Showing posts with label Soalan Pencinta. Show all posts
Showing posts with label Soalan Pencinta. Show all posts

Monday, December 24, 2012

Cinta Simpati.


Salam.
Menuju ke penghujung tahun. Dengan pelbagai benda yang dilalui, aku rasa setiap daripada kita sudah mula menikmati kehidupan seperti yang kita mahukan. Sedikit sebanyak, kita semua mungkin tidak sama seperti di awal tahun, mungkin di awal tahun kita bersama dengan orang lain, hujung tahun kita sudah bersama orang lain - ataupun di awal tahun masih lagi bujang, di akhir tahun sudah menunggu kelahiran cahaya mata. Tahniah kepada kalian yang berjalan mencari bahagia dengan senyuman sentiasa di muka.

(Senyum)

Begitulah kehidupan. Semalam aku ada diajukan dengan pertanyaan (tapi aku lebih suka menyatakan ia perkongsian kerana aku bukan orang yang layak untuk ditanya) tentang bagaimana mahu diajar perasaan, hati apabila cinta yang hadir adalah bukan disebabkan kemahuan sendiri, tetapi lebih atas dasar simpati?

"Assalam Zara. Macam mana kalau kita bercinta, tapi cinta kita bukan sebab kita suka, tapi kita simpati? Simpati dengan banyak benda tentang dia, lama-lama dia jatuh hati, dan kita terima dia sebab simpati dan kasihan. Tak nak dia terluka kalau dia tahu kita sebenarnya tak suka dia"

(soalan di atas aku telah susun semula ejaannya)

Beginilah ya.
Aku rasa sebahagian daripada kita pernah melalui benda begini, rasa terhimpit dan tersepit kerana apabila kita terlalu rapat dengan seseorang, mendengar setiap keluhan mereka menyebabkan mereka menaruh harapan sehingga meluahkan rasa kepada kita. Ya, perasaan mereka mungkin tulus, atas dasar kepercayaan yang tinggi dan sebagainya, tetapi di pihak kita, itu sesuatu yang tidak dijangka (melainkan sebelum itu kau tolong atas dasar menyimpan perasaan juga). Jadi, bagaimana mahu selesaikan perkara begini, ataupun sekurangnya mencari jalan melegakan hati?

http://farm5.staticflickr.com/4150/4991548779_f4002fb6dd.jpg
[Sumber gambar]

Langkah 1 : Tanya diri kita sendiri dahulu.

Ya, tanya diri kau sendiri sama ada betul-betul tiada perasaan dengan dia ataupun tidak. Mungkinkah terselit sekelumit cinta di hati tanpa kau sendiri sedari yang terhalang oleh beberapa perkara seperti dia masih menjadi hak orang lain (ni kes kalau kau terjebak dengan kekasih/tunang/suami/isteri orang) ataupun beberapa isu seperti dia pekerja/majikan kau, ataupun isu-isu yang sensitif seperti agama dan sebagainya. Tanya diri kau sendiri, sebab di bahagian ini, yang kenal kau hanya diri kau sahaja.

Langkah 2 : Dapatkan pandangan orang lain.

Mungkin juga mendapatkan pandangan orang lain akan mengubah sedikit pandangan kau dalam isu ini. Disebabkan kadangkala kita rasa takut hendak melukakan hati orang, maka kita lenjankan sahaja hati kita sendiri sehingga parah dan pasrah, lebih baik dapatkan nasihat daripada sesiapa sahaja yang kita rasa perlu. Kalau aku, aku biasanya akan tanya pada orang yang aku percaya ataupun sesiapa sahaja yang aku suka. Maksudnya, kadangkala dengan orang yang tak dikenali pun aku boleh tanya disebabkan pandangan mereka tidak akan berat di mana-mana pihak sebab dia tak kenal pun kita ataupun orang yang kita tanya. Neutral. Hah!

Langkah 3 : Berhadapan dengan dia.

Bila kau dah rasa bersedia, silakan berhadapan dengan dia. Beritahu sendiri apa perasaan kau pada dia. Ceritakan apa yang kau sendiri rasa. Kalau betul kau pun suka dia, dah cantiklah tu. Kalau kau tidak suka dia, dan hanya mahu rapat sebagai seorang kawan, beritahu dia sejujurnya. Betul, cinta boleh dipupuk selepas itu, tapi, terpulang pada kau. Sama ada kau mahu ataupun tidak. Pilihan di tangan kau. Sejujurnya, kalau kau tiada perasaan, dan kau teruskan juga sebab tak mahu dia kecewa - andai satu hari nanti, takdir tidak bersatu, apa perasaan dia bila kau beritahu dia (atau dia terdengar dari orang lain) ayat begini :

"Sebenarnya aku tak suka kau. Dulu tu aku terima kau sebab simpati je"

Jahanam beb perasaan orang kalau dengar benda begitu. Kalau kau dengar benda yang sama dari orang yang kau suka pun jahanam juga perasaan kau kan? Jadi, lepas kau terangkan pada dia, kalau kau hanya mahu berkawan - beritahu sekali sebab mengapa kau tidak boleh menerima dia, selain daripada dalam kepala kau hanya sebab simpati. Beginilah, bab simpati tu, lebih baik kau simpan sendiri dalam hati. Sebab kalau kau luahkan mungkin terluka. Tapi kalau dia mendesak sangat, kau boleh sahaja cakap begitu (risiko tanggung sendiri.

"Saya tak boleh suka awak. Saya kesian dengan awak je hari tu. Tak boleh tengok awak sedih. Awak kan kawan saya?"

Macam boleh terpujuk juga dengan ayat begitu kan? Maksud aku, dengan ayat terakhir, sebab walaupun ayat mula-mula nampak kau tolak dia, tapi ayat terakhir menunjukkan kau mahu kekal sebagai kawan sahaja.

Langkah 4 : Keputusan.

Kalau dia boleh menerima dengan hati terbuka, alhamdulillah. Kalau dia memutuskan untuk tidak mahu berjumpa kau lagi sebab segan dan kecewa serta alasan-alasan lain, maka kau perlu redha. Sebab perasaan tidak boleh dipaksa tapi boleh dipupuk (ni yang orang kita selalu lupa ni). Tapi itulah, kalau kau sebenarnya dah kahwin atau ada hubungan lain, kalau benda begini berlaku, cepat-cepat jauhkan diri. Jangan biarkan hubungan sedia ada yang kau punya tu terjejas.

Sayangi diri sendiri dulu boleh?

Zara : Kadangkala kita boleh ajar diri kita senyum bila menghadapi apa sahaja. Bukan untuk sesiapa, tetapi untuk diri sendiri kekal muda dan sihat perasaan serta jiwa. Adakah kau mahu tua sebelum usia? (Shafaza Zara, 24 Disember 2012)

Friday, December 23, 2011

Wajarkah Ke Majlis Perkahwinan Bekas Kekasih?



Semalam otak mereng.
Harus diakui bila rasa bersalah dengan orang, walaupun orang tersebut rasa benda itu remeh, otak aku memang tidak mampu mencerna dan menghadam apa yang aku lakukan. Paranoid? Mungkin. Ketakutan aku buat salah dengan manusia adalah disebabkan manusia ada pilihan untuk memaafkan ataupun tidak. Kalau buat salah dengan Maha Pencipta, pintu taubat itu sentiasa terbuka dan ya, Dia Maha Pengampun. Baiklah, berhenti berbicara soal itu. Benda dah diselesaikan dan aku memilih untuk denda diri aku sendiri. Memandangkan manusia yang aku mahu luahkan segala langsung tidak muncul, aku memilih untuk menulis sahaja. Biarlah. Tiada kepentingan lagi, mungkin.

[Bunyi cengkerik diselangi dengan hujan. Merepek]

http://farm7.staticflickr.com/6173/6176492711_0728b640ba.jpg
[Sumber gambar]

Jadi, wajarkah menghadiri jemputan majlis perkahwinan?
Hukum menghadiri walimatul urus adalah wajib sebenarnya, seperti yang pernah diperkatakan oleh ustazah aku dahulu. Sebab itu aku berusaha sedaya upaya untuk pergi kalau mendapat jemputan, kecuali atas sebab yang tidak dapat dielakkan, aku terpaksa menyatakan tidak pergi kepada mempelai. Kadangkala ada orang boleh terima, kadangkala kena maki juga, kalau jemputan itu dari rakan yang baik dengan aku - tapi majlisnya bertembung dengan urusan keluarga. Tapi tak mengapa, itu boleh dipujuk.

Tapi, jika mendapat jemputan daripada bekas kekasih, wajarkah kita menghadiri juga?
Soalan ini banyak ditanya oleh kawan-kawan aku dan juga pembaca blog. Baiklah, mari kita lihat jawapan yang sesuai untuk soalan ini. Soalannya, wajar atau tidak bukan? Jadi, ada dua jawapan, iaitu ya dan tidak.

01. Ya, wajar menghadiri.
Datang sahaja sebab dah kena jemput. 

02. Tidak wajar menghadiri.
Sebab hati sakit, perit, terhiris dan entah apa lagi.

A : Ni kena jemput ke majlis si S ni. Nak pergi ke tak?
Z : Pergi.
A : Kenapa?
Z : Sebab kalau dia berani jemput, kau kena berani pergi.
A : Nak buat apa?
Z : Pergi makan, jumpa pengantin, balik.
A : Tak, maksud aku, kenapa nak kena pergi? Buat apa?
Z : Sebab kita sendiri tak tahu kenapa dia jemput, jadi hadirkan diri untuk cari jawapan mungkin.
A : Tapi, aku masih teringat dia.
Z : Kalau masih teringat lagi wajar pergi.
A : Nak suruh aku mengamuk depan pelamin?
Z : Tak, pergi sahajalah. Buat muka tak tahu.
A : Muka aku punyalah menarik.
Z : Sebenarnya, kau patut pergi.
A : Supaya aku boleh tepuk tangan sekali dengan orang lain yang gembira?
Z : Meraikan pengantin apa salahnya.
A : Salah sebab dia bekas kekasih aku.
Z : Tapi tema dia ala Jepun weh (mata berkaca tengok kad kahwin)
A : Kenapa?
Z : Kalau kau takut pergi seorang, aku teman.
A : Kau cuma nak tengok hiasan majlis ke?
Z : Bergantung kepada keperluan.
A : Tengoklah dulu aku fikir.
Z : Kalau pergi ajak aku.
A : Kalau kau janji untuk pukul dia.
Z : =.="

http://farm7.staticflickr.com/6057/6236691938_ac03d1df12.jpg
[Sumber gambar]

Secara jujurnya, aku tertanya-tanya juga kenapa perlu menghantar kad perkahwinan (ataupun undangan melalui laman sosial) kepada bekas kekasih. Manusia itu, manusia yang pernah kau kongsi kasih sayang, yang kau pernah berkongsi keluh kesah, sakit pening selsema demam dan segala macam penyakit, orang yang sangat mengerti kau suatu ketika dahulu sehinggalah takdir menentukan kau dan dia tidak lagi bersama atas sebab tertentu. Tergamak sungguh menghantar kad perkahwinan jika perpisahan dahulu itu dalam keadaan tidak baik, penuh pertengkaran. Rasa macam perlu sangat ke hantar kad itu?

Ada seorang rakan aku yang menghadiri semua majlis perkahwinan yang diundang oleh bekas-bekas kekasih dia. Dia mengambil pendekatan, makan percuma, majlis meriah, kenapa nak bazirkan wang untuk makan tengah hari berbayar di luar? Jadi memandangkan dia punya kekasih baru dan bekas-bekas (ya, bukan seorang) kekasih dia kebanyakannya melangsungkan perkahwinan, dia bawa sekali kekasih abru dia untuk makan tengah hari yang sedap, menarik dan apa lagi mahu digambarkan tentang majlis perkahwinan. Pada dia, benda yang lepas, dia tidak mahu kenang. Dia berdiri depan pengantin dan ucap tahniah tanpa sekelumit rasa bersalah, bahkan penuh rasa bahagia perut dia kenyang dan dia jimat wang untuk makan tengah hari berdua. Er, apa nak dikatakan pada manusia begini ya? Profesional? Entah apa yang pengantin rasa agaknya. Heh.

Ya.
Ada orang yang tidak kisah. Ada orang yang SANGAT kisah. Kawan aku yang lain siap bakar kad jemputan yang dia terima memandangkan si penghantar itu adalah bekas kekasih pertama dan hubungan mereka bukan sekejap. Lagi sebulan sebelum majlis pernikahan, bekas kekasih (senang sebut bekas tunang) - memutuskan ikatan pertunangan, dan kahwin dengan orang lain dua minggu selepas itu. Er, sudah tentulah dia tidak akan menghadirkan diri kan? Kegilaan apakah kerana sepatutnya dia yang melangsungkan perkahwinan dan barang yang telah siap dibeli, boleh pula bekas tunangnya berikan pada pasangan baru. Betapa membeli barang bersama, dan barang itu jatuh pada orang lain? Seksa.

Ia bergantung kepada seseorang sebenarnya.
Hati kita ada had dalam menahan segala perasaan yang hinggap. Ada yang boleh jadi kebal tanpa sebarang rasa, ada yang mudah tersentuh dan terus luka bernanah segala. Jadi, kalau kau tanya aku, jawapan aku mudah sahaja. Kau tanya balik hati kau. Mampu ke kau pergi lihat bekas kekasih kau bahagia? Kalau kau mampu, silakan. Wajib menghadiri majlis perkahwinan yang ada jemputan. Tapi kalau kau rasa hati kau tak mampu nak tanggung beban kesakitan itu, lebih baik tak payah pergi. Buatnya datang gila kau bunuh orang di majlis kahwin, ada pula yang jadi duda/balu sebelum sempat pergi berbulan madu.

http://farm7.staticflickr.com/6049/6216500000_6a4d889539.jpg
[Sumber gambar]

Tapi, ada seseorang yang buatkan aku boleh tabik dia. Dia menghadiri majlis perkahwinan bekas suaminya (ya, kahwin muda dan berpisah pada usia muda juga) - dengan tabah seperti tidak pernah berlaku apa-apa antara dia dan lelaki yang sedang bersanding di hadapannya. Bertegur sapa dengan keluarga bekas mertua dengan senang hati bagaikan dia cuma jiran sebelah rumah yang berkongsi dinding tepi. Berbual mesra tanpa riak sedih sekalipun. Bila ditanya, jawapan dia ringkas sahaja - "Lelaki itu jumpa perempuan lebih baik daripada aku. Jadi, aku perlu lepaskan dia pergi"

Jadi, kalau kamu bagaimana?
Adakah mahu menghadiri perkahwinan bekas kekasih, bekas tunang, bekas pasangan ataupun bekas kawan sekalipun?

Kalau aku, aku pergi.
Heh.

Nota Kaki :
Kerja sibuk akan bermula semula. Ya, macamlah cuti sekolah ini kau cuti Zara. Gila, tahun 2011 aku tidak jumpa istilah cuti dan rehat.

Zara : Ada orang main baling batu sembunyi tangan serupa celaka. Ada juga manusia begini rupanya, menggunakan pengenalan orang lain untuk meninggalkan pesanan, tapi merepek tidak tentu hala.

Wednesday, November 02, 2011

Dia Yang Awak Tunggu Selama Ini?



Pagi-pagi menerima teguran yang tidak berapa berhikmah dan berhemah hanya membawa kepada kemarahan senyap dan pemberontakan dalam diam. Ternyata masih wujud lagi manusia jumud yang mahu memperalatkan agama demi menunjukkan seolah-olah mereka adalah manusia paling mulia berjalan di atas dunia. Boleh kalau kamu mahu buat demikian, tapi bukan dengan aku. Aku masih lagi kenal cara bagaimana untuk menegur manusia.

Tutup benda itu.
Perlukah kita menunggu seseorang atau sesuatu dalam hidup?
Ada orang yang sentiasa mahu ditunggu.
Ada orang yang sabar menunggu.
Ada orang yang sudah jadi penunggu.
Eh.

http://farm3.static.flickr.com/2433/3670905042_e9294898a6.jpg
[Sumber gambar]

Awak.
Sedang menunggu dia?
Sedang menunggu dengan setia?
Sedang menunggu dengan sabar dan bersedia?
Sedang menunggu tanpa mengharap apa-apa?

Awak.
Tidur malam dihiasi mimpi.
Awak nampak kelibat seseorang berlari.
Awak kejar sekuat hati.
Awak mahu gapai kuat guna jari.
Awak mahu rapat ke sisi.

Awak.
Adakah dia yang muncul?
Adakah wajah dia yang terpacul?
Awak enggan mengaku sebab bacul?
Anehnya, awak tidak mahu jadi lurus bendul.
Takut dikatakan bahlul.

Awak.
Adakah dia orang yang awak tunggu?
Adakah dia layak ditunggu?
Apa yang buatkan awak menunggu dia sehingga kematu?
Apa yang menyebabkan awak sanggup berdiri seperti batu?
Awak sahaja ada jawapan itu.

http://farm4.static.flickr.com/3440/3702031739_f924cb4b70.jpg
[Sumber gambar]

Awak.
Adakah awak percaya dengan hati sendiri?
Adakah awak yakin dengan keputusan mahu terus memerhati?
Adakah awak sudah fikir menggunakan otak kiri?

Awak.
Perlu tentukan jalan hidup sendiri.

Nota Kaki :
Hujan sentiasa lebat kini.

Zara : Bakal bepergian empat hari ke Utara dalam bulan November nanti. :)


Thursday, March 03, 2011

Kenapa Senyum Walaupun Kalah?


Baru 'scaling' gigi.
Rasa bahagia walaupun mulut penuh dengan darah. Kalau ada doktor gigi yang baca blog aku ni (macamlah golongan profesional begitu ada masa nak hadap blog kau ni Zara), aku mengaku yang aku suka klinik gigi sebab kebahagiaan selepas menerima rawatan gigi tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Indah seperti jatuh cinta.
Ketawa.

Oh ya. aku dah balik.
Tadaima!
(Oh, jangan harap akan ada orang sebut 'okaerinasai' pada aku)

[Gambar : Sejak bila kau jadi hakim dunia?]

Sesetengah manusia melantik diri mereka menjadi hakim yang kononnya terlampau adil dan bijaksana. Bijaklah sangat kan sehingga meletakkan orang lain kononnya lebih hina daripada mereka yang kononnya hebat dalam apa sahaja. Lupakah kau dari mana datangnya sedikit kurnia itu kepada kau? Lupakah? Tidak, tidak perlu menyanyikan lagu Ana Raffali - Tolong Ingatkan Aku sebab kau langsung tidak pernah sedar apa kau lakukan.
Tidak percaya?
Ah!

Kau : Macam mana kau boleh nak senyum sahaja?
Aku : Kenapa?
Kau : Pelik sebab setiap kali kau ada masalah, kau akan senyum.
Aku : Adakah masalah aku akan selesai kalau aku menangis sentiasa?
Kau : Tidaklah, tetapi lebih baik daripada ketawa.
Aku : Kenapa?
Kau : Sebab nampak sangat ada benda yang tidak kena.
Aku : (ketawa) Sudah menjadi sebahagian dari diri aku ketawa begitu.
Kau : Kegilaan kau sebenarnya.
Aku : Kalau kau kata begitu.
Kau : Pelik sebab walaupun kalah, kau tetap senyum.
Aku : Kalah?
Kau : Kalah dengan cinta, pernahkah kau menang?
Aku : (ketawa) Dalam cinta ada kalah dan menang ya?
Kau : Kalah bila kau putus cinta, menang bila kau berjaya pertahankan cinta dan kahwin di penghujungnya.
Aku : (ketawa) Perlukah aku menjawab dalam nada berlagak di sini?
Kau : Apa maksud kau?
Aku : Pernah menjadi cinta pertama seseorang, dan perempuan lain yang berebutkan dia adalah penjilat sisa aku. Bolehkah aku kalau nak berlagak begitu?
Kau : Bukannya kau berkahwin dengan dia.
Aku : (ketawa) Sebab kalau kau rasa ada menang dan kalah dalam cinta, pastinya ramai yang menang tetapi kalah sebenarnya. 
Kau : Kenapa?
Aku : Menang, kononnya berkahwin, tetapi tiba-tiba bercerai. Dia menang dan kalah teruk sebenarnya. Lebih baik kalah awal dan tidak rugi apa-apa dari kalah dan habis segalanya.
Kau : Tetapi pernahkah kau menang?
Aku : Pernah. Bahkan aku ternyata belum pernah kalah.
Kau : Dah kalah pun nak mendabik dada?
Aku : Aku mungkin kalah di mata kau, di mata manusia yang sama pemikiran dengan kau, tapi aku menang dalam mencari siapa dan apa yang aku mahu dalam hidup aku. Aku mungkin terlepas peluang mendapatkan cinta, tetapi disebaliknya, aku menang dalam memberikan sesuatu kepada manusia.

[Gambar : Senyuman riang aku pernah musnah beberapa kali dalam sekelip mata. Perlukah aku meratapi dan biarkan waktu terhenti? Tidak perlu aku rasa.]

Sejak kebelakangan ini juga, aku banyak menerima pertanyaan tentang permasalahan cinta. Kalau kau rasa kau tidak boleh menerima sesuatu pandangan dan tetap mahu berada di takuk yang lama, aku nasihatkan kau, janganlah tanya apa-apa pada aku - dikhuatiri kau akan dapat jawapan yang sarkastik sehingga pedih ulu hati. Bahkan, aku sebenarnya tidak berniat begitu tetapi kedegilan kau sungguhlah memaksa aku menjawab sedemikian rupa.

Penanya : Kak Zara, saya dah lama putus dengan teman lelaki saya, tapi saya ingat dia lagi. Apa nak buat ya?
Aku : Kenapa ingat dia lagi?
Penanya : Sebab cintalah, sebab apa lagi.
Aku : Memanglah cinta, tapi kenapa perlu ingat dia lagi. Kan lebih baik teruskan hidup dan tak perlu nak ingat lagi? Lama-lama ia akan berlalu pergi.
Penanya : Dah saya cinta dia walaupun kami dah berpisah, nak buat macam mana?
Aku : Nak ingat sampai berapa lama?
Penanya : Sebab itu saya nak tanya akak macam mana nak lupakan.
Aku : Dah kalau setiap hari awak masih nak ingat dia, macam mana awak nak lupa? Tambahan pula, kita memang tidak akan lupakan orang yang kita sayang atau cinta, cuma, tidak perlulah kita letak dia lagi sebagai dalam keutamaan dalam diri.
Penanya : Kalau tak ingat dia, rasa macam khianat pada diri.
Aku : ......

Rasa macam nak maki pula.
Sudahlah kalau kau tidak mahu terima pendapat orang lain. Sebab kau tidak mahu berubah. Tidak perlu kau tulis blog mengenai aku yang kononnya tidak melayan soalan dari kau. Padahal aku mahu menolong, tetapi kau yang degil mahu terus berkeras dengan pendirian sendiri. Bagaimana aku mahu tolong begitu?
Alahai.

[Gambar : Aku mahu mengikut apa yang aku mahu dalam hidup ini, bukan ditentukan oleh orang lain lagi. Orang selalu cakap, ikutlah kata hati kerana ia tepat. Malangnya, kata hati yang berlandaskan nafsu dan keinginan memuncak, akan menipu. Aku tak nak sakit lagi]

Tidak.
Bukan berlagak mulia.
Tidak pernah sekali pun merasakan diri kononnya kuat dan mampu menghadapi apa sahaja.
Cuma, kalau kau tidak pernah duduk walaupun sekejap untuk mengenali diri sendiri, jangan pernah kata kau mampu berbuat apa sahaja. Ternyata itu omongan kosong yang kau sendiri tidak mampu baca.

Nota Kaki :
Bulan ini aku kalah pada kesakitan dalaman lagi. Ah, setiap kali sakit itu datang ketika aku bertugas luar, ia ternyata menguji siapa diri aku sebagai seorang manusia walaupun kesihatan diri sendiri menjadi taruhan bergalangkan nyawa.

Zara : Terima kasih. Aku cuma mampu ucap terima kasih. 

Sunday, December 12, 2010

Kenapa Sudah Tiada Lagi Kotak Jeritan Pesanan Di Blog? : Ada Arnab Di Twitter


Salam semua.
Selamat menikmati suatu lagi hari yang menggembirakan. Aku pasti kebanyakan penulis blog di kawasan Lembah Klang, Kuala Lumpur dan kawasan-kawasan yang sewaktu dengannya sedang menikmati kegembiraan untuk duduk berkumpul bersama-sama. Aku seperti biasa, yang tinggal di bahagian selatan hanya mampu membaca pengalaman mereka.
Senyum.

[Gambar : Ada arnab yang mengiringi pesanan burung biru di Twitter setiap kali aku mengemaskini status kini. Siapakah arnab tersebut?]

Baiklah.
Mungkin seperti yang disedari oleh pengunjung blog aku, kadar memuat-masuk blog aku sudah bertambah baik setelah proses pengemaskinian berjalan semalam. Terima kasih kepada Busuk yang ada membantu aku sedikit setelah otak aku tidak mampu berfungsi. Kepala blog aku hadir dengan sedikit tambahan tulisan dan simbolik seperti selalunya. Untuk rekod, kepala blog ini pernah digunakan sebelum ini tanpa ada penambahan tulisan. Senyum.

Oh ya, aku menerima soalan di Mukabuku dan juga Borang Anjal (baca : Formspring. Ada orang mahu aku guna Borang Musim Bunga. Senyum) yang bertanyakan kenapa di blog sudah tiada kotak jeritan (baca : shoutbox). Aku tersenyum dan mahu berkongsi beberapa pendapat peribadi.

http://farm5.static.flickr.com/4074/4900916125_158db55731.jpg
[Gambar : Lepas ini kita jangan jerit, kita berbisik sahaja. Boleh?]

  • Blog berat : Dengan kehadiran kotak pesanan itu, kadar kecepatan blog dimuat-masuk agak perlahan. Lebih-lebih lagi apabila diletakkan di kawasan tersembunyi. Aku ingat kalau kita sembunyikan kotak pesanan di tepi, blog bertambah ringan. Rupa-rupanya bertambah berat. Ceh!

    •  Iklan merepek : Aku sampai boleh hafal iklan wang saku, tukar pautan, tukar alamat blog, jual barang dan pelbagai lagi yang diletakkan di situ sampai aku terpaksa menekan beberapa kali paparan untuk melihat kalau ada di antara kamu yang meninggalkan pesanan tentang blog ini ataupun bertegur sapa.
    Pesanan #1 : Sila ikut blog saya, saya dah ikut blog awak.
    Pesanan #2 : Iklan wang saku SJ. Ini akan buat awak bertambah kaya.
    Pesanan #3 : Kelakar betul apa yang awak tulis, ikutlah saya di blog saya.
    Pesanan #4 : Dah makan? Tiada duit? Saya boleh bantu.
    Pesanan #5 : Blog awak banyak membantu saya melariskan jualan.
    ...
    ...
    ...
    Pesanan #Tidak Terkira : Mahu membeli selendang, ubat kuat, seluar dalam?
    • Kutukan dan makian : Maaf, aku dah penat mahu padam benda itu semua memandangkan aku tidak sanggup tengok pembaca lain melihat kau melucah. Macam aku pernah katakan dahulu, kalau tidak berpuas hati, sila hubungi aku terus, bukan meninggalkan tahi sesuka hati. Bolehkan?

      • Suka-suka : Sengaja buang. Boleh? (Sebenarnya semasa proses pengemasan blog, aku terbuang kod kotak jeritan dan malas mahu mencari semula, jadi terus tidak mahu letak. Ini alasan sebenarnya)
       [Gambar : Ada yang masih mahu menjerit kepada aku?]

      Jadi, bagaimana untuk meninggalkan pesanan di blog aku sekarang ini? Mudah sahaja setelah aku fikirkan cara yang sesuai.
      • Mukabuku Peribadi (baca : Facebook) - Tinggalkan sahaja pesanan di situ, aku akan jawab apa sahaja yang ditanya atau mahu disampaikan. Mudah, sebab aku gunakan setiap hari.

        •  Mukabuku Halaman Pembaca (baca : Fan Page) - Buat yang tidak menambah aku dalam senarai rakan mereka, boleh menggunakan medium ini. Senang mahu berkomunikasi.

          • Mukabuku Kumpulan (baca : Group) - Mahu bersama-sama di dalam itu juga boleh. Tiada masalah. 

            • Borang Musim Bunga (baca : Formspring) - Ada ruangan di tepi blog, tanyalah apa sahaja yang kamu mahukan ya?

              •  Surat elektronik (baca : e-mail) - Hantarkan sahaja ke lordzarasean87[@]gmail[dot]com

              Baiklah teman-teman tersayang.
              Jangan risau, kita masih boleh berhubung.
              Senyum.

              Nota Kaki :
              1. Mendapat berita gembira semalam, tersenyum sampai hari ini.
              2. Oh, Dunia Sebelah Zara muncul di ruangan Blogspot dalam majalah Remaja keluaran 15 Disember 2010 (dimana Shila OIAM menjadi penghias muka depan)
              3. Ada orang suruh tunggu depan komputer malam ini. Eh, ada apa ya?

              Zara : Kita dikurniakan pelbagai warna dalam kehidupan supaya kita sedar bahawa hidup itu tidak semestinya di atas sahaja. Ada masanya warna yang ceria juga akan menghumban kita berada di kawasan yang paling curam untuk dipapah.

              Saturday, December 11, 2010

              Kenapa Aku Rajin Menjawab Soalan Di Borang Anjal? : Ada Budak Malaysia Belajar Jepun Tanya Soalan Lucu


              Salam semua.
              Menapis komentar yang diberikan akibat ada beberapa iklan yang tidak diperlukan masuk ke sini (tidak termasuk pembenci yang berhati waja mahu meninggalkan komentar walaupun tahu yang aku tidak akan siarkan). Tidak mengapa, keseluruhannya hari aku menggembirakan. Itu sahaja.

              Oh ya, bagi yang mengikut aku di Twitter, pasti sedar dengan kehadiran soalan dan jawapan daripada Borang Anjal (baca : Formspring) aku. Memang biasanya selepas dijawab, benda itu akan mengalir terus ke Twitter. Kadar aku menjawab soalan adalah bergantung kepada adakah aku sedari ada soalan yang ditanyakan atau tidak. Oh, sebab itu aku sediakan petak ini di blog, kerana ruangan sisipan tepi buku tamu aku penuh dengan iklan mengarut. (Buat muka bengang sambil ketuk-ketuk meja).

              [Gambar : Ini pakaian musim panas di Jepun, Yukata. Oh, sekarang Jepun musim sejuk]

              Soalan yang aku terima di Borang Anjal biasanya akan berkisar kepada perkara-perkara berikut :
              • Peribadi secara umum (nama, pekerjaan aku, dan sebagainya)
              • Peribadi secara khusus (bila mahu berkahwin, teman lelaki dan lain-lain)
              • Novel aku yang terbengkalai (kasihan karya yang terbiar)
              • Soalan berkenaan pendidikan (disebabkan pekerjaan aku)
              • Berkaitan blog (lebih kepada perkongsian ilmu)
              • Pendapat umum (ini biasanya aku dapat sehingga berpuluh-puluh dari orang yang sama)
              • Kutukan (ini bukan soalan sebenarnya - ketawa)
              • ... dan beberapa aspek lain.
              Suka untuk berkongsi dengan kamu, soalan yang aku jawab petang tadi. Ya, kepada yang bertanya (aku pasti kamu ada baca blog ini, terima kasih kerana buat aku ketawa. Oh ya, pengunjung daripada Jepun ke blog ini adalah yang ketiga tertinggi selain Malaysia dan Indonesia. Hebat betul kamu semua. Biasanya yang datang dari Sendai (Miyagi), Kanagawa, Fukui, dan beberapa kawasan lagi. Arigatou. 

              [Cetakan dari paparan Borang Anjal aku]

              Lucu sungguh soalan kamu kawan.
              Kalaulah aku tahu siapa yang tanya soalan itu, memang aku cubit pipinya.
              Boleh?

              Kenapa aku suka jawab soalan di situ?
              • Mudah.
              • Pantas
              • Lebih praktikal daripada aku jengah di ruangan komen ataupun buku tamu.
              • Dapat jawab secara pukal (ini menyebabkan ia pantas)
              • Aku boleh lihat orang berusaha untuk senyum (sebab aku suruh senyum sebelum tanya soalan kan?)
              • Tidak terhad (orang boleh tanya banyak mana yang mereka mahu)
              • Tidak terkawal (ya, aku beri kebenaran manusia tanpa nama tanya)
              Teman Lelaki.
              Sejak kebelakangan ini, persoalan ini sering dikemukakan di blog, Twitter, Borang Anjal dan apa sahaja yang boleh ditanya. Amboi kawan-kawan sekalian, aku bukan artis ya? Tidaklah perlu sehingga mendedahkan siapa teman lelaki (eh, ada ya?) buat masa ini. Tergelak sendirian dengan perbualan pagi tadi di Twitter.

              Cik N : Zara, yang awak selalu tulis tu merujuk kepada teman lelaki ke?
              Aku : Eh? (Ketawa)
              Cik N : Letaklah #ff kalau tulis pada teman lelaki.
              Aku : Kenapa?
              Cik N : Bolehlah kami baca apa yang dia tulis untuk awak pula.
              Aku : (Ketawa lagi gila) Tak boleh.

              Nota : #ff adalah Follow Friday (bagi sesiapa yang biasa guna Twitter, mereka tahu benda ini)

              Pastinya tidak akan dibuat.
              Jangan risau.
              Ketawa.
              Sebabnya mudah sahaja.
              Si dia (batuk-batuk kecil) tidak akan menulis sesuka hati di Twitter dia.
              Terima kasih.

              Dan ya, buat yang bertanya, maklumat yang anda tanya tidak tepat sayang.
              Maaf ya?
              Senyum lagi.

              [Gambar : Ada orang yang sedang seronok membuat aku cemburu dengan turunnya salji di tempat dia]

              Dia : Salji turun, lebat.
              Aku : Huh! Sengaja buat orang cemburu.
              Dia : Aik, ada orang cemburu ke? Tak sangka. Sejuk ni.
              Aku : Haruslah cemburu.
              Dia : Kenapa nak cemburu? Nanti datanglah sini.

              (Perbualan ini telah ditapis. Sekian)

              Ya, saya tahu awak tengah seronok sakan dengan salji.
              Mentang-mentanglah tahuaku amat mahu menikmati salji (boleh baca di sini)
              Tak mengapa.
              Tunggu saya jadi Ultraman, habis awak.
              Ketawa.
              Sekejap, motif jadi Ultraman?
              Senyum.

              Nota Kaki :
              1. Adik lelaki bakal menyambung pelajaran di UiTM Puncak Alam bulan Disember ini.
              2. Ada orang bagi telefon dia makan jika telefon dia kurang sihat sebelum tidur (sambil ketawa dan jeling-jeling buat mata bulat)
              3. Mahu menghabiskan beberapa waktu dengan keluarga sebelum kembali ke kamar peribadi.
              4. Belum dapat melunaskan misi mengatur waktu tidur kembali.

              Zara : Kadangkala hanya dengan kata-kata dan baris ayat beku kita boleh membuatkan seseorang itu tersenyum gembira sepanjang hari. Kenapa mahu jadi seorang yang kejam dan keji dengan menuturkan (atau menulis) kata-kata yang membuatkan orang sakit hati? Jadilah manusia yang lebih berpekerti. Senyum.

              Tuesday, November 16, 2010

              Dia Takut Kau Letakkan Harapan Pada Dia : Itu Mungkin Sebab Dia Tak Tegur Kau.


              Untuk orang yang berkenaan, ini ucapan aku buat kau.
               http://img21.imageshack.us/img21/5072/98086255.jpg
               [Gambar : Bukan aku tahu kau suka bunga ke tidak kan? Kau suka apa ya?]

              Gantung Harapan.
              Itu sebenarnya hanya perlu kalau aku meletakkan kau sebagai matlamat hidup aku yang harus aku gapai. Dalam satu persahabatan, jujurnya aku tidak menggantungkan apa-apa harapan pada sahabat aku selain daripada sahabat itu menghormati aku dan menerima aku seadanya dalam persahabatan itu.

              Kawan : Dia apa khabar?
              Aku : Dia kawan kau kan? Kenapa tanya aku?
              Kawan : Dia ada hubungi kau lagi?
              Aku : Dah lama tak, biarlah. Sibuk agaknya.
              Kawan : Dia sibuk apa pula? Kali terakhir aku rasa dia kerja.
              Aku : Kerja apa? Bukan belajar lagi ke?
              Kawan : Dah habis belajar dah. Kenapa? Dia cakap dengan kau dia sibuk belajar?
              Aku : Tak juga, dia sibuk di tempat kegemaran aku masa belajar. Tempat yang tak boleh disebut.
              Kawan : Eh, kau jangan fikir bukan-bukan. Mungkin dia kerja di situ.
              Aku : Aku tak fikir apa pun, biarlah.
              Kawan : Kau baik tak ni?
              Aku : Yang penting bagi aku, kesejahteraan kau. Dia? Aku tak nak fikir.
              Kawan : Jangan begini.
              Aku : Alasan, aku dah penat dengan alasan.

              Kawan, kalau kau menghindarkan diri daripada aku hanya disebabkan kau takut aku menggantung harapan, kau salah. Sebab aku selalu ajar diri aku, kalau aku suka dengan seseorang, biarlah aku luahkan atau pendam. Jadi kalau aku tak pernah cakap salah satu dengan kau, ternyata tiada apa-apa dalam persahabatan ini. Jangan membuat andaian sesuka hati (kecuali kau nak aku pecahkan cermin mata bingkai hitam kau).

              Penunggu Tetap Pesanan Segera.
              Ketawa.
              Sebenarnya aku bukanlah suka sangat dengan YM ataupun Skype itu. Orang yang aku berbual hanya dengan orang tertentu. Memang ternyata hanya orang tertentu dan atau lebih tepat lagi adalah orang yang aku tunggu. Kalaupun kepala kuning YM itu tidak berubah dari kelabu ke kuning atau Skype dari kelabu ke hijau, aku tetap akan tunggu sampai tiba waktu aku berguling di atas ranjang kuning hijau berdinding biru.

              http://berrylipglossxpumps.files.wordpress.com/2010/03/danbo8.jpg
              [Gambar : Itu mungkin senarai-perlu-buat yang aku sediakan untuk kau. Ketawa.]

              Kawan : Pernah berbual dengan dia?
              Aku : Tak pernah. Cuba tegur juga, tetapi entahlah. Keluarga lebih utama.
              Kawan : Kenapa?
              Aku : (ketawa) Aku katakan, kalau dia sedang hubungi keluarga, aku tak mengapa.
              Kawan : Kau betul-betul suka dia?
              Aku : Penting ke kalau aku suka dia ke tak? Aku suka dia sebab dia kawan aku.
              Kawan : Lebih daripada itu?
              Aku : Mungkin tidak. Aku tidak akan menjerut diri atas sesuatu yang aku tak pasti.
              Kawan : Maksudnya?
              Aku : Pernah tanya sesuatu pada dia, tetapi jawapan akhir yang aku terima seperti boleh membuatkan sesiapa berputus asa.
              Kawan : Kau putus asa?
              Aku : (ketawa) Apa motif aku nak putus asa?
              Kawan : Manalah tahu kan?

              Aku rasa aku dah hantar beberapa pesanan secara bawah talian (baca : offline) buat kawan itu. Ternyata, tiada balasan. Senyum. Kau sibuk atau kau ingat aku menaruh harapan pada kau?

              Fakta : Ketawa Walaupun Sekadar Menaip Cuma.
              Itu kenyataan.
              Gembira itu lain coraknya bila berkawan dengan kau.

              http://30.media.tumblr.com/tumblr_ksx73emOFj1qzaf17o1_500.jpg
              [Gambar : Hadiah untuk kau sebab buat aku gembira]

              Aku manusia yang jarang menzahirkan kegembiraan aku pada sesuatu kecuali aku betul-betul gembira dan suka. Kalaupun aku berbuat sedemikian, ia hanya buat tatapan peribadi dan diri aku sendiri. Kalau terbuka sekalipun, aku tahu, aku buat sedemikian kerana aku suka dengan keindahannya.

              Kawan : Wah! Gambar di komputer kau! Siapa?
              Aku : (naikkan satu paparan bagi melindungi gambar hiasan) Kawan aku.
              Kawan : Gila letak gambar kawan.
              Aku : Itu pendorong untuk aku terus berjaya macam dia.
              Kawan : Kau kawan dengan pemain bola sepak ke?
              Aku : Ah, tak. Kenapa?
              Kawan : Dalam gambar ni macam pakai baju bola.
              Aku : Oh, aku suka tengok gambar langit belakang gambar dia ni.
              Kawan : Ya ke?
              Aku : Betul. Cuma langit.

              Sesiapa yang kenal aku, tahu sangat aku sukakan langit.
              Langit cantik dan aku harus akui, aku letak kau di paparan komputer aku disebabkan kau pernah beritahu aku, kalau aku bosan dan tiada ilham untuk menulis atau tiada sesiapa hadir untuk mendengar aku bercakap, aku boleh bercakap dengan cermin. Dan aku memilih untuk bercakap dengan cermin komputer aku, sekurang-kurangnya aku boleh bayangkan macam mana nak tumbuk muka kau sebab bagi aku cadangan begini.

              Aku tahu kita boleh bekerjasama dengan baik untuk menghasilkan sesuatu yang berkualiti.
              Aku manusia yang percaya dengan persahabatan.
              Tapi kalau kau memilih untuk diam dan lupakan istilah persahabatan ini, aku tidak mampu buat apa-apa.
              Cuma aku nak kau tahu, yang kau bukan macam dulu.
              Sekurang-kurangnya itu apa yang aku nampak dan tahu.

              Noktah.
              Selamat hari raya Aidil Adha buat kamu.
              Aku rasa kau dah sambut dulu.

              Nota Kaki:
              Catatan ringkas yang mungkin tidak bermakna.

              Zara : Ramai yang bertanyakan kepada aku, mengapa tidak menulis tentang skandal dan berita sensasi sebagaimana dalam beberapa blog lain. Jawapan aku mudah sahaja. Aku menulis disebabkan aku rasa bahagia bila bercerita dengan manusia.

              Bila Menulis Dengan Tanggungjawab - Kau Perlu Tahu Bila Kau Sudah Mula Meniru


              Aku tahu, menulis itu adalah satu tanggungjawab.
              Tersentak bila mana sejak kebelakangan ini sudah ramai yang menggunakan satu demi satu corak penyampaian aku. Tidak mengapa aku rasa, memartabatkan bahasa.
              Senyum kelat.

              Dan ya, mengenai perkara yang sama, aku teringat sewaktu di temuduga untuk menjawat jawatan ini. Ada soalan yang ditanya oleh penemuduga, berkaitan dengan blog.

              Penemuduga : Kerjaya guru ini boleh memberikan tekanan. Bagaimana awak mengatasinya?
              Aku : Macam-macam. Saya menulis blog sebagai contoh.
              Penemuduga : Oh, menulis blog juga. Bagaimana awak melihat penulisan blog dengan ada yang mencemarkan institusi diraja dan sebagainya?
              Aku : Saya percaya pada nilai integriti.
              Penemuduga : Oh, begitu. Integriti bagaimana?
              Aku : (memberikan penerangan jelas - aku dulu seorang Sekreteriat Pencegahan Rasuah)

              Aku Meniru Penulisan Orang?
              Gila!
              Ini tuduhan yang sama sekali tidak berasas. Sedihnya aku bila ada beberapa orang pembaca yang bertanya dengan aku, apakah aku meniru penulisan dan gaya seorang penulis blog lain. Kebetulan juga dia seorang guru dan juga memiliki identiti yang sama dengan aku.

              1 - Gambar Kotak Penuh Ceria.
              Aku menggunakan gambar kotak-kotak yang comel disebabkan aku berkisah dan bercerita tentang benda berkaitan. Baiklah, kan ramai orang benci aku letak gambar aku sendiri dengan alasan, "Zara, kau tak cantik". Maka disebabkan itulah, aku menggunakan gambar hasil carian di Internet sebagai gambar hiasan.

              Bezanya aku dengan penulis itu (dan beberapa orang lagi yang menggunakan gambar tersebut) adalah meletakkan pautan penghargaan daripada mana gambar itu diambil. Ingat, kalian dikira meminjam sahaja gambar itu dari tuan empunya, bukan mengambil menjadi hak sendiri.

              http://i28.photobucket.com/albums/c237/RogueLemon/2638932023_32c633c7a0_b.jpg
              [Gambar : Keliru. Mana mungkin boleh serupa dan sama?]

              2. Tajuk panjang dan beberapa tajuk adalah sama dengan penulisan aku.
              Senyum.
              Aku ingat lagi aku pernah ditegur oleh seorang penulis blog disebabkan tajuk aku yang panjang dan itu telah dijadikan identiti buat beberapa penulis. Ketawa.

              http://static.desktopnexus.com/thumbnails/241891-bigthumbnail.jpg
              [Gambar : Kalau tajuk panjang, itu biasanya dari blog Dunia Sebelah Zara]

              Sekejap.
              Adakah kau tahu betapa payah mahu memikirkan tajuk?
              Dan ya, aku fikir tajuk baru aku tulis isi blog aku, maka tolonglah, jangan main suka hati menceduk buah fikiran orang lain. Nanti kalau ada orang ceduk buah kau macam mana? Eh?

              3. Gaya penulisan dan dialog serupa.
              Baiklah, mungkin bukan aku seorang yang ada kawan nama Sakura.
              Bukan karya aku seorang yang ada nama Sakura Tuhfah.
              Abang Azrul Hisham pun ada Sakura juga.
              Lantas aku dengan laju menghubungi Sakura, kawan aku.

              http://blogue.jasonlemay.com/wp-content/uploads/2009/11/danbo3.jpg
              [Gambar : Anggaplah aku sedang mengadu pada Sakura. Ya, aku kotak. Eh?]

              Sakura : Ada orang tiru gaya penulisan kau?
              Aku : Ya.
              Sakura : Mari aku lihat pautan.
              Aku : Baik. Kau nilai sendiri.

              Setelah beberapa minit.

              Sakura : Gila! Macam blog pendua kau.
              Aku : Kan?
              Sakura : Mana dapat tahu?
              Aku : Ada orang beritahu di Borang Spring aku.
              Sakura : Lawaknya gaya dia. Dia mula gunakan kotak sejak akhir-akhir ini juga. Tajuk pun hampir sama dengan kau.
              Aku : Itulah pasal.
              Sakura : Ajaibnya! Dia penulis cerpen bersiri juga!
              Aku : Kau nak dengar aku mula meracau ke apa?
              Sakura : (ketawa) Warna blog, penerangan profil diri, siap ada halaman peminat sendiri.
              Aku : Aku bengang sebenarnya.
              Sakura : Ada satu gaya kau yang kau dah tinggalkan, tapi dia masih buat.
              Aku : Yang mana?
              Sakura : Kau dulu menulis sentiasa di tengah. Sekarang kau dah buat cantik macam buku nota.
              Aku : Oh, Tok Rimau tegur aku dulu. 
              Sakura : Itu yang menjadikan kau lain dari dia walaupun dia meniru hampir semua gaya kau. Kau menulis dengan cara kau yang unik sampai orang boleh kesan itu gaya kau.
              Aku : Terima kasih.
              Sakura : Tak mahu sedih.
              Aku : Nak menangis di hujung katil.
              Sakura : Peluk bantal dan henjut-henjut bahu sekali.
              Aku : Cet!

              Bila kita bercakap tentang gaya, ada beberapa gaya penulisan penulis lain yang aku dengan sekali imbas tahu hasil tulisan siapa. Yang sarkastik, yang meniru gaya orang lain, yang bercita-cita mahu menjadi terkenal daripada orang terkenal yang mereka tiru (lukisan di blog contohnya).

              Bila marah rasa nak buang air besar.
              Sebab itu aku jarang marah orang. Nanti aku akan buang segala kemarahan aku dalam bentuk begitu. Susah tau?

              http://farm3.static.flickr.com/2639/4011009790_7ea80fd6f4_z.jpg
              [Gambar : Walaupun tinggi, akan tetap ku panjat demi melepaskan hajat]

              Mungkin gaya kita serupa.
              Mungkinlah.

              Mungkin kerjaya kita serupa.
              Ya, mungkinlah.

              Mungkin tak sengaja guna gambar kotak-kotak.
              Ya, mungkinlah. Benda tu bersepah di Internet.

              Mungkin tak sengaja pautan semuanya serupa.
              Mungkin (geleng-geleng kepala).

              Sudahlah awak.
              Biarkan sahaja. Pembaca aku lebih kenal siapa Zara.
              Pembaca lebih kenal Dunia Sebelah Zara.
              Senyum.

              Tiada manusia yang boleh serupa segalanya.
              Dan aku tahu, walauapapun, terserah.
              Aku menulis bukan mencari nama ataupun musuh.
              Aku menulis kerana ianya suatu terapi.
              Itu sahaja.

              Nota Kaki :
              1. Perjalanan hari ini bermula dari rumah - sekolah sendiri - sekolah lain (untuk taklimat dan mesyuarat) - mesin pengeluaran wang - pasar raya (pewangi bilik) - pusat servis Perodua - rumah.
              2. Terima kasih yang memberitahu aku wujudnya manusia begitu. Aku cuba untuk biarkan sahaja.
              3. Esok sudah mula cuti untuk Aidiladha.

              Zara : Ketawa lepas apabila petugas di pusat servis memberitahu aku yang budak sekolah tidak dibenarkan menghantar kereta. Aku katakan pada dia yang aku seorang guru sekolah, bukan muridnya. Alahai. Dipanggil adik pula.

              Friday, November 12, 2010

              Zara, Awak Seorang Yang Pendiam Kan? - Kewujudan Kembar Aku Sangat Bermakna


              Ketawa.
              Aku tidak tahu bagaimana orang boleh kata aku pendiam.
              Kenyataannya aku mungkin seorang pemendam dan kadangkala pendendam (oh, ini agak ngeri bunyinya kan?).
              Senyum.

              Entah.
              Aku masih mahu ketawa sekuat hati.

              http://www.photographyblogger.net/wp-content/uploads/2010/10/danbo12.jpg
              [Gambar : Bila agaknya dapat keluar minum dengan kembar aku?]

              Kewujudan kembar.
              Ya, aku punya kembar. Kembar yang sangat unik. Dia dilahirkan pada tarikh sama dengan aku (ternyata memang kembar harus lahir pada tarikh yang sama bukan?). Seorang yang suka bercakap seperti aku, dan membahagiakan, boleh mendengar apa yang aku cakapkan dengan baik serta memberikan reaksi yang menyenangkan (walaupun dia kejam juga seperti aku).

              Teringat perbualan dengan kawan aku semalam semasa kembar membuat panggilan menggunakan Skype. Ah, maaf pada kembar. Panggilan Skype kami disulami dengan panggilan telefon kawan-kawan yang mahu aku menyertai mereka dalam aktiviti lasak cuti sekolah ini.

              Kawan : Tengah buat apa?
              Aku : Berbual dengan kembar aku.
              Kawan : Kau bukan anak sulung ke?
              Aku : Ya.
              Kawan : Celah mana kau ada kembar?
              Aku : Kembar aku pun anak sulung.
              Kawan : Kau lahir bulan Ogos, kembar kau?
              Aku : Aku lahir 29 Ogos, kembar aku pun lahir 29 Ogos.
              Kawan : Tahun 1987 juga?
              Aku : Walaupun kembar, kami agak berbeza.
              Kawan : Maksudnya?
              Aku : Dia lahir tahun 1989, aku lahir 1987.
              Kawan : Dia sama macam kau?
              Aku : Maksudnya?
              Kawan : Jantinanya?
              Aku : Kembar kena berlawanan jantina sebab ini bukan kembar seiras kan?
              Kawan : Personaliti?
              Aku : Bergantung, hampir sama aku rasa.
              Kawan : Sarkastik?
              Aku : Itu aku pasti.
              Kawan : Kejam?
              Aku : Itu aku terlampau pasti (ketawa)
              Kawan : Memang kembar nakal macam Edgar dan Ellen ni.
              Aku : Ceh!

              http://www.readallaboutit.open-books.org/wp-content/uploads/2008/10/edgar-and-ellen.jpg
              [Gambar : Aku dan kembar aku begini ke? Yang pasti huruf depan kami sama - S]

              Isu pendiam.
              Aku manusia yang suka bercakap. Ya, itu memang aku. Suka berbual dan sesiapa yang berkawan ataupun pernah berjumpa dengan aku, pasti tahu aku seorang yang kuat bersembang. Senyum. Jadi apabila aku menerima surat elektronik sedemikian rupa, aku tersenyum sendirian. Bagaimana mungkinaku pendiam dan duduk diam?

              Ketawa.
              Aku ceritakan pada seorang kawan tentang apa yang aku terima.

              Kawan : Kau pendiam?
              Aku : (ketawa) Ajaib kan?
              Kawan : Ajaib gila kalau kau pendiam. Aku teringat lagi yang kau pura-pura nak jadi pendiam masa di universiti. Habis semua orang ingat kau sakit.
              Aku : (ketawa) Masa tu kamu semua suruh aku pergi klinik kan?
              Kawan : (ketawa) Kau pendiam dan pemalu adalah dua perkara mustahil dalam dunia ni.
              Aku : Ceh! Tu puji ke kutuk?
              Kawan : Benda mustahil macam tu, aku tak boleh hadam guna otak.
              Aku : Hadam guna perut tolong.
              Kawan : (ketawa) Gila!
              Aku : (ketawa) Macam tak biasa kan?

              Ya. Aku pernah membuat cubaan untuk menjadi pendiam. Oh, memang gila. Boleh kejang rahang mulut aku tidak mengeluarkan butir bicara. Alangkah menulis pun tidak boleh berhenti, apatah lagi bercakap?

              Kembar : Ceritalah lagi.
              Aku : Eh, saya sahaja kena bercakap? Mentang-mentang saya cikgu.
              Kembar : Memang kan?
              Aku : Bukan semua saya cakap ada orang dengar. Budak-budak jarang dengar kot?
              Kembar : Kenyataannya memang begitu. (ketawa)

              Kegiatan Baru.
              Adik lelaki maya aku mahu mengadakan satu projek baru. InsyaALLAH jika terlaksana, mungkin kalian tidak akan jumpa lagi Zara yang sinikal atau sarkastik secara berlebihan. Mungkinlah, dan ia tertakluk kepada keadaan. Aku tidak kritis kepada sosial? Eh, fuh (sambil tiup nafas)

              Nota Kaki :
              1. Musim hujan sejak kebelakangan ini membantutkan langkah dan membatalkan beberapa rancangan yang telah diatur.
              2. Terdapat kemungkinan akan bertemu seorang penulis blog yang singgah di rumah kakaknya hujung minggu ini. Moga-moga hasrat tercapai kerana sudah lebih daripada 2 tahun mengenali Si Jambu itu (dari masa aku aktif menulis dalam Bahasa Inggeris)
              3. Mendapat khabar usrah daripada seorang teman membuatkan aku termenung sendirian. Sudah lama aku tidak bersama dengan mana-mana jemaah seperti zaman belajar di kampus selatan. Alahai.

              Zara : Dalam hidup ini, aku tahu, bermain tarik tali demi kepuasan dan kesenangan manusia disekeliling aku adalah amat perlu. Biarlah aku dianggap rugi tidak dapat menyertai perkara yang aku minati, tetapi demi senyuman seorang wanita yang melahirkan aku, aku sanggup kehilangan segalanya.

              Tuesday, November 02, 2010

              Tiada Jalan Untuk Kembali Bersama : Bagaimana Mahu Menarik Minat Pembaca Lelaki Ke Blog?


              Senyum.
              Keadaan selalu berubah dengan cepat. Kadangkala hari ini kita gembira, tapi esok pula tidak selalunya cerah. Dan seperti yang aku nyatakan, bila-bila masa sahaja mungkin ada seseorang sedang memerlukan kita. Walaupun aku mungkin bukan seorang pemberi penyelesaian yang baik, aku seorang yang lebih banyak mendengar (atau membaca) dengan setia.

              http://arkarthick.com/wp-content/uploads/2010/06/9-cute-funny-danbo-cardboard-box-art-bokeh-heart-give-all.jpg

              AS : Aku geram betul bila dia asyik kacau aku semula.
              Aku : Abaikan. Itu cara dia nak dapatkan perhatian kau.
              AS : Dia siap tahan aku masa aku balik kerja semalam.
              Aku : Eh, siap nak tahan?
              AS : Dia merayu aku balik semula pada dia. 
              Aku : Kau nak?
              AS : Tak nak. Aku tak boleh patah balik.
              Aku : Kalau begitu, abaikan sahaja kewujudan dia.
              AS : Tak semudah yang dikatakan. Dia telefon, SMS aku dan macam-macam lagi.
              Aku : Boleh halang dia kan? Jangan jawab telefon, jangan balas SMS.
              AS : Aku dah cakap dengan dia aku tak nak dia lagi.
              Aku : Habis tu?
              AS : Dia menangis depan aku. Ramai kawan-kawan pejabat aku tengok.
              Aku : Buat drama pula.
              AS : Ketua aku pun tengok, bengang aku.
              Aku : Laporkan pada polis.
              AS : Eh?
              Aku : Minta buat sekatan dia dari datang menghampiri kau. Macam dalam televisyen tu.
              AS : Di Malaysia boleh ya?
              Aku : Boleh aku rasa.
              AS : Dia menangis dan buat muka penuh pengharapan.
              Aku : Kau cair?
              AS : Kalau cair tidaklah aku begini.
              Aku : Jadi apa kau nak buat sekarang?
              AS : Entahlah. Kalau kau?
              Aku : Abaikan. Dia akan berhenti bila dia penat.
              AS : Dia bukan jenis tahu putus asa.
              Aku : Manusia akan tahu penat dan malu juga.
              AS : Dia dah ada orang lain. Dia dah pilih orang lain, kenapa nak datang lagi pada aku?
              Aku : Mungkin pilihan dia bukan yang terbaik.
              AS : Mungkin (ketawa)
              Aku : Dulu siapa yang putuskan hubungan?
              AS : Aku. Sebab aku tak tahan bila dia ada orang lain.
              Aku : Oh. Jadi sila tabah sahaja dan abaikan dia.
              AS : Kalau teringat benda ni, rasa nak menangis pula.
              Aku : Eh?

              *******

              http://arkarthick.com/wp-content/uploads/2010/06/6-cute-funny-danbo-cardboard-box-art-with-flower.jpg
              [Gambar : Adakah perlu memberikan bunga untuk menarik perhatian?]

              Semalam ada seorang rakan mengutarakan soalan, bagaimana cara untuk menarik minta pembaca lelaki ke arah blog kita. Aku sejujurnya kurang mengetahui bagaimana caranya, disebabkan kebanyakan orang yang membaca blog aku rata-ratanya adalah perempuan, kecuali ada sesetengah lelaki yang memang rajin ke sini dan membaca tulisan aku. Tapi ini dari segi pemerhatian peribadi aku sahaja.

              1. Tajuk yang menarik dan menangkap perhatian (baca : catchy)
              Selalunya begini tidak kira lelaki ataupun perempuan. Tajuk yang digunakan boleh menarik perhatian (dan tidaklah perlu menggunakan perkataan yang perlu ditapis setiap kali). Dan seharusnya jalan cerita ataupun tulisan itu pastilah berkait dengan tajuk.
              Contoh : Selamat Hari Hantu (ramai orang yang berminat pastinya).

              2. Penulisan yang berkaitan dengan isu lelaki.
              Sebagai contoh, sewaktu aku menulis mengenai tajuk hantaran perkahwinan, aku menerima banyak maklum balas daripada pembaca lelaki yang selama ini mungkin hanya baca secara senyap sahaja. Mereka menghantar pendapat melalui komentar blog, pesanan di Mukabuku dan juga Twitter serta Formspring bagi berkongsi pendapat tentang isu ini.

              3. Sesuatu yang berkait rapat dengan minat lelaki.
              Bola sepak, kenderaan seperti kereta, motorsikal dan sebagainya yang sering dikaitkan dengan lelaki. Pelbagai tips yang berkaitan dengan penampilan dan sebagainya serta penggunaan alatan teknologi mungkin boleh menarik minat pembaca lelaki. Kamera dan sebagainya (tetapi aku pun baca juga benda sebegini). Jadi, tulislah benda yang universal.

              Senyum.
              Tapi pada aku, kalau blog itu aku suka, apa sahaja yang ditulis, pasti aku akan baca.

              Nota Kaki :
              Esok aku sudah mula bercuti sehingga Ahad. Senyum. Semua kerja menanda telah disiapkan. Maka, hari Isnin nanti aku hanya perlu memasukkan markah ke dalam sistem. Senyum.

              Zara : Aku sudah menemui cara membanteras budak meniru. Oh, mereka mungkin tidak dapat dihalang, tapi aku sudah tahu bagaimana mahu mengajar mereka akibat menipu aku. Ketawa.

              Friday, September 03, 2010

              Ramadhan #23 : Siapa Nama Sebenar Kamu Zara? Di Mukabuku, Blog Dan Twitter - Semuanya Berbeza.


              Salam semua.
              Ada orang tanya aku tadi soalan ini.
              Senyum.

              Shafaza Zara Syed Yusof.
              Nama di Mukabuku.
              Nama yang digunakan untuk aku berkarya.

              Shafaza = Identiti yang aku gunakan di zaman universiti. Ya, untuk membentuk imej perempuan dalam diri.
              Zara = Nama di dunia maya setakat ini, dan juga nama panggilan selepas aku melangkah masuk ke alam pekerjaan.

              Lord Zara
              Itukan nama di blog ini? Ketawa.
              Ramai yang tidak berapa gemar sebenarnya, cuma, aku mohon dengan sangat, tolong jangan manipulasi nama itu sewenang-wenangnya dengan mengaitkan dengan beberapa unsur yang tidak ada kena mengena dengan aku secara harfiahnya.

              Zara_Syed
              Penggemar Twitter pastinya sangat mengenali ini kan?
              Senyum.


              Baiklah, itu nama yang tersemat di tudung aku setiap hari.

              Persoalannya :
              Siapakah nama sebenar aku?
              Hanya sesetengah orang sahaja yang tahu.

              Zara : Tadi berbual lama juga dengan seorang penulis blog yang terkenal. Terharu yang amat sangat sebenarnya, Serius.


              Saturday, August 28, 2010

              Kadangkala Kau Rasa Kau Ingat, Tapi Sebenarnya Kau Lupa. Aku Lebih Pasti Kau Tidak Pernah Berusaha.


              Bunyi gemerincing.
              Capai, buka dan baca.
              Aku tersenyum seperti selalunya.
              Saban tahun inilah cerita yang tidak pernah berubah.
              Sudah hampir enam tahun, tetapi gelagat kau masih sama.

              Aku ketawa sambil mengesat air mata.
              Bukan aku sedih tetapi entah mengapa ia seakan menjadi lawak dan bahan jenaka.
              Kalau dulu, mungkin aku akan menconteng semula, membalas dengan taburan aksara.
              Tapi sejak akhir-akhir ini, aku memilih untuk berdiam diri sahaja.
              Biarlah, aku tahu kau lupa sebenarnya.
              Lebih tepat lagi, kau tidak pernah berusaha.
              Bukanlah penting, tetapi itu memang satu petanda kau tidak pernah ingat, sesuatu yang mudah belaka.
              Ketawa.

              Busuk-busuk aku sekalipun, aku tidak pernah alpa.
              Aku tetap ingat walaupun mungkin aku sudah tidak zahirkan secara nyata.
              Nah, aku memang pelik bila sudah kontang rasa.
              Tetapi kau nyata, tidak pernah mahu akui kesilapan begitu sahaja.
              Kau laungkan yang kau betul-betul memahami segala.
              Mengingati benda enteng perkara mudah bagi orang yang tinggi ilmu dan badannya.
              Tetapi malangnya.
              Ini tahun ke-enam kau ulangi kesilapan yang sama.

              Sudahlah.
              Ini bukan benda penting hakikatnya.
              Aku cuma menulis disebabkan aku tidak berhenti ketawa.
              Agak mengganggu tumpuan aku berkarya.
              Jadi, aku mahu lihat sahaja.
              Adakah kau akan ulangi lagi kesilapan yang sama?
              Aku pasti ia akan berlaku lagi bila tiba waktu dan masa.


              Hidup mesti ceria. Itu yang aku letakkan dalam otak yang tidak mahu hadam duka.

              Dan semalam, ada seorang pembaca senyap dan seorang guru yang menggelarkan dirinya Kak G bertanyakan soalan kepada aku di BorangAnjal. Terima kasih buat kalian. Cuma, aku tertarik dengan apa yang diperkatakan oleh pembaca senyap kepada aku. Jujurnya, aku harus belajar untuk hidup dan selesaikan segalanya sendirian sejak aku memahami erti kehidupan itu sendiri.


              Cetakan paparan daripada BorangAnjal aku.

              Dan seperti aku pernah nyatakan suatu ketika dahulu. Hidup ini tidak akan mengkhianati kita. Kita yang selalu mengkhianati hidup sendiri tanpa menyedari, apakah benar itu yang kita mahukan dalam kehidupan sendiri. Benar, kau lihat sesuatu mungkin dengan mata yang menyerlah dan bersinar. Tetapi, sejauh mana kau benar-benar mengetahui apa yang kau lihat?

              Nota Kaki : Buat yang meminta aku meneruskan serta mengupas lebih lanjut tentang pemakaian warna merah jambu, mungkin nanti sahaja. Ada sesuatu yang aku perlu laksanakan hari ini.
              Zara : Buat kali pertama, hujan lebat turun jam 3 pagi tadi sehingga ke Subuh. Aku rindukan hujan yang mendamaikan dan membuatkan aku bisa mengulit nikmat kesejukkan sendirian sambil memikirkan, ini kejadian Allah yang aku sangat senangi.