Salam semua.
Terdapat banyak komentar yang aku terima mengenai tulisan aku tentang perokok di bawah. Terima kasih diucapkan kepada yang berkongsi pendapat dan hampir kesemuanya sudah aku siarkan kecuali dari orang yang tiada akal. Ketawa.
Tajuk itu juga menjadi isu yang telah mendapat perhatian di Mukabuku aku, pendapat dari kenalan yang aku hormati. Ah, nasib baik tiada pertikaman kata-kata yang berlaku dan Alhamdulillah, semuanya terkawal. Perlu diingatkan bahawa aku tidak memandang rendah orang yang merokok disebabkan ada saudara mara serta rakan aku yang juga perokok. Cuma, kalau merokok, perlulah mengambil kira pandangan orang sekeliling. Itu sudah lebih cukup buat aku, bila orang yang mahu merokok, mengambil tempat yang sesuai. Senyum.
Baiklah. Tadi aku ada menerima soalan di Borang Spring, daripada seorang yang tidak dikenali mahu aku meletakkan gambar konvokesyen aku yang aku simpan kemas di dalam album di Mukabuku. Ya, walaupun aku letak pautan itu di blog Ariff Shah, memang hanya kawan sahaja yang boleh melihat gambar tersebut. Oh, atas beberapa perkara yang berlaku sebelum ini, memang aku sangat perlu berhati-hati.
Ariff Shah menulis tentang pengalaman dia menjadi salah seorang yang disyaki menghidapi H1N1. Aku bukanlah menjadi orang yang disyaki tetapi H1N1 gelombang pertama yang melanda Malaysia tahun lepas sedikit sebanyak membawa tekanan mental (macam berat kan?) kepada aku. Oh, aku berikan kalian peluang menatap gambar yang aku tidak pernah letak di blog sebelum ini. Eksklusif.
17 Ogos 2009
Gambar ketika menerima ijazah.
Ya, kasut itu tiga inci. Memang serba ungu aku.
Dari dua gambar di atas, apakah yang anda dapat simpulkan tentang apa yang aku sampaikan tentang perkaitan pengalaman H1N1? Sila lihat gambar di atas dan perhatikan figura-figura yang menjadi latar belakang di dalam kedua-dua gambar yang mahal harganya ini (sebab ditempah untuk diambil). Ya, hampir kesemua figura yang menjadi latar belakang itu memakai topeng muka.
Konvokesyen aku adalah konvokesyen yang mencatat sejarah apabila kesemua graduan berarak masuk dengan memakai topeng tersebut. Sebelum melangkah masuk, semua graduan memakai topeng tersebut dan penyembur tangan disediakan oleh petugas. Memang konvokesyen yang telah menyaksikan dalam lipatan sejarah - wabak penyakit sedang menular.
Ini beberapa hari sebelum hari konvokesyen aku.
Bersedia untuk ke sesi penggambaran bersama teman wanita.
Lokasi adalah di Kampus Selatan juga.
Tidak mahu berbicara banyak. Buat yang bertanyakan soalan tersebut, harap aku sudah berjaya menjawabnya. Oh, kalau ada persoalan kenapa aku panggil Ariff Shah sebagai artis, sila ke blog dia wahai pembaca ku sekalian. Dan ya, aku sudah mengambil suntikan pencegahan vaksin H1N1 dalam dua atau tiga bulan lepas. Moga kita semua terhindar daripada penyakit yang berbahaya.
Nota Kaki :
1. Sedang berusaha menyiapkan Legasi Cinta Alisia Bab 33 walaupun sudah empat hari selsema. Pening.
2. Cubaan pertama untuk memasak bakso sebagai menu berbuka tadi gagal, maka aku terus mengubah kuah tersebut kepada sup bebola daging. Oh, enaknya bebola daging. Senyum.
Zara : Dan aku sejujurnya hanya mahu ketawa apbila melihatkan unsur-unsur kejatuhan sesuatu dinasti atau kerajaan suatu ketika dahulu sentiasa berulang kembali. Manusia memang tidak pernah belajar daripada sejarah bukan? Hasad dengki dan fitnah itu adalah mengapa kemuncak kejayaan itu punah selalunya.
Nikmati karya pertama Shafaza Zara Syed di Aksara Keraian.[Halaman Peminat][Kumpulan Pembaca][Bab 01] [Bab 02][Bab 03][Bab 04][Bab 05][Bab 06][Bab 07][Bab 08] [Bab 09][Bab 10][Bab 11][Bab 12][Bab 13][Bab 14][Bab 15] [Bab 16][Bab 17][Bab 18][Bab 19][Bab 20][Bab 21] [Bab 22] [Bab 23] [Bab 24][Bab 25][Bab 26][Bab 27][Bab 28][Bab 29][Bab 30][Bab 31][Bab 32]
8 comments:
hahaa konvo kt utm last sem. agak kelakar bla tgk graduan bbaris pakai mask. pastu org2 yg atas pentas pn pakai. ekekek
hahaa konvo kt utm last sem. agak kelakar bla tgk graduan bbaris pakai mask. pastu org2 yg atas pentas pn pakai. ekekek
Suka dengan title entry nieh...
semua orang macam ninja. haipp!
ko konvo masa birthday aku.
lupa plak haha.
alaa...xbest laa konvo pakai mask..
haha..
h1n1.. catat sejarah sunggoh! hee~
ooo..zara grad tahun lepas.
junior saya la nih.
haha~`
sib baek kite tak kne pakai mask ms nek pentas... stylo lah!! haha
Post a Comment