Sunday, July 18, 2010

Kau Mahu Mencengkam Kehidupan Aku Yang Bahagia? Tidak, Aku Tidak Pernah Lupa Kau Berdada.


Sudahlah.
Biarlah aku mengulit bahagia dengan diri sendiri.
Aku mahu menghirup nikmat menjalani hidup seorang diri.
Apa itu terlalu menggusarkan kamu si busuk hati?

Aku tidak mahu teman-teman disekeliling kamu.
Ini bukan lagi masa aku tak nak kawan dengan kau, kau tak nak kawan dengan aku.
Sudah cukuplah berkepala batu.
Adakah itu petanda aras yang kau memang tidak akan maju?


Dan bila kehidupan itu dilihat dari sudut yang mungkin berbeza dari yang selalunya...

Cahaya dan kesejukan seperti irama.
Aku menari di atas pentas mewah hiasan dunia.
Kau mahu mencabul kesenangan yang aku bina dari air mata?
Padahal ianya sesuatu yang sangat sederhana.
Dan aku bangunkan menggunakan kudrat dan tenaga seorang wanita.
Eh, kau juga berdada.
Tidak, aku tidak lupa.

Kesat peluh, tadah muka bawah hujan yang lebat ke bumi.
Bahagia itu apa yang aku cari.
Kasih sayang itu sahaja yang disemai di dalam hati.
Siapakah kau mahu mencerobohi?

Diam, dan hela nafas sekata.
Ini janji aku pada diri, manusia bernama Zara.
Kalau kau kawan, kau jauh sahaja.
Sebab perbuatan kau hanya undang celaka.
Khabar angin yang kau sebarkan hanya mengundang cela.
Nah, jangan sampai ia membawa bala.

Nota Kaki :
1. Sepanjang hari hujan.
2. Dipagut kesepiaan sewaktu menulis kerana aku kontang ilham. Sudah kembali pulih selepas disuntik semangat cerita Korea.
3. Ada khabar gembira dari negara yang pernah menjadi pangkalan Syarikat Hindia Timur Inggeris. Kawan, kau ceriakan hidup aku sekejap tadi.
4. Twitter aku penuh dengan luahan rasa, aku tahu dan itu sahaja caranya.

Zara : Memang aku bujang. Bujang dan tidak berteman lelaki. Adakah itu satu tiket untuk kau mengata aku sesuka hati dan menyatakan yang aku tidak akan kahwin sampa bila-bila? Kau buat aku ketawa melihatkan dangkalnya pemikiran kau.


6 comments:

ima said...

kak zara,

bessss. peduli pada siapa2 yang kata, sbb kita yg tau diri kita.

heee~emo pulak. sory. :D

ismimaizura said...

pedulik la ape org nk kte..yg pting kita thu spe kita kan kan..

sabo ye ^__^

Azrul Hisham said...

ku lihat gambar diatas...ku fikir...
kamu amik gambar bola bowling berguling2 ke gambar bontot orang? muehehehe :P

Aidy Shahiezad said...

lantaklah apa kata orang len...
yg penting, kita mencuba yg terbaekk kan ??

p/s: apesal amek gambo org tgh tertonggeng cmtue ?? haih...

visit my latest entry:
http://aidyshahiezad.blogspot.com/2010/07/hipokrasi-amnesia-dalam-kehidupan_18.html

wanita mutalib said...

siapa kata kamu ni sayang?

attyfir said...

jangan pedulik apa org kata .yang penting be ur self..