Showing posts with label Seluar Dalam Cinta. Show all posts
Showing posts with label Seluar Dalam Cinta. Show all posts

Monday, February 14, 2011

Hari Kekasih : Tahun Ini Ada Seluar Dalam.


#Dua kosong satu kosong
Kempen hari kekasih di mana semua wanita digalakkan tidak memakai seluar dalam (bagi yang mempunyai pasangan). Gila celaka punya kempen dan dianjurkan di kolej-kolej pula. Apa nak ramai orang berbondong-bondong buang bayi pada bulan Oktober, November? 
Ludah.

#Dua kosong satu satu
Tahun ini hari kekasih itu jatuh sehari sebelum Maulidur Rasul. Ya, kelahiran kekasih kita semua (bagi yang beragama Islam), junjungan besar kita, Nabi Muhammad s.a.w. Kalau tetap ada yang pergi menyambut Hari Kekasih pada 14 Februari, memanglah sumpah keji manusia sebegini. Yang 15 Februari, agak-agaknya kau pergi?

“ Jika anda meniduri kekasih pada 14hb Februari (hari kekasih), kekasih anda akan memberi berita baik pada 10 Mei (hari ibu) dan anda akan mempunyai anak pada 14hb November (hari kanak-kanak sedunia). Jika di lihat pada aspek perubatan, anda dinasihatkan jangan cuba perkara ni pada semua kekasih anda kerana anda akan mendapat berita buruk pada 1hb Disember (hari Aids sedunia)”
[sumber dengan penambahbaikan dari sini]

[Gambar : Cuba sentuh eh? Sentuh dan pergi (baca : Touch and Go)]

Aku bukan nak cakap dari segi hukum ke, apa yang dipesan oleh mufti ke, tapi dari satu aspek yang sungguh nampak secara berleluasa. Sambutan Hari Kekasih ataupun Valentine ini terlampau secara besar-besaran sehinggakan berlakunya pembaziran serta banyak benda mengarut lagi. 

#Biskut dan coklat cinta
Masa inilah ramai yang jual biskut sempena hari memperingati kekasih ataupun pasangan masing-masing. Apa hari lain tak boleh? Masa ini juga semua gadis-gadis berlumba-lumba mahu menempah biskut atau coklat dari mana-mana pembuatnya. Sanggup berhabis duit semata-mata mahu pasangan masing-masing gembira walaupun mereka mungkin tidak menyedari pasangan masing-masing ada kebarangkalian mendapat kecing manis (baca : diabetes) akibat daripada pemakanan benda-benda manis begitu.

[Gambar : Saya cinta awak, awak cinta saya? Saya beri awak makan benda manis supaya hubungan kita sentiasa manis. Kalau awak kena kencing manis, saya boleh melawat awak di hospital setiap hari]

Jejaka : Pandai awak buat biskut.
Dara : Saya belajar ni tahu, semata-mata untuk awak.
Jejaka : Alahai, terharunya saya.
Dara : Segan saya.
Jejaka : Rasa macam makan biskut kedai.
Dara : Eh, mana ada?
Jejaka : Ni tanda harga apa?
Dara : Eh?

Kalau tak pandai buat dan beli, jangan kantoikan diri.
Terima kasih.

#Bunga cinta
Kalau nak tengok harga bunga mahal selain daripada waktu konvokesyen, masa hari kekasih adalah jawapannya. Pembelian bunga boleh mencetuskan pelbagai isu dikalangan pasangan bercinta. Ada yang sanggup tak makan hanya sekadar untuk memberikan si dia bunga (bodoh yang amat sebenarnya)

Jurujual : Awak tak nak beli bunga?
Aku : Kenapa?
Jurujual : Esok hari kekasih.
Aku : Hari kekasih kena beri bunga eh?
Jurujual : Kena bagi, tanda romantik.
Aku : Tak bagi bunga tak kira romantik?
Jurujual : Bunga tanda bagi hubungan bahagia.
Aku : Semua bunga pun boleh ke?
Jurujual : Boleh punya. Awak nak bunga apa?
Aku : Bunga tayar, ada?
Jurujual : Ni bukan kedai tayar!
Aku : Oh, kekasih saya suka bunga tayar.
Jurujual : Gilakah kekasih awak?
Aku : Kekasih saya sebuah basikal. Jadi dia tak perlu bunga ros ke apa ni semua.
Jurujual : Gila.
Aku : Bunga tak boleh kasi perut kenyang.
Jurujual : Bunga boleh buat orang gembira.
Aku : Manusia cuma gembira bila perut dia tidak dipenuhi udara.

[Gambar : Aku dulu konvokesyen pun junior siap tanya, nak bunga ke nak hadiah patung beruang dan coklat. Jangan harap aku jawab bunga. Ketawa]

#Seluar dalam cinta
Nanti kalau lelaki pakai kutang, mungkin akan ada kutang khas untuk lelaki pula.
Agaknyalah.
Yang aku tengok rancak dijual dalam seminggu dua ini adalah seluar dalam pasangan. Macam-macam jenis, warna dan jenama. Suka tengok walaupun nak membeli adalah sangat tidak kena (eh, aku boleh pakai dua-dua kalau nak kan? Ketawa)

http://www.brand-fly.com/p_images/Coupleunderwear/Couple%20underwear_11.jpg
[Gambar : LV pun keluarkan seluar dalam pasangan tahu? Kau mampu nak beli?]

Kecuali dah kahwin, bolehlah nak beli benda yang sepasang begini. Kalau belum kahwin, atau lebih tepat lagi nikah, perlu ke nak beli benda sebegini? Sekadar suka-suka? Bolehlah kalau dah nak sangat.

Teruna : Awak, kita nak keluar ni, awak pakai seluar dalam yang itu ya?
Dara : Seluar dalam yang mana?
Teruna : Ala, yang kita beli sepasang tu.
Dara : (ketawa mengikih) Boleh-boleh. Baju pun nak sama?
Teruna : Ya. Sekali dengan seluar jeans kita tu ya?
Dara : Ya lah.
Teruna : Mesti seronok pakai semua sama ni kan?
Dara : Mesti. Nanti kawan-kawan saya mesti cemburu tau.
Teruna : (ketawa) Mesti punya. Eh, mana nak tahu awak pakai seluar dalam yang sama ni?
Dara : Takkan saya nak tipu?
Teruna : Takpe, nanti saya bawa RXZ, mesti boleh nampak punya.
Dara : (ketawa) Nakal awak ni.
Teruna : (ketawa) Ala, awak.

Gila gedik rasa bila tulis sebegini.
#muntah hijau dalam baldi biru sebelah katil besi.
Kan lebih kalau kau cakap begini sahaja kan?

Teruna : (ketawa) Mesti punya. Eh, mana nak tahu awak pakai seluar dalam yang sama ni?
Dara : Takkan saya nak tipu?
Teruna : Manalah tahu kan?
Dara : Takkan nak suruh saya tunjuk pula?
Teruna : Kalau awak sudi.
Dara : Ish awak ni (gelak-gelak)

Pang!
Sedas penampar laju.

#Makan malam cahaya lilin (baca : candle-light dinner)
 Buatnya masa makan, lilin jatuh dan menyambar kau, tak ke saja je jadi bahan berita?

http://farm5.static.flickr.com/4042/4354828448_a92d760853.jpg
[Gambar : Ini pun ada ke?]

Sudahlah.
Membuang masa sahaja menulis tentang ini.
Pucuk pangkalnya adalah hati dan iman masing-masing.
Kalau dah kemaruk sangat nak menyambutnya, pegawai agama di tepi pun kau masih sanggup terkinja-kinja. Cuma satu, baliklah pada agama.

Benda yang kurang baik begini, tidak perlu diraikan. Baik 15 Februari nanti, kau bangun pagi, mandi dan ikut serta perarakan sempena majlis Maulidur Rasul. Sarung baju Melayu, pakai baju kurung dan tudung ke masjid berhampiran, dengar ceramah. Untung boleh dapat pahala, ceramah dan hiburan percuma. Siap ada makan dan minum ditaja. Nak mengharapkan makan malam cahaya lilin (baca : candle light dinner), belum tahu kau mampu nak dapatkan penaja.

Itu sahaja.
Apa pun, 14 Februari adalah tarikh di mana berlakunya pertempuran di Bukit Candu.

Nota Kaki :
1. Budak sekolah lagi ingat Hari Kekasih dari Maulidur Rasul. Bila kata hari Selasa cuti, entah apa yang diingatnya.
2. Kegembiraan seorang kembar itu adalah lebih baik dari kemurungan seorang yang tidak dikenali langsung secara zahirnya.
3. Ya, blog ini boleh dilayari menggunakan telefon genggam. 

Zara : Banyak belajar tentang manusia bila berseorangan membaca semula. Hidup yang pernah ditinggalkan sewaktu zaman belajar dahulu, kini menjadi bahan kajian semula. 

Friday, February 26, 2010

Sejak Bila Zara Menyapu Bersih Anugerah Homoseksual, Biseksual Dalam Arena Penulisan Blog Sejagat? Tiada Istilah Seluar Dalam Basah Di Sini.


Tuan-tuan dan puan-puan.
Sila jangan menceroboh dengan keji Kotak Luahan Cinta aku di tepi kanan blog ini.
Aku akui aku pernah menghalang (baca : banned) alamat Internet Protokol (baca : IP adress) manusia jahanam yang dengan suka hati meninggalkan kata caci nista di situ.
Tapi disebabkan sistem kotak luahan cinta aku itu akan menghalang semua IP yang bermula dengan nombor yang sama, maka ada antara kalian yang tidak dapat meninggalkan pesanan. Jangan khuatir, aku sudah hapuskan penghalang. Maka selepas ini, kalau orang mencarut sekalipun, aku redha sahaja.
Baiknya hati aku.
Ketawa.

Buat golongan sasaran yang entah mengapa cuba membakar aku dengan gigih, aku mohon maaf sekali lagi. Aku bosan dengan drama dunia yang kamu mahu sajikan. Drama yang berskala rendah dan dihasilkan dengan niat untuk mengeji kedudukan aku yang tidak terkenal ini buat aku rasa sengsara.
Sengsara untuk mengawal diri daripada menyumpah kamu wahai pembuang najis yang tidak bertamadun serta tidak bertimbang rasa.

Aku tidak pernah mendiskriminasi orientasi seks orang lain.
Kawan-kawan aku juga ada yang mempunyai orientasi begini.
Tetapi, itu bukan bermakna aku juga begitu.
Jadi, sila hati-hati.
Dengan penggunaan kata-kata kamu menuduh aku begini.
Silap langkah, ada hati yang mati.
Ketawa geli hati.

Cukuplah kamu buat aku ketawa secara menggila.
Kalaulah aku jumpa kamu semua di dunia nyata, aku akan libas kamu secara melintang dan menegak dengan gembira.
Oh, aku juga mungkin akan tinggalkan tanda Z di bahagian belakang kamu agar kamu kekal mengingati betapa indahnya menghina aku yang sukakan seni, pelukan, ciuman dan cinta.
Ketawa.
Nafas tarik tinggi, hela.
Hembus ke bawah, ludah ke tanah, nyata.

Kata carian ke blog aku semakin gila.
Aku memang ketawa berdekah hingga jatuh dari dakapan kekasih bertuala kelabu dalam tab mandi merah.
Kucing kekasih mengiau manja tanda amarah.
Nyata, kalian ini memang bikin aku ceria.

Seluar Dalam Basah.

http://i.ytimg.com/vi/70xKFih59EI/0.jpg
[Bukan kepunyaan aku. Mahu tahu pemiliknya sila tekan sini dengan gembira]

Eh, terlampau banyak penulisan mengenai seluar dalam di blog aku ya?
Mungkin juga.
Tetapi kamu memang buat aku malu.
Hampir kesemua kata carian adalah berasaskan kepada seluar dalam.
Ya, sila pitam.

Buat mereka yang masih bertanya tentang lokasi di mana pertemuan pada 6 Mac 2010 ini akan diadakan, menurut Bapak Gula-Gula, paling lambat, hari Isnin ini akan diberitahu keputusannya. Jadi, kita semua nantikan bersama.
Senyum.

Tiada istilah penulisan hebat.
Tiada istilah saya penulis baru.
Tiada istilah saya tidak punya blog.
Tiada istilah blog saya entah apa-apa.
Kalian semua dijemput hadir tentunya.

Zara : Tatkala ini sedang menyiapkan kertas ujian pertama Perdagangan dan Keusahawan Tingkatan Satu dan Dua, Sains Tingkatan Empat tentunya. Oh, nasib baik Sejarah Tingkatan Satu sudah ada orang lain yang buat. Lega. Boleh aku berkejar menulis untuk projek terbaru aku bersama mereka.

Aspirasi aku pada cinta dan seni.
[Sila tekan INI dan cari ruangan komen di bawah sekali]
[Sila tekan INI untuk meneka dan menang 10 pound. Sila pilih nombor 14 ya?] 
[Sila tekan SINI kalau kamu mahu menyertai Perhimpunan Terbesar Penulis Blog di Malaysia]

Sunday, February 14, 2010

Edisi Hari Kekasih Tanpa Seluar Dalam : Kurang Daripada Dua Puluh Empat Jam Tetapi Nasi Sudah Menjadi Bubur.


Hari ini empat bulas hari bulan dua.
Ramai rakan-rakan yang mengabadikan perkahwinan dan pertunangan hari ini.
Bukan kerana terikut-ikut dengan budaya yang kurang sihat, tetapi lebih kepada cuti sekolah yang telah bermula. Ucapan tahniah buat mereka yang memberikan berita gembira pada aku.
Senyum.

Menerima panggilan telefon dari jauh.
Dari teman wanita yang kini adalah isteri orang merangkap bakal ibu, B.
B sedang asyik masyuk dibelai oleh Jejaka dengan limpahan aiskrim coklat di petang indah.
Dengki.
Ketawa.

B : Semalam rumah kamu kenduri ya?
Aku : Ya. Mana dapat berita?
B : Mukabuku. Kenduri apa? Dengar cerita kenduri tunang. Betul ke?
Aku : Gila ke kamu? Aku kalau bertunang tak jemput kamu, harus sahaja jadi kenduri arwah.
B : Tahu pun. Kenduri apa?
Aku : Kenduri biasa sahaja.
B : Makan apa?
Aku : Macam-macam. Ada ikan keli juga tau? Aku tahu kamu suka.
B : Alahai, sedapnya. Mana nak cari ikan keli di bumi orang mata biru asli ni?
Aku : Cepat balik Malaysia. (ketawa). Makan apa je kamu hari ini ibu?
B : Oh, ibu kamu panggil aku ya? Hari ini makan bubur. (ketawa)
Aku : Pemalas lah tu. Kenapa gelak?
B : Aku teringat kenangan kita bersama dahulu sayang (ketawa)

http://api.ning.com/files/P2aAW2r-2wYTXR7ij*r6outE3J1O-LlkGuKLnNVnkO9mbdO2S42gA5jl19NOYVe*TTnrKH*BPOfYActmWaupnRsVCUzmwr9-/crashed_bicycle_and_ladyd.jpg

Si Hitam berbunyi.
Panggilan dari B.

B : Zara, nasi sudah menjadi bubur (menangis)
Aku : Apa yang terjadi? D mainkan kamu?
B : Aku tak tahu nak cakap, tapi nasi dah menjadi bubur.
Aku : Tenang. Terangkan pada aku apa yang terjadi.
B : Nanti aku datang jumpa kamu.


Hujan lebat secara menggila di luar. Sejuk. Aku tahan B dari datang.
B degil.

Si Hitam berbunyi.
Panggilan dari B.

B : Zara, aku ada di luar perpustakaan. Boleh kamu keluar sebentar?
Aku : Baiklah.


B menunggu aku di luar perpustakaan.
Muka sugul.

Aku : Apa yang terjadi B?
B : Nasi sudah jadi bubur Zara. Aku tak boleh buat apa-apa lagi.
Aku : Terangkanlah.
B : Ni dia (B hulurkan aku sesuatu)
Aku : Apa ni?
B : Kau buka dulu.


Aku buka bungkusan itu.
Aku pandang B.
Rasa mahu membunuh lahir di situ juga.

Aku : Ni bubur!
B : Ye lah, aku nak masak nasi, tapi jadi bubur. Tak boleh nak buat apa-apa lagi.
Aku : ….

 Kami ketawa bersama bila teringat kenangan lama.
Alahai, wanita itu sudah bakal bergelar seorang bonda.
Daripada seorang yang nakal dan selalu berpoya-poya, sudah menjadi semakin matang tetapi tetap gila.
Rindukan dia.
Rindukan suaminya, si Jejaka juga.
Sentiasa lihat wajah ceria mereka.
Rindukan kegilaan lama.

Zara : Merindui zaman mengangkat buku dan belajar di hadapan seorang yang bernama guru. Indahnya saat itu. Kini watak bertukar, aku pula di hadapan dengan menghadap kelas.



Sudahkah kamu semua meninggalkan alamat blog (URL) di 
Terowong Kecil Cinta Zara ?
Sudahkah kamu lihat bukti Zara seorang wanita di SINI? Jangan lupa undi ya?

Kita Jangan Memikirkan Sesuatu Yang Berbentuk Tiga Atau Empat Segi Sahaja.


Manusia memang lemah.
Tetapi kelemahan manusia itu sebenarnya menjadi kekuatan kepada manusia itu sendiri.
Diam, simpul wajah.
Cuba untuk mengerti.



Seharusnya pemikiran manusia tidak dangkal sehingga tahap tidak mampu menafsir atau menerka. Hidup ini mempunyai pelbagai tafsiran, jangan kamu berfikir di kotak pemikiran kamu sahaja. Tafsiran itu tidak begitu penting jika kamu tidak menggunakan akal dengan sempurna.

**************************************************************

Kertas bertaburan di atas tikar.
Aku mana mampu beli permaidani.
Tikar sahaja dah cukup.

Permaidani lambang kemewahan, tikar lambang kecomelan.
Kenapa aku cakap macam tu?
Cuba kau tengok kaki dia...

Bila dia duduk lama-lama atas permaidani,
mana muncul corak di kaki dia?
Bila dia duduk lama-lama atas tikar,
muncul corak di kaki dia, kan comel itu?

Ketawa.
Senyuman.

Ketawa dan senyuman di bilik yang aku tak ketahui saiznya.
Besar untuk berdua.
Besar untuk seorang diri.

Kertas bertaburan di atas lantai.
Lantai aku sejuk.
Selipar jauh dari aku.
Aku senyum, kaki aku tiada corak.
Sebab aku duduk di atas kerusi.
Jadi, aku tidak comel.

Tengok dia...
Tengok sahaja, dia tidak mampu membuat apa-apa.

Oh ya, kalau kamu mahu corak di kaki kamu setelah duduk di atas tikar,
pastikan kaki kamu bogel.
Maksud aku, tidak perlu pakai sarung kaki.
Pasti kamu mahu jadi comel bukan?

*******

Aku masih renung barang dalam bilik empat persegi ini.
Gitar aku masih terdampar lemah tanpa mampu aku sentuh sepenuhnya.
Entah bila kali terakhir aku memetik dia sambil merungut kecil kuku rosak dan jari terluka.
Diam.

Hari ini mungkin hari yang bahagia.
Hari ini sepatutnya aku gembira.
Ya, seharusnya.

Tahun ini tahun Harimau.
Selamat Tahun Baru Cina buat semua sahabat yang menyambutnya.
Mungkin jika berkesempatan, aku akan dapat menziarahi kalian.
Senyum.
Teringat kekasih gelap yang cerah.
Tiba-tiba.

Zara : Masih kepenatan sehingga aku rasa tulisan aku hari ini macam sampah. Maafkan aku ya semua. Nanti aku belanja kamu makan di Mukabuku.



Sudahkah kamu semua meninggalkan alamat blog (URL) di 
Terowong Kecil Cinta Zara ?
Sudahkah kamu lihat bukti Zara seorang wanita di SINI? Jangan lupa undi ya?

Saturday, January 23, 2010

Ini Bukan Kerana Rasa Terkenal Seperti Penggiat Seni, Tetapi Sekadar Suka-Suka.


Aduhai.
Baru semalam mewujudkan halaman peminat (baca : fan page) untuk Dunia Sebelah Zara, sudah ada yang menghentam di surat elektronik dan komen yang ditinggalkan di penulisan sebelum ini. Tidak mengapa, anda boleh menulis apa sahaja. Nah, kata penulis terkenal yang ada halaman sendiri?
(Baca dengan muka ketat sambil rasa mahu memaki)

Tarik nafas dalam-dalam.
Tampal senyuman di wajah.



Ya, aku tahu kamu minat aku.
Kalau tidak minat, aku pasti kamu tidak akan mengambil berat akan perjalanan blog ini bukan?
Ya, sekali lagi aku menulis tulisan pojok seperti ini dengan harapan ia memenuhi nafsu kamu yang menyatakan aku adalah seperti artis. Mungkin aku artis bagi kamu, tapi pada aku, aku adalah penggiat seni.
Ketawa.
Baling bom tahi ke bawah.
Tutup hidung.
Halau bau pada kamu.
Ketawa.
Senyum kanyur.

Seperti yang aku nyatakan sebelum ini, ya aku memang penggiat seni.
Penggiat seni yang berbudaya.
Aku adalah pelakon di dunia aku.
Aku adalah penulis skrip, lakon layar, pengarah, pekerja belakang tabir, pengurusan peralatan, dan aku juga mungkin adalah penerbit.
Nah, kerja aku memang meliputi semua bukan?
Ketawa.
Hentak-hentak tangan atas meja.



Sekejap.
Aku tukar watak.
Kamu mahu aku berlakon ikut skrip yang kamu tulis?
Boleh sahaja.
Berapa banyak sampah yang kamu buang merata?
Ah, tentu kamu juga mahu terkenal dengan cara sendiri bukan?
Sebentar.
Sabar.

Eh, kamu tidak tinggalkan nota siapa diri kamu.
Oh, kamu mahu gunakan tandas tetapi tidak pandai membersihkan najis selepas dilepaskan?
Patutlah baunya menusuk hidung aku yang besar ini.
Tutup hidung.
Tekup mulut.
Elak dari muntah.

Jangan ambil kesempatan walaupun aku menulis dengan gagah.
Jangan berak merata sambil terlupa ambil semula seluar dalam yang jatuh merata.
Oh, jangan lupa bersihkan bila membuang ya?
Baunya kurang menyenangkan.
Hidung berkerut.
Mata mengecil.

Aku tidak pernah memaksa kamu sertai aku.
Itu hanya untuk mereka yang mengambil berat tentang siapa aku.
Kamu juga mahu bukan?
Ketawa.
Tepuk kepala.

Zara : Esok hari Ahad. Bersedia untuk memulakan pekerjaan dengan lebih sempurna selepas ini.

Wednesday, November 25, 2009

Profesionalisme : Kamu Ukur Guna Penanda Aras Versi Tiada Otak Atau Kain Dan Seluar Dalam?




Ketuk kepala.
Usap dahi.
Mulut terkumat-kamit.
Lidah membasahkan bibir.
Gigi berkelatuk menahan perasaan.
Entah marah, entah mahu ketawa, entah mahu menyumpah.
 *ketawa*

Mahu menyerang peribadi dengan mengatakan aku tidak profesional dalam menulis?
Sengal.
Kamu masuk ke blog peribadi aku.
Ya, ini peribadi dan pernah aku menyentuh kamu?
Asal usul kamu tidak aku ketahui, hatta nama pun di luar pengetahuan aku.
Mengapa?
Lain kali jangan guna TANPA NAMA.(baca : Anonymous)
Sebab apa?
Lepas berak, semua orang pun akan cuci. Mana ada orang berak dan tinggal?
Lepas guna air, jangan lupa kesat dengan tisu.
Nanti busuk, aku tak suka. Benci.
*muntah*

Aduhai.
Benci aku menulis tentang hati dan perasaan.
Ada sahaja yang masuk menunjuk jagoan.
Eh bang, kain pelekat tertanggal.
Eh kak, kain batik tersingkap.
Eh bang, seluar dalam terlucut.
Eh kak, seluar dalam terjatuh.

Cara kamu menulis kepada aku memang mudah diteka dari mana kamu.
Eh, walau kamu kata aku baru menulis setahun jagung, ini bukan blog pertama.
Ini bukan laman pertama.
Alangkah cinta pun bukan cinta pertama kan?
Alamak, aku belum ada ciuman pertama.
*ketawa*



Tiga perkataan itu memang menunjukkan siapa aku.
Aku suka ketawa - itu bukan pura-pura!
Kasih sayang - itu memang sumbangan aku pada dunia!
Cinta : semua orang ada perasaan - Kau bukan manusia?
Ciuman - Itu tanda niaga penulisan aku - Kau teringin juga?



Eh, jangan datang lagi kalau setakat mahu mengeji.
Kau buat aku bosan.
Sebelum kau pergi, ambil kain kau!
Ambil seluar dalam kau!
Basuh najis yang kau tinggalkan.
Jangan tercicirkan di dunia aku.
Geli.



Zara : Menonton terlalu banyak siri dokumentari mengenai pelancongan kebelakangan ini. Mencari peluang terbaik untuk melarikan diri daripada kesibukan duniawi. Oh, tadi berkesempatan melihat blog bekas anak murid sewaktu menjalani Latihan Mengajar.

Tuesday, November 24, 2009

"Kalau Berani Kenalkan Diri. Biar Aku Rotan Punggung Kamu Laju-Laju. Jangan Letak Buku Dalam Seluar"

Amaran di atas ditujukan kepada Putera Penyelamat yang menulis di ruangan Luahan Cinta. Eh, keji ke ayat aku? Putera Penyelamat, kalau awak berkuda putih sekalipun, awak mungkin hanya akan diperkudakan sebelum saya sempat mengatur kuda-kuda. Eh, berapa banyak kuda ni?



Punggung besar, salah ke?
Punggung kecil, salah ke?
Tentang punggung pun boleh jadi isu besar.

Orang selalu tanya, kenapa mesti nak rotan di punggung. Kan susah nak duduk lepas kena.
Aku jawab : Nak kena rotan kat depan ke? Lagi sengsara bukan?
Eh, ayat panas telinga.

Orang tanya sakit tak kena rotan?
Aku jawab : Awak tadah anggota badan baru awak tahu.

Orang tanya, awak pernah kena rotan ke?
Aku jawab : Pernah. Dengan cikgu hanya sekali. Dengan ibubapa, ada beberapa kali sewaktu kecil dahulu.

Orang tanya, kenapa awak kena rotan dengan cikgu?
Aku jawab : Sebab saya tak pakai kasut sekolah hari akhir persekolahan Tingkatan 3. Saya buat persembahan pentas dengan rakan sekelas dan ingat tiada lagi pemeriksaan disiplin. Ternyata saya silap.

Orang tanya, awak pernah rotan orang?
Aku jawab : Belum lagi. Tapi kerusi dan meja banyak yang sudah menjadi mangsa.

Orang tanya, selain rotan, apa awak pernah kena denda sewaktu sekolah?
Aku jawab : Saya pernah kena lempang dengan Cikgu Bahasa Inggeris sewaktu Darjah Tiga sebab terlupa bawa kerja sekolah. Perempuan untung, kena lempang di muka sahaja. Tangan cikgu lebar. Selepas kena, ada cop mohor di pipi kanan masing-masing. Kalau lelaki, kolar akan dicekak, kaki tidak akan menjejak lantai, dan penampar akan hinggap di muka. Ya, dan guru itu seorang perempuan.



Eh, kenapa tiba-tiba aku cakap pasal rotan?
Mungkinkah rotan antara hasil terbaik di negara kita?
Maksud aku, rotan di hutan yang kita jadikan perabot.

Tadi petang berbual dengan rakan baik.
Tadi petang berbual dengan sepupu terbaik.
Tadi petang berbual dengan teman sekerja terapat.
Dan manusia bernama Zara memang suka berbual.



Suka panda yang tertonggeng-tonggeng ni.
Dia tunjuk punggung ke?
*ketawa kecil*

Seperti yang pernah diingatkan sebelum ini, jika tidak berpuas hati dengan penulisan aku, sila gunakan cara paling berhemah untuk meluahkan ketidakpuas hatian. Jangan pernah berak di tepi jalan dan biarkan lalat menghurung secara berkelompok. Benci kalau penyakit merebak. Tak suka tau?
*kaki hentak-hentak ke lantai, mulut muncung-muncung*



Zara : Merancang perjalanan ke Melaka bersama seseorang pada bulan Disember. Mahu menikmati keindahan dan menggila setelah usia masing-masing meningkat dewasa. Moga keinginan akan terlaksana. Eh, mahu ketawa sambil membuat tarian tiang secara tiba-tiba. Alunkan irama!

Wednesday, November 11, 2009

"Rindu Pada Cikgu Yang Mahu Lempang Kami Laju-Laju" - Oh, Aku Guru Gula-Gula Dalam Kenangan.

Selepas mesyuarat penapisan dan penentuan pelajar untuk tahun 2010 berakhir, aku bergegas pulang bersama Kak M. Panggilan telefon yang aku terima daripada Abah yang meminta aku pulang bersamanya aku penuhi. Jadi, seperti biasa, Kak M memberhentikan aku di sekolah Abah. Lagipun, aku perlu mencari seluar sukan untuk sesi latihan olahraga esok.

Kebetulan, tatkala aku tiba di sekolah Abah, pelajar sesi petang sedang bergegas ke surau. Rindukan suasana hiruk pikuk seperti itu. Aku menunggu Abah di sebelah kereta. Beberapa pelajar lelaki yang pernah aku ajar menegur aku. Pelajar 2A dan 2B yang selalu aku hambat ketika culas mahu ke kelas Perdagangan.

Pelajar : Cikgu, nak salam. *ketawa* 
Aku : Nak salam? Batal wuduk nanti. *ketawa* 
Pelajar : Cikgu, lama tak nampak? Cikgu mengajar sesi pagi ke?
Aku : Saya bukan mengajar sekolah sini lagi.
Pelajar : Ala, cikgu balik sekolah sini lah.
Aku : Mana boleh, saya sekarang mengajar di sekolah lain.
Pelajar : Sekolah mana cikgu?
Aku : Sekolah XXXX.
Pelajar : Jauhnya cikgu. Cikgu, rindu pada cikgu.
Aku : Rindu apanya? Jangan mengada-ngada.
Pelajar : Cikgu kan selalu jeritkan kami kalau tak buat kerja. Lepas tu kan cikgu selalu kata nak lempang kami laju-laju.
Aku : Oh, rindu nak kena jerit ya? Ke teringin nak kena lempang? *ketawa*

http://dl6.glitter-graphics.net/pub/466/466866x8xxflzw7w.jpg

 [Gambar penghargaan di SINI]
Pelajar : ...dan rindu pada gula-gula yang cikgu beri kalau kami buat kerja sekolah pun ya juga. 
Aku : Ceh, gula-gula yang kamu rindu.
Pelajar : *ketawa* Dua-dua lah cikgu. Kalau tak kena jerit, mana dapat gula-gula kan?
Aku : Pandai ya awak semua? Pergi solat sana.
Pelajar : Esok cikgu datang lagi tak?
Aku : Belum tahu. *ketawa*

Mereka berjalan ke arah surau sambil melambai tangan. Ah, budak-budak yang pernah aku kejar untuk di suruh ke makmal. Yang perlu diugut untuk ditolak markah ketika ujian dan sanggup menyudahkan tugasan yang aku beri di dalam kelas mata pelajaran lain sehingga ditampar oleh guru.

Disebabkan cuaca terlalu panas, aku duduk di bangku kantin sebentar. Dihampiri oleh sekumpulan pelajar Cina yang pernah aku ajar.

Pelajar Perempuan : Lao Shi (sila baca : Cikgu), buat apa di sini?
Aku : Tunggu bapa saya.
Pelajar Lelaki : Sudah lama tak nampak, cikgu semakin ke ai (baca : comel).
Aku : Mana ada? Pandai sahaja awak.
Pelajar Lelaki : Sudah lama tak dapat gula-gula bila melukis lah cikgu.
Pelajar Perempuan : Kalau hantar buku pun sudah tiada dapat gula-gula.
Aku :Bukan tiada dapat, tapi tidak dapat. *ketawa*

http://images-3.redbubble.net/img/art/size:large/view:main/961465-3-little-lolli-pop.jpg
[Gambar penghargaan di SINI]

Oh, rupanya aku adalah cikgu gula-gula buat mereka selama dua bulan.
Harap tiada yang terkena penyakit kencing manis dan mahu menyaman aku selepas ini.

Zara : Perlu bertugas sebagai jurulatih olahraga di sekolah esok pagi di bawah seliaan seorang ahli sihir yang bermulut lantang. Kalau dia kenakan aku esok pagi, dia perlu mengukur kembali betapa tinggi atau rendahnya langit ini.

Tuesday, October 20, 2009

Ikatan Cinta : Tiga Puluh Enam Tahun Hidup Bersama - Sanggupkah Hati Bertahan Selama Itu Sayang?

Separuh hari aku semalam dihabiskan di sebuah hospital swasta di Melaka.
Menemankan Emak yang membawa nenek aku menjalani rawatan di situ. Oh, itu adalah demi pengesahan sakit yang dikatakan dialami di mana akhirnya kami mengetahui kebenarannya.
Kadangkala pemeriksaan yang sambil lewa di tempat-tempat yang seharusnya memberikan perkhidmatan terbaik pada masyarakat, membuatkan terpaksa mencari alternatif di tempat yang berbayar.

Oh, aku menolak untuk bercerita tentang apa yang aku buat disana selama hampir lima jam. Mutu perkhidmatan yang baik dan banyak juga yang mengalir keluar dari kantung. Itu cerita lain. Yang penting, kesihatan adalah antara benda terbaik yang harus dijaga manusia.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEh747iWP2lOHfMP9P_VZaO9KWrJKkqi3nh5ezeU-l80MUop7Wq0g5J8Mbvz40LDo9r5CETKCrYGK92QGEQWsjeNF1EKf-Gj3PtmocpkYe3YMVQH3FiRg-5X8hBn0CWGHuUbxgjdmJlRjLzY/s400/waf_LoveForever(72).png
(Gambar penghargaan di SINI)

Sewaktu Emak di ruangan bayaran untuk kali pertama (ya, ada tiga kali proses bayaran semalam), aku duduk di kerusi yang disediakan dan menunggu sahaja. Bila aku menoleh dan terpandang sesiapa yang merenung aku, aku hanya akan tersenyum. Tidak menyangka senyuman akan dibalas oleh seorang wanita yang agak berumur. Layak dipanggil Makcik H.

Makcik H : Datang tengok siapa?
Aku : Datang dengan Emak - hantar Atuk saya. (sambil jari menunjuk ke arah mereka)
Makcik H : Sekolah tingkatan berapa ni?
Aku : (ketawa kecil) Saya dah tak sekolah lagi makcik. Dah nak mula kerja dah minggu depan.
Makcik H : Eh, muka macam budak sekolah. Kerja apa?
Aku : (ketawa kecil - muka merah) Saya cikgu. 
Makcik H : Cikgu sekolah apa? Di mana?
Aku : Sekolah menengah makcik. Dalam negeri Johor. Belum tahu sekolah mana lagi.
Makcik H : Bagusnya nak jadi cikgu. Anak lelaki makcik pun ada jadi cikgu. Umur berapa ni?
Aku : Baru dua puluh dua tahun makcik. (senyum)
Makcik H : Sekarang kan pencen umur lima puluh lapan tahun kan?
Aku : Ya makcik. Kenapa?
Makcik H : (Terdiam sebentar) Tiga puluh enam tahun nanti mengajar. Sanggup tak?
Aku : InsyaALLAH makcik. Harap-harap diri ini tabah. Macam ibu bapa saya, dah lebih dua puluh tahun mengajar. Mahu jadi macam mereka juga.

Aku nampak Emak menggamit aku. Aku meminta diri dari Makcik H.

Makcik H : InsyaALLAH. Makcik rasa kamu boleh. Selamat berjaya ya? Jadi cikgu yang baik.
Aku : Terima kasih makcik. Saya jalan dulu ya?

Tangan dihulur, salam bersambut dan aku mengekori Emak. Menolak kerusi roda di mana Atuk sedang duduk di atasnya ke Jabatan Patologi untuk ujian darah. Duduk di kerusi menunggu membuatkan aku terfikir adakah aku cukup tabah untuk bertahan selama tiga puluh enam tahun dengan pekerjaan yang sama?

Aku tahu yang ini jalan yang aku pilih, ini jalan yang bakal aku harungi. Cabaran dan dugaan dalam hidup itu perlu. Ia akan sentiasa mematangkan diri dan membuat aku bakal berusaha dengan lebih gigih lagi. Kerana apa? Jika kamu tolak aku ke bawah, aku tetap akan berusaha untuk naik. Kalau mungkin aku tetap akan jatuh, aku akan berpaut agar aku tidak jatuh terlalu jauh.

http://img3.ak.crunchyroll.com/i/spire1/f61de7f75098a6962f4a31fdd8103f371227861950_full.jpg
(Gambar penghargaan di SINI)

Aku gembira dengan jalan yang aku bakal tempuhi ini.
Aku sudah disogokkan dengan sesuatu yang membentuk jatidiri walaupun ketika itu kaki belum melangkah masuk dan pergi.

"Kerana Tuhan Untuk Manusia"
(2003 : SPM, 2005-2009 : Mahasiswa, 2009 dan seterusnya)

Zara : Malam tadi aku bermimpi mengenai sesuatu. Semua seluar yang aku ingin beli sudah habis diambil orang. Akhirnya, tiada lagi seluar untuk aku. 

Tuesday, September 01, 2009

"Kamu Ada Adik Beradik?"


Petang semalam budak Razif datang lagi ke rumah kami. Dia datang mengaji di sini. Kami adik beradik sedang beristirehat di ruang menonton peti kaca bersuara.

Sesi mengaji bermula. Dia berhadapan dengan Emak dan kami hanya membiarkan dia meneruskan sesi pengajian bersama Emak. Sebelum berpindah ke baris seterusnya, dia berkata sesuatu kepada Emak.

Razif : Lepas ini saya nak balik Melaka, Cikgu.
Emak : Balik Melaka? Balik rumah datuk ke?
Razif : Nak pergi sekolah abang, hantar duit pada dia.

Ayim tiba-tiba menyampuk.
"Tu bukan balik Melaka, itu kan pergi Melaka".

Dasar kanak-kanak. Pahanya dicubit kecil dan direnung tajam oleh kami. Ayim senyap dan menumpukan perhatian ke kaca peti bersuara menayangkan Si Kuning Berseluar Petak.

http://algraphixdecals.com/catalog/images/mickeypeopledisplay.jpg
Gambar dari SINI

Nano bertanyakan soalan kepada Si Razif.
Nano : Eh, kamu ada berapa adik beradik Razif?
Razif : Tiada.
Nano : Tadi kata ada abang?
Razif : Ya, ada dua abang, tapi tiada adik.


Oh Tuhan, berikanlah kami kesabaran dari ketawa menggila di bulan Ramadhan yang mulia ini.
Aduhai...

Zara : Penulisan sebelum ini bukan bermakna aku dirundung hati yang gundah gulana. Hanya memberikan tumpuan kepada penulisan dalam mencari makna diri sejati. Mungkinkah akan bertemu dengan sesuatu yang pasti?

Sunday, August 30, 2009

Usia 22 Tahun Bukan Penghalang Aku Menerima Kasih Sayang Daripada Mereka...


Usia yang menjangkau 22 tahun bukan penghalang aku menerima limpahan kasih sayang daripada mereka yang sentiasa membuatkan aku mengukirkan senyuman kepada setiap penghuni dunia ini. Senyuman penghias wajah yang sentiasa membuatkan aku bernyawa di bumi yang semakin tua ini.

Pagi semalam aku dikejutkan dengan kedatangan Abang Posmen yang menegur kejahilan aku dengan memakai seluar pendek tetapi bertudung. Sesiapa yang terlupa, sila tekan SINI dengan menutup mata.

Ini hadiah yang diterima daripada Si Kosong.
*senyuman*



Kasihan Si Kosong. Malam Ulang Tahun aku dia habiskan di hospital akibat kurang sihat. Moga semuanya baik sahaja buat dia. Oh, mahu lihat apa di dalamnya?



Sepasang kain berwarna ungu.



Kad Ulang Tahun dari Si Kosong.
Apa yang ditulis didalamnya? Biarkan ianya menjadi rahsia. *ketawa girang*

Aku juga menerima kad yang dilayangkan daripada Melaka oleh kakak yang begitu menggemari kucing, Tedi. Terima kasih sayang!



Aku terfikir, mengapa mesti lembu? Bukan kucing ke yang menjadi kegemaran kamu?

....dan sedikit jamuan dan kejutan daripada mereka yang dipanggil keluarga usai mahu berbuka puasa bersama.



Menu wajib barangkali buat aku.
Oh ya, di Muar, kami menikmati sate sebagai sarapan pagi. Sila datang berkunjung ke sini!



Sebahagian daripada hidangan semalam.
Kebetulan nenek, makcik dan sepupu datang berkunjung. Kejutan yang aku terima daripa sepupuku amat menggembirakan. Mahu tersenyum tatkala dia menghulurkan kotak ini kepada aku.



Kotak kek yang berwarna merah jambu. Kena dengan jiwa aku barangkali semalam.




Ini kek Ulang Tahun Ke-22 Aku!

Terima kasih Aishah kerana mengingati ulang tahun aku. Ah, kini kita sebaya walaupun kamu dilahirkan pada bulan Januari. Oh, jangan terkejut melihat nama yang terukir di atas kek itu. Memang dikalangan keluarga, nama tengah aku yang menjadi pilihan mereka untuk memanggil aku. Bukan nama pertama disebabkan kebanyakan kami mempunyai nama pertama yang sama. Bukan juga nama terakhir aku yang telah diubahsuai untuk kamu disini.

Zara : Rasa bahagia meliputi hati. Mahu tersenyum. Boleh bukan? Terima kasih atas ucapan ulang tahun yang diterima di blog, Mukabuku (baca: Facebook), Twitter, surat elektronik, panggilan telefon dan pesanan ringkas. Terima kasih atas ingatan kalian!