Showing posts with label Pemeriksaan Kesihatan. Show all posts
Showing posts with label Pemeriksaan Kesihatan. Show all posts

Monday, July 26, 2010

Kemalangan Kecil, Pemeriksaan Kesihatan - Aku Paling Tidak Gemar Ujian Air Kencing Dan X-Ray


Salam semua.
Setiap kali menulis teaser Legasi Cinta Alisia, pasti tidak mendapat sambutan.
Senyum.
Tidak mengapa.



Kemalangan Kecil.
Tadi tengah hari, sewaktu pulang dari sekolah, aku telah dilanggar oleh sebuah motosikal. Dan ya, hari ini aku juga menunggang motosikal. Jarak perjalanan 45 km pergi dan 45km balik bukan apa-apa buat aku. Dan yang paling buat aku bengang adalah selepas dia melanggar aku, dia cabut lari begitu sahaja. Tangan kanan aku rasa lenguh sedikit, macam terseliuh. Sedih betul.

Pemeriksaan Kesihatan.
Walaupun masih dalam ekadaan agak terperanjat, aku pergi juga ke hospital, tetapi memandu kereta pula kali ini. Keluarga aku tidak tahu menahu tentang kejadian tadi. Malas untuk memberitahu mereka, lagipun, kecederaan aku tidak nyata. Aku paling tidak gemar pemeriksaan kesihatan yang melibatkan ujian air kencing dan X-Ray. 

Ujian air kencing.

Encik Makmal : Cikgu, ambil botol ni, sila ke tandas sebelah sana ya?
Aku : Ya.

Selang beberapa minit...

Aku : Encik, ini botolnya.
Encik Makmal : Letak dalam bakul tu ya cikgu. Duduk dulu, nanti saya panggil.
Aku : Baik.

Yang pasti, sebelum aku berikan botol itu kepada Encik Makmal tersebut, aku sudah pastikan bahawa tiada unsur luar serta dibersihkan seeloknya. Gila aku genggam botol itu, sebab terlampau ramai orang di hospital, dan aku rasakan seperti ada terlampau banyak mata yang memerhati. rasa segan sendiri. Ketawa.

Pengimejan Diagnostik : Sinaran X

Kakak Bilik : Adik, nanti tukar baju ya? Buka semua rantai, baju.
Aku : Baik.

Selang beberapa minit.

Aku : Kak, dah siap.
Kakak Bilik : Baju kena buka dik, bukan buka baju dalam sahaja. Semua buka.
Aku : Kain?
Kakak Bilik : Kain takpe.
Aku : Oh, baik.

Beberapa minit lagi.

Kakak Bilik : Dah siap?
Aku : Dah.
Kakak Bilik : Dalam dah tiada apa-apa?
Aku : Takde.
Kakak Bilik : Pastikan dah kosong ya? Sila rapatkan dada ke sini (sambil tunjuk alat)
Aku : Ya (dengan redha)

Ya, aku tidak gemar dengan X-Ray.
Sebab kena buka baju segala.
Nak ekna pakai balik itu memang bencinta.
Ketawa.

Dan aku terjumpa ramai kawan-kawan guru yang membuat pemeriksaan juga. Senyum. Ini untuk lantikan kami sebagai guru tetap. 

Zara : Malam ini malam Nisfu Sya'ban. Esok mari berpuasa semua.