Showing posts with label Kata Carian Pengintip Gila. Show all posts
Showing posts with label Kata Carian Pengintip Gila. Show all posts

Friday, February 26, 2010

Sejak Bila Zara Menyapu Bersih Anugerah Homoseksual, Biseksual Dalam Arena Penulisan Blog Sejagat? Tiada Istilah Seluar Dalam Basah Di Sini.


Tuan-tuan dan puan-puan.
Sila jangan menceroboh dengan keji Kotak Luahan Cinta aku di tepi kanan blog ini.
Aku akui aku pernah menghalang (baca : banned) alamat Internet Protokol (baca : IP adress) manusia jahanam yang dengan suka hati meninggalkan kata caci nista di situ.
Tapi disebabkan sistem kotak luahan cinta aku itu akan menghalang semua IP yang bermula dengan nombor yang sama, maka ada antara kalian yang tidak dapat meninggalkan pesanan. Jangan khuatir, aku sudah hapuskan penghalang. Maka selepas ini, kalau orang mencarut sekalipun, aku redha sahaja.
Baiknya hati aku.
Ketawa.

Buat golongan sasaran yang entah mengapa cuba membakar aku dengan gigih, aku mohon maaf sekali lagi. Aku bosan dengan drama dunia yang kamu mahu sajikan. Drama yang berskala rendah dan dihasilkan dengan niat untuk mengeji kedudukan aku yang tidak terkenal ini buat aku rasa sengsara.
Sengsara untuk mengawal diri daripada menyumpah kamu wahai pembuang najis yang tidak bertamadun serta tidak bertimbang rasa.

Aku tidak pernah mendiskriminasi orientasi seks orang lain.
Kawan-kawan aku juga ada yang mempunyai orientasi begini.
Tetapi, itu bukan bermakna aku juga begitu.
Jadi, sila hati-hati.
Dengan penggunaan kata-kata kamu menuduh aku begini.
Silap langkah, ada hati yang mati.
Ketawa geli hati.

Cukuplah kamu buat aku ketawa secara menggila.
Kalaulah aku jumpa kamu semua di dunia nyata, aku akan libas kamu secara melintang dan menegak dengan gembira.
Oh, aku juga mungkin akan tinggalkan tanda Z di bahagian belakang kamu agar kamu kekal mengingati betapa indahnya menghina aku yang sukakan seni, pelukan, ciuman dan cinta.
Ketawa.
Nafas tarik tinggi, hela.
Hembus ke bawah, ludah ke tanah, nyata.

Kata carian ke blog aku semakin gila.
Aku memang ketawa berdekah hingga jatuh dari dakapan kekasih bertuala kelabu dalam tab mandi merah.
Kucing kekasih mengiau manja tanda amarah.
Nyata, kalian ini memang bikin aku ceria.

Seluar Dalam Basah.

http://i.ytimg.com/vi/70xKFih59EI/0.jpg
[Bukan kepunyaan aku. Mahu tahu pemiliknya sila tekan sini dengan gembira]

Eh, terlampau banyak penulisan mengenai seluar dalam di blog aku ya?
Mungkin juga.
Tetapi kamu memang buat aku malu.
Hampir kesemua kata carian adalah berasaskan kepada seluar dalam.
Ya, sila pitam.

Buat mereka yang masih bertanya tentang lokasi di mana pertemuan pada 6 Mac 2010 ini akan diadakan, menurut Bapak Gula-Gula, paling lambat, hari Isnin ini akan diberitahu keputusannya. Jadi, kita semua nantikan bersama.
Senyum.

Tiada istilah penulisan hebat.
Tiada istilah saya penulis baru.
Tiada istilah saya tidak punya blog.
Tiada istilah blog saya entah apa-apa.
Kalian semua dijemput hadir tentunya.

Zara : Tatkala ini sedang menyiapkan kertas ujian pertama Perdagangan dan Keusahawan Tingkatan Satu dan Dua, Sains Tingkatan Empat tentunya. Oh, nasib baik Sejarah Tingkatan Satu sudah ada orang lain yang buat. Lega. Boleh aku berkejar menulis untuk projek terbaru aku bersama mereka.

Aspirasi aku pada cinta dan seni.
[Sila tekan INI dan cari ruangan komen di bawah sekali]
[Sila tekan INI untuk meneka dan menang 10 pound. Sila pilih nombor 14 ya?] 
[Sila tekan SINI kalau kamu mahu menyertai Perhimpunan Terbesar Penulis Blog di Malaysia]

Saturday, February 20, 2010

Pengakuan Eksklusif : Ada Teman Lelaki Dan Teman Wanita Bukan Bermakna Zara Adalah Seorang Biseksual. Mencari Laman Sesawang Bank Sperma?


Wanita muda yang suka bermain (baca : playgirl)
Gilakah aku kerana diberi gelaran sebegitu.
Diam.
Tampal senyum pada muka.

Sesiapa yang sudah biasa dengan persekitaran Dunia Sebelah Zara pasti telah mengerti bahawa sesungguhnya aku sering (dan amat gemar) menterjemah segala perkataan yang di dalam bahasa kedua ke dalam bahasa kebangsaan Malaysia. Ya, itu memang tujuan mengapa aku menulis di sini. Jika aku mahu menggunakan juga tatabahasa yang diperlukan, aku akan menggunakan tanda tertentu untuk menunjukkan bagaimana ia perlu dibaca dan digunakan.

Diam.
Istilah aku adalah seorang biseksual adalah sesuatu yang agak dangkal untuk dilemparkan oleh manusia yang tidak mengenali siapa itu Zara dan apakah yang sebenarnya berlaku dalam Dunia Sebelah Zara. Teman wanita adalah kawan-kawan perempuan yang aku cinta, manakala teman lelaki adalah kawan-kawan lelaki yang aku suka.

Oh ya, mengapa aku menggunakan perkataan teman wanita dan teman lelaki?
Teman adalah manifestasi tinggi dalam erti kata melampaui maksud kawan itu sendiri. Kawan adalah terlalu umum dan kurang menampakkan ada ikatan yang dikongsi lebih dekat, tautan dua hati itu sendiri. Oh, kalau seseorang itu layak digelar sahabat, makanya dia lebih hebat dalam menyulam rasa dalam segumpal darah pekat.

Penaakulan aku tentang persahabatan bukanlah kayu ukur tepi jalan.
Sekali kamu mengaku kamu kawan aku, dan aku kawan kamu, aku tetap akan berdiri teguh di belakang kamu dan bersedia menghadapi apa jua cabaran bersama.
Tetapi awas, sekali kamu khianati aku, kamu tiada tempat lagi di sini.
(Tunjuk hati)

http://www.freelayouticons.com/graphics/1172531586-18.jpg

Memang aku seorang yang gemarkan kasih sayang, cinta, pelukan dan ciuman.
Itu memang aku (sudahkah menjawab soalan undian?)
Siapa yang pernah bertemu aku, pasti ketawa sahaja kalau aku panggil mereka sayang.
Siapa yang pernah bersama aku, pasti gelak besar kalau diberikan pelukan dan ciuman ketika saling bersalaman.
Sungguh aku mahu ketawa berdekah-dekah bila membaca komen yang aku dapat dalam penulisan sebelum ini. Alahai, aku ini dikatakan sebagai tidak bermaruah pula.
Ketawa.
Senyum mesra.
Angkat kening, geleng kepala.

Pagi Sabtu sudah buat aku ketawa.
Sampai aku terlupa jadual untuk bermesra dengan laman sesawang bank sperma.
Eh silap, dengan laman sesawang khas herba.
Aku tidak mencari sperma ya?
Ketawa.

Memang pelik dengan kata-kata carian kalian ini.
Aku hanya mahu tersenyum mesra dan bahagiakan hati.
Ah, ada sesiapa yang sukakan lagu dalam blog ini?
Sila angkat tangan kanan tinggi-tinggi.

Zara : Melalui hari yang indah bukan bermaksud kamu insan bertuah. Tetapi melayari kehidupan dengan hati yang tabah menunjukkan kamu bukan sahaja indah tetapi bertuah sekali. Senyum dengan gelagat masyarakat yang membunuh kamu dengan kata-kata.


Gambar ini adalah simbol aspirasi aku pada kopi dan cinta. Tidak ada kena mengena dengan hidup atau mati. Yang penting, teruskan mengundi di sini  dan sini.

Sunday, August 09, 2009

Gaji Guru Ganti Lambat - Jadual Hidup Sihat - Bagi Motor Laju


Kita kembali lagi dalam laporan mingguan atau bulanan Dunia Sebelah Zara.
Ini adalah bahagian yang amat disukai memandangkan satu lagi sumber adalah sangat terhad tetapi meyakinkan.

Mari kita tinjau apa yang disukai dan dicari oleh pengunjung yang datang ke rumah bahasa pertama aku pada minggu lalu yang berakhir pada 8 Ogos 2009.

::Minggu Lalu::
(2 hingga 8 Ogos 2009)

Dari pemerhatian dan pengamatan yang disulami air mata akibat ketawa terlalu banyak,
dunia aku telah bertukar menjadi tiga kementerian atau jabatan secara umumnya.
Kementerian Pelajaran - Gaji Guru Ganti Lambat
Kementerian Kesihatan - Jadual Hidup Sihat
Kementerian Pengangkutan - Bagi Motor Laju

Mengenai yang lainnya, tiada pesanan atau ulasan yang mahu aku tinggalkan.
Hanya senyuman kanyur terukir di bibir aku.

::Minggu Sebelumnya::
(26 Julai hingga 1 Ogos)

"Apa alasan untuk tukar jika tak sanggup nak duduk kat satu tempat kerja"

Secara jujurnya, aku kagum dengan kesungguhan dia mencari kata laluan yang begitu panjang itu. Aduhai...

Zara : Kaki masih penat. Mahu mengucapkan selamat ulang tahun buat dua penulis blog,
Cik Rye (09.08.1988) dan Blog ANuar Kamarudin (09.08)
Semoga Allah sentiasa merahmati kalian!

Wednesday, July 15, 2009

Bila Aku Berkaca Mata Bingkai Putih...

Semalam hujan sewaktu aku tinggalkan rumah.
Aku pakai kaca mata aku untuk memberikan tumpuan di atas jalan raya.
Kaca mata berbingkai putih.

Aku jaga pintu pagar sekolah.
Pagar hadapan.
Orang selalu kata,
"Harapkan Pagar, Pagar Makan Padi"
Tapi, insyaALLAH, aku bukan begitu.
Aku kan pencinta sawah yang setia?
^_^

Aku berdiri depan pagar depan pagar dengan beberapa pengawas.
Aku masih berkaca mata.
Kali pertama aku memakai kaca mata di sekolah
Pelajar memerhatikan aku dan menegur aku.

"Cikgu, cikgu nampak lain hari ini."

"Cikgu, cikgu nampak comel hari ini."

"Lawa kaca mata cikgu!"

...dan yang paling aku suka...

"Cikgu nampak garanglah bila pakai cermin mata. Muka serius sangat!"


**Gambar Berkaca Mata Pada Sewaktu Aku Di Tahun Akhir**
Muka serius kata mereka


**Gambar Yang Agak Terkini**

Sila abaikan muka aku yang bulat dan tembam itu.
Aduhai.
Wajarkah aku memakai kaca mata lagi hari ini tatkala menjaga pagar?

Zara : Aku dapati ada pengunjung yang meletakkan ayat sinikal di Kotak Luahan di tepi ini.
Mengatakan aku gedik walaupun bertudung. Gedikkah aku?
Aku sendiri tidak mengerti apa maksud gedik.
Tapi aku pasti, hanya jauhari yang mengenal manikam.
Kalau kamu kata aku gedik, maksudnya kamu juga gedik.

Tuesday, July 14, 2009

Kata Carian Yang Menyongsangkan Mereka

Dalam hidup ini, acapkali manusia terlupa tentang sesuatu.
Sesuatu yang mereka lakukan mungkin dapat dikesan oleh yang lainnya.

Blog ini ditulis bagi aku berkarya, menulis tentang pengalaman aku,
dengan tatabahasa yang aku suka.

Mereka yang datang ke sini seringkali termasuk dengan tidak sengaja.
Tersesat dan tertipu dengan kata carian yang agak gila.

::Hasil Carian Pada Bulan Lepas::

Gambar seluar dalam dobi
Pelukan Hangat
Rindu Pelukan
Ahhh tembamnya
::Hasil Carian Minggu Lepas::

Bulat (apa yang anda jumpa ya?)
Buah keluar (neraka apakah ini?)
Tiubmerah
Kartun Wanderpets (ini paling menggelikan hati)
::Hasil Carian Minggu Ini::
(secara jujurnya, ini kata-kata carian yang sangat keji)

Pelukan Hangat
Tembamnya
...dan 3 lagi kata carian yang aku malas mahu tulis.

Sumpah!
Perkataan yang aku bulatkan dengan warna merah membuatkan aku ketawa hingga mahu pengsan. Secara jujurnya, kalian yang mencari itu pasti bertukar wajahnya bukan?
Kelat.
Payau.

Kalian sungguh hebat dapat memikirkan kata carian sebegitu.
Aku tidak pernah terfikir langsung.

Zara : Maaf, badan yang keletihan menjaga peperiksaan dan pintu pagar sekolah pergi dan balik membuatkan emosi aku kurang stabil. Mungkinkah aku perlu berehat atau membunuh sel sarafku dengan perkara lain?

Thursday, July 09, 2009

Pelukan Hangat Juga Satu Kata Carian?


Malam tadi sewaktu berhempas pulas menyiapkan kerja,
aku sengaja mahu melihat dari mana kalian semua datang.
Bukan apa, kadangkala jika berdekatan, boleh diajak ketemu suatu hari nanti.

*sila tekan untuk pembesaran*

Ada di antara kalian yang termasuk ke dalam blog ini dengan kata carian
"Pelukan Hangat"

Sumpah!
Aku ketawa besar malam tadi.
Aku menekan kata carian yang sama untuk mencari apa yang ditunjukkan oleh blog ini.
Nah!

Ya, kata carian itu membawa anda ke muka pertama dan di tangga pertama!
"Rindu Pelukan Hangat Zahrin Daniel"
**anda boleh tekan tajuk itu untuk membacanya**

Sebenarnya, itu hanyalah tulisan yang pendek.
Tulisan luahan hati aku pada Zahrin Daniel.
Aku rindu.
Rindu pelukan hangat Zahrin Daniel.
Rindu yang teramat sangat.
Hampir beberapa bulan aku tidak sentuh dia.

Minggu depan bakal ketemu dia lagi.
Danny, rindu kamu.
Rindu sangat-sangat.

Rindu Danny yang bulat, gebu dan berbulu...
Zara : Pagi ini aku harus ke kedai motosikal. Mahu mengganti tiub motor.
Ya, Tiub Motor. Bukan Tiub Awak atau Tiub Merah!
Oh ya, aku menyokong dasar kementerian yang telah menutup banyak laman sesawang lucah serta porno.
Yang ganjilnya, mengapa yang bagus seperti Veoh dll tidak dibenarkan di sini.
T___T