Showing posts with label Legasi Busuk Dan Tengik. Show all posts
Showing posts with label Legasi Busuk Dan Tengik. Show all posts

Thursday, January 26, 2012

Persahabatan Dua Dunia Berbeza.




Apa yang penting dalam hidup manusia?
Aku rasa selain hidup untuk diri sendiri, keluarga, cinta - manusia memerlukan seseorang (atau beberapa) yang lain sebagai kawan. Manusia macam aku banyak kenalan, banyak kawan, banyak teman, tapi aku ada beberapa sahaja yang boleh digelar sahabat. Kali ini, aku tujukan pada seseorang yang mencorakkan makna yang bukan sedikit dalam hidup aku. Manusia yang banyak mengajar aku nilai menjadi seorang manusia, tabah sebagaimana aku hari ini - lebih pantas mendongak lihat manusia yang melemparkan apa mereka suka tentang aku.

Dan hari ini, aku memilih untuk bercakap tentang seorang sahabat yang sangat memahami. Dengan hanya sepatah perkataan yang aku ucapkan, dia boleh meneka seluruh cerita dengan tepat. Kuasa apakah ini sahabat?

Aku rasa orang yang baca blog aku sejak daripada blog bahasa Inggeris, hingga ke Dunia Sebelah Zara - mungkin pernah terbaca tentang Pali. Seorang sahabat yang mencapai tahap keluarga. Ya, pada aku, Pali adalah sebahagian daripada keluarga aku. Orang yang aku tanpa segan dan silu akan kongsi semua benda. Mungkin dengan keluarga, mereka tidak dengar aku menangis, merintih, mengeluh tapi aku rasa, Pali sudah pinjamkan itu semua untuk aku. Dia dengar aku menangis, dia dengar aku menggila, dia ada sejak aku bertatih untuk mulakan segalanya bila hidup aku terumbang ambing suatu ketika dulu.

2008.
Aku mulakan tahun akhir pengajian di universiti. Disebabkan kemudahan yang aku ada di bilik, dan aku mungkin bosan ketika itu, aku guna Skype. Aku tegur sesiapa yang aku mahu dan masa itu, aku tegur Pali. Dia guna nama lain pada waktu tersebut - 'Jump Jump Jumper'. Betapa uniknya persahabatan kami bermula, sebab saling tidak mengenali, Pali bukan manusia yang aku kenal dari blog, ataupun dia kenal aku dari mana-mana laman sosial, cuma dari Skype.

Dan, waktu aku saling bertingkah dengan hidup sendiri, dengan persoalan peribadi yang menghantui, dia tolong aku untuk bangun perlahan-lahan dan menhadapi kenyataan dunia.

2009.
Kali pertama aku ucapkan selamat ulang tahun buat sahabat baik ini.

Waktu ini, Pali melalui satu keadaan yang mengujikan dalam hidup dia. Dan aku boleh katakan dia berjaya melaluinya dengan baik. Tahun 2009 menyaksikan banyak benda berlaku, Dari saat aku menamatkan pengajian, menghadiri temuduga kerja hingga memulakan kerjaya - aku boleh katakan semuanya ada kehadiran Pali. Aku ingat lagi masa aku mahu menghadiri temuduga kerja, ujian INSAK - Dia cuma cakap dengan aku satu benda yang aku pergi dengan berlapang dada.

" Aku cuma nak dengar kau berjaya, tu je. Benda lain tak nak!"

Persahabatan unik itu membawa kepada pelbagai cerita.
Tahun 2009, banyak benda berlaku, kami saling membantu, bila seorang jatuh, seorang yang lain akan tolong tarik ke atas semula. Membebel dengan cara masing-masing, tapa batasan dalam kosa kata, benda yang kami paling suka. 2009 berakhir dengan kami hanya masih lagi tidak berjumpa.

2010.
Permulaan tahun bagaikan banyak sangat benda yang tidak menarik. Tetapi Alhamdulillah, kami berjumpa akhirnya. Jumpa selepas melalui peristiwa yang tidak boleh dilupakan. Peristiwa yang membawa kepada lebih banyak pengertian hidup. Dan pada tahun 2010 juga aku rasa, Pali ada singgah di rumah. Jumpa keluarga aku atas urusan berkaitan komputer. Siap tulis lagi tips kalau datang ke rumah aku. [baca]

2011.
Jatuh, bangun, jatuh, bangun.
Sahabat itu ada.

Dan, apa yang aku banyak mahu cerita di atas dari tadi ini, sudah Pali tuliskan dalam penulisan dia sempena ulang tahun kelahiran  aku .

2012.
Ketika aku menulis dia, hari ini adalah ulang tahun ke-25 sahabat itu.
Seorang sahabat yang aku rasa aku akan cukup kesal kalau hilang daripada hidup. Bila menoleh kembali apa yang dilalui selama ini, aku tahu, aku sudah cukup bertuah.

Terima kasih sahabat.
Kau tahu lebih lanjut kenapa kau sentiasa seorang sahabat.

Nota Kaki :
Aku benci cuti lama.

Dan, bolehkah kamu undi aku untuk Best Educational Blog? - Siapa yang calonkan aku tu, terima kasih yang teramat sangat. [pautan]

Zara : Tanpa sahabat, aku mungkin manusia bodoh tanpa bantuan.


Saturday, December 31, 2011

Dua Puluh Sebelas : Sorotan Dan Rangkuman



Hari ini hari terakhir dua puluh sebelas.
Macam baru semalam aku menulis tentang dua puluh sepuluh. Tentang bagaimana tahun dua puluh sepuluh sebagai satu tahun menolak kematangan diri. (baca sini). Tahun dua puluh sebenarnya adalah tahun di mana aku secara dalam diamnya mendaki dan berusaha untuk menulis secara serius bagi tahun dua puluh sebelas. Ya, bagaimana dua puluh sepuluh sudah ditinggalkan, dua puluh sebelas juga bakal melabuhkan tirai.

Dalam tahun dua puluh sebelas, pelbagai peristiwa berlaku. Setiap satunya pasti meninggalkan kesan dan pengajaran untuk memberikan lebih baik pada tahun dua puluh dua belas. Sebagai catatan, tahun dua puluh sebelas bakal aku tinggalkan dengan tiada satu pun istilah percutian. Ya, tiada. Kegilaan aku pada kerjaya dan  entah apa yang merasuk semangat aku untuk tidak kenal erti penat dan lelah berusaha mencapai apa yang aku mahukan. Mungkin ada yang sudah menjadi milik aku, mungkin juga ada yang terlepas dari genggaman serta ada juga yang sudah aku lupakan dalam perjalanan. Hidup perlu diteruskan, bukan?

Senyum.
Itulah satu benda yang aku tidak pernah tinggalkan dalam hidup sepanjang dua puluh sebelas. Jujurnya, aku akan sentiasa pastikan senyuman itu tidak akan menjauh dan terus dibawa ke tahun hadapan dan seterusnya. Kalaupun mungkin aku akan menangis seketika, aku tidak mahu senyuman itu lekang kerana ia dapat mengusir derita. Walaupun orang kata itu satu langkah berpura, kau sebenarnya tidak tahu bila kau akan tersenyum lagi nanti.

[Sumber gambar] - Mari kita lihat apa yang telah dilaksanakan sepanjang dua puluh sebelas.

Januari. [pautan]
Aku mulakan Januari dengan tahun kedua berkhidmat sebagai seorang guru. Dengan tugasan yang bertambah serta banyak lagi benda menyeronokkan termasuk kegiatan aktiviti luar, aku memastikan setiap apa yang aku buat tersusun supaya apa yang aku mahukan terhasil dengan baik. Awal tahun juga kesibukan melanda, tapi aku masih menulis seperti biasa. Dalam aku saling memberikan imbangan yang aku rasa sudah cukup baik antara kerjaya dan kehidupan peribadi, aku diuji dengan kehilangan manusia yang aku cintai pada penghujung Januari. Aneh kenapa tiada dalam Dunia Sebelah Zara?
Senyum.

Februari. [pautan]
Menerima hakikat kehilangan setelah lama bersama bukanlah mudah aku rasa. Cuma bila berhadapan dengan situasi menyakitkan seorang diri, apa yang penting adalah bagaimana menguatkan diri sendiri. Aku rasa disebabkan aku menulis dengan lebih serius tentang perasaan manusia, tentang bagaimana menghadapi masalah dan sebagainya, Dunia Sebelah Zara telah menjadi satu daripada keutamaan aku selain daripada kerja hakiki. Pada bulan ini juga, aku telah dilamar menjadi sebahagian daripada tenaga kerja Terfaktab. Oh ya, bulan Februari juga menyaksikan aku memulakan misi mustahil aku sendiri - tidak makan nasi.

Mac. [pautan]
Bersedia untuk menghadapi peperiksaan - salah satu benda wajib dalam perkhidmatan aku. Saat ini, aku bergelumang dengan nota, latihan dan tugasan yang sudah lama aku tinggalkan. Aku belikan diri sendiri sebuah meja belajar, untuk duduk memberikan tumpuan. Puan Mulia kata aku gila sebab aku memilih untuk beli meja belajar berbanding dengan meja solek. Tapi, dengan meja belajar juga aku boleh bersolek. Bukan kalian tidak kenal kegilaan aku kan?

April. [pautan]
Aku lebih fokus menulis tentang benda yang berlaku dalam hidup aku dan manusia di sekeliling aku. Masa ini aku sudah buang segala perasaan mengarut aku pada benda yang tidak membawa kepentingan langsung. Kegilaan aku pada kerjaya memuncak mulai saat itu. Keseronokkan yang aku dapat daripada apa yang aku buat, tidak termasuk aktiviti luar dan sekolah membuatkan aku lupa segala masalah dan dapat memberikan tumpuan lebih banyak pada diri sendiri dan keluarga. 

Mei. [pautan]
Orang lain mungkin bercerita tentang cuti, tapi aku lebih suka memikirkan kerja aku. Menulis dan terus menulis walaupun banyak kritikan dan komentar yang tidak membina dilemparkan. Aku seperti biasa, hadam segala duka, telan segala kepahitan supaya tidak akan ada jiwa yang tercedera. Cukuplah dengan apa yang aku terpaksa lihat depan mata. Oh, penghujung Mei - Ketua Keluarga Hebat, Puan Mulia dan adik bongsu aku melakukan umrah lagi, bersama dengan beberapa anggota keluarga. Bermula episod aku menjaga adik beradik di rumah ketika cuti dengan mengorbankan kegiatan luar aku semasa cuti.

Jun. [pautan]
Amanah yang ditinggalkan, alhamdulillah dapat dilaksanakan secara baik. Aku banyak belajar bagaimana menguruskan rumah tanpa kehadiran orang tua, belajar memasak secara aku seorang sahaja yang menguasai dapur, menguruskan kewangan dan sebagainya. Tapi malangnya, kegembiraan menyambut orang tua aku di lapangan terbang dicemari dengan insiden yang merobek hati aku sebagai seorang manusia. Herdikan dan makian yang aku terima saat itu daripada manusia yang aku pernah kagumi merubah persepsi aku terhadap apa yang kita panggil sebagai berhemah dan rasa hormat aku terhakis serta merta. Apa pun yang berlaku saat itu, aku dengan gembiranya tahu bahawa aku masih punya Emak dan Abah serta adik beradik yang sentiasa percaya dengan aku. Alhamdulillah.

Julai. [pautan]
Siapa sangka permulaan bulan yang baik akan berubah dalam masa yang sangat singkat? 20 Julai, aku kemalangan dengan Adam Awraq kesayangan yang belum pun mencecah setahun remuk habis di bahagian hadapan, petang dalam perjalanan aku pulang dari sekolah. 22 Julai, dalam jam tiga pagi, rumah aku dimasuki perompak bersenjata seramai empat orang. Segala harta benda berharga direnggut daripada kami sekeluarga. Dan itu adalah tiga hari penuh menyakitkan sepanjang tahun dua puluh sebelas sebenarnya. Malang yang bertimpa di saat Ramadhan bakal menjelma. Hilang pengangkutan disebabkan Adam Awraq ditarik ke bengkel dan telefon genggam memutuskan aku terus daripada semua kenalan sekian lama. Dalam kesedihan yang aku hadapi, sebenarnya aku nampak bahawa rakan alam maya banyak membantu aku sebenarnya. Twitterjaya terutamanya.

Ogos. [pautan]
Awal Ramadhan disambut dengan penuh kesederhanaan seperti biasa. Tetapi, episod penderitaan sebenarnya baru sahaja mahu bermula. 10 Ogos bersamaan dengan 10 Ramadhan, Puan Mulia jatuh di longkang kecil sekolah. Panggilan yang aku terima di sekolah buatkan aku bergegas ke sekolah dia hanya untuk mengejar ambulans yang membawa dia ke pusat kesihatan berhampiran. Pemeriksaan selanjutnya di hospital hanya memberikan kepastian terseliuh yang kami sangka rupanya patah buku lali kanan. Itu tamparan hebat kepada seorang yang kuat bekerja seperti Puan Mulia. Bermalam di hospital bersama dia dan aku mengambil alih sepenuhnya urusan di rumah. Alhamdulillah, pengalaman ditinggalkan selama dua minggu sebelum itu amat membantu. Adam Awraq juga kembali pulih. Selain itu, pada 25 Ogos, kembar yang selama ini aku kenal dengan gambar, perbualan semata-mata datang ke rumah aku. Kali pertama bertemu, bertentang mata secara alam nyata, kasihan, dia dapat hadiah yang pastinya dia tidak akan lupa. 29 Ogos - aku menginjak usia dua puluh empat tahun.

September. [pautan]
Aidilfitri yang menjelma pada penghujung Ogos disambut dengan sedikit kemurungan dengan keadaan Puan Mulia yang masih cedera, tapi kehidupan diteruskan seperti biasa. Dengan Adam Awraq sudah kembali dalam tangan, aku dihimpit dengan kesibukan semula. Pergi kursus, ekspedisi, kegiatan luar, berbasikal dan sebagainya mengisi jadual aku sepanjang bulan September, termasuk beraya dan juga menghadiri majlis graduasi seorang kenalan lama. Buat kali pertama, aku menghadiri #twtupraya bersama dengan kenalan Twitter yang pulang beraya di Muar. Kenangan terindah bersama dengan manusia yang aku kenal di alam maya tentunya. Di samping itu, aku bekerja dengan lebih gila sebagai bayaran selepas sebulan menyisihkan aktiviti sempena menghormati bulan puasa.

Oktober. [pautan]
1 Oktober membawa tulisan aku ke satu dimensi baru. Bersama dengan Terfaktab, kami melancarkan Kitab Terfaktab #1 di Uya Distro. Satu pengalaman baru melihat tulisan aku yang selama ini hanya boleh dibaca di blog sudah tercetak (dan alhamdulillah, dikhabarkan sudah masuk cetakan kedua dan masih banyak tempahan lagi). Tahniah kepada semua skuad Terfaktab dan mereka yang sentiasa menyokong kami. Dalam kesibukan berkejar ke Subang Jaya, dan sebagainya, aku memulakan tugas sebagai pengawas PMR buat kali pertama. Bulan Oktober sememangnya sibuk dan ini kali pertama aku melihat peperiksaan sebagai satu bentuk pertempuran buat diri sendiri juga. Kali pertama memegang kelas Tingkatan Tiga.

November. [pautan]
Di sebalik kesibukan peperiksaan akhir tahun, dan juga raya Aidiladha - aku dapat tugasan lagi. Menjadi pengawas peperiksaan SPM. Betapa aku mencari pengganti, tiada siapa yang mahu. Dalam aku memberontak, aku pergi juga melunaskan arahan. Kan kerja aku adalah SYMP - "Saya Yang Menurut Perintah". Aku terpaksa melupakan aktiviti kokurikulum aku yang menyeronokkan. Berkorban dan keinginan aku juga terkorban. Terpaksa melupakan lawatan ke Perlis dan Selangor. Terpaksa melepaskan peluang menyertai cabaran. Tahniah kepada diri sendiri yang dengan tabahnya tidak buat apa-apa selain menjaga peperiksaan. Sedih. Oh, aku juga mulakan menulis dengan lebih gigih untuk bulan Disember. Ramai kawan-kawan melangsungkan perkahwinan, dan ada yang terpaksa aku tolak undangan dengan baik akibat kesibukan. Seorang kawan baik sejak tiga belas tahun yang lepas melangsungkan pertunangan. Berada di samping dia saat itu, buatkan aku gembira kerana dapat meraikan hari bahagia.

Disember [pautan]
Akhirnya berakhir juga SPM. Aku dapat tumpukan pada acara terbesar dalam takwim kerja aku sebagai seorang jurulatih dengan program basikal peringkat kebangsaan. Sekurang-kurangnya, ada juga benda yang aku suka dapat aku buat. Kenal dengan lebih ramai orang, belajar banyak benda baru dan bertugas dengan cara pimpinan yang berbeza setiap hari membuka mata aku tentang bagaimana manusia perlu terus hidup atas dunia ini. Jujurnya, mereka adalah keluarga yang aku tidak mahu hilang selagi aku terus hidup dan kekal dalam kerjaya ini secara amnya. Oh, selain daripada itu, buku kedua aku muncul pada 10 Disember 2011. Dengan tajuk HERO, aku satu-satunya penulis perempuan di dalam antologi yang menampilkan lima penulis itu. Dilancarkan di Uya Distro (sekali lagi) - dengan kehadiran manusia-manusia yang aku sayang, tapi hanya mampu luahkan dalam hati, aku sangat gembira atas semua kurniaan Ilahi. Aku punya sahabat-sahabat yang baik, keluarga yang menyokong serta pembaca budiman yang aku anggap sebagai kawan. Apa lagi aku mahu minta?

http://farm4.staticflickr.com/3158/3080606182_af39d78aaf.jpg
[Sumber gambar] - Jadi bagaimana dengan cerita peribadi? Aku tidak punya jawapan mahu diberi.

Seperti selalunya, aku mengharapkan kalian yang sudi membaca akan terus menyokong Dunia Sebelah Zara sehingga ke penghujungnya. Oh, esok - 1 Januari 2012 - Dunia Sebelah Zara akan memasuki ulang tahun yang ketiga. InsyaALLAH, akan cuba berikan sesuatu kepada pembaca bertuah yang selama ini sentiasa memberikan semangat serta dorongan untuk aku terus berusaha.

Semoga yang terbaik menjadi milik kita semua. Amin.

Nota Kaki :
1. Orang sering bertanya, apakah setiap kali menjelang tahun baru perlu ada azam baru? Aku memilih untuk buat azam baru setiap hari sebab setiap hari adalah permulaan hari yang baru. Lagipun, tahun baru pada aku adalah semasa bergeraknya awal Muharam. Sebab saat itu adalah pertambahan usia aku bermula.
2. Tahun dua puluh sebelas juga merupakan tahun di mana tulisan aku berkurang dengan drastik.

Zara : Selamat menukar takwim anda semua. Selamat memberikan yang terbaik buat diri sendiri dan semua manusia. Jangan terlampau korbankan kepentingan diri hingga merana demi melihat orang lain tersenyum gembira (peringatan kepada diri sendiri sebenarnya). Jaga diri, jaga hati, jaga iman dan aku cuma mahu beritahu yang aku sayang kamu semua.


Monday, August 29, 2011

#29 #Ramadhan : 24 Tahun Nikmat Dunia.


Alhamdulillah.
Atas segala nikmat yang tidak terperi di atas dunia ini.
Atas nyawa yang entah di mana tersembunyi.
Atas bilangan tidak terkira rahmat yang diberi.

http://farm7.static.flickr.com/6027/5941290183_24f8468781.jpg
[Sumber gambar]

Terima kasih pada Puan Mulia dan Ketua Keluarga Hebat.
Terima kasih Mak dan Abah yang membesarkan.
Yang menerima buruk baik puteri sulung, cahaya mata pertama ini selama berpuluh tahun tanpa pernah menyisihkan serta tidak jemu untuk mendoakan manusia yang kadangkala tidak tahu bersyukur ini.

Terima kasih kepada adik-adik yang langsung tidak cakap apa-apa. Sekadar ucapan sudah memadai, tetapi tidak mengapa. Mungkin kalian tidak ingat bila tarikh Along dilahirkan ke dunia. Pastinya disebabkan kalian belum dilahirkan ketika itu.

Buat Pali Si Busuk.
Sahabat terbaik-pijak-kepala-sampai mati.
Terima kasih atas tulisan kamu yang sungguh menyentuh hati.
Aku pastinya tidak akan jumpa manusia lain sebaik kamu (dan sangat memahami) aku sebagai manusia di atas dunia ini yang berjaya mengekalkan garis persahabatan sehingga kini. Sudah empat tahun. Empat tahun sebenarnya sudah berlalu.


Buat kembar tersayang.
Ya, awak tahu siapa awak.
Tahun ketiga saya menerima ucapan itu dari awak wahai kembar.
Dan ya, tahun ketiga juga saya membuat ucapan serupa.

Buat kawan-kawan di Mukabuku, Twitter dan pengunjung Dunia Sebelah Zara, terima kasih atas ucapan yang penuh di dinding, penuh di garis masa dan di ruangan komentar yang mana kamu curahkan ucapan mesra. Terima kasih tidak terhingga kerana memberikan aku sedikit rasa manusia.

Selamat ulang tahun ke-24 Zara.
Tidak banyak yang aku minta.
Aku cuma mahu jadi lebih manusia.
Manusia yang mempunyai rasa.
Dan bukan beku selamanya.

Nota Kaki : Akan sibuk menguruskan dapur.

Zara : Selamat pulang beraya semua. Selamat atas segalanya.


Friday, February 11, 2011

Bila Jatuh, Bangun Sendiri Supaya Tidak Mati.


Siapa yang selalu singgah dari tempat yang tersenarai ini, terima kasih yang teramat sangat kerana sudi membaca blog picisan seorang perempuan yang kurang cantik, tapi tetap menarik pada mata dia sendiri. Ya, aku sedang puji diri sendiri untuk meningkatkan keyakinan diri sambil makan rumpai laut dari Korea.

Highland Park, New Jersey, United States
New Brunswick, New Jersey, United States
Yokohama, Kanagawa, Jepun

Oh, kenapa aku tulis itu?
Sebab masa aku nak tulis benda ini, ada pelawat yang datang dari sana secara terus (baca : direct). Itu sahaja, tidaklah ada benda lain. Sekarang aku adalah manusia yang mempersetankan segala tohmahan dan kejian orang lain disebabkan akhirnya, aku mampu berdiri seorang diri tanpa penyangga yang selama ini membantu aku. Teruja?
Sudah tentu.

[Gambar : Bila nak dapat paha kecil begini agaknya? Eh. Ketawa]

Bajingan yang menyatakan kalau sedih kita harus menangis.
Kalau begitu, dunia sudah dipenuhi dengan lambakan air masin yang bercampur dengan sumber air tidak dikenali. Apa harus kalau sedih mesti menangis, perempuan menangis.
Skeptikal.

Ada benda yang buat aku kadangkala takut.
Takut dengan manusia yang sungguh pandai merasa siapa aku.
Dengan manusia begini, aku sumpah jadi telus.
Satu demi satu helaian aku biarkan mereka baca dengan sendiri tanpa perlu aku bercerita.

Emosi kau macam mana?
Stabil?
Berapa lama kau sakit?
Berapa lama kau jatuh?
Apa pengajaran yang kau dapat?

Sebahagian dari diri aku hilang lagi. Itu yang sahabat baik aku nyatakan semalam. Mungkin benar apa yang dia beritahu, kalau itu yang dia nampak dalam diri aku. Sebahagian daripada diri aku yang bangkit semula selepas peristiwa dulu, meneruskan pelajaran, kehidupan dan kerjaya direnggut pergi dengan satu ucapan yang menikam ke dalam. Benda yang bila kita terlampau bersedia dan musnah begitu sahaja, ada sesiapa yang tidak tahu terluka?

Walaupun sekadar lima minit cuma.
Itu tetap masa jatuh dan kecewa.
Sakit dan sengsara.
Kau buka dan pejam mata, buka semula.
Ketawa.
Nah, hilang sudah duka.

Mungkin benar.
Tapi kehilangan bukan semuanya benda yang berbentuk negatif. Ada benda baik yang tersirat dan berbentuk positif serta mematangkan diri. Tidak semestinya sakit untuk kali kedua bermakna kesakitan hingga patut terbaring dan langsung tidak mampu bernyawa.

Sahabat : Satu lagi, sebelum ni kau jatuh, siapa tolong kau?
Aku : Kau. Kau sahaja yang tolong aku.
Sahabat : Dan kali ini, siapa yang tolong kau?
Aku : Diri sendiri, dan kau juga.
Sahabat : Tak. Aku rasa aku datang cuma selepas kau pulih.
Aku : Sendiri.
Sahabat : (tanda jempol) Tepat sekali. Diri kau sendiri.

http://farm3.static.flickr.com/2655/4082104858_d7a19591d7.jpg
[Gambar : Dah lama tak meniup belon, tempoh hari hampir kempis otak sendiri]

Bila kamu puji aku kuat, itu bukan bermakna aku mendabik dada dan ketawa.
Tidak.
Sebab aku tahu, aku hidup untuk kekal bernyawa.
Sebak.
Kewujudan aku hanya aku sendiri yang sedar dan hargai sepenuh jiwa.
Sepak.
Ketawa penuh gembira.

Jadi, buat yang membuat panggilan telefon sewaktu aku sedang memecut di selekoh pagi tadi, aku cuma mahu beritahu sekali lagi (bahkan dan beberapa kali), hidup kita, kita yang tentukan. Kalau kau letak sepenuh kepercayaan kepada orang yang mungkin salah, itu bukan bermakna kau bodoh dan perlu mati sendirian, kau cuma perlu berubah. Itu sahaja sebenarnya.

Kawan : Aku kecewa gila.
Aku : Apa benda yang kau kecewa?
Kawan : Aku tak dapat balik diri aku yang asal. Aku terbayang-bayang kewujudan dia lagi.
Aku : Kau nak balik pada dia semula?
Kawan : Itu mustahil.
Aku : Jadi?
Kawan : Aku nak lupakan dia.
Aku : (ketawa) Kau tidak akan berjaya lupakan dia.
Kawan : Kenapa kau cakap begitu?
Aku : Sebab manusia yang pernah ada nilai dalam hidup kita, mustahil untuk kita lupakan.
Kawan : Tapi dia buat aku kecewa.
Aku : Kecewa itu satu bentuk nilai. Kalau dia pergi dan kau tak rasa apa-apa, maksudnya dia bukan sesiapa.
Kawan : Macam mana kau boleh ketawa riang walaupun kau kecewa?
Aku : (ketawa) Ini bukan kecewa, ini satu benda yang nyata.
Kawan : Maksud kau?
Aku : Menghadapi kenyataan dan tidak melarikan diri supaya kau tak mati sendiri. Itu yang aku pegang dari kisah hidup aku sebelum ini.
Kawan : Kau boleh hidup macam biasa?
Aku : Kenapa tak boleh?
Kawan : Macam mana kau boleh?
Aku : Masa aku jatuh, aku beritahu diri aku sendiri yang aku keseorangan. Tiada siapa yang boleh aku minta tolong. Tiada siapa. Jadi, aku beritahu diri sendiri yang aku kena kuat, maka, aku bangun.
Kawan : Benda lama, kau tak ingat?
Aku : Ada guna aku ingat balik? Ada kebaikan untuk aku? Itu soalan yang aku tanya diri aku sendiri. Kau patut tanya diri kau benda yang sama.
Kawan : Kau baik sahaja kan?
Aku : (ketawa) Selagi aku dapat menyibukkan diri dengan kerja aku, dengan hidup aku dan jadikan ego aku lebih tinggi dari kedudukan hati aku, aku percaya aku boleh selamat dan hidup macam biasa.
Kawan : Kau gila.
Aku : Ya, aku tahu aku gila.
Kawan : Kau gila sebab kau boleh tabah.
Aku : (ketawa) Kerja aku adalah pengubat aku.
Kawan : Tiada masa untuk duduk sendirian?
Aku : Tiada.

[Gambar : Kalau kau masih bangun malam dan mencari dia dalam mimpi dan realiti, aku tidak mampu kurangkan hati kau yang bergelumang konspirasi]

Aku mungkin tidak dapat tenangkan kau.
Maaf, aku bukan pemujuk yang baik.
Kau yang perlu buka mata kau sendiri dan hadam realiti.
Walaupun pahit dan membuatkan kerongkong kau rensa, itu tanda kau masih manusia.
Percayalah.

Celaka.
Dunia memang penuh dengan suka dan duka.
Tapi kalau kau tidak pernah teruja untuk gembira, kau patut duduk dan senyap sahaja.
Bukan untuk ukir sakit dan merana.
Untuk kau belajar senyum dan hadapi dunia.
Dengan diri kau yang penuh semangat waja.
Bukan kesateria yang hilang pawana.

Nota Kaki :
1. Urusan penting perlu dilaksanakan.
2. Kalau aku tidak balas Skype ataupun YM, maksudnya aku menggunakan telefon atau tiada di hadapan Sean kesayangan.
3. Jika kau mahu mencuba nasib dan meluahkan rasa, pastikan yang kau bukan milik sesiapa kerana berkongsi jiwa bukanlah satu benda yang memuaskan nafsu dan bikin adrenalin teruja.

Zara : Kata kawan tapi kau buat aku macam lawan. ha ha ha. Cinta kau pada dia memang buat kau sawan. Ah, patutlah kau pandai mengawan. :)

Tuesday, December 28, 2010

Kenapa Bila Nampak Dia Kahwin, Aku Rasa Kesal Sangat?


Salam semua.
Hari ini lebih baik dari semalam.
Alhamdulillah.
Si dia membebel bila dapat tahu aku mengambil ubat secara berlebihan akibat tidak dapat menanggung kesakitan secara menggila. Kelemahan aku bila menghadapi tekanan dalam bentuk kesihatan sehingga tidak berdaya akan aku atasi dengan sukatan berlebihan. Tidak baik, itu aku mengerti, cuma entah, aku sudah terbiasa dengan pengambilan bahan sedemikian.
Senyum.

Pesanan ringkas yang aku terima dari seorang kawan tadi, membuatkan aku teringat akan panggilan telefon lewat petang Ahad. Panggilan yang membuatkan aku mengerti, manusia selalunya begini. Bila kehilangan, baru kita akan mencari semula apa yang ditinggalkan.

[Gambar : Manusia akan selalu menghargai bila dah kehilangan ke?]

Kawan : Aku pergi majlis kahwin Ana.
Aku : Kau pergi?
Kawan : Dia jemput.
Aku : Oh, baik. Kuat betul kau pergi kan?
Kawan : Aku rasa aku mampu tengok, tapi tak rupanya.
Aku : Habis tu?
Kawan : Nampak dia bersanding, hati aku sebak.
Aku : Nak sebak kenapa?
Kawan : Dulu aku abaikan dia, aku tinggalkan dia sebab kejar perempuan lain.
Aku : Benda lama.
Kawan : Tahu, tapi Ana satu-satunya perempuan yang terima aku, cintakan aku sebagaimana diri aku.
Aku : Habis perempuan lain?
Kawan : Perempuan lain kenal aku bila aku dah berjaya, tak nampak aku dari susah.
Aku : Kau yang buat keputusan ni, kau tanggung sendiri.
Kawan : Pernah aku pujuk Ana, tapi hati dia dah tiada lagi pada aku.
Aku : Berapa kali kau lukakan hati dia? Banyak sangat kan?
Kawan : Ya. Aku rasa berdosa sangat.
Aku : Sudahlah. Ana dah jumpa jalan bahagia dia.
Kawan : Tiada peluang langsung buat aku kan?
Aku : Mulakan hidup baru, macam Ana buat bila kau tinggalkan dia dulu.
Kawan : Dia pernah sakit sebab aku, dia pernah masuk hospital sebab aku.
Aku : Sudahlah, jangan fikir lagi. Tumpukan apa yang kau ada sekarang.
Kawan : Aku tahu. Cuma aku perlu luahkan pada seseorang. Teringatkan kau, tu yang aku telefon.
Aku : Tiada masalah.
Kawan : Kau dah jumpa jalan bahagia kau juga kau?
Aku : Sedang melaluinya, alhamdulillah. Doakan aku jumpa penghujung yang menggembirakan.
Kawan : Pasti.

http://farm5.static.flickr.com/4085/5197699839_9991c283fb.jpg
[Gambar : Kau akan kenal kebahagiaan diri sendiri suatu hari nanti]

Sakit.
Melalui sesuatu seperti itu, aku memahami kesakitan yang pernah Ana hadapi, ataupun apa yang kawan aku alami saat ini. Bukan mudah tetapi manusia seringkali begitu. Kebahagiaan, kegembiraan di hadapan mata ditinggalkan tanpa menyedari itu yang sebenarnya yang mungkin diperlukan. Terbaca sesuatu tengah hari tadi yang membuatkan aku ingin berkongsi.

"Kita semua pelik. Manusia tidak jatuh cinta dengan apa yang ada di hadapan mereka. Mereka mahukan sesuatu yang mereka tidak akan dapat miliki. Semakin sukar dicapai, semakin menarik"
[baca : We're all weird. People don't fall in love whats in front of them. They want what they cant have. The more unattainable, the more attractive.]

 
[Gambar : Kita biasanya mengejar sesuatu yang sukar dimiliki. Betulkan?]

Lebih banyak cabaran, lebih menarik.
Begitu ya?
Senyum sinis.

Aku doakan yang terbaik buat semua rakan-rakan.
Tidak kira siapa kamu.
Kamu tetap manusia yang hadir dalam hidup aku.
Walaupun secebis waktu.
Senyum satu.
Dari manusia beku.

Nota Kaki :
1. Esok ke sekolah - pendaftaran pelajar.
2. Seronok baca buku cara penggunaan mesin memerah susu milik kawan. Dia suruh aku teka harga mesin itu, ingatkan dalam beberapa ratus sahaja, rupanya harga mesin tersebut adalah RM 1700. Peh!
3. Tahniah pada Nakama kerana punya anak saudara baru. Nak satu!
4. Tahniah kepada Busuk kerana sudah mencapai dua benda yang dia inginkan dalam masa singkat ini. Doakan yang terbaik buat kamu sahabat.

Zara : Melalui fasa kehidupan sekarang ini membuatkan aku teringat apa yang dikatakan oleh Busuk. Tengok dua tahun lepas, dan tengok mana kita sekarang. Tengok banyak mana kita berubah dan tengok macam mana kehidupan kita. Ya betul Busuk. Terima kasih kerana sama-sama melalui kehidupan yang penuh warna ini sahabat.

Friday, December 17, 2010

"Senyuman Itu Bukan Milik Saya Lagi Kan?" : "Kenapa Yang Itu Ada Misai, Yang Ini Tiada?"


Senyum.
Bukan.
Senyuman ini tetap milik aku sendiri.
Senyuman kekal milik aku sahaja.
Oh, mungkinkah senyum dengan lebih ceria?
Entahlah.
Yang melihat sahaja boleh menilai aku rasa.
Ketawa.

[Gambar : Adakah kau benci melihat aku gembira dengan kehidupan aku yang sementara?]

Aku pernah menulis sesuatu tentang ini di [sini]
Senyum lagi.
Kau tahu betapa payah aku mewujudkan jurang antara aku dan dunia?
Tidak, kau tidak pernah tahu.
Senyum sinis.

Kawan : Kau sudah ada teman baru?
Aku : Setiap hari aku berkenalan dengan kawan baru.
Kawan : Maksud aku, teman istimewa yang baru.
Aku : (ketawa) Oh itu? Aku memilih untuk senyap sahaja, boleh?
Kawan : Aku menganggap diam itu adalah tanda mengiyakan soalan.
Aku : Suka hati kau. Kenapa telefon pagi ini?
Kawan : Sebab percuma, maka aku telefon siapa sahaja dalam senarai aku.
Aku : Dalam banyak-banyak orang, aku yang kena? Menipu betul.
Kawan : Pandai kau kan?
Aku : Apa dia?
Kawan : Ada benda nak cerita.
Aku : Apakah?
Kawan : Lelaki itu ada cakap dengan aku semalam.
Aku : Lelaki manakah? Cakap terang dan jelas boleh?
Kawan : Lelaki mana lagi yang ada kaitan dengan kau yang aku kenal?
Aku : Kau kenal Faizal Tahir kan?
Kawan : Choi! Itu suami orang, artis, semua pun kenal.
Aku : (ketawa) Baiklah, apa benda dia cakap dengan kau?
Kawan : Dia nampak aku buka FB kau di pejabat.
Aku : Jadi?
Kawan : Dia kata, senyuman kau bukan milik dia lagi kan?
Aku : (ketawa) Sudah lama bukan milik dia, ah, dia boleh cari yang lebih bagus senyumannya kan?
Kawan : (ketawa) Ini bukan pencarian model ubat gigi.
Aku : (ketawa) Sudahlah. Aku punya kehidupan yang lebih baik.
Kawan : Aku faham.
Aku : Jangan buka FB atau blog aku di pejabat kau.
Kawan : Kenapa?
Aku : Sengaja. Tak mahu ada orang gantung diri bila baca ini semua. (ketawa)
Kawan : Sumpah keji.
Aku : (ketawa)

Senyum.
Hidup hari ini lebih baik.
Aku cuma dapat doa begitu.

[Gambar : Malam tadi tertidur depan dia. =_=]

Buat mereka yang sentiasa mendoakan yang terbaik, aku juga mahu mendoakan yang terbaik buat kalian yang tidak pernah berhenti daripada memberikan sedikit kekuatan kepada manusia beku dan dingin ini. Mungkin aku bukan sahabat yang baik, tapi aku bersedia memberikan yang terbaik agar persahabatan yang terjalin ini berpanjangan.

  • Senyum bila teringat awak yang menikmati musim salju.

  • Yang teristimewa seharusnya sepasang mata yang comel itu.

  • Ah, kenakalan itu mungkin sudah lama mengalir dalam diri tahu?

  • Hari-hari, awak dikejutkan saya untuk menikmati hari baru.

  • Matahari yang memanaskan, adakah itu yang saya tunggu?

  • Ini sebenarnya sebagai cara saya melepaskan rindu.

  • Ah, mahu ketawa tulis begini selalu.

  • Filamen mentol pun boleh terkelip-kelip warna biru.

  • Nak berguling-guling bila terfikir apa yang berlaku.

  • Ada orang cemburu bila baca kawan aku dijamu.

  • Nak rasa ke sayang? Awak kena jadi menantu dulu.

Senyum lagi.
Aku sedang tunggu orang bangun pagi.
Ah, itu sebenarnya menjadi rutin setiap hari.
Kalau orang tak bangun, aku geram, ketap gigi.
Ah, ketawa suka hati.
Lagi.

http://farm5.static.flickr.com/4030/4563156413_e55049f315.jpg
[Gambar : Anggaplah ini perbualan antara kakak sulung yang memegang arnab dengan adik lelaki bongsu yang keletah, boleh?]

Adik : Ni ke gambar abang tu?
Aku : Ya.
Adik : Tak nampak sebab dia tunduk.
Aku : Sekejap Along tunjuk gambar lain.
Adik : Kenapa gambar tadi lain, ni lain?
Aku : Apa beza?
Adik : Tadi ada misai, ni tiada.
Aku : Apa kau ingat tak boleh tumbuh atau potong ke?
Adik : Mana gambar baru?
Aku : Tengok tarikh boleh?
Adik : (ketawa) Oh, dia belajar apa?
Aku : Belajar jadi jurutera.
Adik : Jurutera tu apa?
Aku : Kerja macam sepupu kita yang dua orang tu.
Adik : 'Engineer' ke?
Aku : Sama la tu.

Nak juga sebutan dalam bahasa Inggeris.
Ceh!

Nota Kaki :
1. Mungkin ke KL esok. Malas mahu ke sana hari ini.
2. Petang mungkin ke Melaka, belikan sesuatu untuk adik yang mahu ke universiti.
3. Sean sudah diberikan suntikan baru oleh Busuk yang sanggup datang dari Gombak dan habiskan masa separuh hari.
4. Si dia cemburu bila dapat tahu hidangan yang disediakan untuk Busuk. Jangan cemburu ya? Nanti akan tiba giliran awak pula.

Zara : Kau akan kenal siapa kawan dan lawan apabila kau ditimpa kesusahan ataupun ujian. Mereka yang teguh berdiri di belakang dan sentiasa menahan kau dari rebah itulah yang sepatutnya kau jaga dan pelihara dengan penuh taqwa. Bukan mereka yang datang dekat bila kau kaya, dan lari pergi, terbahak ketawa bila kau duka.

Tuesday, December 14, 2010

"Cikgu Dah Ada Calon? Kalau Belum, Ada Orang Suruh Saya Carikan" : Cara Pantas Sampaikan Niat


Salam semua.
Sudah hari Selasa.
Usai pulang dari sekolah atas beberapa urusan yang menuntut aku memandu selama sejam pergi dan sejam pulang. Tidak mengapa, asalkan urusan aku selesai, itu sudah cukup baik. Sempat juga aku mengejutkan si dia supaya bangun pagi dalam perjalanan aku pulang tadi (kebetulan Mak singgah di kedai, kalau tidak banyak pula persoalan yang mencurigakan keluar)
Senyum.

Ada sesuatu  yang berlaku di sekolah membuatkan aku tersenyum sendirian sehingga tengah hari (baiklah, selepas tengah hari sudah senyum disebabkan benda lain (benda ke orang?) pula)

 [Gambar : Sebenarnya cinta sahaja tidak cukup kan?]

K.S : Cikgu, nak tanya satu benda boleh?
Aku : Tanyalah, boleh sahaja.
K. S. : Cikgu dah ada yang punya?
Aku : (terkejut) Eh?
K.S. : Cikgu kalau belum ada yang punya, saya nak kenalkan dengan seorang lelaki ni boleh?
Aku : (masih lagi terkejut) Er, siapa?
K. S. : Dia ni sedang mecari, kebetulan cikgu pun bujang lagi, itu yang saya tanyakan.
Aku : Ya, bujang lagi.
K.S. : (suara teruja) Jadi boleh berkenalan ke cikgu?
Aku : Er, sebenarnya saya dah ada kawan dengan seorang ni.
K.S. : (suara muram) Oh, tak bolehlah kalau begitu?
Aku : Maaf ya?
K.S. : Tak mengapa, tiada rezeki nampaknya.

[Gambar : Maaf, sedang mengikat dua marga dalam satu jalinan yang entah dimana simpulan hujungnya]

Alhamdulillah.
Kehidupan bertambah baik.
Senyuman terukir dengan lebih ikhlas kepada diri sendiri.
Tumpuan dan perhatian untuk lebih menjaga hak dan keperluan diri sedang diterapkan menjadi motivasi.
Ah, kalau rahsia sekalipun, adakah rahsia itu tidak terbongkar kepada sesiapa?
Enak ketawa.
Ukir rasa.

Teringat apa yang aku bualkan dengan Busuk tengah hari  tadi.

Aku : Baru balik sekolah, aku nak masak sekejap.
Busuk : Baik. Cuma kalau kau nak beritahu keluarga kau yang kau teringin nak kahwin ada caranya.
Aku : Apa dia?
Busuk : Masak pastikan garam lebih, kasi masin. (ketawa)
Aku : (ketawa) Lama lagi lah.
Busuk : Petua orang tua-tua.
Aku : Nanti kena darah tinggi kang.
Busuk : Takpun, rebus dengan air laut.
Aku : Boleh jadi bahan di blog ni. (ketawa)
Busuk : Dah, pergi masak.
Aku : Baik.

Memang gila.
Kalau aku masak semua benda masin, lain pula jadinya nanti.
Ketawa.

Rutin hari ini, seperti selalunya mungkin.
  • Buat sarapan pagi.
  • Kemas rumah.
  • Gerak ke sekolah.
  • Jam 12 tengah hari kejut si dia bangun pagi.
  • Selesaikan masak tengah hari.
  • Luangkan sedikit masa tengok orang makan, buat tugasan universiti dan hanya tengok mata cantik.
  • Berbual dengan kawan-kawan di Twitter.
  • Membalas surat elektronik yang dikirim oleh teman-teman.
  • Menjawab telefon dan membalas pesanan ringkas kawan-kawan (Ya, si dia akan cakap begini - Masa Skype dengan saya pun sempat jawab telefon dan SMS orang kan? >.<)

Baiklah.
Itu sahaja.
Mahu teman orang ke kelas pula.
Senyum.

Nota Kaki :
1. Rindukan Papa, Mama dan Nakama di Twitter. Mana keluarga bahagia kami di Twitter?
2. Berbual dengan Arnab comel adalah menyeronokkan.
3. Sedang mengumpul kekuatan.
4. Jadual tidur semakin hanyut ke laut.

Zara : Bila masing-masing sarkastik dan tiada siapa mahu kalah, memang bergaduh itu tidak akan lama. Mana boleh tahan kalau tidak bercakaran dan lihat masing-masing mahu tunjuk gagah bukan? Ketawa.

Friday, December 10, 2010

Lagu Dan Perasaan : Adakah Dengan Lagu Kita Boleh Menilai Perasaan Orang Pada Kita?


Ketawa.
Semalam ada orang tanya adakah aku homoseksual hanya disebabkan aku dengar lagu daripada t.A.T.u. Aku dapat soalan ini di Borang Anjal (baca : Formspring).
Main suka hati mahu kata begitu pada aku kan?
Jawapan aku mudah sahaja.

Kalau dengar lagu t.A.T.u. aku adalah homoseksual, bagaimana kalau aku dengar lagu Adam Lambert dan sebagainya? Mudah betul orang menilai begitu kan?
Ketawa.

Senyum.
Maaf, aku tidak menulis langsung semalam. Badan yang keletihan serta banyak berbual dengan si dia (batuk-batuk perlahan sambil tersenyum) membuatkan aku langsung tidak dapat menulis apa-apa. Dalam erti kata yang mudah, sebenarnya aku makan ubat demam dan selsema (dan seterusnya tertidur - kan lebih baik tulis begini bukan?)

[Gambar : Sejak kebelakangan ini banyak menulis frasa ini dalam cara berbeza dan bahasa berbeza tapi masih membawa maksud yang sama]

Ada sesetengah daripada kita di luar sana (termasuk aku) mungkin manusia yang sukar meluahkan dengan kata-kata ataupun lebih banyak berkias. Ah, ego setinggi langit dan dinding tebal yang aku bina sukar untuk memulakan hubungan baru. Lebih banyak kekal dan menghargai mereka yang lebih kenal siapa aku dari membuka ruang untuk yang lain (macamlah ada orang mahu kan?).

Jadi, antara cara orang menyentuh hati aku (berdehem perlahan) adalah dengan melalui lagu. Memberitahu niat dan maksud secara tersirat juga dengan harapan aku faham dengan apa yang cuba disampaikan. Tapi ada juga orang yang menyanyikan lagu hanya kerana bosan dan sebagainya (ini tidak boleh dikira walaupun mungkin tersentuh hati). Senyum.

Baiklah.
Mari senaraikan lagu apa yang sejak kebelakangan ini memenuhi ruang kamar sempit tetapi membahagiakan ini.
  • Bruno Mars - Just The Way You Are
  • Lady Antebellum - Need You Now
  • Jason Derulo - Ridin' Solo
  • Auburn - Perfect Two
  • Jason Mraz & Colbie Caillat - Lucky
 [Gambar : Oh, jangan tanya kenapa lagu-lagu itu memenuhi kamar aku saat ini]

Macam aku katakan tadi, pelbagai orang menggunakan lagu atau muzik untuk menunjukkan perasaan mereka. Seni tidak dicabuli dengan cara begini, bahkan lebih dikembangkan walaupun penggunaannya sudah mula disalahgunakan.

Kegunaan Lagu.
  • Luahan Cinta : Ada orang menggunakan lagu atau muzik untuk menyampaikan rasa cinta mereka. Mungkin mereka tidak mampu menyatakan secara jelas apa yang cuma diluahkan dan lagu yang sesuai dipilih agar jejaka atau gadis itu mengerti. Sebagai contoh :
 Jejaka : Awak dah dengar lagu yang saya beri tadi?
Gadis : Lagu yang tadi? Dah.
Jejaka : Awak faham apa yang saya cuba sampaikan?
Gadis : Mungkin, tapi boleh awak jelaskan?
Jejaka : Kalau awak hayati betul-betul...
Gadis : Saya mengerti, cuma untuk kepastiaan, saya tak boleh buat andaian sendiri
Jejaka : Awak rasa apa?

(Cerita seterusnya tidak dapat disambung. Terima kasih)
  • Hambur Benci - Marah : Ramai juga yang menggunakan lagu dan muzik sebagai tempat atau medium melepaskan kemarahan dan sakit hati. Disampaikan secara terang-terangan ataupun secara sinikal dan sarkastik (kalau aku lebih suka yang makan dalam kerana itu lebih mengasyikkan). 
  • Perkongsian : Ada orang sekadar suka berkongsi lagu-lagu tersebut dan berkongsi dengan kawan-kawan. Eh, benda baik harus dikongsi bersama kan? Ini Busuk selalu bagi pada aku untuk memberikan aku semangat dan sebagainya. Sebagai rekod, Busuk yang memperkenalkan aku kepada A7X dua tahun lepas.
Busuk : Kau pernah dengar lagu A7X?
Aku : Apa benda tu?
Busuk : Avenged Sevenfold. Kau Google. Jangan dengar lagu Jepun dan Korea sahaja.
Aku : Baik!
Busuk : Aku hantar kau lagu yang sesuai dengan kau.
Aku : Baik.

(Lagu-lagu dihantar guna Skype)
  • Penggera Bangun Tidur [Tambahan] : Ya, setiap pagi aku dikejut oleh nyanyian lelaki kacak dari Korea untuk bangun ke sekolah dan sebagainya. Lagu itu dinyanyikan oleh lelaki tersebut untuk mengejutkan kekasihnya di dalam drama bersiri yang aku suka.
 [Gambar : Encik Pengguna Canon sejati, sila bangun bila ada orang yang gigih kejut. Terima kasih]

Banyak sebenarnya yang dapat dikongsikan dengan lagu sebenarnya. Sebagai contoh, kawan aku menyanyikan lagu Maher Zains (For The Rest of My Life) untuk isterinya di majlis perkahwinan mereka. Kalau aku, mestilah aku akan menangis terharu walaupun segala nota muzik beliau agak lari (Maaf kawan, aku beri contoh sahaja, yang penting isteri kau gembira dan menangis - walaupun aku tak faham erti tangisan dia)

Selingan.
Perasaan manusia adalah sesuatu yang agak kompleks. Sukar untuk ditafsir dan dimengertikan walaupun ternyata kalau kita mahukan keindahannya, kita akan jumpa juga. Aku mungkin bukan yang terbaik untuk menyatakan perkara sebegini, tetapi aku pasti bahawa seteguh mana karang, ia pasti akan terhakis juga dalam suatu jangka masa.

Senyum.
Hati aku mula buat perangai sejak kebelakangan ini.
Terselit rasa cemburu yang entah dari mana merasuk semalam. Aduhai hati, kenapa berubah sebegini rupa? 

Nota Kaki :
1. Sesiapa yang mahu aku menulis tentang Melaka Wonderlands, nanti aku tulis. Gambar boleh dilihat di Mukabuku aku.
2. Ada orang kecil hati dengan aku. Kawan, bukan aku tidak mahu beritahu.
3. Jadual waktu tidur aku masih tidak betul. Ada sesiapa boleh tolong?
4. Mulut kejang sebab senyum.

Zara : Semakin kenal apa yang hati aku mahukan. Ini bukan masa untuk bermain macam anak kecil yang baru kenal dunia. Ini waktu untuk tunjukkan kesungguhan dalam mencapai impian dan cita-cita.

Wednesday, December 08, 2010

Ceritera Manusia Beku Penagih Kopi : Bila Sahabat Aku Menulis Asas Dalam Hubungan


Salam semua.
Alhamdulillah, puasa Awal Muharam dapat dilaksanakan.
Cuaca juga membantu sebenarnya.
Senyum.

Sakit kepala aku semakin teruk, berlanjutan dari pagi semalam sehingga selepas berbuka. Dan ternyata, bukan disebabkan aku kurang tidur, tetapi tiada kafein di dalam badan menyebabkan otak aku memberontak dan tangan mula menggeletar. Badan menggigil dan urat kepala aku seperti mahu pecah. Aku bukan manusia yang boleh membiarkan kesakitan itu mencengkam jiwa dan raga. Maka, kesakitan itu membuatkan aku terpaksa bergegas mendapatkan kopi.

http://farm3.static.flickr.com/2544/3908613514_8c8649e14c.jpg
[Gambar : Ya, tanpa kopi memang hidup aku akan agak meracau.]

Tidak perlu katakan kepada aku kafein bahaya, dan berikan aku seribu satu cara untuk berhenti mengambil kopi kerana semuanya tidak berhasil kepada aku. Terlalu kebal dan tegar sudah. Orang lain pening bila minum, tapi aku perlu minum untuk elakkan pening. Choi!

Baiklah.
Setelah dua cawan cecair yang tinggi kafein masuk ke dalam sistem badan aku semalam, otak semakin stabil dan ya, aku dapat tidur lebih kurang setengah jam untuk mengurangkan kesakitan. Nasib baik si dia (batuk-batuk, jangan tanya) sedang memasak, jadi tidaklah terganggu dia. Kalau tidak, mesti aku sudah meracau dan mengamuk pada dia (suka betul kan kau Zara, jadikan orang lain mangsa amukan).
Ketawa.

Mak : Kau kenapa Long?
Aku : Sakit kepala.
Mak : Sakit kepala lagi?
Aku : Ya. Nak ubat.
Mak : Ambil dalam kotak ubat.
Aku : Baik. Dah minum Nescafe tadi, kalau tak lagi sakit kepala.
Mak : Apa peliknya kau ni, orang lain minum kopi sakit kepala, kau sakit kepala kalau tak minum.
Aku : (sengih)
Mak : Asyik tersengih sahaja kau.
Aku : Dah gembira mestilah sengih.
 Mak : Gembira kenapa?
Aku : Sebab dapat minum kopi.
Mak : Haish.

Sebenarnya bukanlah setakat dapat minum kopi Mak.
Ada benda lain.
Mak, Along rasa nak kahwin, boleh?
Tiba-tiba.
Ketawa.

Apa kau ingat aku berani cakap begitu dengan Mak?
Jangan harap.
(sambil pura-pura duduk bersimpuh macam gadis ayu)

[Gambar : Aku rasa panda comel walaupun mata dia bengkak macam mata aku yang kurang tidur tetapi cergas macam apa. Oh, mungkin akibat sukatan kafein berlebihan.]

Baiklah.
Bercakap tentang asas dalam hubungan, aku tertarik untuk berkongsi apa yang dinyatakan oleh Busuk dalam penulisannya di blog. Dia menggariskan 7 benda yang menjadi asas dalam satu hubungan iaitu :

1) Hati.
2) Kepercayaan.
3) Toleransi.
4) Kejujuran.
5) Komitmen.
6) Tanggungjawab.
7) Keserasian.

(lebih pembacaan di sini)

http://farm6.static.flickr.com/5286/5236092206_5692e7c4c1.jpg
[Gambar : Kadangkala kita merenung sebuah hati yang kosong tanpa isi serta membuat kita tertanya-tanya, apakah ada peluang kita menyelinap masuk dan tinggal di dalamnya]

Bila menyebut tentang hati, aku akan segera teringat apa yang pernah aku tulis sebelum ini.

Awak, ingat lagi kata kunci kita berdua?
Kata kunci hati kita berdua.
Awak ingat lagi?

Masa kita mula-mula kenal, awak cuma nampak permukaan jiwa saya.

Masa mula-mula kita kawan, awak cuma nampak luaran hati saya.
Tapi awak terima dan awak mula tamak.

Awak berdiri di luar hati saya.

Awak ketuk perlahan-lahan.
Awak datang setiap masa, setiap hari.
Awak tanya, bila agaknya awak dapat masuk ke pintunya.

Awak datang setiap hari sehingga saya kehilangan diri.

Awak marah saya - awak kata saya menyelinap masuk ke dalam hati awak tanpa perlu usaha.
Saya termangu - saya dalam hati awak, jiwa awak?
Awak merayu - berikan awak kunci, kata laluan atau apa sahaja agar awak bisa masuk ke dalam.

Saya berikan awak kata laluan.

Awak buka dengan perlahan.
Awak mula berikan sepenuh tumpuan dengan tinggal di situ.
Awak baca setiap helaian manuskrip dalam hati saya.
Lembaran demi lembaran awak baca.

Awak, bila tiba halaman yang sukar untuk difahami, mengapa awak berdiam diri?

Mengapa awak tidak mahu lebih mengerti?
Mengapa awak tidak mahu bertanya kepada saya, tuan punya diri?

Awak, hati yang awak masuki adalah hati saya.

Kamus yang awak perlukan adalah saya.
Awak, adakah awak masih mahu membaca lagi?
Atau mahu berpaling pergi?
 

(dari penulisan aku yang ini)

Dan, bila ada seorang mula mengetuk pintu hati, segala nasihat yang Busuk khabarkan pada aku buatkan aku lebih mengerti. Betapa hidup ini sememangnya perlu dilihat dari pelbagai sudut dan jangan hanya pernah memandang dari atas, kerana kita tidak akan teringat yang bawah. Ah, terima kasih Busuk.
Nota Kaki :
1. Mengejut orang dengan gigih tapi tidak bangun pula.
2. Kedatangan rakan-rakan berbasikal ke rumah semalam sangat mengujakan.
3. Kenapa dengan paparan baru di Mukabuku? Sungguh kurang menyenangkan.
4. Esok mungkin ke Melaka. Ada sesiapa mahu ikut?

Zara : Melangkah ke sebuah lagi tangga hidup membuatkan aku tahu, ini cabaran yang harus aku terima. Rasa bahagia tidak harus dinikmati bersama kerana membahagiakan manusia yang menyebabkan kita bahagia sama penting dengan kegembiraan kita. Hidup jangan terlampau mementingkan diri. Itu sahaja.

Saturday, December 04, 2010

Awak, Saya Tak Sayang Awak Sebab Awak Suka Kacau Hati Saya. Benci!


Awak.
Ingat tak saya pernah tulis ini untuk awak?
Ah, awak mesti tak ingat kan?
Benci awak!

Awak.
Kenapa awak suka kacau hati saya?
Awak dengki dengan saya ke?
Sambil hempas barang, jeling awak.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjufGN4Ao5rzKMTguFePCf5BbEjbGu1rwgCJUYJqbYvCuMLr9AknkKgAQ_vwk2HHT3eHw3uCEnFdT8p8Ba_gR70g2W76gZIG_HLCrs_136xRaLID9io76vrYSaJ42aHpcUmXTtesW4DzXT9/s1600/danbo_love.png
[Gambar : Ambil hati ini, awak boleh kacau banyak mana yang awak suka. Huh!]

Awak.
Awak tahu kan yang saya memang cepat mengamuk.
Bukan awak tak kenal saya.
Cuma awak degil, makin nampak saya marah, lagi suka awak kacau.
Kenapa?

Awak.
Saya memang tak sayang awak.
Memang saya menyampah dengan awak.
Memang saya tak tunggu awak pun.

(Jari tekan telefon, tengok ada status atau pesanan baru di Twitter)
(Mata tengok komputer, mana tahu ada sesiapa muncul tiba-tiba)

Awak ingat saya tunggu awak?
Mana ada?
Awak bukan penting sangat pun.
Kan saya dah kata saya tak sayang awak.
Faham?

Awak.
Kan awak tahu saya takut kucing?
Awak tahu kan?
Awak kata, jadilah manja macam kucing.
Agak-agak awak, saya lempang awak nanti sakit tak?
Pang!

http://www.gundammodelkits.com/wp-content/uploads/2010/06/100-Days-Danbo-Photo-Project-Gallery-By-Hartanta-Part-106.jpg
[Gambar : Awak kata nak letak kucing sebelah saya, supaya saya akan jadi manja macam kucing]

Teori mana awak pakai ni?
Sambil bersedia nak lempang awak lagi.

Awak.
Saya tak sayang awak.
Saya tak rindu awak.

http://s3.amazonaws.com/data.tumblr.com/tumblr_l0ekm7HdY51qbybzfo1_1280.jpg?AWSAccessKeyId=0RYTHV9YYQ4W5Q3HQMG2&Expires=1291463811&Signature=OqDXFF1FT6wtU5%2FJk2oOMg%2F%2BmEQ%3D
[Gambar : Saya memang tak ingat awak langsung]

Semakin tinggi dinding saya bina, semakin gigih awak mahu memanjatnya.
Semakin saya cuba menjauhkan diri, semakin kuat awak mahu mendekati.
Semakin saya mahu lari, semakin banyak pujukan awak supaya saya kekal di sini.
Benci.

Awak.
Saya benci awak.
Awak ganggu hati saya.
Kemunculan awak membuatkan saya tidak kenal siapa lagi diri saya.
Benci awak.
Betul.

Nota Kaki :
1. Kerja memasang sinki baru oleh aku ditangguhkan kerana adik aku mahu memasang jubin di dapur basah.
2. Hari yang kurang produktif, aku cepat mengantuk sekarang ini.
3. Baca novel baru yang dibeli sehingga tertidur, nasib baik tak rosak novel klasik itu.
4. Si Busuk telefon aku petang tadi. Dia mungkin akan datang ke Muar minggu hadapan untuk membaiki Sean. Takziah Busuk atas kehilangan datuk saudara.

Zara : Sedang bermain satu permainan yang terdapat kemungkinan tinggi akan cedera kembali. Calar balar dan parut luka masih kelihatan walaupun telah lama dilupakan dan sembuh memacu tinggi tahap kesihatan. Cuma mungkin, entahlah.

Saturday, November 27, 2010

Kebahagiaan Itu Seperti Mengejar Rama-Rama, Bila Kita Sibuk Mengejar, Ia Akan Lari Pergi : Uji Kaji Kimia SPM


Seperti kata Thomas kebahagiaan itu seperti mengejar rama-rama.
Kalau kita terlalu sibuk mengejarnya, dia akan lari daripada kita.
Tapi bila kita berhenti dan alihkan perhatian kita pada perkara lain, ia akan datang hinggap di bahu kita.
Makanya, aku mahu biar ia datang dan berhenti pada bahu aku.
Aku sudah penat untuk mengejar dan sudah tidak mahu bertaruh hati.
Hati aku tempat aku simpan perkara terbaik.
Senyum.

http://farm3.static.flickr.com/2464/3905734764_e8aa17562d.jpg
[Gambar : Benarkah kalau kita punya sayap, kita akan terbang tinggi dengan riang?]

Rebah Itu Untuk Bangkit Kembali.
Semalam, aku mungkin rebah. Semalam aku biarkan diri aku tunduk pada kesakitan atas nama sebuah penghormatan pada mereka yang aku sayangi. Biarlah air mata itu tumpah sekalipun kerana aku percaya, tangisan itu adalah kekuatan untuk aku bangkit lebih kuat.

Alangkah semalam, Busuk juga tidak mampu nak mengutuk aku dengan lebih hebat disebabkan aku dalam keadaan sakit serta bawah pengaruh ubat berlebihan. Ketawa besar aku apabila Busuk menyatakan dia takut dengan sikap aku semalam. Bersikap gembira padahal baru menulis di blog tentang kesengsaraan jiwa. Cuak katanya dan sangat kelihatan aku dibawah pengaruh dadah pembunuh sakit (baca : painkiller) yang melampau.


[Ini komentar Busuk dalam penulisan sebelum ini]

Dia sahabat terbaik aku.
Dia mungkin akan tendang aku untuk pastikan aku terus bangkit dari kegagalan. Mengenali dia sewaktu dalam tahun akhir pengajian (lebih kurang Julai 2008), persahabatan istimewa kami kekal sehingga hari ini. Busuk mungkin tidak zahirkan kasih sayang dalam persahabatan secara terang-terangan, tapi nilai persahabatan yang diterapkan membuatkan kami terus menggila dengan persahabatan ini. Terima kasih Busuk, kau terbaik!

Rebah aku sebab aku mahu bangkit.
Senyum.
Mengalah aku bukan sebab aku kalah.
Senyum.

Semalam Hari Ujian Aku.
Senyum kuat.
Kepala dongak ke langit.
Tahan air mata dari mengalir keluar.
Pandang ke depan.
Senyum lebar.

http://farm4.static.flickr.com/3487/3919511510_3665b1302b_z.jpg
[Gambar : Kalau aku hayun ini selaju mungkin, aku akan sampai mana?]

Tengah hari aku menangis disebabkan keluarga.
Malam, kembar yang risau akan keadaan diri aku tiba-tiba menjadikan aku sarkastik. Ah, pengaruh dadah dalam badan memang buat aku sedemikian. Penat, tertidur dan terjaga semula akibat sakit perut, aku kembali berbual dengan kembar. Nah, dia kata aku lebih baik sedemikian berbanding aku yang menakutkan sarkastiknya bila sakit.

Tapi, sebelum itu, sewaktu berbual dengan kembar, ada rakan yang aku begitu hormati pendirian diri dan sikapnya telah menyatakan aku gemuk. Terpana aku, walaupun itu memang hakikatnya. Ketawa.

Cuma, entah. Emosi aku kurang stabil semalam. Ya, aku tahu, lemak banyak di lengan. Ya, saya tahu, saya mengaku saya gemuk. Mana boleh dibandingkan dengan awak yang sihat dan kurus. Yang comel, yang apa lagi? Entah, tidak mahu tulis. Nasib baik aku tidak bersikap keji dan sarkastik dengan rakan itu semalam. Ya, otak aku sedang sarkastik dengan kembar.

Ya awak.
Saya gemuk pun bukan awak nak kahwin dengan saya kan?
Huh!
(Tiba-tiba emosi pula)
Ketawa.

Baiklah.
Ujian mental sungguh semalam.
Ludah ke tanah.

Hari ini sudah lebih baik.
Semalam aku bicara dengan Busuk.
Semalam aku sudah bicara dengan kembar.
Walaupun sebenarnya aku tidak meluahkan pada mereka.
Tapi mereka faham.

Selingan.
Oh, bercakap tentang kuat atau tidak, aku teringatkan Ben Ashaari. Dia pun selalu dikutuk di dalam dunia maya. Orang boleh bercakap apa sahaja tentang dia, tapi dia masih meneruskan apa yang dia percaya. Dan semalam, aku terfikir akan satu perkara. Kalau aku dapat jadi kuat macam Ben (tidak kira fizikal atau mental), adakah ada orang berani buli aku lagi?

http://farm3.static.flickr.com/2781/4382658264_498a32b679.jpg
[Gambar : Aku teringin nak buat ujikaji Kimia pada orang yang cuba untuk memusnahkan aku. Ketawa keji]

Tidak.
Jangan risau.
Aku belum cukup kejam.
Lagi pula, ujikaji Kimia SPM tidak melibatkan perkara begini.
Oh, aku rindu bau kepekatan bahan kimia di universiti.
Khayal.

Nota Kaki :
1. Semalam kadar pengambilan ubat adalah terlebih sebanyak 8 biji.
2. Hari ini masih sakit lagi. Sakit, sila menjauh pergi.
3. Disebabkan sakit perut yang amat sangat, aku terjaga jam 4 pagi.
4. Eh, senyumlah sampai nampak gigi.

Zara : Ada orang kata aku kuat. Tapi adakah kau tahu, kenapa aku harus menjadi kuat? Ia untuk diri sendiri kawan. Untuk diri sendiri yang akan mati suatu hari nanti. Tidak tahu bila, tapi mati itu pasti. Aku mengerti dan aku percaya kau juga memahami.