Showing posts with label Makanan. Show all posts
Showing posts with label Makanan. Show all posts

Friday, June 03, 2011

Sains : Dapur Adalah Makmal Kimia Aku.


Dah hampir dua tahun dalam bidang sekarang, orang masih tanya aku apakah aku akan sambung belajar dan sebagainya. Siapa yang kenal aku, tahu sangat betapa kebolehan aku hanya belajar dan mengajar. Tak pandai benda lain dalam hidup ini. Tak berbakat untuk menyanyi sebab suara boleh runtuhkan gunung, nanti orang dengar dalam radio orang pun tak boleh nak bezakan penyanyi ni lelaki ke perempuan (aku tak nak jadi Justin Bieber nombor dua).
Ketawa.

http://farm3.static.flickr.com/2529/3731765438_e6fe61d998.jpg
Gambar : Aku tetap bangga dengan latar belakang Kimia aku. Bukanlah berjaya mana pun, tapi aku ambil sesuatu yang aku suka dalam hidup. Benda yang buat aku lebih hargai banyak benda dalam dunia.

Aku pelik kenapa ramai budak tak suka Kimia ataupun Sains. Aku tak layak tulis pasal Fizik ataupun Biologi disebabkan aku memang minat yang amat sangat dengan kimia. Mungkin sebab aku dapat buat benda yang aku suka dalam hidup, mengharungi kepayahan dan kesusahan tidaklah sampai ke satu tahap tekanan. Ya, dalam hidup kalau kita dapat buat benda yang kita suka tentulah sangat seronok bukan?

http://a7.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc6/255602_10150623634235543_885375542_18845299_1134233_n.jpg
[Tekan ini untuk tumbesaran]

Maaflah.
Sebab nak cepat, aku cuma conteng laju-laju apa yang aku perlu buat di atas sehelai kertas dan lekatkan di peti sejuk. Ya, sudah aku nyatakan yang aku budak kimia dan kebanyakan benda yang aku perlu buat, akan aku tulis atau catatkan di mana-mana. Bukan sebab aku budak kimia, cuma aku skema kata orang. Baiklah, mari kita tengok antara kajian saintifik terhadap diri sendiri yang aku terapkan mengikut ciri-ciri sesuatu kajian.
Ketawa.

  • Daya pemerhatian - Benda ini penting sebagai orang sains dan dalam benda yang melibatkan kemahiran. Jadi aku menggunakan daya pemerhatian sebagai salah satu cara aku mendapatkan sesuatu pengetahuan. Ini meliputi apabila aku ralit melihat Puan Mulia masak walaupun dia membebel kenapa aku tengok dia masak sampai aku tolong dia lambat. Tapi itu memang aku, aku perhatikan dan gunakan semula pengetahuan itu bila perlu.

    •  Perlu ada langkah-langkah - Ya. Macam mana kau buat eksperimen di dalam makmal, ataupun bertukang di dalam bengkel, perlu ada manual kerja. Nampak macam sangat mahu kesempurnaan, tapi pada aku itu bukan mengejar kesempurnaan, tetapi mengelakkan kesilapan. Manusia memang akan sentiasa buat silap, tapi pasti lebih berbaloi kalau kita dapat elakkan ia terjadi kan? Pernah sekali aku tersalah baca manual semasa di dalam makmal sewaktu zaman belajar, habis berasap set eksperimen aku. Nasib baik hidup lagi.

      • Rujukan - Ini adalah penting ya para pembaca. Sebelum membuat apa-apa sila buat rujukan. Aku akui, manusia beku macam aku tak pernah kenal alat solek sebelum ini. Aku beli bedak padat (baca : compact powder) pertama aku pada tahun 2007 disebabkan aku perlu kelihatan menarik untuk pergi latihan mengajar. Bersolek ala kadar, dengan bedak yang sangat polos, dan juga calitkan sedikit pemerah bibir. Itu pun baru pertama kali ada. Bukan gincu, tapi apa benda entah dulu tu. Bagi bibir nampak segar sahaja. Gila kan?

        •  Rujukan tambahan - Ini yang aku gunakan dengan lebih mendalam bila aku dah mula pandai nak beli alat solek sendiri. Baca artikel di surat khabar, majalah dan aku akan cuba sendiri dengan muka aku adalah tempat membuat uji kaji. Sama juga macam aku baca mana-mana resepi, aku akan cuba dengan gunakan segala benda yang aku boleh cari. Yang aku tak boleh cari, aku ubah ikut suka hati aku sendiri. Pensyarah aku dulu kata kita mesti inovasi dalam uji kaji. Ya lah. Itu uji kaji biasa, kalau aku guna nuklear? Eh.

        Jangan lupa langkah berjaga-jaga semasa membuat uji kaji.
        Betul tak?
        • Dapur : Banyak benda bahaya. Jaga-jaga jangan sampai terbakar, tercederakan diri sendiri dengan alatan yang tajam serta boleh membunuh.

        • Alat solek : Sayangilah muka sendiri. Pilih alat solek yang bersesuaian dengan diri. Jangan sampai memerlukan pembedahan plastik ya? Itu kita tak boleh buat uji kaji dengan diri sendiri. Tak boleh!

        http://farm4.static.flickr.com/3222/3000334755_3668b4a7b3.jpg
        Gambar : Kimia penuh rasa cinta. Tak percaya? Cuba kau tanya orang bercinta, mereka mesti kata antara mereka dan pasangan mereka ada kimia (chemistry). Tak percaya tanya.

        Sekejap, apa benda yang aku nak tulis sebenarnya ini?
        Ah, aku pun lupa.
        Baiklah semua.

        Nota Kaki :
        Ada dua masakan yang aku berjaya buat hari ini.

        Zara : Kadangkala masa yang kita perlukan terlampau panjang untuk benda yang sebenarnya terlampau sedikit. Nak mengubati jiwa dan hati, berapa lama masa yang kau rasa kau perlu?

        Wednesday, March 30, 2011

        Kan Bahagia Jika Cinta Boleh Dibungkus


        Kadangkala kita rindu.
        Rindu pada orang yang jauh dari mata tetapi mahu berikan sesuatu yang menyenangkan buat mereka. Mungkin akan terfikir, kalaulah cinta itu boleh dibungkus dan dihantar menggunakan pos, alangkah baiknya. Bahagia melihat hati dan jantung berdenyut-denyut di dalam kotak yang dihantar oleh abang posmen yang menggigil disebabkan menghantar organ bukan kerjaya dia. Eh?
        Ha ha ha.

        Kadangkala kita lapar.
        Benci bila buka blog atau laman sesawang yang menyediakan makanan. Nampak cantik, menarik tetapi bila dibaca sehingga ke hujungnya, cuma disediakan untuk mereka yang boleh dicapai dalam lingkungan tidak lebih 50 kilometer ataupun datang sendiri ambil di rumah. Saat itu mulalah membayangkan, kalaulah rumah aku dekat, kalaulah ada orang nak hantarkan pada aku, lepas tu rasa marah, sengal punya tukang jual. Nak hantar pun tak boleh. Bukan semua orang dekat dengan rumah kau.

        Gambar : Benda gebu begini kalau makan, lupa segala benda kalori sebab rasa yang enak dan kesedapan yang tiada tandingan kan?

        Kadangkala nak cuba masak.
        Ala, bukan semua orang ada kebolehan boleh membakar dengan baik. Kadangkala dah memasak selama berpuluh tahun, bila datang ke bahagian kuih, hancur lebur. Tapi memang ada orang yang berbakat kedua-duanya (sambil lari masuk bilik dan tekap muka atas bantal sebab kebolehan memasak hanya tahap sederhana). Jadi, kononnya untuk membuktikan diri pandai masak, mulalah salin resepi macam-macam dan cuba buat. Sekali tak jadi, putus asa, baling periuk di dinding. Retak, kena lempang dengan bonda. Ha ha ha.

        Kadangkala nak rasa sahaja.
        Penat berusaha, kembali duduk depan komputer. Tengok gambar lagi. Nak rasa sahaja. Bukan nak makan banyak pun. Buat sendiri tak sedap. Pergi cari di kedai pun tak memuaskan selera - rasa tak sedap macam rupa dan entah apa-apa lagi. Lepas itu bila makan, ada pula yang berkecil hati, nak juga walaupun duduk jauh. Hish. Manusia memang macam-macam ragam bila datang soal makanan kan?

        Tapi, itu semua bukan masalah lagi bila ada Muffin ke-7 (baca : The 7th Muffins). Mereka buat muffin yang sedap, mereka buat muffin yang murah dan paling penting, mereka boleh hantar guna pos laju serta tiba dalam keadaan baik. (sambil angkat-angkat kening sebab dah dapat makan enam ketul muffin dari mereka).

        Gambar dari laman mereka. Yang ini memang sedap. Kena berebut dengan Abah pula. Ceh! Tak suka Along tulis blog konon.

        Mereka menyediakan pelbagai rasa dari coklat, kepada vanilla kepada strawberi, kepada macam-macam lagi. Boleh tengok senarai menu (sambil lap air liur) di sini. Selain itu, senarai pakej penghantaran dan berapa biji semua boleh dilihat di laman mereka. Jangan risau, kalau terlambat kamu nak ambil bungkusan di pejabat pos, macam aku yang sentiasa tiada di rumah sebab bersekolah, muffin ini boleh tahan sehingga sepuluh hari khabarnya. Masa aku ambil sudah lebih 3 hari. Mula-mula rasa nak lempang diri sebab tiada di rumah, tapi bila tengok masih dalam keadaan baik, rasa nak lempang orang pejabat pos yang tersengih sebab dalam sebulan ni, sudah 3 kali aku dapat bungkusan berisi makanan. Dua kali kek lapis Sarawak dan ini muffin pula.

        Siapa suka warna merah jambu? Sila tempah.

        Oh ya, mereka juga sedang buat pertandingan. Silalah masuk ya?
        Selepas ini kalau ada rasa nak makan muffin dan sanggup tunggu dalam sehari dua ia terus muncul di depan mata tanpa perlu membakarnya sehingga tak sudah-sudah letak muka di ketuhar sampai melekat, terus sahaja tempah pada mereka dengan melayari The 7th Muffins. Nak hantar pada mereka yang tersayang pun boleh. Kalau nak hantar pada musuh pun digalakkan disebabkan benda manis boleh membuatkan kemarahan manusia surut dan otak kanan akan lebih berfungsi. 

        (sambil batuk-batuk kecil) Nak hantar pada Lord Zara pun boleh. Beliau tak kisah gemuk dengan benda sedap. Eh?
        Ha ha ha.

        Nota Kaki :
        1. Aku sudah punya blog baru. Silalah tengok ya?
        2. Akan sibuk di Kejohanan MSSD bermula hari ini.

        Zara : Baru sedar semasa menjadi seorang pelajar, aku tak pernah menyertai MSSD ataupun MSSJ. Semua pertandingan yang aku sertai adalah berasaskan akademik sahaja. 

        Tuesday, February 15, 2011

        Maulidur Rasul 1432H - Jangan Ambil Dulang Aku!


        Salam semua.
        Sambungan kepada Maulidur Rasul 1432H - 1 Malaysia 1 Ummah yang hanya aku dapat paparkan sedikit sebelum aku ke masjid pagi tadi. Ya, seperti yang aku ingatkan kalian dan diri aku sendiri, dua benda yang dengan mudah kita boleh buat dengan senang hati dan tanpa mengeluarkan modal (kalau kena keluar sedikit, kau nak berkira atas sambutan junjungan besar kita?)
        Geleng-geleng kepala.

        [Gambar : Sebelum ke masjid, sila makan sarapan dahulu]

        Sambutan Maulidur Rasul di Muar adalah sesuatu yang unik dan tersendiri. Dengan perarakan yang sejak beberapa tahun kebelakangan ini aku akan ketinggalan, bacaan berzanji, selawat serta ceramah yang menghiasi acara yang dihadiri oleh hampir ribuan warga Muar aku rasa. Sampaikan sepupu aku yang bekerja di Terengganu sanggup balik untuk meneruskan tradisi kami sekeluarga berkumpul di masjid setiap tahun.

        #Nasi beriani atau nasi minyak dalam dulang.
        Ini adalah makanan rasmi bagi yang menghadiri majlis sambutan Maulidur Rasul setiap tahun. Sejak aku kecil sehinggalah bakal berusia dua puluh empat tahun, makanan ini akan sentiasa diburu oleh segenap lapisan masyarakat apabila selesai ceramah. Tidak payah kata budak kecil, yang besar, bahkan warga emas pun masih bertolak-tolak mahu dapatkan nasi tersebut.

        [Gambar : Disebabkan untuk mengelakkan dirempuh orang lain, aku menjunjung nasi ini. Apa kau ingat senang?]

        Gila ke tidak kau tanya?
        Pernah tengok orang merempuh orang lain sewaktu melontar jamrah?
        Atau makcik-makcik yang gila menyerbu Jusco apabila ada hari ahli kad Jusco?
        Sangat serupa sebegitu.
        Gila kan?

        Setiap tahun akan punya drama yang berbeza, dan tahun ini, ada lagi makcik-makcik yang buat drama di bahagian pengagihan makanan. Punya lawak disebabkan bukanlah semua orang tidak mampu untuk mendapatkannya di luar, tetapi keseronokan berebut seperti pelarian kelaparan (mungkinlah), hanya akan didapati di sini sahaja. Tahun ini, dulang sudah direbut terlebih dahulu oleh orang, maka, aku beratur sahaja tanpa pegang apa-apa dengan harapan di hujung nanti akan mendapat dulang tambahan (gila redha aku). Tiba-tiba terdengar suara seorang makcik menjerit-jerit di celah hiruk pikuk orang ramai.

        Orang ramai : Bang, sini nasi, sini lauk (dulang-dulang saling bertukar tangan)
        Makcik tudung hijau : Siapa ambil dulang aku tu? Jangan ambil dulang aku!
        Orang ramai : (masih hiruk pikuk)
        Makcik tudung hijau : Penat aku beratur, dulang aku, dulang aku.

        Rupa-rupanya dulang yang dia pegang tadi sudah disambar oleh orang lain. Memang gila melihatkan adegan-adegan sedemikian. Aku pula, mendapat dulang percuma dari makcik disebelah aku yang dengan pantas mengaut nasi masuk ke dalam plastik. Mudah.

        Orang : Bukan tak mampu, tapi semua orang berebut.
        Aku : Eh, benda baik dikongsi bersama.
        Orang : Macam takde duit.
        Aku : Alangkah makcik yang gelang penuh dua-dua tangan sampai lengan pun berebut, apatah lagi kita yang tiada apa-apa ni.

        Tolong  jangan bagi aku mengamuk tidak tentu pasal di masjid.
        Lempang karang.
        Tarik nafas.

        #Sirap bandung.
        Ini minuman yang disediakan. Belum ada apa-apa lagi, semua orang dah beratur berebut nak dapatkan sirap bandung. Bukan setakat gelas, bahkan ada yang siap bawa jag, botol besar dan mangkuk untuk isi air tersebut. Gila kentang semua orang!

        [Gambar : Ini air sirap bandung yang gambarnya aku pinjam dari pautan yang disediakan]

        #Budak hilang.
        Tahun lepas ada budak hilang, tahun ini pun ada?
        Sama ada ibu bapa yang sibuk bertempiaran mendapatkan makanan atau apa, tapi memang rasa kasihan pada budak yang meraung menangis bagaikan apa sebab kehilangan ibu bapa.

        "Perhatian kepada ibu bapa yang kehilangan anak yang memakai baju Melayu berwarna merah bernama Irfan, sila ke bahagian ceramah sekarang. Ibunya dikhabarkan bernama Ramlah, sila dapatkan anak yang sedang menangis ini"

        Entah berapa kali pengumuman dibuat, Makcik Ramlah tak muncul-muncul juga. Kesian itu budak yang berusia lima tahun bila aku lalu di hadapan bahagian ceramah. 

        http://farm1.static.flickr.com/141/375969264_4901b1de19.jpg
        [Gambar : Kepenatan aku sebegini tadi, boleh?]

        Sebenarnya otak aku tengah tak berapa nak betul.
        Nanti aku fikir apa benda yang sepatutnya aku tulis.

        Buat masa ini, walau macam mana sekalipun sambutan Maulisur Rasul kalian tahun ini, bersama-sama kita meraikan junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. dengan sentiasa mengingati baginda. Sambutan yang sederhana sudah mencukupi sebenarnya dan tidak perlu terlampau berlebihan.

        Ketika kamu dilahirkan, menangis keluar daripada perut ibumu, orang disekeliling kamu ketawa gembira dan senyum bahagia.
        Maka berusahalah wahai manusia.
        Tatkala kamu meninggal dunia, biarlah manusia disekeliling kamu yang menangis hiba, sedangkan kamu pula tersenyum bahagia menghadapNya.

        Nota Kaki :
        1. Sudah lama tak makan nasi (sengaja), hari ini aku tewas dengan godaan hidangan di masjid.
        2. Aneh, ada orang yang dirindui secara tiba-tiba. Mungkinkah sudah terlampau biasa dengan kewujudan manusia?

        Zara : Masih mengalami tanda-tanda sakit kepala yang gila akibat disengat penyengat. 

        Friday, December 03, 2010

        Obsesi Pada Salji Itu Mungkin Satu Seni : Mitos Zaman Kanak-Kanak Bila Menonton TV.


        Salam.
        Senyum.
        Apa khabar kamu semua?

        Di beberapa kawasan dunia, musim sejuk telah tiba dan salji sudah turun. Ah, melihatkan gambar rakan-rakan yang bermain salji serta menulis status suhu di tempat masing-masing. Ada yang sehingga negatif dua puluh empat (-24) darjah Celcius dan merungut tentang betapa sejuk hingga tidak dapat merasai kehangatan tangan sendiri (apa kata kamu letak di bawah punggung?)

        Ketawa. Kawan aku kata punggung dia pun sejuk jadi aku beri cadangan lain yang membuatkan dia kata aku keji. 

        http://farm5.static.flickr.com/4054/4254061554_ae0d638fcb.jpg
        [Gambar : Bila nak pergi main salji ni?]

        Obsesi pada salji.
        Aku seorang yang gemar dengan cuaca dan suasana sejuk. Malangnya aku belum pernah ke negara empat musim dan merasai salji sebenar. Kalau setakat buatan di Malaysia ini, budak-budak pun gelak-gelak sahaja kan? Jadi, untuk melampiaskan keseronokan tentang kesejukan itu sendiri, aku biasanya mengambil pendekatan mudah yang hampir semua kenalan aku tahu.


        Ya, gantikan obsesi salji kepada ABC.
        [Bagi yang tidak pernah lihat muka aku pakai cermin mata sewaktu zaman belajar, ya, ini mukanya. Tahun akhir kalau tidak silap aku. Cemin mata berani mati]

        ABC dan segala makanan sejuk (termasuk aiskrim kadangkala) adalah perkara wajib apabila aku menghadapi tekanan belajar. Pernah satu ketika dahulu, makan ABC tatkala hujan lebat dan kilat sabung menyabung (orang lain sibuk makan sup panas, aku minum ABC). Kegilaan sehingga kini yang sudah dikenal pasti oleh kenalan baru.

        Kawan 1 : Jom minum petang lepas riadah. Cuaca panas ni.
        Kawan 2 : Minum cendol bagus juga.
        Kawan 1 : Budak Zara mesti nak ABC.
        Kawan 2 : Pagi-pagi pun dah minum Nescafe Ais.
        Aku : (tersengih)

        Sekarang bila dah semakin dewasa (sampai buka cermin mata dan letak di tepi), aku lebih gemar duduk sendirian dan nikmati minuman kegemaran ini sambil membayangkan, apakah kita boleh buat ABC dari salji.

        http://www.plazametrokajang.com/upload/promotion_39_1.jpg
        [Gambar : Aku percaya semua blogger mesti minum ini. Ketawa]

        Itu pengganti paling cepat bila aku mengalami tekanan saat ini.
        Mudah bukan?
        Lagipun, memang ada kena mengena dengan blog.
        Ketawa.

        Mitos Zaman Kanak-Kanak.
        Kalau dulu, boleh tengok salji dalam televisyen sahaja kan? Ada beberapa mitos atau perkara yang dibuat masa menonton televisyen dan nampak salji. 

        Salji mesti Krismas dan Santa - Ini kes banyak menonton televisyen. Asal ada salji, bila tanya dengan orang dewasa, jawapannya mesti benda ini. Sampai naik menyampah mahu tanya.

        Aku : Kenapa  tempat kita takde salji?
        Orang dewasa : Sebab kita tak sambut Krismas.
        Aku : Dah tu kita sambut apa?
        Orang dewasa : Kita sambut raya orang Islam.

        http://i972.photobucket.com/albums/ae201/aprilblackcoffee1/danbo/2.jpg
        [Gambar : Mesti sambut Krismas baru boleh ada salji.]

        Bila dah besar sedikit, nampak bangsa lain sambut Krismas, tanya semula benda yang sama.

        Aku : Ada je orang sambut Krismas di sini, kenapa tempat kita tiada salji?
        Orang dewasa : Sebab Santa Claus tak lalu sini. Bila dia lalu baru ada salji.
        Aku : Eh, betul ke?
        Orang dewasa : Betul. Lagipun, salji ada di negara orang putih je.

        http://i972.photobucket.com/albums/ae201/aprilblackcoffee1/danbo/3.jpg
        [Gambar : Malaysia tiada salji sebab Santa Claus tak lalu dan kita tiada orang putih]

        Bila dah masuk sekolah, belajar Kajian Tempatan dan Geografi, baru tahu yang Malaysia di kawasan iklim khatulistiwa, memang tiada empat musim. Menipu betul cakap salji hanya masa musim Krismas atau ada Santa Claus ke apa.

        Aku : Cikgu, kenapa Malaysia tiada salji?
        Cikgu : Sebab Malaysia di kawasan khatulistiwa. Kita panas dan hujan sahaja.
        Aku : Cikgu, bukan salji sebab Krismas dan Santa Claus tu orang putih?
        Cikgu : Orang Jepun bukan orang putih, tapi ada salji kan?
        Aku : (diam sambil fikir) 
        Cikgu : Orang Australia sambut Krismas masa musim panas.
        Aku : (diam sambil tahan rasa geram ditipu)

        Kan lebih senang beritahu perkara sebenar kan?
        Ada ke tipu budak begini.
        Geleng-geleng kepala.

        Salji nak turun, tapi sebab panas, jadi salji tukar jadi air hujan.
        Ini memang penipuan paling keji.
        Betul tak?

        http://4.bp.blogspot.com/_oo9ZT_N3yBc/TCNvhRVpeRI/AAAAAAAAEy4/tqoXibqrEv0/s800/005snow.jpg
        [Gambar : Kita tak dapat main begini sebab salji bertukar jadi air masa nak turun]

        Aku : Kenapa kita tak boleh main ni?
        Orang dewasa : Sebab sini mana ada salji.
        Aku : Kenapa kita takde salji? Kalau ada mesti seronok.
        Orang dewasa : Sebelum salji sempat turun, dia kena matahari, jadi dia cair terus bertukar jadi hujan.
        Aku : Oooo...
        Tipu!
        Mana ada pula teori begini?
        Ni yang nak buatkan teori bayu laut, bayu darat dan pembetukan hujan ni.
        (Geram sambil ketuk-ketuk meja)

        Salji boleh buat aiskrim dan ABC.
        Geram betul bila orang dewasa kata salji kita tak nampak atas jalan sebab salji turun dan dikumpulkan jadi aiskrim dan ABC. Jadi, sebab itu suka makan aiskrim dan ABC, sebab fikir dibuat daripada salji. Gila!

        http://farm3.static.flickr.com/2478/3916718730_ebded5cd35.jpg
        [Gambar : Kalau buat aiskrim dari salji, mesti ramai orang dah kaya dah]

        Serta ada beberapa mitos lagi.
        Aku pun terlupa.
        Apa pula yang kamu semua biasa dengar masa kecil dahulu?

        Nota Kaki :
        1. Dimanjakan sesekali sekala adalah menyeronokkan.
        2. Baru cabut sinki rosak di dapur. Nanti nak pergi beli sinki baru untuk dipasang. Mak dan Abah terkejut bila aku yang buat kerja paip. Ketawa.
        3. Pelajaran buat diri : Kalau orang penat, jangan ajak berbual ataupun menulis, mesti tidak akan dilayan.

        Zara : Berdiri di hujung tebing melihatkan kehidupan yang menanti di hujung sana. Apakah sinar kebahagiaan ataupun satu lagi siri penderitaan yang bakal memusnahkan?

        Saturday, November 27, 2010

        Nasi Bujang, Janda, Dan Duda : Itu Cuma Cebisan Kenangan Silam Yang Mencuit Sistem Penghadaman.


        Salam semua.
        Baiklah.
        Ketepikan segala macam perasaan yang membunuh aku dalam penulisan sebelum ini.
        Anggap sahaja bila emosi aku tidak stabil, kejadian gila sedemikian rupa didatangkan demi aku mematangkan diri untuk lebih tabah menghadapi hari muka. Ramai juga yang tidak tahu pucuk pangkal cerita memberikan aku tazkirah secara percuma.

        http://farm4.static.flickr.com/3624/3430815791_9fec6303a6.jpg
        [Gambar : Menu utama kita hari ini adalah telur]

        Tengah hari tadi Bonda dan Abah menghadiri majlis perkahwinan. Aku yang pemalas pada hari ini tiba-tiba teringat pada menu yang sering diambil sewaktu zaman universiti dulu. Ada sebuah kedai di Kolej 11 yang menyediakan masakan ini. Mula-mula aku fikir kawan aku bergurau (manalah tahu penjual itu janda ke apa) tapi memang betul nama masakan itu begitu. Jadi, tengah hari tadi, aku yang malas untuk menyiang ikan atau menyediakan apa-apa akibat masih lagi mengambil ubat, masak benda yang paling mudah ini (setelah menggila menjawab soalan dan memberi penerangan di Twitter).

        Nasi Bujang, Nasi Janda, Nasi Duda.

        Siap masak terus aku muatnaik ke Mukabuku. Ya, katakan gila pada diri sendiri.
        Ini nasi janda (walaupun yang membuatnya adalah anak dara)

        Ketawa.
        Betul.
        Memang ini disediakan di sebuah kedai makan sewaktu zaman belajar di universiti dulu. Sering juga makan ini apabila sampai ke penghujung semester ataupun bila lapar gila hingga tidak sanggup menunggu makanan lain dimasak. Ini kan pantas dan hebat (disamping murah amat?)
        • Nasi Bujang : Nasi putih + telur goreng + kicap + sos + mayonis.
        • Nasi Janda : Nasi putih + telur goreng + kicap +sos + mayonis + daging burger (seperti di atas)
        • Nasi Duda (ke Nasi Janda Besar) : Nasi putih + telur goreng + kicap +sos + mayonis + sosej.
        Untuk nasi bujang harganya RM 1.20. Kalau nasi janda itu dan nasi duda harganya RM 1.80. Mudah. Makanya, duit baki boleh beli ais dua puluh sen dan buat air sendiri di bilik. Tak payah menunggu lama, balik bilik boleh terus makan, lepas tu buatlah kerja masing-masing. Enak bukan?

        Ketawa.
        Itu cuma secebis kenangan.
        Kadangkala makan ini juga.

        Budak ini sudah mahu buat Doktor Falsafah di Cambridge. Jangan lupakan kakakmu yang sering suruh kamu ajar Kimia ni.

        Senyuman Itu Tanda Kuat.
        Tengah hari tadi ada seorang rakan menghubungi aku. Dia sedang bersedih akan sesuatu. Sudah aku nyatakan pada dia, kalau dia mahu terus kalah dengan perasaan sendiri, aku tidak boleh bantu. Bahkan, aku sendiri masih teguh berdiri disebabkan aku disangga juga oleh mereka yang memahami dan membantu aku bila perlu.

        Kawan : Aku sedih.
        Aku : Kenapa?
        Kawan : Sebab yang aku cerita tadi.
        Aku : Sudahlah. Perempuan boleh cari lain.
        Kawan : Tapi perlu ke dia kenalkan teman lelaki baru dia pada aku?
        Aku : Dia rasa perlu agaknya.
        Kawan : Tak perlu langsung! Dulu kau pernah kena begini kan?
        Aku : (ketawa) Aku lain sedikit ceritanya.
        Kawan : Tapi kau boleh ketawa, senyum sahaja.
        Aku : Benda mudah. Aku tidak akan beri diri aku cedera banyak sangat. 
        Kawan : Tabah betul perempuan.
        Aku : Bukan aku tabah sangat, cuma perempuan itu tak cukup pandai sebab curi teman lelaki orang.
        Kawan : Kiranya kau pandai sedikit?
        Aku : (ketawa) Aku tak kata begitu. Sudahlah, jangan fikir.
        Kawan : Buat aku bengang betul.
        Aku : Kalau bengang kau pergi makan nasi janda.
        Kawan : Nasi duda boleh?
        Aku : Boleh-boleh.
        Kawan : Aku nak lauk epal.
        Aku : Kau gila ke?

        http://30.media.tumblr.com/tumblr_l28jg49Mkw1qzfucio1_500.png
        [Gambar : Kau nak sangat epal kan?]

        Jangan rosakkan muka jambu kau dengan senyuman masam itu.
        Makan epal.
        Nanti senang buang air besar.
        Boleh?

        Nota Kaki :
        1. Senyuman riang itu penting.
        2. Esok ke KLIA, hantar keluarga datuk saudara pulang ke Mekah.
        3. Ada sesetengah orang yang perlu sangat dijumpai.

        Zara : Kadangkala dalam senyuman dan ketawa, terpalit sekilas wajah duka. Tidak. Kau takkan lihat mata sebening kaca atau marah merah menyala. Semua itu akan disembunyikan dengan baik tanpa ada cacat cela.

        Wednesday, September 08, 2010

        Lelaki Pun Tahu Along Suka Manchester United? Malulah Along! - Hadiah Paling Comel Tahun Ini.


        Mak, Along tak segan pun.
        Sebab boleh dikatakan sesiapa yang baca blog ini tahu Along suka Manchester United.
        Ketawa.

        Tadi pagi sedang membuat kuih di dapur, seorang kawan yang sudah dikenali sejak tahun 1998 (dah dua belas tahun kenal), menghantar pesanan di Mukabuku dan juga di telefon. Dia dah balik rumah dan ya, hadiah aku ada pada dia. Nampaknya, dia satu-satunya orang yang memberikan aku sesuatu sempena hari lahir aku. Senyum. Sumpah, gila terharu.

        Dia : Kau tunggu di luar rumah sekarang.
        Aku : Ya.

        Dia datang, jalan kaki dari rumah dia. Nampak dia bawa dua kotak. Satu kecil dan satu lagi besar. Ah, senyuman yang sama macam 12 tahun lepas. Memang kawan terbaik yang pernah aku ada.

        Dia : Kau tengah buat kuih ya?
        Aku : Ya.
        Dia : Yang atas ni, hadiah hari lahir kau, yang bawah ni, yang kau nak.
        Aku : Apa dia? (sambil nak jengah)
        Dia : Tengok kat dalam rumah nanti.
        Aku : Terima kasih. Raya nanti jemput datang rumah.
        Dia : Hari raya keberapa tu?
        Aku : Ikut suka hati kau.

        Baiklah. Tanpa melengahkan masa, mari kita lihat apa yang aku dapat hari ini.


        Ini hadiah daripada dia.


        Untuk pandangan lebih jelas.


        Ini kek keju yang aku minat.


        'Blueberry Cheesecake' yang sedap amat!

        Dan untuk pengetahuan kamu semua, yang membuat kedua-dua kek itu adalah dia sendiri. Ya, seorang lelaki. Betapa bertuahnya kalau dapat suami begini. Malangnya, lelaki ini sudah punya teman wanita, kalau tidak, mesti aku dah hantar rombongan masuk meminang. Ketawa. Baiklah, itu gurauan gila. Mati aku kalau dia baca.

        Terima kasih yang teramat sangat pada kawan baik aku itu. Memang sangat terharu dapat kek buatan dia ini. Ya, lelaki itu memang sangat halus buatan kek dia. Dan, siapa yang sangka, dia akan buatkan kek Manchester United buat aku?

        Bonda : Zam bagi ni?
        Aku : Ya.
        Bonda : Zam pun tahu Along suka Manchester United? Malu betul.
        Aku : Dia dah kenal Along dua belas tahun Mak. Dia dah tahu sangat benda ni.
        Bonda : Bayarlah pada dia.
        Aku : Dia beri lah Mak. Marah pula dia kalau Along bayar.

        Memang sangat sedap. Sayang pula nak potong kek Manchester United itu. Alahai.

        Zara : Hari ini aku memang tersenyum lebar. Ya, amat lebar dan hati berbunga riang dengan pemberian daripada seorang rakan yang baik ini. Kalau kamu mahu tempah, nanti aku beritahu dia. Dia bekerja di Selangor, Petaling Jaya kalau aku tidak salah.


        Thursday, August 26, 2010

        Tips : Adakah Anda Bersedia Untuk Menghadapi Dunia Luar Dan Bercakap Dengan Penuh Yakin?


        Salam semua.
        Berikutan satu pesanan di Twitter selepas aku bangun tidur tadi, seseorang meminta aku melihat penulisan dia. Ya Zida, Kak Zara dah baca penulisan kamu dan sangat terkejut melihat ada cetakan paparan daripada borang anjal aku. Senyum. Oh, Kak Zara tak kisah. Kamu kena beri kredit kepada penanya soalan. Senyum.


        Ini cetakan paparan aku sendiri. Buat akuAyuL, sila redha ya?
        Tidak disangka soalan yang kamu tanya ini ada orang memberi perhatian.

        Berdiri di hadapan dengan penuh yakin.
        Sebagai seorang guru (semua orang mesti nak baling dengan telur lepas ini), aku memang sudah terbiasa dengan bercakap di hadapan. Tanyalah sesiapa yang mengambil jurusan pendidikan. Tugasan dan pembentangan sudah menjadi darah daging kami. Bercakap tidak henti-henti sebagai satu cara persembahan tugasan. Walaupun ada yang mungkin masih mempunyai darah gemuruh, aku sentiasa percaya, kita kena berdiri di hadapan dan bercakap dengan penuh yakin. Tidak kira berapa ramai yang duduk mahu mendengar apa kamu cakap, yang paling penting adalah keyakinan diri.

        Takut bila orang perhatikan kamu bercakap - Pandangan mata.
        Ini sesuatu yang sangat perlu diatasi jika kamu perlu bercakap di hadapan. Kalau aku biasanya aku akan tebarkan pandangan ke seluruh kelas atau dewan atau tapak perhimpunan sekarang ini. Ya, aku tidak akan tumpukan pada seseorang disebabkan kalau begitu, aku akan dianggap gagal dalam berkomunikasi. Pandangan mata adalah penting. Kalau mahu buat penegasan pada sesuatu maklumat, boleh pandang pada mereka yang kamu kenal (tetapi biasanya ini hanya akan buat kamu lebih gemuruh, mana tahu kawan kita gelakkan kita tiba-tiba?)

        Halangan bahasa.
        Oh, ini bukan satu masalah sebenarnya. Keyakinan diri dalam menyampaikan maklumat adalah penting. Aku sendiri bukanlah orang yang mahir dalam kedua-dua bahasa, sama ada Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris, tetapi aku percaya, selagi bahasa yang aku gunakan adalah mudah, maka, apa yang aku mahu nyatakan, akan sampai kepada pendengar ataupun penonton. Jujurnya, aku kurang mendapat markah semasa pembentangan viva dahulu adalah disebabkan aku menggunakan bahasa Melayu saduran yang alhasilnya, mendapat bantahan panel. Ya, bukan rojak, tetapi saduran. Contohnya, kaedah aku guna metadologi, kira dia tidak berkenan.

        Persiapan rapi.
        Aku bukannya orang yang akan membuat teks atau skrip. Tetapi aku akan memastikan dahulu beberapa perkara sebelum aku ke sesi pembentangan dan sebagainya. 
        1. Apa yang perlu dicakap.
        2. Tempoh masa.
        3. Apa yang panel suka (Ini sangat bagus kalau kamu tahu)
        4. Perjalanan isi penting (Buat catatan ringkas apa yang perlu dicakap selepas sesuatu perkara. (Baca : ikut flow)
        5. Berlatih jika perlu. Biasanya aku akan berlatih jika pembentangan itu memerlukan markah yang tinggi dan ada tempoh masa yang singkat.

        Jangan ada sela masa pelik.
        Ini biasa terjadi. Untuk mengingatkan fakta kononnya, maka akan mempunyai sela masa dengan begitu banyak errr...errr.... Sila elakkan daripada berlaku. Nota kecil perjalanan apa yang perlu dicakapkan adalah sangat membantu saat ini. Tulis di tangan juga boleh. Senyum.

        Bahasa tubuh.
        Aku manusia yang dramatik. Betul. Ini diakui oleh kawan-kawan aku sendiri walaupun aku tidak terlampau dramatik. Aku biasanya akan menarik pendengar ataupun penonton, sidang dewan dengan gaya aku, dengan bahasa tubuh. Jangan harap nampak aku bercakap dengan badan tegak sahaja. Biasanya akan ada tangan yang bergerak dan kalau boleh, dengan badan aku sendiri bergerak. Berjalan ke arah penonton dan sebagainya. Awas, jangan berlebihan dan cukup untuk difahami oleh mereka-mereka yang mendengar. Elakkan daripada bergoyang-goyang.

        Senyuman Dan Tahu Apa Yang Mahu Disampaikan.
        Ini penting. Walaupun soalan aku akan kedengaran keras, atau fakta itu mungkin goyah, aku akan tersenyum dan bercakap dengan penuh yakin disebabkan aku tahu apa yang aku perkatakan. Sila ketahui apa yang perlu anda katakan. Jangan sesekali merapu. Senyuman itu sekadar pemanis wajah, jangan kamu tersengih lebar dan pelik pula.

        Ada banyak lagi sebenarnya, tetapi aku berkongsi yang asas ini sahaja. Harapan aku agar ia dapat membantu kawan-kawan yang mahu bercakap, berucap di hadapan khalayak umum. Aku memang bukan seorang yang pakar, tetapi berkongsi pengalaman sendiri sahaja.

        Kalau ada yang mahu menambah, dipersilakan.


        Keyakinan diri yang mendalam sewaktu menceduk makanan.
        Sila lihat muka perempuan ini teruja apabila melihat lauk beriyani kambing.
        *Abaikan bulu mata panjang dan solekan di mata, beliau ini agak gila*

        Zara : Harus keluar menemani Bonda menghadiri satu majlis berbuka puasa. Baiklah, masa untuk bersiap dengan menghadapi dunia luar dewasa yang kadangkala kita sendiri akan menjadi pelakon opera.


        Wednesday, August 25, 2010

        Ramadhan #14 : Kak Zara Dulu Masa Belajar Universiti Macam Mana Agaknya? Seorang Periang Gembira?


        Salam semua.
        Aku ketawa bila mendapat pertanyaan begini.
        Seperti biasa, memang ada juga orang yang mengambil berat tentang masa silam aku. Ya, aku masih lagi seorang yang selekeh dan mengikut apa sahaja gaya yang aku mahukan. Asalkan aku selesa dengan situasi aku. Dan bila aku ditebak dengan pertanyaan, bagaimana dengan aku dengan masa belajar, jawapannya, aku masih sama, mungkin sudah susut sedikit muka (Nak juga, sekejap lagi gemuk semula la Zara!)

        Hidup banyak dihabiskan di perpustakaan.
        Entah kenapa, aku sangat menyukai perpustakaan universiti aku. Mungkin sebab penghawa dingin yang kuat, mungkin sebab aku dapat guna Internet sambil belajar atau buat tugasan, atau sebab nak mengelakkan diri daripada tidur di bilik sewaktu hujung minggu, maka hidup aku banyak dihabiskan di perpustakaan (dan juga bilik sebenarnya).


        Ini gambar sewaktu semester enam. Tahun 3 semester kedua.
        Aku sedang buat kalkulus dua rasanya. Nampak simbol matrik banyak bersepah atas meja.
        Dan ya, perpustakaan aku sejuk, jadi aku selalu berangan kononnya belajar luar negara. *Tampar diri sendiri*

        Sesi penggambaran dengan gadis bilik sebelah dan teman sebilik.
        Ada sekali kami buat kerja gila. Berjalan dari asrama ke tepi tasik. Adakah sebab nak makan terlampau awal ataupun apa, tapi kami berjalan kaki ke tasik. Dan memandangkan teman wanita aku (baca : teman sebilik) ada kamera besar, kami dengan sukarela menjadi model-model asas dia walaupun aksi gila semata-mata.


        Ini ambil guna kamera siapa agaknya. Campur aku dan dia kot?
        Ini gambar semester 7, Tahun 4 semester 1.

        Oh, tidak lupa juga kepada mereka-mereka yang sering membantu sepanjang semester. Mestilah mengambil gambar kenangan (dan gila) agar kewujudan mereka sentiasa terpahat di dalam mesin beku masa. Oh, setiap semester, pasukan belajar serta membuat tugasan adalah berlainan kecuali beberapa orang tertentu.


        Gambar-gambar ini adalah mempunyai pesanan yang sangat jelas.

        Wakil universiti.
        Ini acara paling terbaik pernah aku ikuti. Majlis perasmian MyLine. Sangat menarik, sangat menggembirakan dan juga, kenangan terindah sepanjang aku berada di universiti. 


        Semester 6, Tahun 3-Semester 2
        Rasa macam hero wanita pula di tengah itu.
        Antara manusia-manusia terbaik yang aku kenal sepanjang hidup aku.

        Tekanan Disalurkan Kepada Makanan Sejuk.
        Bila aku mengalami tekanan, sudah pastinya ABC akan menjadi pilihan utama aku. Walaupun kilat, guruh berdentum sekalipun, ABC tetap menjadi pujaan hati aku. Panggil aku gila sekalipun dahulu, aku memang tidak kisah asalkan aku dapat menikmati ABC yang sangat menyelerakan. Lebih banyak lebih baik. Ketawa.


        Lihat muka budak teruja. Ketawa.


        Walaupun tidak secomel mana, ABC itu tetap di hati.

        Dan lagi, walaupun makanan sejuk diambil, jangan lupa kewujudan makanan berkhasiat. Siapalah badan itu tanpa makanan berkhasiat sebagai penguat tubuh badan kan?


        Nampak? Berkhasiat tahu? Er, air itu adalah Nescafe. Aku memang makan empingan jagung dengan Nescafe. Dah kata ketagihan kafein yang melampau. Ketawa.

        Itu adalah antara perkara yang menggembirakan sewaktu zaman universiti. Banyak lagi sebenarnya. Cuma setakat ini sahaja yang aku dapat coretkan. Ada lain yang perlu disimpan. Bukan apa, nanti ada orang meracau kegeraman. Ketawa.

        Zara : Hari ini terjumpa seseorang yang buat aku tersenyum sampai ke telinga. Ah, jangan pernah mahu menyorok dengan aku, memang pantas aku akan serkap di mana kamu berada wahai kawan. Selamat pulang ke tempat kerja semula, dan moga akan ada pertemuan lagi antara kita.

        Nikmati karya pertama Shafaza Zara Syed di Aksara Keraian.[Halaman Peminat][Kumpulan Pembaca][Bab 01] [Bab 02][Bab 03][Bab 04][Bab 05][Bab 06][Bab 07][Bab 08] [Bab 09][Bab 10][Bab 11][Bab 12][Bab 13][Bab 14][Bab 15] [Bab 16][Bab 17][Bab 18][Bab 19][Bab 20][Bab 21] [Bab 22] [Bab 23] [Bab 24][Bab 25][Bab 26][Bab 27][Bab 28][Bab 29][Bab 30][Bab 31][Bab 32][Bab 33][Bab 34][Bab 35][Bab 36][Bab 37][Bab 38]

        Monday, August 23, 2010

        Ramadhan #13 : Kau Mungkin Menarik Seperti Manisan, Tetapi Hakikatnya Kau Juga Melukakan.


        Manisnya perasaan.
        Ibarat mengunyah macaroon lembut yang memenuhi mulut.
        Manis.
        Enak.
        Tetapi akhirnya, kau menyakitkan.

        http://www.mysaltysweet.com/storage/macaroon.jpg?__SQUARESPACE_CACHEVERSION=1265753552099
        Aku suka makan macaroon. Mungkinkah teman itu mahu buatkan untuk aku lagi?

        Bila kau minta aku melupakan satu persahabatan disebabkan kau sudah mempunyai kekasih hati, aku redhakan sahaja. Sebab aku tahu, aku memiliki kau sebagai seorang teman, bukan yang lainnya.

        Ini bukan kali pertama aku terluka disebabkan ayat yang kau tuturkan. Aku masih boleh ketawa sesuka hati sebelum ini dengan membiarkan kau menyatakan apa sahaja, sebab aku tahu kau memang lebih baik daripada aku. Aku ini siapa? Perempuan yang biasa, yang sukakan kehidupan gembira tanpa mahu secalit wajah duka.

        Diam.
        Tarik nafas dalam-dalam.
        Aku mungkin tidak kenal kau lama.
        Tapi hakikatnya kau punya tempat yang istimewa.
        Dalam hidup aku yang penuh pancaroba.
        Sebagai seorang kawan, teman berkongsi rasa.
        Dan hari ini segalanya sudah temui noktah penghujungnya.

        Itu atas dasar kau.
        Aku hanya ikut sahaja.
        Biarlah.
        Aku tahu ini bukan tandanya aku kalah.
        Ini tanda aku mahu kau dan dia gembira.
        Maaf kalau persahabatan pelik kita ini mengundang nanah dalam hubungan suci kau berdua.

        Telus : Ini bukan cinta. Hati aku masih belum disinggahi dengan mana-mana cinta manusia lain setelah melalui episod duka sendirian.

        Zara : Cuaca mendung. Dan aku sudah lupa kali terakhir aku menikmati hujan lebat yang mampu membasuh segala kedukaan di hati. 


        Ya, Saya Memang Suka Lelaki Yang Pandai Memasak | Siapa Yang Tidak Suka Orang Memasak Untuk Dia?


        Salam.
        Isu yang biasa-biasa sahaja. Cukuplah untuk serius dan diketawakan akibat meletakkan gambar sendiri di penulisan di bawah ini. Aku cuma mahu berkongsi dan kalau ada orang yang tidak sudi mahu membacanya, biarkan sahaja mereka berkelubung dengan sesuatu yang bakal menjerut mereka. Eh?

        Masakan.
        Apabila kita bercakap mengenai makanan, kita selalu terlupa dengan siapa yang sebenarnya yang berada di belakang makanan yang sedap, enak serta mendamaikan tekak kita semua. Kita akan cakap, "Sedapnya makanan ini", dan sebagainya tanpa memberikan pujian kepada tukang masak, chef dan semua yang terlibat di belakang tabir.

        Lelaki dan masakan.
        Selain daripada Bonda dan wanita-wanita lain, aku memang menggemari masakan ataupun hidangan yang disediakan oleh tukang masak lelaki. Bukan diskriminasi ya? Aku suka masakan yang dimasak oleh wanita juga, cuma kali ini aku mahu menulis tentang lelaki dan masakan. Nah, kan lelaki sering dikatakan tidak tahu memasak (Yang mana aku rasa itu sudah kurang relevan lagi). Ada alasan tertentu kenapa aku menyukai makanan yang dimasak oleh lelaki.


        [Penghargaan]
        Gordon Ramsay, salah satu daripada chef lelaki yang aku suka.

        Oh, kalau di Malaysia, Chef Wan dan beberapa chef lain juga menarik minat aku dari segi masakan mereka. Jangan kata aku tengok yang antarabangsa sahaja. Ada beberapa sebab kenapa aku sukakan Gordon Ramsay, dan mungkin salah satunya, dia mempunyai rancangan realiti memasak yang sungguh menarik dan buat aku terpaku menontonnya.

        Aspek Teknikal.
        Aku suka teknikal yang dilaksanakan oleh lelaki yang memasak. Mereka cermat dalam gaya yang maskulin. Sesuatu masakan itu biasanya akan sedap dipandang dan menepati piawaian yang aku gelarkan, "Dapat tengok pun jadi". Ya, aku seorang yang menyukai gambar makanan, dan jika makanan itu dihias cantik ataupun diabadikan dalam gambar yang menarik sahaja, aku sudah suka.

        Aku ada seorang kawan yang boleh aku katakan pakar dalam membuat kek. Setiap kali dia beri aku merasa kek yang dia buat, pasti aku akan hargainya dengan bersungguh-sungguh. Menariknya dia seorang lelaki dan setakat ini aku rasa, kek keju blueberry dia adalah yang terbaik selain ada satu lagi biskut yang dia buat yang mencair di mulut. Oh kawanku sayang, ingat janji kamu. Ulang tahun kelahiran aku dah hampir tiba.

        Semangat Memasak.
        Ya, ini yang aku dapat lihat kebelakangan ini. Bertemu beberapa orang lelaki di dunia maya yang sangat-sangat mempunyai semangat yang tinggi dalam memasak. Menariknya, mereka bukan sahaja pandai memasak, tetapi menghidangkan makanan tersebut dengan semangat yang tinggi. Maksud aku, ada orang yang suka masak, tapi sekadar untuk melepaskan diri memasak dan tinggal begitu sahaja. Tetapi yang mereka-mereka ini, masak dan menghiasnya dengan hebat juga. Tepuk tangan.

        http://www.bbcgoodfood.com/recipes/2450/images/2450_MEDIUM.jpg
        Ini adalah salah satu daripada masakan Gordon Ramsay yang mudah dan menarik untuk disediakan ketika sarapan. Oh, aku memang suka dengan masakan yang mudah dan cepat sebegini.

        Zara, suka lelaki yang pandai masak?
        Ada orang yang bertanyakan ini di BorangSpring aku. Memang kamu memberikan aku bahan untuk menulis wahai pembaca sekalian tatkala otak aku sedang membeku begini. Ya, jawapannya adalah YA. Aku memang suka lelaki yang pandai memasak. Bukan sebab kalau aku malas, dia boleh masak untuk aku. Tetapi disebabkan beberapa faktor seperti suasana yang mendamaikan, penghargaan diri serta beberapa lagi yang aku tidak boleh tulis di sini. Nanti ada orang kata aku gatal nak kahwin pula. Ketawa.

        Anggapan : Lelaki yang memasak adalah sangat menarik.
        Ini adalah bergantung kepada persepsi dan pandangan individu itu sendiri. Kalau aku?
        Jawapannya adalah menarik disebabkan kepuasan menikmati makanan serta kasih sayang yang disalurkan ke dalam makanan itu adalah inti pati yang penting. Tetapi masih bergantung kepada pandangan dan individu lain-lain juga. Contohnya kalau aku kata A sangat menarik ketika memasak, mungkin B kurang menarik, dan Z pula lebih hebat. Bergantung.

        Apa pendapat kamu pula?

        Dan Abah juga boleh memasak.
        Itu yang menariknya kalau Bonda tiada di rumah, Abah boleh menyediakan makanan sekaligus, kami adik beradik tidaklah kelaparan. Tetapi sejak aku dah boleh memasak untuk keluarga (setakat untuk keluarga makan, bolehlah), tugasan itu sudah berada di atas batu jemala patik. Ketawa.

        Nota Kaki :
        Buat kawan-kawan lelaki yang pandai memasak, anda tahu siapa anda. Penulisan ini juga sebagai satu penghargaan kecil kepada usaha anda yang sungguh membuatkan aku tercabar kerana sebagai seorang perempuan, aku belum sampai ke tahap seperti kalian.

        Zara : Oh, ini mungkin kali kedua aku letak makanan di dalam blog sempena bulan puasa. Tetapi memandangkan ianya bukan dimasak oleh aku, tidak mengapa bukan? Senyum mesra.


        Friday, August 20, 2010

        Ramadhan #09 - Kemanakah Menghilangnya Semangat Aku Pada Makanan? | Gadis Beku Mesra?


        Salam semua.
        Semangat aku dengan makanan sudah menurun secara mendadak semenjak aku tamat pelajaran di universiti. Aneh kata sesetengah orang, tetapi mungkin disebabkan aku sudah semakin biasa makan seorang diri, aku hilang nafsu pada makanan yang sering menggembirakan aku selama ini.

        Pertanyaan Pembaca Blog Lama.
        Ada seorang pembaca blog bahasa kedua aku mengajukan soalan. Mungkin dia telah mengikuti perjalanan aku menulis di dunia maya ini begitu lama, maka dia menyedari bahawa penulisan aku semakin lama tidak lagi dihiasi dengan semangat aku pada makanan. Ya, di blog lama, aku banyak menulis tentang makanan yang aku makan setiap hari, sama ada seorang diri ataupun bersama rakan-rakan. 

        Penulisan aku bertambah rancak dalam bulan Ramadhan, apabila hidangan berbuka pasti akan aku sajikan buat tatapan pengunjung blog. Tetapi di Dunia Sebelah Zara, aku sudah tidak menulis tentang makanan dan sebagainya. Ah, aku aneh juga sebenarnya. Mungkin juga nafsu makan aku sudah tidak diceriakan dengan gelak ketawa manusia-manusia yang memahami dan sama-sama menikmati setiap makanan yang dijamahi. Senyum pahit.

        Antara gambar makanan serta kenangan.


        Ini hidangan berbuka puasa pertama kali dengan mereka yang aku anggap sebagai saudara lelaki aku sewaktu zaman universiti. Pakcik Ady dan Adik Dwen.


        Bazar Ramadhan terakhir aku di zaman universiti.
        Antara gerai yang sering aku tuju untuk mendapatkan juadah berbuka puasa dan aku gembira buat muka tak tahu ambil gambar segala.


        Pencuci mulut selepas berbuka puasa bersama-sama dengan rakan-rakan Sekreteriat Pencegahan Rasuah Universiti Teknologi Malaysia. Kami ada pelancaran perasmian penubuhan sepanjang hari dalam keadaan berpuasa ketika itu.


        Ini selepas kali pertama aku menonton wayang dalam hidup aku.
        Kali pertama juga keluar dengan mereka-mereka selepas melalui proses belajar yang sesak aku rasa.

        Dan setiap kali aku menikmati makanan sendirian, aku seringkali akan memerhatikan orang di sekeliling aku. Ah, sudah biasa juga sewaktu zaman universiti, tetapi kegembiraan itu semakin sirna sekarang. Bila aku makan sendirian sekarang, pasti akan ada mata yang memerhati dengan pandangan, "Eh, kasihannya dia tu". 

        Ada aku kisah?
        Ketawa.

        Gadis Beku Mesra?
        Hari ini juga ada seorang pembaca yang menelefon aku. Dia kata manusia beku ini seorang yang mesra. Dia juga kata, tipulah Zara ini seorang yang beku kerana aku juga bisa ketawa. Nah, sudah aku nyatakan, aku memang gemar ketawa. Tanyalah mereka yang pernah berjumpa dengan aku, adakah manusia ini seorang yang sama dengan dunianya di sini?

        Senyum.
        Aku tiada jawapannya.
        Mereka yang pernah ketemu lebih kenal siapa sebenarnya Zara ini.

        Zara : Senyum gembira hari ini. Ada sesuatu yang membuatkan hari aku bertambah riang dan gembira. Suntikan semangat dengan janji yang diucapkan oleh seorang kawan yang aku hormati disebabkan perwatakan dia. Bahagia.