Salam.
Berdehem.
Macam mana nak beritahu orang tua kita (baca : ibubapa) yang kita sudah bersedia untuk memikul tanggungjawab bercinta dan seterusnya melangkah lebih jauh dengan bertunang (jika perlu) dan berkahwin? Ini suatu persoalan yang bermain dalam pemikiran aku kebelakangan ini.
Perhatian : Saya tidak mengelamun ya? Awak pun jangan mengelamun di dalam kelas. Terima kasih.
[
Gambar : Hati berbunga-bunga ke sekarang ini? Berani betul orang tanya aku begini di Formspring kan?]
Masa sedang berehat.
Mungkin masa sedang berehat adalah waktu paling sesuai untuk tanya benda sebegini. Minda dalam keadaan lapang, badan sedang menikmati waktu rehat. Mungkin boleh cakap begini agaknya (Perbualan ini adalah rekaan situasi)
[
Gambar : Bayangkan sedang berehat bersama Mak]
Aku : Mak...
Mak : Apa dia?
Aku : Nak cakap sikit boleh?
Mak : Cakaplah.
Aku : Kalau ada orang suka Along macam mana?
Mak : (senyap)
Aku : Mak?
Mak : (tidur)
Ah, kacau juga kalau tanya sewaktu Mak sedang berehat. Ada kemungkinan Mak akan tertidur akibat penat. Lebih-lebih lagi tidur Mak adalah tidur berkualiti, tidak boleh diganggu. Kalau terganggu, susah nak tidur semula dan akan menyebabkan Mak bengang. Baiklah, keadaan ini tidak boleh diguna pakai.
Masa makan.
Memang betul macam drama Melayu kan?
Asal ada cerita segala, mesti nak cerita waktu makan (tak kira waktu makan apa sekalipun)
Mungkinkah perbualan begini akan terjadi kalau aku tanya sewaktu makan?
[
Gambar : Kita alihkan situasi ke meja makan ya?]
Aku : Mak, nak cakap sikit.
Mak : (sambil makan) Cakaplah.
Aku : Along ada suka orang, ada orang suka Along. Boleh bercinta ke Mak?
Mak : (tersembur nasi di muka aku)
Bahaya!
Kalau tersembur nasi boleh lagi.
Buatnya tercekik?
Ah, payah!
Batalkan niat nak beritahu.
Masa memasak.
Kebiasaannya kalau memasak, hanya aku berdua dengan Mak di dapur. Mungkin boleh ambil kesempatan untuk beritahu dia memandangkan keadaan dapur hanya ada aku dan dia selain daripada peralatan yang tidak bernyawa dan haiwan-haiwan yang sudah tidak bernyawa (memanglah, dah kata masak ikan, sotong, ayam dan sebagainya).
[
Gambar : Mari kita lihat dari perspektif kalau aku bersama Mak di dapur]
Aku : Mak, kita masak apa hari ini?
Mak : Sambal sotong.
Aku : Baik (sambil siang sotong). Mak, nak cakap sesuatu boleh?
Mak : (sambil siang ikan) Cakap apa?
Aku : Kalau Along bercinta, boleh ke?
Mak : (pisau terpelanting jatuh atau terbang ke dinding)
Dapur kawasan bahaya!
Gila.
Tak mahu cakap di dapur.
Macam mencari maut pula lagaknya.
Batalkan hasrat!
Masa memandu.
Ini antara masa yang aku habiskan dengan Mak sepanjang hari kalau bekerja. Aku memandu ke sekolah dan akan hantar dia ke sekolah setiap hari sebelum aku bergegas ke tempat kerja aku pula. Dah kata masing-masing cikgu (Abah pun), dan laluan masing-masing adalah sama, kecuali ternyata aku paling jauh.
[
Gambar : Mari kita bawa situasi ini di sini. Boleh?]
Mak : Sejuk pun buka penghawa dingin ke?
Aku : Panas kot? Mak tutup yang tepi Mak tu.
Mak : Lagu apa yang kau dengar ni Long?
Aku : Along buka perlahan sahaja ni.
Mak : Cuba-cubalah dengar benda yang menjadi makanan jiwa.
Aku : Tadi dah dengar Ikim.
Mak : Lepas tu dengar lagu-lagu lagu macam ni?
Aku : Mak...
Mak : Kenapa?
Aku : Kalau Along ada suka orang, dia nak jumpa Mak boleh?
Mak : (angkat brek aku sebab terkejut)
Tak boleh!
Sangat bahaya beritahu benda begini di atas jalan raya.
Sumpah tak sesuai.
Ketawa.
Situasi di atas semua adalah rekaan aku.
Mesti kamu akan kata aku yang berani ini sangat penakut kan?
Mahu cakap benda begini dengan Bonda sendiri walaupun sudah berumur 23 tahun pun takut.
Jadi, selepas berguling-guling sebentar tadi, aku jumpa jalan penyelesaian terbaik.
Mungkinlah.
[
Gambar : Kita suruh si dia datang jumpa keluarga terus, boleh?]
Aku : Mak, ada kawan Along nak datang rumah.
Mak : Siapa?
Aku : Nanti dia datang, Mak kenallah dia.
Mak : Siapa pula ni?
Aku : Kejutan!
Main ikut suka hati aku kan?
Ketawa.
Ada sesiapa punya cadangan lebih baik?
Nota Kaki :
1. Esok akan ke Melaka Wonderland (9 Disember), mari semua.
2. Menunggu teman aku membalas pesanan ringkas akan sesuatu yang penting.
3. Uruskan hal kemasukan adik ke universiti.
4. Sedang membaca tesis sepupu, dia minta aku buat penambah baikan. Tajuknya adalah sangat mengujakan!
Zara : Tolong jangan buat aku kehilangan senyuman dengan kata-kata kamu yang hanya mahu menikam belati dari belakang. Ah, betapa kau tidak suka aku mengukir senyuman kepada dunia ya? Bukankah kau sudah menjadi pemilik senyuman pada suatu masa yang lama?