Takdir.
Ketentuan itu bukan sesuatu yang menarik kadangkala.
Tetapi kita manusia ini?
Harus menerimanya dengan redha.
Dan aku tahu.
Aku malahan belajar sesuatu hari ini.
Sekarang baru aku mengerti titik kekuatan dan kelemahan terbesar manusia beku ini. Keluarga. Tidak sama perasaan di dalam ambulans dengan murid, jika yang terbaring di depan mata itu ahli keluarga. Dan itu apa yang berlaku petang tadi.
Apa perasaan kalian jika kalian sedang diperiksa oleh doktor, tiba-tiba pintu di belakang doktor terhempas kuat dan wajah sepupu kalian sedang pucat memanggil doktor kerana nenek kalian sedang kejang di bilik sebelah? Dan itu berlaku kepada aku dan sepupu petang tadi.
Aku ke hospital bersama nenek dan sepupu. Aku ada temujanji pemeriksaan doktor untuk mengisi borang pengesahan jawatan aku sekarang. Kebetulan nenek ada di rumah aku. Dia mengadu sakit telinga, maka, aku jemput sepupu untuk menemani dia. Alih-alih sewaktu aku menjalani pemeriksaan, perkara tersebut terjadi. Dua orang gadis muda yang berusia 23 tahun, masing-masing anak sulung, masing-masing adalah guru, tersentak bila melihatkan perkara sebegitu.
Bila doktor tanya nenek makan tak?
Kami, ya, dia makan.
Ubat apa dia ambil?
Er, ubat macam-macam. Darah tinggi salah satunya.
Dan pelbagai siri soalan yang kami jawab.
Satu bentuk diagnos ya?
Kurang pengalaman?
Entahlah. Mungkin disebabkan tanggungjawab itu begitu besar buat kami berdua. Tidak dapat masuk melihat pemeriksaan, kami sibuk menghubungi semua ahli keluarga dan bila nenek disuruh masuk ke wad, dua gadis ini juga yang menaiki ambulans bersama-sama. Tetapi malam ini, sepupu yang menemani nenek ke Hospital Batu Pahat untuk pemeriksaan lanjutan. Aku tidak dibenarkan pergi. Hanya seorang waris sahaja yang boleh.
Mungkin akan ke hospital semula malam ini.
Oh, nenek dimasukkan ke Wad 10 Hospital Pakar Sultanah Fatimah.
Terlampau penat untuk hari ini.
Aku sudah kehilangan banyak tenaga, separuh hari dihabiskan di hospital.
Terima kasih atas doa kawan-kawan semua.
Aku sangat menghargainya.
Zara : Perlukan rehat dan aku entah berapa tin dan botol air isotonik yang masuk ke dalam perut hari ini. Air minuman biasa sahaja sudah lebih dari dua liter.
Nikmati karya pertama Shafaza Zara Syed di Aksara Keraian.[Halaman Peminat][Kumpulan Pembaca][Bab 01] [Bab 02][Bab 03][Bab 04][Bab 05][Bab 06][Bab 07][Bab 08] [Bab 09][Bab 10][Bab 11][Bab 12][Bab 13][Bab 14][Bab 15] [Bab 16][Bab 17][Bab 18][Bab 19][Bab 20][Bab 21] [Bab 22] [Bab 23] [Bab 24][Bab 25][Bab 26][Bab 27][Bab 28][Bab 29][Bab 30][Bab 31][Bab 32][Bab 33]
13 comments:
semoga nenek selamat :(
bawak bersabar ya kak . . .
semoga nenek zara baik2 saja... kaut kan semangat kamu yer
semoga nenek selamat..
pernah merasa anta abah dgn adik g hospital melaka naik ambulans..
moga nenek sis xda pape..
banyak dugaan cikgu. harap cikgu tabah . InsyaALLAH nenek cikgu selamat ;)
moga semuanya baik2.saja
doakan semoga nenek cikgu zara sihat !!!
salam..
semoga nenek zara cepat2 sembuh..
kepada zara dan family.. banyak2 kan bersabar yer.. ini ujian buat kalian semua..
salam..
semoga nenek zara cepat2 sembuh..
kepada zara dan family.. banyak2 kan bersabar yer.. ini ujian buat kalian semua..
Ya..satu bntuk diagnos untuk thu ubat apa yg diambil bimbang berlaku side effect andai doktor berikan ubat baru.
Tak semua ubat bleh diambil bersama.
demmm~~
you just remind me of my grandma.
I invited her to stay in my house for a week, then I sent her home--promising not to come home for raya.(no we don't hate her, we're just--too busy to go home).
i'mma break that promise and go home for raya. cherish what we have~~
demmm~~
you just remind me of my grandma.
I invited her to stay in my house for a week, then I sent her home--promising not to come home for raya.(no we don't hate her, we're just--too busy to go home).
i'mma break that promise and go home for raya. cherish what we have~~
Post a Comment