Satu benda aneh terjadi.
Buat ramai senyum sendiri.
Reput jiwa manusia.
Rosak hati yang katanya penuh ilmu dunia.
Yang tunggang langgang kejar imu agama.
Tetapi lupa belajar cara amalannya.
Bila pangkat dijunjung tinggi.
Bila manusia lemah dipandang sepi.
Bila lupa ukur baju di badan sendiri.
Putus tali pengukur bila puas mahu ditarik sana sini.
Reput, rosak sifat insani.
Bila nafsu jahat merajai.
Pandangan yang jelas nyata dikaburi.
Lebih kepada kepuasan nafsu sendiri.
Katanya ---
Pergi jahanam dengan manusia lain yang tidak setaraf.
Siapa mereka untuk diiktiraf.
Langsung tidak layak berganding bahu, berkongsi saf.
Berjalan bersama juga boleh merencat saraf.
Katanya lagi ---
Ukuran manusia dilihat dari paras luaran.
Luaran bakal menjadi cermin dalaman.
Pantulan terus tegak bertunjangkan kekayaan.
Kegembiraan manusia berpaksikan kejayaan.
Lebih tinggi menara kemewahan - lebih tinggi sanjungan.
Ha ha ha.
Ketawa penuh pura.
Bergema dalam ruang kecil - pantul sini sana.
Masih lagi wujud manusia dangkal rupanya.
Nilai manusia diukur dari sisi yang boleh diubah manusia.
Yang boleh ditipu, dicanang dan diubah fakta.
Yang elok depan mata, dipersia.
Reput.
Jiwa manusia sudah semakin serabut.
Hati mereka penuh rasa takut.
Rasa ketidakcukupan dengan duniawi buat mereka kedekut.
Walhal hati mereka yang sering merungut.
Rosak.
Kain orang lain dijengah, lupa kain sendiri koyak.
Menjulang tinggi nafsu duniawi sehingga lupa akhlak.
Mana pergi ilmu yang dituntut - tahan mata kantuk sampai rabak?
Hilang sudah hanyut arus deras laksana putus tali kayak?
Manusia.
Kadangkala kita lupa.
Bermula dari bawah penuh pancaroba.
Bila berada di tengah, mula hilang punca.
Baru dikelilingi oleh manusia lain berharta.
Kita sudah gelap mata.
Padahal harta itu bukan kita yang punya.
Itu pinjaman Tuhan buat mereka.
Manusia.
Itu baru ada di tengah - antara susah dan daki dunia.
Belum sehingga menjadi milikan sendiri itu harta.
Padahal diri sendiri juga belum capai tahap sedemikian rupa.
Bukankah sudah capai umur dewasa?
Mahu menyalahkan pengaruh rakan sebaya?
Mana pendinding segala ilmu-tonggang-tonggek-pecah-kepala?
Kadangkala ---
Hati tidak mahu menoleh ke belakang dan ambil masa.
Untuk lihat dari mana bermula.
Supaya belajar bersyukur atas segala.
Bukan terus jadi tamak dan tempah neraka.
Tipikal manusia.
Kita?
Jangan lupa siapa diri dan dari mana.
Supaya jangan ikut berjemaah merosakkan dunia.
Mereka?
Doakan sahaja.
Moga terbuka hijab penghalang mata.
Biar kenal mana yang dipelajari tapi tak diamalkan - tiada berguna.
Siapa yang tidak takut?
Bila nilai manusia semakin reput.
Rapuh macam biskut.
Busuk macam kentut.
Pooot!