Monday, July 26, 2010

Kemalangan Kecil, Pemeriksaan Kesihatan - Aku Paling Tidak Gemar Ujian Air Kencing Dan X-Ray


Salam semua.
Setiap kali menulis teaser Legasi Cinta Alisia, pasti tidak mendapat sambutan.
Senyum.
Tidak mengapa.



Kemalangan Kecil.
Tadi tengah hari, sewaktu pulang dari sekolah, aku telah dilanggar oleh sebuah motosikal. Dan ya, hari ini aku juga menunggang motosikal. Jarak perjalanan 45 km pergi dan 45km balik bukan apa-apa buat aku. Dan yang paling buat aku bengang adalah selepas dia melanggar aku, dia cabut lari begitu sahaja. Tangan kanan aku rasa lenguh sedikit, macam terseliuh. Sedih betul.

Pemeriksaan Kesihatan.
Walaupun masih dalam ekadaan agak terperanjat, aku pergi juga ke hospital, tetapi memandu kereta pula kali ini. Keluarga aku tidak tahu menahu tentang kejadian tadi. Malas untuk memberitahu mereka, lagipun, kecederaan aku tidak nyata. Aku paling tidak gemar pemeriksaan kesihatan yang melibatkan ujian air kencing dan X-Ray. 

Ujian air kencing.

Encik Makmal : Cikgu, ambil botol ni, sila ke tandas sebelah sana ya?
Aku : Ya.

Selang beberapa minit...

Aku : Encik, ini botolnya.
Encik Makmal : Letak dalam bakul tu ya cikgu. Duduk dulu, nanti saya panggil.
Aku : Baik.

Yang pasti, sebelum aku berikan botol itu kepada Encik Makmal tersebut, aku sudah pastikan bahawa tiada unsur luar serta dibersihkan seeloknya. Gila aku genggam botol itu, sebab terlampau ramai orang di hospital, dan aku rasakan seperti ada terlampau banyak mata yang memerhati. rasa segan sendiri. Ketawa.

Pengimejan Diagnostik : Sinaran X

Kakak Bilik : Adik, nanti tukar baju ya? Buka semua rantai, baju.
Aku : Baik.

Selang beberapa minit.

Aku : Kak, dah siap.
Kakak Bilik : Baju kena buka dik, bukan buka baju dalam sahaja. Semua buka.
Aku : Kain?
Kakak Bilik : Kain takpe.
Aku : Oh, baik.

Beberapa minit lagi.

Kakak Bilik : Dah siap?
Aku : Dah.
Kakak Bilik : Dalam dah tiada apa-apa?
Aku : Takde.
Kakak Bilik : Pastikan dah kosong ya? Sila rapatkan dada ke sini (sambil tunjuk alat)
Aku : Ya (dengan redha)

Ya, aku tidak gemar dengan X-Ray.
Sebab kena buka baju segala.
Nak ekna pakai balik itu memang bencinta.
Ketawa.

Dan aku terjumpa ramai kawan-kawan guru yang membuat pemeriksaan juga. Senyum. Ini untuk lantikan kami sebagai guru tetap. 

Zara : Malam ini malam Nisfu Sya'ban. Esok mari berpuasa semua.


6 comments:

Tengku Speki said...

aku pun tak suka XRAY... Ujian air kencing ok lagi..

Adziim said...

Chest x-ray...
hari2 aku berdepan dengan situasi perempuan malu2...perempuan muda2 je la.

Mcm tdi ada stu kakak mda.

"Knapa kak? X selesa ke?"Aku tnya.

"Emmm..." Akak tu mcm nak tak nak je ckp.

"Sexy ye?" Direct aku tnya.

"A'ah."

The rest is history.

hana devushka said...

x suke jgak..tp penah buat skali je dlm seumur idup ni..hee~

Comics and sarcasm here said...

ahaha...i remember my last medical checkup.
xray tu per lagi, yang paling tak tahan tu, saya masukkan botol urine sample tu dalam poket. sanggup!sebab takut orang lain tengok. wahahahah

Legasi Piston Pecah said...

ish...tak gentle kan..dah langgar pastu lari...

wah..dah jadi guru tetap ye...

Ms J said...

Maaf tiada komen tiapkali tease LCA keluar..sebabnya tak sabar.. terus klik untuk baca cerita penuh!!

Selamat menunggu pelantikan tetap ye?

THn ni dah tahun ke3 J mengajar, masih belum dapat surat tetap dari SPP lagi.. :(