Saturday, July 03, 2010

Kecantikan Dan Kesempurnaan Manusia Terletak Di Tangan Kamu Yang Mengecam Aku Hodoh?


Oh.
Kalau terletak di tangan kamu yang meninggalkan komentar di dalam penulisan di bawah, aku relakan sahaja apa yang kamu katakan. Malas mahu berikan sebarang ulasan atau bicara lain disebabkan aku suka dengan penulisan di bawah secara menyeluruh. Aku melampiaskan komentar aku dengan sandaran yang utuh. Kerjaya aku, juga kerjaya Abah dan Bonda serta lebih kurang beratus ribu guru di luar sana dipandang enteng.


Aku memang sayang diri aku, jadi kalau kau terus mengecam aku, aku tidak peduli.

Kau laungkan aku hodoh, aku masih tersenyum girang.
Bebas melaungkan dan menyalurkan kasih sayang.
Irama permai gemerincing saat aku perlukan pegangan.
Dan aku paut erat pada tangan.

Aku bukanlah sempurna. Tiada sesiapa pun yang sempurna kecuali Yang Maha Esa. Aku sendiri sangat mengerti hakikat itu. Ligat kaki menari di atas pentas dunia sekalipun, tidak pernah terlintas di benak minda tentang mencari dan memburu kesempurnaan sehingga tahap melupakan Maha Pencipta. Memiliki kerjaya yang aku sendiri tahu aku dapat lakukan hasil pengalaman, membuatkan aku kurang sabar dengan mereka yang tidak bersyukur dengan hakikat mereka mungkin sudah berada di jalan yang sepatutnya.

Aku melihat sendiri ramai yang masih mencari pekerjaan. Pergi menghadiri temuduga demi satu temuduga. Ada yang terpaksa memilih untuk menyambung pengajian disebabkan lambakan manusia lain memenuhi jawatan yang tersedia. Tetapi bila melihatkan sikap serta tutur kata yang seperti meminta kaki naik ke muka, aku betul-betul tidak dapat mempertahankan nilai kesabaran yang mungkin senipis kulit bawang.

Teringat aku apa yang pernah terjadi di dalam makmal sewaktu aku di kampus selatan dahulu. Sesuatu yang aku sebagai pelajar yang menghabiskan masa 4 tahun belajar bertungkus lumus untuk memperolehi pekerjaan, mempunyai hati dan niat untuk berjaya dalam kerjaya yang aku mahukan tetapi bakal dicantas oleh manusia yang memikirkan kerjaya ini mudah dan tidak berisiko. Pensyarah aku bertanyakan kepada pelajar baru untuk pengajian ambilan khas untuk menjadi guru dalam tempoh setahun.

Pensayarah : Kenapa awak memilih nak jadi cikgu?
Pelajar 1 : Sebab dah penat nak jadi jurutera di kilang.
Pelajar 2 : Kalau jadi cikgu, balik cepat, separuh hari sahaja kerja.
Pelajar 3 : Senang kalau dah kahwin nak jaga rumah.

Pensyarah : Boleh beritahu saya nama lain bagi garam dapur?
Pelajar - pelajar : (saling berpandangan dan sibuk menyelak buku)

Kami pelajar yang sedang membuat ujikaji di belakang sangat terbuku hati. Orang yang tiada niat mahu menjadi guru, tetapi berada di dalam arena ini dan tanpa malu, mengaku akan hakikat itu. Ada ramai lagi di luar sana yang membutuhkan pekerjaan ini bukan sekadar kerana minat tetapi lebih daripada itu. Janganlah sampai dikatakan manusia yang tidak tahu bersyukur dengan hakikat yang sewajarnya.

Nota Kaki :
1. Tekak makin bengkak. Senyum.
2. Mengantuk, mungkin akan tidur awal. 
3. Siapa yang datang dari Sheffield? Setahu aku ada seorang sahaja, tetapi dia sudah pulang ke Malaysia untuk bercuti. Siapa agaknya gerangan yang ini ya?
4. Kejadiam bot karam.

Zara : Busuk menyatakan dengan jujur, betapa susahnya menjadi seorang Zara. Aku setuju dengan apa yang dikatakan oleh dia atas beberapa sebab yang aku dan dia sahaja mungkin tahu.

11 comments:

Tengku Speki said...

org yg kata cam tu menampakkan dirinya sendiri yang 'b' ... tak samapai hati nak sebut....

jelas mcm org tak pernah belajar sivik... tak pernah belajar agama.. tak pernah belajar moral...

kesian...

intanurulfateha said...

sape yg ckp zara hodoh?
dia bodoh okeyh!

fndrocka said...

aku tak faham dgn lord zara..berkali-kali kamu mengatakan kamu tak sakit..tak kisah..kamu tak terasa ..kamu kekal senyum..yada yda yada...tapi kamu masih menulis entri demi entri mengenai orang2 itu.ah pelik sgt.

apapun..kamu mirip ila damia.hhuuh

ZR said...

setuju..ramai sgt menjadi guru krn tiada pilihan lain...sgt risau sgt dgn anak2 yg ke sekolah jika mendpt guru sprt itu...semoga guru2 yg mnegajar anak2 saya adalah guru yg mmahami profesion guru sebenar...

Munsyi said...

aku dr sheffield tp di melaka. :)

oh, mls mahu lyn org yg kutuk2 begitu. biarkn saja zara.

zzyqah said...

lambakan manusia telah menyebabkan aku masih menunggu sesuatu =)

Dak Wan® said...

Lantakkan jewr dik....

"You'll be damned if you do, and damned if you don't." - Eleanor Roosevelt

intan izani said...

mcm2 pandangan org sebab nak jadi cikgu
apa yg penting, keilhlasan ketika mengajar ;p

tail me :D said...

sangat ngokngek orang lain yang panggil orang laen hodoh kerana sesungguhnYA.. die dah tunjuk betape die hodoh di hati.. hodoh di perwatakannye juga.. eceh.. ayat skema lah plak.. :D

anith said...

xpe la kakak, yng penting niat kakak tu..
kl elok, insyaAllah Allah sentiasa bsama kakak..

kakak doa kan anith jgk ye, supaye niat untuk mendidik anak bgse tu tak lari!

get well soon kakak!!! =]

Dakjaat said...

entri bermonolog sendirian... :D