Showing posts with label Mukabuku Aku. Show all posts
Showing posts with label Mukabuku Aku. Show all posts

Saturday, December 10, 2011

Siapakah HERO Awak?



Salam semua.
Ada masa terluang hari ini?
Marilah singgah ke Uya Distro, SS15 Subang Jaya.
Ada pelancaran buku tulisan aku bersama rakan-rakan lain (HERO) di sana dan juga .

 
http://lejenpress.com/wp-content/uploads/2011/12/cover_2-hero.jpg
Hero, kompilasi cerita mengenai “Hero” dari lima penulis yang berlainan, Brader Leplep (http://bilamentolmenyala.blogspot.com) , Bozu (http://iniblogkechai.blogspot.com) , Lord Zara (http://shafaza-zara.blogspot.com), Fikri Misti (http://fikrikacak.blogspot.com) dan Shahir ( http://msaherr.blogspot.com/) .
 
   
Buku-buku yang akan dilancarkan ialah-

1) Kontrol Histeria (http://facebook.com/bukukontrolhisteria)
2) Hero (http://facebook.com/bukuhero)
3) Heroin (http://facebook.com/bukuheroin)
3) Pompang Pompang (http://facebook.com/pompangpompang)
4) Angus, Himself (http://facebook.com/angushimself)

Sambil membukukan diri, akan ada tiga persembahan istimewa. Mereka yang akan membuat persembahan ialah

1) Pretty Ugly !!! (https://www.facebook.com/pages/Pretty-Ugly/159896341335)

2) The Alif (https://www.facebook.com/pages/THE-ALIF/125515070809047)

3) Aifaa Rizwan (http://twitter.com/aifaarizwan)

Jadi, datanglah beramai-beramai ya?

Maklumat lanjut sila ke web rasmi, lejenpress.com atau facebook.com/lejenpress atau twitter.com/lejenpress

Lejen!

********


i. Beli mana-mana 5 buku LP dengan harga RM90
ii. Beli mana-mana 6 buku LP dengan harga RM105
iii. Beli mana-mana 7 buku LP dengan harga RM120
iv. Beli semua 8 buku LP dengan harga RM130


Kesemua belian promo di atas melayakkan diri pembeli untuk cabutan bertuah berupa percutian (penginapan) PERCUMA ke BALI/PHUKET selama 4 hari 3 malam DAN penginapan PERCUMA di hotel 5 bintang di KL. Cabutan bertuah ini akan berjalan hingga 31 Disember 2011. Juga valid untuk belian online Promo 52 dan Promo94.

Nota Kaki :
01. Sila rujuk laman sesawang Lejen Press ya? :)
02. Untuk maklumat lanjut mengenai majlis, sila rujuk ini.
Zara : Jumpa anda di sana. Ya, Skuad Terfaktab juga ada.

Saturday, January 15, 2011

Apa Perlu Buat Jika Bekas Kekasih Muncul Semula?


Salam semua.
Perbualan aku dengan dua orang gadis secara maya petang tadi berkisar tentang percintaan yang diuji dan sebagainya. Kedua-duanya tidak aku kenal secara realiti, bahkan mereka mengenali aku melalui blog yang serba biasa ini. Ah, kehidupan tidak selalunya cerah, itu pasti.
Senyum.

Aku ditebak dengan soalan yang membuatkan aku tersenyum simpul sebelum menaip jawapan jujur yang aku sendiri tahu betapa sukarnya melalui keadaan sebegitu. Ah, kisah silam dulu-dulu.

Gadis : Kak Zara, apa akan kak buat jika bekas kekasih muncul semula?
Aku : Terpulang pada dia nak muncul atau tidak, bergantung pada niat dia.
Gadis : Kalau dia nak bersama Kak Zara semula?
Aku : Tiada ruang patah balik tentunya (simbol senyum)

Dan aku percaya, setiap orang yang pernah melalui kehilangan, ditinggalkan, meninggalkan juga punya ruang sendiri untuk berfikir sama ada terus mengejar bayang-bayang atau teruskan dengan kehidupan baru yang lebih baik walaupun masa depan mungkin masih lagi samar. Mungkin.

[Gambar : Ada sesiapa yang rasa bersalah hingga mahu pegang kotak begini di tepi jalan?]

Disebabkan sudah ditanya, maka seperti biasa, aku mahu menjawab secara santai sahaja. Segala apa yang ditulis adalah pandangan peribadi. Janganlah sampai ada yang gelap mata pula apabila membaca. Ini bukan penulisan ambil batu, baling orang dan sembunyi tangan tahu? 
Ketawa.
Jadi, apa yang perlu dibuat jika bekas kekasih kamu muncul semula?

1. Buat tidak tahu.
Ini yang paling senang kan?
Dalam bahasa kasarnya, buat bodoh.
Dah kata dia bekas kekasih kau, dia muncul, hati kau melonjak-lonjak gembira macam dapat barangan dari Stor Epal (baca : Apple Store) kenapa? Kau berdegar-degar cakap dengan orang yang hati kau dah tiada pada dia, tapi bila dia ajak jumpa, kau bersiap mengalahkan pertemuan kali pertama. Apa barang?

Dia : Saya ada berdekatan dengan pejabat awak. Mari jumpa sekejap.
Kau : Siapa telefon ni?
Dia : Awak tak kenal siapa saya? Dah buang nombor telefon ke?
Kau : Awak salah telefon orang ni.
Dia : Sampai hati.
Kau : Hati saya memang sampai, kalau tidak dah lama ganti yang baru.

http://farm4.static.flickr.com/3008/2533906002_30a8243a3d.jpg
[Gambar : Walaupun mungkin ada hati yang tergigit, kau perlu kuat aku rasa. Tidak, bukan aku rasa, tapi aku percaya yang kau harus kuat tahu?]

Tapi, kalau kau keluar juga jumpa dengan dia atas alasan kasihan ataupun simpati dan sebagainya, cuma dengar dengan teliti, apakah jantung kau masih berdebar sewaktu bersama dia? Kalau tiada getaran langsung (maksud aku dari segi perasaan), apakah yang mungkin tinggal? 
Senyum.
Kau tentukan.

Pernah kau rasa hati kau kosong tanpa sebarang paluan?
Aku tahu itu.

2. Beritahu dia yang kau sudah berpunya.
Ini yang selalu dilakukan oleh orang di sekeliling aku. Dari zaman persekolahan sehinggalah sudah bekerja ini. Mungkin ini cara kedua termudah yang dapat difikirkan. Kau kenalkan kekasih baru pada si dia itu bila dia muncul tiba-tiba kembali dalam hidup kau dengan niat mahu kembali ke sisi di saat kau sedang bahagia bersama teman baru.

[Gambar : Jalan hidup kau, kau tentukan]

Dulu, masa zaman persekolahan, zaman guna telefon awam (baca : public phone), kawan selalu minta tolong telefon kekasih mereka jika tidak mahu punya apa-apa lagi. Aku selalu menjadi pilihan disebabkan suara dan perwatakan aku seperti lelaki (apa kau ingat aku dulu manis dan ayu? - Macamlah sekarang manis dan ayu). Ketawa.

Kawan : Kau tolonglah.
Aku : Tolong apa?
Kawan : Tolong mengaku pada dia ni kau teman lelaki aku.
Aku : Eh, kenapa?
Kawan : Sebab aku dah ada orang lain.
Aku : Kira bersubahat ni.
Kawan : Bolehlah (sambil goncang-goncang bahu)
Aku : Ya lah.

Kawan hulur ganggang telefon (dah berapa lama tak guna telefon awam agaknya?)

Kawan : Kau cakap dengan dia.
Aku : Kau cakap dululah.
Kawan : Awak, ni pakwe saya nak cakap.
Aku : Hello, kau kawan X ke?
Lelaki : Aku pakwe dia.
Aku : Salah. Aku pakwe dia yang baru. Jangan kacau dia lagi.
Kawan : Kau dah dengar kan? Jangan kacau aku lagi. (letak ganggang)
Aku : Dah boleh balik ke tak ni?
Kawan : Dah. Terima kasih.

[Gambar : Lepas habis bercakap mesti bunyi duit syiling masuk menderu-deru, dan ada kertas dialog tertinggal. Sengal betul.]

3. Buat macam kenalan biasa.
Kalau sudah dapat melupakan segala peristiwa, sila layan macam kawan biasa dan tidaklah boleh mengundang apa-apa perasaan lagi. Oh, aku gunakan cara ini untuk bekas kekasih. Disebabkan sudah tidak punya rasa dan apa-apa lagi, perbualan itu boleh seperti kawan biasa dan kekerapan berhubung adalah mencecah sifar. Macam aku pernah katakan pada Busuk, aku biasanya akan ingat sesuatu yang sungguh signifikan dengan aku. Kalau tak signifikan?

Sendiri mahu faham ya?
Ketawa.

[Gambar : Ada orang lain yang sudah bawa hati saya pergi jauh dari bumi tercinta. Maaf]

Harus diingat bukan melayan.
Kalau melayan, nanti jatuh cinta semula siapa susah?
Jangan buat gila tahu?

Dah.
Itu sahaja yang aku boleh fikir setakat ini.
Mahu menulis ini juga sudah mengambil banyak masa disebabkan aku menghilangkan kebosanan dengan menggunakan Twitter. Ah, itu taman permainan aku.
Senyum.

[Gambar : Apa yang penting adalah hal semasa. Toleh ke belakang untuk lihat masa silam, jadikan pengajaran boleh. Jangan toleh ke belakang dan mahu mengejarnya semula tanpa berfikir panjang]

Titik Titis Bicara

Senyum.
Ukir wajah.
Letak warna.
Ceria.

Muram.
Bibir melengkung.
Wajah suram.
Duka.

Bicara.
Manis, ayuh jamah semua.
Pahit, telan seorang, cicip bersama.
Masin, tuang laju bagi tawar.
Masam, tahan sama, mungkin nanti tukar rasa.

Ketawa.
Biar besar-besar, kuat-kuat.
Tangis.
Biar perlahan-lahan, teresak-esak.
Senyum.
Biar lebar-lebar, pastikan ikhlas.

Mendung, pinggir ke tepi.
Harapan palsu sebab diri masih rindu matahari.
Pasti.

Shafaza Zara Syed Yusof
26 Mei 2010
[daripada penulisan aku di sini]

Macam aku nyatakan.
Hidup kau, kau tentukan.
Jangan pernah ulangi kesilapan.
Kau sendiri tahu apa itu kesakitan.
Kau sendiri tidak mampu hulur ucapan kemaafan.
Kau lebih kenal diri bukan?

Nota Kaki :
1. Hujan dan mendung sepanjang hari.
2. Ukir senyuman walaupun ternyata aku hampir 48 jam tidak melelapkan mata.
3. Adakah orang itu masih berjuang di dewan peperiksaan?

Zara : Kadangkala gentar membaca pesanan gadis-gadis di Mukabuku. Sudah aku nyatakan yang aku punya si dia, maka, orientasi seksual aku sudah jelas dan nyata ke arah mana bukan? Alahai. Jangan tiba-tiba kata jatuh cinta dengan aku serta merta. Itu gila!

Saturday, January 08, 2011

Apa Aku Dapat Pagi Ini Dengan Harga RM 24?


Rasa macam menulis di Tumblr pula.
Sebab pendek dan ringkas.
Ketawa.


Aku dapat 6 helai baju ini dengan harga dua puluh empat ringgit Malaysia.
4 helai di atas itu dengan harga RM 3 sehelai.
2 helai di bawah (Mukabuku) dengan harga RM 6 sehelai.

Gila kan?
Kainnya tebal dan selesa.
Ah, bak kata adik, baju aku selalunya tidak menepati kerjaya aku.
Ketawa.

Baju Tiga Ringgit.
Sengaja beli 2 helai untuk kayuhan dan senaman disebabkan kolar yang memudahkan masukkan tudung ke dalam baju. Dua helai lagi yang berwarna merah disebabkan aku perlukan baju merah baru untuk mengetuai pasukan Merah. Jadi empat helai, maka harganya dua belas ringgit.

Baju Mukabuku - Sehelai Enam Ringgit.
Dah kata gilakan Mukabuku kan?
Malangnya datang lambat, yang tulisan lain sudah habis diambil orang.
Yang saiz bersesuaian pula sudah dirembat pergi.
Alahai.

Nota Kaki :
Sedang menunggu balasan pesanan daripada seorang kawan tentang projek kami. Ah, mengapa dia masih tidak muncul? (sambil ketuk-ketuk meja)

Zara : Cubaan menulis pendek-pendek begini membuatkan otak aku kejang. Ketawa.

Sunday, December 12, 2010

Kenapa Sudah Tiada Lagi Kotak Jeritan Pesanan Di Blog? : Ada Arnab Di Twitter


Salam semua.
Selamat menikmati suatu lagi hari yang menggembirakan. Aku pasti kebanyakan penulis blog di kawasan Lembah Klang, Kuala Lumpur dan kawasan-kawasan yang sewaktu dengannya sedang menikmati kegembiraan untuk duduk berkumpul bersama-sama. Aku seperti biasa, yang tinggal di bahagian selatan hanya mampu membaca pengalaman mereka.
Senyum.

[Gambar : Ada arnab yang mengiringi pesanan burung biru di Twitter setiap kali aku mengemaskini status kini. Siapakah arnab tersebut?]

Baiklah.
Mungkin seperti yang disedari oleh pengunjung blog aku, kadar memuat-masuk blog aku sudah bertambah baik setelah proses pengemaskinian berjalan semalam. Terima kasih kepada Busuk yang ada membantu aku sedikit setelah otak aku tidak mampu berfungsi. Kepala blog aku hadir dengan sedikit tambahan tulisan dan simbolik seperti selalunya. Untuk rekod, kepala blog ini pernah digunakan sebelum ini tanpa ada penambahan tulisan. Senyum.

Oh ya, aku menerima soalan di Mukabuku dan juga Borang Anjal (baca : Formspring. Ada orang mahu aku guna Borang Musim Bunga. Senyum) yang bertanyakan kenapa di blog sudah tiada kotak jeritan (baca : shoutbox). Aku tersenyum dan mahu berkongsi beberapa pendapat peribadi.

http://farm5.static.flickr.com/4074/4900916125_158db55731.jpg
[Gambar : Lepas ini kita jangan jerit, kita berbisik sahaja. Boleh?]

  • Blog berat : Dengan kehadiran kotak pesanan itu, kadar kecepatan blog dimuat-masuk agak perlahan. Lebih-lebih lagi apabila diletakkan di kawasan tersembunyi. Aku ingat kalau kita sembunyikan kotak pesanan di tepi, blog bertambah ringan. Rupa-rupanya bertambah berat. Ceh!

    •  Iklan merepek : Aku sampai boleh hafal iklan wang saku, tukar pautan, tukar alamat blog, jual barang dan pelbagai lagi yang diletakkan di situ sampai aku terpaksa menekan beberapa kali paparan untuk melihat kalau ada di antara kamu yang meninggalkan pesanan tentang blog ini ataupun bertegur sapa.
    Pesanan #1 : Sila ikut blog saya, saya dah ikut blog awak.
    Pesanan #2 : Iklan wang saku SJ. Ini akan buat awak bertambah kaya.
    Pesanan #3 : Kelakar betul apa yang awak tulis, ikutlah saya di blog saya.
    Pesanan #4 : Dah makan? Tiada duit? Saya boleh bantu.
    Pesanan #5 : Blog awak banyak membantu saya melariskan jualan.
    ...
    ...
    ...
    Pesanan #Tidak Terkira : Mahu membeli selendang, ubat kuat, seluar dalam?
    • Kutukan dan makian : Maaf, aku dah penat mahu padam benda itu semua memandangkan aku tidak sanggup tengok pembaca lain melihat kau melucah. Macam aku pernah katakan dahulu, kalau tidak berpuas hati, sila hubungi aku terus, bukan meninggalkan tahi sesuka hati. Bolehkan?

      • Suka-suka : Sengaja buang. Boleh? (Sebenarnya semasa proses pengemasan blog, aku terbuang kod kotak jeritan dan malas mahu mencari semula, jadi terus tidak mahu letak. Ini alasan sebenarnya)
       [Gambar : Ada yang masih mahu menjerit kepada aku?]

      Jadi, bagaimana untuk meninggalkan pesanan di blog aku sekarang ini? Mudah sahaja setelah aku fikirkan cara yang sesuai.
      • Mukabuku Peribadi (baca : Facebook) - Tinggalkan sahaja pesanan di situ, aku akan jawab apa sahaja yang ditanya atau mahu disampaikan. Mudah, sebab aku gunakan setiap hari.

        •  Mukabuku Halaman Pembaca (baca : Fan Page) - Buat yang tidak menambah aku dalam senarai rakan mereka, boleh menggunakan medium ini. Senang mahu berkomunikasi.

          • Mukabuku Kumpulan (baca : Group) - Mahu bersama-sama di dalam itu juga boleh. Tiada masalah. 

            • Borang Musim Bunga (baca : Formspring) - Ada ruangan di tepi blog, tanyalah apa sahaja yang kamu mahukan ya?

              •  Surat elektronik (baca : e-mail) - Hantarkan sahaja ke lordzarasean87[@]gmail[dot]com

              Baiklah teman-teman tersayang.
              Jangan risau, kita masih boleh berhubung.
              Senyum.

              Nota Kaki :
              1. Mendapat berita gembira semalam, tersenyum sampai hari ini.
              2. Oh, Dunia Sebelah Zara muncul di ruangan Blogspot dalam majalah Remaja keluaran 15 Disember 2010 (dimana Shila OIAM menjadi penghias muka depan)
              3. Ada orang suruh tunggu depan komputer malam ini. Eh, ada apa ya?

              Zara : Kita dikurniakan pelbagai warna dalam kehidupan supaya kita sedar bahawa hidup itu tidak semestinya di atas sahaja. Ada masanya warna yang ceria juga akan menghumban kita berada di kawasan yang paling curam untuk dipapah.

              Friday, November 26, 2010

              Maaf Gadis, Kau Salah Bakar Otak Orang.


              Salam semua.
              Sesiapa yang mengikuti garis masa (baca : timeline) Twitter aku, pasti akan ketawa besar melihatkan aku menulis status yang pastinya tidak akan keluar di bawah kesedaran norma aku. Sejujurnya aku menulis dalam keadaan ketawa apabila mengenangkan, ada gadis yang tidak berpuas hati dengan status Mukabuku aku tengah hari tadi. Sudahlah rasa tidak puas hati itu ditulis di ruangan komentar, masih juga mahu dilayankan ke kotak pesanan? Layankan sahaja.

              http://img.photobucket.com/albums/v243/KiwiLia/3432198-2-angels-and-demons.jpg
              [Gambar : Suka betul orang nak tengok kedua-dua sisi aku kan?]

              Senyum.
              Itu yang paling aku risau bila ada orang terlampau mengambil berat dengan apa yang aku tulis sama ada di blog atau di Mukabuku. Sayang-sayang temanku semua, apakah mungkin kamu tidak dapat membezakan realiti dan sekadar penulisan dari hati? Ah!

              Saya memang menyampah dengan orang yang letak tanda baca sebanyak yang mereka suka tanpa arah tujuan. Style konon! Tidak menarik langsung (????, !!!!!, ?!?!?!) Pftt~

              Ya lah, awak semua baik. Saya seorang sahaja yang keji. Hiduplah awak semua dengan tanda baca merepek itu. Selamat tinggal :)

              Saya dengan ini tidak akan mengambil pusing bila manusia2 lupa memakai seluar dalam selepas balik makan tengah hari kerana mereka sedang meracau semula selepas terpaksa masuk kerja semula. Sekian :)

              Ya, aku akui yang aku menulis tiga status di atas dan ada pula yang meracau hingga aku risau. 
              Ketawa.

              Manusia : Kau tulis sebab nak kenakan aku kan?
              Aku : Kenakan apa?
              Manusia : Sebab aku bangkang kau tulis kau menyampah dengan orang yang buat tanda-tanda baca tu.
              Aku : Nak buat apa aku nak ikut kata kau? Kan masing-masing punya hak peribadi. Aku tak kisah.
              Manusia : Kau macam mencabul aku tahu?
              Aku : Ha ha ha. Mencabul apakah?
              Manusia : Kau macam mencabul aku dengan tulisan kau tu.
              Aku : Jujurnya bukan untuk kau, kenapa kau nak terasa?
              Manusia : Aku betul rasa macam dirogol juga.
              Aku : Jadi aku perogol? Pencabul disebabkan status Mukabuku aku?
              Manusia : Kenapa kau benci orang yang suka letak tanda baca? Pemikiran kau sempit.
              Aku : Bahkan aku galakkan, tapi berpada-pada. Tulisan tidak punya suara.
              Manusia : Kau mencabul hak asasi manusia lain.
              Aku : Kau gila. Itu aku menegur sahaja.
              Manusia : Kau mencabul.
              Aku : Dari segi bahasa? Ha ha ha.
              Manusia : Kalau kau berani, kau padam apa aku tulis.
              Aku : Nak padam buat apa?
              Manusia : Padamlah kalau kau tak suka.
              Aku : Ha ha ha. Aku bukan dR Rozmey nak padam-padam komentar orang lain.

              Tengok-tengok.
              Pandang-pandang.
              Kau pula yang padam.
              Kenapa eh?

              http://farm5.static.flickr.com/4048/4415571705_492264ef17.jpg
              [Gambar : Kau suka sisi sarkastik aku?]

              Dan disebabkan itulah perempuan (ya, aku tahu kau tidak punya Twitter), habis Twitter aku dicemari dengan kata-kata kesat yang aku sendiri tidak sangka akan menulis. Ketawa. Kali pertama aku dikatakan sebagai pencabul atau perogol hanya dengan tulisan, aku ketawa.

              Sisi sarkastik aku biasanya jarang mahu keluar kecuali betul-betul tercabar. Sekejap, bukan aku selalu dicabar ke? Senyum. Tidaklah begitu rupa kan? Cuma, bila ajak bertikam kata, aku lebih gemar orang tulis dengan penuh tatacara agar maksud yang disampaikan dapat difahami dan tidak salah ditafsir pula.

              *******

              Aku pernah menulis suatu ketika dahulu.

              Acapkali aku keliru bila menerima pesanan.
              Nah, tidak kira pesanan ringkas ke telefon genggam atau ke Mukabuku, aku amat mementingkan tanda bacaan. Oh, bukan namanya aku seorang yang cerewet, tapi itu pesanan.
              Sesuatu yang kaku.
              Aku tidak boleh baca perasaan yang kamu mahu sampaikan.
              Pesanan itu masuk, kejung.

              Aku beri contoh.
              "Zara, kamu buat apa?"

              Apa bezanya dengan ini pula.
              "Zara, kamu buat apa?!"

              Nah, bukankah sudah berbeza?
              Yang pertama kelihatannya pengirim mahu bertanya aku sedang melakukan apa aktiviti ketika itu.
              Yang kedua seperti mahu memerangkap kesalahan, atau ditangkap atas sesuatu sebab.
              Nah, lebih kepada disergah barangkali.
              Aduhai.

              "Awak tahu tak???"
              dengan
              "Awak tahu tak?"
              Yang pertama itu lebih kepada pertanyaan gila pada aku.
              Kelihatan tidak begitu menyenangkan.
              Ya, aku memang mahu menjaga perasaan orang dan perasaan aku sendiri, maka, aku perlu tahu apa yang mahu disampaikan dengan nyata.
              Aku juga pantang bila menerima pesanan dengan huruf besar semua sekali.
              Bagaimana ada yang tidak kena.
              "Terima kasih. Maaf, lain kali sahaja ya?"
              atau
              "TERIMA KASIH. MAAF, LAIN KALI SAHAJA YA?"

              Yang kedua agak seperti sindiran.
              Menggeletar.
              Fikiran celaru.
              *******
              http://farm5.static.flickr.com/4022/4684970910_195f59a85a_z.jpg
               [Gambar : Tidak Cakap Jahat, Tidak Tengok Jahat, Tidak Dengar Jahat]

              Aku macam biasa.
              Senyum sahaja.
              Tanpa sekelumit rasa marah.
              Cuma kalau kau tidak tahu apa yang aku bincangkan atau luahkan, jangan tiba-tiba meroyan kalah perempuan baru lepas bersalin. Malu tahu?
              Sengih.

              Nota Kaki :
              1. Petang tadi keluar bersama adik-adik.
              2. Esok perlu hantar adik buat kad pengenalan baru.
              3. Masih berusaha untuk memastikan Sean pada tahap terbaik.

              Zara : Kalau betul aku perlukan alasan untuk tersenyum, kau pasti tidak akan dapat lihat ukiran senyuman di wajah beku ini buat selamanya. Mereka mungkin tidak tahu, pasti ada yang tidak memahami dan aku tidak akan pernah meminta sesiapa untuk mengerti. Noktah.

              Sunday, October 24, 2010

              "Aku Jadi Takut Nak Kahwin Bila Baca Blog Kau. Boleh Aku Jadikan Ia Sebagai Alasan Selain Akhbar?"


              Boleh.
              Lepas itu kau kena tampar dengan keluarga kau sebab gatal nak kahwin tapi nak batalkan perkahwinan sebab kononnya baca blog aku dan kau trauma dengan laporan berita dan akhbar sejak kebelakangan ini yang menyatakan pengantin melarikan diri dan sebagainya. Jangan buat cerita kawan kecuali kau nak muncul dalam blog aku secara eksklusif dengan gambar kau sekali.

              J : Ngeri aku baca blog kau akhir-akhir ini.
              Aku : Kenapa?
              J : Banyak sangat kisah rumahtangga.
              Aku : Mana ada? Belum kahwin punya cerita adalah.
              J : Sampai aku takut nak kahwin.
              Aku : (ketawa) Tak payah buat gila kau. Kau ingat aku nak percaya?
              J : Dulu cara menulis kau lain, santai dan kadang-kadang boleh salah tafsir. Tajuk yang kau tulis siap boleh buat aku berdebat dengan kawan-kawan di pejabat.
              Aku : Itu pun jadi?
              J : Sebagai kaum lelaki, kami sering hadapi masalah dengan perkara begini. Jadi, sekurang-kurangnya kami akan berhati-hati.
              Aku : (ketawa) Itu pun orang tak boleh terima kan?
              J : (ketawa) Kau dan gila tidak dapat dipisahkan.
              Aku : Hidup aku bukanlah skema seperti cara aku berpakaian.
              J : Celah mana pakaian kau skema lagi? Sekarang belit-belit aku tengok.
              Aku : Masih pakai tanda nama ke sana ke mari.
              J : (ketawa) Tapi betullah, baca blog kau buat aku bersyukur sangat sebab hantaran aku semua dah habis bayar.
              Aku : Apa bayar dulu ke apa?
              J : Apa kau ingat aku tak menabung sedikit demi sedikit dalam akaun bank yang aku buka atas nama dia?
              Aku : Pergh! Macam tu pula?
              J : Kalau tak buat macam tu, macam mana nak cukup duit? Nanti bila tiba bulan langsung, boleh keluarkan konon-konon dalam bentuk cek.
              Aku : Bijak ni.
              J : Pandai kan? Lepas tu masukkan balik dalam bank.
              Aku : (ketawa) Berapa banyak ni J?
              J : Tak sampai 5 angka. 4 angka sudah.
              Aku : 9999 pun 4 angka juga J.
              J : (ketawa) Kurang seringgit nak sepuluh ribu kan?
              Aku : (ketawa) Bak kata Haji Bakhil, takde satu sen, rumah pun tak jadi.
              J : (ketawa) Yang penting sederhana.
              Aku : Betul.

              Ketawa.
              Itu antara intipati panggilan telefon daripada seorang kawan aku yang bakal melangsungkan perkahwinan pada bulan dua belas nanti. Musim mengawan hampir tiba secara rasmi. Ketawa. Gila, tapi itu yang dinyatakan oleh seorang bekas pensyarah aku dahulu. Dia menyatakan setiap kali cuti sekolah, adalah musim mengawan bagi kami-kami semua yang bekerja di sektor pendidikan. Geram juga, tapi entah kenapa, itu hakikat yang nyata.

              Senyum.
              Alhamdulillah, sakit kepala yang aku alami semalam sudah berkurangan selepas dapat menikmati kopi pagi tadi. Sepanjang malam menderita sakit sehingga aku terpaksa tidur agak awal (jam 11.30 malam selepas CSI New York). Tidur dengan keadaan kepala disangkutkan di atas birai katil. Nasib baik tidak berlaku apa-apa.

              http://fc00.deviantart.net/fs29/i/2008/045/d/9/Happy_Valentine__s_Day_2008_by_ieatSTARS.jpg

              Dan di dada-dada akhbar (kenapa guna dada agaknya?), banyak peristiwa yang agak menakutkan sejak kebelakangan ini tentang pengantin, bakal pengantin dan pasangan suami isteri sendiri. Masing-masing menerima ujian yang bukan sedikit, lebih-lebih lagi kisah mereka disiarkan di dalam surat khabar. Aku sebagai hanya pembaca tentunya, hanya mengharapkan keadaan semakin pulih untuk mereka tanpa perlu aku mengulas dan menimbulkan spekulasi sebagaimana ada sesetengah penulis blog canangkan. Bukan apa, pada aku, itu urusan mereka dengan keluarga mereka. Biarlah. 

              Selamat menikmati cuti yang hampir habis.
              Selamat memulakan minggu baru.
              Mungkin aku bukan yang terbaik, tetapi aku cuma mahu jalinan persahabatan kekal selamanya.
              Senyum.

              Nota Kaki :
              Tidak menghadiri 2 majlis perkahwinan minggu ini.

              Zara : Semalam aku banyak menemui kawan baru di Kumpulan Blog Dunia Sebelah Zara. Terima kasih buat yang sudi berbual dengan aku di sana semalam. Oh, yang menghadapi kesukaran banyak menerima peringatan (baca : notifications), aku sudah beritahu cara bagaimana nak buang kan?

              Friday, October 22, 2010

              "Adakah Senyuman Dan Ketawa Itu Masih Kepunyaan Saya Apabila Tangan Dia Merangkul Insan Lain?"


              Sepi.
              Ada orang kata sepi itu membunuh.
              Tetapi pada aku, sepi adalah satu ruang istimewa. Untuk aku lebih kenal diri aku dan manusia di sekeliling aku. Manusia yang banyak memberikan warna dalam hidup aku yang biasa-biasa. Entah di mana silapnya, tawa aku lebih kuat berbanding dengan tangisan yang menyesakkan hidung dan sia-sia. Ah, ada seorang penulis blog pernah dengar aku menangis. Lebih banyak menangis dan tiada satu patah perkataan pun kedengaran di telinga. Oh, itu cerita lain.

              http://fc07.deviantart.net/fs71/i/2010/117/e/b/Everyone__s_gonna_hurt_you__by_shutteredhopes.jpg

              Kisah yang tulis semalam bukanlah kisah aku. Ah, bagaimana aku mahu dilukai sehingga lima belas kali? Kegilaan apakah itu? Bahkan, peluang untuk didekati adalah tipis memandangkan aku bukanlah dalam ruang lingkup gadis yang memiliki keistimewaan. Sudah aku nyatakan, hidup aku begini sahaja. Pergi kerja, menulis, menjalani aktiviti lasak di luar dan di rumah. Itu dunia aku, dan ya, aku punya blog. Menulis apa sahaja yang membolehkan aku kenal erti bahagia.

              Rakan bekas penghuni pertama kamar jiwa menghubungi aku kelmarin. Bertanyakan mengenai Adam Awraq kesayangan aku. Entah dari mana dia mengetahui aku sudah mempunyai 'suami' yang kacak dan berkilat seperti Adam. Apakah mungkin dia membaca apa yang aku coretkan setiap hari? Entah, aku tidak mahu tahu. Ataupun cerita tersebar pantas seperti yang pernah dinyatakan sebelum ini?

              Dia : Macam mana hidup sekarang?
              Aku : Baik sahaja.
              Dia : Bila nak kahwin?
              Aku : Kalau pasangan hidup ada dijual, mungkin dah lama beli.
              Dia : Wah! Eh, nak tahu yang sekarang bekas kekasih awak dah bahagia.
              Aku : Baguslah. Dengan perempuan keberapa?
              Dia : Setakat yang saya tahu, awak nombor satu. Yang lain tak boleh dikira.
              Aku : (simbol ketawa) Kata kawan baik?
              Dia : Kawan baik pun payah nak kira bila dia dah bawa ramai sangat perempuan.
              Aku : Biarlah. Dia bahagia tu agaknya.
              Dia : Lelaki itu ada hubungi awak lagi?
              Aku : Oh, dia ada hantar saya pesanan di Gmail. Ucapkan selamat hari raya, itu sahaja.
              Dia : Awak balas?
              Aku : Saya balas terima kasih. Itu sahaja.
              Dia : Saya suka awak dengan dia dahulu, kenapalah kamu boleh berpisah kan?
              Aku : Itu cerita lama. Saya dah tak rasa apa-apa.
              Dia : Betul ke?
              Aku : Adakah senyuman dan ketawa itu masih milik saya apabila tangan dia merangkul insan lain? Tidak. 
              Dia : Awak langsung tak cemburu, tak marah dari dahulu.
              Aku : Saya dah penat untuk lalui zaman begitu lagi. Tiga tahun dah berlalu, dan saya sudah ada kehidupan lebih baik saat ini.

              http://lh6.ggpht.com/_ZSiZxTNJ_BY/S0WJYOL0v0I/AAAAAAAAGBM/qVdqzn5J7eM/s800/aimeelikestotakepics-deviantart.jpg

              Kebetulan, di Yahoo Messenger, status yang aku letak adalah "Aku perlu bercakap dengan seseorang". Tiba-tiba dia muncul petang ini. Muncul untuk memulakan perbualan. Seperti suatu ketika dulu, medium yang digunakan masih lagi bahasa kedua, Bahasa Inggeris. Cuma, aku tulis sedikit apa yang dia tanyakan pada aku.

              BK : Awak boleh bercakap dengan saya.
              Aku : Oh, benar?
              BK : Ya.
              Aku : Tak mengapa. Status itu sekadar suka-suka.
              BK : Kenapa menjauhkan diri? Tiada ucapan hari lahir dari awak lagi.
              Aku : Mungkin saya terlupa kerana sibuk.
              BK : Teman wanita saya sekarang pun sibuk. Nak habiskan masa bersama pun susah.
              Aku : Gunakan hujung minggu.
              BK : Hujung minggu pun sibuk.
              Aku : Malam.
              BK : Tengoklah nanti. Awak pula nasihat saya pasal hal begini.
              Aku : (simbol ketawa)

              Diam.
              Kekuatan aku hari ini disebabkan aku punya manusia-manusia hebat dalam hidup aku. Aku punya keluarga, aku punya kasih sayang yang tidak pernah putus daripada rakan-rakan dan sesiapa sahaja yang setia di sisi aku. InsyaALLAH, aku sentiasa memberitahu diri, aku tidak boleh berpatah balik ke zaman silam yang penuh ketawa bersulam air mata. Cukuplah.

              Kenapa aku menulis tentang diri sendiri hari ini?
              Sebab aku tahu, aku juga sebahagian daripada dunia.
              Walaupun aku mungkin tidak diperlukan oleh sesiapa, aku masih sayang diri aku.
              Itu sahaja.

              Nota Kaki :
              Tunggukan kemunculan Nuansa Marga Sakura Tuhfah malam ini ya?

              Zara : Aku tahu yang hati aku bukan lagi milik lelaki itu apabila tiada lagi getaran yang membuatkan jantung berdebar sejak tiga tahun dahulu. Senyum. Penulisan kali ini kosong dan tiada jiwa bukan? Ketawa.

              Thursday, October 21, 2010

              Ada Yang Tidak Mempunyai Masalah Dan Cerita Dalam Hidup? Aku Ada, Kau Ada? | Jerebu Di Muar


              Salam.
              Hari ini aku bercuti disebabkan seluruh sekolah di daerah Muar dan Ledang diberikan cuti. Jerebu yang sudah meningkat ke paras bahaya membolehkan kami diberi cuti. Aku rasa yang paling teruk adalah pada hari Selasa, terpaksa memandu dengan memasang lampu walaupun sepatutnya matahari sedang menyinar terik.

              http://th01.deviantart.com/fs21/300W/i/2007/239/1/f/life_is_sweet_by_spelii.jpg

              Citarasa.
              Dunia Sebelah Zara adalah sebuah tempat di mana aku menulis segala macam benda mengenai hidup aku dan manusia di sekeliling aku. Sebab itu ia dipanggil dunia sebelah. Mungkin tidak terus di sebelah aku, tetapi masih di kawasan lingkungan diri aku. Maaf, mungkin citarasa aku dan kamu yang membaca tidak sama.

              Pembaca : Kenapa kebelakangan ini dalam blog cerita kisah cinta?
              Aku : Kebetulan kawan aku mengalami hal begini.

              Pembaca : Semua kawan-kawan kau ada masalah cinta?
              Aku : Tidak. Ini cuma sebahagian.

              Pembaca : Kau menulis ibarat mengumpat tahu?
              Aku : Menulis sesuatu di dalam perspektif aku dan dalam pengetahuan kawan-kawan aku. Aku tidak menulis nama atau kawasan tempat tinggal mereka, bahkan tidak mengkritik. Hanya berkongsi kisah masyarakat.

              Pembaca : Nasihatkan kamu supaya berhenti menulis pasal masyarakat. Nanti orang benci.
              Aku : Ajaibnya aku dapat lebih ramai kawan apabila cerita yang aku paparkan dekat dengan masyarakat. Masyarakat berkongsi cerita mereka pula dengan aku.

              Pembaca : Nanti ramai yang marah-marah, maki kamu.
              Aku : Manusia-manusia Tanpa Nama (baca : anonymous) langsung tidak wujud melemparkan cercaan seperti biasanya. Tiada. Mungkin itu yang lebih dekat dengan naluri manusia mereka.

              http://fc04.deviantart.net/fs42/f/2009/160/1/a/Love_me_by_Alephunky.jpg

              Masalah Dan Cerita.
              Ada orang mempunyai masalah dan dipendamkan. Memilih manusia tertentu untuk meluahkan, berkongsi cerita suka dan duka. Seorang kawan pernah menyatakan pada aku begini.

              "Jujurnya kamu seorang yang baik. Seorang yang suka memendam rasa, sentiasa mahu gembirakan hati orang lain walaupun tiada siapa yang jaga hati kamu. Kamu nak Bonda terutama sekali keluarga kamu gembira, dan kalau kamu tak suka dengan seseorang sekalipun, kamu tetap akan buat baik dengan dia dan simpan perasaan marah itu dalam-dalam"

              Ada orang lebih suka pendam.
              Aku suka menulis sebagai satu bentuk perkongsian kerana aku percaya, di luar sana, masih ramai yang mempunyai masalah tersendiri dan mencari ruang untuk berkongsi. Bila kita terjumpa mereka yang berkongsi pengalaman dengan kita, kita lebih mudah atur bicara dan meluahkan segalanya.

              Sekurang-kurangnya, itu apa yang aku rasa.
              Tidak, aku bukan marah sesiapa.
              Aku gembira sebenarnya.
              Kerana aku punya tempat meluah bicara.

              Mengenai peristiwa meluahkan perasaan yang aku tulis kelmarin, nampaknya, F belum meluahkan isi hati kepada manusia yang dia sukai dalam diam. A cuba untuk membantu.

              A : Mana teman istimewa awak?
              F : Mana saya ada teman istimewa?
              A : Yang awak simpan perasaan itu?
              F : Saya malu. Saya segan.
              A : Janganlah segan. Awak nak saya tolong?
              F : Tolong apa?
              A : Biar saya beritahu dia. Siapa nama dia?
              F : Tak boleh tahu.
              A : Cakaplah...

              Nota Kaki :
              Di kawasan aku seperti kurang jerebu cuma langit mendung. Bila mahu turun hujan agaknya?

              Zara : Melalui suatu proses mematangkan diri sejak mula serius dalam menghasilkan sesuatu sebagai tempat melarikan diri daripada kesakitan yang membunuh dalam diam.

              Tuesday, October 19, 2010

              Tiada 20 Atau 30 Ribu, Memang Kahwin Dalam Mimpilah! | Sebelah Pihak Sahaja Tanggung?


              Salam.
              Buat yang menghantar surat elektronik dan juga penyamar-penyamar tanpa nama (baca : Anonymous), kamu boleh lemparkan kata-kata kesat dan sebagainya. Tapi aku seperti kebiasaannya, malas mahu menyiarkan. Mari kita baca apa yang kawan-kawan aku di Mukabuku berikan sebagai jawapan jujur kepada kata-kata kamu yang langsung tiada kaitan.















              Itu daripada Mukabuku aku.
              Ada sesiapa lagi yang tidak berpuas hati?
              Masih ramai yang boleh memberikan pendapat mereka yang bernas daripada yang menyalak tidak tentu hala.

              Don : Kau tulis dalam blog ke?
              Aku : Ya.
              Don : Kawan kita tu aku dah nak kenalkan dengan perempuan lain.
              Aku : Ya.
              Don : Orang lain tak boleh kacau.
              Aku : Ya.
              Don : Apa kau ya, ya dari tadi?
              Aku : Dalam tandas ni.
              Don : Itu pun kau jawab?
              Aku : (ketawa)

              Ini rentetan peristiwa buat mereka yang terpinga-pinga.
              Zara : Aku mungkin berpergian lagi selepas ini. Tuntutan kerja semakin menghambat. Maaf.

              Kalau Nak Tangguh Sampai Tahun Depan Boleh. Cuma Hantaran Jadi 30 Ribu Sebab Kena Tunggu Lagi.


              Salam.
              Hati aku sedang mendidih kepanasan.
              Berikutan pesanan ringkas yang aku terima dari kawan aku pagi tadi, berkali-kali aku cuba menghubungi dia. Mahu mendapat kepastian apa yang terjadi walaupun aku tahu aku boleh mendapatkan kenyataan daripada Don kerana Don menemani dia ke rumah perempuan tersebut.

              Aku : Don, apa cerita?
              Don : Kau tanya dia sendiri. Aku malas nak cakap apa-apa.
              Aku : Kenapa ni? Dia hantar aku SMS pelik.
              Don : Kalau aku jadi dia, aku dah terajang muka semua orang dalam rumah tu.
              Aku : Eh, kenapa?
              Don : Cinta dia memang gila, kau tanya dia sendiri.

              http://media.picfor.me/001E790/love_is_danger-by-~NoDate-on-deviantART-Love-%D0%BB%D1%8E%D0%B1%D0%BE%D0%B2%D1%8C-Photography-lips-creative-photos-%D0%B3%D1%83%D0%B1%D1%8B-love-hurt-razor-blood-%D0%B1%D1%80%D0%B8%D1%82%D0%B2%D0%B0-2-%5BIMG%5Dhttpmediapicforme0018B25Onexposure-1xcom-Photo-perfect-silence-by-Stefan-Beutler-sensual-album-love-is-danger-pics-3-AWE-add-art-heart-MARK-PHILBERT-yaadeyn-k-album-helex-2-kh1-ngi-2_large.jpg

              Dan setelah berkali-kali aku mencuba, akhirnya dapat juga menghubungi rakan aku itu. Seperti yang diingatkan oleh Don, jangan aku terus terjah kepada persoalan yang berlegar dalam kepala aku.

              Aku : Kau apa khabar?
              Kawan : Lebih baik aku rasa. Aku dengar lagu yang ganas-ganas ni.
              Aku : Oh, aku telefon banyak kali kenapa tak jawab?
              Kawan : Dalam kelas.
              Aku : Takpe lah.
              Kawan : Kau nak tanya hal semalam kan?
              Aku : Kalau kau nak cakap.
              Kawan : Dia minta 30 ribu kalau aku minta tangguh sampai tahun depan.
              Aku : (mencarut) Gila!
              Kawan : Memang gila kan? Aku tanya dengan mak perempuan tu terus terang, kenapa makin mahal.
              Aku : Mak dia kata apa?
              Kawan : Sebab aku minta tangguh, kena tunggu lagi, tu yang makin mahal.
              Aku : (menyumpah) Apa ke bangang ni?
              Kawan : Itulah pasal. Lepas tu kau tahulah ada Don, memang aku tak dapat kawal dia semalam.
              Aku : Apa Don buat?
              Kawan : Macam ni...

              http://fc00.deviantart.net/images/i/2003/43/d/b/They_still_hurt_me.jpg
              [Gambar : Masih dilukai]

              Don : Makcik, saya ni kawan dia. Nak tanya sedikit boleh?
              Makcik : Apa dia?
              Don : Makcik nak jual anak ke?
              Makcik : (berang) Mulut jaga sedikit ya?
              Don : Kawan saya baru mula kerja, mana boleh makcik minta banyak tu?
              Makcik : Biasalah harga sekarang.
              Don : Biasa? Makcik, kakak saya doktor, kahwin dengan jurutera, hantaran dia 7 ribu sahaja makcik. Bapa saya kerja kontraktor, mak saya pensyarah. Tak pula kami minta banyak.
              Makcik : Masing-masing. Agaknya abang ipar awak tak mampu.
              Don : (ketawa) Abang ipar saya punya gaji lebih daripada 4 ribu sebulan. Keluarga dia ahli perniagaan. Bukan buka kedai runcit, buka syarikat sendiri. Tapi mungkin sebab kami bukan mata duitan.
              Makcik : Habis tu awak nak kata makcik mata duitan?
              Don : Saya tak kata, makcik akan terasa kalau makcik buat.
              Makcik : Belanja kahwin mahal.
              Don : Habis tu makcik nak suruh kawan saya tanggung semua di pihak makcik? Apa yang pihak makcik nak bagi pada dia?
              Makcik : Dia nak kahwin dengan anak makcik.
              Don : Makcik, boleh saya tanya satu benda?
              Makcik : Apa dia?
              Don : Makcik tak nak dia kahwin dengan anak makcik kan?
              Makcik : Kenapa pula?
              Don : Sebab tu makcik letak hantaran tinggi.
              Makcik : Makcik buat ni untuk anak perempuan makcik juga, biar dia senang.
              Don : Lawak betul makcik. Makcik boleh jamin mereka akan bahagia selamanya?
              Makcik : Itu luar bidang kuasa makcik.
              Don : Kalau makcik boleh jamin dia akan bahagia selamanya, saya sanggup bayarkan untuk dia.
              Makcik : Mana boleh, itu kuasa Tuhan.
              Don : Makcik ingat anak makcik akan bahagia?
              Makcik : Asalkan dia boleh lalui semua, dia akan bahagia.
              Kawan : Maaflah makcik, saya dah tak berminat lagi. 
              Makcik : Apa maksud kamu?
              Kawan : Cincin merisik tu kalau tak nak pulang pun takpe, cuma saya nak cakap, hal saya dan anak makcik habis di sini sahaja. Ini kali terakhir saya datang. Terima kasih sebab sudi terima kedatangan kami.
              Makcik : Apa maksud kamu?
              Kawan : Ada ramai lelaki lain di luar sana yang mungkin sanggup bayar harga sebanyak tu, saya ni biasa-biasa sahaja. Tak sanggup saya. Biarlah orang lain untuk dia.
              Perempuan : Abang!
              Kawan : Awak cari lelaki lain lah ya?

              ********

              Kawan : Sebab itulah aku kata aku lebih rela menguburkan perasaan sayang dan cinta bertahun-tahun ini daripada buat diri aku merana.
              Aku : Alhamdulillah. Moga ia keputusan yang betul.
              Kawan : Itulah. Betul kata kau, aku kena sayang diri aku lebih.
              Aku : Tahu pun.
              Kawan : Don kata nak kenalkan perempuan lain pada aku, tapi aku kata nanti dulu. Masih sakit kecewa lagi.
              Aku : Don nak kau bahagia. 
              Kawan : Aku tahu. Ada kawan-kawan macam kamu semua, buat aku lebih bahagia.

              Alhamdulillah.
              Walaupun sakit, aku tahu dia akan lebih tabah.
              Kesakitan semalam bukan bermakna dia tidak akan menemui kebahagiaan lain.

              Ini rentetan peristiwa buat mereka yang terpinga-pinga.

              Nota Kaki :
              Ada pula yang tak puas hati dengan hantar email cakap "Memanglah kalau nak kahwin kalau takde 20k, 30k, kahwin dalam mimpilah". Adakah itu bermakna lelaki tu kena tanggung belanja majlis kahwin sebelah sana? Gila ke apa?! Kahwin adalah sebuah perkongsian, bukan satu ugutan atau perniagaan!

              Zara : Maaf buat yang menunggu aku menulis. Aku terpaksa melunaskan tanggungjawab aku pada kerja dan sekolah dahulu. Kawan aku mengirimkan salam atas doa dan sokongan kalian pada dia. Terima kasih yang melontarkan komentar dan ulasan bernas di Mukabuku aku dan halaman maya untuk blog aku.

              Wednesday, October 13, 2010

              Budak Hantaran 20 Ribu - "Paling Lambat Kita Nikah 01.01.2011. Duit Hantaran Kena Bagi Masa Majlis."


              Salam semua.
              Sebelum sesiapa mahu menembak aku dengan pelbagai persoalan, sila baca [ini], [ini] dan [ini] untuk lebih mengetahui apa yang aku sedang bicarakan. 

              Kawan : Kau baru balik dari kursus renang?
              Aku : Kenapa?
              Kawan : Ada sahaja aktiviti hujung minggu, cubalah duduk di rumah.
              Aku : Kalau duduk di rumah pun bukan ada orang sanggup bayar 20 ribu.
              Kawan : Ayat macam nak bakar aku sahaja.
              Aku : Eh, ada ke? Aku cakap jujur.
              Kawan : Teman wanita aku kata paling lambat nikah 1 Januari 2011.
              Aku : Nombor nak lawa. Satu-Satu-Sebelas. Kenapa tak sabar nak tunggu sebelas-sebelas-sebelas?
              Kawan : Entah. Dia kata duit hantaran kena bagi masa nikah.
              Aku : Macam b*****t. Apa dia ingat kau cetak duit sendiri?
              Kawan : Aku dah cuba pujuk. Dia kata kalau aku tak bagi, dia nak putus.
              Aku : Habis tu, apa jawapan kau?
              Kawan : Aku cakap dengan dia, ikut sukahati dia. Kalau dia nak putus, aku ikut.
              Aku : (ketawa) Bagus! Apa dia jawab?
              Kawan : Dia senyap. Terkejut agaknya.
              Aku : Apa dia ingat dia bagus sangat? Apa jadi?
              Kawan : Dia kata kenapa aku nak tinggalkan dia?
              Aku : Kau jawab apa?
              Kawan : Aku kata selama ini aku tak menolak apa dia nak. Jadi sebab dia minta putus, aku bagi.
              Aku : Hebat!
              Kawan : Aku nak tengok dulu apa dia nak buat. Don yang pesan aku buat begini. Kalau dia cari aku lagi, mungkin ada jodoh. Kalau tak, aku dah malas dah.
              Aku : Bagus. Kerja, kumpul duit dulu.
              Kawan : Lepas tu macam kau. Duit beli 'suami'
              Aku : Sekurang-kurangnya duit 'hantaran' aku pada suami tak sampai 10 ribu pun.
              Kawan : (Ketawa)






              [Mukabuku] dan [Laman Dunia Sebelah Zara]

              Sekurang-kurangnya buat masa ini lelaki itu sudah membuat keputusan yang baik.
              Moga-moga dia akan bertemu dengan seseorang yang lebih baik (Don nak kenalkan dia dengan sepupu Don)
              Ketawa.

              Nota Kaki :
              Ada yang menegur kulit aku habis terbakar dan sungguh kelihatan berlainan. Dah kata aku terdedah kepada sinaran matahari secara berlebihan hujung minggu lepas, pastilah akan kelihatan lebih 'Rihanna' daripada biasa. Ketawa.

              Zara : Janganlah berlagak hipokrit dengan mereka yang baru kenal siapa aku. Kau boleh melaungkan betapa banyak kononnya kau kenal aku, tapi ketahuilah, aku lebih kenal siapa kau berbanding kau kenal aku. Kau tak pernah menegur sapa aku semasa bersekolah bersama, alih-alih kau kata kau kenal aku lama?

              Tuesday, October 05, 2010

              Orang Menambah Aku Sebagai Rakan Di Mukabuku (Facebook) Disebabkan Mereka Baca Blog Aku?


              Bukanlah satu kesalahan.
              Boleh sahaja dan aku rasa hampir separuh rakan di dalam Mukabuku aku adalah kenalan maya.
              Kebanyakannya adalah pembaca blog aku dan alhamdulillah, disebabkan aku punya halaman khas untuk Dunia Sebelah Zara di Mukabuku, ramai yang berinteraksi dengan aku walaupun aku tidaklah terkenal seperti penulis blog lain.
              Senyum.


              Memanglah bukan semua orang membaca blog aku, tetapi aku gembira bila ada orang yang menambah aku sebagai kawan dan menyatakan mereka membaca blog aku. Sesuatu yang menjadikan aku lebih bersemangat menghadapi hari aku setiap hari walaupun aku tahu, blog ini mungkin hanya satu tempat aku meluahkan dalam bahasa yang aku suka.

              Semalam aku ada menerima beberapa surat elektronik daripada pembaca blog ini. Terima kasih. Terima kasih. Aku menulis hidup aku, hidup yang mempunyai pelbagai warna dan kadangkala ia kusam dan terpuruk di satu sudut yang aku kutip dengan penuh kepayahan.

              Kawan : Kawan di FB kau dah nak sama banyak dengan laman khas blog.
              Aku : Tempat aku berkongsi dengan manusia yang memahami aku.
              Kawan : Lebih banyak pembenci?
              Aku : Tak dapat dielakkan.
              Kawan : Kenapa orang mendekati kau?
              Aku : Soalan apa ini?
              Kawan : Aku ada jawapan aku, kau punya jawapan?
              Aku : Entah. Sebab aku tulis blog agaknya.
              Kawan : Bukan semua orang baca blog.
              Aku : Orang lain selalunya aku kenal.
              Kawan : Budak kuat yang tidak comel.
              Aku : Jawapan kau sangat jujur.
              Kawan : Kau pun tahu.
              Aku : Apa dia?
              Kawan : Kau tak comel, tapi ...
              Aku : (ketawa)

              Aku menerima sesiapa sahaja yang mahu menjadi rakan.
              Jika manusia tidak menilai luaran aku semata-mata, aku bahkan manusia yang lebih gembira.
              Kalau orang menambah aku hanya kerana sekadar suka-suka tanpa mengenali aku, mungkin aku akan tangguh sahaja dahulu.

              Aku menjadi saksi satu drama yang mengasyikkan. Betapa cinta mengelabukan mata manusia dengan sesuatu yang menggembirakan walaupun di akhir perjalanan, belum tahu apa yang akan di dapati sebagai balasan. Aku sebagai manusia beku yang lebih suka menjadi penonton, aku mahu menyaksikan suatu pengakhiran, tidak kira sama ada baik atau buruk.

              Nota Kaki :
              Ada orang mahu mengejar kebahagiaan dengan cara yang langsung tidak dapat difikirkan.
              Ada orang mendapati kesakitan adalah satu cara maju ke hadapan.
              Ada orang yang rela membiarkan.
              Ada orang yang lebih senang terus menggantung harapan.
              Ada orang sedang mengukir senyuman.

              Zara : Kebahagiaan hari ini, adalah nilai kesakitan hari semalam. Kecemerlangan hari esok mungkin bayaran yang kita lunaskan hari ini. Jadi, apa yang anda lakukan untuk terus gembira?

              Saturday, October 02, 2010

              Aku Rasa Dia Sukakan Kau : Itu Yang Kau Rasa, Yang Dia Rasa Bagaimana Pula? - Aku Rasa Mahu Ketawa.


              Banyak pula perkataan 'RASA'.
              Dan rasa di situ bukan guna lidah.
              Itu rasa guna hati, akal dan fikiran.
              Jangan main belasah, ikut suka rasa, nanti badan binasa.
              Diam, tarik nafas secukup rasa.
              Ketawa.

              Aku : Insyirah, betul tak apa Kak Imah cakap ni?
              Insyirah : ........


              Sengaja letak gambar Insyirah yang comel ini. Tengok dia tarik muka.

              Berikutan penulisan aku tentang cinta internet-dunia maya, seorang rakan menghubungi aku di Mukabuku pagi ini. Dalam keadaan yang sejuk dan sedang menggarap penulisan baru, dia mahu berkongsi apa yang merisaukan dia. Aku seperti biasa, dengar sahaja bila dia mahu menelefon aku dengan alasan, penat mahu menaip. Apa punya malas, nak menaip pun malas tapi lebih senang bercakap sebenarnya. Ketawa.

              Nasi : Ni aku nak cakap sesuatu ni.
              Aku : Ya, dengar.
              Nasi : Taro kata ada orang suka aku.
              Aku : Dia cakap ada orang suka kau?
              Nasi : Lebih kurang. Taro cakap kawan dia tu suka aku. Taro rasa camtu.
              Aku : Taro rasa kawan dia suka kau?
              Nasi : Ayat Taro camni. "Aku rasa dia sukakan kau".
              Aku : Sekejap. Siapa pula dia yang dimaksudkan oleh Taro?
              Nasi : Ala, budak yang aku cakap hari tu.
              Aku : Oh, baik. Lepas itu apa kau cakap dengan Taro?
              Nasi : Hati aku berbunga sikit. Tapi, itu yang Taro rasa kan?
              Aku : Taro rasa macam itu, kawan dia tu rasa macam yang Taro fikir ke?
              Nasi : Entah. Taro kata bila dia tanya kawan dia tu, kawan dia senyum-senyum.
              Aku : Senyum-senyum banyak maksud.
              Nasi : Itulah pasal. Aku pening sebab aku rasa aku suka juga pada budak tu.
              Aku : La, kau suka juga?
              Nasi : Aku suka macam itu je, tapi kalau betul dia suka aku, bahagia aku.
              Aku : Jadi apa masalah kau?
              Nasi : Aku tak tahu nak cakap macam mana dengan Taro. Nanti dia kata aku gelojoh.
              Aku : Kau cakap macam ini. "Itu yang kau rasa, yang dia rasa bagaimana pula?"
              Nasi : Oh, nanti aku cakap macam tu.
              Aku : Bagus.
              Nasi : Tapi kau rasa apa pasal benda ni?
              Aku : Rasa mahu ketawa.
              Nasi : Kejadahnya?
              Aku : Sebab suka, sayang dan cinta adalah perkara berbeza.
              Nasi : Bagilah peluang dia suka aku dulu. Mana tahu lepas ini ada peluang sayang dan cinta.
              Aku : Itu yang Taro cakap.
              Nasi : Betul. Kau rasa?
              Aku : Masih rasa mahu ketawa.
              Nasi : Gila kau.
              Aku : (ketawa) Sebab kau guna banyak sangat perkataan 'rasa' hari ni.

              Ada juga kebaikan sebenarnya bila kita ada kawan yang mengambil berat secara gila-gila pada kita yang masih keseorangan melayari bahtera kehidupan ini. Asyik berlayar tanpa jumpa pelabuhan untuk berhenti susah juga sebenarnya. Mungkin itu yang dialami oleh Nasi. Taro baik pada Nasi dan nak tengok Nasi bahagia. Jadi Taro cuba pasangkan Nasi dengan kawan dia, dan entah bagaimana Nasi pun ada sedikit rasa pada kawan Taro. Cuma Nasi segan sebab dia tahu kedudukan dia yang tak setaraf dengan kawan Taro.

              Tapi kan Nasi, ramai sahaja orang sekarang yang bercinta tak tengok taraf. Apa yang penting adalah tanggungjawab dalam diri dan bagaimana mengemudi bahtera masing-masing. Taraf itu penting juga sebenarnya, tapi janganlah sampai taksub hingga boleh merosakkan apa yang mahu dibina dalam menyulam bahagia.

              Nasi : Aku tak setaraf dengan dia.
              Aku : Kenapa cakap macam itu pula?
              Nasi : Dia pandai, aku sederhana.
              Aku : Mana kau tahu dia pandai?
              Nasi : Taraf akademik dia lebih tinggi daripada aku.
              Aku : Ada masalah ke?
              Nasi : Aku tak nak dia pandang rendah pada aku.
              Aku : Kalau dari segi akademik, aku tak rasa dia pandang rendah pada kau. Tapi dari segi lain mungkin dia akan pandang kau sentiasa rendah.
              Nasi : Apa dia?
              Aku : Ketinggian kau.
              Nasi : Keji.
              Aku : (ketawa)

              http://www.layoutlocator.com/graphics/dldimg/ea7cc29694b9c66509201cd168475235_2a77e5a0e920f4620b2e3a7df06b3f1d.jpg

              Nasi, aku nak kau bahagia!
              Taro, tolonglah Nasi.
              Kawan Taro, kalau betul suka pada Nasi, beritahu sahaja pada dia.

              Nota Kaki :
              Habis terbengkalai kerja aku sejak dua hari lepas disebabkan sibuk membongkar fail-fail lama untuk mencari maklumat yang diperlukan dalam memastikan kesejahteraan umat manusia sejagat. Pergh! Ayat bunyi hebat, hakikatnya ia buat nafas aku tersekat.

              Zara : Sejak malam tadi hingga pagi ini, aku membaca sebuah blog milik seorang rakan dengan tekun. Ada sesuatu yang mahu aku belajar daripada dia, maka cara terbaik adalah dengan mengenali dia secara siapa dia yang sebenarnya dan tidak menilai hanya dengan pandangan mata. Bila manusia beku dan manusia yang lebih beku bertemu, boleh gila aku. 

              Wednesday, September 22, 2010

              Mereka Dan Aku Selepas Tiga Tahun Tidak Bergambar Bersama : Gadis Baju Lawa Dan Jejaka Kereta Lawa.


              Darah daging.
              Mereka adalah manusia-manusia yang aku sungguh sayang.
              Manusia yang membuatkan hari raya aku beerti setiap tahun sejak aku meniti usia anak-anak sehingga dewasa.


              Gambar Aidilfitri tahun 2007.
              Sepupu-sepupu yang membuatkan aku lebih gembira daripada biasa apabila menjelang hari raya.

              http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc4/hs661.snc4/60104_10150264248830543_885375542_14665582_6146790_n.jpg
               10 September 2010 - Rumah keluarga Bonda.
              [Dari kiri : Nana, Aishah, Yam dan Zara]
              Semuanya sepupu-sepupu perempuan sebelah Bonda yang rapat dengan aku.

              Kalau lihat gambar pertama di atas, ada 3 orang budak perempuan.
              Aku pastinya yang terlebih ceria itu. Yang disebelah aku sudah membesar menjadi yang baju oren dan yang disebelahnya yang memakai tudung merah pulasan. Untuk yang memakai baju merah jambu, tidak dijumpai pula gambar kami bersama. Mana aku letak agaknya.

              http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc4/hs612.snc4/59223_10150270078475543_885375542_14800400_5348867_n.jpg
               18 September 2010 : Menara Taming Sari, Melaka.
              Kami berdua adalah pemberi duit raya kali pertama tahun ini.
              Ini juga sepupu aku yang sebaya.

              Yang budak botak dalam gambar pertama dah bertukar menjadi ini. Sudah menjadi milik orang lelaki itu, jangan dikacau ya? Ketawa. Bukan milik aku, tapi milik gadis lain. Bukankah sudah dinyatakan, dia sepupu aku kan?

              Kadangkala sambutan hari raya yang meriah akan menjadi tidak bermakna tanpa mereka yang memberikan sinar kegembiraan kepada kita. Dan kali ini, di sebelah pihak Abah, kami berjaya mengumpul sebahagian daripada ahli keluarga yang mempunyai Mukabuku.

              http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash2/hs209.ash2/47271_10150266042100543_885375542_14713359_2105371_n.jpg
              Kami semua ada Mukabuku!
              (Ada ramai lagi sebenarnya, cuma tidak mahu masuk bergambar)

              Zara : Mahu rehat. Selamat tinggal.