusnya, kekurangan itu ditutup dengan kispen-kispen yang hebat.

2. Kispen/cerita pilihan : Suicidium Luc Abdullah, De'Lejen Sahidzan Salleh, 7.62 mm Ophan Bunjos, Penebusan Khrlhsym, Suu-Chi Fiq Vertigo, Catatan Syahid Abdullah dan Dhabit Hasrul Rizwan.

Sekali lagi, tu yang buatkan aku teruja. Yang lain-lain, berada dalam kelas mereka tersendiri. Cuma mungkin yang aku senaraikan tadi adalah yang mengujakan aku. Amal Hamsanpunya tulisan juga menarik, tapi aku mungkin suka gaya Amal yang lain (aok tetap di hati koi). Zoul Yazix dan Aisa Linglung juga menarik garapan mereka.

3. Ulasan aku mungkin sedikit "bias" sebab kebanyakan daripada mereka adalah orang yang aku kenal atau pernah berjumpa ataupun pernah berdiskusi bersama, ataupun aku memang peminat tegar tulisan mereka.

4. Suicidium - Luc Abdullah : Tulisan ini memang gaya Luc. Aku secara peribadi menggelar Luc sebagai "mesin kispen" dan ternyata, kali ini hasilnya tidak mengecewakan. Bila membaca Suicidium, buatkan aku tertanya dan renung diri sendiri, sebab aku selalu buka laman sesawang yang berkaitan dengan isu yang diutarakan.

5. De'Lejen - Sahidzan : Seperti dalam Kolonial Mimpi - elemen tulisan Sahidzan yang aku suka adalah "details". Penceritaan yang kemas, dan kau boleh bayangkan apa suasana cerita tersebut.

6. 7.62 mm - Ophan : Di bahagian isi kandungan, dia tulis, 7.65 mm (nanti lain cetakan, boleh betulkan) - Salah seorang yang mempunyai tulisan yang tajam. Gaya Ophan macam dalam zine dia sebelum ini. Sedap dibaca, diamati dan diperhalusi.

7. Penebusan - Khrlhsym : Bila baca dah tahu dia punya. Aku rasa setiap kali penulis Kontrol Histeria menulis, kita dah boleh detect gaya mereka barangkali walaupun penceritaan sedikit berbeza temanya.

8. Suu-chi - Fiq Vertigo : Aku suka tulisan Fiq. Buatkan aku termenung sekejap dan bertanya pada diri, mana takdir akan bawa aku dalam hidup ini.

9. Catatan - Syahid : Selain dalam Bukan Perempuan Sundal - aku rasa aku tertarik dengan tulisan Syahid, kali pertama aku terjumpa dia dan dia berikan aku "Sampah". :)

10. Dhabit - Hasrul Rizwan : Betapa kadangkala manusia ini lebih hina daripada haiwan kan?

11. Kalau diamati, dalam buku "Main Gila" ini didominasi oleh kebanyakan mereka yang menulis untuk Lejen Press. Dalam kelompok yang aku minati, mereka adalah penulis daripada Kontrol Histeria atau Zine Satu Malam. Kan dah nampak aku sedikit "bias" - tapi tulisan mereka memang bagus.

12. Beli sendiri, baca sendiri la.

P/S : Yang paling untung adalah Deus, nama dia muncul dalam kispen Amal :p
 

Saturday, December 15, 2012

Monday, December 10, 2012

Awak, Jangan Obses Artis Sangat Boleh?


Awak.
Semua orang ada sesuatu yang mereka minat.
Minat pada lagu sehingga borong semua cakera padat.
Sanggup tahan nafas hadiri konsert walaupun malam pekat.
Demi kononnya tuntutan sebagai peminat.

Awak.
Tak salah suka pada artis.
Yang salahnya bila awak layangkan imaginasi sadis.
Awak khayalkan fantasi depan dia yang tahan tangis.
Pada awak itu cuma mimpi manis.
Tiada niat mahu tukar hubungan jadi tragis.
Tapi awak, dia rasa obsesi awak jadikan semuanya najis.

Awak. 
Dari Yuna, Neelofa hingga Lisa.
Awak boleh khayalkan semua.
Dari Aaron, Zahiril hingga Hazama.
Awak boleh mimpikan segala.
Tapi, tidak perlu nampakkan obsesi gila.
Si dia makan hati bagaikan dia tidak wujud depan mata.

Awak.
Kalau awak lelaki.
Si gadis mungkin makan hati.
Dia bersungguh depan awak - tonjolkan diri.
Tapi di mata awak, hanya nampak bayangan selebriti.
Yang awak puja, walaupun awak kata hanya minat tidak bertepi.
Tapi kan awak tahu hati gadis-gadis yang cepat hilang sekuriti?

Awak.
Kalau awak perempuan.
Hentikanlah jeritan.
Setiap kali awak nampak si artis lelaki pujaan.
Setiap lelaki yang datang perlu penuhi ciri artis impian.
Yang tak kena di mata, tak sama - awak ketepikan.
Pada awak, nama si dia pun harus seakan.
Mana mungkin semua impian akan jadi kenyataan?

Awak.
Betul itu mungkin hanya cemburu.
Yang kadangkala membuta tuli sampai rasa nak lempang jadi bisu.
Cuma itulah, jangan dimulakan dulu.
Benda yang boleh merosakkan hubungan kamu.
Walaupun sekadar artis yang suam-suam kuku.

Awak.
Hati si dia itu jagalah - bagai menatang gelas susu.
Taku nanti asyik tarik muka ketat bagai getah beku.
Lama-lama awak juga yang rasa berbulu.
Pengakhirannya, hubungan bagaikan dilempar batu.
Hancur berderai, berdebu.

Awak.
Kalau awak minat gila.
Minat senyap-senyap sahaja.
Buat bagaikan tiada apa bila berdepan dia.
Ah, bukankah lebih baik berlakon, berdrama?
Demi jaga hati mereka?

Awak.
Selamat mulakan cerita.
Kalau sudah tamat, tidak salah coretkan semula.
Semoga bahagia.

http://farm8.staticflickr.com/7035/6833485833_ac480b97c7.jpg
[Sumber gambar]

Zara : Kadangkala kita tidak tahu bahawa apa yang kita selalu perkatakan mungkin menyinggung hati seseorang yang rapat dengan kita. Jadi, jagalah tutur kata dan bual bicara. (Shafaza Zara, 10 Disember 2012)

Saturday, December 08, 2012

Cabaran Besar.


Dalam hidup sentiasa ada cabaran.
Ada ketikanya kita hadapi ujian.
Untuk menguji pertahanan.
Bukan setakat fizikal, tapi juga iman.

Kita.
Barangkali masih lagi manusia biasa.
Yang dalam elok, boleh terluka.
Yang dalam ceria, boleh berduka.
Yang dalam senang, boleh merana.

Satu datang.
Kita hadap dengan tenang.

Dua halang.
Kita senyum dan kekal tenang.

Tapi, sampai bila kita mahu biarkan tarian pincang?
Adakah lantai mahu terus bergoncang?
Ataupun tukar goyang?
Supaya hati kita senang.

http://farm9.staticflickr.com/8480/8235108572_207efef73a.jpg
[Flickr aku] : Ukiran Harimau Malaya barangkali.

Sudah tiba masa untuk mencari ketenangan.
Teruskan kerja dalam senyuman.
Demi mencari suatu kebahagiaan.
Walau apa jua rintangan.

Zara : Pincangnya cara kau cuba mahu mengata tidak tentu hala. Apa yang kau mahu lagi atas dunia? Piala yang kau boleh arak ke sana ke mari yang dipenuhi dosa? (Shafaza Zara, 6 Disember 2012)

Minuman Dua.


Kadangkala apa yang kau suka tidak sama.
Yang mencemuh sampai naik gila.
Yang menyukai sampai hentak kepala.
Hanya sebab minuman semata.

Eh, itu bukan dongengan.
Juga bukan satu permainan.
Untuk yang minum rasa kemabukan.
Rasa tenggelam dalam khayalan.
Hanya kerana duduk berhadapan.
Dengan manusia yang jadi kesayangan.


[Sumber gambar]



Zara : Aku nampak permainan aneh yang kau sekumpulan sedang mainkan. Ah, sebab kalian sedang berada di puncak, mempermainkan marhaen adalah satu kegembiraan menghabiskan masa mengumpul mata dosa. Biarlah. Kalian juga manusia biasa. (Shafaza Zara, 5 Disember 2012)

Friday, December 07, 2012

Bilik Impian.


Dedikasi untuk mereka.
Demi ruang yang mereka buka.
Terima kasih atas segala jasa.

Manusia macam aku ada impian yang aneh. Bila orang lain sibuk baca buku cinta – aku tenggelam dalam keasyikan himpunan sastera dan entah apa lagi yang orang selalu pandang sebagai sesuatu yang tidak berharga. Jadi, semakin aku meningkat dewasa, aku lihat yang buku-buku adalah sebahagian daripada nyawa dan ilmu yang aku terima daripada pemerhati masyarakat paling setia membentuk jiwa.

Coretan aku pada ruang yang paling orang suka langkau setiap kali selak halaman buku – adalah menggambarkan JIWA – tulisan penuh aku, dengan jiwa membayangkan kegilaan aku pada aksara walaupun aku marhaen yang gilakan bahan kimia dan peluh gembira bila berjimba penuh hemah atas padang sekolah. JIWA adalah catatan perasaan jujur aku pada manusia di sekeliling aku dengan tidak mengira apakah pandangan manusia lain yang suka mencemuh. Lagi pula, sekuat mana pun kau atas dunia, kau bukan boleh beli masa dengan malaikat pencabut nyawa, apatah lagi mahu beli jiwa manusia.

Dengan bayangan aku yang tidak pernah kekal dalam mata sesiapa, aku hanya mampu doa tulisan aku bisa bikin orang yang luangkan masa untuk membaca dapat sesuatu. Kalau baik untuk mereka, biarkan mereka tenggelam dalam bahagia. Kalau bikin mereka terluka, aku mohon jangan sampai dalam cedera.

JIWA adalah bukti wujudnya manusia beku bertopengkan gumiho bernama Shafaza Zara Syed Yusof. Lahirnya JIWA dengan dorongan sahabat baik atas dunia yang bergelar Pali – menyumbang bukan sedikit dalam memastikan aku terus bernyawa dan tarik aku bila aku terhempas kuat hingga berdarah. Dinding beku biru empat persegi menyimpan banyak rahsia – dari kerja, peribadi hinggalah tangisan rapuh manusia. Buat Kerat Studio, terutama Luc yang masih misteri serta banyak membantu, kau hidangkan aku jalan yang aku perlu. Terima kasih.

Kalau ada juga yang mencuri harta kecil ini untuk keuntungan peribadi dan juga kononnya mahu menempa nama daripada aku yang bukan sesiapa, aku redhakan sahaja. Sebab, aku tidak akan tahu dan kita buka meja rundingan di akhirat kelak sana. Padang Mahsyar khabarnya besar, jadi aku harap kita akan berjumpa.

http://farm8.staticflickr.com/7276/7555587538_caff60473f.jpg
[Sumber gambar]

Zara : Untuk manusia yang tidak punya daya dan mahu berputus asa bila dihimpit kesesakan dunia, ucapkan selamat tinggal kepada kepayahan dan bangkit gagah untuk teruskan senyuman. (Shafaza Zara, 4 Disember 2012)


Kursus Biodiversiti #04


Surat yang diterima untuk mengikuti Kursus Biodiversiti - Kajian Habitat Tasik di Terengganu adalah mustahil untuk dilepaskan. Makanya dengan peluang yang diberikan, maka bermulalah perjalanan aku untuk bersama dengan rakan-rakan mengikuti pengembaraan ke tempat/suasana yang baru buat aku.

3 Disember 2012.
Tanpa iDraki di sisi, aku mulakan perjalanan dari rumah ke Tangkak. Seterusnya dari Tangkak ke Segamat, di mana bas dari Jabatan Pelajaran bersedia untuk membawa kami semua ke destinasi yang ditetapkan.

4 Disember 2012.
  • Urus diri / Solat Subuh / Tazkirah / Moral
  • Senaman pagi / Sarapan pagi.
  • Aktiviti di Pekan Kuala Berang.
  • Minum pagi.
  • Bergerak ke Empangan Sultan Mahmud.
  • Makan tengah hari / Solat Zuhur.
  • Bot bergerak ke Taman Negara Tasik Kenyir.
  • Minum petang / Solat Asar.
  • Aktiviti di Taman Negara Tasik Kenyir.
  • Makan malam / Urus diri / Solat
  • Aktiviti di Taman Negara Tasik Kenyir
  • Minum malam 
  • Taklimat Kawalan Malam.

5 Disember 2012.
  • Aktiviti pagi masih sama.
  • Bot bergerak dari Taman Negara Tasik Kenyir ke Gua Bewah.
  • Aktiviti di Gua Bewah.
  • Bot bergerak ke Air Terjun Lasir.
  • Aktiviti di Air Terjun Lasir.
  • Aktiviti malam masih sama.

6 Disember 2012.
  • Aktiviti pagi masih sama (barangkali)
  • Aktiviti di Air Terjun Lasir.
  • Bot bergerak dari Air Terjun Lasir ke Empangan Sultan Mahmud.
  • Lawatan dan majlis penutup.
  • Perjalanan pulang.

7 Disember 2012.
  • Perjalanan pulang.

http://farm5.staticflickr.com/4131/5207748554_c6dec57e52.jpg
[Sumber gambar]

Kalau masih diizinkan oleh Allah, barangkali selepas ini, masih akan ada coretan daripada aku yang sebenarnya, dan bukan daripada segala penulisan yang telah dijadualkan. Aku barangkali masih lagi manusia yang kagumnya pada manusia itu tiada. Maaf atas segala kesilapan jika tatkala kamu membaca ini, aku sudah tiada lagi di atas dunia.

Zara : Barangkali mereka terlupa. Dengan menghukum manusia, itu tidak menjadikan mereka sebagai maha pencipta. Mereka tidak pernah akan lebih daripada manusia biasa, macam kita semua juga. (Shafaza Zara, 7 Disember 2012)

Kursus Biodiversiti #03


Surat yang diterima untuk mengikuti Kursus Biodiversiti - Kajian Habitat Tasik di Terengganu adalah mustahil untuk dilepaskan. Makanya dengan peluang yang diberikan, maka bermulalah perjalanan aku untuk bersama dengan rakan-rakan mengikuti pengembaraan ke tempat/suasana yang baru buat aku.

3 Disember 2012.
Tanpa iDraki di sisi, aku mulakan perjalanan dari rumah ke Tangkak. Seterusnya dari Tangkak ke Segamat, di mana bas dari Jabatan Pelajaran bersedia untuk membawa kami semua ke destinasi yang ditetapkan.

4 Disember 2012.
  • Urus diri / Solat Subuh / Tazkirah / Moral
  • Senaman pagi / Sarapan pagi.
  • Aktiviti di Pekan Kuala Berang.
  • Minum pagi.
  • Bergerak ke Empangan Sultan Mahmud.
  • Makan tengah hari / Solat Zuhur.
  • Bot bergerak ke Taman Negara Tasik Kenyir.
  • Minum petang / Solat Asar.
  • Aktiviti di Taman Negara Tasik Kenyir.
  • Makan malam / Urus diri / Solat
  • Aktiviti di Taman Negara Tasik Kenyir
  • Minum malam 
  • Taklimat Kawalan Malam.

5 Disember 2012.
  • Aktiviti pagi masih sama.
  • Bot bergerak dari Taman Negara Tasik Kenyir ke Gua Bewah.
  • Aktiviti di Gua Bewah.
  • Bot bergerak ke Air Terjun Lasir.
  • Aktiviti di Air Terjun Lasir.
  • Aktiviti malam masih sama.

6 Disember 2012.
  • Aktiviti pagi masih sama (barangkali)
  • Aktiviti di Air Terjun Lasir.
  • Bot bergerak dari Air Terjun Lasir ke Empangan Sultan Mahmud.
  • Lawatan dan majlis penutup.
  • Perjalanan pulang.

[Sumber gambar]

Zara : Hari ini aku masih tertanya lagi, mengapakah kau mahu terus menerus memerhatikan kami yang kononnya berdosa di mata kau. Mengapa kau mahu terus mengeji dengan ayat - "semak mata kau". Bolehkah kau alihkan pandangan mata kau dari kami? (Shafaza Zara, 6 Disember 2012)