Showing posts with label Faizal Tahir. Show all posts
Showing posts with label Faizal Tahir. Show all posts

Sunday, April 03, 2011

Lintas Langsung Dan Keputusan Anugerah Bintang Popular ABPBH 2010 #abpbh


Salam semua.
Anugerah Bintang Popular Bintang Harian 2010 kembali lagi. 
Seperti biasa, aku hanya akan berikan pendapat peribadi sahaja. Mudah bukan? Seperti tahun-tahun sebelumnya. Cuma aku rasa ini kali pertama aku mahu mengulas ABP. Sebelum ini aku cuma ulas anugerah-anugerah lain.

http://3.bp.blogspot.com/-U0gjGYOp5WU/TZBWEiOd0CI/AAAAAAAAAVo/3Wue0Gt66zc/s400/abpbh+2010.jpg
Gambar : Ini sahaja yang ditemui.

Persembahan pembukaan
Rangkaian lagu. Lagu oleh Azlan diikuti oleh Asrama oleh Ning Baizura dan Farhan. Adira muncul dengan menyanyikan lagu Bunyi Gitar yang pernah dinyanyikan oleh Allahyarham Tan Sri P. Ramlee.

Pengacara-pengacara 
Malam ini majlis ini diacarakan oleh Zizan Raja Lawak, Kak Engku dan Sharifah Shahira. Moga-moga majlis ini gamat hendaknya. Kalau tidak mesti kena kutuk secara berjemaah.

Keputusan penuh ABPBH 2010

  • Sesi pertama oleh Shah Jaszle, Kamal Adli, Sharnaaz Ahmad dan Kamal Adli - muka-muka bolehlah tahan tapi banyak pula membebel tak tentu hala. Nak sebut nama Shah Jaszle pun boleh terbelit lidah. Jadi bahan oleh pengacara. Nama kacang eh? Hazel, Pistachio.
Artis Berkumpulan Duo/Berkumpulan Popular

Ana Raffali/Suhaimi Mior Hassan/Altimet
6ixth Sense
Azlan The Typewriter
Bunkface
Meet Uncle Hussein

Pelakon TV Wanita Popular

Fasha Sandha
Nurkhiriah
Lisa Surihani
Scha Alyahya
Tiz Zaqyah

  • Sesi kedua oleh AG, Suraya dan seorang lagi Azhar, Bintang juara Idola Berita Harian 2010. Jambu sungguh, kebetulan warna ungu. Teringat warna manggis. Eh? Ha ha ha.
Penyampai Radio Lelaki Popular

Aznil Hj Nawawi
Faizal Ismail
Halim Othman
Kieran
Salih Yaakub

Artis Komedi Wanita Popular

Didie Alias
Kenchana Dewi
Noorkhiriah
Raja Azura
Sharifah Shahira

  • Pengacara memang buat lawak gila atas pentas. Kak Engku dan Sharifah Shahirah memang gila. Mak aku asyik kata gila yang berdua itu. Dah namanya pengacara yang suka melawak tapi janganlah melampau kot? Tapi aku boleh terima lagi. Sebab aku muda kah? Eh?

  • Persembahan kedua malam ini oleh Hujan dengan lagu Muda. Lagu yang kamu boleh dengar kalau duduk melepak lama-lama dalam BSN. Noh, malam-malam nak pakai cermin mata hitam juga? Alahai.

  • Sesi ketiga disampaikan oleh Ashraf Muslim dan Shahir. Ashraf Muslim kacak betul dengan baju yang dipakai oleh beliau. Ustaz Amirul kata Mak.
Penyanyi Nasyid Popular

Hijjaz
In Team
Mirwana
Rabbani
Raihan

  • Komentar Mak sementara iklan berjalan :

Orang tak nak Suhaimi Meor Hassan sebab lagu dia unsur nasihat. Ni la orang sekarang. Pilih lagu yang entah apa-apa. Ceh Mak. Dia tahu lagu itu sahaja satu. Oh lagi satu, dia suka baju Rabbani sebab pada dia macam baju rasmi sekolah dia, warna ungu.

  • Penyampai seterusnya Fasha Sandha, Fizz Fairuz dan juga Sharifah Zarina. Eh, dah lama dia ni tak keluar kan?
Pengacara TV Lelaki Popular

Ally Iskandar
Awal Ashaari
Aznil Hj Nawawi
Jimmy Shanley
Zizan

Artis Baru Lelaki Popular

Daus
Maulana
Shah Jaszle
Shahir
Sharnaaz Ahmad

  • Persembahan seterusnya Altimet, Ana Raffali dan siapa pengganti Suhaimi Meor Hassan ni? Tak nak! Mak aku terus kecewa sebab Suhaimi Meor Hassan tiada. Menyanyi lagu "Kalau Berpacaran". Mak kata lebih baik tayang video Cikgu Shida daripada entah siapa yang menyanyi ganti dia itu.

  • Sesi penyampaian terusnya oleh Irma Hasmie, Jehan Miskin dan Dynas. Eh, kenapa tudung Irma Hasmie macam itu? Tapi masih cantik. Bagus.
Penyampai Radio Wanita Popular

Abby Fana
Fara Fauzana
Linda Onn
Raja Azura
Sharifah Aleya


Pelakon TV Lelaki Popular

Aaron Aziz
Ady Putra
Fizz Fairuz
Remy Ishak
Shaheizy Sam

  • Kantoi Aaron Aziz tengah guna telefon pula. Aku nak Adi Putra menang. Baiklah, bukan rezeki dia walaupun adik aku nak Shaheizy Sam menang secara gila-gila.

  • Persembahan seterusnya oleh NAJAZ - Nabil, Along, Johan, Angah dan Zizan.  Lagu Pak Hitam. Mula-mula lagu Tom and Jerry. Diikuti oleh lagu Hore Hore.
  • Sesi penyampaian seterusnya oleh Aida Aris, Shaheera Iskandar dan Aida Khaleeda. Lawa tudung Aida Khaleeda.
Pengacara TV Wanita Popular

Cheryl Samad
Fara Fauzana
Nurul Syuhada
Raja Azura
Sharifah Shahirah

Artis Komedi Lelaki Popular

Along
Angah
Johan
Nabil
Zizan

  • Persembahan oleh Anuar Zain dengan lagu tema cerita Merong Mahawangsa - Sedetik Lebih. Baju yang dia pakai, tuksedo memang membuatkan dia kelihatan kacak, tak kira berapa usia dia. Cuma rambut dia, agak, kurang sesuai mungkin.
Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat

Dato' Hajah Rosnani Jamil

  • Penyampai seterusnya, Hans Isaac, Juliana Evans dan Natasha Hudson. Baiklah, Hans memang comel dari dulu.
Penyanyi Lelaki Popular

Aizat
Anuar Zain
Black
Faizal Tahir
Shahir

Pelakon Filem Wanita Popular

Diana Danielle
Lisa Surihani
Liyana Jasmay
Maya Karin
Scha Alyahya

  • Persembahan seterusnya oleh Yuna. Lagu Gadis Semasa serta Dan Sebenarnya, dan terakhir sekali adalah Penakut. Yuna memang cantik. Suara pun menarik.
Artis Mobile Popular

6ixth Sense

  • Penyampai seterusnya Raja Azmi (tak faham), Ahmad Idham dan Rita Rudaini yang comel dengan perut sedang membulat.

Artis Baru Wanita Popular

Adira
Ana Raffali
Mizz Nina
Nur Syuhada @ Dottie
Elfira Roy

Pelakon Filem Lelaki Popular

Aaron Aziz
Bront Paralea
Remy Ishak
Shaheizy Sam
Syamsul Yusof

  • Persembahan seterusnya oleh Ella, Alyah dan Shima (Bintang Idola). Lagu pertama Dua Insan Bercinta diikuti oleh Permata Biru dan terakhir sekali Gemilang.
Penyampai anugerah seterusnya adalah Anita Sarawak dan faizal Tahir. Baju Anita sangat cantik. Dan Faizal Tahir memanglah kacak.

Penyanyi Wanita Popular

Adira
Alyah
Ana Raffali
Stacy
Yuna

  • Muncul pula Abang Usop dalam Hantu Kak Limah balik kampung. Memang bagi gamat pentas. Kita bako! Kita bako!

Bintang Paling Popular 2010

Shahiezy Sam 
126 168 undian

  • Persembahan penutup oleh Dato Siti Nurhaliza. Lagu Bukan Cinta Biasa diberikan rentak dan nafas baru. Lagu kedua lagu Nobody oleh Wondergirls. Eh, Siti pun nak rasa Korea? Berilah. Lagu terakhir lagu irama tradisional (Cindai ke Nirmala ke apa tu?) diiringi dengan paluan tong sampah. Lepas habis persembahan, mesti budak-budak tu kena sapu pentas dan letakkan benda berterabur dalam tong tu. Ha ha ha. Gurau.

Komentar peribadi :
01. Ayat Aznil Nawawi yang menegur penyampai anugerah, pengacara serta pemenang yang menyebut nama pereka baju sungguhlah pasti membuat ramai yang tersentap.
02. Fizz Fairuz mengenakan Fasha Sandha secara berseloroh dengan menyebut yang dia tiada helikopter. Dengan laju aku tweet Encik Hazrey. Gigih bukan?
03. Fara Fauzana cium siapa eh? Pengurus dia eh? Ke abang dia?
04. Baju Zizan semasa terima anugerah adalah merah yang amat sangat.
05. Iklan adalah sangat banyak. Ya, semua memang berlumba mahu menayangkan iklan masing-masing sewaktu acara berprestij berlangsung.
06. Dato Rosnani bawa skrip yang siap ada pantun lagi. Itu baru betul orang lama penuh bahasa.
07. Faizal Tahir menang. Oh abang sayangku!
08. Semasa montaj pencalonan penyanyi lelaki popular, tiada audio. Ceh!
09. Yuna punya gaya mengingatkan aku pada gaya-gaya wanita di benua Afrika.
10. Yuna main alat muzik apa itu ya?
11.Walaupun Bront Palarae tak menang dari segi populariti, tapi dia dari segi bakat memang terbaik.
12. Tudung Yuna mengingatkan aku pada Lord Voldermort dan Death Eater.
13. Banyak betul undian yang Shahiezy Sam dapat.
14. Mak dia mengaku mengundi juga. Seronok sungguh.
15. Lepas habis persembahan, mesti budak-budak tu kena sapu pentas dan letakkan benda berterabur dalam tong tu. Ha ha ha. Gurau.

Zara : Esok nak tengok kalau  banyak tong sampah hitam yang besar hilang di sekolah. Boleh buat ganti rugi. Ha ha ha.

Monday, January 10, 2011

Anugerah Juara Lagu 25 : Lintas Langsung Dan Senarai Pemenang


Salam semua.
Kehangatan Anugerah Juara Lagu kembali lagi pada tahun ini. Pernah menulis mengenai Anugerah Juara Lagu 24 sebelum ini, dan tahun ini, mahu menulis lagi memandangkan Jejaka Panas dicalonkan dalam dua buah lagu. Ada sesiapa boleh teka siapa yang dimaksudkan?
Ketawa.

http://farm6.static.flickr.com/5205/5320293086_16f68ab2fb.jpg
[Gambar : Anugerah Juara Lagu 25 - Kalau anda pengguna Twitter, gunakan #ajl25]

Berikut adalah senarai pencalonan bagi malam ini :

   1. Sempurna (Yuna/Yuna)
   2. Berlari (Tomok/ Tomok dan Shazee Ishak/ Tomok)
   3. Pelita (A.P.I/ Loque)
   4. Kebahagiaan Dalam Perpisahan (Shahir/ Edry Abdul Halim)
   5. Drama King (Meet Uncle Hussain dan Black/ Taja/ Tun Teja)
   6. Noktah Cinta (Hafiz/ Ajai/ Sheikh Qalam)
   7. Tolong Ingatkan Aku (Ana Raffali)
   8. Selamat Malam (Faizal Tahir/ Audi Mok/ Faizal Tahir)
   9. Ku Ada Kamu (Adira/ Edry Abdul Halim)
  10. Extravaganza (Bunkface/ Sam Bunkface/ Bunkface)
  11. Sofea Jane (Black/ Sham Kamikaze dan Iswandy/ Farril)
  12. Hanyut (Faizal Tahir/ Audi Mok/ Faizal Tahir)
  13. Jahat (Stacy/ Edry Abdul Halim)
  14. Mencari Konklusi (Hujan/ Noh Hujan)

Juri :
- Acis
- Azmeer
- Andy Flop Poppy
- Pacai
- Habsah Hassah
- M. Nasir

Komentar Peribadi :

Persembahan Pembukaan :
Pemilihan persembahan lagu-lagu yang pernah menjuarai Muzik Muzik ataupun Juara Lagu.
  • Sekadar di Pinggiran oleh Francisca Peter. Oh, suara dia memang tetap seperti dulu kan? Juara pertama Muzik Muzik 1986.
  • Pada Syurga Di Wajahmu - Nash Lefthanded. 
  • Tanya Sama Itu Hud Hud - M. Nasir (Juara Tahun 1994)
  • Ghazal Untuk Rabiah - M. Nasir dan Jamal Abdillah (Juara Tahun 1997). Oh ya, Jamal Abdillah tiada sebab dia ada persembahan di Istana Budaya kan?

Cinta Sempurna - Yuna (Yuna/Yuna)
Set pentas yang menarik dan berwarna jingga. Oh, Yuna juga bermain piano. Tiada gitar pada dia seperti sebelum ini. Rasa macam Yuna menyanyi dalam lagu Kelly Clarkson. Bak kata Faizal Ismail, persembahan Yuna ada peningkatan dari segi piano dia kecil, ke piano besar.
Senyum.

Berlari (Tomok/ Tomok dan Shazee Ishak/ Tomok)
Nasib baik rambut Tomok tidak mempunyai gaya rambut seperti Gu Jun Pyo lagi. Kalau tidak memang ramai hempas televisyen aku rasa.

Pelita (A.P.I/ Loque)
A.P.I. - Angkatan Pemuda Indie yang dianggotai oleh Noh Hujan, Lan Typewritter, Din Homatov Estranged, Imran One Buck Shot, AJ Pop Shuvit dan LoQue MonoloQue/Butterfingers. Persembahan yang menarik tentunya. Oh, dimulakan oleh sedikit dialog dari filem Sarjan Hassan. Oh, Lan dengan tangan kiri yang berpura-pura patah.

Dan ya, ada pancaran laser dan mereka jatuh satu demi satu akibat pancaran laser. Eh, bukan bola sahaja ada laser kau tahu? Ketawa.

Kebahagiaan Dalam Perpisahan (Shahir/ Edry Abdul Halim)
Muncul juga Shahir di khalayak ramai setelah banyak ruangan gosip di akhbar dan laman sesawang berbicara tentunya. Oh, persembahan Shahir ada iras-iras cerita Harry Potter, penuh dengan asap hijau. Oh ya, kemunculan Nasha Aziz dengan monolog dalaman yang sungguh (baiklah, aku anggap ini persembahan pentas biasa sahaja) dan diakhiri Shahir kena tampar dengan Nasha Aziz. Apakah?

Kenapa macam persembahan budak sekolah masa hari guru?
Atau persembahan budak-budak di kem yang biasa aku hadiri?
Maksudnya, macam tiada persiapan yang sempurna dan ada kekangan masa macam di kem.

Drama King (Meet Uncle Hussain dan Black/ Taja/ Tun Teja)
Macam biasa, mesti ada conteng muka. Baju gaya My Chemical Romance dalam Black Parade.
Sudahlah tidak ditulis nama Black dan hanya Meet Uncle Hussain sahaja, aku tidak nampak penyanyi utama kumpulan MUH. Nak jumpa Pakcik Hussain ke? Apa pun, suara Black memang bagus.

Noktah Cinta (Hafiz/ Ajai/ Sheikh Qalam)
Persembahan paling bersahaja setakat aku menulis saat ini. Hanya asap yang muncul (dan setiap persembahan ada asap, banyak betul pencemaran kan?) dan Hafiz sahaja menyanyi tanpa ada penari latar dan apa-apa sokongan pentas.

Tiba-tiba Hafiz tercampak atas pentas akibat letupan. Ramai orang berkerumun pada dia, kecoh-kecoh pentas gelap dan dia muncul dari mana entah dengan pakai baju putih pula. Baiklah, itu menarik.

Tolong Ingatkan Aku (Ana Raffali)
Oh, aku pernah menulis tentang lagu ini di SINI.
Ada Zahiril Adzim, dan ini semestinya menarik. Bersangkar bagai dan selain Hafiz, Ana Raffali adalah penyanyi kedua yang menukar pakaian di atas pentas malam ini. Lakonan Zahiril seperti biasa, walaupun sekadar untuk persembahan Ana Raffali, memang menarik yang amat.

Dan jujurnya, aku rasa Ana Raffali perlu lebih fokus kepada nyanyian dan petikan gitar yang menjadi identitinya dan biarkan gimik itu dilakukan oleh tenaga kerja lain.

Selamat Malam (Faizal Tahir/ Audi Mok/ Faizal Tahir)
Oh, ada Nurkhiriah, ada Fatimah Abu Bakar dan anaknya - Aryana serta Datuk Aziz Sattar dan isterinya. Oh abang Jejaka Panas terbaik! Moga-moga kamu menang. Tapi macam biasa, kenapa mesti nak pakai cermin mata gelap kan?

Persembahan yang simbolik.
Suka.

Ku Ada Kamu (Adira/ Edry Abdul Halim)
Macam persembahan Disney. Comel. Gabungan warna putih dan merah jambu sudah jadi seperti persembahan fantasi si pari-pari.

Extravaganza (Bunkface/ Sam Bunkface/ Bunkface)
Sam macam biasa, penuh dengan tenaga.
Persembahan lebih menarik dan ala-ala anugerah Korea.

Sofea Jane (Black/ Sham Kamikaze dan Iswandy/ Farril)
Ada langsir yang penuh dengan bunga. Dan macam persembahan lain, ada asap putih pula.
Oh ya, Black macam tak beri sepenuhnya dalam lagu ini.
Entahlah.

Hanyut (Faizal Tahir/ Audi Mok/ Faizal Tahir)
Faizal Tahir dalam kandang, atas tangki air kah itu?
Oh ya, dia terjun dalam tangki air itu.
Nasib baik dapat lepaskan diri, kalau tidak mesti jadi sejarah ada orang lemas atas pentas.
Senyum.
Apa pun, kamu tetap terbaik di hatiku abang!

Jahat (Stacy/ Edry Abdul Halim)
Aku yakin dia akan ditegur akibat penggunaan cahaya berbentuk kotak-kotak yang amat digemari oleh pemerhati Illuminati atau Freemason. Oh ya, baju Stacy macam sedang di atas pentas cerita Street Fighter dengan watak Chun Li pula. Oh, ada api pula dalam persembahan dia.

Mencari Konklusi (Hujan/ Noh Hujan)
Lagu yang terakhir dalam AJL.
Baiklah.
Ini baru imej yang kena dengan Noh Salleh atau Noh Hujan.

Persembahan Selingan:

- Dato' Sharifah Aini pun pakai baju merah juga.
- Ziana Zain muncul dengan mengenakan gaun hitam menyanyikan lagu Anggapanmu dan Madah Berhelah.
- Dato' Siti Nurhaliza muncul dengan lagu Balqis, Nirmala dan Cindai. Cantik "tudung" Dato'.

Senarai Pemenang.

Persembahan Terbaik (RM 10 000) :
Faizal Tahir - Hanyut

Vokal Terbaik (RM 10 000) :
Noktah Cinta - Hafiz

Juara (RM 35 000):
Tolong Ingatkan Aku (Ana Raffali)

Tempat Kedua :
Drama King (Meet Uncle Hussain dan Black/ Taja/ Tun Teja)

Tempat Ketiga :
Noktah Cinta (Hafiz/ Ajai/ Sheikh Qalam)

Fakta :
1. Ramai betul yang mengenakan pakaian berwarna putih, merah, hitam. Penyokong Manchester United ke apa?
2. Persembahan banyak sangat asap. Alahai.
3. Aku suka Ana Raffali, tapi Faizal Tahir lebih hebat!

Nota Kaki :
Seperti biasa, aku akan menulis (dan mengemaskini) bagi setiap persembahan.

Zara : Tidur dalam kesedihan nampaknya aku malam ini. Alahai.

    Saturday, December 25, 2010

    Senarai Pemenang Anugerah Skrin 2010 : Lintas Langsung Dan Komentar Peribadi


    Salam semua.
    Seperti biasa, kalau ada anugerah yang aku suka di kaca televisyen, aku akan berkongsi. Pernah ada yang bertanyakan, apakah aku memilih anugerah mana yang aku tulis di blog, jawapannya ya. Yang aku minat sahaja dan ada memberikan nilai signifikan kepada aku.
    Senyum.


    [Aku cetak dari sini. Anda boleh tengok secara siaran langsung di situ juga]
    Boleh juga sertai aku menggila di Twitter.

    Berikut adalah senarai pencalonan untuk Anugerah Skrin 2010 kali ini yang meliputi beberapa kategori iaitu:

    • Drama - Telemovie
    • Drama - Drama Berantai
    • Drama - Drama Komedi
    • Filem - Filem Cereka (Ditayangkan bermula 1 Julai 2009 hingga 30 Jun 2010)

    KATEGORI DRAMA – Telemovie

       1. Cerekarama – Taubat Nasuha
       2. Cerekarama – Bagaikan Sumayyah
       3. Cerekarama – Sebelum Akhirat
       4. Cerekarama – Miah Oh Miah
       5. Cerekarama – Masyitah
       6. Cerekarama – Dalil Cinta
       7. Panggung Seri – Kaki
       8. Panggung Seri – Menantu 3 Rasa
       9. Citra – Dendam Seorang Isteri
      10. Pangung Sabtu : Perempuan
      11. Kepok dan Nisan
      12. Lillahi Ta’ala
      13. 60Km
      14. Datang Bulan
      15. Antara Garisan
      16. Fatimah Juling
      17. Selipar Jepun Suria

    KATEGORI DRAMA – Drama Berantai

       1. Nur Kasih
       2. Adamaya
       3. Nenek Kebaya
       4. Tari Tirana
       5. Jangan Pandang Belakang
       6. Si Capik
       7. Skuad Polis: Gerakan Marin
       8. Ghost
       9. Blogger Boy
      10. Awan Dania Siri 2
      11. Kau Dan Aku
      12. Halimah Jongang The Series

    KATEGORI DRAMA – Drama Komedi

       1. Senario
       2. Teres Kembar 4
       3. Londeh
       4. Fikirlah Sendiri Nabil (Musim 2)
       5. Simpang 3

    KATEGORI FILEM CEREKA

       1. Skrip 7707
       2. Setem
       3. Momok The Movie
       4. Jin Notti
       5. Papadom
       6. Pisau Cukur
       7. Senario The Movie – Ep 2 (Beach Boy)
       8. My Spy
       9. Santau
      10. Pulau Asmara
      11. Muallaf
      12. Duhai Si Pari Pari
      13. Adnan Sempit
      14. 2 Hati Satu Jiwa
      15. Niyak Rampik
      16. V3 Samseng Jalanan
      17. Evolusi Kl Drift 2
      18. Semerah Cinta Stilleto
      19. Hooperz
      20. Belukar
      21. Andartu Terlampau Mencari Suami
      22. Kecoh Betul
      23. Lagenda Budak Setan
      24. Kapoww
      25. Zoo

    Dan seperti biasa, jika kita punya pencalonan, pasti ada aspek yang dinilai dan pemenang bagi setiap kategori.

    KATEGORI DRAMA

    1. Drama Terbaik - Antara Garisan
    2. Pelakon Lelaki Terbaik Drama - Fauzi Nawawi (Sebelum Akhirat)
    3. Pelakon Wanita Terbaik Drama - Noorkhiriah (Antara Garisan)
    4. Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Drama - Isma Yusoof (Antara Garisan)
    5. Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Drama - Fadzilah Mansor (Sebelum Akhirat)
    6. Pengarah Terbaik Drama - Murali Abdullah (Sebelum Akhirat)
    7. Lakon TV Terbaik - Shahrul Ezad (Antara Garisan)
    8. Drama Rantaian Terbaik - Nur Kasih
    9. Drama Komedi Terbaik - Simpang 3
    10. Videografi Terbaik - Datang Bulan

    KATEGORI FILEM

    1. Filem Terbaik - Muallaf (Allahyarham Yasmin Ahmad)
    2. Pelakon Lelaki Terbaik Filem - Bront Palarae (Belukar)
    3. Pelakon Wanita Terbaik Filem - Sharifah Amani (Muallaf)
    4. Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Filem - Aaron Aziz (Evolusi KL Drift 2)
    5. Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Filem - Fazura (Pisau Cukur)
    6. Pengarah Terbaik Filem - Allahyarham Yasmin Ahmad (Muallaf)
    7. Lakon Layar Terbaik Filem - Shamsul Yusof (Evolusi KL Drift 2)

    KATEGORI PENERBITAN DALAMAN

    1. Rancangan Dokumentari/Majalah Terbaik - (Astro Prima) : Epik Suatu Ketika (Laskar Senoi)
    2. Rancangan Bual Bicara Terbaik - (RTM) : Isu Khas Gaza-Palestin Kami Bersamamu
    3. Rancangan Hiburan Terbaik - Anugerah Bintang Popular (ABP)
    4. Rancangan Muzikal Terbaik -Anugerah Juara Lagu 24
    5. Rancangan Realiti Terbaik - Showdown 2010
    6. Laporan Khas/Berita Terbaik - TV3 : Aduan Rakyat (Berbumbung Langit)

    ANUGERAH KHAS JURI :
    Anugerah Yasmin Ahmad - Shahiezy Sam

    PERSEMBAHAN :
    1. Pembukaan - Adibah Noor, Noryn Aziz, Jaclyn Victor
    2. Mizz Nina dan Noh Salleh - Kurnia
    3. Persembahan Muzikal - Cinta
    4. Persembahan : Genervie (Biola - Nur Kasih), Hillary Ang (Isabella) dan Ahmad Nawab (Saksofon - Sabar Menanti)
    5. Anuar Zain dan Ziana Zain (Ku Berjanji Kerna Cinta dan Pawana)
    6. Faizal Tahir (Superhero)

    Komentar Peribadi :
    01. Acara permaidani merah agak menarik, walaupun yang menemubual itu agak gelojoh. Pengacara itu perlu lebih santai aku rasa, walau apapun, dia tetap menarik.
    02. Acara permaidani merah - Fasha Sandha : Membuat pengakuan bahawa ini kali pertama dia mewarnakan rambut.
    03. Pengacara - Awal Ashaari dan Vanidah Imran - macam ikut skrip semata-mata.
    04. Penyampai anugerah tercomel : Mia Sara, Lisa Suriahani dan Sein - memori Adamaya sungguh.
    05. Lawak pengacara yang tidak masuk langsung. Maaf Awal, Vanida.
    06. Tahun depan kita panggil, Dato' Aziz Sattar jadi pengacara.
    07. Yang ambil anugerah untuk videografi terbaik punya pakaian sungguhlah membuatkan mata terbeliak.
    08. Siapa yang pakai baju yang mencolok mata atau gaya yang tidak sesuai, memang mengundang ejekan penonton, walaupun penonton adalah tidak memberangsangkan langsung.
    09. Di Twitter adalah sangat menarik bila ada apa-apa anugerah. Serius.
    10. Segmen 'Kenangan Abadi Sentiasa Di Hati' - macam buat pembentangan tesis sahaja.
    11. Kasihan aku tengok penonton yang bosan.
    12. Persembahan Faizal Tahir juga terbaik!

    Nota Kaki :
    1. Buat sesiapa yang punya Twitter, pasti sudah gelak gila dengan komentar rakan-rakan di dalam itu. Aduhai.
    2. Arnab sedang tidur, kepenatan menghantar tugasan.
    3. Sakit perut pula.

    Zara : Walaupun ada yang marah-marah di Twitter dengan pesanan (sepatutnya teguran dengan cara baik bukan?) tentang sambutan Hari Natal, aku cuma mahu mengucapkan Selamat Hari Natal buat kawan-kawan yang menyambutnya. Ini sekadar ucapan walaupun pasti ramai yang mahu menangkis dengan dalil-dalil tertentu.

    Saturday, November 20, 2010

    Lintas Langsung Shout Awards 2010 : Anugerah Jerit Kembali, Ya, Kamu Boleh Jerit Kalau Suka.


    Tahun lepas aku kurang sihat semasa majlis itu berlangsung.
    Ya, Faizal Tahir menang kategori Jejaka Panas (baca : Hot Guy).
    Senyum.

    Dan aku baru balik dari kursus dan gembira sekurang-kurangnya ada kembar yang berbual dengan aku petang tadi. Dan mendengar lagu yang sama sejak hari itu tanpa tahu apa yang aku dengar, dan dengar secara langsung malam tadi, ada sesuatu yang buat aku tertanya-tanya. Kenapa aku rasa sedih (atau mungkin terharu sendirian?). Ya, aku mungkin sengal disebabkan itu.

    Cukup.
    Mari berbicara tentang Anugerah Jerit 2010.


    Aku cetak dari paparan di laman sesawang Anugerah Jerit.

    8.45 malam - Persembahan tarian bermula.

    Persembahan :

    • Faizal Tahir dan Deja Voodoo Spells
    • James Baum
    • Reshmonu
    • Yuna (@yunamusic) : Decorate
    • Najwa : Got To Go
    • Muzikal Cuci (baca : Cuci The Musical)
    • They Will Kill Us All : The Great Glass City
    • Hujan : Inspektor Remos
    • Mizz Nina : What You Waiting For,  Let Me C U Get It
    • Bittersweet
    • Love Me Butch
    • Shawn Lee, Beat Boxers, Wakaka Crew, Giller Battle Crew 
    • Monoloque ft Atilia - Kanda Dinda 
    • Altimet Dan Noh Salleh - Kotarayaku 
    • Bunkface 
    • Iyaz

    Kategori :

    • Bintang Batu (baca : Rockstars) - Bunkface.
    • Personaliti TV Kegemaran - Zizan Raja Lawak.
    • Breakthrough Feature Award (dalam bahasa Melayu nak tulis apa?) - Lagenda Budak Setan
    • Bintang Pop (baca : Popstars) - Yuna
    • Vokal Kuasa (baca : Power Vocal) - Faizal Tahir
    • Siri TV Segar (baca : Fresh TV Series) -  Nur Kasih
    • Program TV Kegemaran (baca : Favourite TV Program) -  Showdown 2010
    • Muzik Video (baca : Music Video) - Bunkface (Prom Queen)
    • Flava - Mizz Nina
    • Jejaka Panas (baca : Hot Guy) -  Henry Golding
    • Gadis Panas (baca : Hot Chick) -  Scha Al-Yahya
    • Penyampai Radio (Coolest Radio Announcer) - Phat Babes
    • Rancangan Radio Kegemaran (baca : Favourite Radio Show) - Hot FM AM Krew 
    • Keserasian Lakon Layar Terbaik (baca : Best On-Screen Chemistry) -  Papadom - Liyana Jasmay dan Afdlin Shauki
    • Artis Mobil Tahun Ini (baca : Mobile Artiste of The Year) - Sixth Sense 
    • Break Out - Yuna 
    • Ultimate - Yuna

    Ulasan Peribadi :
    - Hiasan pentas adalah sangat menarik hati. Lebih baik daripada anugerah-anugerah lain.
    - Latar belakang semasa Yuna dan Najwa menyanyi adalah sangat comel. Ada bangku, ada replika kereta, ada orang naik basikal. Baju Yuna juga cantik.
    - Faizal Tahir adalah orang pertama yang beri salam dalam anugerah ini.
    - Faizal Tahir juga bertanya siapa yang dapat tali pinggang dia disebabkan dia tak sedar dia baling tali pinggang masa buat persembahan. (Ketawa)
    - Tiz Zaqyah, Remy Ishak dan Khabir Bhatia ambil anugerah untuk Nur Kasih. Patut lagu latar drama itu lah!
    - Bila panggil KRU keluar, keluar lagu KRU. Barulah betul.
    - Ya, Henry Golding menang. Tak sia-sia aku undi. Senyum.
    - Baju Hans Isaac menarik.
    - Liyana Jasmay sebut hadiah? *Pitam*
    - Adik tanya aku, kenapa semua orang cakap Bahasa Inggeris. Nak jawab apa?

    Nota Kaki :
    Aku akan kemaskini mengikut acara yang berlangsung. Terima kasih.
    Senyum.

    Friday, October 01, 2010

    "Fikir Suara Garau, Perangai Kasar Dengar Lagu Yang Keras. Rupanya Dengar Lagu Jiwang Juga!"


    Itu ayat kawan aku.
    Gila keji betul.
    Kalaulah dia tahu aku menulis novel cinta, bagaimana reaksi dia agaknya?
    Ketawa.


    Dua keping album ini memang ada dalam kereta aku.

    Kawan : Sekejap, kau dengar dua album ni?
    Aku : Kenapa?
    Kawan : Jiwang kot!
    Aku : Apa salahnya?
    Kawan : Aku ingat kau layan lagu-lagu keras sebab kau suka gila dengan Faizal Tahir.
    Aku : Faizal Tahir punya lagu pun ada jiwang apa?
    Kawan : Tapi yang ini meleleh. Kau tengok filem dia dulu?
    Aku : Tengok.
    Kawan : Memang dalam hati ada taman bunga.
    Aku : Dalam hati aku ada taman permainan, boleh?
    Kawan : Tak sangka kau jiwang. Teman lelaki pun takde lagi kan?
    Aku : Takde, biarlah.
    Kawan : Layan lagu mendayu-dayu juga. Ingat ganas betul.
    Aku : Agak-agak kau nak duduk tepi jalan, kau cakaplah lagi.
    Kawan : Sentap nampak.
    Aku : Tak sentap, cuma aku takut aku rentap kau keluar.
    Kawan : (ketawa) Baik, baik. Aku diam.

    Memang aku layan semua lagu sebenarnya. Sebagai contoh, kalau aku nak menulis novel dan kisah cinta, aku akan dengar lagu-lagu yang berkaitan untuk dapatkan perasaan yang sesuai (malangnya perasaan sendiri tiada, hingga perlu pemangkin luar). Ketawa.

    Tapi selalunya, aku akan dengar lagu yang mesra dengan telinga aku. Kalau lagu jejaka panas kesayangan, Faizal Tahir, memang aku layan semua dengan gigih. Eh, bukan memilih bulu cuma dia menyeronokkan untuk didengar.

    Bila aku khabarkan pada seorang kawan lain, dia ketawa terbahak-bahak.

    Anne : Kalaulah dia tengok dalam telefon kau lagu-lagu yang beratur, mesti dia pitam sebab kau ada personaliti yang pelbagai yang amat sangat.

    Nota Kaki :
    Aku kehilangan patung model vinil kesayangan. 
    Satu-satunya.

    Zara : Kadangkala apa yang kau mahukan dalam hidup bukanlah apa yang akan kau dapat. Selalunya begitu, tetapi berusaha untuk mendapatkannya bukanlah suatu kesalahan.

    Wednesday, September 15, 2010

    Jalur Merah Jambu Dan Taburan Bunga. Saya Ingat Awak Betul-Betul Sakit!


    Terjaga sendirian.
    Remang lampu membuatkan aku terfikir sesuatu.
    Terlampau banyak yang ditinggalkan di belakang dan mengejar yang berada di hadapan dalam menjadi siapa aku hari ini. Menongkah arus dalam menghirup udara yang entah sejak bila menjadi terlalu kedekut dengan aku. Ketawa.

    Kepayahan dulu mengajar aku menjadi siapa aku hari ini. Kesengsaraan dan kedukaan serta kelukaan lampau membuatkan aku sedar bahawa hidup tidaklah seindah yang mungkin pernah aku bayangkan. Tetapi dunia tidak akan berlaku kejam. Masih ada ruang walaupun manusia beku ini menyimpan segalanya sendirian dan mencoret segala kesakitan di ruang paling dalam.

    Seorang teman menyatakan, disebalik tawa riang aku, ada air mata yang menitis sendirian. Malangnya, dia mungkin silap dalam satu perkara. Aku tidak menangis dalam hal yang remeh. Kalau disebabkan oleh budak rambut lawa aku mahu menangis, kegilaan apakah itu? Dia sendiri tidak tahu aku menulis untuk dia walaupun ada ramai yang meneka siapakah manusia yang tiba-tiba muncul dalam coretan Dunia Sebelah Zara.


    :: Agak keperempuanan di situ::

    Ketawa.
    Dan di saat mamai serta gila entah jam berapa pagi, tangan mencapai telefon genggam dan menulis status diri yang sakit. Senyum.

    Sakit.
    Betul juga sakit sebenarnya.
    Kepala berdengung, badan sakit-sakit tetapi menggagahkan diri untuk bersama dengan teman-teman, aku tersenyum sendirian bila mengenangkan yang aku masih begitu kuat untuk pergi beraya dari sebuah rumah ke sebuah rumah. Memandu 'suami' sendirian dan memakai kasut setinggi 3 inci walaupun memandu. Gila agaknya aku.
    Tulisan aku semakin merapu.
    Aku teringat ikan yang bergelimpangan di dalam gambar seorang teman yang amat signifikan dengan ikan. Mungkin sebab kerjayanya berkisar ke arah situ juga. Pusing-pusing ikan. Senyum.

    Dan aku.
    Berhenti menulis.
    Badan terlampau letih.
    Mata berair, merah dan berdenyut.
    Masa untuk menikmati rehat.
    Senyum.

    http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc4/hs403.snc4/46651_10150266042330543_885375542_14713364_6534417_n.jpg
    Ada sesiapa yang cari kumpulan palsu? Kami ada. 
    (Malam ini sepupu aku ini terbang pulang ke China, tahun depan, musim panas baru balik)

    Zara :Menerima pesanan daripada seorang rakan, "Ingat kau betul-betul sakit. Sampai hati kau". Kalaulah kau tahu kesakitan yang aku tanggung saat ini akibat gelojak perut yang menerima tadahan kesakitan akibat makanan yang pelbagai rasa.

    Saturday, September 11, 2010

    Gambar Terbaik 1 Syawal 1431H - Akustika Aidilfitri 2010 Dengan Yuna, Noh Hujan Atau Faizal Tahir?


    Salam semua.
    Adakah perut anda semua sedang mengalami kejutan budaya?
    Harapnya tidaklah ya.
    Terlampau penat untuk mencoret sesuatu.
    Sekadar mahu berkongsi ini dengan kalian semua.


    Gambar terbaik pada 1 Syawal tahun ini.
    [Kiri ke Kanan : Abang, Aku, Jaja, Isa, Addin dan Nano]

    Sesiapa yang memerlukan kumpulan bawah tanah yang langsung tidak boleh menyanyi dan hanya tahu belajar dengan pelbagai kemahiran tersendiri, boleh hubungi kami ya?

    Ketawa.
    Itu gambar aku dengan adik-adik aku serta dua orang sepupu. 
    Aku sudah menjadikan gambar itu sebagai gambar profil di Mukabuku. Ada yang menyatakan gambar itu seperti Yuna dan kumpulannya, disebabkan pemakaian selendang aku begitu. Mari aku sangkal ya? Yuna lebih cantik dan comel daripada aku.
    Senyum.

    Noh Hujan Atau Faizal Tahir?
    Itu disebabkan oleh gambar sepupu aku (Addin) yang berkaca mata sedemikian beserta gaya rambut yang menawan. Senyum. Dia pulang bercuti dari pengajian dia di China. 

    Baiklah.
    Tiada Yuna, Noh Hujan atau Faizal Tahir di sini.
    Kalau anda mencari program Akustika 2010, anda perlu cari di TV3.
    Di sana boleh lihat Yuna, Noh Hujan dan Aizat juga. Oh, Faizal Tahir pada hari raya ketiga (Pembetulan : Kimi kata hari raya kedua)

    Ketawa.
    Geli hati.

    Zara : Memerlukan rehat yang cukup.

    Wednesday, September 01, 2010

    Selamat Pulang Rasa, Ke Asal Jiwaku | Oh, Aku Memang Suka Lagu Tiba Dendangan Jejaka Panas


    Selamat pulang rasa, ke asal jiwaku.
    Selamat kembali aku, ke jalan lurusmu
    Selamat datang cinta, ke ruang hatiku
    Hari ini yang menunggu.
    Hari yang selalu penuh baru.

    Itu adalah sebahagian daripada lagu Tiba dendangan Faizal Tahir, Faizal Ismail dan juga Shahir. Kerap mendengar lagu ini yang dipetik daripada album 'Hangatnya Raya' setiap kali aku mendengar stesen radio kegemaran di dalam kenderaan.

    Lagu ini agak dekat di hati. Entah kerana aku sukakan Faizal Tahir atau apakah, tadi mendengar bait demi bait membuatkan aku rasa lagu ini tidaklah menjurus ke arah raya semata-mata. Masih boleh diaplikasi kepada situasi lain juga. Dan bila aku menyanyi lagu ini perlahan-lahan, seorang kawan menegur aku.

    Kawan : Lagu cinta ke?
    Aku : Eh tak. Lagu raya.
    Kawan : Sebab bahagian yang kau ulang-ulang nyanyi macam lagu cinta.
    Aku : Setakat ini bahagian itu yang aku ingat.
    Kawan : Ceh!

    http://ny-image1.etsy.com/il_fullxfull.47143489.jpg

    Selamat pulang rasa, ke asal jiwaku.
    Ini bait yang sangat mendalam pada aku. Jujur aku melalui kehidupan yang bukannya mudah untuk sampai ke tempat yang aku berada saat ini. Walaupun mungkin tidak sebaik orang lain, tapi aku merasakan yang aku telah beri segalanya untuk mencapai apa yang aku mahukan. Pernah menjadi kejam dengan diri sendiri, demi dapat apa yang aku mahu dan sekarang ini, apa rasa yang pernah ditinggalkan, sudah kembali ke jiwa, ke marga aku semula.

    Lirik Lagu Tiba - Faizal Tahir, Faizal Ismail dan Shahir

    Separuh dari hatiku
    Ingin terus tinggal bersama denganmu
    Sehingga umurku membawa
    Kembali ke hari pertama
    Pasti aku tunggu

    Aku mula dengan baru
    Aku pulang ke asalku
    Membiar kau mengisiku yang pudar
    Bertahan bersaksi berbagai
    Patah tumbuh hilang berganti
    Pasti ada kamu

    Selamat pulang rasa
    Ke asal jiwaku
    Selamat kembali aku
    Ke jalan lurusmu
    Selamat datang cinta
    Ke ruang hatiku
    Hari ini yang menunggu
    Hari yang selalu penuh baru

    Bergema sempurna
    Dalam diri yang teruja
    Jiwa penuh cahaya
    Menghias setiap seudut alammu

    Dapatkah kau rasa?
    Apa yang ku rasa?
    Engkau dan aku
    Sama tahu
    Harinya telah tiba



    Walaupun ada yang menyatakan kurang enak lagu raya begini, tapi aku sudah nyatakan pendapat peribadi aku. Lagu ini tidak menjurus kepada raya semata-mata aku rasa. Lain orang lain penilaian, maka terpulang kepada selera masing-masing. Yang bercorak tradisional masih tetap di hati dan aku tidak begitu memilih asalkan kena dengan jiwa aku.

    Nota Kaki : 
    Ada yang bertanya kenapa runut bunyi untuk cerpen BELAHAN JIWA AISHAH MERDEKA bukanlah lagu daripada Faizal Tahir, disebabkan aku meminati Faizal Tahir. Jawapannya kebetulan sudah diberi oleh Pengetua aku. Ini disebabkan runut bunyi itu lebih sesuai dengan cerpen.

    Zara : Masih senyum melihat kawan aku yang sepet itu. Betapa bahagianya jalan yang dia lalui saat ini serta toleransinya gadis yang bersamanya. Rupanya gadis tersebut yang mengingatkan dia ulang tahun kelahiran aku disebabkan keunikan tarikh 29 yang kebetulan sama dengan ulang tahun kelahiran kawan aku yang sepet itu. Cuma aku bulan Ogos, dia bulan lain. Senyum. Semoga kalian berdua akan cepat-cepat menikah!


    Tuesday, May 11, 2010

    Luaran Yuna - Jiwa Faizal Tahir : Cikgu, Sila Payung Satu Dua Lagu Sempena Hari Guru, Boleh?


    Salam semua!
    Apa khabar kalian yang dikasihi?
    Senyum.

    http://img443.imageshack.us/img443/1574/245n97l.jpg
    Tadi tengah hari makan aiskrim sambil membayangkan wajah Empunya Marga.
    Bunyi seperti aku gila tapi itu adalah hakikatnya. Doa senyap-senyap moga dia tahu.

    "Aku ingin mencintai mu dengan sederhana, seperti kata yang tak sempat diucapkan kayu kepada api yang menjadikannya abu. Aku ingin mencintai mu dengan sederhana, seperti isyarat yang tak sempat dikirimkan awan kepada hujan yang menjadikannya tiada..." 
    (Kahlil Gibran)

    Kerjaya.
    Dan ya, sekarang ini aku sedang sibuk membuat persediaan menghadapi peperiksaan. Bukan untuk aku tetapi anak-anak murid yang dikasihi. Menyediakan set soalan Sains Tingkatan Empat, Kemahiran Hidup (Perdagangan dan Keusahawanan) Tingkatan Satu dan Dua, ya, aku memang tidak menang tangan.

    Khabar duka keluarga.
    Ada berita yang buat aku kurang gembira dan bermuram durja. Syukur, sudah mendapat nasihat daripada seorang sepupu. Mungkin dia yang paling rapat boleh bercerita kerana ia melibatkan hal keluarga. Kesakitan yang ditanggung semalaman bertambah dengan berita yang diterima. Sungguh bagai terpanah dan terbelah atmosfera melihatkan diri diperkotak-katik begitu sahaja. Sepupu, moga ia benda paling rasional yang boleh aku buat saat ini. Terima kasih sudi melayan kerenah aku yang hampir gila tengah hari tadi.

    Semalaman Tidak Tidur.
    Ya, semalam sepanjang hari (dan malam) aku tidak tidur atas kegilaan diri dan kecekalan hati yang berbalas juga pada petang tadi. Sekeping pesanan ringkas itu sudah cukup buat aku kembali bersemangat setelah dia kembali walaupun dia menghilangkan diri demi tuntutan seni dan kesihatan diri. Itu sudah lebih cukup buat aku mengumpul sisa kekuatan yang berselerakan.

    "Apa yang telah kucintai laksana seorang anak kini tak henti-hentinya aku mencintai. Dan apa yang aku cintai kini akan kucintai sampai akhir hidup ku. Cinta ialah semua yang dapat kucapai dan tidak ada yang akan mencabutkan diriku daripadanya." 
    (Kahlil Gibran)

    Penampilan Luaran Yuna - Jiwa Dalaman Faizal Tahir
    Sedang mengabaikan permintaan nakal para anak-anak murid yang mahu aku membuat persembahan pada Hari Guru. Kegilaan apakah ini? Sudahlah mahu aku bermain bola jaring di sebelah pagi (bila nak bagi main bola sepak?), mahu aku mendendangkan lagu pula di hari guru yang secara rasmi akan aku sambut buat kali pertama tahun ini.

    Murid : Cikgu, nanti hari guru cikgu menyanyi boleh?
    Aku : Apa dia?
    Murid : Buat persembahan boleh cikgu?
    Aku : Kenapa saya? Awak semua yang patut buat persembahan untuk cikgu.
    Murid : Ala cikgu, bolehlah.
    Aku : Kenapa mesti saya? Sila beri alasan yang kukuh.
    Murid : Satu, cikgu pakai tudung macam Yuna. Dua, cikgu kan 'rock', macam Faizal Tahir. Payunglah satu dua lagu Cikgu.
    Aku : Amboi, membodek. Saya tak nak.
    Murid : Cikgu fikirkan dulu ya? Kalau cikgu nak gitar, saya boleh bawa.
    Aku : Saya pun ada gitar sendiri.
    Murid : Baguslah macam tu cikgu.
    Aku : (terlepas cakap - rasa mahu pitam)

    Tidak mungkin mahu menyanyi di hadapan khalayak ramai. Betapa aku bersyukur menjadi Penghuluwati sewaktu kursus di Mersing minggu lalu. Tidak perlu membuat persembahan. Ketawa. Tiba-tiba mencari lagu pula saat ini. Tidak mahu, tidak mahu.


    "Tidak, saya bukan Yuna mahupun Faizal Tahir. Saya adalah Cikgu Zara"

    Gambar ketika perhimpunan penulis blog - yang menemubual itu Bapa Gula-Gula dan di belakang itu adalah Sham Ondscene.
    Bukan untuk Melodi ya? *ketawa* 
    (siapa benci ayat biru di bawah gambar itu boleh muntah di tepi)
    Dan ya, mereka antara barisan penulis blog (dan juga wartawan) yang tinggi kreadibiliti ketika menulis.

    Nota Kaki :
    1. Sedang menyiapkan kertas soalan.
    2. Usai menikmati hujan malam - membiarkan cairan masin bersatu dengan payaunya curahan dari langit.
    3. Membaca karya seorang penulis muda dengan gigih sementara rehat lima minit membuat soalan.

    Zara : Menikmati karya dan menghirup lautan sastera membuatkan aku lebih dekat dalam mencari jiwa. Ah, kalian boleh tebak aku mengapa begitu menyukai Kahlil Gibran di samping barisan Sasterawan Negara. Panggillah aku Budak Purba sekalipun, aku tetap tidak akan mengalah.

    [Pertandingan] Tekan sini untuk mengetahui lebih lanjut tentang syarat penyertaan.  

    Monday, May 03, 2010

    Ciuman Dari Belakang Bila Telefon Genggam Dirampas Ganas - Ucapan Tahniah Kerana FT Dan YZ


    “Ouch!”

        “Eh, maaflah bang. Bola ni kuat sangat agaknya melantun dari tepi. Kami sedang berlatih main bola keranjang”

        “Betul Dwen. Maaflah bang, kami ni memang hampir tahap pemain profesional. Muka abang yang kacak tiada apa-apa?”

        “Eh Ady, ada pegang bunga la abang ni. Nak bagi pada Miss Rayyan?”
    Pelukan pada badan Alisia Rayyan dilepaskan serta merta. Muka diraup pantas dan kesakitan yang memenuhi serta memeritkan muka ditahan sendirian. Muka terasa panas membahang. Entah kerana malu atau sakit, Hizami Helmi sendiri tidak tahu. Dia memandang Alisia yang masih berdiri tegak, kaku dengan apa yang berlaku.

        “Miss Rayyan, are you okay?”

        “I’m fine Dwen, Ady. Thanks a lot”

    Dwen Zaff dan Ady Haqim memerhatikan jurulatih kesayangan mereka.Chia Hau yang duduk di bangku tersenyum sinis. Betapa adiknya sangat memahami dan menggunakan kenakalannya di tempat yang betul. Mesti diberikan sedikit suntikan ke dalam wang sakunya minggu hadapan sebagai tanda penghargaan seorang abang secara diam-diam.


    [Legasi Cinta Alisia Bab 17]

    Telefon genggamnya bergetar kuat di dalam poket. Nasib baik bunyi sudah dimatikan kerana peringatan serta denda akan dikenakan jika telefon berbunyi di dalam perpustakaan. Senyuman terukir di wajah dan gadis itu tekun menelaah pelajaran seterusnya. Hampir dua puluh minit dia menahan tawa dan akhirnya, Hizami Helmi nampaknya sudah berputus asa. Dia kembali ke kubikel bertentangan dengan muka masam.

    “You can’t find me Hizami Helmi?”

    “Nope, but I will find you, sooner or later”

    “Catch me if you can”

    “Beat me”

    Alisia tersenyum lagi dan belum sempat dia menyembunyikan diri di dalam kubikel, ada tangan yang merampas telefon Nokia 6230 miliknya dari belakang. Alisia terkejut dan berpaling. Belum sempat bersuara, seseorang menciumnya dari belakang. Alisia terpempan.

    *******

    Salam Isnin semua.
    Apa khabar kalian hari ini?
    Sihat sejahtera hendaknya.
    Aku seperti biasa, paksa diri mengukir senyuman walaupun kurang sihat.
    Tiada tenaga kerana semangat sudah berlalu pergi.
    Senyuman tanpa mahu peduli apa lagi.

    Oh, di sekolah tadi, para pelajar mengucapkan tahniah kepada aku disebabkan kemenangan Faizal Tahir dan Yunalis Zarai (Yuna) hanya disebabkan aku sangat sukakan Faizal Tahir dan cara pemakaian tudung aku dikatakan serupa Yuna. Alahai, memang lawak yang amat budak-budak itu semua.

    Ada darah yang mengalir tadi. Membasuh darah yang mengalir laju menggunakan minuman sejuk. Moga kesakitan ini dibawa pergi bersama alirannya. Senyuman palsu dilukis di atas kartu keras dan segera ditampal di wajah. Moga tidak tercampak ke tepi bila berhadapan dengan manusia lain. Tangan menggigil menahan kesakitan.

    Nota kaki :
    1. Belajar menyeka tangisan sendirian semula.
    2. Meluahkan pada dinding biru dan bergelodak di dalam kamar sepi.
    3. Paksa diri senyum pada semua manusia yangberpura-pura berlakon gembira.
    4. Ada bahagian diri yang tidak mahu bernyawa lagi.

    Zara : Aku sudah lupa untuk sama-sama memandang matahari dan langit yang sama dengan manusia istimewa tengah hari ini. Cuaca terlampau panas dan hati aku juga begitu. Merenung paparan telefon genggam sambil menitipkan doa agar peluang terbuka untuk berbicara dengan empunya marga. Kegembiraan aku pada dunia gila sudah tampal dengan senyum pura-pura. Mahu menikmati suara yang boleh membuai rasa dan mengukirkan senyuman indah menuju ke ranjang beradu lena. Ah, kamar ini menyimpan infiniti rahsia.

    Faizal Tahir : Adrenalin Album Terbaik AIM 17 - Aku Senyum Lebar Bila Syaitan Merah Menang 1- 0 Juga!

    Salam semua.
    Menulis sesuatu dengan begitu cepat.
    Ingin mengucapkan tahniah kepada Faizal Tahir di atas kejayaannya.
    Tahniah kepada produser-produser serta yang bertanggungjawab.
    Tahniah!

    http://www.tengkuaizat.com/wp-content/uploads/2010/03/CD-Faizal-Tahir-Adrenalin.jpg

    Adrenalin
    Memang antara hasil terbaik yang pernah aku dengar.
    Saya sayang awak Faizal Tahir, maksud saya, lagu awak.

    Kalau ada yang mahu muntah dengan ucapan umum aku itu, silakan ya?
    Ketawa.
    Oh, malam yang berganda kenikmatannya.
    Pasukan kesayangan, Syaitan Merah (baca : Manchester United) menang melawan Sunderland malam tadi.
    Hakikatnya, agak marah bila Liverpool tidak berjaya mengalahkan Chelsea.
    Agak terbakar.
    Tetapi tidak mengapa.

    Oh, Legasi Cinta Alisia Bab 17 akan menemui kalian jam 3.05 petang ini.
    Pastikan tunggu untuk mengetahui sambungannya ya?
    Balik nanti aku menulis lagi ya?

    Lintas Langsung Anugerah Industri Muzik 17 (AIM 17) 2010 : Senarai Penuh Pemenang Setiap Kategori


    Salam semua.
    Membaca nota, menggarap Legasi Cinta Alisia dan menonton AIM dalam masa yang sama.
    Gila bukan aku?
    Ketawa.

    Dan ya, bila tiada undian yang dilakukan, aku akan menulis tentang apa yang aku sukai.
    Akan dikemaskini secara berperingkat.
    Sebelum menulis lebih lanjut, tahniah kepada artis-artis serta produser-produser berkaitan.

    https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgMTWXLmn9AV6NodupbKGHAYGzKp0UkR2oy_sQZhoyaBlZhGZVhfL1DZffI9RpGAD5LZupKIqMt6r1sbetRTM88ChXobs1QSIRtGR2oQsJ_lxzb8iICBtAC23bPf7hHbVVsBco7mrkshQ/s1600/AIM.jpg

    Persembahan Pembukaan :
    Dato' Siti Nurhaliza dan Kris Dayanti

    Persembahan Juruacara Majlis :
    Afdlin Shauki (Noh Hujan) dan Adibah Noor (MUH)
    *ini sangat menarik*

    Persembahan Vokal Berkumpulan Terbaik Di Dalam Lagu : Dato' Siti Nurhaliza  dan Kris Dayanti (Amarah)

    Persembahan :
    Aizat dan Yuna

    Artis Baru Terbaik: Yuna

    Persembahan :
    Vince Chong (Biarkan) *Gaya Jay Chou dengan kerusi tinggi*

    Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (Lelaki) : Hazami (Survivor)

    Album Nasyid Terbaik : In Team (Allahu Rabbi)


    Lagu Inggeris Tempatan Terbaik : Yuna

    Lagu Pop Etnik Terbaik : _______________

    Anugerah Kembara : Bunkface

    Persembahan 1 Malaysia  : Andrew Tan (Tian Hou), Preeta Prasad

    Album Cina Tempatan Terbaik : Karen Kong (I'm Karen)


    Album India Tempatan Terbaik : Shruthi (Life is A Mystery)

    Lagu Hip Hop Terbaik : DJ Fuzz


    Lagu Pop Terbaik : Yuna

    Lagu Nasyid Terbaik : In Team


    Lagu Rock Terbaik : Bunkface

    Anugerah Wirama : Adnan Abu Hassan

    Susunan Muzik Terbaik Di Dalam Album : ________________

    Persembahan : Zee Avi (Just You and Me) dan (Kantoi)

    Lagu bahasa Melayu Terbaik Yang Dipersembahkan Oleh Artis Luar Negara : Kris Dayanti (Aku Wanita Biasa)

    Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (Wanita) : Dato' Siti Nurhaliza (Ku Percaya Ada Cinta) 

    Album Inggeris Tempatan Terbaik : Disagree (To Prevent The Earth From Moving With You)

    Persembahan : Faizal Tahir (Selamat Malam) - Segmen Dalam Kenangan

    Album Rock Terbaik : Faizal Tahir (Adrenalin)

    Persembahan : DJ Fuzz - Altimet (Syukur), Daly (Evolusi KL Drift), Point Blanc (Just A Miracle).

    Album Hip - Hop Terbaik : DJ Fuzz & Malique (K.O. The Mixtape)

    Album Pop Terbaik : Dayang Nurfaizah

    Persembahan : Datuk Sheila Majid, Jaclyn Victor, Karen Kong (Cinta Ada)

    Lagu Terbaik : Dan Sebenarnya (Yuna)

    Album Terbaik : Faizal Tahir (Adrenalin)

    Persembahan Penutup : Satu Harapan.

    Nikmati karya pertama Shafaza Zara Syed di Aksara Keraian. [Halaman Peminat] [Kumpulan Pembaca] [Bab 01] [Bab 02] [Bab 03] [Bab 04] [Bab 05] [Bab 06] [Bab 07] [Bab 08] [Bab 09] [Bab 10] [Bab 11] [Bab 12] [Bab 13] [Bab 14] [Bab 15] [Bab 16]

    Sunday, March 21, 2010

    Adrenalin - Faizal Tahir. Jangan Salahkan Mereka. Jangan Salahkan Aku. Itu Cuma Inspirasi Memori.


    Salam semua.
    Alhamdulillah, bab 6 sudah selesai.
    Otak sudah tidak bermaya, macam mahu berkecai.

    Aku menikmati lagu-lagu dendangan Faizal Tahir dalam album Adrenalin.
    Sekurang-kurangnya otak aku tidak berpilin.

    Bila mahu memilih watak dalam bab ini, aku kekontangan ilham dalam memberi nama.
    Itu memang kelemahan aku.
    Sila maafkan diri ini.
    Menangis sendiri.
    Tapi, bila mengenangkan mereka yang aku simpan dalam memori.
    Buatkan aku bangkit kembali.


     Kiri ke Kanan : Fariz K, Ady M, Zara, Dwen  LLHS, Yussairi K.
    Nama-nama yang telah muncul dalam Bab 05 dan bakal muncul dalam Bab 6.


    Andrew LMY - ada juga pinjam nama dia.
    Maaf ya Kekasih Gelap Yang Cerah.
    Ketawa.

    http://photos-h.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc1/hs185.snc1/6180_255987480542_885375542_8459183_6701667_n.jpg
    Kiri ke Kanan : Vinod R, Ady M, Zara, Ramesh KM
    Ada pinjam juga nama mereka.

    Ada yang bertanya, kenapa aku banyak meminjam nama lelaki.
    Jawapannya mudah sahaja buat penanya yang baik hati.
    Sila baca Bab 1 dengan teliti.
    Sudah lega sedikit diri.

    Masa untuk merebahkan diri di ranjang merah.
    Kepenatan sedang meratah.
    Diam, jangan ambil endah.

    Zara : Mungkin akan mula menulis bab tujuh nanti. Malas mahu layan soalan berbentuk provokasi lagi.

    Hanyut - Faizal Tahir : Kenapa Suka Buat Muka Nakal Kalau Bergambar?

    Salam semua.
    Moga kalian punya hari minggu yang ceria.
    Akibat dirundung kesedihan semalam, banyak kerja aku alpa.
    Ah, hati resah, aku hilang punca.
    Ketawa.

    Dan ada yang bertanya, adakah aku terlalu sukakan Jejaka Panas.
    Ya, soalan anda kurang ganas.
    Walaupun ada berbaur pedas.
    Biar aku jawab untuk bagi kamu puas.

    Memang suka Faizal Tahir - lagunya.
    Ya, hanya lagu wahai dia yang bertanya di surat elektronik Zara.
    Kan dah pesan bertanya di Borang Spring Zara?
    Adakah anda perasan diri sendiri penggiat seni berjaya wahai Zara?
    Tampar diri sambil ketawa.
    Dan ya, lagu yang sedang berkumandang di blog ini (kecuali kamu padam bunyinya) adalah antara lagu terbaru dalam album dia.
    Bertajuk Hanyut, memang buat aku hanyut dalam melodi indah dan iramanya.

    Soalan seterusnya, yang aku dapat pagi tadi memang membuatkan aku ketawa berdekah.
    Terima kasih kepada yang bertanya.

    Kalau ambil gambar, kenapa suka buat muka nakal ya?
    Sekejap, muka Zara muka nakal?
    Terharu.
    Selalu orang kata muka hodoh sahaja tahu?


    Muka ini tidak nakal kan?

    Sekali lagi minta maaf kalau ada jawapan yang kurang memuaskan.
    Eh, kalian memang sungguh buat aku ketawa.
    Siapa yang beri teka-teki semalam?
    Sila mengaku.

    Apa pun, selamat hujung minggu.
    Aku mahu menghabiskan bab enam secepat mungkin.
    Sambil jengah-jengah kalau ada orang masuk meminang menggunakan telefon.
    Eh, ketawa.

    Zara : Bonda masak nasi beriyani dan aku sedang bergelut dengan nafsu untuk tidak menjamahnya. Ya Allah, kuatkanlah hambaMu ini dari memusnahkan program pemakanan dia sendiri. Amin. Senyum mesra.
    Borang Spring Zara 

    Sunday, January 10, 2010

    Pergi Dendangan Aizat. Pete Teo - Tahniah Pakcik! Juara AJL 24!


    Tahniah!
    Tahniah!
    Tahniah kepada semua pemenang!

    Juara :
    Pergi - Aizat
    [Tahniah Uncle Pete]

    http://teguhmohanis.files.wordpress.com/2009/08/aizat_percubaan-298x300.jpg

    Naib Juara:
    Dan Sebenarnya - Yuna

    Tempat Ketiga :
    Bencinta - Faizal Tahir
    (Aku cinta kamu Jejaka Panas)

    Vokal Terbaik:
    Aku Rindu Sayang Kamu - Black.

    Persembahan Terbaik:
    Kau Aku - Aizat.
    (Hidup budak sekolah!)

    Ini antara persembahan terbaik dia.
    Sungguh, mata tidak berkelip melihat persembahan menarik beliau.
    Menarik.

    Zara : Tahniah kepada semua pemenang.