Kejadian gila semalam membuatkan B datang menyerang aku pagi ini.
Ya, jangan dibuat main dengan bakal pengantin.
Harus aku yang mati dibelasah di situ juga.

Aku rasa B, kalau kamu memakai pakaian pengantin seperti ini,
harus terus dikendong oleh Sang Jejaka. Aduhai.
B : Kenapa dengan kamu ni?
Aku : Kenapa apa?
B : Kenapa tulis macam itu? Otak kamu dah tak betul?
Aku : Mungkin - Eh, lupakan sahajalah. Aku dah baik dah ni.
B : Biar betul?
Aku : Betullah. Macam mana dengan persiapan perkahwinan? Tangguh lagi ke?
(Tukar topik dengan laju)
B : Nak kena buat pemeriksaan dara...
(Ketika ini suasana sangat hiruk pikuk)
Aku : Kena buat pemeriksaan dara?
B : Ya, mahal pula tu.
Aku : Kenapa nak kahwin kena periksa tu semua?
B : Memanglah sekarang ni kena buat macam tu.
Aku : Alahai, kahwin sahaja dengan Jejaka, pandailah dia periksa nanti.
B : Kamu ingat Jejaka itu doktor? Kan dah kata kena periksa sebelum kahwin.
Aku : Aku tak sangak Jejaka sangat ambil berat hal ini.
B : Memanglah kena ambil berat. Nanti kalau ada penyakit kan susah?
Aku : Eh, apa kena mengena dara dengan penyakit ni?
B : Oi, apa pula dara?
Aku : Dah kamu yang kata dara.
B : Darah lah! Pemeriksaan darah!
Aku : Oh, patut pun mahal...Tapi kalau periksa dara lagi mahal...
(aku gelak secara keji)
B : Kalau kamu mahu penerajang dari aku sebelum pernikahan, kamu berani cakap lagi Zara.
Aku : (gelak)

Zara : Mahu melupakan masalah yang menimpa. Tak berbaloi untuk menyusahkan diri sendiri.