Showing posts with label Suntikan Vaksin H1N1. Show all posts
Showing posts with label Suntikan Vaksin H1N1. Show all posts

Wednesday, July 28, 2010

Bila Artis Bernama Ariff Shah Menulis Tentang H1N1, Aku Juga Mahu Berkongsi Pengalaman Peribadi.


Salam semua.
Terdapat banyak komentar yang aku terima mengenai tulisan aku tentang perokok di bawah. Terima kasih diucapkan kepada yang berkongsi pendapat dan hampir kesemuanya sudah aku siarkan kecuali dari orang yang tiada akal. Ketawa.

Tajuk itu juga menjadi isu yang telah mendapat perhatian di Mukabuku aku, pendapat dari kenalan yang aku hormati. Ah, nasib baik tiada pertikaman kata-kata yang berlaku dan Alhamdulillah, semuanya terkawal. Perlu diingatkan bahawa aku tidak memandang rendah orang yang merokok disebabkan ada saudara mara  serta rakan aku yang juga perokok. Cuma, kalau merokok, perlulah mengambil kira pandangan orang sekeliling. Itu sudah lebih cukup buat aku, bila orang yang mahu merokok, mengambil tempat yang sesuai. Senyum.

Baiklah. Tadi aku ada menerima soalan di Borang Spring, daripada seorang yang tidak dikenali mahu aku meletakkan gambar konvokesyen aku yang aku simpan kemas di dalam album di Mukabuku. Ya, walaupun aku letak pautan itu di blog Ariff Shah, memang hanya kawan sahaja yang boleh melihat gambar tersebut. Oh, atas beberapa perkara yang berlaku sebelum ini, memang aku sangat perlu berhati-hati.

Ariff Shah menulis tentang pengalaman dia menjadi salah seorang yang disyaki menghidapi H1N1. Aku bukanlah menjadi orang yang disyaki tetapi H1N1 gelombang pertama yang melanda Malaysia tahun lepas sedikit sebanyak membawa tekanan mental (macam berat kan?) kepada aku. Oh, aku berikan kalian peluang menatap gambar yang aku tidak pernah letak di blog sebelum ini. Eksklusif.


17 Ogos 2009
Gambar ketika menerima ijazah.


Ya, kasut itu tiga inci. Memang serba ungu aku.

Dari dua gambar di atas, apakah yang anda dapat simpulkan tentang apa yang aku sampaikan tentang perkaitan pengalaman H1N1? Sila lihat gambar di atas dan perhatikan figura-figura yang menjadi latar belakang di dalam kedua-dua gambar yang mahal harganya ini (sebab ditempah untuk diambil). Ya, hampir kesemua figura yang menjadi latar belakang itu memakai topeng muka.

Konvokesyen aku adalah konvokesyen yang mencatat sejarah apabila kesemua graduan berarak masuk dengan memakai topeng tersebut. Sebelum melangkah masuk, semua graduan memakai topeng tersebut dan penyembur tangan disediakan oleh petugas. Memang konvokesyen yang telah menyaksikan dalam lipatan sejarah - wabak penyakit sedang menular.

Ini beberapa hari sebelum hari konvokesyen aku.
Bersedia untuk ke sesi penggambaran bersama teman wanita.
Lokasi adalah di Kampus Selatan juga.

Tidak mahu berbicara banyak. Buat yang bertanyakan soalan tersebut, harap aku sudah berjaya menjawabnya. Oh, kalau ada persoalan kenapa aku panggil Ariff Shah sebagai artis, sila ke blog dia wahai pembaca ku sekalian. Dan ya, aku sudah mengambil suntikan pencegahan vaksin H1N1 dalam dua atau tiga bulan lepas. Moga kita semua terhindar daripada penyakit yang berbahaya. 

Nota Kaki :
1. Sedang berusaha menyiapkan Legasi Cinta Alisia Bab 33 walaupun sudah empat hari selsema. Pening.
2. Cubaan pertama untuk memasak bakso sebagai menu berbuka tadi gagal, maka aku terus mengubah kuah tersebut kepada sup bebola daging. Oh, enaknya bebola daging. Senyum.

Zara : Dan aku sejujurnya hanya mahu ketawa apbila melihatkan unsur-unsur kejatuhan sesuatu dinasti atau kerajaan suatu ketika dahulu sentiasa berulang kembali. Manusia memang tidak pernah belajar daripada sejarah bukan? Hasad dengki dan fitnah itu adalah mengapa kemuncak kejayaan itu punah selalunya.


Saturday, May 22, 2010

Tarik Tudung Depan, Belakang - Kelepet Tudung Kiri, Kanan Masa Peperiksaan Boleh Dapat Jawapan.


Salam semua.
Sudahkah anda membaca ini?
Senyum.
Aku usai mengajar kelas tambahan Matematik untuk murid Tingkatan Dua dan Tahun Tiga.
Murid Tingkatan Dua datang secara mengejut.
Aku pun terlupa bila aku berjanji dengan penjaganya.
Tetapi tidak mengapa, aku suka sahaja.
Walaupun ada terpalit duka lara dalam hati lihat mereka.


Walaupun gambar senget, tapi tetap mahu senyum.
Gila.

Paling suka menjaga peperiksaan. Pelbagai aksi pelajar dapat dilihat. Contohnya, pagi tadi, kertas Sejarah Satu. Soalan objektif. Sibuk aku memerhatikan gaya pelajar menjawab soalan. Ah, macam-macam gaya meniru yang cuba dilaksanakan.

Tarik tudung ke depan = A
Tarik tudung ke belakang = B
Tudung kelepet kanan = C
Tudung kelepet kiri = D

Ini salah satu yang aku dapat kesan pagi tadi. Kelakar yang amat. Tidak termasuk yang batuk-batuk, bersin, ah, taktik lama wahai murid-murid. Bertahun-tahun lepas sudah ada yang meniru gaya begitu. Setakat isyarat mata mahu merenung aku sampai tembus pun tidak mengapa, silakan. Aku redha sebab aku tidak akan berpaling dari terus memandang kamu. Ketawa.

Tangan kiri aku semakin lenguh. Hendak memakai baju sudah jadi satu kesakitan yang amat sangat. Mahu membuka barang yang baru dibeli tadi juga sudah menjadi satu bebas. Aduhai, baru sedikit ujian Allah tatkala aku mahu mengambil ubatan. Senyum.

Nota kaki :
1. Mana matahari aku menghilang?
2. Maaf, tiada Runut Irama Jiwa Kita malam ini.
3. Terima kasih buat mereka yang menyatakan Karya Picisan aku memalukan dunia sahaja.
4. Buat mereka yang menyatakan aku penulis novel Kembara Mencari Cinta, kamu sudah tersilap orang.

Zara : Benar-benar memahami mengapa mengeluarkan sesuatu dari tubuh itu lebih baik dari memasukkan sesuatu. Derma darah lagi senang dan nikmat dari disuntik ubat. -_-"

[Pertandingan] Tekan sini untuk mengetahui lebih lanjut tentang syarat penyertaan.(Tarikh Tutup : 31 Mei)