Showing posts with label B. Show all posts
Showing posts with label B. Show all posts

Sunday, July 11, 2010

Lagu Yang Muncul Daripada Luka Yang Berdarah Atau Mulut Yang Tersenyum


Diam.
Tenang.
Ulitan bayang.
Sejuta percikan.
Bayangan perlipan.
Damai.


Puisi bukanlah pendapat yang dinyatakan. Ia adalah lagu yang muncul daripada luka yang berdarah atau mulut yang tersenyum.
(Kahlil Gibran)

Orang yang dah janji dengan aku nak balik cuti musim panas, sila balik dengan cepat. 27 Julai lama lagi tahu? Eh, hari ini berapa hari bulan? Sebelas ke? Cepat balik ya wahai pengamal perubatan. Aku sudah simpan kerusi itu untuk kamu.

Sepet tak jadi balik kampus petang ini. Dia balik esok pagi. Masa dia balik esok agaknya aku di sekolah. Jadi, mari doakan si Sepet selamat pulang ke universiti dia esok.

B sudah dimasukkan ke hospital. Menunggu saat melahirkan. Bayi pertama. Harapnya Jejaka yang menunggu di luar akan lebih tabah dan kuat. Eh, sila masuk ke dalam wahai Jejaka. Temani isteri kamu.

Hazami Bahrin Daniel pula macam sudah berhenti menulis blog. Mungkin bapa kepada 3 orang anak itu perlu dipaksa untuk menulis semula. Ketawa.

Nota Kaki :
Tiada rasa mahu menulis.

Zara : Ada sesuatu yang mengusik jiwa sejak dari tadi. Moga ia perkara yang baik.

Sunday, June 27, 2010

Hari Ini Hari Baik Zara Wahai Teman Pembaca | Hentaman Tanpa Nama Itu Sampah | Cari Matahari


Salam hujung minggu semua.
Malam tadi aku habiskan di suatu tempat dan hanya seorang teman sahaja yang mengetahui di mana aku berada. Entahlah, mungkin sebab aku runsing akan sesuatu dan bila bicara dengan dia walaupun hanya menggunakan pesanan ringkas, aku boleh lupakan sebentar masalah aku dan terlupa untuk berkongsi apa sebenarnya yang aku mahu luahkan. Ketawa.


Entah mengapa aku malas meletakkan gambar sendiri di profil diri.
Oh, aku rindukan kaca mata aku, sudah lama tidak bergambar dengannya. Senyum.

Hari Ini Hari Baik Zara Wahai Teman Pembaca 
Hari ini hari baik aku. Sejak semalam aku dihentam dan dijadikan sasaran kemarahan dua manusia yang lebih dewasa. Biarlah kalaupun aku dilayan seperti anak kecil yang masih memakai seragam sekolah, aku mengerti apa yang tersirat di celah suara yang kuat, muka yang ketat serta jelingan yang padat. Cuma mungkin disebabkan aku sendiri cepat marah akibat warisan yang tidak boleh dibantah, aku ada terjawab satu dua. Mungkin juga disebabkan tarikh untuk mengibar bendera merah semakin dekat pusingannya, maka emosi aku kurang terkawal. Tetapi tidak mengapa. Itu cerita semalam.

Hari ini aku pulang ke rumah semula. Menjenguk pesanan ringkas yang dititip oleh seorang teman yang memujuk aku kembali ceria. Ada juga bingkisan surat elektronik dari  seorang teman wanita bernama B yang penuh dengan kata-kata amarah berunsur nasihat dari seorang teman. Aku terima sahaja, tetapi ada sesuatu di hujung ayat itu buat aku terfikir sesuatu.

"Sayangku Shafaza. Kalau kamu semakin hilang diri, aku dan dia mungkin bakal kehilangan matahari kami. Kami tidak pernah melupakan apa yang telah kamu usahakan sehingga kami mampu menjadi suami isteri. Satu sahaja aku pohon dari kau, pulangkan balik matahari kami walaupun sejauh mana kamu lari"

Aku sungguh, dan sumpah terharu. B, matahari kamu sepatutnya bukan aku lagi. Jadikan Si Jejaka, suami yang hebat untuk wanita yang hebat seperti kamu itu matahari. Zaman kita sudah berlalu, tanggungjawab aku sudah terlaksana buat teman seperti kamu. 

Hentaman Tanpa Nama Itu Sampah
Aku jujurnya malas mahu menulis tentang mereka ini. Tetapi disebabkan sudah menjadi medan pergaduhan atau bertikam lidah dengan kawan-kawan yang aku suka, maka aku dengan penuh hormatnya mahukan semua manusia yang tanpa nama ini untuk meninggalkan barang sepotong nama atau pautan agar aku boleh menjawab semula pertanyaan mereka. Bukan apa, aku kasihan dengan mereka yang asyik datang kembali untuk melihat apakah kutukan mereka sudah berbalas atau belum. Itu sahaja.

Oh, buat si Tanpa Nama yang menyatakan aku tidak membalas komentar para pembaca aku, aku punya alasan sendiri atas kekangan masa. Mereka lebih mengenali aku, cara aku dari kau yang datang tanpa arah tujuan dan memaki aku ikut suka hati seperti tiada ibubapa atau penjaga yang mendidik kau suatu ketika dahulu.

Cari Matahari 
Panas.
Redup.
Dilindungi awan.

Tangan dan jemari yang pernah berkelatuk kesejukan digenggam, dihembus udara panas.
Celahan jemari diisi dengan jemari utuh.
Kuat.
Kejap.

Tangan kanan jumpa tangan kiri.
Tangan kiri jumpa tangan kanan.
Dongak ke langit dan tersenyum melihat matahari yang gagah berani.
Lerai satu pasang dan angkat tangan menjauh dari muka.
Biarkan bayang-bayang menerjah ke muka.
Indah.

Nota Kaki :
1. Esok aku sudah mengambil cuti untuk menemani adik mendaftar ke IPG.
2. Akan berusaha menyiapkan garapan Bab 27.
3. Sakit perut akibat sudah beberapa hari tidak bertugas.

Zara : Baru sehari tinggal blog dah diserang macam-macam? Alahai. Lepas ni aku balas, sekejap ni nak pergi berak dulu. Lepaskan tekanan perasaan sekejap. Eh, sebenarnya kali terakhir aku menyentuh komputer riba jam 8 malam semalam. Baru 12 jam dah ramai meracau dan menggila? Ketawa.

Thursday, June 24, 2010

[Edisi Kenangan] : Dunia Ini Tiada Yang Percuma. Kamu Cium Sedikit Atau Banyak, Tetap Perlu Dibayar.


Salam semua.
Malam ini terlampau menjaga kesihatan. Sakit yang dialami semakin mencengkam dan walaupun aku cuba untuk menguatkan diri, aku harus terima yang menyeksa diri untuk kelihatan mengikut etika akhirnya memakan diri aku sekali lagi hari ini. Esok pasti akan melalui sekali lagi edisi yang menakutkan tetapi aku tahu aku harus terima dengan terbuka demi tugas. Adakah aku dibenarkan untuk memakai but esok? Aku harap boleh.

Menerima surat elektronik yang panjang lebar dari teman wanita tersayang, B yang menerangkan secara terperinci keadaan dirinya yang sedang menghitung hari untuk melahirkan anak pertama. Moga semuanya selamat buat mereka berdua dan aku pasti Jejaka akan bersorak gembira kerana renangannya berjaya menembusi cabaran biologi terbesar pembentukan manusia. Ketawa.

Teringat sesuatu yang disebut dalam surat elektronik itu yang mengimbau kenangan bersama. Dahulu pernah menulis juga mengenai ini, tetapi buat pembaca baru, mungkin ada yang mahu mengetahui apa yang pernah berlaku, kenangan persahabatan kami bersama suatu ketika dahulu.

B : Sayang, kamu betul!
Aku : Apa dia?
B : Memang tiada yang percuma di dunia ini. *teresak-esak*
Aku : Kenapa ni?
B : Aku cium sedikit sahaja, tapi tetap kena bayar banyak.
Aku : Kamu cium apa?
B : Ala, yang pernah kita cakap dulu, kamu tak ingat?
Aku : Oh, yang itu ke?

[Tiba-tiba teringat budak kecil yang sentiasa rela mencium dan dicium ini]

Kenangan mengusik minda aku.

Aku dengan B menghabiskan masa bersama.
Melihat telatah manusia serta objek di sekeliling membuatkan kami hargai alam ini.
Ya, agak ilmiah aktiviti itu.
Kami panggil sebagai kegiatan ilmu alam.

Aku suka lihat matahari.
B suka tengok pokok.
Aku suka tengok bulan.
B suka tengok aku yang tengok bulan.
Kami suka menonton perlawanan bola sepak.

Aku duduk di sebelah B.
Pandangan aku tebarkan di segenap kotak ini.
B menumpukan pandangannya ke hadapan.
Dia suka penumpuan.
Teknik yang bagus untuk melihat sesuatu.

B : Zara, aku nak tanya kau sikit boleh?
Aku : Apa dia?
B: Kalau aku cium yang biru tu, agak-agak kau berapa aku kena bayar?
Zara : Kalau badan jenis macam tu, murah je aku rasa. Tengok kat mana kau bawa dia lepas kau cium dia lah.
B : Macam tu ke? Kalau aku cium yang hitam itu? Badan dia nampak sedap.
Zara : Kalau yang itu, aku rasa tak mahal juga. B, kalau kau ada niat, ada duit, kau cium je. Tapi aku tak nak ikut.
B : Kenapa? Kau takut kena bayar ke?
Zara : Bukan sebab bayar. Tapi sebab aku sayang diri aku. Sebab tu, aku selalu ikat diri aku macam ni. Kau ikat diri kau jugalah.
B : Aku ikatlah sekejap lagi. Aku teringin sangat nak cium yang warna perak tu. Kau agak-agak, mampu ke aku bayar dia nanti?
Zara : Entahlah B. Mahu kering juga kalau kau nak cium dia. Aku takut kalau kau cium dia, kau yang terpelanting dulu.
B : Ganas betul kan? Aku tak nak cium dia lah.
Aku : Sudahlah B. Kau penagih ciuman juga ke?
B : Aku banyak baca blog kau lah ni.
Aku : Amboi...salah aku juga?


Selingan : Ada orang puji gambar ini cantik. Aku terharu.
"Setitis airmata menyatukan aku dengan mereka yang patah hati. Seulas senyum menjadi sebuah tanda kebahagiaan ku dalam keberadaan. Aku merasa lebih baik jika aku mati dalam hasrat dan kerinduan dari jika aku hidup menjemukan dan putus asa." (Kahlil Gibran)

B : Zara, kamu ada lagi tak ni?
Aku : Ada. Aku cuma teringat kisah dulu.*ketawa*
B : Aku sedih. Sedikit pun kena bayar banyak.
Aku : Kamu cium siapa punya?
B : Jejaka punya.
Aku : Nasib baik Jejaka punya, kalau orang lain punya?
B : Orang lain punya memang mati aku nak bayar.

Eh, kamu ingat kami berbual tentang apa?
Biru = Kancil.
Hitam = Jazz
Perak = CRV
Jejaka punya = Civic

Nota Kaki :
1. Piala Dunia yang sedang berlangsung menjadi medan menukar pendapat bersama B. Ah, wanita itu punya minat yang sama dengan aku. Sukakan bola sepak dan anehnya, Jejaka tidak begitu gemarkannya. Cuma kebelakangan ini, akibat menanti B yang bersengkang mata menonton perlawanan, lelaki itu sudah menukar minatnya.
2. Kurang menggunakan Twitter malam ini disebabkan aku menonton sesuatu yang lebih bermakna dan mengusik jiwa.
3. Meluahkan sesuatu pada orang yang tidak menyedari perasaan yang kita pendam adalah sesuatu yang bakal menjadi sia-sia bukan? Adakah pendapat itu benar?
4. Berdoa secara bersungguh-sungguh agar aku mampu melunaskan tanggungjawab dengan baik esok.
5. Sangat berharap agar England akan menang malam ini. Begitu juga dengan Jerman. Senyum.

Tambahan :
England sudah layak. Jerman juga sudah layak, malahan akan bertemu sesama sendiri selepas ini.

Zara : Sedang memikirkan kata-kata ini berulangkali. Rasa mahu menghantarnya pada seorang teman yang sedang bergolak jiwanya, tetapi aku sendiri kurang pasti. Oh, maksud aku, kata-kata yang dikarang oleh Kahlil Gibran di atas.

Saturday, May 29, 2010

Obsesi Diri Itu Kadangkala Perlu Dalam Meneruskan Kelangsungan Hidup | Telur Coklat Dalam Kenangan


Salam semua.
Terima kasih pada yang memberikan respon baik dalam penulisan ini.
Walaupun nampaknya kalian lebih suka menulis di Twitter dari memberikan ulasan, aku sudah cukup gembira. Sekurang-kurangnya aku tahu siapa yang membaca dan menghulurkan salam perkenalan buat aku.


Bila manusia ini obsesi pada diri sendiri, dia hanya tahu senyuman sahaja bisa buat dia kuat dalam meneruskan kelangsungan hidup. Noktah.

Obsesi diri.
Aku adalah manusia yang sedaya upaya mahu percaya pada diri sendiri dalam kadar yang tinggi. Jujurnya, aku kadangkala melukakan segumpal darah yang berada dalam tubuh asalkan aku lihat senyum tawa manusia di sekeliling aku. Ramai yang menyatakan, sayanglah diri sendiri, jagalah perasaan sendiri, dan aku hanya tersenyum. Kalau aku tidak sayang diri sendiri, apakah aku obses begini?

Penulisan walaupun sekadar karya picisan.
Aku menulis. Mengarang cerita dan naskah aku sendiri. Membaca dan melampiaskan nafsu aku pada sastera pada pandangan aku. Perspektif aku sendiri dalam mencari diri yang mungkin tenggelam dalam kesibukan mengejar arus duniawi. Ah, kesakitan dalam menempuh perjalanan buatkan aku menghargai diri lebih dari apa yang orang lain boleh beri.

Ada seorang teman menyatakan kepada aku. 
"Zara, kamu adalah manusia obsesi pada diri sendiri. Kamu menulis dan berkarya serta tidak menghiraukan kalau punya pembaca atau tidak. Kamu tidak peduli dan masih terus menulis"
Dan, aku setuju dengan dia.
Aku tetap menulis dan teruskan sahaja usaha walaupun mungkin tiada yang membaca.
Kerana apa?
Itu jiwa.

Tidak berlebihan dan tidak berkurangan.
Semua benda ada hadnya.
Begitu juga aku.
Begitu juga kamu.
Begitu juga mereka semua di luar sana.

Secebis kenangan.
Aku kurang sihat untuk ke majlis perkahwinan sebentar tadi. Maka aku berehat sahaja di rumah dan enggan menjamah walaupun sebutir rezeki. Entah mengapa, selera aku telah direnggut pergi. Tolak makanan masuk ke mulut tetapi yang keluar semula tanpa dapat aku kawal lagi. 

Biarkan, aku hanya merenung sepi. Mengambil keputusan untuk kembali ketagih kepada bahan terlarang sebentar tadi. 
Biarkan, hanya sekali ini. Aku sudah tiada daya lagi.
Ah, ini angkara obsesi juga.

Ternampak apa yang Bonda dapat di rumah pengantin buatkan aku teringatkan teman wanita yang sedang menunggu saat melahirkan. Ah, tergambar dalam fikiran kenangan kami bersama satu ketika dahulu menyulam bahagia berdua tanpa ada batasannya.

*******

Aku keluar dengan B.
Beli barang keperluan dia.
B bercakap banyak hari itu, meluahkan kegeraman dia disebabkan aku bergambar dengan beberapa lelaki yang dia agak tidak senangi. Aku faham apa yang dia rasa.
Maaf B, aku janji lain kali aku tidak buat begitu lagi.
Senyum ya B?
B menghampiri satu kedai berhampiran.

"Makcik, nak telur coklat itu 4 biji"

Aku : Kau panggil telur apa B?
B : Telur coklat.
Aku : Dia ada nama sendirilah. Telur pindang.
B : Tak kisahlah, telur kan ada macam-macam warna. Ada warna hitam, warna putih, kuning.
Aku : Telur hitam? Telur cerita dalam TV ke?
B : Bukan. Telur ni istimewa. Dia berubah 3 kali.
Aku : Telur apa?
B : Telur masin. Mula-mula putih, pastu hitam, pastu putih semula.
Aku : Aku belasah kat sini nanti.
B ketawa dengan gembira.
Aku gembira B lupa isu aku bersama dengan rakan-rakan lain.
Aku hanya mahu senyuman B.
Kami berlalu pergi sambil B membawa plastik 'telur coklat' dia.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEj3t_uM6weYfE-qx9FFZXX7u_gSiVZNpQliX60qkZ4brx3tIjXzYoBFSJmMFX36WGyZgX7O2yV7ypH4Nisivm1xkJ_lApXCfYV81DrD8Es7OKOka_0S_U5Dx0k3uBdSzdqfUZskhUm80Xfs/s400/Step+By+Step+837.jpg

Ah, kenangan memang indah dan mengasyikkan.
Membuatkan aku terlupa betapa aku sudah lama meninggalkan zaman begitu.

Nota Kaki :
1. Makan ubat dengan minuman berkarbonat.
2. Tidur dalam kesakitan diganggu oleh panggilan telefon syarikat telekomunikasi.
3. Otak aku bertambah berat.
4. Empunya Marga muncul dan sudah keluar, ada urusan barangkali.
5. Terbaring di ranjang biru sendiri.

Zara : Merindui percikan tinta kalam sendiri. Aku belum memulakan penulisan lagi. Ah, sarat dengan sesuatu yang aku sendiri heret dalam setiap langkah.

[Pertandingan] Tarikh Tutup : 31 Mei

Saturday, April 24, 2010

Mandi Bersama Berdua Dilimpahi Ros Merah Besar - Itu Kenangan Antara Kita Yang Kekal Selamanya.


http://blog.30dollardatenight.com/wp-content/uploads/take-a-bath.jpg
Indahnya kalau dapat merasa [Penghargaan]

Salam semua.
Sedang menulis tentang Legasi Cinta Alisia sebenarnya.
Kontang dengan ilham entah mengapa.
Ah, penulisan semakin dingin dan syukur aku punya dia.
Teman wanita yang menunggu waktu melahirkan.
Masih setia seperti dahulu walaupun sekarang membilang waktu.

B : Dah lama tak telefon kau.
Aku : Mentang-mentang perut sedang menggelembung.
B : Amboi, bakal anak angkat kau ni.
Aku : Tahu, jadi sila cepat bersalin.
B : Anak-anak Hazami mana?
Aku : Itu Eliza jaga.
B : Amboi, ibu angkat lepas tangan ke?
Aku : Aku sibuk. Lagipun, mereka ada di negara kangaru dan koala.
B : Oh, aku terlupa kau di Malaysia. Macam mana novel wahai penulis muda?
Aku : Buntu ilham. 
B : Aku rasa kau patut masukkan adegan mandi bersama.
Aku : Untuk siapa?
B : Alisia dan Chia Hau?
Aku : Gila punya ilham kau ni.
B : (ketawa berdekah)
Aku : Kalau kau ketawa kuat sangat, nanti bayi kau keluar meloncat.
B : (diam tiba-tiba)

Teman wanita, itu antara sebab mengapa aku tidak tegar menulis tentang kau dan jejaka arjuna.
Sebab kalian terlampau comel dalam mengulit bahagia.
Cepat pulang ke Malaysia.
Aku mahu lihat kau di depan mata.

Nota kaki :
1. Baru lima muka surat Legasi Cinta Alisia yang digarap (dan masih menulis)
2. Semangat kuat kembali hanya dengan sekeping pesanan ringkas.
3. Butuh kekuatan dalaman sambil mendengarkan irama.

Zara : Kali ini akan berusaha dengan sangat bersungguh-sungguh untuk menyiapkan apa yang sudah dimulakan. Esok bakal berpergian untuk melunaskan sebuah impian.

Thursday, March 11, 2010

Tidak Perlu Menerjah Aku Sehingga Di Surat Elektronik - Nampak Sungguh Kamu Terdesak Seperti Tiada Telur Atau Banjaran Megah - Ketawa Berdekah.


Cuti-cuti begini ada sahaja yang mahu renggut senyuman aku yang seikhlas hati.
Sudahlah.
Aku hanya mahu ketawa geli hati.

Kalau kamu tiada telur atau banjaran megah, sila fikirkan cara untuk dapatkan yang palsu.
Awas, jangan minta dana daripada aku.
Aku perlu menyimpan untuk membeli kereta sendiri, aku mengaku.
Sudahlah, jangan buat aku berbulu dengan sikapmu.

*******

Ini wajah aku semalam.
Sangat melekit dan berkerak.
Gambar terpaksa dipotong disebabkan ada kehadiran lelaki bawah umur di sisi.
Ketawa terbahak-bahak.

Menerima panggilan telefon daripada teman wanita yang disayangi.
Perut makin membulat tanda kandungan semakin tiba saat dikeluarkan isi.

B : Salam, apa khabar penulis novel ini?
Aku : Salam sayang. Aku baik sahaja.
B : Macam mana sukan sekolah?
Aku : Banyak perkara menyakitkan hati. Penat aku mahu selongkari. Biar kekal jadi rahsia abadi.
B : Masih ada virus-virus benci?
Aku : Orang menyisihkan, aku harus mengerti sendiri.
B : Mereka masih belum tahu dengan siapa mereka membuat onar.
Aku : Ah, zaman kegemilangan aku bukan buat tatapan zaman pekerjaan.
B : Maksudnya, kamu merelakan?
Aku : Sudah tiada tenaga untuk melaungkan. Lagi pula, kedudukan aku bukan sembarangan.
B : Ah, aku mengerti. Penjawat awam ada batasan.
Aku : Sudah aku kata, ini bukan zaman kegemilangan.
B : *ketawa* Enak bercanda dengan kamu cinta.
Aku : Enak berbual, bagaimana dengan Jejaka?
B : Eh, mengapa suami aku yang kamu tanya?
Aku : Selalunya akan dengar suara dia menjerit-jerit gila di belakang.
B : *ketawa* Sudah ada di kamar, terkedang. Demam akibat cuaca yang tidak menentu.
Aku : Bumi benua sana sedang sejuk lagi khabarnya.
B : Ah, perempuan ini. Kamu memang sentiasa tahu benda terkini.
Aku : Tahu sebab aku merindui kamu semua. Ingat janji kamu pada aku.
B : Pulang bersalin di Malaysia?
Aku : Ya betul!
B : Bukankah kamu sudah ada Bunga Jiwa? Siapa dia sebenarnya?
Aku : Tunggu kamu pulang ke bumi Malaysia, akan aku perkenalkan pada dia.

Cinta hati aku ini sudah berapa bulan mengandung.
Aduhai.
Lihat gambar perut dia yang terkini memang buat aku teruja sekali.
Sungguh teruja untuk lihat proses melahirkan selepas ini.
Aku kan bakal ibu angkat bayi itu?

Zara : Esok bakal ke sekolah seperti biasa. Yang Maha Esa, aku dambakan sekeping kekuatan atas nama jiwa. Senyum Zara, senyum sahaja.

Saturday, February 20, 2010

Penulisan Khas :Bahasa Jiwa Zara Si Ratu Kimia. Kalau Isteri Anda Mengandung, Sila Teruja Untuk Ambil Gambar Perutnya.


Tajuk memang boleh buat orang naik darah.
Sebelum menulis lebih lanjut, mari bertafakur di tepi katil sebentar.
Menguap besar-besar.
Hari Sabtu yang ceria bikin aku bosan dengan gelagat lepas buang air besar, tolong jiruskan ya?
Tetapi tidak mengapa.
Aku tujukan gambar ini khas untuk dia.

Ada aku kisah?
 Gambar ini diambil semalam ketika aku bersama dengan teman wanita.
Ya, teman sebilik juga ketika aku tahun akhir di kampus selatan.

Oh, sangat berlagak muka aku dalam gambar ini.
Kalau sesiapa perlukan model yang berbadan besar dan gilakan kelipan kamera, hubungi aku.
Aku sukakannya.
Kata mahu berlagak macam penggiat seni yang berjaya?
Makanya harus ada gambar-gambar sebegini rupa.
Ketawa.

Terima kasih buat mereka yang memberitahu aku wujudnya komen nakal lagi dalam penulisan di bawah ini. Biarkanlah dia. Aku tahu, itu hanya beberapa sahaja berbanding kamu semua yang menyokong kewujudan aku dalam industri (sila lempang untuk sedarkan aku dari mimpi) seni yang kecil ini. Ayat penulisan kali ini memang tidak dapat dibendung tahap berlagak dan berpura-pura yang nyata.
Ketawa.

Menerima panggilan gembira daripada teman wanita yang kini isteri orang dan bakal ibu, B.

B : Teka cepat, teka cepat!
Aku : Walaupun di bumi asing-mata biru asli, sila beri salam wahai Puan.
B : Ya, salam.
Aku : Salam kembali. (ketawa)
B : Cepat teka berita gembira aku.
Aku : Tentang kandungankah?
B : Ya. Cepat teka.
Aku : Dah pergi tengok jantina bayi ke?
B : Belum lagi. Aku kalau boleh malas mahu tahu. Cepat teka.
Aku : Entah, malas mahu teka. Apa lagi ya tentang kandungan agaknya.
B : Eh, kenapa seperti tidak bermaya?
Aku : Tengah baca buku. Sekejap, kamu kedengaran sangat teruja. Mahu pulang bersalin di Malaysia?
B : Pandai! Ini baru guru muda yang sentiasa tepat meneka.
Aku : (ketawa) Sila pulang cepat-cepat. Boleh ambil gambar perut.
B : Itu kerja Si Jejaka. Pantang pakai baju ketat, nampak bentuk perut, dia yang teruja ambil gambar berlebih-lebihan.
Aku : Itu yang bagus. Kalau aku pun mesti rasa nak buat begitu.
B : Sekejap, kamu nak buat pada siapa?
Aku : Rahsia.
B : Keji betul.

Gembira.
Ya, sangat gembira dengan perkhabaran indah dari dia.
Aku bakal jadi ibu angkat untuk anak pertama dia.
Eh, apa khabar Hazami dan keluarganya?
Tiga anak comelnya juga adalah anak-anak angkat aku.
Ketawa.
Eh, ada lagi yang mahu cari bank sperma?
Ketawa.

Zara : Pertandingan Dunia Sebelah Zara bakal kembali. Tunggukan kemunculannya selepas ini. Entah ada atau tidak orang yang mahu sertainya. Senyum ceria.


Gambar ini adalah simbol aspirasi aku pada kopi dan cinta. Tidak ada kena mengena dengan hidup atau mati. Yang penting, teruskan mengundi di sini  dan sini.

Friday, February 19, 2010

Tiada Cakaran Harimau, Sentuhan Gemalai Atau Sarung Kaki Jarang Di Sini. Ini Contoh Anak Mithali Jika Bapa Anda Punya Mukabuku Sendiri.


Selamat datang ke bahagian perancangan keluarga.
Disebabkan ini adalah malam Jumaat, maka pengisian seharusnya bercorakkan kekeluargaan.
Oh, tiada cakaran harimau atau sentuhan lemah gemalai serta sarung kaki jarang di sini.
Betul, tidak ada.
Jangan degil.
Sila jangan cari.

http://www.sockdreams.com/weblog/wp-content/uploaded_images/2008/05/fishnets-raubynn.jpg

Ketawa.
Gambar di atas kelihatan seperti kurang menyeronokkan.
Abaikan gambar kerana itu bukan milik aku.
Sumpah bukan.

Kejadian bermula bila tuan ketua keluarga sudah tahu serba sedikit apa itu Mukabuku.
Ralit baca di surat khabar agaknya.
Atau mungkin iklan di kaca televisyen memang membantu.
Jangan salahkan media - itu kerja mereka.

Abah : Ni macam mana nak hubungi Ustaz ni?
Aku : Oh, Ustaz Zahazan?
Abah : Ya, dia guna Mukabuku.
Aku : Oh, guna akaun Along sahaja lah. Tapi akaun sekolah.
Abah : Bolehlah, tapi bagi Abah tulis.
Aku : Ya, silakan.

Abah hantar pesanan pada Ustaz Zahazan guna akaun Mukabuku rasmi aku.
Ya, akaun yang kamu semua dilarang masuk itu.
Ketawa.

Abah : Nanti kalau dia balas macam mana?
Aku : Nanti Along beritahu Abah.
Abah : Kalau macam itu, tolong buatkan Abah satu Mukabuku. (cara cakap macam suruh buat kopi)
Aku : Ha? Nak juga ke?
Abah : Orang lain ada, nak juga.
Aku : Boleh-boleh.

Maka, anak mithali ini buatkan akaun Mukabuku untuk bapanya.
Terangkan apa yang patut. 
Ajar satu-satu.
Jangan ajar main permainan mengarut dalam Mukabuku.
Nanti ketagih.

Masa aku di sekolah, menerima panggilan dari Abah.

Abah : Along, Abah tengah buka Mukabuku. Apa alamat surat elektronik (baca : email) Abah?
Aku : Nanti Along hantar pada Abah. Siap dengan kata laluan (baca : password) sekali.
Abah : Cepat-cepat.
Aku : Ya, baik.

Sudah ada petanda bahaya, tetapi aku masih gagal menghidunya.
Balik rumah, Abah beritahu dia sudah beritahu pelajarnya dia juga ada Mukabuku.
Aku tepuk dahi, geleng kepala.
Senyum sambil ketawa.

Abah : Suka betul masukkan gambar ya? Gambar kek hari lahir Adik pun Along masukkan juga. Macam-macam gambar ada.

Saat itu memang aku tersentap.
Tercium gejala bahaya.
Tindakan segera harus diambil.
Tangguh-tangguh, asyik terlupa.
Tapi tadi akhirnya pemikiran kembali menjelma.

Cara anak mithali (yang tiba-tiba berfikiran keji)
Buka akaun Mukabuku Abah.
Pergi ke Rumah (baca : Home)
Nampak nama sendiri - Shafaza Zara Syed - tekan sembunyi (baca : Hide)
Nampak halaman peminat Dunia Sebelah Zara - tekan sembunyi lagi.
Ya, misi berjaya.

Tahniah Zara.
Guling-guling.
Lompat-lompat.
Eh, ini untuk kebaikan kita bersama juga bukan?
Ketawa.


Yang penting, lepas tengok poster, teruskan mengundi di sini  dan sini. Sila undi setiap hari.

Zara : Kepenatan dan entah sejak bila lupa bahawa diri ini sudah tidak berpunya. Eh, apa maksudnya? Terlupa juga yang bakal menjadi ibu angkat untuk anak keempat tidak lama lagi.


Gambar ini adalah simbol aspirasi aku pada kopi dan cinta. Tidak ada kena mengena dengan hidup atau mati. Yang penting, teruskan mengundi di sini  dan sini.

Sunday, February 14, 2010

Edisi Hari Kekasih Tanpa Seluar Dalam : Kurang Daripada Dua Puluh Empat Jam Tetapi Nasi Sudah Menjadi Bubur.


Hari ini empat bulas hari bulan dua.
Ramai rakan-rakan yang mengabadikan perkahwinan dan pertunangan hari ini.
Bukan kerana terikut-ikut dengan budaya yang kurang sihat, tetapi lebih kepada cuti sekolah yang telah bermula. Ucapan tahniah buat mereka yang memberikan berita gembira pada aku.
Senyum.

Menerima panggilan telefon dari jauh.
Dari teman wanita yang kini adalah isteri orang merangkap bakal ibu, B.
B sedang asyik masyuk dibelai oleh Jejaka dengan limpahan aiskrim coklat di petang indah.
Dengki.
Ketawa.

B : Semalam rumah kamu kenduri ya?
Aku : Ya. Mana dapat berita?
B : Mukabuku. Kenduri apa? Dengar cerita kenduri tunang. Betul ke?
Aku : Gila ke kamu? Aku kalau bertunang tak jemput kamu, harus sahaja jadi kenduri arwah.
B : Tahu pun. Kenduri apa?
Aku : Kenduri biasa sahaja.
B : Makan apa?
Aku : Macam-macam. Ada ikan keli juga tau? Aku tahu kamu suka.
B : Alahai, sedapnya. Mana nak cari ikan keli di bumi orang mata biru asli ni?
Aku : Cepat balik Malaysia. (ketawa). Makan apa je kamu hari ini ibu?
B : Oh, ibu kamu panggil aku ya? Hari ini makan bubur. (ketawa)
Aku : Pemalas lah tu. Kenapa gelak?
B : Aku teringat kenangan kita bersama dahulu sayang (ketawa)

http://api.ning.com/files/P2aAW2r-2wYTXR7ij*r6outE3J1O-LlkGuKLnNVnkO9mbdO2S42gA5jl19NOYVe*TTnrKH*BPOfYActmWaupnRsVCUzmwr9-/crashed_bicycle_and_ladyd.jpg

Si Hitam berbunyi.
Panggilan dari B.

B : Zara, nasi sudah menjadi bubur (menangis)
Aku : Apa yang terjadi? D mainkan kamu?
B : Aku tak tahu nak cakap, tapi nasi dah menjadi bubur.
Aku : Tenang. Terangkan pada aku apa yang terjadi.
B : Nanti aku datang jumpa kamu.


Hujan lebat secara menggila di luar. Sejuk. Aku tahan B dari datang.
B degil.

Si Hitam berbunyi.
Panggilan dari B.

B : Zara, aku ada di luar perpustakaan. Boleh kamu keluar sebentar?
Aku : Baiklah.


B menunggu aku di luar perpustakaan.
Muka sugul.

Aku : Apa yang terjadi B?
B : Nasi sudah jadi bubur Zara. Aku tak boleh buat apa-apa lagi.
Aku : Terangkanlah.
B : Ni dia (B hulurkan aku sesuatu)
Aku : Apa ni?
B : Kau buka dulu.


Aku buka bungkusan itu.
Aku pandang B.
Rasa mahu membunuh lahir di situ juga.

Aku : Ni bubur!
B : Ye lah, aku nak masak nasi, tapi jadi bubur. Tak boleh nak buat apa-apa lagi.
Aku : ….

 Kami ketawa bersama bila teringat kenangan lama.
Alahai, wanita itu sudah bakal bergelar seorang bonda.
Daripada seorang yang nakal dan selalu berpoya-poya, sudah menjadi semakin matang tetapi tetap gila.
Rindukan dia.
Rindukan suaminya, si Jejaka juga.
Sentiasa lihat wajah ceria mereka.
Rindukan kegilaan lama.

Zara : Merindui zaman mengangkat buku dan belajar di hadapan seorang yang bernama guru. Indahnya saat itu. Kini watak bertukar, aku pula di hadapan dengan menghadap kelas.



Sudahkah kamu semua meninggalkan alamat blog (URL) di 
Terowong Kecil Cinta Zara ?
Sudahkah kamu lihat bukti Zara seorang wanita di SINI? Jangan lupa undi ya?

Thursday, February 04, 2010

Lelaki Bermata Biru - Maaf B, Simpan Dahulu Tawaran Kamu - Bukan Masa Untuk Memburu Kerana Aku Seorang Guru Yang Asyik Membaca Buku.


Menerima surat elektronik dari bekas teman wanita yang kini isteri orang.
Isinya banyak menceritakan betapa bahagianya dia kini membawa beberapa kilogram tambahan di perutnya.
Ah, ibu mengandung anak pertama, memang sungguh teruja.
Di akhir coretan, bakal ibu itu menulis mahu mengirimkan aku seorang jejaka bermata biru.
Sumpah wanita itu masih suka menggila.

Ketawa.
B, betapa Jejaka sangat beruntung punya kamu sebagai suri.
Sentiasa penghibur di kala suka dan duka.
Sila pulang ke Malaysia untuk melahirkan anak pertama.
Ini amara keras buat kamu berdua.
Ketawa.


B sayang.
Aku tahu kamu akan baca ini.
Maka aku sesungguhnya belum bersedia untuk kecewa lagi.
Aku hanya mahu hidup dengan gembira.
Kalau ada jodoh yang datang, aku mahu ia datang secara rela.
Bukan dengan aturan sesiapa.
Maaf sayang.

Kamu kenal aku.
Aku kenal kamu.
Aku tidak mahu dalam hati ada rasa sayu dan pilu.
Terbuku.
Aku sayang kamu.
Kerana kamu teman wanita terbaik aku.



B sayang.
Hari ini aku jumpa kawan baru.
Kawan yang buat aku sentiasa ketawa walaupun baru kenal seketika cuma.
Dia mengingatkan aku pada canda tawa kita bersama.
Walau aku dan dia berlainan jantina, dia buat aku teringat kamu - teman wanita tercinta.
Sungguh, dalam hati hanya tinggal padang bola.
Selagi tiada kata laluan sesuai, ia tidak akan terbuka.
Muka ukir wajah suka.
Ketawa.

Zara : Hari ini aku mahu senyum sahaja. Peluk tiang, gelak seorang. Cium buku, lukis wajah beku. Menari tanpa irama yang hanya aku tahu notanya.



Sudahkah kamu semua meninggalkan alamat blog (URL) di 
Terowong Kecil Cinta Zara ?

Saturday, January 16, 2010

Bila Mak Buyung Merungut Tentang Nilai Pendidik Bangsa Yang Dicerca.


Bekas teman wanita yang kini isteri orang dan bakal ibu muncul petang tadi.
Bukan muncul di hadapan mata, tetapi menjerit memekik di talian maya.
Si Merah - telefon genggam berbunyi dan keluar gambar perkahwinan dua sejoli.

B : Sayang yang tembam, apa khabar?
Aku : Oh mak buyung yang sudah lupakan Malaysia. Aku baik dan bertambah gemuk. Mak buyung pula?
B : Aku tentu sedang bahagia mengusung perut dan dibelai jejaka yang semakin berkumis nipis.
Aku : Sengaja mahu buat aku cemburu ke? Pasti tidak akan berjaya (ketawa) 
B : Alahai, aku ingat kamu tengah bersedih.
Aku : Nak bersedih apa?
B : Aku lihat apa yang berlaku tetapi kamu pandai mahu sembunyi.
Aku : Jangan berdolak-dalik. Aku tidak mengerti.
B : Alam maya yang tanpa sempadan ini bisa buat sesiapa sahaja lihat kamu tanpa kamu sedari.
Aku : Memang, tapi aku masih kurang memahami.
B : Tentang dia.
Aku : Dia?
B : Dia lah!
Aku : Oh, mengapa?
B : Aku lihat perjalanan masa ungkapan terkini dia.
Aku : Aku malas mahu fikir lagi tentang perkara lama. Nanti otak kusut, jiwa kacau.
B : Tapi dia menghina kerjaya kamu.
Aku : Aku malas mahu fikir lagi. Biarlah dia begitu.
B : Bahkan dia mengatakan kamu bodoh, tolol, lembam.
Aku : Moga doa dia itu tidak akan sampai kepada aku.
B : Sejak bila kamu tutup hati sampai keras dan batu begini?
Aku : Sejak aku belajar aku perlu berjalan sendiri semula.
B : Setahu aku kamu akan menghempas muka mereka yang mengata kamu dengan terbuka.
Aku : Sudah sampai masa aku biarkan mereka.
B : Celaka badan tidak mengapa?
Aku : Bukan badan aku.
B : Habis, badan siapa?
Aku : Entahlah.
B : Ah, Zara sudah semakin dewasa.
Aku : Kamu kan mahu aku jadi ibu angkat pada anak dalam kandungan kamu?



Kelakar bila mengenangkan mak buyung itu sanggup membuat panggilan dari jauh untuk aku semata-mata untuk mengamuk tentang hal yang satu itu.
Alahai sayang.
Sumpah, aku memang memahami mengapa kamu begitu marah.
Aku kenal hati aku.
Sungguh.

Eh, mak buyung mana boleh marah-marah?
Nanti muka anak kamu masam sayang.
Jejaka, jaga isteri kamu yang comel itu.
Cubit pipi dia jika dia merungut perlu makan vitamin setiap hari.
Penting untuk bayi.
Ketawa.

Zara : Hujung minggu yang entah mengapa kurang ceria dari sepatutnya. Ah, mungkin kerana terlalu banyak kerja. Mahu ketawa dan meregang otot badan dengan sekata.

Monday, December 14, 2009

Tiada Yang Percuma : Kamu Cium Sedikit Atau Banyak, Kamu Bayar!

 Menerima panggilan dari teman wanita yang kini merupakan isteri orang dan sedang menjalani pembesaran perut secara berperingkat akibat sakit buatan orang. Perlu menunggu sehingga sembilan bulan sebelum perut itu kempis semula. *ketawa*

B : Sayang, kamu betul!
Aku : Apa dia?
B : Memang tiada yang percuma di dunia ini. *teresak-esak*
Aku : Kenapa ni?
B : Aku cium sedikit sahaja, tapi tetap kena bayar banyak.
Aku : Kamu cium apa?
B : Ala, yang pernah kita cakap dulu, kamu tak ingat?
Aku : Oh, yang itu ke?


[Tiba-tiba teringat budak kecil yang sentiasa rela mencium dan dicium ini]

Kenangan mengusik minda aku.



Aku dengan B menghabiskan masa bersama.
Melihat telatah manusia serta objek di sekeliling membuatkan kami hargai alam ini.
Ya, agak ilmiah aktiviti itu.
Kami panggil sebagai kegiatan ilmu alam.

Aku suka lihat matahari.
B suka tengok pokok.
Aku suka tengok bulan.
B suka tengok aku yang tengok bulan.
Kami suka menonton perlawanan bola sepak.

Aku duduk di sebelah B.
Pandangan aku tebarkan di segenap kotak ini.
B menumpukan pandangannya ke hadapan.
Dia suka penumpuan.
Teknik yang bagus untuk melihat sesuatu.

B : Zara, aku nak tanya kau sikit boleh?
Aku : Apa dia?
B: Kalau aku cium yang biru tu, agak-agak kau berapa aku kena bayar?
Zara : Kalau badan jenis macam tu, murah je aku rasa. Tengok kat mana kau bawa dia lepas kau cium dia lah.
B : Macam tu ke? Kalau aku cium yang hitam itu? Badan dia nampak sedap.
Zara : Kalau yang itu, aku rasa tak mahal juga. B, kalau kau ada niat, ada duit, kau cium je. Tapi aku tak nak ikut.
B : Kenapa? Kau takut kena bayar ke?
Zara : Bukan sebab bayar. Tapi sebab aku sayang diri aku. Sebab tu, aku selalu ikat diri aku macam ni. Kau ikat diri kau jugalah.
B : Aku ikatlah sekejap lagi. Aku teringin sangat nak cium yang warna perak tu. Kau agak-agak, mampu ke aku bayar dia nanti?
Zara : Entahlah B. Mahu kering juga kalau kau nak cium dia. Aku takut kalau kau cium dia, kau yang terpelanting dulu.
B : Ganas betul kan? Aku tak nak cium dia lah.
Aku : Sudahlah B. Kau penagih ciuman juga ke?
B : Aku banyak baca blog kau lah ni.
Aku : Amboi...salah aku juga?




B : Zara, kamu ada lagi tak ni?
Aku : Ada. Aku cuma teringat kisah dulu.*ketawa*
B : Aku sedih. Sedikit pun kena bayar banyak.
Aku : Kamu cium siapa punya?
B : Jejaka punya.
Aku : Nasib baik Jejaka punya, kalau orang lain punya?
B : Orang lain punya memang mati aku nak bayar.

Eh, kamu ingat kami berbual tentang apa?
Biru = Kancil.
Hitam = Jazz
Perak = CRV
Jejaka punya = Civic

Zara : Ucapan takziah buat semua mangsa kebocoran gas di Melaka. Buat mereka yang cedera semoga cepat sembuh.

Thursday, November 26, 2009

"B, Maafkan Aku Sayang. Ini Bukan Korban Cinta. Itu Hadiah Cinta. Tahniah Kerana Pintu Telah Dibuka Selepas Jejaka Berenang Pantas!"




Senja merangkak pergi tatkala laungan takbir memecah kehinangan langit yang bertukar warna.
Kegelapan menjelma.
Si Merah mengalunkan irama kesepian dendangan penyanyi antarabangsa.
Oh, lagu yang berada di tempat pertama dalam blog ini.
Mata tertancap melihat nombor telefon yang tidak dikenali.
Si Merah diangkat.
Kedengaran salam dihulurkan.
Suara yang dirindui.
B!

Aku : Salam. B, apa khabar kamu sayang?
B : Aku baik sahaja. Aku dapat tahu kamu yang kurang sihat kebelakangan ini. Betul ke?
Aku : Eh, mana ada sayang? Aku baik sahaja.
B : Jangan bohong Zara. Aku tahu. Aku dapat rasa.
Aku : Maaf sayang. Kamu baca blog aku ke Mukabuku?
B : Aku baru baca blog kamu. Patut pun Jejaka tak benarkan aku guna Internet kebelakangan ini. Mesti dia tak nak aku tahu dan terkejut.
Aku : Alahai sayang. Bukan apa pun. Aku tak menangis kalau itu yang kamu mahu tanya.
B : Aku tahu kamu tak menangis sebab kamu tahan. Cerita dengan aku Zara, tolonglah.
Aku : Malas aku.



B : Kalau kamu tak cerita, aku pun malas nak beritahu kamu sesuatu sayang.
Aku : Apa dia? Ada lelaki mata biru untuk aku? *ketawa*
B : Jangan nak menggatal. *gelak*
Aku : Sekarang boleh, dulu tak boleh.
B : Cepat cerita dengan aku!
Aku : Ya lah. Memang kaki mendesak betul ni. *cerita apa yang perlu pada B*
B : Oh, begitu. Sekarang saat yang dinanti.
Aku : Apa dia?
B : Nak aku cakap ke Jejaka yang cakap atau kamu nak teka? Teka kalau kamu pandai.
Aku : Kamu nak balik Malaysia?
B : Bukan. Peluang terakhir. *ketawa*
Aku : Kamu mengandung?
B : (ketawa) Pandai!
Aku : Tahniah sayang!
B: Jejaka nak cakap dengan kamu.

Orang di seberang talian bertukar. Senyuman menguntum di bibir aku.

http://www.snapshots.net/cartoons/00690-funny-cartoons-sperm-cell.gif

Jejaka : Salam Cikgu Garang.
Aku : Salam bakal bapa. Tahniah! Laju berenang. *ketawa*
Jejaka : Oh, keji pernyataan itu cikgu. *ketawa*
Aku : Jaga B elok-elok. Bincang dengan dia baik-baik. Nak bersalin di mana nanti?
Jejaka : Dalam kapal terbang boleh? *ketawa*
Aku : Boleh. Nanti kamu boleh jadi terkenal.
Jejaka : Aku dan B dah bincang sesuatu. Kami mahu kamu jadi ibu angkat anak kami nanti. Boleh?
Aku : Aku sudah jadi ibu angkat pada 3 orang budak. Anak Hazami Bahrin.
Jejaka : Anak HB? Alahai, baru 3. Boleh kan?
Aku : InsyaALLAH, aku terima.



Jejaka : Terima kasih Zara. Jaga diri kamu. Kami sentiasa memantau kamu. *gelak*
Aku : Pengintip. Salam aku buat B. Jaga diri kamu semua.
B : Sayang, betul kata Jejaka. Kami akan tahu kalau kamu sembunyikan sesuatu.
Aku : *ketawa* Selamat Hari Raya.
B : Sama juga sayang.

Ini hadiah terbaik sempena raya kali ini.
Hadiah terbaik dari dua sahabat yang sudah mendirikan mahligai mereka.
Hati gembira.
Hati berbunga-bunga.
Bibir menguntum senyum.



Zara : Selamat Hari Raya Aidiladha semua! Moga kalian mempunyai hari raya yang menggembirakan. Moga kalian bertemu dengan makna sebenar pengorbanan. Selamat berhujung minggu semua!

Sunday, November 01, 2009

Perjanjian Perkahwinan : Dia Bakal Terbang? - Dia Adalah Seekor Burung Ke Sayang?

Aku menerima pesanan ringkas dari B.
Dia dan Jejaka sedang melalui fasa yang membahagiakan selepas mendirikan rumahtangga.
Ikatan yang sentiasa membuat setiap orang inginkan erti bahagia.

Sebelum berkahwin B meminta pendapat aku tentang bagaimana suatu institusi rumahtangga itu perlu ditadbir. Ah, aku sendiri masih melalui sesuatu seperti itu, makanya cadangan aku lebih kepada keinginan aku sendiri. Tatkala ditebak dengan soalan itu, spontan aku menjawab aku mahukan perjanjian perkahwinan.

Ya, perjanjian perkahwinan.

Bukan bermaksud aku tidak mempercayai lafaz taklik atau janji yang termeterai tetapi secara peribadi, aku merasakan setiap orang berhak memilih jalan hidup mereka sendiri. Perjanjian perkahwinan pada aku bukan perjanjian penceraian. Orang sering menyatakan, semestinya di dalam perjanjian itu tertulis mengenai pembahagian harta dan sebagainya.

Ah, aku menyanggah kata-kata tersebut.
Jangan hadang pemikiran kamu dengan sesuatu seperti itu.
Ini cuma suatu pendapat peribadi.

http://blogstore.lomluang.com/coffeeprince/coffeeprince_cartoons/coffeeprince_cartoon22.jpg
 [Gambar penghargaan di SINI]

Menerima panggilan daripada B - ingin memaklumkan bahawa dia dan Jejaka telah membuat perjanjian perkahwinan seperti yang pernah aku sarankan kepada mereka. Ah, mereka memang istimewa. Hati rasa bahagia mendengar kegilaan mereka berdua, dan insyaALLAH, Jejaka bakal terbang untuk kerja di seberang laut.

B : Jejaka bakal terbang ke luar negara.
Aku : Dia bakal terbang?
B : Ya, kenapa?
Aku : Dia adalah seekor burung ke sayang?
B : Apa maksud kamu?
Aku : Sebab nak terbang (gelak)
B : Rosak otak budak ni. Dia bukan burung lah! Dia ada burung! (gelak)
Aku : Huh?! Isteri siapa yang cakap macam ni?!
B : (gelak) Siapa mula dulu?
Aku : Burung apa? Burung murai. (ulang tiga kali)
B : Keji gila kamu!
Aku : Siapa yang ajar aku jadi keji? (gelak)

Rindukan kamu B. Sungguh. Sangat rindukan telatah kamu dan Jejaka. Teringat kegilaan pemanduan laju kita berdua yang membuat Jejaka terpaksa memeluk kamu dari belakang (walaupun secara jujurnya aku dapat merasakan dia sengaja) *ketawa* Maaf Jejaka, aku tahu kamu akan baca penulisan aku setiap kali isteri kamu membuat panggilan pada aku.

Pesanan aku cuma...
"Kamu dah potong?"
(gelak)
Aku memang takkan potong. Aku sukakan perkhidmatan yang ada sekarang. Antara Wi-Fi terbaik pernah aku gunakan. Terima kasih Streamyx!

Zara : Musim hujan sudah tiba! Esok perlu ke sekolah. Gembiranya hati!

Sunday, October 18, 2009

Cuba Fikirkan Apa Yang Kamu Mahu Saat Ini Sayang : Hakikatnya Aku Memang Sentiasa Seorang Perempuan

Menerima panggilan dari teman wanita yang kini isteri orang, B.

B : Betul ke kamu nak tutup blog?
Aku : Siapa kata aku nak tutup? Aku cuma nak peribadi (baca : private) bila aku mula mengajar. Itu pun belum pasti lagi.
B : Kenapa tiba-tiba nak buat begitu?
Aku : Tadi aku gunakan nama aku sebagai kata kunci (baca : keyword) di enjin-enjin carian,dan aku jumpa gambar-gambar aku serta sedikit maklumat peribadi. 
B : Dan kamu takut kalau ada pelajar yang mencari nama kamu? *gelak*
Aku : Mungkin, bukan boleh percaya sangat sekarang ini. Aku pun pernah buat macam tu pada pensyarah aku - walaupun tujuannya baik. *gelak*
B : Ikut kamu sayang, tapi fikirkanlah dulu. Kamu akan kehilangan tempat melepaskan perasaan dan melegakan tekanan yang gilakan bahasa. *gelak*
Aku : Sudah aku katakan ini hanya kemungkinan - aku sejujurnya lebih gemar menggila seperti biasa.

Buat pengunjung Dunia Sebelah Zara, tujuan aku meminta alamat surat elektronik kamu adalah sebagai pelan tindakan sokongan jika aku terpaksa melakukan apa yang aku nyatakan. InsyaALLAH, aku akan pastikan kehadiran aku di dunia maya ini tidak akan berakhir begitu sahaja. Buat masa ini dunia aku masih terbuka untuk pembacaan umum bersama kalian semua - menyulam cinta dan kasih sayang. Jika masih ada yang mahu meninggalkan alamat elektronik, sila tekan SINI dengan lembut dan penuh kasih sayang.

B : Cuba kamu fikirkan apa yang kamu saat ini sayang. Apa yang paling kamu nak?
Aku : Aku mahu tas tangan untuk di bawa ke sekolah. *gelak*

http://www.warming-global.net/wp-content/uploads/2009/06/des-handbag.jpg
(Gambar penghargaan di SINI)

B : Itu yang kamu mahu? Gila!
Aku : *gelak* Dah itu yang aku mahu, aku cuma jawab apa yang kamu tanya. *gelak*
B : Permainkan aku setiap kali ya? Sejak bila suka tas tangan?
Aku : Aku seorang perempuan yang bekerjaya. Aku fikir aku perlukan itu. *gelak*
B : Perempuan...
Aku : Hakikatnya aku memang seorang perempuan. *gelak*

Sedang memikirkan apakah tas tangan yang sesuai digayakan oleh seorang guru. Oh, dulu aku membawa tas tangan ke sekolah adalah disebabkan nilai markah yang diberikan atas penampilan - ketika Latihan Mengajar. Sewaktu aku menjadi guru ganti, aku tidak pernah membawa tas tangan. *gelak*

Zara : Sedang meneliti serta mengamati setiap penulisan di dalam surat khabar hujung minggu. Ada penulisan yang menyatakan Dr. Sheikh Muszaphar Shukor akan melangsungkan pertunangan pada 1 Januari 2010 dan bernikah pada 10 Oktober 2010 (Genap 3 tahun selepas dia ke angkasa). Tahniah buat beliau dan tiba-tiba hati rasa sayu. Eh, ini bukan ruangan gosip. *gelak*

Sunday, October 11, 2009

Varicella : Bintik Ayam Merah Jambu Dan Ada Apa Dalam Balang Itu Sayang?

Aku terima panggilan telefon dari teman wanita yang kini isteri orang.

B : Zara, aku dapat tahu kamu kena bintik ayam yang berwarna merah jambu itu?
Aku : Ya, dan memang sangat sakit. Sila panggil aku Aiden. Emosi aku kurang stabil.

http://www.geocities.com/wela/ChickenPoxBabyCartoon.jpg
B : Bila sakit tukar nama ke sayang? Jangan begitu. Kamu masih kekasih aku.

Aku : Ya, aku harap begitu juga. Bagaimana hidup kamu?
B : Maksud kamu selepas kahwin?
Aku : Atau kamu sudah bercerai tanpa pengetahuan aku?
B : Mulut sungguh keji ya?
Aku : *gelak kecil* Jadi bagaimana?
B : Sungguh menggembirakan dan Jejaka memang sangat baik. Semalam dia bercerita tentang kawan dia yang mengingatkan aku pada kamu.
Aku : Apa dia?
B : Hati dalam balang (sila tekan untuk pembacaan lanjut) - aku percaya kamu masih ingat tentang itu.
Aku : Oh ya, aku masih ingat lagi. *gelak*
B : Jejaka beritahu yang kekasih kawan dia berikan bintang yang dilipat dalam balang sebagai kejutan di pagi hari. Jejaka tanya, apa aku akan beri pada dia.
Aku : Sudahnya, apa yang kamu cakap?
B : Aku senyap sahaja tapi pagi ini aku sudah letakkan sesuatu dalam balang buat dia.
Aku : Apa dia?
B : Aku letak jeruk sahaja. Senang.
Aku : *ketawa* Aku harap yang manis untuk buat dia tertawa.

http://baby411.typepad.com/.a/6a00d834b8c97353ef010536ccd518970c-800wi
(gambar penghargaan di SINI)

Zara : Selamat Ulang Tahun buat penulis blog yang aku panggil Jambu - Kriell. Sungguh rindu mendengar suara kamu tadi! Terima kasih dan semoga panjang umur, murah rezeki dan sentiasa gembira.