Showing posts with label Aksara Keraian. Show all posts
Showing posts with label Aksara Keraian. Show all posts

Friday, October 22, 2010

Nuansa Marga Sakura Tuhfah - Kisah Silam Tanda Manusia Tidak Berubah? Ibu Dan Takut Teknologi?


“Cik Sakura”.
   
Gadis yang sedang terbaring, bersandar di kerusi membuka mata. Seorang jururawat sedang tersenyum memandangnya. Lengan kiri dijeling, mata tertancap ke arah beg darah yang sedang tergantung dibawah. Hampir penuh dengan darah pekat, O positif. Kesejukan bilik di Jabatan Patologi itu sudah sinonim dengan dirinya. Tiga bulan sekali, pasti dia akan menjejakkan kaki di situ.
   
“Cik Sakura”
   
“Ada apa kak?”
   
“Pening ke?”
   
“Eh, takdelah. Saya okay”
   
“Mana teman yang selalu dengan Cik Sakura dulu? Dah lama tak nampak dia”
   
“Oh, Kenzo? Entahlah”
   
“Eh, tidak tahu?”

   
Telefon genggam milik Sakura berbunyi, mengalunkan lagu dendangan Ana Raffali, ‘Tolong Ingatkan Aku’. Nama pemanggil tertera di paparan. Jururawat yang bertanya tersenyum dan mengisyaratkan Sakura menjawab panggilan telefon. Gadis itu menganggukkan kepala dan mengucapkan terima kasih.
   
“Hello”
   
“Sakura Tuhfah”

*******

http://30.media.tumblr.com/GfpKGIs0Wjhl52csJ5TXMvwQo1_400.jpg

“Sakura”
   
“Kenapa Ibu?”
   
“Ada kawan Ibu yang bertanyakan mengenai Sakura.”
   
“Tanya apa ibu?”
   
“Bertanyakan sama ada boleh atau tidak dia datang melamar Sakura untuk anak terunanya.”
   
“Kawan ibu yang mana?”
   
“Datin Umairah, bertanyakan untuk anak lelaki dia yang kerja di Nagoya, Jepun. Dulu pun dia belajar di sana selepas tamat kolej. Khabarnya dari NIT”
   
“Ibu, tahu segala. Habis, apa jawapan ibu?”
   
“Dah orang bercerita, ibu dengar sahaja. Ibu kata ibu kena tanya Sakura dahulu. Ini bukan zaman dahulu, ibu atau ayah boleh paksa anak gadis berkahwin dengan pilihan mereka. Ini zaman blog, Facebook, Twitter. Nanti apa-apa, naik pula nama ibu dalam Internet”
   
“Amboi ibu”

   
Sakura Tuhfah ketawa perlahan sambil memeluk ibu yang melahirkan. Betapa ibu seorang yang sangat memahami dirinya. Memahami keinginan dan impian yang ditanam di dalam diri. Nuansa dirinya berbicara perlahan sendirian, tidak mahu memikirkan terlampau banyak. Soal jodoh sebenarnya bukan urusan manusia semata-mata.
   
“Jadi bagaimana?”
   
“Tunggu dulu ibu”
   
“Sudah ada calon sendiri?”
   
“Apa maksud ibu?”
   
“Manalah tahu. Anak ibu kan sudah berkerjaya sekarang ni”

   
Hanya senyuman mampu diukir oleh Sakura Tuhfah. Biarlah jawapan itu tidak diluahkan pada Ibu yang dikasihi. Belum tiba masa dan saat membongkar rahsia hati, mendedahkan rahsia hati pada dunia yang mungkin tidak mengerti. Dia menunggu lelaki yang mungkin tidak akan muncul lagi. Sudah bertahun dicari tetapi tidak ditemui.

*******

“Kenzo!”
   
“Beritahu saya apa yang berlaku dahulu!”
   
“Itu kisah silam, saya sudah lama lupakan.”
   
“Penting untuk saya tahu”
   
“Keburukan dan keaiban silam. Untuk apa dibongkar semua itu?”
   
“Saya benci bila ternayata Faiq Faisal lebih kenal awak?”
   
“Faiq Faisal?”
   
“Ya. Sudahlah Sakura, cukup. Tiada jalan penyelesaian yang harus ditagih kembali”
   
“Kenzo, dengan dengar cerita Faiq Faisal, sudah boleh buat awak berubah hati?”
   
“Saya ada bukti Sakura!”
   
“Bukti apa?”

   
Kepingan gambar dilemparkan ke arah gadis yang sedang berlinangan air mata. Buntang, terbeliak bulat mata Sakura Tuhfah. Ah, itu semua gambar, cebisan kenangan beku masa zaman jahiliah miliknya. Zaman yang penuh noda dan dosa tanpa kenal langsung erti takut pada hukuman Yang Maha Kuasa.
   
“Ini zaman silam saya”
   
“Kenapa tak pernah beritahu saya?”
   
“Saya cuma tak mahu awak tahu. Kenapa? Awak rasa malu dengan saya?”
   
“Selamat tinggal Sakura Tuhfah.”
   
“Kenzo!”
   
“Tinggal Sakura. Saya salah memilih rupanya. Topeng hitam yang melindungi kegiatan silam awak sudah pecah dan dosa yang cuba diempang mengalir keluar, busuk dan terdedah”

   
Iman Kenzo berlalu pergi meninggalkan Sakura Tuhfah yang terduduk di tepi bangku berukir penuh gaya nusantara. Hujan yang mula menitis perlahan seakan mengerti penderitaan yang ditanggung. Sakura Tuhfah memanggil nama Iman Kenzo tetapi lelaki itu tetap tegar melangkah pergi. Ada air mata yang berlinangan mengalir di pipi lelaki itu.

*******

http://fc04.deviantart.net/fs44/i/2009/093/1/c/__love___by_LimpidD.jpg

Salam semua.
Itu sahaja yang aku dapat paparkan buat kalian. Perenggan-perenggan di atas adalah sebahagian daripada cerpen yang aku tulis di bawah tema dakwah Islamiyah walaupun aku mungkin bukan yang terbaik dalam aspek tersebut. Sila lontarkan komentar kalian sama ada di sana atau di sini untuk penambah baikan di masa akan datang.

Nota Kaki :
1. Kalau ada nama tempat yang kebetulan, itu adalah kerana aku menghargai rakan-rakan yang menjadi sumber inspirasi aku dalam berkarya.
2. Nuansa Marga Sakura Tuhfah melalui proses penambahan dan pengurangan watak sebanyak lebih sepuluh kali serta dicetak berkali-kali apabila aku melakukan proses pembacaan sendiri.
3. Dakwah Islamiyah adalah suatu tema yang berat jujurnya kerana aku tidak pernah menulis sebegitu rupa sebelum ini. Karya ini adalah untuk 'Writer Cup' di Aksara Keraian.

Teruskan pembacaan anda di [Nuansa Marga Sakura Tuhfah]

Zara : Mungkinkah aku manusia yang terlampau beku dan tidak memahami mereka yang berada disekeliling aku dengan perasaan yang jitu? Entah, aku keliru tetapi masih mahu terus memburu.

Tuesday, August 31, 2010

31 Ogos 2010 - Selamat Hari Kemerdekaan Ke-53 : 1 Malaysia Menjana Transformasi | Perarakan


Salam semua.
Salam!

Salam sejahtera.
Salam sejahtera!

Salam 1 Malaysia.
Malaysia 1.

Baiklah, itu cara bagaimana kita harus menjawab apabila seseorang menghulurkan ucapan sedemikian di dalam majlis. Protokol sedemikian diajar di kem yang aku sertai serta menjadi jurulatih. Oh, bercakap mengenai jurulatih, dua minggu selepas raya, aku akan terlibat lagi menjadi jurulatih untuk sebuah program peringkat kebangsaan. Masih di dalam kawasan Parlimen aku. 

Tertarik dengan tema hari kemerdekaan tahun ini, aku mahu mengulas lebih lanjut tetapi disebabkan masa kurang mengizinkan, insyaALLAH aku akan menulis nanti. Mahu bersiap untuk menyertai perarakan (ke beratur sebenarnya?) sempena hari kemerdekaan di Dataran Ledang. Semua guru wajib ke sini hari ini. Kali pertama menyambutnya sebagai guru rasmi. Senyum.


Hari ini kena berarak memakai baju ini.
Baju batik sekolah sempena Hari Guru 2010.

Kena berada di dataran jam 7 pagi. Jumpa kalian semua nanti. Mungkin akan membuat laporan secara langsung menggunakan Twitter dan Mukabuku sahaja nanti. Jaga diri kamu semua. Apakah erti Merdeka bagi kamu semua?


[Aksara Keraian]

- BILA CINTA BERKIBAR DI HATI ( Anuar Kamaruddin )
- BELAHAN JIWA AISHAH MERDEKA ( Shafaza Zara Syed Yusof )
- PUISI LAUNGAN KERAMAT ANAK MERDEKA ( Nazrul Aziz )

Zara : Masih menerima ucapan sempena ulang tahun aku lagi. Eh, sudah dua hari lepas tahu? Senyum. Terima kasih atas ingatan yang tidak terhingga.


Monday, August 30, 2010

Belahan Jiwa Aishah Merdeka | Karya Patriotisme : Cerpen Sempena Hari Kemerdekaan Ke-53


Salam semua.
Sempena hari Kemerdekaan ke-53, aku terlibat dengan satu projek menulis cerpen di Aksara Keraian. Jujurnya, itu kali pertama aku menulis cerpen dewasa ini. Terima kasih kepada Anuar Kamaruddin yang mempercayai aku untuk menulis bersama dengan beliau. Seorang anak muda dan Pengetua yang aku hormati.


[Aksara Keraian]

- BILA CINTA BERKIBAR DI HATI ( Anuar Kamaruddin )
- BELAHAN JIWA AISHAH MERDEKA ( Shafaza Zara Syed Yusof )
- PUISI LAUNGAN KERAMAT ANAK MERDEKA ( Nazrul Aziz )

Sila nikmati cerpen daripada aku dan juga dua penulis lain. Alhamdulillah, sudah boleh dilayari dan aku jujurnya bertuah kerana cerpen itu telah ditambah baik oleh seseorang yang tidak dikenali. Oleh Pengetua aku itu barangkali. Entahlah, tidak kira siapa, Alhamdulillah, Anuar dan Aishah Merdeka bersatu di hujung cerita.

*******

“Papa!”

Jeritan kuat di tepi membuatkan ketiga-tiga lelaki itu menoleh. Wartawan muda itu menghampiri mereka. Anuar memalingkan muka. Malu, takut-takut kalau soalan sebentar tadi diulang semula.

“Aishah, duduk sini. Papa mahu kenalkan dengan kawan papa”

“Oh, Haji Zul”

“Aishah kenal?”

“Tadi sudah temuramah dia”

“Oh, baguslah begitu. Kawan lama Papa. Zul, ini anak aku. Aishah Merdeka”

“Ni yang lahir masa hari Kebangsaan tu ya?”

“Ya pakcik”

“Dah besar rupanya”

“Pakcik, kenapa anak pakcik pegang tangan pakcik dari tadi?”


Haji Zul menerangkan segalanya. Anuar tunduk dan entah mengapa, dia menjeling sekilas ke arah muka Aishah Merdeka yang cukup manis itu. Wajah yang penuh dengan kepuasan setelah semua soalannya sudah terjawab. Gadis itu menghampiri dia.

“Anuar, kita serupa”

“Maksud awak?”
Gadis itu hanya tersenyum dan mengajaknya berdiri untuk sama-sama berikrar Rukun Negara.

*******

Lebih pembacaan boleh menggunakan pautan di atas ya?
Terima kasih kerana masih setia bersama aku yang biasa-biasa ini.
Dan ya, buat mereka yang bertanya apakah yang aku belikan untuk diri sendiri tahun ini selain kereta dan Al-Quran (Ya, nak tunggu hantaran kahwin memang tidak akan dapat. Ketawa.)


Baiklah, ini imej hari ini (30 Ogos 2010)
Kali pertama pakai tudung belang-belang begini. Rasa macam warna PLKN pula.
Maaf jika beliau tidak comel pada mata pembaca, sebab beliau tidak kisah. Ketawa.

Nota Kaki :
1. Sepanjang minggu ini aku bertugas. Sila berikan sokongan padu.
2. Baru dapat surat untuk menghadiri mesyuarat di PPD petang ini. Er, nasib baik hari ini aku pakai kasut yang senonoh. Kalau tidak, macam menjerat diri.
3. Silakan baca cerpen tadi dan kalau ada komentar, sila beritahu aku ya?

Zara : Hari ini bersemangat waja membawa 'suami' tercinta. Jangan tanya kenapa, mungkinkah kini telah berusia? Ketawa.


Thursday, August 19, 2010

Ramadhan #08 - Kejamkah Aku Sebagai Manusia Dan Perempuan Jika Membiarkan Drama Itu Berulang?


Salam.
Aku mungkin seorang pemerhati dan penafsir alam.
Sadisnya manusia beku ini bila dia memerhatikan kemusnahan dengan menutup mata hati. Aku mungkin manusia kejam yang membiarkan marga keras dengan sikap aku yang enggan masuk campur dengan sesuatu yang mungkin hanya membuatkan ada manusia lain yang terasa bahangnya. Aku kejam juga kadangkala.

Drama itu sedang berulang. Gadis itu sedang melalui fasa-fasa warna yang dia sendiri belum sedar akan kesudahannya. Naif dan terlalau mudah percaya barangkali. Aku lihat dia mencoret kata-kata pendek setiap hari di kanvas blognya tanpa ada sesiapa yang mungkin tahu kewujudannya. Cuma mereka yang rapat dengan dia, ataupun aku, manusia yang berjaya menjejak dia disebabkan dia menghulurkan salam tanpa sedar, itu bukan yang seharusnya.

Rona-rona bahagia sedang dia lalui. Tetapi dalam masa yang sama, palitan duka mula dia hadapi. Aku singgah juga di kanvasnya, menulis kata-kata agar dia lebih kuat kerana dia menjadikan tulisan aku, kononnya sebagai sebuah luahan yang mematangkan usia dia dalam bercinta. Dia masih tidak sedar bahawa, kekasih yang dia puja sepenuh jiwa dan menyulam cinta itu pernah mempunyai sejarah silam yang kuat dengan aku juga. Diam. Aku tidak mampu mencoret bicara jika aku tenggelam dengan rasa.

Rentak cerita masih sama.
Berkenalan dengan keluarga walaupun tidak berjumpa. Dihidangkan dengan pujuk rayu keluarga yang tidak mahu kehilangan gadis impian anak lelaki mereka. Sering dihubungi dengan telefon sehingga dia juga sudah jatuh kasih dengan keluarga lelaki itu. Biarlah. Drama itu sudah dilihat dulu. Ini bukan kali pertama, sebab pernah melaluinya. Ini bukan kali kedua sebab pernah lihat watak gadis sudah bertukar banyak rupa. Tetapi kali ini berbeza kerana gadis itu menulis di dunia maya, mencoret segala rasa yang dipendam, malangnya tidak menyedari jika nama dicari menggunakan enjin carian maya (contoh : Google), kebenaran terhidang tanpa dapat disekat wujudnya darah merah menyala.

Diam.
Aku masih berfikir.
Adakah wajar aku memecahkan kulit keras dan menjenguk lebih dalam ke arah drama mereka?
Aku mahu beri lebih banyak masa.

*******

http://keturahweathers.theworldrace.org/blogphotos/theworldrace/keturahweathers/love1.jpg

Dan gadis, kalau kamu betul membaca penulisan aku dengan tepat dan menghayati, mungkin kamu tahu kamu yang sedang aku maksudkan. Aku mungkin lemah menghadapi tulisan kamu disebabkan aku pernah melalui sesuatu seperti itu. Kesakitan kau mungkin tidak sehebat aku dahulu, tetapi melihat apa yang kamu lalui buatkan aku tertanya-tanya sesuatu, adakah kamu wajar aku bantu atau hanya duduk diam di tepi, dan membatu?

Dan gadis, mungkin kau juga tidak tahu aku sedang memaksudkan kamu. Tidak mengapa. Kau masih boleh bersenandung kepada kekasih kau itu. Dia mungkin akan menghentam aku semula jika dia tahu kelemahan dia sudah terbuka sedikit demi sedikit pada dunia.

*******

Sementara itu wahai teman-teman aku sekalian, bagi sesiapa yang mengikuti novel aku, Legasi Cinta Alisia Bab 38 sudah boleh dilayari sekarang di Aksara Keraian.


[Legasi Cinta Alisia Bab 38]

Zara : Aku menulis jika aku mahu menulis. Aku membaca bila-bila masa kerana aku tahu dengan membaca, aku sedang menyelami dunia yang masih penuh dengan tanda tanya yang tiada jawapan akan bergolek di hadapan mata.


Monday, July 26, 2010

Buku Kenangan - Hutang Kepada Manusia Dan Kehidupan | Tumpahnya Darah Di Tepi Gelanggang


Manusia.
Makhluk yang dicipta dari segumpal tanah.
Dan pastinya kita akan kembali ke sana.

*******

Jauhkan aku dari manusia yang tidak mahu menyatakan kebenaran kecuali jika ia berniat menyakiti hati, dan dari manusia yang bersikap baik tapi berniat buruk, dan dari manusia yang mendapatkan penghargaan dengan jalan memperlihatkan kesalahan orang lain. 
(Kahlil Gibran)

*******



“Sakit!”

“Tahu pun kau sakit, tapi kenapa kau mesti sebarkan fitnah begitu?”

“Kau milik aku Dzal Aidi!”

“Jangan menyemak dalam hidup aku lagi!”

“Kalau aku tidak dapat memiliki kau, Alisia juga tidak akan dapat!”

“Pang!”

   
Johaina jatuh tertiarap di lantai sekali lagi. Dia bingkas bangun dan berdiri menghadap Dzal Aidi. Lelaki itu tidak akan berhenti kalau dia tidak puas hati, itu Johaina sangat mengerti. Matanya direnung seperti mahu tembus kepala lelaki bajingan miliknya itu. Hati sendiri sudah terkoyak bagai picisan kertas, masih berani lelaki itu mahu mendabik dada memandangnya.

“I just told her the truth!”

“What’s the point?”

“So that she’ll realized, you are mine”
   
“I’m yours? In your dream!”
   
“You are the father of my baby!”
   
“What?!”
   
“Yes, I’m pregnant”

   
Dzal Aidi termangu melihat Johaina yang mula tersenyum lebar. Sengaja dia menyimpan cerita itu sendirian. Mahu melihat muka terkejut Dzal Aidi, biarkan lelaki itu tahu benihnya sudah berkembang di dalam rahimnya. Senangkan hati melihat wajah jejaka idaman itu bertukar pucat.
   
“Nope, it’s not my child”
   
“Yes, you are.”
   
“Nope!”
   
“Yes darling”
   
“You’re bitch, slut!”

   
Johaina hanya ketawa kuat. Sebelum sempat dia memalingkan wajah, satu benda kuat dihentakkan ke atas kepalanya. Dunia kelam, gelap gelita. Cuma satu jeritan kepuasan yang menyentak ke dalam telinganya.

*******

Periksalah buku kenanganmu semalam, dan engkau akan tahu bahwa engkau masih berhutang kepada manusia dan kehidupan.

(Kahlil Gibran)

*******



“Alisia!”
   
“Tariq? Buat apa di sini?”
   
“Menunggu awak?”
   
“Sudahlah Tariq. Kak Alisia ada kerja lagi ni.”

   
Alisia berjalan selaju mungkin menuju ke arah keretanya. Dia menoleh ke belakang. Tariq Lutfi sudah tiada. Barangkali sudah pergi dari gelanggang bola keranjang yang biasa digunakan untuk melatih para pemainnya. Alisia menarik nafas lega. Pintu kereta ditarik perlahan, mahu menunggu di dalam sementara pemainnya tiba.
   
“Alisia”
   
Terasa seseorang memeluknya dari belakang. Puas dikilas tetapi masih tidak berganjak pelukan itu. Kepalanya ditoleh dan sengihan lelaki itu sudah cukup mendebarkan.
   
“Lepaskan Kak Alisia, Tariq!”
   
“Tak mahu”
   
“Lepaslah!”
   
“You’re mine”
   
“Please Tariq. Rasional sikit”
   
“If I don’t get you, nobody can”

   
Wajah gadis itu mula pucat. Badannya meronta-ronta untuk melepaskan diri. Tariq Lutfi ketawa sepuas hatinya. Alisia menjerit meminta pertolongan, tetapi nampaknya tiada siapa di kawasan tersebut. Dia berdoa agar pemain-pemain bola keranjang cepat tiba. Rontaan semakin kuat tetapi lengan lelaki itu semakin kejap.
   
“Dush!”
   
Tariq Lutfi terbaring ke tanah. Ady Haqim kelihatan baru menendang lelaki itu. Tangan Alisia dipegang erat.
   
“Pergi dari sini! Jangan ganggu cikgu aku.”
   
“She’s mine!”
   
“I don’t bother bout it, but you hurt her. She’s my teacher. Get lost or I’ll call the police”

   
Tariq Lutfi berlari meninggalkan Ady Haqim dan Alisia Rayyan. Dia menyumpah kuat di dalam hati. Gagal rancangannya hari ini, tetapi mungkinkah dia akan kembali. Langkahnya terhenti apabila dia menyedari sesuatu tersangkut di dalam poket seluarnya. Segera ditarik keluar dan dia tersenyum girang.
   
“You’ll pay for that Alisia”
   
Dia berpatah balik dan mengintai dimana Alisia berada. Gadis muda itu sedang memeriksa bola di dalam kantung bola simpanan. Para pemainnya sedang berhimpun di gelanggang. Gadis itu dihampiri sesenyap mungkin.
   
“Ouch!”
   
Darah pekat membuak-buak dan satu tubuh terjatuh menyembam tanah

*******
Selamat membaca Legasi Cinta Alisia Bab 32 di Aksara Keraian.
Moga ada sesuatu yang boleh dipelajari bersama kali ini.
Dan akhir kalam, aku sedang dihimpit kesibukan.
Maaf kerana mengambil masa yang agak lama untuk menulis.
Maaf.

Zara : Hari ini aku menunggang motosikal ke sekolah. 45 kilometer bukanlah satu jarak yang jauh kan? Senyum.

Wednesday, July 14, 2010

Tariq Lutfi - Cinta Akan Menyatukan Kita Dalam Kehidupan Yang Akan Datang Sayang


Tariq Lutfi.
Pelukis muda yang sedang membina empayar.
Memilih untuk jauh dari keluarga.
Untuk meneruskan cita-cita dan juga dekat dengan gadis yang dipuja.

"Jika cinta tidak dapat mengembalikan engkau kepada ku dalam kehidupan ini, pastilah cinta akan menyatukan kita dalam kehidupan yang akan datang." 
(Kahlil Gibran)

*******

“Macam mana awak tahu saya di sini?”

    “Teknologi Alisia, saya akan tahu dengan tepat”

    “Salah.”

    “Apa yang salah? Saya tidak akan lupa nama awak”

“Bukan Alisia”

    “Habis tu?”

    “Bukan Alisia, tapi Kak Alisia.”

    “Apa maksud awak?”

    “Kak Alisia, itu baru tepat”

    Tariq Lutfi melepaskan ketawa perlahan. Seperti mahu memperkecilkan apa yang dinyatakan oleh Alisia Rayyan. Lucu sekali wanita muda yang berdiri di hadapannya kini. Wajah yang dirindui selama ini meluahkan sesuatu yang tidak akan memberikan sebarang impak kepada dirinya.

    “Jadi, saya adik awak?”

    “Adik kepada seorang kakak”

    “Adik tidak akan pernah cakap dia cintakan kakaknya. Sayang mungkin, tapi bukan cinta”

    “Sebab itu, kita adik dan kakak sahaja”

    “Lawak!”

    “Tiada apa yang lucu, itu kenyataan.”

    “Saya cintakan awak. Tariq Lutfi cintakan Alisia Rayyan, bukan adik Tariq sayangkan Kak Alisia!”

    “Sudahlah Tariq. Kak nak gunakan gelanggang ini, sila ke tepi. Atau lebih baik, pulang sahaja”
    
“Saya datang untuk tunjukkan pada awak, saya bukan lagi budak lelaki yang mencintai seseorang secara senyap-senyap, tetapi saya lelaki dewasa yang cintakan wanita pujaannya”

    “Jangan memasang angan-angan lagi Tariq. Kak Alisia nak gunakan gelanggang. Sila ke tepi atau pergi”

*******

“Hello”

“Hi Alisia. Thanks for signed that form”

“No big deal. You should tell me about it earlier.”

“My bad, sorry.”

“It’s okay. Please meet Madam Badariah and settle everything with her”

“I will. Alisia...”

“Correction, Kak Alisia”
   
“Your feminine figure stirs up my heart”

“Watch out your mouth!”
   
“That back of yours is too beautiful, just like an amazing butterfly.”
   
“Enough Tariq, or else I’ll slap your face”
   
“Why don’t you turn and slap me?”

   
Alisia berpaling dan susuk tubuh tinggi lampai milik Tariq Lutfi sedang berdiri di belakangnya sambil tersenyum nipis melihat wajah terkejut dengan mata terbuntang milik gadis idaman yang menganggapnya sebagai adik lelaki. Betapa sakitnya perasaan itu apabila mengenangkan cinta pertama dia sedang berdiri di hadapan mata tetapi tidak mampu digapai.
   
“Dah berapa lama awak di belakang kak?”
   
“Baru sekejap sebenarnya. Awak leka bercakap, maka tidak sedar saya menghampiri awak”
   
“Lain kali jangan buat begitu dengan kak. Awak selesaikan segalanya dengan pegawai kolej, apa-apa hal telefon kak Alisia ya?”
   
“Dah nak balik?”
   
“Tak perlu buat suara lirih. Yes, I’m going back home. It’s Saturday lil bro”
   
“Why don’t you stay for awhile?”
   
“For what?”
   
“We’ve lunch together. Sebagai tanda terima kasih saya pada awak”
   
“No need. Ini tanggungjawab seorang kakak pada adik dia. Selamat tinggal Tariq”
   
“Tunggu Alisia!”

   
Gadis itu terus masuk ke dalam kereta miliknya dan bergegas pergi tanpa sebarang kata lagi. Sudah cukup dia mendengar kata-kata daripada  Tariq Lutfi. Semakin dilayan, semakin menjadi-jadi budak itu. Alisia risau dia kehilangan kesabaran yang pastinya semakin menipis ini.

Tariq Lutfi tersenyum dan menggelengkan kepala. Telefon milik peribadi dikeluarkan daripada poket seluar dan aplikasi Twitter dan Foursquare dibuka. Nama Alisia Rayyan dicari dan paparan wajah yang tersenyum manis itu ditatap puas sambil mengetap bibir.
   
“Alisia, you can run but you can’t hide. I’m going after you darling”


[Legasi Cinta Alisia Bab 31]

Salam semua.
Lebih pembacaan boleh diteruskan di pautan yang disediakan di bawah gambar. Oh ya, aku bakal bepergian selama 3 hari lagi. Kamu semua jaga diri ya?

Zara : Surat salah tarikh, aku yang bertempiaran.


Sunday, July 04, 2010

Memahami Teman Dalam Semua Keadaan | Menuai Cinta Sehingga Perpisahan Menyedihkan Tiba


Dan manusia penuh hina kembali.
Memperdagangkan sebuah karya picisan buat tatapan semua.

*******


[Legasi Cinta Alisia Bab 29]

“Jika kamu tidak memahami teman kamu dalam semua keadaan, maka kamu tidak akan pernah memahaminya sampai bila-bila.”
(Kahlil Gibran)

*******

Dwen Zaff ketawa kecil melihatkan abang dan cikgunya tunduk malu. Ah, mengenakan mereka sekali sekala apa salahnya. Gembira hati Dwen Zaff melihatkan Brian Zaff Chia Hau sudah kembali ceria. Memang benar kata abangnya, senyumannya hilang bila membelakangkan hati Alisia.

“Buat apa di sini?”

“Jogging”

“Oh, baguslah”

“Baiklah, tidak mahu menganggu lagi. Jalan dulu.”

“Hati-hati!”


Dwen ketawa dan berlari semula ke arah kawan-kawannya yang menunggu di bawah pokok. Melambaikan tangan dan berpaling, berpaut bersama dengan teman-teman yang sering menghabiskan masa bersama.

“Anak yang baik.”

“Siapa?”

“Dwen”

“Saya ni?”

“Abang yang baik.”

*******

Manusia tidak dapat menuai cinta sampai dia merasakan perpisahan yang menyedihkan, dan yang mampu membuka fikirannya, merasakan kesabaran yang pahit dan kesulitan yang menyedihkan.
(Kahlil Gibran)

********
Alisia mengeluh perlahan. Malas sebenarnya mahu membongkarkan rahsia yang terpendam, tetapi mengenangkan Zahrin Dzal Aidi tidak akan berhenti memburu hingga dia puas hati, Alisia nekad. Tas tangan dicapai dan telefon genggam dikeluarkan. Tangan ligat melarikan jemari di atas telefon tanpa papan kekunci itu. Skrin sentuh sudah comot dengan pergerakan pantas tersebut. Bila dijumpai apa yang dicari, Alisia menyuakan telefon itu di hadapan Dzal Aidi.

“Awak tengok sendiri, saya dah malas”

“Mana awak dapat ni semua?”

“Ada nombor di situ kan? Awak mesti lebih kenal siapa”

“Tapi...”

“Awak nak menafikan? Nak kata gambar lama?”

“Bukan...”

“Habis itu apa? Saya dah penat dengan tuduhan yang dia lemparkan buat saya. Saya jadi benci dengan diri sendiri setiap kali benda ini terjadi”

“Tapi Alisia...”

“Cukuplah Dzal Aidi. Awak pernah campak cinta saya, cinta kita ke laut. Sekarang ini saya mahu memulakan hidup baru. Lupakan saya, pergilah dakap dia yang awak habiskan masa bersama.”

“Saya tak boleh hidup tanpa awak Alisia”

“Jangan buat lawak di sini. Kembalikan telefon saya, banyak lagi urusan yang perlu dibuat. Selamat tinggal Dzal Aidi. Assalamualaikum”

Gadis itu masuk ke keretanya dan enjin mengaum, membawa kereta itu meluncur laju, meninggalkan Dzal Aidi yang termangu di tepi keretanya. Jahanam Johaina! Tergamak dia menghantar gambar mereka bersama tempoh hari pada Alisia. Nampaknya peluang memiliki Alisia semula bertambah tipis. Telefon diambil dan nombor didail dengan pantas.

*******

“Awak pakai kasut apa?”

“Kasut yang biasa”

“Oh, kasut yang baik akan menemukan kamu dengan orang yang baik.”

“Maksudnya kamu ke?”


Sehelai kertas diletakkan oleh Adam di atas meja lalu berlalu pergi tanpa sebarang kata. Alisia menarik kertas itu dekat dengan diri dan apa yang dibaca semakin sukar untuk dihadam dan diselami.

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc4/hs100.snc4/36355_129432983761154_100000833592291_139922_1821340_n.jpg

Nota Kaki :
1. Selamat membaca Legasi Cinta Alisia Bab 29.
2. Runut Irama Jiwa Kita mungkin akan menyusul nanti.
3. Luahan hati aku kadangkala tersirat dalam metafora hanya mereka yang mengerti.

Zara : Aku semakin tenat. Ubatan yang diambil tidak menunjukkan kesan. Apakah mungkin selepas ini aku akan tiba di penghujung jalan?

Thursday, July 01, 2010

Saat Tangan Laki-Laki Menyentuh Tangan Seorang Perempuan, Mereka Telah Menyentuh Hati Keabadian

Cuaca : Hujan.

“Cinta tidak menyedari kedalamannya dan terasa pada saat perpisahan pun tiba. Dan saat tangan laki-laki menyentuh tangan seorang perempuan mereka berdua telah menyentuh hati keabadian.”
(Kahlil Gibran)

*******

http://i108.photobucket.com/albums/n32/1Anime_Princess/Anime%20Couple/Hold_In_Arms_Anime.jpg

“Awak boleh bangun?”

“Kalau boleh bangun sendiri, saya dah bangun dari tadi. Boleh awak pergi bilik guru dan minta tolong sesiapa datang papah saya?”

“Buat apa sedangkan saya sudah tersedia di sini?”

“Awak lelaki Danish. Kurang elok dipandang orang.”

“Salah tu, saya doktor dan awak sakit. Maka saya wajib menolong awak. Ayuh.”

“Janganlah Danish!”

“Diam Alisia.”


Danish Aryan dengan pantas merangkul pinggang Alisia dan mendukung gadis itu. Alisia meronta untuk turun tetapi Danish semakin mengeratkan dukungan, malah kelihatan seperti menatang guru muda tersebut.

“Boleh tak awak jangan keraskan diri? Susah saya nak bawa awak. Lembutkan sedikit badan tu. Kalau tidak keberatan, boleh letak tangan awak di leher saya?”

“Eh, turunkan saya. Awak tak perlu dukung saya begini. Papah saya dah cukup dah”

“Degil awak ni Alisia.”

“Please Danish”

“Nope. Peluang ini mungkin hanya datang sekali seumur hidup”

“Awak ambil kesempatan!”

“Awak boleh cakap apa sahaja. Baru sampai di tingkat dua ni. Saya hantar awak ke ambulans terus ya?”


Alisia Rayyan hanya menganggukkan kepala. Sudah penat mahu bertekak dengan Danish Aryan. Biarlah lelaki itu mahu buat apa yang terbaik. Apa yang dia mahu sekarang ini adalah mendapatkan rawatan dan berdoa agar tiada berita yang kurang enak tersebar jika ada mata yang melihat keadaannya saat ini.

*******

“Setiap orang muda pasti teringat cinta pertamanya dan mencuba menangkap kembali hari-hari asing itu, yang kenangannya mengubah perasaan direlung hatinya dan membuatnya begitu bahagia di sebalik  kepahitan yang penuh misteri.”
(Kahlil Gibran)

*******

“Saya berkawan awak kerana hati awak, bukan wajah awak. Wajah awak penting tetapi selagi awak belum bersedia untuk menunjukkan siapa awak pada saya, saya tidak akan paksa. Saya bukan manusia jenis memaksa orang lain”

Bunyi bergemerincing kedengaran mematikan lamunan Dzal Aidi. Ah, sangat dikenali loceng kaki itu. Milik si runcing Johaina yang pasti terus memburunya hampir setiap masa walaupun di antara mereka sudah tidak punya apa-apa. Perkenalan di kolej suatu ketika dulu hanya membawa duka yang ditanggung sepanjang hayat. Pintu terkuak tanpa sebarang amaran dan wajah mulus menggoda terjengul.

“Hai Zahrin”

“Yes Johaina.  Anything that I can do for you?”

“Tonight please entertain me honey. I’m bored”

“Sorry, but I don’t have time for that kind of things anymore.”

“No excuse Zahrin. I’m waiting at my condo as usual”

“There’s no more usual okay?”

“Oh, my bad. Like the old days”

“I’m not going. Get out Johaina”

“You make me laugh Zahrin. I know you’ll come honey, gonna waiting anyway. Bye”

Johaina ketawa mengekeh penuh menggoda. Ini pejabat, maka dibiarkan sahaja Zahrin Dzal Aidi dengan kata-kata sebentar tadi. Pintu ditutup kembali dan  Dzal Aidi hanya mampu menghembuskan nafas, mengeluh perlahan dan menarik nafas dalam-salam. Ah, celaka badan atas dosa-dosa silam.

*******


[Legasi Cinta Alisia Bab 28]

Nota Kaki :
1. Akan berusaha melunaskan Legasi Cinta Alisia Bab 29 jika punya kesempatan malam ini.
2. Sudah ada orang menggoda aku agar ke rumahnya kenduri malam ini dengan menghantar macaroon dan kek keju yang sangat sedap. Oh, tergoda aku dengan kesedapan makanan itu.
3. Sejuk, hujan lebat.

Zara : Tersenyum riang memandang makanan yang enak. Oh, gila.

Friday, May 14, 2010

Adamaya : Kembara Mencari Cinta. Aksara Keraian : Legasi Cinta Alisia Dan Enigma Dalam Domino


Salam semua.
Ada sesiapa yang masih demam dengan drama Adamaya?
Senyum.
Ramai yang mencari dan membaca di sini.
Ribuan terima kasih aku ucapkan buat kalian.

Kembara Mencari Cinta.
Adam Menulis Novel Untuk Maya : Kembara Mencari Cinta.
Kejutan yang dibuat oleh Adam untuk Maya. Adam menulis novel untuk Maya, walaupun hakikatnya Maya yang mahu menulis novel buat suami tercinta. Oh, itu impian ketiga Maya selepas impian pertama untuk mengelilingi dunia dan menyambung pelajaran hingga ke peringkat Doktor Falsafah.

Walaupun di dalam drama tidak dinyatakan apa yang ditulis oleh Adam di dalam cerita itu, aku merasakan ianya pasti adalah tulisan tentang bagaimana cinta Adam terhadap Maya dan usaha yang dilakukan olehnya untuk mendapatkan cinta Maya sejujurnya.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiuzlEfSofsmNHiTr8-kCAi4FAT_osowj76mvG8M5K3GaJdUAHbapZOXyGkJBUHzMVvtsD9aAZPaknpJ3aZw9OZGp6TsagHSl3czg6zj1cm0eViZCU9TIeCwl2lejs2YYgKk9RllvehDgF8/s400/adamaya.jpg
"Adam, awak tidak mahu jadi anak didik (baca : protege) saya?"

Baiklah, itu telahan aku sahaja.
Apa pula pendapat kalian yang membaca ini?
Kelihatan semalam seperti banyak naskahnya, ada di jual di pasaran kah?
Entah.
Kalau ada wujud dan nyata, khabarkan kepada aku ya?
Senyum.

Sekarang, mari kita bicara tentang Aksara Keraian dan aku.
Alhamdulillah, aku sudah punya seorang protege bagi melunaskan tugasan di dalam Aksara Keraian.
Maksudnya, ada generasi pelapis bagi kami yang menulis ini.

Legasi Cinta Alisia karya Shafaza Zara Syed.
InsyaALLAH, jam 4.05 petang ini kalian boleh melayarinya untuk mengetahui kesinambungan perjalanan manusia yang bernama Alisia Rayyan Daniel Abdullah dalam mencari cinta sejatinya. Mungkinkah menjadi hak milik Brian Zaff Chia Hau, Danish Aryan ataupun Hizami Helmi Harith Stephen, mari kita saksikannya nanti.



Sedikit sedutan...

"Alisia, awak sukakan Khalil Gibran bukan?"
"Kenapa?"
"Pasti awak tahu puisi tentang Layla."
"Ya"
"Saya tujukan ini khas untuk awak, walaupun bukan saya sendiri yang menulis"

"Kemarilah, kekasih ku. 
Kemarilah Layla dan jangan tinggalkan aku. 
Kehidupan lebih lemah daripada kematian, tetapi kematian lebih lemah daripada cinta. 
Engkau telah membebaskan ku, Layla dari siksaan gelak ketawa dan pahitnya anggur itu. 
Izinkan aku mencium tangan mu, tangan yang telah memutuskan rantai-rantai ku. 
Ciumlah bibir ku, ciumlah bibir yang telah mencoba untuk membohongi dan yang telah menyelimuti rahsia-rahsia hati ku. 
Tutuplah mata ku yang meredup ini dengan jari jemari mu yang berlumuran darah. 
Ketika jiwa ku melayang ke angkasa, taruhlah pisau itu di tangan kanan ku dan katakan kepada mereka bahawa aku telah bunuh diri kerana putus asa dan cemburu. 

Aku hanya mencintai mu, Layla dan bukan yang lain. 
Aku berfikir bahawa lebih baik bagi ku untuk mengorbankan hati, kebahagiaan dan kehidupan ku daripada melarikan diri bersama mu pada malam pernikahan mu. 
Ciumlah aku, kekasih jiwaku sebelum orang-orang melihat tubuhku. 
Ciumlah aku, ciumlah, Layla..." 
(Kahlil Gibran)

"Untuk apa bait ini awak tujukan buat saya?"
"Perlukah saya jelaskan lagi?"

Enigma Dalam Domino karya Farhan Hassan
Akan ke udara buat kali pertama di Aksara Keraian pada petang ini, hasil garapan anak muda yang menjadi protege aku ini berkisarkan kepada jalur misteri thriller. Sesuatu yang segar dijanjikan buat tatapan kalian semua dan diharapkan komen yang membina dapat diberikan kepada penulis muda ini.

[Bab 1 boleh dilayari di Aksara Keraian jam 4.05 petang ini]

Itu sahaja buat masa ini.
Aku sedang menggarap Legasi Cinta Alisia sebelum ke sekolah petang ini.
Selamat membaca buat kalian semua.
Bukan sekarang, tetapi jam 4.05 petang nanti ya?
Senyum.

Nota kaki:
1. Perlu tidur di sekolah malam ini.
2. Esok ada sekolah ganti.
3. Terpaksa melupakan hasrat untuk berkumpul dengan teman-teman.
4. Sudah hampir 20 keping jemputan majlis perkahwinan aku terima. Pitam.
5. Masih ada masa buat sesiapa yang mahu menyertai pertandingan yang aku anjurkan.

Zara : Usai tiba di rumah. Berlari mendakap Bunga Jiwa. Ah, walaupun ia sekeping layangan beku masa, dia tetap yang terbaik menjadi Empunya Marga. Ah, rindunya pada sumber inspirasi aku itu.

[Pertandingan] Tekan sini untuk mengetahui lebih lanjut tentang syarat penyertaan.  

Monday, May 10, 2010

Bila Brian Zaff Chia Hau Melamar Alisia Rayyan - Hizami Helmi Pula Mendendangkan Lagu Matahariku


Desiran bayu senja bertiup perlahan. Serakan daun-daun berterbangan ke dalam gelanggang menyaksikan dua insan yang saling memerhatikan satu sama lain tanpa menghiraukan alam sekeliling. Bagai masa dibekukan dan dunia ini hanya punya mereka berdua. Sepi tanpa sebarang unsur luar dan bahasa badan sahaja merakamkan perbualan deria mereka.
  
  “Alisia”
  “Melamar untuk apa?”
“Awak rasa?”    
“Entah, mana saya tahu”
    
Brian Zaff Chia Hau melepaskan nafas melalui mulut perlahan. Gelodak di jiwa ditenangkan sambil menyumpah di dalam hati. Berhenti  bergendang wahai jantung, jangan panggil si tukang pemukul besi terus membunuh sarung dan saraf jiwa seorang hamba yang mini.

http://www.deshow.net/d/file/cartoon/2009-03/sweet-couple-cartoons-468-32.jpg

“Hai Liya”
    “Awak buat saya terkejut!”
    “Balas dendam memang manis wahai cik adik sayang”
    “Ah, itukan sudah lama dimaafkan?”
    “Mungkin, tetapi belum boleh dimaafkan”
    “Jahat kamu”
    “Tapi macam saya pernah nyatakan dahulu, kamu lebih manis memakai baju kurung magnolia sambil senyum sendirian. Itu lebih berharga tahu?”
    “Ah, gila”
    “Eh, mahu menikmati matahari dengan saya?”
    “Sila jangan menyanyi.”
    “Mana kamu tahu?”
    “Bukan baru kenal kamu”
    “Ah, sudah lama tak menyanyi depan kamu. Boleh kan?”
    “Suka hati kamu”
    
Hizami Helmi Harith Stephen tersenyum lembut. Gadis muda itu sudah berbaring di atas rumput dan menikmati matahari yang memancarkan sinar cahaya megah. Merah saga menghiasi inci langit dan dia berseyukur kerana masih mampu menikmati isi dunia.
   
“Kata nak menyanyi?”    
“Oh, baiklah. Dengar ya?”
   
Hizami Helmi duduk di sebelah Alisia dan mula mengalunkan lagu dendangan penyanyi dari Indonesia, Agnes Monica berjudul ‘Matahariku’. Alisia menutup mata dan menghayati bait demi bait nyanyian dendangan Hizami Helmi. Ah, lelaki itu akan menyanyi kalau hatinya dirundung duka.
Tertutup sudah pintu, pintu hatiku
Yang pernah dibuka waktu hanya untukmu
Kini kau pergi dari hidupku
Kuharus relakanmu walau aku tak mau

Berjuta warna pelangi di dalam hati
Sejenak luluh bergeming menjauh pergi
Tak ada lagi cahaya suci
Semua nada beranjak aku terdiam sepi

Dengarlah matahariku, suara tangisanku
Kubersedih karna panah cinta menusuk jantungku
Ucapkan matahariku puisi tentang hidupku
Tentangku yang tak mampu menaklukkan waktu
   
    Alisia membuka mata dan Hizami Helmi sedang berjuraian air mata di tepinya. Sedih, itu pasti sedang menyelubungi lelaki itu. Serba salah melihat lelaki itu begini. Mengengsot ke tepi Hizami dan menghulurkan tisu. Lelaki itu menyambutnya dan entah bagaimana, terus memeluk Alisia.

    “Beri saya pinjam bahu kamu sebentar, sekejap sahaja. Bahu kamu mampu buat saya bahagia”
    
Alisia bungkam tanpa sebarang kata. Ditolak lembut pelukan lelaki itu dan entah mengapa, ada bibir yang sedang mencari mangsa, terhijab dengan sinaran mata, akibat kehilangan matahari diri yang sirna.
    
“Prak!”
“Ouch!”

*******

Selamat melayari Legasi Cinta Alisia Bab 19.

 

Saturday, May 08, 2010

Awak, Saya Akan Lindungi Awak Kerana Awak Separuh Dari Nyawa Saya. Ini Janji Saya Pada Awak.


Awak Dan Saya.
Ini mungkin kisah kita.
Ini kebarangkalian bagaimana kita boleh bersama.
Awak, saya dan perahu cinta.
http://www.deshow.net/d/file/cartoon/2009-03/sweet-couple-cartoons-468-8.jpg

 Jam 03.15 Petang.

"Awak, saya akan lindungi awak kerana awak separuh dari nyawa saya. Ini janji saya pada awak."

"Terima kasih" 

"Masih ada peluang untuk bersama?"

"Tidak. Saya sudah menjadi kepunyaan seseorang."

*******

Embun menitis di celahan kelapa.
Awan kelabu berarak perlahan.
Neon dan kilatan argon saling bergantian.
Hati sejuk mendengar suara dari peti.

Matahari menjenguk dari celahan gunung.
Pulau terbentang di anak mata.
Bayangan pantulan buat diri mengejar mencari sinar.
Adakah bakal menyinari laluan bahagia?

Lontar diri keluar dari sarung nyawa.
Tinggalkan kulit dan berlari.

Renung laut dan singkirkan kesakitan sendirian. 
Senyum dan mengira butiran pasir sambil ukir nama di pantai. 
Benci dengan rasa yang cuba menyelit di dalam jiwa, menghiris bagai belantan penuh racun bersira limau nipis tajam menikam. 
Awan, bawa aku pergi dari dunia ini.

Shafaza Zara Syed Yusof
Hotel Seri Malaysia Mersing
08 Mei 2010 

*******

Pertandingan sedang berlangsung. Anda semua dijemput untuk menyertainya.

Zara : Legasi Cinta Alisia  Bab 18 sudah boleh dilayari sekarang.