Tadi aku sudah ke Pejabat Pelajaran Daerah.
Mengisi borang untuk menjadi cikgu lagi, doakan ada rezeki buatku.
Sikap wanita yang berada di barisan hadapan itu, memang buat aku sangat kecewa dan hampir membunuh - tiada senyuman melayan pelanggan.
Mahu sahaja aku berikan tazkirah politik di situ juga, tapi apakan daya,
aku hanya pelanggan, pengunjung.
Selepas itu menemani Abah membeli barang keperluan rumah.
Sebagai ganti rugi untuk kepuasan diri sendiri,
aku belikan diri aku roti dan membayangkan sedang mengunyah wanita barisan hadapan di pejabat yang baru aku tinggalkan.
**Roti Mama atau Roti Papa memang sedap dimakan ketika panas**
Gambar kredit di SINI
...dan aku melalui satu lagi hari yang buat aku tersenyum.
Surat beserta kit dari Kampus Selatan telah aku terima.
Tarikh dan urusan untuk konvokesyen harus aku siapkan sebelum 8 Ogos 2009.
InsyaALLAH, aku bakal mulakan misi aku dalam minggu ini atau minggu depan selewat-lewatnya. Tarikh konvokesyen sudah pasti pada 17 Ogos 2009.
Dalam perjalanan pulang,
aku melalui deretan kedai kepunyaan bangsa Si Sepet Kacak.
Aduh, aku terlupa mengenai sesuatu...
Ya, aku lupa untuk bertukar nombor telefon dengan dia.
Tadi adalah kali kedua bertemu semenjak aku meninggalkan bangku persekolahan pada tahun 2003. Geramnya hati.
Baiklah, sila pukul aku dengan laju dan kuat.
Bagi sesiapa yang tidak pernah tahu kewujudan lelaki itu, sila tekan SINI atau baca sahaja di bawah ini...
LCHZara : Terlalu penat hari ini. Rasa mahu mengamuk. Kromososm XXY aku tidak dapat dikawal.
Satu nama yang meniti di bibir aku semasa sekolah dulu.
Semasa aku memulakan sesi persekolahan Tingkatan 4.
Aku nampak dia beratur di kelas pertengahan.
Aku Tingkatan 4.
Dia Tingkatan 3.
Aku kira bilangan barisan di depan aku.
Sah, budak Tingkatan 3.
Aku menggigihkan diri aku untuk terus mengira nama kelas dia.
Aku dapat.
Kepala aku terus menggali nama-nama yang mungkin berada di kelas itu.
Aku memberi perhatian kepada ucapan cikgu di depan.
Mata aku mencuri pandang.
Waktu rehat, aku tahan seorang kawan.
Lagak seperti seorang penyiasat.
"Dayah, kelas kau ada budak baru?"
"Ada, budak lelaki Cina."
"Siapa nama dia?"
"LCH"
(aku guna singkatan sahaja, mana la tahu, manusia makin maju, nanti dia Google nama sendiri pula)
Aku pulang ke kelas.
Senyuman terukir di bibir aku.
Masa untuk memburu.
46 comments:
selamat berkonvo cik zara~~
giliran aku lambat lagi~~
adesss...
17 ogos adalah ulang tahun kelahiran saya sayang! selamat berkonvo! *hug*
pukul dengan penukul waringt0n b0leh?
sedap roti..
happy konbokeseyn..
.LCH call kite td
.die kem salam kt u :P
bygkan kunyah org tu kuat2 sket yer.....
dak zara : jangan geram2.. nanti kau terlebih makan garam..
selamat berkonvo..
ceh.. mmg sah aku xkenal. aku sekolah ngn ko masa form3 je. haha~
LCH adalah saya. Lelaki Comel Hensem.
Wahahahaha!
la...dik. napa ko x minak no kat akak. nnt akak bg ko no LCH. nak?
jmpa ms konvo, akan aku pukul ko laju2 dik.. hahahaha
LCH?? guna initial plak...
btw, samat berkonvo..
Tahniah...
Selamat berkonvo....
;D
Tahniah dik..aku bangga dgn kamu..
erm.. boleh aku buat sesi tekaan?
LCH adalah.. erm.. erm... ala.. karang beliaw gugel nama sendiri susah pulak kan...
sebab LCH, aku terlupa maw maki kakitangan di barisan hadapan di pejabat yg kamu pegi tu..
memang..rata2 .. yg barisan depan tu lebih belagak dari barisan blakang..blagak bagus smpai terlupa nak senyum dan mesra pelanggan.
klu tak mesra tu, buat ape duduk dpan..duduk jamban sudah la..
klu aku jadi ko dik, kat situ gak free2 beliaw tu dapat makian aku.. aku laser dik..saun direk je.. lantak la.. dulik ape aku..
kali ke3 jgn lepaskan plak
slmt konvo nnt =)
Tahniah ZARA... SLAMAT KONVO yer..
best nye dah konvo....
tol2..
rai pun setuju..
orang sekarang dah tak mesra..
mucung panjang je layan orang macam muncung itik!!! huhuhu
ha?
kromosom XXY..
ish2.. jangan..
keh2...
messyremo :
takpe lambat~
insyaALLAH, akan tiba juga~
Mie :
ye ke?
nanti kita calling2 mau sayang?
ihiks~
sharamli:
huhuhu~
warrington takpe lagi sha~
eliza :
eheks~
best woot~
ashie023 :
TQ sayang!
cik intanurulfateha:
uhuks~
^_^
Tijah :
kalau aku bayangkan dia blander laju2 bleh kak?
ihiks~
<< s| tED| >> :
hahaha~
kamu nih syg~
oit..baik!
olin :
hahaha~
awal Tingkatan 4 kan ada lagi?
DIK AN:
hahaha~
kamu memang LCH (versi kamu)..
^_^
+h.a.z.e.r.i.n+ :
hahaha~
aduyai~
bengkak 7 aku nanti kak~
adui~
zamspotte :
hahaha~
aduyai~
bleh~
^_^..TQ!
IxoR@ :
TQ Kakak!
GiGGLe GaL :
Hahaha~
Kamu ni kak~
rasa mau cium kamu laju2~
GiGGLe GaL :
aku belum cukup berani cam kamu kak~
ihut hati mau aku laserkan tikam laju2~
Monkey D Luffy:
baiks kapten!
KhairiL's:
Thanks Jambu!
Raihanna:
dak Rai ibu muda..phewitt!
hehehe~
^_^
aduyai..tu lah rai..muncung panjang sedepa~
hope dpt smbung jd ckgu..
akak nk pkul laju2 ni..
dush..dush..dush..hehehehe
♥Hernee Nazir♥ :
hehehe~
terima kasih kak!
wah dah nak konvo dah ni...
cograt zara
Yaya:
Thanks sayang!!
aku mana ingat.. lagipun aku xpandang mamat cina masa tu la.. kan aku pandang mamat mata syahdu kat tepi pintu tu je.. hihi
Olin:
yang mata syahdu sudah berpunya~
hahaha~
dear..selamat berkonvo..~
pasti bakal ketemu kenangan2 itu..
~ Hariza ~ :
insyaALLAH..
doakan daku ya?
LCH stands fr?
lee chong hann?
(adk bdk lee chong wei, tp lain ayah)
lee guan eng ke?
low chow how (ni aku reka sndiri)
hehe.
LCH stands fr?
lee chong hann?
(adk bdk lee chong wei, tp lain ayah)
lee guan eng ke?
low chow how (ni aku reka sndiri)
hehe.
Post a Comment