Friday, July 31, 2009

Pemeriksaan Dara...Mahalnya...


Kejadian gila semalam membuatkan B datang menyerang aku pagi ini.
Ya, jangan dibuat main dengan bakal pengantin.
Harus aku yang mati dibelasah di situ juga.



Aku rasa B, kalau kamu memakai pakaian pengantin seperti ini,
harus terus dikendong oleh Sang Jejaka. Aduhai.

B : Kenapa dengan kamu ni?
Aku : Kenapa apa?
B : Kenapa tulis macam itu? Otak kamu dah tak betul?
Aku : Mungkin - Eh, lupakan sahajalah. Aku dah baik dah ni.
B : Biar betul?
Aku : Betullah. Macam mana dengan persiapan perkahwinan? Tangguh lagi ke?
(Tukar topik dengan laju)

B : Nak kena buat pemeriksaan dara...
(Ketika ini suasana sangat hiruk pikuk)
Aku : Kena buat pemeriksaan dara?
B : Ya, mahal pula tu.
Aku : Kenapa nak kahwin kena periksa tu semua?
B : Memanglah sekarang ni kena buat macam tu.
Aku : Alahai, kahwin sahaja dengan Jejaka, pandailah dia periksa nanti.
B : Kamu ingat Jejaka itu doktor? Kan dah kata kena periksa sebelum kahwin.
Aku : Aku tak sangak Jejaka sangat ambil berat hal ini.
B : Memanglah kena ambil berat. Nanti kalau ada penyakit kan susah?

Aku : Eh, apa kena mengena dara dengan penyakit ni?
B : Oi, apa pula dara?
Aku : Dah kamu yang kata dara.
B : Darah lah! Pemeriksaan darah!
Aku : Oh, patut pun mahal...Tapi kalau periksa dara lagi mahal...
(aku gelak secara keji)
B : Kalau kamu mahu penerajang dari aku sebelum pernikahan, kamu berani cakap lagi Zara.
Aku : (gelak)



Zara : Mahu melupakan masalah yang menimpa. Tak berbaloi untuk menyusahkan diri sendiri.

Ada Hati Yang Ingin Mati Selepas Ini...


Ada hati yang ingin mati.
Ada hati yang tenat diselubungi kisah duka.
Ada hati yang tidak mampu menerka ke mana arah tujuan sebenarnya.



Hala tuju kini berbeza.
Kaki yang seiringan melangkah sebelum ini sudah mencari laluan yang berbeza.
Hati masih mengingati tetapi sudah disimpan di kamar yang berbeza.

Maaf atas segala kekurangan aku.
Terima kasih atas segala kehebatan dan kebaikan kamu.
Sumpah - Memori itu masih jelas tetapi sejak kamu mendoakan yang terbaik buat aku,
aku sentiasa mendoakan yang terbaik buat kamu juga.



Janji pernah tersimpul rapi.
Maaf atas keterlanjuran kata aku yang membuatkan kamu menghantarkan pesanan ringkas sebentar tadi. Sumpah, tiada terniat hati ini membuatkan kamu merasa sakit.
Kamu masih berada di tempat yang sama, dan aku juga masih di takuk lama.

Kita pernah menggalakkan sesama sendiri mencari jalan yang baru.
Aku hanya mampu mendoakan yang terbaik buat kamu dari jauh.
Air mata yang mengalir sewaktu semuanya berakhir telah aku seka sendirian.

Sudah tiba masanya untuk bangkit dan mengucapkan selamat tinggal pada kenangan.
Sudah hampir dua tahun segalanya menendang kepala dan hati ini.
Kamu masih punya tempat yang istimewa tetapi panggilan terakhir nampaknya telah merubah segalanya. Panggilan sewaktu diri ini dirundung luka.

Ia ternyata mengubah segalanya.



Aku mahu belajar tentang hidup dengan lebih tabah.
Benar kata teman baik malam tadi, aku yang masih menunggu.
Hati aku jahat - sangat jahat dan harus dibunuh dengan kejam.
Aku seka air mata yang mengalir laju dan menulis demi kamu.

Nota :
Si Kosong dan Si Comel perlu hidup bahagia.
Si Busuk dan Si Tengik harus bekerjasama dengan lebih utuh.
Kekasih Pertama dan Shafaza harus mencari jalan keluar yang sempurna - kamu tetap yang pertama.

Thursday, July 30, 2009

Hidup Aku Di Samping Dia Yang Istimewa




Dia memang istimewa.
Hadiah paling menyentuh hati aku setakat ini.
Lupakan mengenai cincin dari kekasih pertama yang aku masih pakai sehingga kini disebabkan sudah terbiasa, ini merupakan hadiah terbaik sepanjang tempoh pengajian aku di kampus selatan.

Ya, Encik Gitar adalah hadiah terbaik dari sahabat terbaik aku di sana.
Terima kasih buat Encik RK atas hadiah yang sangat bermakna ini.
Juga buat Encik AM (bakal pemegang Doktor Falsafah) yang sanggup datang ke kediaman pelajar pada waktu malam untuk mengajar aku bermain gitar walaupun tempohnya amat dan sangat singkat.
...dan jangan risau, aku masih berlatih lagi walaupun masih tidak dapat menjadi yang terbaik.


Kesan yang ditinggalkan di jari dan kuku aku akibat bermain Si Cantik Ramping itu sentiasa mengingatkan aku pada kalian yang menjadi sumber inspirasi aku sehingga kini.

Hidup ini masih perlu diteruskan.
Senyuman yang aku perlukan, semangat yang sentiasa membakar hati ini.
Aku hanya perlukan itu.

Zara : Padang bola tetap padang bola. Tetapi mungkin ianya lebih indah bila ditambah dengan bunga yang mekar mewangi. Tiada siapa mampu mengubah kenyataan sebuah padang bola kerana keindahannya mampu bertambah.

Selamat Ulang Tahun Buat Kanda Taufik (24), Kanda Aza (23) Dan Saudara Naz (22)!

Busuk Dan Tengik 5


Ini merupakan penulisan aku yang ke sebelas yang berkaitan dengan Si Busuk dan Tengik.
Legasi mereka masih utuh, InsyaALLAH.

************************************************************************

Semalam semasa Tengik sedang berada di atas talian (sila baca : online)
Si Hitam berbunyi kuat dan tertera nama Busuk.
Tengik dengan cepat dan tangkas menjawab panggilan Busuk.

Busuk : Beb, kau kat mana?
Tengik : Aku ada je. Rindu pada kau lah.
Busuk : (gelak berdekah) Ya, memang kau rindu je. Temuduga kau camne?
Tengik : Alhamdulillah, baik.
Busuk : Mereka tanya pasal apa?
Tengik : Tentang pendidikan, dan paling menarik, tentang blog.
Busuk : Bagus-bagus. Aku ada kerja untuk kau ni.
Tengik : Kerja apa?
Busuk : Kalau kau depan Sean, sila meng-atas-talian-kan diri.
Tengik : Baik!

Semalam Tengik menulis sesuatu di atas blog kepunyaan mereka berdua.
Tengik menulis atas dasar persahabatan dan janji yang terjalin di antara mereka berdua.
Tegar hati masih bersama atas dua dasar.
Profesionalisma dan peribadi.

Bila timbul soal profesionalisma, Busuk dan Tengik tidak akan ada unsur kompromi bila berhadapan dengan satu sama lain. Tiket profesionalisma mereka yang menyebabkan mereka masih bersama hampir setahun kini.

Peribadi.
Antara benda yang menyokong kuat diri mereka.
Jika seorang jatuh, seorang lagi akan menarik ke atas dengan kuat.
Tiada batasan dalam komunikasi mereka - integriti dan telus melihatkan sebuah kebenaran apabila mereka bersama dalam mengharungi hidup.

Dulu Tengik berseorangan tetapi tidak kini.
Dulu Busuk berdua tetapi kini tidak lagi.
Tetapi Busuk dan Tengik tahu, walau apa pun yang berlaku,
legasi mereka tetap utuh disebabkan dua faktor yang menjadi tunjang dalam sisi dunia mereka berdua.

Persahabatan tidak boleh dinilai dengan hanya mata kasar.
Mata hati itu lebih penting.

Nota Tengik : Penulisan yang dihasilkan oleh Si Tengik untuk Busuk boleh dibaca di SINI dan SINI.

Wednesday, July 29, 2009

Si Kosong Dan Si Comel Berselisih Faham


Hari ini Si Comel dan Si Kosong berselisih faham.
Bukan suatu masalah besar.
Hanya sedikit salah pengertian mengenai sesuatu.

Si Comel kata dia manusia dua alam.
Menyukai lelaki dan perempuan dalam satu masa.
Salah ke?

Sekali Sekala Anda Ketawa Dengan Jenaka Lucah


Itu adalah satu daripada soalan yang harus dijawab dalam ujian INSAK semalam.
Jawapannya :

A. Setuju
B. Tidak setuju

Kalau anda semua, apakah yang mungkin anda jawab?
Aku memilih untuk menjadi manusia yang sempurna.

Zara: Kepala pening. Taman bunga kemungkinan menjadi padang bola semula.


Tuesday, July 28, 2009

Temuduga Sudah Berlalu...Hati Berbunga Gila


Bila tulis tajuk ni, rasa macam sebuah cerita novel,
Badai Sudah Berlalu...
Oh, sangat jiwang dan terkesima dengan pencapaian diri sendiri hari ini.

Alhamdulillah, ujian INSAK (Inventori dan Sahsiah) serta temuduga sudah berjalan seperti yang seharusnya. Aku akan menulis lebih tentang ini selepas ini, insyaALLAH.

...dan lebih mengujakan, di antara calon-calon yang datang hari ini,
aku disapa oleh seorang gadis...

Gadis : Maaf bertanya, awak ni Zara ke?
Aku : Ya, saya. Kenapa?
Gadis : Awak dari Kampus Selatan?
Aku : Ya, awak?
Gadis : Saya dari UPSI. Awak ada tulis blog kan?
Aku : Ya, kenapa?
Gadis : Saya selalu baca blog awak, tapi tak komen apa-apa. Bagus cara awak menulis.
Aku : Oh, terima kasih.
Gadis : Semoga berjaya temuduga nanti ya?
Aku : Awak juga...

Alhamdulillah, dunia blog banyak membantu aku hari ini.
Hampir 8 minit pertama, isu yang dibicarakan adalah mengenai blog!
..dan aku, memang teruja dengan soalan begini...
^_^

Zara : Badan memerlukan rehat, akan melawati blog kalian seperti biasa selepas ini.
Hidup rasa berbunga-bunga, si penemuduga mempunyai raut wajah yang kacak walaupun warna rambut sudah luntur kepada kelabu!


Temuduga Bakal Menteri Pelajaran


Aku sedang meghadiri sesi temuduga bermula jam 8 pagi ini.
Sila doakan kejayaan aku ya?
Bakal pulang ke rumah pada petang ini, insyaALLAH.



Ada wajah sebagai seorang guru?
...atau mungkin juga bakal Menteri Pelajaran?



Ini kad cinta yang menunjukkan hati sedang berbunga riang.
Siapa yang kata kumbang hanya seekor?
Jangan jadikan ianya suatu penipuan terlarang dalam hidup aku!

Zara : Aku harap aku tabah dan kuat!

Monday, July 27, 2009

Percaya Tak Ini Muka Pembuli Aku?


Ada sesiapa yang percaya ini muka pembuli?
Budak kecil yang berumur 4 tahun ini membuli aku secara ganas pada hari Ahad.



Jangan tertipu dengan wajah comel yang hampir merabakkan Si Kuning kesayangan aku dengan tangannya yang montel itu.
Dia dan kakaknya yang berumur 8 tahun menjalankan modus operandi dengan mengikut aku ke mana sahaja pada hari Ahad.
Aduhai, sehingga di tandas - aku terpaksa bertarung dengan mereka yang asyik menggendang pintu meminta aku keluar. Apakah?!



Adakah simbol itu tanda perdamaian dengan aku?
Seorang kakak sepupu yang berumur hampir 22 tahun?
Munkin ya dan mungkin tidak.
Tetapi disebabkan hati aku jenis terbuka, aku menerima janji perdamaian tersebut sebelum majlis bermula. Gencatan senjata kata surat khabar.



"Ada, kenapa muka kelat sahaja? Mahu kena cium ke?"

"Jom, mahu cium Kak Imah"

...dan hasilnya, muka aku digomol oleh dua kanak-kanak ini.
Aduhai...Basah...

Zara : Mohon maaf atas segala kesilapan. Bakal menuju ke Johor Bahru petang ini.
Untuk sesi temuduga pada jam 8 pagi esok.

"Ini Kenduri Penceraian, Bukan Pertunangan"


Semalam aku penat sangat.
Penat hampir mahu pitam.
Tidur malam hanya 3 jam disebabkan aku terlekat di telinga Si Hitam hampir 2 jam.
Sakit kepala tetapi tetap bertenaga.



Nasi yang sangat penuh dengan jagung.
...terlebih ramuan sehingga warnanya kelihatan seperti nasi minyak.



Ini pula pencuk yang penuh dengan kacang.
Ramuan terbaru yang ditambah oleh tukang masak.

...dan aku terlupa untuk mengambil gambar ayam goreng dan sambal udang.
Maafkan diri ini.
Gambar kurma daging boleh dilihat di MukaBuku aku.



Ini pula yang dititipkan kepada pengunjung yang menghadiri kenduri.
Aku rasa macam bagi bekal buat anak di pagi hari sahaja.



Dua budak kecil yang membuli aku dengan jayanya.
Bergantungan di baju aku sejak pagi - mengekori setiap langkah aku.
Aduhai, kalau ada anak sendiri, harus bagaimana aku lakukan?



Sebahagian kuih yang dijamu kepada ahli kenduri.



Ini ditaja oleh Mak Ngah.

Lebih banyak gambar di SINI.
Di MukaBuku aku.

Zara : Telalu penat. Aku kejang secara melintang. Esok akan menghadiri temuduga.
Doakan kejayaan aku ya? Dan hati sedang berbunga riang sekarang ini.

Sunday, July 26, 2009

Si Comel Menerima Lamaran Si Kosong


Semalam Si Comel berbual dengan Si Kosong.
Rasa bahagia menerjah di hati dia - dia tersenyum sendirian di dalam gelap.
Hati dibuai rasa gembira.
Senyum.

Dalam fikiran Si Comel terlintas sesuatu.
Dia meluahkan apa yang dia rasa - Si Kosong menangis!
Si Comel rasa sangat terharu dengan tangisan Si Kosong.
Si Comel memberikan pengakuannya kepada Si Kosong.

Si Kosong kata dia hanya mahu Si Comel setia.
Itu sahaja pinta dia - kerana dia tahu hidup Si Comel dibayangi ramai lelaki.

Zara : Aku akan berikan maklumat tentang kenduri nanti.
Sila tunggu buat semua yang tidak mengenali apa itu nasi jagung atau pencuk!


Saturday, July 25, 2009

Hitam, Putih Atau Kosong - Itu Tetap Aku


Kepenatan.
Penat. Sunyi. Rasa Mahu Membunuh Secara Menegak.



Sudah Lama Tidak Mengambil Gambar Secara Menggila.
Rindu dengan suasana itu semua.
Aduhai.



Bersama Cinta Hati...
Teman Sebilik Di Tahun Akhir...



Siapa mahu datang kenduri esok, sila datang.
Maklumat di penulisan di bawah ini!
Oh, bukan pertunangan, bukan perkahwinan aku.
Aku belum layak mengecapi nikmat dunia yang itu semua.
Masih terlalu jauh...

Zara : Si Comel kata dia rindu Si Kosong.
Si Tengik kata dia rindukan Si Busuk.
Zara kata dia rindukan Si Kosong, Si Busuk, Kekasih Gelap, LCH dan Kekasih Pertama.


Terkini : Al-Fatihah buat Yasmin Ahmad.
Sila tekan SINI untuk lebih pembacaan.

Si Kosong Melamar Si Comel


Si Kosong melamar Si Comel.
Si Kosong yang berbunga hatinya mahukan Si Comel berada di sampingnya.
Tetapi Si Comel tidak punya jawapan.
Si Comel masih dibayangi kisah cinta pertama.

Si Comel merasakan dia sepatutnya memberikan Si Kosong peluang.
Si Kosong meletakkan tempoh masa yang sesuai untuk bertemu Si Comel.
Mengikat Si Comel.

Si Comel tersenyum dengan kehadiran Si Kosong.
Si Kosong membuatkan hati Si Comel mahu berbunga semula.
Si Kosong dan Si Comel masing-masing adalah penulis blog.
Perlukah Si Comel menerima Si Kosong?

*********************************************************

Kenduri di rumah aku pada hari esok.
26 Julai 2009 (Ahad)
2.30 petang dan ke atas.
Semua dijemput hadir.

Menu utama :

Nasi Jagung
Ayam Masak Kurma
Ayam Goreng
Sambal Udang
Pencuk

...dan sedikit kuih sebagai pencuci mulut aku fikir. Itu dibawah perancangan Emak.
Semoga semuanya berjalan lancar.
Maaf jika aku tidak melawat blog kalian hari ini dan esok disebabkan aku agak sibuk atas urusan di rumah.

Semua dijemput hadir.
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi aku.
Ini MukaBuku Aku.
Dapatkan nombor telefon peribadi di situ.

Zara : Sangat sibuk sampai aku terpaksa bangun jam 4 pagi untuk membaca buku demi menyelesaikan urusan temuduga Selasa ini.

Friday, July 24, 2009

Bila Aku Berbingkai Hitam - Senyum Palsu?


Aduh, ada orang kata senyuman aku adalah senyuman palsu.
Senyuman penuh kepura-puraan.
Aku cuma balas dengan satu soalan sahaja.

"Kamu tinggal dalam hati aku ke?"

Keji bukan kenyataan yang aku berikan kepada manusia itu?
Aduhai, adakah kamu mengenali aku hanya dengan melihat luaran?
Kalau kamu tahu apa itu keganasan domestik,
sumpah, kamu tidak akan menyatakan perkara tersebut pada aku.



**Senyuman Palsu Ke Ni?**



Oh ya, ini gambar pagi tadi tahu?
Jadi senyuman itu masih dikira segar.

Rasa bahagia pula bila bermain dengan gambar untuk membunuh niat membunuh orang lain.
Baiklah, hati ini penuh dengan kasih sayang.
Mana boleh benci-benci kan?
Lagipun, aku sudah ada permainan yang menemani aku.

Agaknya, kalau LCH nampak aku begini, apakah mungkin dia akan mengajak aku bermain bola keranjang bersama? Aduhai..

Hati sedang berbunga mawar merah, semalam kekasih gelap bertanyakan khabar dan gembira atas surat temuduga yang aku terima. Rasa bahagia walaupun dia diulit bahagia dengan isterinya.

Zara : Sedang sibuk mengemas untuk kenduri pada 26 Julai ini.
Sesiapa yang mahu berkunjung, sila hubungi aku ya? Cinta dan ciuman buat kalian!
Sila hantarkan surat elektronik kalian ke
beckham_shafaza@yahoo.com
atau
lordzarasean87@gmail.com

Rasa Mahu Bertukar Sebentar, Kamu Mahu Juga?


Semalam juga, ada dua perkara menarik yang terjadi dalam hari aku.
Pagi, Abang Posmen datang menghantar surat temuduga.
Petang, dia muncul lagi dengan satu bungkusan.

Senyum sinis terukir di muka dia dan gelak kecil mengiringi senyum manisnya.

"Dik, apa pakai tudung tapi pakai seluar pendek?"

Ayat sangat keji!

"Abaikan sahaja bang, mari saya tandatangan cepat-cepat"



2 kotak kecil melompat keluar.
Menayangkan diri buat tatapan aku yang teruja.



**Bumblebee - Si Kuning Yang aku suka**




**Megatron - Si Hijau**



**Oh, inilah tulisan si penulis blog yang baik hati itu.**

Sangat kemas tulisan anda buat seorang yang bernama lelaki.
Ayat aku ini bakal membuatkan berjuta lelaki di luar sana mengamuk barangkali.
Tetapi seperti yang aku nyatakan pada kamu semalam wahai si pengirim,
kamu lelaki kedua yang mempunyai tulisan yang mudah untuk aku baca.

Yang pertama?
Kekasih gelap aku yang cerah.
^_^



**Ketika aku makan malam**

Hanya Si Botol Biru itu menjadi sajian aku.
Eh, kan aku pencinta sawah yang setia?

Oh, hati sudah menjadi tenang semula.
Nasib baik ada benda yang dapat mengalihkan perhatian aku kan?
Terima kasih buat si penulis blog itu!

Zara : Untuk budak yang penuh dengan EMOSI dan MEMPUNYAI BILIK YANG TIDAK KEMAS, terima kasih daun keladi atas pemberian kamu ini. Lain kali, sila kirimkan makanan kegemaran aku pula ya?
Jangan berani lagi menyiarkan tulisan yang mempunyai gambar SUSHI jika kamu tidak dapat mengirimkannya buat aku. ^_^

Thursday, July 23, 2009

Si Kosong Buat Si Comel Menangis


Hari ini Si Kosong buat Si Comel menangis untuk kali pertama.
Si Comel menangis atas 2 sebab.
Gembira dan duka.

Gembira dengan kehadiran Si Kosong dan hadiah yang baru tiba daripada sahabatnya.
*Hadiah dari sahabat blognya*
Duka atas kata-kata Si Kosong.
Si Comel rasa benci dengan diri sendiri.

Zara : Surat temuduga KPM menawarkan pekerjaan sebagai bakal Menteri Pelajaran Wanita Pertama, tetapi aku minta ditukarkan kepada guru sahaja. Tarikh temuduga 28 Julai 2009 di PKG BBU, Wilayah Selatan Malaysia. Mata bengkak macam panda.

Si Langit Garis Biru - Aku Dambakan Kamu


Tadi aku keluar lagi - atas urusan peribadi.
...dan seperti biasa hanya motosikal yang aku gunakan.
Lebih jimat dan memudahkan untuk aku bermain api di depan rumah seseorang.

Seringkali bila sendirian di atas jalan raya,
mata aku gemar mencari sesuatu untuk dijadikan punca kasih sayang atau mengimbas memori indah. Gila sekali tapi itu memang menjadi taruhan peribadi aku.
Hari ini aku bertuah, menemui dia, kekasih hati kedua bekas kekasih pertama aku.

Si Langit Garis (sila baca : Skyline)

http://www.ssip.net/upload/nissan-skyline-gtr-driving-1_41.jpg

**Gambar kredit di SINI**

Memang mengasyikkan melihat Si Langit Garis yang berwarna biru.
Lebih mendodoikan hati apabila dia hanya bergerak perlahan disebabkan terpaksa berpuas hati dengan gelagat lori kelapa sawit, lori getah dan juga lori simen.
Harus kamu bersabar bukan apabila hanya motosikal kecil seperti aku mampu melepasi kamu dan menahan sebak di dada, kerana ia hanya ditunggangi oleh wanita muda seperti aku.



**Gambar ketika musim perayaan Aidilfitri tahun lepas**
Abaikan muka penat di situ.


Ya, mungkin kamu merasa sedikit terkilan,
tapi aku tetap sukakan kamu wahai Si Langit Garis.
Apatah lagi kamu di dalam warna kegemaranku.
Harus aku menjerit kesukaan walaupun CRV tercinta melalui di hadapanku.

Zara : Kepala masih pening kerana menahan nafsu dari menjamah dadah kegemaran.
Tapi setelah digoda oleh penulis blog yang gemarkan kucing, Kak GG, aku tewas di sebelah pembancuh kopi tercinta.


Terkini : Aku sudah terima surat dari KPM!

Bawah Laut, Dalam Nanas Temani Aku

Kepala aku pening, fikiran aku bercelaru.
Otak aku tidak mahu bekerja selari dengan kehendak tubuhku.

.Si Kuning Yang Tinggal Di Dalam Nanas.
.Kenny Pemberian Seorang Penulis Blog Yang Aku Hormati.
.Charlene Si Merah Jambu Pemberian Kekasih Gelap.


...dan hanya mereka peneman aku tatkala ini.
Rasa mahu berguling-guling laju ke kampus selatan.
Rindu dunia sana.

Oh, dimana Kimi dan Danny?
Mereka aku simpan di tempat yang istimewa. Rindu pada Papa mereka.


Ada yang bertanya pada aku, siapakah LCH sebenarnya?
LCH itu membawa erti apa?
Pelbagai spekulasi yang dibuat dan aku tertarik dengan kenyataan beberapa penulis blog.
DIK AN : Lelaki Comel Handsome
KYLE XY : Lelaki Cina Handsome
HAZAMI BAHRIN : Lelaki Comel Habis

Aduh, aku ketawa dengan tekaan kalian. Mungkin ia sedikit sebanyak mengambarkan diri LCH itu sendiri, tetapi kenyataannya, LCH adalah singkatan namanya sendiri.

Zara : Perlukah aku pura-pura ke kedai ataupun ke sekolah hari ini?
Si Kosong dan Si Comel sama-sama kurang sihat.
Si Busuk dan Si Tengik sudah tiga hari tidak berhubung. Rindu pada Si Busuk.

Wednesday, July 22, 2009

Sila Pukul Aku Dengan Laju...


Tadi aku sudah ke Pejabat Pelajaran Daerah.
Mengisi borang untuk menjadi cikgu lagi, doakan ada rezeki buatku.

Sikap wanita yang berada di barisan hadapan itu, memang buat aku sangat kecewa dan hampir membunuh - tiada senyuman melayan pelanggan.
Mahu sahaja aku berikan tazkirah politik di situ juga, tapi apakan daya,
aku hanya pelanggan, pengunjung.

Selepas itu menemani Abah membeli barang keperluan rumah.
Sebagai ganti rugi untuk kepuasan diri sendiri,
aku belikan diri aku roti dan membayangkan sedang mengunyah wanita barisan hadapan di pejabat yang baru aku tinggalkan.

http://farm4.static.flickr.com/3021/3068216619_776e0bea88.jpg

**Roti Mama atau Roti Papa memang sedap dimakan ketika panas**

Gambar kredit di SINI

...dan aku melalui satu lagi hari yang buat aku tersenyum.

Surat beserta kit dari Kampus Selatan telah aku terima.
Tarikh dan urusan untuk konvokesyen harus aku siapkan sebelum 8 Ogos 2009.
InsyaALLAH, aku bakal mulakan misi aku dalam minggu ini atau minggu depan selewat-lewatnya. Tarikh konvokesyen sudah pasti pada 17 Ogos 2009.

Dalam perjalanan pulang,
aku melalui deretan kedai kepunyaan bangsa Si Sepet Kacak.
Aduh, aku terlupa mengenai sesuatu...
Ya, aku lupa untuk bertukar nombor telefon dengan dia.
Tadi adalah kali kedua bertemu semenjak aku meninggalkan bangku persekolahan pada tahun 2003. Geramnya hati.

Baiklah, sila pukul aku dengan laju dan kuat.

Bagi sesiapa yang tidak pernah tahu kewujudan lelaki itu, sila tekan SINI atau baca sahaja di bawah ini...
LCH

Satu nama yang meniti di bibir aku semasa sekolah dulu.
Semasa aku memulakan sesi persekolahan Tingkatan 4.
Aku nampak dia beratur di kelas pertengahan.

Aku Tingkatan 4.
Dia Tingkatan 3.

Aku kira bilangan barisan di depan aku.
Sah, budak Tingkatan 3.
Aku menggigihkan diri aku untuk terus mengira nama kelas dia.
Aku dapat.

Kepala aku terus menggali nama-nama yang mungkin berada di kelas itu.
Aku memberi perhatian kepada ucapan cikgu di depan.
Mata aku mencuri pandang.

Waktu rehat, aku tahan seorang kawan.
Lagak seperti seorang penyiasat.

"Dayah, kelas kau ada budak baru?"

"Ada, budak lelaki Cina."

"Siapa nama dia?"

"LCH"
(aku guna singkatan sahaja, mana la tahu, manusia makin maju, nanti dia Google nama sendiri pula)

Aku pulang ke kelas.
Senyuman terukir di bibir aku.
Masa untuk memburu.
Zara : Terlalu penat hari ini. Rasa mahu mengamuk. Kromososm XXY aku tidak dapat dikawal.

Si Sepet Kacak Berbingkai Hitam


Aku baru pulang dari kedai.
Tadi mencari barangan yang perlu untuk operasi memasak tengah hari ini.
Seperti biasa, kelajuan motosikal harus di tahap optima ketika melalui rumah makcik-rambutan-maghrib. Ya, keji sedikit perangai aku hari ini.

Usai aku memilih barangan yang sepatutnya,
aku menuju ke motosikal semula. Harus pulang ke rumah. Si Kuning Yang Tinggal Di Dalam Nanas menunggu aku di atas katil. Berguling kesejukkan.

Bahu aku dicuit dari belakang, lantas aku berpaling.

Yang Maha Kuasa!
Si Sepet Yang Kacak Berkaca Mata Berbingkai Hitam!
Mengapa dia? Mengapa harus dia tatkala ini?
Tatkala aku keluar hanya dengan berpakaian terlampau sederhana?
*Ini sangat merepek, abaikan*

http://eyeporium.com/images/ux_a08052800ux0025_ux_c.jpg

**Gambar Kredit Di SINI**

"Hai!"

Lidah terkelu. Sumpah! Aku hanya mampu tersenyum.

"Beli barang ke? Seorang?"

Dada seperti dilanyak dengan tukul Warrington.
Hati bagaikan ditarik keluar oleh tukul kuku kambing.
*Maafkan bekas guru Kemahiran Hidup ini*

"Ya, seorang. Apa khabar?"

"Baik. Dah habis belajar?"

"Dah. Tunggu konvokesyen"
*senyum*

"Baguslah. Saya belajar lagi. Mahu jadi macam kamu juga. Lepas ini ke mana?"

"Pulang ke rumah. Awak?"

"Hantar adik ke sekolah. Dia belajar sesi petang. Ni tunggu dia beli barang di kedai tepi sana"

"Oh ya ke? Takpelah, saya balik dulu ya?"

Aku berpaling. Menolak motosikal keluar dari parkir.
Berfikir yang Bahasa Malaysianya semakin baik dari dahulu.
...dan tunggu, dia memakai baju berwarna ungu. Mungkinkah?

Suara berbual dalam bahasa ketiga aku kedengaran di belakang.
Mungkin adik dia sudah tiba.
Aku menoleh ke belakang, mahu mengucapkan selamat tinggal.

"Cikgu!"

Aku terkesima di situ.
Ya, adiknya adalah pelajarku!
Lelaki yang nakal tetapi mesra di kelas yang aku ajar.

Dia pandang aku, aku pandang dia.
Dia pandang adiknya, aku pandang pelajarku.
Kami saling berpandangan, ketawa berhamburan.

"Ya, ada apa?"

"Cikgu kenapa dah tak ajar kami? Sudah berhenti?"

"Ya, kontrak sudah tamat. Jadi sedang mencari pekerjaan baru."

"Cikgu kenal abang saya ya?. Sama kelas dengan cikgu?"

"Kenal, tapi bukan sama kelas."

"Tak sama kelas pun boleh kenal cikgu?"

Aku dan dia berpandangan.

"Dia pelajar yang popular, cikgu mesti kenal dia"
*Senyum*

"Selamat tinggal", aku ucapkan dalam bahasa ketiga aku, dan bahasa pertama mereka.

Zara : Rindu pada kenangan. Mencuri lihat dia bermain bola keranjang. Menghantar kuih bulan, coklat buat dia. Zaman remaja yang gila.

Kromosom XXY Aku Menggila Lagi...


Malam tadi aku rasa sangat keji.
Emosi aku tidak terkawal dan jiwa aku memberontak.
Walaupun kepala dan hati aku ceria, tapi naluri aku menolak sesuatu dalam diri aku.
Entah mengapa, aku berubah menjadi seorang yang terlalu dahsyat malam tadi.

...dan aku tahu, bila aku dalam keadaan separa normal,
kromosom XXY aku memang tidak dapat membantu sepenuhnya.
Keji sedikit dan aku mula menggila di mana-mana laman sesawang yang aku mahu.
Salah satunya, Muka Buku.
Ya, kadang kala bahagia juga menggila di situ.


Masihkan anda semua ingat tulisan aku tentang bakal menteri pelajaran sedang berusaha gigih pada semester lepas? Jika tidak, sila tekan SINI.
Setiap kali kuiz yang aku ambil di situ, bila menunjukkan kerjaya, pasti tidak akan dapat lari dari kerjaya sebagai guru. Takdir membawa hingga ke Muka Buku.
^_^

Walaupun begitu,
kromosom XXY aku tidak dapat dipuaskan secara zahirnya sahaja.
Walaupun aku cuba mengawalnya, tapi akhirnya aku tewas.
Tewas dengan ego yang aku cipta.
Hanya ada seorang sahaja yang mampu mengawalnya, orang yang sama.

...dan Alhamdulillah, dia ada semalam.
Dia ada dari aku terus memikirkan bagaimana hendak membunuh secara kejam.
Aku tersenyum setelah meletakkan Si Hitam di tepi.
10 minit sahaja sudah cukup untuk mengawal kromosom XXY aku.
*senyum kanyur*

Aku tahu kadang kala dia akan melawat ke dunia aku di sini,
aku cuma mahu dia tahu yang dia masih yang terbaik.
Selain dia, aku juga punya seseorang yang buat aku tersenyum di pagi ini.

Zara : Kromosom XXY ternyata punya kelebihan dan kekurangan.

Tuesday, July 21, 2009

Kamu Mahu Kismis Atau Air Perapan?


Oho, walaupun sudah menjadi penanam anggur secara rasminya semalam,
aku masih dihantui oleh kegiatan rasmi aku selama 2 bulan ini.
Sungguh dan amat dihantui.
Gila betul aku pada pekerjaan.
Ya, aku sudah bernikah dengan pekerjaan barangkali.



Sudah lama tak menggila seperti ini.
Rindukan saat bahagia berjalan bersama teman-teman tercinta.
Rindukan gelak ketawa setelah seharian memerah otak.
...dan aku rindu mahu mengeluarkan suara selantang dua bulan yang lepas.



Rindu saat manis menjalani kegiatan luar.
Kegiatan ilmu dan semestinya tiada unsur jenayah.
Ya, tiada unsur jenayah.



Berita yang dibaca di dada akhbar (mengapa dada ya?)
menyatakan sesuatu yang berkait rapat dengan apa yang ditaburkan di kampus tercinta.
Aduh, rindu semua.



Kegilaan yang mungkin tidak tercapai lagi.
Aku sangat gemarkan gambar-gambar di atas.
Memori indah semuanya.

...dan bila ditanya oleh mereka yang kurang arif tentang diri ini...

"Mengapa kamu selalu ceria?"

Jawapannya hanya satu.

"Hati aku dibajai dengan kasih sayang, maka hati itu akan berbunga dan bertaut rapat dengan mereka yang menggemburkan tanahnya"

Zara : Cepatlah tiba saatnya bulan Ogos. Tanggal 17, 22 dan 29.

Si Kosong Dan Si Comel


Si Kosong dan Si Comel.
Mereka berkenalan di dunia blog.
Si Comel sudah lama menulis tetapi masih belum menemui kepuasan.
Si Kosong pula seorang yang ceria dan suka permainan.

Si Kosong dan Si Comel.
Dipertemukan oleh dunia yang mereka suka.
Dunia Blog.

Awas Buat Guru Praktikal!


Kalau membaca tajuk di atas,
aku percaya ramai yang akan menghentam aku secara terbuka atau tertutup.
Tapi aku merasakan kewajipan sosial untuk aku menegur beberapa aspek dalam hal ini.

Di sekolah yang aku baru tinggalkan semalam,
ada tiga orang pelajar yang sedang menjalani latihan mengajar (LM).
Ketiga-tiga mereka dari kampus Selatan, tempat yang menjadi sanjungan bangsa.
Tempat di mana ia melahirkan aku juga.

Kehadiran mereka semenjak minggu lepas membuatkan aku teringat tatkala diri ini menghadapi perkara yang sama juga. Sebagai orang yang baru masuk sekolah.
Bukan sebagai pelajar, tetapi sebagai guru.

Satu yang aku sangat kagum tentang kampus Selatan,
apa yang diajar di sana adalah releven dengan realiti pelajar masa kini.
Latihan yang diberikan di kampus, membuatkan diri sentiasa bersedia menghadapi manusia-manusia di alam realiti, bukan setakat membaca di buku.

Secara jujurnya, melihat tiga orang pelajar tersebut,
membuatkan aku sedikit terkilan atau lebih tepat lagi, segan akan manusia di sekeliling aku.
Ada yang sempat aku tanyakan latar belakang peribadi, ada yang jauh lebih tua dari aku dari segi usia. Tapi tak mengapa, aku panggil mereka adik sahaja.

Aku memerhatikan gelagat mereka sepanjang minggu ROS.
Orientasi Sekolah.
Sumpah, aku terkelu bila ada guru-guru meluahkan rasa hati mereka pada aku.

Adik, kalau masuk ke tempat orang, rendahkan diri adik.
Tegur semua orang.
Senyum pada mereka walau siapa pun mereka.
Tak akan rugi adik-adik semua.
Malahan, insyaALLAH, akan dipandang tinggi atas pekerti kalian.
Sungguh!

Aspek itu yang menjadi penekanan oleh Mak dan Abah tatkala aku melangkah masuk ke dunia sebagai seorang guru. Aku telah amalkan semenjak aku di bangku sekolah lagi.
Tegur sahaja sesiapa yang berada di sekeliling kamu.
Tidak salah memberikan salam kepada pekerja-pekerja pembersihan,
staf sokongan, guru-guru dan bertegur sapa dengan pelajar.
Langsung tak salah. Malah ia sangat mulia.
Kenapa susah sangat sesetengah manusia untuk mengerti? Aduhai...

Jangan sampai memalukan nama institusi kita.
Kerana bila berada di tempat orang, orang mungkin tidak mengetahui siapa kita dengan jelas,
tetapi nama institusi yang disayangi akan dicerca.


Zara : Mahu ke sekolah sebentar lagi. Berjumpa Pengetua untuk urusan penyerahan tugas.
Perlu pakai tanda nama lagi tak agaknya?

Nota Ciuman Penganggur : Aku ada baca tentang Pertandingan Weblog Popular di DENAIHATI.
Ada siapa-siapa yang mahu calonkan aku? ^_^

Monday, July 20, 2009

Balada Seorang Pelajar Sombong


Tamat sudah hari ini.
Aku menjadi bekas guru.
Aku sudah menjadi penganggur secara rasmi.
Ya, rasmi.

Ucapan guru bertugas yang aku buat secara spontan berhasil.
Alhamdulillah, syukur.
...dan ucapan aku yang serba ringkas serta sederhana itu membuatkan Guru Kanan Kokurikulum mendapat ilham untuk menulis
"Balada Seorang Pelajar Sombong" dan disampaikan dalam ucapannya selepas itu.

Buat sesiapa yang mengenali aku dari sekolah hingalah ke universiti,
mereka pasti tahu, betapa sakitnya hati aku pada manusia yang angkuh dan sombong.
Manusia yang tidak pernah tersenyum atau bertegur sapa.
Memang aku benci.
...dan perkara itu yang menjadi inti pati ucapan kemuncak aku.
Aku zahirkan kemarahan dengan nada sinis kepada pelajar.


Aku teruskan pengajaran seperti biasa.
Aku tidak khabarkan kepada pelajar bahawa ini hari terakhir aku bersama mereka.
Sengaja.
Kalau dikhabarkan, sumpah, mereka tidak akan buat tugasan mereka.
*Senyuman tegas*

Aku dapat hadiah dari Kak W.
Hadiah yang comel dan bermakna.
Coklat dan sebalang besar jeruk pelbagai rasa.

Zara : Mulai esok, aku seorang penganggur semula.
Mungkinkah ladang tanaman aku akan meluas? Aku harap tidak - aku suka kerjaku.


"Kata Tamat 27 Hari Bulan?"


Pagi yang indah.
Tidur malam aku dibuai oleh mimpi gila itu lagi.
Mimpi baju kurung ungu buat kali ketiga berturut-turut.
Ada orang yang mahu jadi penaja aku?
*senyum kanyur*

Apa pun, hari ini, petang ini,
insyaALLAH, adalah hari terakhir aku sebagai guru ganti di sekolah menengah yang bakal dikategorikan sebagai Cemerlang 2010.
...dan disebabkan aku bertugas minggu lepas,
petang ini aku diberi mandat untuk memberikan ucapan dan ulasan mingguan di perhimpunan.
Untuk berucap di hadapan lebih 500 pelajar sesi petang,
harus aku belajar mengawal diri.

Adik : Along, hari ni hari terakhir kamu ke?
Along : Ya, kenapa?
Adik : Bukan hari tu kata 27 hari bulan ke?
Along : Ya lah, 27 hari bulan.
Adik : Dah tu, hari ni kan baru 20 hari bulan?
Along : Kan 27 hari bulan Rejab?
Adik : Apa lah kau ni Long...

Ya, hari ni 27 Rejab.
Berpuasakah kamu?
Peristiwa Israk dan Mikraj tentunya segar dalam ingatan kalian.

Zara : Semoga aku lebih tabah hari ini.
Kurung ungu benar-benar buat aku nanar. Rasa sebal di hati.


Sunday, July 19, 2009

Sepasang Baju Kurung Ungu


Sudah dua malam aku termimpikan mengenainya.
Sepasang baju kurung ungu.
Baju kurung yang berlainan tetapi masih warna yang sama.
Ungu.

Ah, aku terlalu menginginkannya.

Zara : Emosi bertambah teruk. Kurung ungu membuat aku mahukannya.
Dipadankan dengan kasutku.


Ciuman Terakhir Seorang Gadis


Tadi aku bertemu B.
Bertemu hanya sebentar.
Dia dalam perjalanan pulang.

Dia memberikan ciuman terakhir pada ku.
Katanya itu ciuman terakhir seorang gadis buat aku.

"Basah pipi aku B"

"Perkara terakhir harus sungguh-sungguh kan?", kata B.

Air mata aku mengalir.
Aku peluk B kuat.

B, semoga kamu bahagia bersama Jejaka.
Aku akan berusaha melihat pernikahan kamu minggu depan sayang.
Kamu tetap wanita yang aku sayang.
Jangan lupa itu.

Zara : Aku masih mencari siapa diri aku.
Rasa mahu menutup Dunia Sebelah Zara selepas ini.

c8g3rh4kwz

Busuk, Kamu Di Mana?


Busuk, di mana kamu?
Busuk, mengapa tiada lagi blog kamu?
Sudah kamu padam?
Bagaimana dengan kerjasama di antara kita?

Busuk, kita sudah bersumpah menjadi sahabat sejati bukan?
Di mana kamu?
Jangan begini Busuk.
Sumpah, aku menunggu kamu sekarang ini.

Busuk, mengapa panggilan telefon dijawab oleh seseorang yang menyamar sebagai rakan kamu?
Mengapakah?
Rupanya dia bapa kamu.
Busuk, kata-katanya membuatkan aku agak tersentap.
Kamu sahabat aku Busuk.
Kamu sahabat aku.

Busuk, kalau kamu membaca coretan ini,
seila kembali jelaskan kepada aku Busuk.
Aku tahu kamu sedang sakit ketika ini atas masalah peribadi.
Tapi, kamu kuat.
Aku percaya kamu kuat.

Kamu tahu Si Tengik tidak akan tinggalkan kamu bukan?
Kerana Legasi kita tetap utuh Busuk!
Legasi Busuk dan Tengik!

Zara : Makin lama aku rasa diri aku bukan aku yang sebenar.
Jiwa kosong.


Saturday, July 18, 2009

Tali Apa Tali Yang Tidak Boleh Ditanya?


Aku semakin sembuh.
Tiada dadah yang berlebihan untuk bulan ini.
Sebab aku mengambil jalan selamat - tidur yang panjang.
Bagi badan ini rehat yang cukup.

Aku cukup suka jaga pagar.
Semua benda kamu boleh tengok dan tegur pelajar.

"Mana tali leher kamu?"

Tertinggal di rumah.
Hilang.
Lupa nak pakai.
Ada dalam beg.
Itu alasan-alasan yang selalu aku dapat.

"Kenapa tak pakai tali pinggang?"

Lupa nak pakai.
Putus.
Ada dalam beg.
Seluar dah ketat.

"Ikat tali kasut, nanti jatuh terpijak tali"

Ini kebiasaannya bagi pejalan kaki tegar.
Mereka tidak sedar bahawa kasut itu telah terbuka talinya.

Soalan untuk kamu semua.
Dalam banyak-banyak tali,
tali apa yang aku tidak boleh tanyakan pada pelajar?

Zara : Mahu menonton Syaitan Merah!

Mahu Meniru Gaya Rambut Jejaka Panas!


Baca tajuk rasa mahu melempang tuan punya blog dengan laju bukan?
Kadang kala aku fikir aku perlu lari dari kebiasaan.
Hidup ini janganlah terlalu serius.
Serius biarlah bertempat.
Itu yang aku fikirkan.

Baiklah.
Walaupun aku tidak menonton Anugerah Menjerit (baca : Shout Awards) malam tadi disebabkan kurang sihat, adik aku dengan semangat setia seorang adik kepada kakaknya,
berlari ke bilik aku.

"Along! Faizal Tahir menang anugerah dalam TV"

"Anugerah apa?"

"Anugerah Jejaka Panas (baca : Hot Guy Award)"

Oh sayang!
Kamu menang!
Tak sia-sia aku mengundi untuk kamu hari itu.
Walaupun hanya sekali disebabkan aku melayari laman sesawang itu,
tanpa yang satu, mungkin tiada kemenangan bukan?
(Perasan sedikit)

...dan Anugerah Planet Muzik akan berlangsung di Indonesia.
Aku cuma harap Faizal Tahir yang akan ke sana terselamat dari sebarang kejadian.
Walaupun aku tidak meminati sangat dunia hiburan,
tapi dia membuka sedikit mata aku untuk mendengar muzik Malaysia.

http://cutecarry.files.wordpress.com/2009/03/faizal2.jpg

Gambar Kredit Di SINI

Dan secara jujurnya, aku selalu menjadikan gaya rambut dia dan bekas suamiku, DB
sebagai satu gaya rambut di rumah.
Sekarang ini aku masih memikirkan, perlukah aku mempunyai gaya rambut seperti dia sekarang? Gaya rambutnya yang dulu masih menjadi pilihan hati.
^_^

Apa pun, tahniah kepada Faizal Tahir!
Kamu memang batu (sila baca : Rock)!
Nasib baik kamu sudah bayar itu PTPTN, kalau tak, masih terkandas kamu.

Zara : Maaf, aku kurang sihat tatkala ini. Hanya panggilan dan pesanan tertentu sahaja yang aku ambil.
Selamat berhujung minggu buat kalian semua!

Friday, July 17, 2009

"Awak Silap Kalau Fikir Awak Cukup Samseng"


Semua kertas jawapan telah siap ditanda.
Petang tadi, aku habiskan 60 set jawapan Pendidikan Seni secara menggila.
Laju aku tanda disebabkan aku berkejar.
Menjaga pagar.
(Eh, ada ritma lah)

Para pelajar zaman sekarang ini memang bagus.
Maklumat bergerak dengan pantas dan mahu segalanya dengan pantas.
Kertas Pendidikan Seni tamat jam 3.30 petang, dan bertanyakan markah pada aku selepas 20 minit. Apakah?!

Kebetulan selepas rehat, kelas mereka yang aku tuju.
Aku tanda kertas jawapan di dalam kelas dan memberikan mereka tugasan.
Tugasan yang bakal membantu mereka dalam ujian ini.
Ya, hanya lukisan.

...dan apabila diminta melakukan tugasan,
selalunya mulut, tangan dan kaki akan bergerak secara berjemaah.
Mustahil hanya tangan akan bergerak.

Sesi melukis bermula.
Sesi berjalan-jalan ke meja kawan bermula.
Sesi bertolak -tolak, bergurau senda.
Sesi tarik-menarik, bertukar cerita.

...dan perkara tersebut kebiasaannya akan mengundang celaka.

Seorang pelajar perempuan menarik tocang kawannya.
Si dia membalas dengan menarik tudungnya.
Tarik-menarik, suara riuh menjerit gempita.

Aku menjerit menyuruh mereka berhenti.
Keadaan masih tegang.

"BERHENTI!"

Senyap sunyi ibarat padang mati.

"Kalau awak fikir awak dah cukup samseng, awak silap"
(Lengan baju aku singsing ke atas - aku memakai sarung tangan melepasi siku)

"Sebab apa? Sebab saya boleh jadi lebih samseng dari awak!"

Keadaan sunyi sepi.
Pelajar beransur duduk di tempat sendiri.

"Bukankah saya pesan, lukis sahaja apa yang awak mahu? Untuk beri awak peluang lulus mata pelajaran ini. Susah sangat ke?"

"Tak cikgu!"

"Boleh buat tak?"

"Boleh cikgu."

...dan hasilnya, aku dapat 38 lukisan pelbagai jenis sebelum aku meninggalkan kelas.
Mereka semua layak lulus mata pelajaran ini.
Kerana apa?
Hanya satu - mendengar arahan dan kata.

Zara : Hari terakhir menjadi penjaga pagar membuatkan aku separa nanar.
Kerisauan untuk berucap di perhimpunan minggu hadapan.
Hari terakhir persekolahan.


"Eww!!! Itu Hobi Cikgu Ke?"


Soalan itu ditanya oleh pelajar Tingkatan 1 pada aku.
Mungkin dengan persoalan begitu akan membuat kami akan lebih mesra.

CZ : Kenapa tanya?
P : Mana tahu hobi cikgu sama dengan kami, boleh kongsi.
CZ : Awak rasa apa hobi cikgu?
P : Membaca agaknya cikgu.
CZ : Betul juga, tapi cikgu ada hobi lain.
P : Hobi apa cikgu?
CZ : Kalau nak tengok, cikgu ada gambarnya.
P : Boleh cikgu, tunjuk di depan lah cikgu. Nampak besar sikit.
CZ : Baiklah.

Aku capai Sean.
Wayar layar lebar aku sambungkan - biar seluruh kelas boleh melihatnya.

P : Cepatlah Cikgu.
CZ : Sekejap...ni dia. Menarik tak?
P : Eww...itu hobi cikgu ke?
CZ : Ya, kenapa?
P : Tak sangka itu juga boleh jadi hobi.

Ah, apa yang kalian fikirkan?
Bukan porno ya?
Tapi ini....



**Beg Darah Kali Ke-6, Kali Ke-7 Aku pergi seorang diri**



**Abaikan saiz lengan yang besar itu, dan gambar ini salah dimuatnaik**
Kelihatan terbalik.


Zara : Petang ini aku perlu menyerahkan markah kepada guru-guru kelas yang berkenaan.
Sebentar lagi perlu berjumpa dengan pihak berkuasa atas urusan melibatkan nyawa dan keselamatan aku.


Thursday, July 16, 2009

"Kalau Nak Buat Projek, Mesti Ada Alatan!"


Ini minggu ujian bulanan.
Aku ketua guru bertugas dalam minggu ini.
Ketua guru bertugas bagi sesi petang.

Disebabkan aku dan Kak YY yang bertugas di pagar minggu ini,
kami adalah dua manusia pertama yang akan disapa oleh pelajar.
Pelajar-pelajar yang aku ajar akan maju setapak lagi.
Soalan akan ditanya di situ juga, walaupun belum melangkah masuk kawasan sekolah.

Pelajar (P)
Cikgu Zara (CZ)

P : Cikgu, ujian masuk sampai mana?
CZ : Kan cikgu dah tulis di papan hitam hari tu?
P : Yang kena salin tu ya cikgu?
CZ : Ya. Takkan salin camtu sahaja, mestilah baca.
P : Oh, yang projek-projek tu cikgu?
CZ : Ya lah, kan ada alatan semua tu, mesin dan banyak lagi.
P : Oh, betullah cikgu.
CZ : Apa dia yang betul?
P : Kalau nak buat projek mesti ada alatan kan? (gelak keji)
CZ : Memang, bukan setakat alatan tangan, pengikat, kemasan dan kosnya.
(aku pura-pura naif)
P : Betullah sangat tu cikgu, mana boleh sepah-sepah. (gelak keji)
CZ : Kalau bersepah, nanti jatuh tergolek di bengkel kan? Mesti boleh dapat jawab soalan saya tahu?
P : Baik cikgu!

Tadi petang ada ceramah H1N1 di sekolah.
Sebanyak 160 set jawapan telah aku tanda.
60 set jawapan objektif, selebihnya soalan subjektif.
Menunggu kertas Pendidikan Seni esok.

Zara : Aku menunggang motosikal selaju 100 km/j depan rumah makcik-rambutan-Maghrib tadi.
Terima kasih kerana menunggu aku pulang makcik!
Hoyeah!


"Anak Gadis Yang Ganas Dan Mencurigakan"


Semalam tatkala aku jaga pintu pagar, aku dikejutkan oleh sesuatu.
Sebuah kereta berhenti mengejut di hadapan sekolah.
Di hadapan aku.

Hati panas menggelegak secara tiba-tiba.
Nasib baik jalan masih kosong, pelajar-pelajar masih beransur-ansur tiba.
Bas sekolah belum muncul lagi.
Nasib baik.

Aku menghampiri kereta tersebut.
Aku ketuk tingkap yang gelap itu.
Tingkap diturunkan dan aku terjerit kecil.

"B!"

Ya, B datang ke sekolah.
Semata-mata mahu melihat aku di luar pagar.
Kebetulan melalui kawasan Muar-Melaka, dia mengalihkan tumpuan si jejaka menghantar dia berjumpa aku.

"Zara, kata kamu pakai cermin mata di sekolah?"

"Hanya hari Selasa hari itu."

"Aku pasti kamu memang kelihatan sangat ganas", si jejaka menyampuk perbualan kami/

"Sudah pasti. Apa yang mengheret kamu ke sini?"

"Anak gadis yang ganas dan mencurigakan", jawab B sambil tergelak kecil.

"Siapa? Aku ke?"

"Ya lah Zara, siapa lagi?", kata B.

"Kenapa pula?"

"Aku tidak pernah tengok seorang guru yang sangat komited dengan kerjanya seperti kamu.
Kamu yang dikenali di kampus adalah yang agak ganas dan melihat orang dengan pandangan mencurigakan"

Aku ketawa.

"Sekarang?"

Jejaka : Kamu kelihatan sangat cengkung. Masih menjadi pencinta setia sawah?

Zara : Aku cinta B tapi kamu sudah dapat dia.

B : Merepek! Jangan berbual dengan isi kata yang mencurigakan.

Zara : Kamu juga kata aku ini mencurigakan?

B : Mencurigakan dari segi pandangan mata yang tajam. Macam kamu lihat pelajar tadi.
Sebab bajunya, seluarnya, tindik di telinga, mata sepetnya atau wajahnya yang kacak?

Zara : Mungkin kesemuanya.

Jejaka : Aku pasti 2 sebab yang terakhir itu sebab yang lebih utuh.

Aku pandang si jejaka.

"Anda terlalu memahami. Mungkinkah aku perlu berusaha mendapatkan anda daripada B?"

B mencubit lengan aku kuat.
Mereka beransur pergi bila pelajar ramai yang tiba di sekolah.

B dan Jejaka, nasib baik pakaian kalian sesuai semalam.
Kalau tidak, harus ku lanyak di hadapan sekolah.

Zara : Sedang sibuk menanda kertas jawapan pelajar. Tugasku yang terakhir sebelum kontrak tamat.

Wednesday, July 15, 2009

Kadangkala Kekejaman Itu Perlu...


Banyak kata-kata yang aku terima hari ini.
Kebanyakkannya dari merka yang tidak melunaskan janji mereka pada aku.
Seperti hari sebelumnya, aku masih bertugas di pintu pagar merangkap tepi jalan sekolah.
Berbumbungkan perhentian bas.

Pelajar-pelajar yang tiba mengerumuni aku.
Buku-buku dan lembaran latihan dihulurkan kepada aku.

"Cikgu, maaf lambat. Cikgu terima lagi tak buku ini?"

"Cikgu, saya nak hantar buku."

"Cikgu, ambillah buku saya ini. Ambillah cikgu"

Aku pandang muka mereka.

"Awak nampak cikgu tengah buat apa? Petang ni ada ujian mata pelajaran saya kan?
Hantar selepas ujian."

"Baik cikgu! Terima kasih. Dapat markah lagi tak cikgu?"

Aku pandang mereka lagi.

"Tidak. Sudah terlalu lewat."

"Cikgu, tolonglah cikgu. Dapat sikit markah pun jadilah."

"Tengoklah nanti."

"Terima kasih cikgu. Cikgu memang baik hati. Cantik pula tu."

"Masuk kelas, tak payah puji lebih-lebih"

InsyaALLAH, aku masih akan beri markah.
Tapi bukan sebanyak yang aku janjikan jika mereka hantar pada hari Isnin.
Siapa tangguhkan, dia akan menanggung akibatnya.

Zara : Kertas jawapan pelajar menimbun depan aku sekarang ini.
Kepala pusing. Sebenarnya aku tidak rabun.
Aku memakai kaca mata jika hanya aku memerlukan tumpuan yang lebih ke atas sesuatu.
Hari ini aku tidak pakai.
^_^

Mahu Komen? Baca Arahan Di Sini.


Buat Sesiapa Yang Tidak Boleh Meninggalkan Komen Di Blog Aku,
Sila Lihat Gambar Di Bawah.
Aku menggunakan Mozilla Firefox, Internet Explorer dan Google Chrome.
Kesemuanya boleh muncul perkataan itu.



Sila tekan gambar di atas.
Pastikan kamu menjumpai tulisan yang aku bulatkan itu.
Sila pastikan kamu masuk dari hadapan
(dengan menekan http://shafaza-zara.blogspot.com).
Bukan dengan hanya menekan tajuk pos terkini.
Ini kelemahan kulit ini, jika kamu tekan tajuk pos,
ruangan komen memang tiada.
Maaf.

Nota : Aku tutup komen di sini. Sila ke bawah untuk entri terkini.

Bila Aku Berkaca Mata Bingkai Putih...

Semalam hujan sewaktu aku tinggalkan rumah.
Aku pakai kaca mata aku untuk memberikan tumpuan di atas jalan raya.
Kaca mata berbingkai putih.

Aku jaga pintu pagar sekolah.
Pagar hadapan.
Orang selalu kata,
"Harapkan Pagar, Pagar Makan Padi"
Tapi, insyaALLAH, aku bukan begitu.
Aku kan pencinta sawah yang setia?
^_^

Aku berdiri depan pagar depan pagar dengan beberapa pengawas.
Aku masih berkaca mata.
Kali pertama aku memakai kaca mata di sekolah
Pelajar memerhatikan aku dan menegur aku.

"Cikgu, cikgu nampak lain hari ini."

"Cikgu, cikgu nampak comel hari ini."

"Lawa kaca mata cikgu!"

...dan yang paling aku suka...

"Cikgu nampak garanglah bila pakai cermin mata. Muka serius sangat!"


**Gambar Berkaca Mata Pada Sewaktu Aku Di Tahun Akhir**
Muka serius kata mereka


**Gambar Yang Agak Terkini**

Sila abaikan muka aku yang bulat dan tembam itu.
Aduhai.
Wajarkah aku memakai kaca mata lagi hari ini tatkala menjaga pagar?

Zara : Aku dapati ada pengunjung yang meletakkan ayat sinikal di Kotak Luahan di tepi ini.
Mengatakan aku gedik walaupun bertudung. Gedikkah aku?
Aku sendiri tidak mengerti apa maksud gedik.
Tapi aku pasti, hanya jauhari yang mengenal manikam.
Kalau kamu kata aku gedik, maksudnya kamu juga gedik.

Tuesday, July 14, 2009

Kata Carian Yang Menyongsangkan Mereka

Dalam hidup ini, acapkali manusia terlupa tentang sesuatu.
Sesuatu yang mereka lakukan mungkin dapat dikesan oleh yang lainnya.

Blog ini ditulis bagi aku berkarya, menulis tentang pengalaman aku,
dengan tatabahasa yang aku suka.

Mereka yang datang ke sini seringkali termasuk dengan tidak sengaja.
Tersesat dan tertipu dengan kata carian yang agak gila.

::Hasil Carian Pada Bulan Lepas::

Gambar seluar dalam dobi
Pelukan Hangat
Rindu Pelukan
Ahhh tembamnya
::Hasil Carian Minggu Lepas::

Bulat (apa yang anda jumpa ya?)
Buah keluar (neraka apakah ini?)
Tiubmerah
Kartun Wanderpets (ini paling menggelikan hati)
::Hasil Carian Minggu Ini::
(secara jujurnya, ini kata-kata carian yang sangat keji)

Pelukan Hangat
Tembamnya
...dan 3 lagi kata carian yang aku malas mahu tulis.

Sumpah!
Perkataan yang aku bulatkan dengan warna merah membuatkan aku ketawa hingga mahu pengsan. Secara jujurnya, kalian yang mencari itu pasti bertukar wajahnya bukan?
Kelat.
Payau.

Kalian sungguh hebat dapat memikirkan kata carian sebegitu.
Aku tidak pernah terfikir langsung.

Zara : Maaf, badan yang keletihan menjaga peperiksaan dan pintu pagar sekolah pergi dan balik membuatkan emosi aku kurang stabil. Mungkinkah aku perlu berehat atau membunuh sel sarafku dengan perkara lain?