Kenyataan Yang Terbelit Atas Penulisan Yang Berbelit.
Aku tidak bercinta dengan pelajar sendiri.
Aku bukan memulangkan pemberian orang.
Aku tidak menangis.
Aku hanya aku.
Keperluan atau nafsu?
Mana yang menjadi pilihan hati?
Aku perlukan ubat, pil untuk penawar sakit.
Aku perlukan seseorang untuk meluahkan perasaan.
Aku perlukan bahu untuk bersandar.
Aku perlukan bantal untuk mulakan pergaduhan.
Aku perlukan darah untuk menjadi diri sendiri semula.
Tengik : Aku perlukan seseorang untuk bercakap.
Busuk : Aku.
Tengik : Tiba-tiba aku rasa ingin menangis. Kenapa ya?
Busuk : Perubahan hormon.
Tengik : Aku kesepian di dalam - menyumpah kebodohan sendiri.
Busuk : Sabar kawan. Lumrah lah. Kekosongan kau itu, penuhkan dengan hidup kau.
Keperluan dan nafsu.
Aku memilih keperluan.
Tiada bahu, aku masih punya dinding.
Tiada seseorang, tetapi aku masih punya kamu sekalian.
Tiada bantal, aku masih punya selimut untuk memulakan serangan.
Tiada darah, aku masih punya hati yang merupakan azalinya darah.
Masih darah.
Melepaskan kekuatan terakhir kepada seseorang.
Suatu bentuk perkongsian?
Ajar dia menghadapi kenyataan walaupun pahit.
Sendiri pasti itu kesalahan, kesilapan tetapi diri masih tegar menidakkan.
Jangan pernah muncul jika mahu memualkan.
Jangan pernah wujud jika mahu meluatkan.
Jangan pernah.
Jangan.
Tiada pemuas nafsu jika yang kamu perlukan adalah keperluan.
Jangan pernah abaikan keperluan kalau kamu bisa membezakan.
Nafsu dan keperluan.
Aku masih manusia.
Bila aku manusia, aku masih punya organ yang perlu dijaga.
Aku masih punya sistem badan yang harus dipelihara.
Kalau aku sakit, aku dambakan seorang pengamal perubatan.
Tapi jika pengamal perubatan yang sakit, aku tertanya, siapa yang akan merawatnya?
Begitu juga dengan aku.
Nafsu aku?
Pada ketagihan yang aku sering puaskan.
Aromanya memanggil aku - jangan tarik!
Lepaskan, biar aku dapat unjurkan diri dengan sempurna.
Zara : Memerlukan seseorang untuk bercakap. Terlalu memerlukan. Jari sedang mendail talian kecemasan. Mungkinkah ada seseorang yang bakal menjawab? Senyap. Senyap. Senyap. Aku cuma perlukan rehat dan sumpah, aku sedang tersenyum.