Sunday, October 04, 2009

Kamu Insan Yang Hebat - Tenaga Yang Kamu Salurkan Buat Fikiran Aku Tenang Dan Kuat Wahai Sahabat

Teman, kamu perlu angkat dulang hantaran malam ini?
Kamu pulang dari majlis dan berkejar menyelamatkan aku.
Menjawab permintaan aku yang menjerit memerlukan tulang belakang kamu untuk bersandar.


*ini gambar hiasan - majlis pertunangan dengan sepupu tersayang aku*

Hati aku menjerit perkataan makian bertalu-talu.
Tangan aku bingkas menulis kata-kata keji demi memuaskan nafsu. Istilah malu aku tendang ke tepi. Maruah sudah diinjak, apa perlu aku tersenyum sendiri? Aku sumpah diri sendiri dengan doa pendinding diri. Siapa kata aku perlu menangis bila di bawah tekanan? Aku lepaskan emosi pada dia, teman yang mengerti.

Teman meminta aku bersenandung cerita padanya. Ah, dia memang teman setia. Walau diusik keji disebabkan dulang hantaran, tetapi dia tetap dia yang aku kenali. Cerita bertukar dan dia mengerti. Ayat yang terlintas di benak dia diterjemahkan dalam bentuk penulisan yang buat aku mengerti betapa kadangkala celakanya duniawi.

Teman : Kau sedar tak dulu aku selalu mengadu begini pada kau? Sekarang ini terbalik.

Aku : Itu lah pasal. *ketawa*

Tersenyum aku bila mengenangkan betapa dia sudah meningkat dewasa secara tiba-tiba. Berperingkat sebenarnya tetapi aku lihat dia dengan mata hati yang indah. Dia pernah berperangai seperti kanak-kanak yang dirampas permainannya. Membentak teman istimewa. Sentiasa memerlukan perhatian, mahu dimanjakan dan hanya untuk dia. Kalau teman istimewamu tidak menghiraukan kamu, kamu sudah separuh nanar. Mencari dia hingga sanggup memintas satelit!
Ya, itu kamu yang dulu. Sentiasa meyimpan prasangka mungkin si dia punya teman yang lebih istimewa walaupun kamu telah korban segalanya. Pergerakannya kamu mahu mengawal, mahu menunjukkan diri ini juga penting dan berkuasa dalam menentukan jalan hidup yang kamu bina bersama. Tetapi apa pengakhiran sebuah cerita yang indah? Dapatkah kuasa yang ingin ditonjolkan bersatu dengan cinta?

Teman, kamu lelaki dan aku pula mungkin seorang wanita.
Tetapi ada sesuatu yang buat kita belum pernah gagal bersama sehingga hari ini - setia dengan ikatan yang telah kita jalinkan atas satu sebab yang utuh - percaya!
Kepercayaan.
Aku percaya kamu dan kamu percaya aku dan kita saling mengerti, itu yang membezakan garisan duniawi yang kadangkala bersikap keji ini.

Teman, mungkin dulu kamu bersikap seperti anak-anak!
Mungkin kamu merengek dan mendesah dengan manja - gilakan perhatian, mahukan sepenuh tumpuan.
Tetapi kamu hari ini?
Satu perkataan yang sesuai buat kamu - MATANG.



Sukar untuk dipercayai seorang yang pernah mengadu dengan kuat dan rutin dengan aku sudah jadi manusia yang sangat bertanggungjawab hari ini. Bukan hanya untuk diri tetapi juga keluarga dan nusa. Tiada lagi aksi kanak-kanak yang mahukan perhatian. Tiada lagi kegilaan mahu diberikan tumpuan seharian. Sekelumit pun tidak tinggal sikap yang sebegitu. Malangnya saat ini, aku menempuh benda yang pernah kamu laungkan dulu. Benda rutin yang kamu canaikan di telinga aku dulu kini aku nikmati. Oh tidak, kita tidak akan pernah merenggut nyawa sendiri. Kerana apa?
Kita lebih kenal diri sendiri dari mereka yang memikirkan sesuatu tanpa menggunakan akal dan memilih sesuatu yang berhaluan kiri. Kejikah pernyataan ini?
Kalau kamu berfikiran nyata dan waras, kamu bakal anggukan kepala dan mengerti.

Teman, terima kasih kerana sentiasa hadir untuk aku. Terima kasih kerana kita berdua sudah hampir sempurna melengkapi suatu sama lain. Terima kasih kerana curahan semangat yang kamu kirimkan buat aku bertambah kuat dan tabah. Hari mendatang bukan suatu masalah kerana persahabatan yang kita jalinkan teramat indah.

Terima kasih kerana kamu menyalurkan tenaga yang bisa buat aku mengejar mimpi dan menjadikan ia realiti.
Aku sayang kamu.

Zara : Minggu ini sudah tiga orang mendoakan aku mati cepat. Mereka orang yang aku sayang dan cinta spenuh hati. Harap agar doa mereka dimakbulkan.

53 comments:

Anonymous said...

hidup ini tidak palat tp penuh dgn orang palat ;p

penat seh angkat dulang. yang tak leh blah, angkat bekas sirih tu. diorg boleh hias ngan pelepah nenas.

amat sedap seperti dicakar ketika landing atas muka aku. nasib baik tak calar. hehehe.

aku matang ker??? jap check, oohh, mampu membuat zuriat. leh kira matang tak?? ;p

kalo tak start serious ngan life, and mula fikirkan tentang tanggungjawab yg akan datang, baik duk rumah minum susu, tidur bawah ketiak mak.

mau2 mak aku penerajang. tambah ngan bapak aku.

well my dear zara, be strong and be smart. that's how to live in this cold world :)

aku sentiasa ada untuk pijak ko atau pijak orang yg pijak ko.

Shahira said...

well zara.
kau harus tabah sbb kita tak boleh nak buat orang suka kat kita.
n 1 phrase that i think suitable for ur friends out there:

you can't please ppl all of the time... so PLEASE, please me.

maybe dieorg doakan kau mati tapi nanti jikalau kau betol2 mati, dieorg yang akan meraung sepi.

wallahualam...

myQza said...

dak zara : apa pun yang berlaku kamu harus kuat!!

zino said...

cantik kereta tu...

apa pun yg berlaku sabar dan tabah...

PuanPepel said...

kuat zara~

*A friend in need is a friend indeed*

farah said...

aku tahu kamu kuat sayang!

ciK LyndaWawa said...

yup..aku sokong...even aku tak penah jumpa kamu hanya membaca tulisan kamu, aku yakin kamu kuat zara...

Tekkaus said...

Jangan bimbang! bertahan lah buat masa ini Zara! :)

cheryna zamrinor said...

alhamdulillah zara...teman kita bukan org yang sama. teman sha pon dpt tanggungjawab hari ini. rasa seperti nak putus urat2 di kepala. adoi.

sharamli said...

memang ssh nk caya kn kal0 kita bandingkan dgn perangai s0rang2 tu waktu dulu..

lel said...

ingatkan hantaran kamu tadi
huhu

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

.palisevenfold.:

Thanks a lot Pali.
Thanks sebab selalu ada untuk aku.
Nyata sangat aku kadang2 bengkok juga.
Oh.
Hahahaha.

Nasib baik muka kamu tak calar.
Kalau tidak sudah jatuh saham.

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

Shahira :

Thanks a lot dear.
Jauh kamu di Jepun merisaukan aku.
Sayang kamu.

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

sI tEDI:

Terima kasih Tedi.
Mahu gantung di bahu kamu.

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

zino :

InsyaALLAH Uncle.

=)

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

miera a.k.a merr :

Thanks a lot Merr!

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

farah :

Terima kasih cinta~

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

ciK LyndaWawa igUana :

Oh Kak Wawa,
terima kasih atas sokongan yang kamu beri kak.

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

Tekkaus :

Baik bang!
Terima kasih.=)

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

cHeRyNa PiReS :

hehehe.
jangan putus dulu sayang.

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

sharamli :

Ya betul Sha.

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

Noorlaila Mohamed Nor:

kak punya?
lambat amat lagi.

=)

Mrs Poyo said...

Ceq syg teman Ceq..
huuu...
sapa yg doa tu..Ceq nk plangkung pala dia skit..
heee!

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

out of topic.

bahasa Zara di sini mmg menarik. dah tinggalkan lama dulu.

perlu baca dlm suasana tenang rasanya.

bukan compliment.memang nyata ikhlas.

Anonymous said...

aku ingat kamu tunang dik

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

mira amair :

meh plangkung meh~

hahaha~

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

a.z.r.i.n.a.03.07:

terima kasih kak~

kamu buat Zara tersenyum~

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

Lifesaver:

hahahaha~

ku lama lagi~

AbcdeFtyyhahh; said...

SALAM,
kak zara KUAT DAN BERANI. :)

hehe. kak kak, semakin hari kita(manusia) semakin matang ya? kita sdiri tidak myedarinya..........

niesz said...

hihi..suspens je..
ingt tul2 td..
but niesz doakan korg baik2 saje k..
mane tau..
nk dekat da mase nyer..
hihi..

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

AbcdeFtyyhahh;

akak ni tak kuat mana pun dik~
tapi masih mahu berjuang dan terus berjuang~

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

niesz:

hehehe~

ku lama lagi sayang~

Anonymous said...

emm....kamu ok tak skrg nie zara ....

NAZ said...

ayat ayat u mencabar saya :)

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

Uruchimaru @ kf :

ok juga KF~

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

naz :

mencabar bagaimana tu Naz?

=)

imHepPie said...

tringin mau ada teman baek lelaki...skadar teman baek..

intan izani said...

teman yg setia
mmg sudi meminjamkan bahu selalu...
sabarlah hadapi hidup ini..

;)

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

imHepPie:

teman baik itu lebih penting~

=)

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

intan izani :

benar kata kamu kak~

et said...

bc due kali bru dpt tangkap..cantik susunan ayat die..^^

bez kn..mbesar+tgk kwn jdik dewasa sme2? teringin nk ade sorg kwn mcm tu jugak..

jgn di amin kn doa mcm tu..huhuhuu..

Gieyana said...

cantik siut hantaran tue..:D

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

IMCurtain:

Already joined it!
Thanks!

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

et:

Teman begitu yang buat diri lebih tabah dalam hidup ni~

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

Gieyana :

hehhee~

lawa kan kak?

Karbon Kopie said...

teman baek....hmmmmm..membuatkan aku takut untok memilikinya setelah acap kali dikianati..tak sanggup kecewa lagi untok sekian kalinya...

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

mRs.jUkoGYu :

kadangkala perlu mencuba juga kak~

attyfir said...

ingatkan zara yg bertunang ...
lawa nya hantaran tunangan tuh ..org yg bertunang tu pun cun ..

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

atty's :

zara lama lagi kak~

hehhee~

Blog Anuar Kamaruddin™ said...

ku doakan kamu hidup lama...boleh meminta org lain mengangkat dulang untuk majlis mu pula =D amin

apan lee said...

yeah!bff is forever.
because even when you're not sure where you're headed it helps to know you're not going there alone. ;P

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

Blog Anuar Kamaruddin™ :

amin Nuar~

entah bila lah~

=)

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

arque :

yup and yup bro~

chill!