Semalam tatkala aku jaga pintu pagar, aku dikejutkan oleh sesuatu.
Sebuah kereta berhenti mengejut di hadapan sekolah.
Di hadapan aku.
Hati panas menggelegak secara tiba-tiba.
Nasib baik jalan masih kosong, pelajar-pelajar masih beransur-ansur tiba.
Bas sekolah belum muncul lagi.
Nasib baik.
Aku menghampiri kereta tersebut.
Aku ketuk tingkap yang gelap itu.
Tingkap diturunkan dan aku terjerit kecil.
"B!"
Ya, B datang ke sekolah.
Semata-mata mahu melihat aku di luar pagar.
Kebetulan melalui kawasan Muar-Melaka, dia mengalihkan tumpuan si jejaka menghantar dia berjumpa aku.
"Zara, kata kamu pakai cermin mata di sekolah?"
"Hanya hari Selasa hari itu."
"Aku pasti kamu memang kelihatan sangat ganas", si jejaka menyampuk perbualan kami/
"Sudah pasti. Apa yang mengheret kamu ke sini?"
"Anak gadis yang ganas dan mencurigakan", jawab B sambil tergelak kecil.
"Siapa? Aku ke?"
"Ya lah Zara, siapa lagi?", kata B.
"Kenapa pula?"
"Aku tidak pernah tengok seorang guru yang sangat komited dengan kerjanya seperti kamu.
Kamu yang dikenali di kampus adalah yang agak ganas dan melihat orang dengan pandangan mencurigakan"
Aku ketawa.
"Sekarang?"
Jejaka : Kamu kelihatan sangat cengkung. Masih menjadi pencinta setia sawah?
Zara : Aku cinta B tapi kamu sudah dapat dia.
B : Merepek! Jangan berbual dengan isi kata yang mencurigakan.
Zara : Kamu juga kata aku ini mencurigakan?
B : Mencurigakan dari segi pandangan mata yang tajam. Macam kamu lihat pelajar tadi.
Sebab bajunya, seluarnya, tindik di telinga, mata sepetnya atau wajahnya yang kacak?
Zara : Mungkin kesemuanya.
Jejaka : Aku pasti 2 sebab yang terakhir itu sebab yang lebih utuh.
Aku pandang si jejaka.
"Anda terlalu memahami. Mungkinkah aku perlu berusaha mendapatkan anda daripada B?"
B mencubit lengan aku kuat.
Mereka beransur pergi bila pelajar ramai yang tiba di sekolah.
B dan Jejaka, nasib baik pakaian kalian sesuai semalam.
Kalau tidak, harus ku lanyak di hadapan sekolah.
Zara : Sedang sibuk menanda kertas jawapan pelajar. Tugasku yang terakhir sebelum kontrak tamat.
28 comments:
hehe..
mmg tepatlah tu..
aku pun kadang2 curiga sama kamu~~:P
ayat sedih jer,happy la sket my dear..
pasni pgla apply sekolah lain plak eh...
Apa lak ABC ni?
Apa lak curiga2 ni?
Eh ehhh ... tu budak nak ponteng tu, cikgu ..
Zara,
Kamu patut apply KPLI. Pakcik dapat rasa kamu happy dan enjoy menjadi cikgu. Go go great teacher Zara
kau memang ganas ye sayang?
:)
aku tak teliti sgt dengan apa yg kamu tulis... eh eh.. tiba-tiba kamu.. ha ha ha ha
tapi dak zara.. ko tulis macam wat cerpen.. suspender je aku baca... isk isk isk
caiyooo... caiyo... Kem salam mo B.. C juga.. eh eh D jangan di lupakan..:p
eh.eh.eh.
sape si B tuh?hehhe.
.ehem ehem kekasih lame? :P
after this ke mana lak?
si gadis yang mencurigakan.
dan si gadis harus ganas supaya tidak dilanyak masyarakat sekitar.
saya sokong!
haha ganas ek zara ni
B n jejaka pakai bju ap?
ganas?
auwwww ;))
*big hugs*
maafkan sy, sy tidak faham cerita ini..muehehe
sy cuma faham, kamu ngah memeriksa kertas so sy mengambil kesempatan ini mengucapkan selamat maju jaya..ganbatte!!!
messyremo :
hehehe~
agak curiga pada aku?
apakah itu sayang?
Prercious:
hehehe~
mereka watak yang ahdir dalam hidup aku~
JohnJenin :
Pakcik, degree ku memang dalam Education Pakcik..=)
farah :
agak ganas juga syg~
hehehe~
<< s| tED| >>:
hehehe~
B milik Jejaka..bukan aku~
shima :
B itu sahabat ku~
seorang wanita~
cik intanurulfateha:
dia cinta hati aku~
^_^
seorang wanita~
Jard The Great:
mana2 sekolah yg kusung Jard~
Yern Ain :
Oh baby!!
aku cinta kamu gadisku!
nonna manis :
skit2 ganas gaks~
sharamli :
nasib pakai proper~
uhuks~
Bidadari Simpanan :
hahaha~
aww~
ashie023 :
arigato neh syg!!
aku mula curiga
haha
KhairiL's:
curiga apa syg?
Post a Comment