Salam semua.
Terima kerana masih sudi mengunjungi Dunia Sebelah Zara.
Bagi puak-puak yang mempunyai perasaan hasad dengki yang berleluasa, maaflah ya? Kata-kata cacian kamu tidak layak untuk dibenarkan masuk ke sini. Kalau kamu betul-betul perlukan makanan, beritahu sahaja aku, tidak perlu mendoakan aku mati cepat dan pelbagai tuduhan yang tidak enak pada aku. Membuatkan aku bosan membacanya. Senyum.
Semalam aku ternampak lagi perempuan yang merokok. Aku jujurnya tidak begitu menggemari perokok, tidak kira lelaki atau perempuan, tetapi tetap ada batasannya. Maksudnya, jika mereka menghormati suasanan dengan merokok di tempat lain contohnya, aku tidak kisah. Kerana, kalau orang menghormati kita, kita juga perlu menghormati orang bukan?
Lingkungan kawan-kawan lelaki aku juga ada yang merokok. Tetapi semuanya jenis yang menghormati orang. Kalau aku sedang makan bersama mereka, sekurang-kurangnya mereka akan menunggu aku habis makan, baru mereka akan menghisap rokok. Dan aku, memang dengan tegarnya, akan menegur orang yang menghisap rokok tanpa memikirkan orang lain, terutamanya di tempat-tempat makan. Eh, duit yang digunakan untuk membeli makanan berkhasiat, sila fikirkan orang lain.
Minggu lepas, aku ke bandar atas satu keperluan. Nampak seorang murid, entah dari sekolah mana dengan bangganya duduk menghisap rokok di tepi jalan. Aduhai, entah mengapa aku rasa amat terluka dan marah. Satu, disebabkan dia adalah murid sekolah. Dua, dia memakai pakaian sekolah. Tiga, dengan bangganya menghisap rokok tanpa rasa malu. Bila aku menghampiri dia, dia cepat-cepat menutup bahagian lencana sekolah. Ah, geramnya.
Aku tidak akan berkata dari segi kesihatan disebabkan semua orang tahu apa akibat merokok, tetapi bila mengenangkan kalau murid-murid sekolah merokok, agak sayang di situ. Usia muda sudah digunakan untuk merokok. Ada orang yang merokok untuk ketenangan, tidak mengapa lagi aku rasa. Tetapi bila sudah ketagihan? Apa akan jadi? Pergi ke peringkat seterusnya?
Teringatkan apa yang pernah kawan aku kata suatu ketika dahulu.
Penceramah : Antara akibat merokok, kalau seorang bapa itu merokok, terdapat kemungkinan anak yang dikandung oleh isterinya akan cacat atau mengalami mutasi.
Kawan aku : Bapa saya perokok tegar, adik beradik saya semua sihat.
Penceramah : Saya kata kemungkinan, sebab ada pernah terjadi.
Kawan aku : Saya pun perokok tegar.
Penceramah : Saya nasihatkan awak kalau berkahwin nanti, jangan hisap dekat dengan isteri.
Kawan aku itu baru mendapat cahaya mata. Alhamdulillah, anak yang dilahirkan itu normal. Kalaulah anak dia mengalami mutasi atau sebarang perkara yang tidak dingini? Dan aku bertanya dengan dia, sewaktu dia memberitahu aku.
Aku : Tahniah.
Kawan : Terima kasih.
Aku : Sihat bayi?
Kawan : Sihat. Aku ikut apa penceramah itu cakap, aku hisap rokok jauh dari isteri aku.
Aku : Kenapa?
Kawan : Sebab abang aku lama hisap rokok, dia belum dapat anak lagi sampai sekarang. Dia dah berhenti, takut kena penyakit yang boleh menyebabkan dia tiada anak.
Aku : Oh.
Buat sesiapa yang merokok, sila hormati orang yang tidak merokok dengan merokok di kawasan yang dibenarkan atau tiada orang lain. Buat perempuan yang menghisap rokok, kalau perlu sangat menghisap rokok, janganlah sewaktu di hadapan orang ramai. Selindunglah sedikit ya? Murid sekolah, kalau boleh jangan merokok.
Pelik, kerana walaupun harganya mahal, masih ada lagi yang mahu membeli dengan gigih.
Tidak kisah kalau yang dah bekerja, tetapi yang belum bekerja ni, ada yang sanggup mengikat perut demi sebatang rokok.
Alahai.
Nota Kaki :
Tadi ada seorang rakan sekerja yang terlupa dia berpuasa hari ini. Dia sedang makan rambutan, dan aku menegur dia. Terus dia berlari membasuh mulut. Senyum. Ah, aku juga berhati-hati disebabkan atas meja aku ada makanan juga. Jangan pandang Zara. Abaikan.
Zara : Otot di bahagian kanan leher agak tegang. Mungkinkah akibat tekanan? Selamat berpuasa Nisfu Sya'ban bagi yang berpuasa. Petang ini, kita berbuka bersama-sama ya?