Tuesday, July 13, 2010

Hidup Ini Memerlukan Tenaga Yang Bukan Sedikit Untuk Maju Ke Hadapan


Salam semua.
Kembali bertenaga selepas melakukan sesuatu yang sudah dirancang.
Walaupun ada beberapa rancangan yang tertunda, tetapi yang mahu dibuat secepat mungkin serta memerlukan tenaga kerja mahir lain sudah dilaksanakan. Alhamdulillah.



Tenaga.
Apa yang dihimpunkan sejak sekian lama menghirup kesakitan dan menitiskan darah merah pekat dari sesetengah rongga, adalah bukti diri masih bernyawa.
Ada orang mencemuh mengatakan, apalah sangat kalau setakat pernah putus cinta sekali dua.
Ada orang mencebik menyatakan, apalah sangat pernah dihina dan dilemparkan kata nista barang sekali dua.
Nah, itu kesilapan kamu wahai manusia yang tidak pernah mengharungi kepayahan.

Aku jumpa beribu jenis manusia.
Sesetengahnya akan memeluk aku sambil menangis seraya berkata, kita serupa Zara. Kami pernah melalui apa yang kamu rasa, apa yang kamu hadapi bukan sesuatu yang sia-sia. Aku, manusia beku yang kadangkala terpana dengan sentuhan lembut mereka-mereka yang memahami. Coretan yang dihantar kepada aku acapkali buat aku lebih bernafas dan ketawa lembut.

Zara yang ketawa berdekah, yang tersenyum lebar ini masih punya rasa. Anak ini masih lagi anak yang suka membaca puisi di kamar seorang diri. Masih membaca buku cerita kanak-kanak atau remaja sambil membayangkan betapa indahnya kalau dapat melalui kenangan sebegitu rupa. Gadis ini masih anak milikan keluarga. Kakinya terikat sebelah di tangan penjaga, dan laluannya ditentukan ke mana arah hala.

Hidup ini umpama lautan.
Dunia ini adalah suatu kawasasan yang penuh dengan manusia.
Maka, dalam mengayuh merentasi lautan untuk mencari destinasi, syair dan puisi yang beralun umpama kayuhan aku dalam mencari tepian yang mungkin tidak terjangkau oleh diri sendiri. Tetapi adakah aku akan mengeluh lelah lalu mengalah?

Tidak.
Kerana apa?
Aku manusia yang dididik untuk percaya, "Kerana Tuhan Untuk Manusia"

Aku pernah menjerit lantang di sebuah bukit, meriwayatkan kedukaan hati melihatkan kesakitan diri yang sering terpinggir akibat tidak punya rupa dan personaliti. Duduk diam dan biarkan alam yang memamah kesakitan merajai. Tawa dan tangis dilepaskan seiring agar diri tidak diinjak sesuka hati. 

Tetapi adakah semua manusia mengerti?
Tidak.
Kerana apa?
Diri mereka penuh hasad dengki.

Iblis.
Syaitan.
Jahanam.
Durjana.
Mengapa tinta mereka yang kamu makhluk mulia mahu pinjam dan garitkan akan mengeluarkan darah?
Membuat onar dan menimbulkan duka?
Biarkan diri menjamah lara?

Diam.
Kayuhan mencari destinasi yang abadi harus diteruskan.
Cabaran dan dugaan dilalui dengan senyuman.
Jangan pernah kelihatan tangisan.
Simpan keluhan.
Keluarkan jeritan kemenangan.

Nota Kaki :
1. Perbualan dengan seorang sahabat sudah jadi seperti makanan ruji. Ah, kalau dia sudah mula sibuk semula selepas ini, dengan siapa lagi aku mahu melampiaskan ceritera diri?
2. Kehidupan di sekolah semakin hari semakin menyeronokkan. Aku sesungguhnya menikmati setiap inci kegembiraan.
3. Buat yang menghantar komentar dan ulasan, hampir kesemuanya aku sudah benarkan penyiarannya kecuali entah mana yang meracau mencarut segala itu, aku tapis dan buang ke tepi.

Zara : Hari ini menulis dua buah puisi yang lebih kepada coretan peribadi. Sangat penuh emosi sehingga aku tidak sanggup untuk berfikir. Adakah benar kata Kahlil Gibran? Puisi itu sebenarnya lagu yang muncul dari luka yang berdarah atau mulut yang tersenyum. Entahlah.

8 comments:

fndrocka said...

"Ada orang mencemuh mengatakan, apalah sangat kalau setakat pernah putus cinta sekali dua.
Ada orang mencebik menyatakan, apalah sangat pernah dihina dan dilemparkan kata nista barang sekali dua.
Nah, itu kesilapan kamu wahai manusia yang tidak pernah mengharungi kepayahan."

nah..aku selalu juga mencemuh bila org putus cinta pastu mennagis nangis.aku mencemuh.tapi untuk cik zara mengaatkan aku sebagai manusia yang tidak penah mengharungi kepayahan adalah sesuatu yg kelakar.hhaha.aku atyau org lain buat camtu...mungkin sebab aku atau org lain tu mengharungi mengharungi begranda-ganda kepayahan dari putus cinta...ya..putus cinta apalah sangat!hehek..

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

fndrocka :

sebab aku menulis bukan sebab aku putus cinta~
putus cinta dah berkurun dah~
ha ha ha~

NAZ said...

zara kamu popular itu sahaja orang tahu haha cerita dalam kamar ahh semua orang ingin tahu sila sila ceritakan hahaha

PuanPepel said...

Kerana TuHAN uNtUk mAnuSia

~bersama kita menjulang... keunggulan terbilang~~~~~~

Ken Wooi said...

what a thoughtful entry.. energy can come form self-esteem and confidence =)

Ummi Aini said...

:-)

HEMY said...

hasad dengki mmg sikap unik yang tak guna dalam diri manusia..melayu lebih2 lagi

attyfir said...

lama dah tak berkayak ..hehehehe