Showing posts with label Angkasawan - Dr. Sheikh Muszaphar Shukor. Show all posts
Showing posts with label Angkasawan - Dr. Sheikh Muszaphar Shukor. Show all posts

Thursday, February 18, 2010

Saya Cintakan Awak Zara. Angkasa Indah Walaupun Suaraku Kasar Dan Garau Macam Lelaki Dewasa.


Ciuman ke enam ratus.
Setelah lebih setahun, baru masuk enam ratus.
Aku baru pulang dari angkasa.
Ya, angkasa memang sejuk dan aku peserta termuda.


Aku dapat jawapan yang aku perlu semalam.
Terima kasih buat budak kejam itu.
Ketawa.
Aku dalam taklimat, saling bertukar-tukar pesanan ringkas.
Ah, kalau namanya Zara, sudah tentu sukar rasa puas.

Ada masa lima minit rehat sebelum sesi seterusnya bermula.
Bawa telefon genggam keluar.
Ramai pula pakcik-pakcik yang bergetanyang.
Geram.
Pergi hadapan tandas.

Aku : Hello.
Budak Kejam : Hello...Hello...Hello.
Aku : Hello, tak dengar ke?
Budak Kejam : Engkau kat mana ni?
Aku : Tandas.
Budak Kejam : Tolonglah keluar, suara engkau bergema.
Aku : Aku depan tandas, bergema lagi ke?
Budak Kejam : Bolehlah.
Aku : Apa cerita?
Budak Kejam : (Cerita...Cerita...Cerita) Eh, aku rasa aku bukan cakap dengan Zara.
Aku : Kenapa pula?
Budak Kejam : Suara kau ganas gila. Kasar, garau macam lelaki.
Aku : (Ketawa) Suara aku memang macam ini.
Budak Kejam : (Ketawa) Tak padan langsung dengan imej.
Aku : Aku rasa kacak. (Ketawa)

Budak Kejam, terima kasih kerana mewarnai hari aku.
Sekurang-kurangnya aku punya muka tidak murung terperangkap di angkasa dengan orang-orang tua. Ya, mereka semua orang tua dan aku sahaja yang muda. Rasa diri macam di awang-awangan sahaja.

Sejuk melanda.
Kepala melayang-layang.
Terbang.
Hilang.

Yang penting, lepas tengok poster, teruskan mengundi di sini  dan sini. Sila undi setiap hari.

Zara : Sangat penat. Kepala berat. Benci mahu menulis petang ini disebabkan emosi tercalar. 


Gambar ini adalah simbol aspirasi aku pada kopi dan cinta. Tidak ada kena mengena dengan hidup atau mati. Yang penting, teruskan mengundi di sini  dan sini.

Sebelum Berlepas Ke Angkasa Mengikut Jejak Langkah Datuk Dr. Sheikh Muszaphar, Ini Sahaja Bingkisan Yang Mampu Aku Titipkan Buat Kamu.


Selamat tinggal Bumi bertuah.
Selamat tinggal daerah yang istimewa.
Selamat tinggal makmal rahsia.
Selamat tinggal ramuan terbaik yang menghiasi darah.
Kamu semua terpaksa mengucapkan selamat jalan pada aku.

Selamat tinggal cinta.
Selamat tinggal Dunia Sebelah Zara.
Ini mungkin penamat dunia, tetapi permulaan buat angkasa.



Ya, sebelum aku mengikut jejak langkah jejaka kacak di atas, aku mahu mengucapkan terima kasih atas sokongan kalian sepanjang aku berada di dalam dunia maya ini. Tanpa kalian, aku hanyalah insan yang entah siapa mahu peduli. Dunia realiti aku mungkin baik, tetapi di alam maya ini aku lebih menjadi diri sendiri tanpa perlu memakai topeng kesakitan yang mencengkam pawana.

Aku punya impian dan harapan setinggi angkasa.
Hari ini aku dijadualkan ke sana.
Kalau kamu baca titipan ini selepas jam lapan pagi waktu Malaysia, itu adalah garisan penamatnya.
Tiada istilah berpaling lagi walaupun aku amat sayangkan kalian semua.
Senyum terpaksa.
Betulkan muka, ukir wajah gembira.



Masih ingat tentang Dunia Sebelah Zara yang kamu boleh temui di Mukabuku?
Itu hadiah khas untuk kalian semua.
Kalau kalian adalah penulis blog dan mencari tempat untuk meninggalkan penulisan terbaru, ya, aku persilakan kalian ke sana. Tinggalkan sahaja alamat penulisan terbaru penulisan kalian. Moga-moga ia menjadi perkongsian terbaik buat mereka yang lain. Aku mungkin hanya mampu memerhati dan mendoakan yang terbaik daripada atas sana.

Nafas tersekat.
Batuk tersembur darah pekat.
Gagahkan diri, tabahkan hati mahu jengah kalian dari dekat.
Aku cuma harap aku tidak terlewat.
Senyum kelat.

Jika ini titipan terakhir, ingatlah kamu adalah tunjang kehidupan dunia.
Kalau tiada lagi jalinan takdir antara kita, penyambungnya tinggal doa.
Kalau ini ukhuwah terbaik, moga ia terpelihara.
Terima kasih kalian, pencinta dunia sebelah zara.

Salam terakhir sebelum berangkat ke angkasa.
Salam terakhir sebelum pergi menunaikan amanah.
Moga kasih semakin bercambah.
Pelukan mesra.

Yang penting, lepas tengok poster, teruskan mengundi di sini  dan sini. Sila undi setiap hari.


Zara : Aku perlu menghadiri taklimat program latihan SKM, MKM dan ANGKASA tahun 2010 hari ini. Dari jam lapan pagi hingga satu tiga puluh tengah hari. Senyum. Eh, benar, aku perlu ke ANGKASA kan?


Gambar ini adalah simbol aspirasi aku pada kopi dan cinta. Tidak ada kena mengena dengan hidup atau mati. Yang penting, teruskan mengundi di sini  dan sini.

Thursday, January 28, 2010

Dr. Sheikh Muszaphar Shukor - Bila Agaknya Boleh Bertemu Dengan Beliau Dalam Waktu Terdekat Ini.


Oh, tentu sahaja ada mata yang menjeling tajam.
Pasti ada bibir yang menjuih dengki dengan penulisan kali ini.
Mungkin ada tutur kata yang bersulam benci.
Nah, tidak mengapa.
Aku menulis dari hati sendiri.
Tidak meminta pinjam hati yang iri.



Ketawa.
Senyum dalam hati.
Oh, tiba-tiba rasa mahu menukar kata ganti nama sebagai Sha.
Eh, lalang sungguh ini Zara.
Mana mungkin mahu menukar sesuka hati.

Oh, memang hajat dan impian serta mimpi mahu bertemu dengan pengamal perubatan ini.
Entah mengapa rasa mahu menjemput beliau ke sekolah.
Mungkin disebabkan kedengaran cerita menarik yang disampaikan dalam memupuk minat pelajar di sekolah.

Ah, impian itu bukan impian aku seorang.
Bahkan impian bagi setiap orang yang mempunyai cita-cita menggapai langit yang tinggi.
Ya, aku tidak perlukan sayap untuk terbang tinggi, tapi aku mahukan keazaman yang menggunung bagi menjadikan impian bukan mimpi yang tidak akan tercapai.

Oh, mungkin juga impian itu akan separa terlaksana hujung minggu ini.
Please watch CNBC Astro Channel 518 ( Malaysia ) on 30th Jan 530pm and next episode 31st Jan at 6pm for my astronaut interview ... Im not sure Im in which segment !
Ya, itu aku salin secara menekan Ctrl+C dan Ctrl+V dari Mukabuku peribadi beliau.
Ah, walaupun ianya hanya di kaca televisyen, aku masih gembira.
Tiba-tiba teringat abang Jejaka Panas yang menang tempat ketiga AJL baru-baru ini.
Sihatkah beliau kini?
Senyum.

Ah, mengapa menulis seperti membuat liputan mengenai tokoh yang aku gemari?
Oh, mungkin disebabkan aku mengajar bahagian "Wawasan Diri" dalam mata pelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan bagi pelajar Tingkatan Empat. Ada yang menyenaraikan nama Dr. Sheikh Muszaphar Shukor sebagai antara tokoh yang memberikan wawasan dan semangat pada mereka.

Zara : Bersemangat menempuh hari terakhir dalam minggu ini. Bakal menyalin nama bulan minggu hadapan. Selamat tinggal Januari. Hampir mengoyakkan satu helaian takwim.

Sunday, October 18, 2009

Cuba Fikirkan Apa Yang Kamu Mahu Saat Ini Sayang : Hakikatnya Aku Memang Sentiasa Seorang Perempuan

Menerima panggilan dari teman wanita yang kini isteri orang, B.

B : Betul ke kamu nak tutup blog?
Aku : Siapa kata aku nak tutup? Aku cuma nak peribadi (baca : private) bila aku mula mengajar. Itu pun belum pasti lagi.
B : Kenapa tiba-tiba nak buat begitu?
Aku : Tadi aku gunakan nama aku sebagai kata kunci (baca : keyword) di enjin-enjin carian,dan aku jumpa gambar-gambar aku serta sedikit maklumat peribadi. 
B : Dan kamu takut kalau ada pelajar yang mencari nama kamu? *gelak*
Aku : Mungkin, bukan boleh percaya sangat sekarang ini. Aku pun pernah buat macam tu pada pensyarah aku - walaupun tujuannya baik. *gelak*
B : Ikut kamu sayang, tapi fikirkanlah dulu. Kamu akan kehilangan tempat melepaskan perasaan dan melegakan tekanan yang gilakan bahasa. *gelak*
Aku : Sudah aku katakan ini hanya kemungkinan - aku sejujurnya lebih gemar menggila seperti biasa.

Buat pengunjung Dunia Sebelah Zara, tujuan aku meminta alamat surat elektronik kamu adalah sebagai pelan tindakan sokongan jika aku terpaksa melakukan apa yang aku nyatakan. InsyaALLAH, aku akan pastikan kehadiran aku di dunia maya ini tidak akan berakhir begitu sahaja. Buat masa ini dunia aku masih terbuka untuk pembacaan umum bersama kalian semua - menyulam cinta dan kasih sayang. Jika masih ada yang mahu meninggalkan alamat elektronik, sila tekan SINI dengan lembut dan penuh kasih sayang.

B : Cuba kamu fikirkan apa yang kamu saat ini sayang. Apa yang paling kamu nak?
Aku : Aku mahu tas tangan untuk di bawa ke sekolah. *gelak*

http://www.warming-global.net/wp-content/uploads/2009/06/des-handbag.jpg
(Gambar penghargaan di SINI)

B : Itu yang kamu mahu? Gila!
Aku : *gelak* Dah itu yang aku mahu, aku cuma jawab apa yang kamu tanya. *gelak*
B : Permainkan aku setiap kali ya? Sejak bila suka tas tangan?
Aku : Aku seorang perempuan yang bekerjaya. Aku fikir aku perlukan itu. *gelak*
B : Perempuan...
Aku : Hakikatnya aku memang seorang perempuan. *gelak*

Sedang memikirkan apakah tas tangan yang sesuai digayakan oleh seorang guru. Oh, dulu aku membawa tas tangan ke sekolah adalah disebabkan nilai markah yang diberikan atas penampilan - ketika Latihan Mengajar. Sewaktu aku menjadi guru ganti, aku tidak pernah membawa tas tangan. *gelak*

Zara : Sedang meneliti serta mengamati setiap penulisan di dalam surat khabar hujung minggu. Ada penulisan yang menyatakan Dr. Sheikh Muszaphar Shukor akan melangsungkan pertunangan pada 1 Januari 2010 dan bernikah pada 10 Oktober 2010 (Genap 3 tahun selepas dia ke angkasa). Tahniah buat beliau dan tiba-tiba hati rasa sayu. Eh, ini bukan ruangan gosip. *gelak*