Sunday, July 11, 2010

Hitam - Putih - Merah Jambu | Perempuan, Boleh Pulangkan Kawan Baik Saya Semula?


Salam Ahad.
Semalam aku dibuli oleh Sepet. Tergamak beliau buat aku begitu ya? Menakutkan aku yang berani ini. Oh Sepet, kamu memang pandai. Tunggu aku jumpa kamu lain kali, awas kamu, aku gigit tengkuk kamu. Eh? Silap, aku bukan Edward Cullen yang putih melepak tetapi hakikatnya adalah lelaki yang aku geram di dalam Harry Potter. Ya, dia yang berlakon jadi Cedric Diggory. Sebentar, kenapa aku bicara tentang dia? Bukankah tadi tentang Sepet? Ketawa.


Oh, gambar ini aku ambil sewaktu di Rantau Panjang.
Kali pertama aku terjumpa patung fesyen yang agak menonjol ekspresi mukanya.

Ketawa berdekah.
Pagi tadi aku mamai selepas menonton perlawanan bola sepak. Dalam keadaan mamai sebegitu ada seorang kawan yang tahu aku masih berjaga menelefon aku. Bercerita dan meluahkan kisahnya. Aku seperti biasa, mendengarkan sahaja sambil mengangguk kepala walaupun pastinya dia tidak akan melihat. 

Dia : Kekasih aku marah kita selalu berhubung.
Aku : Dia sebut nama aku ke?
Dia : Tidaklah, dia kata kenapa kawan-kawan aku lagi rapat dengan aku dari dia sendiri.
Aku : Alahai, dia lagi rapat kot? Dia dengan kau bercinta. Kita ni kawan.
Dia : Salah. Kau sahabat. Sahabat dengan kawan lain.
Aku : Betul kata kau tu. Habis tu apa kau cakap dengan dia?
Dia : Aku terangkan dengan dia baik-baik.
Aku : Dah tu?
Dia : Dia tetap nak merajuk. Aku dah hilang ramai kawan dah pasal ni.
Aku : Lepas ni, kau hilang aku pula la.
Dia : Kenapa?
Aku : Untuk jaga hubungan kau dengan dia, aku rasa elok juga kalau tak payah berhubung dengan aku kot.
Dia : Buat lawak kau ni, aku pijak nanti.
Aku : Aku yang nak kena pijak?
Dia : Selain itu, dia masih kekasih yang baik.
Aku : Memang pun. Selesaikan dengan cara yang baik.
Dia : Kau kawan aku, satu-satunya orang yang faham apa aku terangkan.
Aku : Aduhai, aku betul-betul tak faham dengan sikap perempuan lah.
Dia : Kau jantan ke?
Aku : Eh? Bukan ke?
Dia : Datang gila kau pagi-pagi buta ni kan?
Aku : (ketawa)

Ada perbezaan yang nyata antara kawan, sahabat dan kekasih. Walaupun garisannya nipis, tetapi pengertian dia masih tebal dan tidak sama.

Nota Kaki :
1. Oh, siapa yang baca garis masa Twitter aku pasti akan tersenyum melihat aku berbual dengan seorang artis yang mesra dengan peminatnya. Oh, aku ada hantar gambar makanan setelah diminta oleh beliau. 
2. Benci dengan surat khabar hujung minggu. Banyak iklan daripada isi.
3. Ada orang datang rumah sebentar tadi. Betul kata kawan baik aku, budak itu memang pakai maskara ke sana sini, walaupun pergi rumah aku yang jaraknya tak sampai berapa meter untuk mencetak borang peribadi.

Zara : Selesai menulis Legasi Cinta Alisia Bab 30. Sudah dihantar ke kantung Aksara. Selamat hujung minggu semua!

10 comments:

velasrizal said...

sahabat tu tak ternilai harganya..

Segmen Jom Karaoke : KRU - Babe

ENCIK TIKUS said...

kawan memang senang di cari tapi kalau sahabat, ia memerlukan masa untuk mencari. Kan ? ;)

molliesa said...

memang la zara. patung tu sangat menonjol. tak nampak baju yang dipakai, nampak patung dulu. hehe

NAZ said...

maskara? haha macam badut lah kesana sini

Nurul Nadia said...

dear, i need ur help.mai datang vote smthg kt my blog.women things.
tq darling

Ummi Aini said...

menghargai sebuah persahatan..

hans said...

sahabat memang susah nak jumpa kan?

oit,patung tu kalau hidup sah scary
hahaha

PuanPepel said...

susahla camtu..bercinta2 jgk... tp tak perlu la kot memutuskan persahabatan.... ~~

Secret Drifter said...

kwn n sahabat tu lain ??

kenapa saya baca kamus dewan dia kata erti kwn is sahabat

cakap pasal kwn mmg susah nak cari yg baik n honest...

kalau dapat yg honest berkwn Alhamdulillah...

i lol-ed at ur twitter as well

Poyo Me said...

hai. nakama, nakama....

teringat ada tertulis dalam blog seseorng ni, tentang lelaki yg terlalu sabgat ikut telunjuk wanitanya sampaikan seorang demi seorang rakannya dibuang.

bila ditinggalkan oleh wanita itu, apa jadi? mulalah nak berbaik balik dengan semua orang. tapi dah terlambat sebab final year...hahaha