Showing posts with label Kem Denai Alam. Show all posts
Showing posts with label Kem Denai Alam. Show all posts

Sunday, May 15, 2011

Hadiah Awal Terindah Tahun Ini.


Tahun ini bakal menjadi tahun kedua aku menyambutnya setelah menjawat jawatan rasmi tersebut.
Baru pulang dari mengikuti kursus selama 3 hari 2 malam dan ternyata, membawa pengalaman yang menyeronokkan buat aku. Bukan kali pertama bermain ini semua, walaupun ternyata, kali ini lebih mencabar dan penuh dengan sesuatu yang membuatkan aku boleh melupakan segala tekanan yang mencengkam.

http://a7.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash4/223209_10150596732630543_885375542_18549867_1346601_n.jpg
Ini gambar hari pertama.

http://a5.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc6/225254_10150596681465543_885375542_18549026_8352614_n.jpg
Sebelum mulakan aktiviti pertama.

http://a2.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc6/227640_10150596685320543_885375542_18549097_6285948_n.jpg
Dah masuk hari kedua. Aku dah ada baju celoreng.

http://a4.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc6/224133_10150596692470543_885375542_18549158_7168624_n.jpg
Balik dari bertempur, kumpulan menang dan jangan tanya kenapa keadaan kami begini.

http://a8.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash4/228063_10150596697760543_885375542_18549187_6265611_n.jpg
Ini ramai-ramai termasuk dengan fasilitator.

http://a8.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash4/225209_10150596791450543_885375542_18550525_2226692_n.jpg
Hari terakhir. Mana ada solekan kalau dah pergi kursus begini?

Aku belum punya waktu mahu menulis lagi walaupun banyak yang mahu diceritakan. Hari ini Ahad (15 Mei 2011), dan aku perlu keluar bekerja lagi. Sudah menjadi kegilaan kerja 7 hari seminggu. Jaga diri kamu semua.

Nota Kaki :
1. Dah jumpa dah hadiah untuk majlis esok.
2. Ada orang pelik cikgu macam aku sangat hidup di dunia maya. Eh?

Zara : Kawan itu akan balik dalam masa sebulan lebih lagi. Selamat pulang wahai kawan walaupun ternyata ia tidak akan sama seperti yang dirancang sebelum ini. Celakanya bila benda yang menyeronokkan sudah bertukar menjadi sesuatu yang memualkan.

Thursday, December 23, 2010

[Gambar] : Ekspedisi Kayuhan Muar-Melaka 22 Disember 2010, Bukan Guna Lebuh Raya Ya?


Salam semua.
Apa khabar?
Harap kalian semua sihat selalu.
Senyum.

Disebabkan masih keletihan (apa kena mengena menaip dengan kaki yang sengal-sengal ini?), aku sekadar mahu berkongsi beberapa gambar yang dipinjam dari salah seorang rakan aku, merangkap 'super-senior' aku di Kampus Selatan dahulu.
Sengih.

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc4/hs1217.snc4/156955_1749175886956_1165601668_32024813_4599499_n.jpg
Selepas sarapan dan sebelum bertolak. Ada kau jumpa orang lain mengayuh basikal dengan tudung berkotak-kotak begini? Ketawa.

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc6/hs034.snc6/166465_1749200807579_1165601668_32024877_6572961_n.jpg
Semasa di CP (baca : Check Point) 1
Petronas By-Pass Muar.

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc6/hs007.snc6/165760_1749202847630_1165601668_32024887_2257908_n.jpg
Di CP 2 - SK Abdullah, Sungai Mati, Ledang.
Mereka rakan sepasukan merangkap antara orang yang memberikan galakan apabila aku sudah keletihan mengayuh.

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc4/hs1235.snc4/156769_1749204687676_1165601668_32024895_5922689_n.jpg
Mahu memulakan semula kayuhan di CP 2.
Wan : Kita buat formasi 2-1-2-1
Aku : Baik, nanti baru sebaris kan?
Wan : Betul-betul.

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc4/hs692.snc4/63230_1749211127837_1165601668_32024903_1054315_n.jpg
Di CP 3 - Ya, sudah masuk kawasan Sungai Rambai. Belakang itu memang sawah padi.
Kedudukan aku yang kelima dari kiri.

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc4/hs695.snc4/63487_1749238488521_1165601668_32024966_5396737_n.jpg
Antara aktiviti yang dilakukan di Pusat Kokurikulum Melaka di Lanchang.
Ya, kelajuan 'marker' (benda yang macam senapang itu) adalah 290 km/j. Kalau kena tepat, sumpah boleh berdarah-darah bagai.

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc4/hs953.snc4/74689_1749253528897_1165601668_32025007_325468_n.jpg
Dalam perjalanan pulang. Ya, beliau masih ceria lagi untuk mengayuh pulang sejauh 45km.

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc4/hs1371.snc4/164333_1749260489071_1165601668_32025052_2158340_n.jpg
Di CP terakhir sebelum tiba di kem.

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc4/hs758.snc4/65874_1749259209039_1165601668_32025046_251482_n.jpg
Mereka memang hebat. Sebelah kiri aku adalah Ketua Unit dari JPN.

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc4/hs1373.snc4/164510_1749261449095_1165601668_32025058_3449857_n.jpg
Nampak kepala aku terselit di belakang motor. Terima kasih kepada tudung warna-warni aku yang menyerlah. Sengal. Pang!

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc4/hs907.snc4/72063_1749272569373_1165601668_32025107_3779618_n.jpg
Dah tiba!

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc4/hs1374.snc4/164628_1749274329417_1165601668_32025113_1053662_n.jpg
Muka dan kulit aku terbakar. Ha ha ha (ketawa berdekah)

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash1/hs764.ash1/165515_1749270929332_1165601668_32025098_6387953_n.jpg
Mereka semua hebat. Untuk catatan, yang mengayuh semalam ada 3 orang sahaja perempuan.
[Ada juga rakan-rakan yang tiada di dalam gambar]

Baiklah.
Memang banyak gambar.
Sebenarnya banyak lagi, tapi aku letak yang perlu sahaja.
Senyum.

Sekilas tentang perjalanan semalam :

  • Perjalanan pergi - 40 km.

  • Perjalanan pulang - lebih kurang 45km.

  • Laluan pergi dan balik adalah berbeza.

  • Kayuhan lebih kepada atas jalan (baca : on road) tetapi meliputi pelbagai jenis permukaan. Tidak semua bertar. Apa kau ingat di tebing sawah padi ada jalan berturap tar?

  • Mendaki 2 buah bukit (yang ternyata aku sungguh memerlukan bantuan - kelemahan aku adalah kawasan berbukit) - tidak termasuk jambatan. Ketawa.

  • Kayuhan ini disertai oleh pelbagai peringkat umur dan kedudukan. Ada orang JPN, PPD, cikgu-cikgu sekolah dan juga pelajar (anak-anak yang mengikut bapa masing-masing)

  • Tidak menggunakan lebuh raya tahu?

  • Aku menggunakan tempat duduk bergel (baca : seat-gel), jadi kesakitan dapat dikurangkan.

  • Kulit sudah macam udang masak panas. Ketawa.

Senyum.
Ada lagi 3 kayuhan kalau aku mahu sertai 25, 26 dan 30.
Kalaulah.
Ketawa.

Nota Kaki :
1. Nantilah aku menulis lagi.
2. Bercadang mahu menderma darah untuk kali terakhir tahun ini.
3. Terima kasih atas ucapan tahniah dan doa daripada kamu semua.

Zara : Sedang melalui hidup yang penuh dengan pelbagai warna. Moga semuanya berjalan lancar dan baik-baik sahaja. Aku mohon dengan sangat.

Friday, November 19, 2010

Saya Sayang Awak Sebab Awak Diri Awak. Itu Sahaja, Bukan Lain. Awak Ingat Apa?


Awak, saya sayang awak.
Sayang awak sebab itu diri awak.
Itu sahaja.
Bukan lain.

Awak, saya sayang awak.
Awak ingat masa kita duduk makan aiskrim bersama?
Sudu awak jatuh dan awak tengok saya.
Saya senyum dan hulur sudu saya pada awak.
Awak capai dan makan aiskrim awak.
Awak kata, "Ini macam ciuman secara tidak langsung".

http://farm3.static.flickr.com/2478/3916718730_ebded5cd35.jpg
[Gambar : Makan aiskrim bersama ya?]

Awak, saya sayang awak.
Sayang awak disebabkan awak adalah awak.
Awak yang tiada lain gaya.
Hanya awak sahaja.

Awak, ingat lagi tak masa kita makan kentang goreng sama-sama?
Ya, makan berdua sambil tengok orang lalu lalang.
Ingat lagi yang awak masukkan kentang dalam hidung?
Ya, lubang hidung awak sebab awak khayal tengok manusia cantik lalu.
Kentang patut masuk mulut, terus ke perut.
Tapi kentang awak?
Masuk hidung.
Saya ketawa, tapi awak senyum sahaja.
Awak kata, "Ini perkara biasa" dan terus masukkan kentang itu dalam mulut.
Saya terkejut.
Awak kata, "Opocot!"

http://27.media.tumblr.com/tumblr_kui2o4WV0y1qzeh8no1_500.jpg
[Gambar : Kentang goreng segera yang panjang-panjang]

Awak, saya suka membaca.
Awak pula suka tengok gambar dalam buku.
Tulisan panjang-panjang awak kata kepala pening.
Saya ketawa sambil bagi awak buku agar awak pusing.
Awak lari ke tandas kata nak kencing.
Bau hancing!
Saya ketawa sambil hentak gelang bergemerincing.
Tapi sekejap saja, sebab awak datang bawa kucing.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEixbacshb7b-JIUH56QbitHjBQfyqdu8gMvS97lVPRJKJ9ZRtDt5WLPubFvqRc0Tmk9NXeha9DJzpybXJyJ7IQi2vgSywF0CabDwZvEyaRE-XsKu9OJaWeixrQlLEJpRC8EMki8RiaYOLp9/s1600/3945653591_f7fc89d6d2_large.jpg
[Gambar : Awak nak cari buku tentang kucing?]

Senyum.
Awak memang gila.
Tapi saya lebih gila.
Saya suka ketawa, dan awak suka berduka.
Kita memang sama tetapi kita tak serupa.
Betulkan teman tercinta?
Eh, jangan kebas baju awak, banyak hama!

Awak.
Senyum cepat.
Saya kira ya?
Satu, dua, tiga!

http://farm4.static.flickr.com/3579/3662804436_0359c6b5cf.jpg
[Gambar : Jadilah itu sebagai kenangan beku masa]

Nota Kaki:
1. Masih di tempat kursus.
2. Sedang gila buka dan pasang semula basikal.
3. Siapa mahu tengok sebahagian gambar kursus, boleh layari ini.
4. Ketawa lihat tangan dan jari sendiri, memang serupa mekanik di bengkel.

Zara : Terima kasih atas doa semoga aku cepat sembuh. Memang buat aku terharu yang amat sangat. Sungguh wahai teman-teman sekalian. Sedang beransur pulih dan aku mungkin akan pulang esok. Ya, aku menulis ini secara langsung daripada dewan tempat aku membaiki basikal.

Thursday, November 11, 2010

Bila Sedih, Bengang Kau Cari Aku. Bila Gembira, Ketawa Berdekah Kau Cari Orang Lain. Adilkah Kau?


Senyum.
Aku baru balik dari kursus selama 4 hari 3 malam. Kursus peningkatan tali temali dan aras tinggi. Belajar mengikat tali sebanyak 16 ikatan serta belajar bagaimana mahu membuat menara di pokok, memasang musang terbang (baca : flying fox), 'rappeling' dan banyak lagi. Alhamdulillah, aku sudah lulus dalam memasang dan melepaskan orang untuk kedua-dua aktiviti lasak itu.

http://www.rickrduncan.com/wp-content/uploads/2010/05/danbo-3219.jpg
[Gambar : Keletihan yang amat]

Senyum.
Keletihan. Memang ada harapan aku tidur depan komputer lagi (baru bangun sebenarnya, tertidur depan komputer). Tapi, dalam keadaan mamai dan penuh dengan bintang dalam kepala, aku menerima panggilan telefon daripada seorang rakan.

Kawan : Eh, aku nak cakap sedikit ni.
Aku : Apa dia?
Kawan : Kekasih aku buat hal lagi.
Aku : Apa jadi?
Kawan : Macam biasa. Setiap kali dia pergi kerja luar, setiap kali itulah dia berubah.
Aku : Kan aku dah kata, tinggalkan sahaja.
Kawan : Tapi sayang.
Aku : Kalau dah sayang, kau kena tahan.
Kawan : Penat aku bersabar tahu?
Aku : Tahu. Kau nak tahu sesuatu tak?
Kawan : Ini entah kali ke berapa ribu kau mengadu pasal dia pada aku. Bila aku bagi nasihat suruh kau berbaik-baik, kau tak nak dengar.
Kawan : Habis dia asyik buat aku marah.
Aku : Betul. Tapi bila kau sedih, kau marah, bengang kau cari aku. Bila kau gembira apa semua, ada kau ingat kawan kau ni?
Kawan : Eleh, takkan marah kot?
Aku : Bukan marah. Cuma aku nak kau buka mata dengan siapa yang kau bersama sekarang ni. Kau marah-marah, membentak dengan aku, macam aku pula kekasih kau. Kenapa kau tak nak cakap dengan dia terus?
Kawan : Takut dia kecil hati.
Aku : Kau takut dia kecil hati? Sampai bila dia akan berubah kalau kau tak tegur dia?
Kawan : Kau tak nak dengar lagi tak mengapa.
Aku : Bukan tak nak dengar, tapi kau tak nak ambil peduli nasihat orang.
Kawan : Macam mana aku nak cakap dengan dia? Bila nak cakap, dia penat baru balik kerja.
Aku : Aku nak tanya kau ni, kau ada baca FB aku?
Kawan : Tak, kenapa?
Aku : Tak ada apa-apa. Kau rehat, sabarkan diri dulu. Fikir apa aku cakap tadi.
Kawan : Ya, baik.

Telefon diletakkan dan aku cuba untuk menyambung semula rehat yang terganggu. Menikmati keseronokan aktiviti dan aku tahu, badan aku memang akan tidak bertenaga sebegini. Tidak mengapa, yang penting aku dapat belajar ilmu baru dan menggunakannya di tempat sepatutnya. Eh, siapa sangka aku sudah boleh membuat pelepasan peserta?

http://photointerview.ru/wp-content/uploads/2010/09/A-Late-Night-for-Danbo1.jpg
[Gambar : Mari mendapatkan rehat secukupnya]

Telefon berbunyi lagi.
Macam cerita Binatang Peliharaan Yang Menakjubkan (baca : Wonderpets)
Ketawa.

Kawan : Kau baru balik kursus ke?
Aku : Ya.
Kawan : Empat hari tiga malam kan?
Aku : Ya.
Kawan : Bila kau tiba rumah?
Aku : Baru je tadi.
Kawan : Maaf, aku tak tahu yang kau kursus.
Aku : Tak mengapa.
Kawan : Kau lagi penat tapi kau masih nak dengar.
Aku : Tidaklah aku nak suruh kau cakap seorang diri.
Kawan : (ketawa) Rehatlah.
Aku : Sedang.

#Kawan.
Setiap kali kekasih dia menghadiri apa-apa kegiatan di luar kawasan kerja, biasanya akan berlaku perkara begini. Kekasih itu mudah jatuh hati dengan orang lain yang menolongnya di satu-satu acara. Senang cerita, sesiapa yang berbuat baik dengan dia, pasti akan membuatkannya tergoda. Aku tiada komentar akan perkara begini disebabkan ianya terpulang kepada hati manusia itu sendiri.

Hidup kau, kau yang tentukan.
Walau apapun, kau masih kawan aku yang baik.

Nota Kaki :
1. Aku suka berpergian kerana saat beginilah, aku tahu dan lebih kenal apa aku mahukan dalam hidup.
2. Tangan masih menggigil kesan menggunakan tali secara maksima. Ketawa.

Zara : Entah bagaimana penghias paparan komputer aku lupa untuk ditukar bila aku di kem. Sebelum itu menggunakan gambar seorang rakan dalam pakaian sukan disebabkan pemandangan langit dibelakangnya kelihatan menarik dan kena dengan tona kuning bajunya. Ah, cepat-cepat tukar bila ada orang berdehem.

Monday, November 08, 2010

Sambil Buat Mata Terkelip-Kelip | Teknik Ikatan Tali Temali


Ketawa.
Gila pula rasanya begitu.
Oh, aku sedang dalam proses belajar mengenai tali temali.

http://www.inquiry.net/images/thb023a.gif

[Gambar : Ikatan Manok (baca : Clove Hitch)]

http://www.2ndbrooklands.org.uk/KNOTS/reef_knot.jpg
[Gambar : Ikatan Buku Sila (baca : Reef Knot)]

http://landidetailing.com/blog/wp-content/uploads/2010/03/bowline.GIF.gif
[Gambar : Ikatan Tindih Kasih (baca : Bowline)]

http://www.proknot.com/assets/images/sheet_bend.jpg
[Gambar : Ikatan Bunga Geti (baca : Sheet Bend)]

Itu antara ikatan yang aku belajar dengan adik aku dengan bersungguh-sungguh. Ada lagi 10 jenis ikatan yang akan diuji. Sila doakan aku berjaya melakukannya.

Nota Kaki :
1. Aku tahu kawan itu marah dan dia sendiri sudah mengakui yang dia marah. Maaf sangat-sangat awak.
2. Itu mungkin kali terakhir dia hubungi aku, marah benar dia dengan kawannya ini. Sedih sangat.

Zara : Masa untuk menjadi lebih serius dalam hidup dan mengenepikan semua halangan serta memberikan yang terbaik. Sudah tiada waktu untuk berpoya-poya.

Wednesday, November 03, 2010

Boleh Kau Berhenti Ganggu Dia? - Kadangkala Bercakap Dengan Cermin Dan Dinding Itu Perlu.


Senyum.
Melampau betul kamu manusia. Berani kau buat sahabat terbaik aku begitu rupa? Nampak benar perpisahan yang terjadi membuatkan kau nanar hingga lupa diri. Satu demi satu kawan dia kau hampiri dan tagih simpati. Mungkinkah giliran aku selepas ini?

Awas, aku menanti.
Itu pasti.

Cuma, kalau kau muncul dengan cerita sekadar menarik perhatian dan mengharapkan simpati, kau akan tahu yang kau sudah salah memilih lawan yang langsung tiada hati. Senyum kejam. Kau tahu siapa kau wahai pemerhati, aku ini memang suka senyum, tetapi ada masanya aku lebih suka ketap gigi.

Aku : Kan aku dah jadi keji dah.
Kawan : Kau keji tapi lojik, aku boleh terima. Yang aku tak boleh terima ayat dia tu. Macam orang makan nasi, lepas makan habis nasi, dia salahkan kuali.
Aku : Ah, kalau ayat dia tu, biar aku tolong jawabkan. Pemikiran dia tu.
Kawan : Boleh jadi status atau tajuk blog ni.
Aku : Oh, aku paling tak tahan manusia macam itu. Kalau dapat manusia itu pada aku, mengada-ngada dan lepas itu mengadu-ngadu, memang teruk aku bambu.
Kawan : (ketawa) Dia kurang kasih sayang khabarnya.
Aku : Ramai lagi orang kurang kasih sayang, tak buat perangai pun?

Banyak lagi sebenarnya yang aku mahu tulis dalam isi perbualan kami, tapi terpaksa aku tapis. Nanti jadi kontroversi pula blog picisan aku ini. Senyum. Jadi kepada manusia yang aku maksudkan, tolonglah ya? Janganlah mencabar kesabaran kami pula. Dengan kawan aku, boleh kau main-main lagi sebab berlainan jantina, dengan aku, memang agak padah jawabnya.

http://arkarthick.com/wp-content/uploads/2010/06/13-cute-funny-danbo-cardboard-box-art-accidental-kung-fu-smack.jpg
[Gambar : Tentu kau tidak mahu jadi macam ini kan?]

Nota : Aku bukanlah penganiaya haiwan.

*******

Pagi tadi aku menerima beberapa panggilan telefon. Salah satunya adalah daripada ketua aku yang sangat memahami. Ya, dia boleh baca perangai aku dan akan menegur aku secara berhemah jika ada kesalahan yang aku lakukan atau terdapat kesilapan dalam tindak tanduk aku. Pagi tadi dia telefon disebabkan ada satu perkara yang aku rahsiakan telah diketahuinya.

Ketua : Kenapa tak cakap dengan saya masalah awak?
Aku : Eh, masalah apa?
Ketua : Masalah yang baru timbul minggu lepas.
Aku : Oh, tiada apa-apa ni.
Ketua : Dapat tahu pun daripada dua rakan setugas, kalau tak memang saya tak tahu.
Aku : Saya memang sengaja tak nak beritahu sesiapa. Yang seorang tu dapat tahu pun tak sengaja.
Ketua : Tahu, dia dah cerita pada saya. Awak macam mana?
Aku : Saya baik sahaja.
Ketua : Jangan patah semangat.
Aku : Tak, saya tak.
Ketua : Saya memang nak didik awak jadi yang terbaik.
Aku : Saya tahu.
Ketua : Jangan buatkan peristiwa itu jadikan awak lemah. Nanti itu akan buatkan awak kalah.
Aku : Saya tahu, saya tidak mahu kalah.
Ketua : Jadi, jangan jauhkan diri. Awak kuat, saya tahu awak boleh hadapi apa sahaja.
Aku : Terima kasih.
Ketua : Dalam hidup ini, bila kita nak menang, memang macam-macam ujian.
Aku : Saya faham.
Ketua : Jaga diri awak baik-baik.
Aku : Terima kasih ketua.

http://arkarthick.com/wp-content/uploads/2010/06/7-cute-funny-danbo-cardboard-box-art-play-trampoline-on-piano.jpg
[Gambar : Keseorangan menghadapi ujian?]

Usai bercakap dengan ketua, aku duduk termenung dan berfikir akan sesuatu. Betapa aku tahu aku diuji saat itu dan aku tewas dengan diri sendiri. Aku tidak melenting bila peristiwa itu berlaku tetapi aku menggunakan terapi terakhir yang dapat aku fikirkan apabila menghadapi masalah, iaitu menangis. Aku menahan kemarahan dan kesakitan itu aku hamburkan dalam bentuk air mata.

Itu beberapa hari yang lepas. Entah berapa lama aku menahan sebak sehingga aku tertidur dalam tangisan. Bodoh, mungkin bodoh, tapi aku tahu, pagi itu aku bangun dengan kepala yang lapang. Tiada apa yang menyesakkan kepala aku dan apa sahaja ucapan sinis yang aku terima, aku sudah buang jauh dari kepala.

Tapi tadi, bila bercakap dengan ketua yang aku hormati itu, entah kenapa sebak itu kembali. Dan aku tidak punya sesiapa untuk berkongsi. Aneh. Orang boleh membuat panggilan telefon kepada aku, menghantar pesanan di Mukabuku ataupun di kantung surat elektronik aku, tapi ternyata, aku sendiri tidak punya sesiapa (dalam konteks ini : manusia) untuk berkongsi.

Tarik nafas panjang.
Jadi senang sahaja. Aku teringat kata seorang teman malam tadi. Kalau sudah tidak punya sesiapa, bercakap sahaja dengan cermin. Ya, dan itu aku lakukan tadi. Dulu aku selalu bercakap dengan dinding kalau aku punya masalah dan cermin hanya sebagai tempat aku memberikan perangsang buat diri.

Hari ini cermin bertambah lagi satu fungsinya, sebagai tempat aku meluahkan kata-kata. Berkongsi kesakitan dan memuaskan hati yang penuh duka. Buat kawan yang memberikan cadangan itu, aku sangat berterima kasih.

La Tahzan Zara.
La Tahzan.
(Ya, aku punya buku ini. Setiap kali bersedih mesti akan teringat apa yang dibaca)

Senyum.

Nota Kaki :
Terima kasih atas kata-kata semangat daripada kamu sekalian di Mukabuku tadi. Memang sangat bermakna dan selepas makan semangkuk ABC tadi, kesakitan aku sudah mulai surut. Tidak dapat lakukan seperti yang selalu dipesan oleh Nakama disebabkan aku sedang cedera.

Zara : Hidup ini memang aneh, bila kita diperlukan, kita sentiasa memberi. Tetapi bila kita memerlukan, terdapat kemungkinan kita hanya keseorangan. Mungkin juga kita dilahirkan hanya untuk memberi tetapi tidak layak untuk menerima. Mungkin ada benarnya.

Sunday, October 31, 2010

"Tuan Zara, Boleh Minta Nombor Telefon?" - Ninja Menggamit Memori Mikro Helaian Sejarah Peribadi


Senyum.
Di kem, aku dikenali sebagai Tuan Zara. Lebih baik daripada dipanggil Puan Zara aku rasa. Ketawa. Oh, setiap kali aku ke kem, pasti ada sahaja yang menggamit kenangan dan memori aku. Edisi kem kali ini aku kurang bergambar disebabkan aku dalam keadaan kurang sihat dan aku tidak sempat untuk mengambil gambar yang diletakkan di dalam komputer riba penyelaras. Biarlah.

Semalam, selepas majlis penutupan rasmi, aku menjengah juga ke program peserta sekolah rendah yang baru tiba. Seronok melihat kanak-kanak yang teruja penuh gembira. Eh, macam Dementor pula. Tetapi aku tidaklah menyedut kegembiraan mereka, aku hanya seronok dalam menahan demam yang semakin memuncak panasnya. Dihampiri oleh seorang peserta yang aku jaga dari hari Rabu hingga Sabtu, peserta Tingkatan 3.

Aku : Kenapa?
Budak : Tuan Zara, terima kasih banyak-banyak.
Aku : Tiada masalah. Semoga dapat keputusan cemerlang.
Budak : Tuan Zara, nak minta nombor telefon boleh?
Aku : Eh?
Budak : Bolehlah Tuan Zara.

Imbas kembali, dalam masa empat hari ini, dia antara peserta yang rajin menolong menghidangkan makanan dan pastinya akan menjadi orang yang terakhir duduk di dalam barisan untuk sama-sama membaca doa sebelum makan. Biasanya, kuih adalah 2 ketul seorang (boleh ditambah jika ada lebih) dan dia pastinya sengaja mengambil lebih sambil curi-curi pandang pada kami, pihak jurulatih.

Senyum.
Nombor telefon tidak aku berikan. Itu peribadi walauapapun alasan yang mungkin ada di sanubari.

*******

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEicp0azL5NLbeWwVP7gpRv80HJ-h8joD-pZA_xAPBL3LaTtdnW9w6Ua7eyMG4WPYQFEdR7J1mR2J-cETHT2cZasTbmSeN2xKll-Shd6YKX6ZBh7dKMMaU6NLuUUJsmCYmFtxnOKa52QX8k/s400/ninja+love.jpg

Pagi ini aku lihat sesuatu yang sungguh buat aku celaru. Perbualan malam tadi dengan seorang rakan membuatkan aku tahu, aku tidak boleh lari dan tidak boleh juga duduk membatu. Diam, kunci mulut dan biarkan suasana turut membisu. Rakan itu mengasak aku dengan soalan dan aku tahu, dia hanya mahu membantu. Pening, aku keliru kerana aku masih manusia beku.

Kawan : Awak apa khabar?
Aku : Baik.
Kawan : Macam mana dengan kem?
Aku : Mungkin kena pergi lagi empat hari.
Kawan : Eh?
Aku : Badan aku tak sihat, mungkin aku tak pergi.
Kawan : Rehatlah dulu.
Aku : Faham.
Kawan : Macam mana dengan ninja?
Aku : Kenapa dengan dia?
Kawan : Dah cakap dengan ninja?
Aku : Belum.
Kawan : Kenapa?
Aku : Nantilah dulu.
Kawan : Dah balik ni, ninja tahu?
Aku : Nak kena beritahu dia ke?
Kawan : Dah berapa hari tak berbual dengan dia kan?
Aku : Dia sama macam kawan-kawan lain juga lah kot.
Kawan : Saya tahu dia tak sama macam orang lain.
Aku : Eh, pandai nak serkap jarang kan?
Kawan : Cakaplah dengan dia.
Aku : Dah cuba hubungi guna YM, tapi tiada balasan.
Kawan : Ceh, guna YM sahaja?
Aku : (ketawa)

Baiklah.
Ninja, aku dah balik.
Senyum.
Tunduk hormat.

Ketawa.
Entah apa-apa kan?

Nota Kaki :
Mungkin aku terpaksa mengucapkan selamat tinggal kepada peluang pertama ini. Mak dapat mengesan aku sakit walaupun aku cuba sembunyikan. Dia kata dia dapat tahu daripada suara aku yang aku sedang sakit. Pelik betul kuasa seorang ibu kan? Padahal, aku makan ubat dan berlagak sihat sepanjang masa.

Zara : Perlu menghubungi Jabatan Pelajaran Negeri esok memaklumkan yang aku tidak dapat bertugas di sana seperti yang dimahukan. Sudah mendapatkan khidmat nasihat daripada Ketua aku tadi.

Wednesday, October 27, 2010

Kontroversi Tercipta Untuk Mencari Publisiti, Meningkatkan Populariti Atau Sekadar Berkongsi?


Salam Rabu semua.
Hujan masih mencurah-curah selepas hampir 5 jam (sewaktu aku menulis ini). Maka, kesejukan yang membuatkan aku enggan meninggalkan kamar ini, memaksa diri aku untuk bangun dan meneruskan lenggok di atas pentas tari. Ah, blog ini lantainya dan mereka yang kononnya penyerang hendap, sedang memasukkan peluru untuk menembak sehingga separuh mati.

Senyum.
Ambil nafas panjang.

http://picfor.bildero.net/001A5D9/2vjadyojpg-JPEG-Image-555x518-pixels-girl-Photography-Photo-manipulation-photoshoping-heart-umbrella-photo-%D1%84%D0%BE%D1%82%D0%BE-%D0%B4%D0%B5%D0%B2%D1%83%D1%88%D0%BA%D0%B0-%D0%B7%D0%BE%D0%BD%D1%82-%D1%81%D0%B5%D1%80%D0%B4%D0%B5%D1%87%D0%BA%D0%BE-digital-art-Love-mmmmm-Kobiety-k-album-luv-album-heart2-woman-black-and-white-happy-my-album-hearts-collection-wake-up-cuori-fantasy-heartz-black-white-art-General-Love-this_large.jpg

Bila aku membaca segala kata carian (baca : keyword) yang datang ke blog aku, jujurnya pasti akan terselit satu nama yang menjadikan blog, Mukabuku dan akaun surat elektronik aku hampir termuntah dengan soalan yang sama. Satu nama yang pernah menimbulkan kontroversi dan menggemparkan Malaysia dengan siri penulisan kontroversi dan penyamaran yang menimbulkan tanda tanya sehingga hilang begitu sahaja.

Itu cerita bulan enam yang lepas.
Cerita yang membuatkan aku ketawa besar setiap kali melihat sesuatu yang berkaitan serta saling menyulam antara satu sama lain. Di sisi yang sama, aku juga ketawakan diri aku sendiri kerana turut terjebak dalam permainan yang bukan sekejap. Bila aku menyedari drama semakin menarik, mata aku terbuka dengan segala macam cerita dan laungan yang bukan sedikit. Ah, disebabkan itulah, aku seperti selalunya, membiarkan diri aku menjadi pemerhati dalam apa jua drama yang disajikan dihadapan mata.

Kontroversi.
Selalunya dikaitkan dengan kegemparan akan sesuatu isu. Bila satu sisi terbuka, makanya, ada lebih daripada sepuluh daripada cerita akan mengalir keluar dalam pelbagai bentuk. Itu kenyataan dan putaran hidup serta drama yang kita sebagai manusia hadapi. Oh, tidak perlu bergerak jauh. Biar aku jadikan contoh sekolah sebagai contoh terdekat dengan aku. 

Budak ditangkap meniru. Dia akan bermati-matian menyatakan dia bukan meniru dan entah bagaimana buku itu boleh berada di tepi meja dengan mukasurat yang kebetulan sama dengan soalan boleh terbuka. Secara normalnya, dia akan mencerca guru yang menangkap basah dia dan menegakkan benang (serta tali, serta entah apa lagi) secara bermati-matian. Padahal, ada lebih sepuluh orang di tepi dia yang memerhatikan segala tindak tanduk yang mencurigakan itu. 

Budak : Mana ada saya meniru?
Guru : Saya nampak.
Budak : Saya cuma tunduk-tunduk sahaja.
Guru : Saya nampak awak buka buku awak.
Budak : Mana ada?

Baiklah. Itu contoh sahaja yang berlaku Isnin yang lepas. Penafian demi penafian.
Kisah benar tentunya, dan budak itu bernasib baik bukan aku yang menangkap dia meniru kerana pastinya hukuman pasti akan lebih berat kalau aku yang menangkapnya. Dalam kes budak itu, pastinya kontroversi tercipta dengan hebatnya, walaupun bukan niat dia untuk mencari segala alasan di atas. Pastinya bukan. Terpalit dengan kontroversi meniru semasa peperiksaan dan meniru benda yang salah adalah satu lawak bukan buatan.

Ia sama seperti cerita hantaran perkahwinan yang pernah aku tulis. Tujuannya berkongsi, tetapi ada orang kata, ianya untuk mencari publisiti dan sebagainya walaupun hakikat sebenar, aku menulis sisi kehidupan seorang kawan yang ternyata menghadapi ujian kecil dalam hidupnya bila berhadapan dengan manusia lain. Ada juga orang bercerita benda yang sama, apa yang dihadapinya dalam hidup juga. Maka, perkongsian dan kontroversi itu mungkin tercipta dalam pemikiran manusia sahaja.

Don : Kau tahu?
Aku : Apa dia?
Don : Kau lebih bersifat manusia daripada mereka yang hentam kau sesuka hati.
Aku : Mungkin, tetapi aku masih manusia beku yang mencari jiwa sendiri.
Don : Kau telah temuikan?
Aku : Mungkin sekadar serpihan, tapi aku masih perlu mencantumnya secara perlahan.
Don : Dalam perjalanan, kau terperangkap dalam permainan.
Aku : Macam aku biasa katakan, kalau orang sedang menari zapin, aku akan sama-sama berzapin. Takkan aku mahu tango pula kan?
Don : (ketawa) Kau selalu paksa diri jadi kuat.
Aku : Kalau aku tak kuat, siapa lagi yang akan tolong aku? Tiada. Aku kena tolong diri aku sendiri dulu.
Don : Betul, memang betul. Tapi nanti satu saat kau akan penat.
Aku : Kalau tiba masa tu, sila hulurkan aku kekuatan dan biarkan aku rehat.
Don : (ketawa) Itupun kalau sempat.
Aku : (ketawa) Sebab itu aku mengejar masa agar jangan terlambat.
Don : Awas, lompat-lompat jangan macam ikan sepat, tersekat di jerat.
Aku : (ketawa) Kau nak puitis sampai ikan kau guna jerat? Celah mana kau dapat?
Don : Aku main lipat.
Aku : Ceh!

Kadangkala orang yang kita kenal akan tikam kita semula.
Apatah lagi, orang yang kita sangka kita tahu tentang dia, peluang dia membunuh kita lebih terang dan jelas sentiasa.

Disebabkan itu, dari dulu hingga kini, aku kekal menjadi pemerhati dan pendengar setia.
Itu sahaja.

Nota Kaki :
Maaf, ada persoalan yang kalian lontarkan tidak dapat aku nyatakan jawapannya. Bukan dengan aku patut kalian tebak dengan soalan yang langsung tiada kaitan dengan aku. Aku masih jelak dengan persoalan dahulu yang jelas masih menghantui aku (serta beberapa rakan lain pastinya). Dan bila kalian paparkan satu demi satu soalan, aku ketawa sendirian kerana drama ini masih tiada lagi penamat yang diharapkan.

Zara : Mulai 27 Oktober (Rabu) hingga 30 Oktober (Sabtu), aku akan bertugas sebagai jurulatih perkhemahan lagi. Maka, sebarang pertanyaan atau lontaran idea dan perkongsian, mungkin akan hanya terjawab pada petang atau malam Sabtu (jika aku tidak dapat mencuri peluang menulis). Jaga diri kalian.

Monday, September 27, 2010

Bila Memasang Khemah Dari Jam 9 Malam Hingga 4.30 Pagi, Ini Wajah Yang Kamu Jumpa Di Koridor


Empat hari yang penuh pengalaman.
Empat hari yang penuh dengan kisah suka dan duka.
Empat hari yang banyah mengajar aku lebih tentang manusia yang berada di puncak kuasa.
Empat hari yang buat aku lebih sayang dan cinta kepada keluarga kokurikulum aku.
InsyaALLAH, sentiasa.

Salam. Aku sudah pulang teman-teman.
Kalau ada yang terdetik rasa rindu pada blog aku (jujurnya pasti bukan aku kan?), aku lebih rindu yang teramat sangat mahu menulis.


24 September 2010 - Selepas Jam 5 pagi pastinya.
Lokasi : Laluan sebelah tandas Kompleks Sukan Pagoh.

Tidak dapat menulis banyak. Aku kepenatan, tetapi ada sesuatu yang sangat menggembirakan berlaku. Bahagia dengan kehidupan yang penuh dengan dugaan dan cabaran kerana ianya lebih mematangkan.

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc4/hs680.snc4/62066_1613610377903_1165601668_31756596_6948528_n.jpg
Sedang menerima hakikat yang aku semakin gelap akibat banyak berjemur.
Penghargaan : Bang Hafiez (Jurulatih merangkap Tukang Ambil Gambar)

Zara : "Kau cantik, betul. Kenapa agaknya orang tak nampak yang kau sebenarnya perempuan?" *terharu* [Ada seseorang yang cakap begini pada aku pada hari Sabtu. Alahai]

Thursday, September 23, 2010

Temubual Proses Mencari Jodoh Eksklusif : Bila Dua Manusia Mempunyai Kepala Sama Berbicara


Temubual 22 September memang buat aku ketawa.
Tidak aku sangka benda yang selama ini aku simpan seorang diri boleh dikongsi dengan seorang teman yang aku kagumi hasil penulisan dia? Ah, mungkinkah disebabkan kami manusia pelik yang tahu bagaimana berhubung sesama manusia?

Aku ini orangnya yang suka duduk seorang diri dan simpan apa yang aku rasa perlu walaupun aku sendiri akan menjadi kurang mengerti mengapa jadi sebegitu. Tapi itu diri aku mungkin.

Dan aku, menangguhkan butir bicara kami dengan meninggalkan 3 perkara yang aku nyatakan kepada kawan aku itu bila ditanya, apakah ciri-ciri lelaki yang aku mahukan.
1. Orang yang tak kuat cemburu.
2. Kalau boleh yang dikira setaraf.
3. Boleh menerima aku yang gila-gila.

Huraiannya?
Tunggu aku balik ke rumah.
InsyaALLAH, jumpa kamu semua dalam masa 4 hari lagi.

Zara : Akan memulakan tugas petang ini sehingga Ahad (26 September 2010) di Kompleks Sukan Pagoh.

Sunday, August 22, 2010

Ramadhan #12 - Kak Zara, Kenapa Bulan Puasa Dah Tak Letak Gambar Sendiri Dalam Blog? Diet Ke?


Salam.
Aku dapat soalan ini di BorangSpring atau Borang Anjal aku. Memang aku gelak gila-gila semasa aku menjawab soalan itu. Disebabkan yang bertanya menggunakan kata ganti nama sebagai Kak Zara untuk aku, marilah Kak Zara jawab ya dik?

Bukan tidak mahu letak gambar, cuma tiada penulisan yang perlu disertakan gambar peribadi tuan punya blog yang biasa-biasa ini. Bahkan, hidup seorang blogger seperti aku yang tersangat biasa ini, ramai yang mengharap, janganlah dia meletakkan gambarnya yang tidak sempurna itu di blog. Rasa mahu muntah dan sebagainya. Bukan tidak pernah orang menyatakan aku terlampau gemuk dan hodoh untuk diletakkan di dalam blog sendiri. Senyum.

Aku tidak tahu adakah soalan yang diajukan itu berbunyi menyindir atau apa, tetapi aku mahu fikir yang positif sahaja. Anggap yang penanya adalah budak yang rindu mahu melihat gambar aku di blog sementelahan gambar-gambar peribadi aku di Mukabuku banyak yang sudah dikunci dari dilihat oleh orang yang bukan rakan.


Ini gambar malam semalam. Waktu sebelum berbuka di kem bersama dengan rakan jurulatih yang lain serta wakil-wakil daripada Pejabat Pelajaran Daerah.


Gambar ini di luar pengetahuan.
Aku ambil daripada Mukabuku TAG (Tukang Ambil Gambar) yang aku panggil Abang Hafiez.
Kasut itu buat kaki aku sakit macam nak patah dua.

Baiklah.
Itu sahaja.
Tidak banyak gambar aku.
Dah kata majlis berbuka puasa, bukan majlis sesi bergambar bersama aku.
Senyum.

Zara : Mengantuk yang amat sangat tetapi aku sedang menunggu sesuatu. Alahai.


Saturday, August 07, 2010

Budak Nakal Mahu Kembali Menulis Seperti Biasa - Mulut Dan Pena Iblis Kau Ibarat Sampah


Salam hari Sabtu semua.
Apa khabar kalian?
Kepada peminat (atau lebih senang pembaca) Legasi Cinta Alisia, insyaALLAH, aku akan menulis kembali selepas ini. Sudah tamat program untuk bulan ini, akan berusaha untuk memburu waktu lapang sebelum aku kembali sibuk dengan acara sekolah dan sebagainya.


Gila gelap sudah aku akibat berbasikal selama 2 hari berturut-turut.
Hoyeah!

Dan macam biasa, bila aku berpergian, pasti ada sampah-sampah yang bertaburan di blog aku. Meninggalkan sisa-sisa celakanya manusia yang pengecut dan penakut dalam sifat dengki yang tidak pernah habis malangnya. Entahlah. Manusia begitu wujud di blog aku membuatkan aku sering tertanya, berapa banyak masa yang dia peruntukkan untuk menulis komentar serta membuat beberapa salinan (hampir seratus juga) dengan tidak berhenti-henti dan menggunakan nama-nama penulis blog yang aku sangat kenali. Aku jujurnya kenal siapa identiti yang kau gunakan, maka selagi kau menulis menggunakan pena iblis, aku jujurnya tidak akan membiarkan komentar kau kelihatan di blog aku.

Kalau pun ibu bapa kau tidak wujud, jangan menghina ibu bapa orang lain sesuka hati. Kau tidak kenal keluarga aku, tidak kenal siapa mereka, maka jangan membuat onar sesuka hati. Lainlah kalau ibu bapa kau seperti hinaan yang kau lemparkan kepada aku. Itu pun aku berasa kasihan kerana kau dibesarkan dalam persekitaran begitu. Atau, adakah kau juga bekerja di lapangan begitu? Awas, jaga zuriat keturunan kau. 

Dan lagi, pencemaran begitu malas mahu diendahkan. Kalau dasarnya sudah sampah, memang akan sentiasa sampah merata-rata. Nah, najis boleh dibuang dan dibersihkan. Palitannya kita bersihkan sambil ketawa riang kerana kotoran degil dan meluatkan tidak perlu dipuja-puja. Natijahnya, orang begitu akan hidup dalam kesengsaraan dengan sakit hati yang entah mengapa tidak mahu berhenti.

Terima kasih pada kalian yang mengerti tentang lapangan tugasan yang aku jalani. Oh, buat yang bertanya kepada aku tentang perkhemahan kali ini, Alhamdulillah, kami berjaya menguruskan 112 orang peserta dan aku baru memuatnaik tidak sampai suku daripada gambar yang berada di dalam simpanan aku. Gila banyak gambar-gambar. Sila pitam kalau kamu memeriksa Mukabuku aku. Senyum.

Dan buat tuduhan yang dilemparkan, kononnya aku mengabaikan murid-murid aku, sila makan sampah yang kau buat. Pengajaran aku, urusan aku. Tidak pernah aku membiarkan murid yang aku tinggalkan kosong tanpa sebarang tugasan dan secara teknikalnya, aku sudah menyiapkan mereka dengan teori yang mereka harus terjemahkan ke dalam bentuk pemahaman dalam tugasan yang aku berikan. Dan buat pengetahuan kamu peminjam pena iblis, perkhemahan kali ini juga ada disertai oleh murid sekolah aku atas urusan yang berkaitan dengan menteri. Ada lagi tuduhan gila kamu? Boleh, simpan dalam otak.

Baru pulang dari menguruskan murid aku yang menyertai pertandingan Sivik dan Kewarganegaraan. Lebih gambar aku letakkan di Mukabuku aku. Ramai juga rakan-rakan yang aku jumpa menghantar peserta dari sekolah masing-masing. Nah, berjumpa mereka sambil bertukar pandangan membuatkan hidup ini lebih bermakna.


Kolam Rangoli - Pelajar Tingkatan Lima.
Kami menang tempat ketiga.

Sejujurnya, biarlah hidup ini ditentukan oleh aku sendiri. Kepuasan yang aku dapat bukan disebabkan oleh mereka yang menyimpan hasad dengki, tetapi lebih daripada mereka yang menyayangi dan menghormati aku seadanya aku. Salam sayang dari bumi berbanjaran Gunung Ledang buat kalian semua.

Zara : Berhenti dari menyaksikan kebebalan manusia yang terlampau sakit akalnya bila melihat kesenangan orang lain. Manusia memang makhluk yang unik dan uniknya manusia mempunyai sifat yang langsung tidak akan digunakan oleh haiwan.


Friday, August 06, 2010

Hari Ini Aku Pulang. Terima Kasih Atas Jagaan Kamu Semua.


Salam semua.
Hari ini aku pulang.


Ini gambar hari ketiga perkhemahan ekspedisi.
Hari kedua sesi keempat aku mengayuh.
*Senyum*

Hari ini hari keempat.
Hari terakhir perkhemahan.
Petang ini akan pulang.
Ramai orang yang aku sudah rindui.

Wednesday, August 04, 2010

Hidup Ini Macam Buku | Di Mana Kedudukan Aku? | Sahabat, Rakan, Teman Atau Sekadar Kawan?


Salam.
Kadangkala, bila aku berada di suatu tempat yang membuatkan aku gembira, aku dengan senangnya membiarkan pemikiran aku melayang mengikut alunan dan gerakan yang tidak menyongsangkan. Dedaunan yang berguguran membuatkan aku tertanya sendiri, di manakah kedudukan aku di dunia ini?


Seperti buku yang akan diselak ke depan dan ke belakang, adakah perjalanan hidup manusia juga begitu?

Entah.
Aku memilih untuk menjalani hidup seperti biasa.
Mengecapi segala yang aku mahukan dengan usaha secara berterusan.
Berdikari itu lambangan jiwa untuk sampai ke puncak jaya.
Kuat atau lemah, itu bukan persoalannya kerana yang pasti, tanpa usaha, segalanya tidak akan bermakna.

Persahabatan.
Itu satu bentuk proses hidup juga.
Tetapi, dimanakah kedudukan aku?
Seorang sahabat?
Teman?
Rakan?
Atau sekadar kawan?
Serta kenalan?

Zara : Inspirasi menulis acapkali terjadi bila aku tidak punya bahan untuk meluahkan. Sakit dengan kebajetan diri sendiri.


Tuesday, August 03, 2010

Dan Hari Ini Seperti Yang Selalunya - Selamat Tinggal Wajah Kesayangan Zara.


Salam semua.
Hari ini akan pergi lagi.
Meninggalkan kedukaan dan melangkah ke arah kegembiraan.
Abaikan sakit bulanan.
Aku rela demi sebuah senyuman.
Yang aku mampu ukirkan.



Selamat tinggal semua.
Jumpa lagi dalam masa beberapa hari.
Yang pasti, aku bakal merindui untuk menulis seperti yang selalunya.
Tinggal kenangan.
Hiburkan kasih sayang.

Zara : Kali ini akan pergi selama 4 hari bermula hari ini hingga Jumaat. Ada ulang tahun kelahiran kawan yang tidak dapat dihadiri, ada kekasih-kekasih gelap yang tidak dapat diladeni, dan aku masih gemarkan diri aku yang kekal sendiri.


Thursday, July 29, 2010

Aku Dan Kamu - Baru Aku Tahu Kenapa Aku Boleh Tidak Rindukan Kamu Lagi Kawan

Hari sibuk.
Hari yang menggembirakan.
Mengayuh basikal sejauh beberapa kilometer selepas mesyuarat petang tadi.
Sambil mengayuh, aku teringatkan seorang rakan aku.
Baru aku tahu kenapa aku tidak rindukan dia lagi.
Sebab jiwa aku dan dia tidak bergerak selari.
Ibarat kayuhan basikal yang tidak dilatih.
Iramanya berbeza.
Dan itu, adalah kami rupanya.


Ini bukan gambar hari ini.
Tapi lebih kurang beginilah aku setiap kali mengayuh.
Senyum.

Aku tahu, kalau aku cakap dengan dia yang minggu depan aku akan kembali ke kem, pasti dia akan membebel lagi. Pasti dia akan cakap begini.

Dia : Pergi kem lagi?
Aku : Ya.
Dia : Tak sudah-sudah keluar.
Aku : Baru dua kali sebelum ni.
Dia : Tapi keluar lama tu. Patutlah Bonda bising.
Aku : Tugasan kot.

Sudah lama tidak mendengar dia membebelkan aku. Bila dia sudah kembali menjalankan tanggungjawab dia sebagai pelajar, nah, aku terbiar begini (aku terbiar ke aku menjauhkan diri? - ketawa). pada aku, dia bukan milik aku sepenuhnya sebagai kawan. Masih banyak orang lain yang memerlukan dia, dan aku kalaupun memerhati dari jauh, hanya dapat berdoa agar kami memandang langit yang sama walaupun seketika. Pelik? 

Zara : Selepas mesyuarat petang tadi, dapat mengayuh basikal (latihan untuk perjalanan program minggu hadapan) aku rasa lega yang teramat sangat. Seperti separuh jiwa aku yang hilang minggu lepas sudah kembali semula. Esok petang perlu ke hospital pula.