Ada hati yang ingin mati.
Ada hati yang tenat diselubungi kisah duka.
Ada hati yang tidak mampu menerka ke mana arah tujuan sebenarnya.
Hala tuju kini berbeza.
Kaki yang seiringan melangkah sebelum ini sudah mencari laluan yang berbeza.
Hati masih mengingati tetapi sudah disimpan di kamar yang berbeza.
Maaf atas segala kekurangan aku.
Terima kasih atas segala kehebatan dan kebaikan kamu.
Sumpah - Memori itu masih jelas tetapi sejak kamu mendoakan yang terbaik buat aku,
aku sentiasa mendoakan yang terbaik buat kamu juga.
Janji pernah tersimpul rapi.
Maaf atas keterlanjuran kata aku yang membuatkan kamu menghantarkan pesanan ringkas sebentar tadi. Sumpah, tiada terniat hati ini membuatkan kamu merasa sakit.
Kamu masih berada di tempat yang sama, dan aku juga masih di takuk lama.
Kita pernah menggalakkan sesama sendiri mencari jalan yang baru.
Aku hanya mampu mendoakan yang terbaik buat kamu dari jauh.
Air mata yang mengalir sewaktu semuanya berakhir telah aku seka sendirian.
Sudah tiba masanya untuk bangkit dan mengucapkan selamat tinggal pada kenangan.
Sudah hampir dua tahun segalanya menendang kepala dan hati ini.
Kamu masih punya tempat yang istimewa tetapi panggilan terakhir nampaknya telah merubah segalanya. Panggilan sewaktu diri ini dirundung luka.
Ia ternyata mengubah segalanya.
Aku mahu belajar tentang hidup dengan lebih tabah.
Benar kata teman baik malam tadi, aku yang masih menunggu.
Hati aku jahat - sangat jahat dan harus dibunuh dengan kejam.
Aku seka air mata yang mengalir laju dan menulis demi kamu.
Nota :
Si Kosong dan Si Comel perlu hidup bahagia.
Si Busuk dan Si Tengik harus bekerjasama dengan lebih utuh.
Kekasih Pertama dan Shafaza harus mencari jalan keluar yang sempurna - kamu tetap yang pertama.
46 comments:
dik!!
so sekarang ni tak der lg lah...
Sampai syurga ku menunggu..
sampai syurga ku cintamuuuu..
lah yer?
tak per.. anda akan bangun and walk majestically. n he'll never forget the day he turned down 'the' lady of his lifetime.
jgn pikir2 bende2 tue lama sgt & jgn ikut perasaan
dh dewasa ni kena buat keputusan rasional sket.
sama2 kita ceria
take care
teroskan hidop anda yg ceria itu....
chaiiyyyooukkkkkk!!
wow...
siapakah yg segak itu...?
weewwiittt.....
aisehh... saya yg masih kecik ini xmemahami stiap bait2 itu...wahhh
hmmm tidak mengapa. cinta pasti datang lagi.
p/s: gambar tgn dan cincin tu sgt berkesan di hati :}
erk
tempat kerja aku tu
sayang,
kau juga punya hak untuk mencapai kebahagiaan.
lupakan sejarah lama ye sayang!
:)
putus cinta?seseungguhnya aku konfius sama kamu zara...
kenapa ramai kawan aku putus cinta 2,3 menjak ni?
adakah bukan Julai bulan untuk putus cinta?
sayang,
bertahan.
bahagia kamu pasti datang nanti. ok?
mari peluk aku...
gmbr lama???
jgn sedih2 erk...
brg yg lama jgn dikenang...cari yg baru..
:)
.syg jgn sedey2
.nti story kt kite ek
.chill oke! :)
siapakah dia sis?
seseorang yg dekat di hati mu?
(meminjam kata2 mu bila bertanyakan situasi yg hampir sama di en3 ku)
"Terlanjur Cinta" juga ya. Tabahkan hatimu selalu sis
knp aku pulak yg rasa sedih sama..huhuhuhu..
Pocket :
kalau masih menyanyi pun, hanya untuk diri sendiri je bang~
^_^
I do hope so~
meo188 :
TQ atas nasihat itu Meo!
najwa hazirah halmi :
Thanks dear!
IxoR@ :
yg segak itu kekasih pertama kak~
aduh, segak ke?
AdeLaide NinaSe.. :
hehehe~
maaf ye Nina?
i.am.belle :
Cinta Datang Lagi - Dina~
hahaha
P/S : sangat terkesan ke belle?
Monkey D Luffy :
hahaha~
kapten..ye ke?
farah :
aku mencuba syg~
sangat mencuba~
ciK LyndaWawa igUana :
hanya cinta lama kak..cinta lama yang entah punya kesempatan muncul lagi atau tidak...
k.e.r.i. :
aku syak sebab bulan ni ulang tahun kamu, tu yang jadi begitu~
hahaha~
.ieLah. :
aku harap sedemikian juga sayang~
aduhai...
Jard The Great :
dua tahun yang lepas Jard..lebih 2 tahun sebenarnya...
Lifesaver :
mencari yang baru tetapi yang baru juga nampaknya hilang kak~
hahaha~
cik intanurulfateha :
ok baby!
hugs!
zan-xray :
terlanjur cinta tetapi bahagia juga..hehehe~
dan kebahagiaan kian menjauh dari aku~
mira amair :
mungkinkah jiwa kita serupa syg? mungkinkah?
ERm.. dik, aku terkesima membaca..lantas mencari-cari ko di skype, gtalk, ym dan segala bagai instant messeging client yg aku ada.. ko tiada.. apekah..
sila buzz aku..SEGERA!
simpan saja kenangan lama dik ,
life must go on .. biasa saja dgn sepak terajang dunia chenta ini.
lama² ia akan jadi kenangan terindah .. muahhhhh ,mehh polok² :D
GiGGLe GaL :
Terima kasih kak~
kamu sangat mengambil berat akan diri ini kak~
JiEjAh_DeEn :
Hoyeah!
mau peluk!
KLMJ?
DIK AN:
apakah itu Dik An?
kenangan itu manis untuk dikenang..
tp rasanya tak perlu diulang kerana mgkin penghujungnya sama sperti dulu..pahit.
dinasti si kosong & si comel pasti lebih manis untuk dibina..;)
kamu nak tisu?
aku ade 2 kotak..hehe~~
~ Hariza ~:
aduh akak~
mungkin juga kak~
messyremo:
sila kirim laju2 ya?
the best yet to come dear.
jom buat kelab single.
:)
semoga zara berbahagia...
happy2 and ceria selalu ek..
rai suka tgk zara yang happy!!
Yern Ain :
hahaha~
jom!
i like~
Raihanna :
aduh Rai~
Zara juga suka tengok Rai yang bahagia~
Post a Comment