Salam hujung minggu semua.
Sedang hujan di luar rumah dan alangkah enaknya kalau boleh menyambung tidur semula. Tetapi aku, seperti selalunya, tiada istilah tidur selepas Subuh lagi kecuali waktu zaman belajar dahulu, itu pun kalau benar-benar letih sahaja.
Hari Jumaat - 16 Julai 2010
Sewaktu aku melepaskan satu kumpulan demi satu kumpulan untuk menjalani aktiviti rentas halangan.
Ketawa aku bila seorang rakan seakan tidak percaya apabila dia membaca betapa aku kelihatan garang dan mungkin juga ganas di kem. Dia menulis mengenai itu di dinding Mukabuku aku dan juga di blog peribadi dia. Aku memang aku, itu yang pastinya dia perlu tahu. Ketawa. Dan pastinya, watak di mana aku berada pastinya berbeza dengan suasana dan keadaan yang memerlukan.
Sabtu - 17 Julai 2010
Ada sesiapa pernah minum ini sewaktu kecil dahulu?
Semalam pagi keluar sarapan bersama rakan-rakan jurulatih. Di meja makan, ternampak botol minuman ini. Oh, sudah berapa lama tidak nampak botol sedemikian sejak meningkat dewasa. Alahai. Rindunya zaman kanak-kanak. Kalau minum ini, sewaktu raya disebabkan Allahyarham datuk gemar membuat air sirap bandung di pagi raya.
Satu tong botol minuman ini, yang akan dikumpulkan semula botolnya untuk dijual semula ke kedai. Allahyarham sepupu selalu guna botol itu untuk main mercun roket. Ah, kenangan terimbau walaupun hanya melihat botol minuman sahaja. Alangkah baiknya kalau waktu dapat diputar kembali untuk merasai suasana gembira dan ceria.
Nota Kaki :
1. Hujan.
2. Entah kenapa macam batuk semula.
3. Terbaca gosip antara dua remaja tentang aku. Eh, kamu tunggu, aku balas balik nanti.
4. Belum siap lagi garapan novel aku.
Zara : Hati manusia memang sukar untuk dijaga dengan rapi walaupun kita pertaruhkan segalanya demi melihat mereka bahagia. Dan aku, memilih untuk menjaga hati sendiri dengan tabah dalam menjalani kehidupan sendirian di atas muka bumi ini.
Nikmati karya pertama Shafaza Zara Syed di Aksara Keraian.[Halaman Peminat][Kumpulan Pembaca][Bab 01] [Bab 02][Bab 03][Bab 04][Bab 05][Bab 06][Bab 07][Bab 08] [Bab 09][Bab 10][Bab 11][Bab 12][Bab 13][Bab 14][Bab 15] [Bab 16][Bab 17][Bab 18][Bab 19][Bab 20][Bab 21] [Bab 22] [Bab 23] [Bab 24][Bab 25][Bab 26][Bab 27][Bab 28][Bab 29][Bab 30][Bab 31]
8 comments:
hehehe..mcm pelik je kasut tu pakai dgn unifrom tu..
air krim soda..
5o sen sebotol...
skrg dh naek harga kot
kalau cap ayam takde la.. cap lain ada la... tau la KL susah nak dapatkan cap ayam itu pun kena pandai cari...
baru semalam duk terpikir pasal cikgu pakai baju askar semasa camp dan tgk2 mmg pun pakai semasa camp..
mesti meletup punya cikgu pakai baju camp =P
ais krim soda mmg feveret saya dulu.
hoho..memang nostalgia habislah tengok botol tu
tak silap last minum zaman 90an..harga 40-50sen gitu..
kumpul² tunggu pembeli botol datang..hehe
Entri terbaru chekgu
Kekasih gelap?
salam cikgu
unta ape yg cikgu beli tu? hehehe
oren kajang! like! :p
suka kumpul penutup de wt men jentik penutup botol kt skola.
huhu~~make me miss my childhood :)
sekarang harge dia 80 sen huhuu..
Post a Comment