Friday, July 10, 2009

"Cikgu Nak Saya Kenalkan Pada Sesiapa?"


Kelas semalam sangat bahang.
Mungkin disebabkan hujan yang turun sekali sekala.
Dalam perjalanan ke sekolah, aku ditimpa hujan tiga kali di tiga kawasan yang berlainan.
Tempoh masa 15 minit membuatkan aku berjaya memendekkan kadar perjalanan.

Kelas yang aku mengajar semalam nampaknya sudah memahami rentak aku.
Setelah ucapan salam diucapkan,
semua mulut bising menyatakan nota dan latihan sudah siap dibuat.
Alhamdulillah.

Dua waktu pertama kelas Perdagangan.
Semua lelaki.
Kasihan kami, macam nomad.
Kelas 2B digunakan oleh pelajar sesi pagi sehingga jam 1.05 petang,
dan kelas kami bermula jam 12.30 tengah hari.
1 waktu di makmal, 1 waktu lagi kami ke kelas.

4 waktu seterusnya kelas Ekonomi Rumah Tangga.
Tingakatan 1.
Semua pelajar perempuan.
Nota dan latihan ada yang lubang sana sini.
Tidak mengapa, asalkan mereka menunjukkan hasil kerja mereka.

Minggu depan ujian bulanan.
Aku mengulangkaji bersama mereka.
Memberikan tip-tip untuk ujian.

Berikan mereka waktu untuk menyiapkan nota dan membuat latihan di dalam kelas.
Ini juga satu proses ulangkaji.
Aku berjalan dari seorang pelajar ke pelajar yang lain.

"Cikgu, cikgu dah kahwin?"

Aku : Belum.

"Sudah ada teman lelaki?"

Aku : (Kenapa budak sekarang sangat suka soalan ini?) Belum. Siapkan kerja awak.
Kan saya pesan kena hantar hari Isnin nanti.

"Ala cikgu, di sekolah malas nak buat. Kalau di rumah, ada kipas depan muka,
boleh baring-baring, boleh buat depan TV"

Aku : Kan saya dah tayangkan kartun di hadapan?

"Tak sama cikgu"

Aku : Buatlah sedikit-sedikit. Jangan buang masa.

"Cikgu, kalau cikgu tiada teman lelaki, saya kenalkan cikgu pada sesiapa nak?"

[Tahap suhu aku semakin naik, kemarahan menggelojak]
Suara aku lembutkan, muka aku maniskan.
Aku lihat tepat-tepat di muka dia.


Aku : Awak tahu? Saya keluar dari tempat yang punya pelajar seramai 30 ribu orang.
Saya dah jumpa pelbagai jenis manusia, pelbagai jenis lelaki mahupun wanita.
Dari saya di matrikulasi dan universiti.
Dari saya Tahun 1 hingga Tahun 4 - setiap tahun saya jumpa orang yang berbeza.
Terima kasih atas niat baik awak itu, saya cuma harap awak dapat buat kerja saya dengan sempurna. Boleh kan?

"Boleh cikgu"

Satu masalah ke kalau di umur hampir 22 tahun tiada teman lelaki?
Aku rasa tidak.
Pada aku, yang menjadi masalah adalah umur 13 atau 14 tahun sudah sibuk mahu bercinta.
Pelajaran itu lebih utama.

Zara : Semalam penyelia petang menemui aku.
Mulai Isnin hingga Jumaat minggu depan aku adalah ketua guru bertugas.
Maksudnya, aku dipertanggungjawabkan untuk membuat laporan dan berucap di perhimpunan pada minggu seterusnya. Aduhai...

48 comments:

khasyikelvin_ said...

hehehe
cekgu bertugas...
saya mahu ke tulet, ya!

en_me said...

hi cikgu nuyui yg chomeyyy tewww.. ehehe

en_me said...

ooops cikgu za.. silap nama cikgu larr fulakkks.. wakaka

messyremo said...

hehe..matchmaker??

ko nak tau,mase aku sekolah dulu,soalan yang bese budak kelas aku tanye kat cikgu baru grad ialah

cikgu dah kawin?
cikgu dah de BF?


soalan wajib tuh,xkira pelajar laki ke ppuan..hehe

FARYN said...

cekgu,
saya busan la belajar..hahahaa

myQza said...

ekekekkeke.. sebbaik budak tu x cakap ' cikgu, saya nak kenalkan cikgu dengan ayah saya!! Tapi mak saya tak tahu! Boleh tak?

ekekekekeke

k.e.r.i. said...

cikgu, cikgu nak kapel dengan saya tak?
muahahaha.

Luth Textile said...

ramai lg kan zara? 22 muda lagi nak berkasih kasihan.. cikgu, nak tido.. mengantok

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

cik ian@aH Lian~ :

mahu ke tulet?

buleh~

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

en_me :

uhuks~

siapa tu en me?

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

en_me :

hahaha~

baru betul..=)

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

messyremo :

ku tak faham, mengapa itu yg sibuk di tanya oleh bebudak~

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

<< s| tED| >> :

boleh2..
nanti saya dera awak setiap hari..awak nak? hahaha~

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

F A R Y N:

bosan ke busan?

kalau busan kat Korea..LOL!

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

k.e.r.i. :

kalau dgn kamu keri..err...

kalau dgn budak yg bertanya..tu aku dah jadi homosexual!

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

Luth Textile :

betul tu Luth!

jiwa muda!!

intanurulfateha said...

.hahaha same laa
.doang suke mau rekemen
.kite slalu ckp kt doang, klu Nsem, teacher x kisah
.klu x Nsem, teacher x mo
.haha saje gedik demand :D

Blog Anuar Kamaruddin™ said...

wah, nek pangkat dah nih! ;) wink2...

Anonymous said...

sorry if i was wrong, but i think you're too dragged by your previous relationship.

don't give the hits to your students. they are bunch of young people growing up. they'll smell it if you keep it.

i mean, they trying to be nice to you. i'm not gonna be on their side or your side, but from what i see, you're just too defending, too protective when love question pop out from your students.

there is nothing wrong if you choose to stay single for the rest of your life. that's your shot. but do remind, sooner or later, your student are going to find out this blog, have it spread like a people ready for fucking, and you're fucked up. you wanna know why? because you got soooo much so called "love, hugs and kisses" on every blog you got ;)

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

.palisevenfold. :

they'll never know, and I dont have any intention to do so as well. yeah, they might be such f**king people who want to do whatever they want, but I'm just still me.

I'm not dragged by my previous relationship. None what I've today related to the past anymore! I hate the past and I'm move on! I told u that I'm always move on! No matter how hard life is, only Lord know how much I struggle for my life. Hell yeah, it sounded weird and I'm as a teacher sounds terrible when I said this, but, I'm a human being. Human being never stopped their own life~

Anonymous said...

whoever you are today, made up from your past.

we learn from the past. or, the history will keep repeating.

that's what we called "not moving on"

whatever you said, make it reality. make it exist. or at least, make it, seems alive.

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

.palisevenfold. :

I learned and that's why I dont want to repeat the same mistakes. The same mistakes only will prove that I'm a fool, and I totally hate it.

^_^

U got my words bro, and I'll show u that our legacy never fade away~

miss lolly a.k.a luvfareda said...

ape? kne beucap kat phimpunan?

be strongggggggggggggggggggg! hihi :):)

sharamli said...

budak2 sk0lah kal0 da dpt cekgu muda mcm tu la jdiknya

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

miss lolly a.k.a luvfareda ;

HAHAHA~

i will~

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

sharamli :

agaknya lah sha~

Kapten Luffy said...

garangnya cikgu

haha

Jard The Great said...

eh... aku dah 'tua'.. rilek2 ja pon.. ehehe.. jodoh pasti akan smpi.. just awal atau lewat je..

Signorina Syima said...

cikgu, mungkin cikgu terlalu comel jd bebudak itu sengaja mahu menge-test kesabaran cikgu..


aiseh budak sekarang... sikit2 citer kapel.. sepak kang...


biarla dorang jd match maker ko weih.. mana tau kan... tp pada aku tak de bf pun tak pe.. ko mudah lagi meyh...

said...

Kan saya dah tayangkan kartun di hadapan?----KATUN APER DIK kamoo tayang kan?

hahhahhaa.....

seronok membaca n3 kamoo bertugas sebagai guru.....bangga akak...!

attyfir said...

wah zara dipertanggungjawab kt tugas yg besar..gudluck tau

Nizam Gtz said...

haha... itulah murid zaman canggih ni... haha... (aku pun kena jugak camni)...

petak daud. said...

Ahaha.Anak murid cikgu memang nakal.Ada ta yang lawa-lawa.?Kenal kan kat saya sorang.:DD

mr.ariell said...

teringat zaman skool dulu2..masa ankel rap kat form 6. ada 3 orang guru wanita yang masih single. diaorang menjadi bahan usikan kerana umur kami yang tidak terlalu berbeza. lagipun masa tu pelajar lelaki hanya 10 orang aje. yang selebihnya perempuan seramai 1++ somethin. so kalau ankel rap jadi student zara comfirn ankel rap ngorat cikgu..
wakakaka

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

Monkey D Luffy:

garangkah aku syg?

aduhai~

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

Jard The Great :

betul tu Jard!

aku sokong ko~

ko mana ada tua beb~

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

Signorina Syima :

yeah betol dear!

aku mahu sepak mereka juga..

hahaha~

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

[yAN!e][pUTraJAya]:

hahaha~

bukan Sin Chan kak~

sumpah!

hahaa~

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

atty's :

hehehe~

doakan aku kak~

^_^

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

zamspotte:

hahaha~

kita senasib nampaknya bro~

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

PETAK.! :

ko nak ke?

bebudak bawah umur tu beb~

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

- - [ 4nkEl r4p ] - - :

hahaha~

nasib baek kamu tak jadik cikgu..kalau tak, kamu mesti dah ngurat student gak~

^_^

Meooo Comicore Club said...

erm, bestnye berckp kat atas pentas. mcm artis

Unknown said...

bebudak skrg suke menanya pasal cekgu kawen ke belum, dah ader teman ke belum..sibuk je kan..pahtu jah nam dah ader kekasih, siap sms lam kelas tuh, x tahan, kelas sebelah2 je..aigoo..budak sekrg

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

meo188 :

cam artis dapat award gitu~

hahaha~

kang kalau budak tak suka, mau kena baling dgn telur~

uhuks~

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

ashie023 :

hahaha~

betul2~

tanpa segan silu kenalkan teman lelaki pada cikgu.."cikgu, tu bf saya"..uhuks~

Anonymous said...

saya umur 29 dah steady lagi je

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

amirahsyuhada :

betul tu!

^_^