Salam.
Tadi pergi ke pejabat pos untuk memperbaharui lesen memandu. Hampir jam 4.15 petang baru aku bergegas ke sana. Sebenarnya akan tamat tempoh pada 17 Julai nanti, tetapi disebabkan aku akan berada di sekolah sehingga petang pada hari Rabu dan Khamis, maka, sementara ada masa ini, aku lunaskan sahaja dulu apa yang termampu.
Tiba di pejabat pos hampir jam 4.30 petang dan aku melompat masuk dan menekan nombor. Pejabat pos sudah lengang dan tiada pelanggan. Kalau tidak menekan nombor pun boleh agaknya. Nombor dipanggil dan aku terus ke kaunter.
Encik : Ya?
Aku : Er, Assalamualaikum. Nak perbaharui lesen, sempat lagi ke?
Encik : Boleh. Mana lesen?
Aku : Nah. (sambil menghulurkan lesen)
Encik : (sambil tengok muka aku) Ini awak ke?
Aku : Ya saya.
Encik : Macam lain sahaja.
Aku : Betul encik. Ini memang saya, tidak ada yang berubah.
Encik : (ketawa perlahan)
Encik : Baiklah, 32 ringgit.
Aku : Eh?
Kebetulan, ada abang posmen yang comel lalu di belakang encik kerani pejabat pos dan tersenyum ke arah aku yang bising ini. Eh, memang comel dan dia memakai kaca mata berbingkai terang.
Encik : Nak setahun ke?
Aku : (mamai) Dua tahun berapa?
Encik : Dua tahun 62 ringgit.
Aku : Bolehlah dua tahun terus.
Keluar dari pejabat pos aku memarahi diri sendiri. Mengapa perlu buat sampai dua tahun? Ini mesti sebab abang posmen yang comel dan pernah menyindir aku itu tersenyum lebar. Aku harap dia tidak ingat akan peristiwa tersebut.
Senyum sinis terukir di muka dia dan gelak kecil mengiringi senyum manisnya.
"Dik, apa pakai tudung tapi pakai seluar pendek?"
Ayat sangat keji!
"Abaikan sahaja bang, mari saya tandatangan cepat-cepat"
"Dik, apa pakai tudung tapi pakai seluar pendek?"
Ayat sangat keji!
"Abaikan sahaja bang, mari saya tandatangan cepat-cepat"
Oh, itu dulu sewaktu kelam-kabut.
Gila bila teringat peristiwa lama.
Baiklah, mari persalahkan abang posmen itu yang membuatkan aku kehilangan duit belanja makan di sebalik senyuman dia. (Tidak memasal)
Ketawa.
Zara : Seronok menggila di Twitter bersama keluarga kecil aku tadi. Senyum.
Nikmati karya pertama Shafaza Zara Syed di Aksara Keraian.[Halaman Peminat][Kumpulan Pembaca][Bab 01] [Bab 02][Bab 03][Bab 04][Bab 05][Bab 06][Bab 07][Bab 08] [Bab 09][Bab 10][Bab 11][Bab 12][Bab 13][Bab 14][Bab 15] [Bab 16][Bab 17][Bab 18][Bab 19][Bab 20][Bab 21] [Bab 22] [Bab 23] [Bab 24][Bab 25][Bab 26][Bab 27][Bab 28][Bab 29][Bab 30]
26 comments:
hihihi sampai 2 thn yerr..? terkena panahan mata enchek posmen yeaa.. hihihihihi
ahahah. i love with posmen!sgt ketara perubahan anda!ahaha :D
hehe.. semakin chomel laarr tu..
jgn terpikat dgn abg posmen sudaa ;)
ngahahahah!! berseluar pendek? :D
perubahan fesyen tudung je kot...
adoi la..
abang posmen ni kan..
haha.
pakai suar pendek?
adeh.
:D
berjodoh btul ko ngn abg posmen tu ek?? haha
haha ;D
muka mungkin berubah tp masih brtudung =)
muka remaja dan dewasa...mstlah lain...dulu maybe tembam sket, skrg nih mst makin ayu...
pakai tudung tp sua pendek ??
xpe..tetap cantik..huhu
Aku: Poslaju ya..
Encik: RM5.70.
Aku: Bila boleh sampai?
Encik: Esok.
Aku: Kelantan ni..?
Encik: Isnin.
Aku: Ini tracking number ya?
Encik: Macam first time je?..
Aku: ...
Kenapa aku rasa tiba2 merah muka? Sebenarnya aku nak kata 'awak ensem sebab rambut awak ada kesan wudhuk'... habis peluang...
malunyer!
hahaha tapi seyes a bila dah makin dewasa,sis makin shantek
=]
Em, memang nampak lain ler.
sluar pendek ngan tudung..haha~ kelam kbut bnar tu.
tang tudung kot yg berubah..
hihihi
makin besar makin cantik zara
Latest Entry Hazzy,
Predators - bukan calang² pemangsa, Gathering Geng Blogger 2010 Meriah dan Berinformasi dan Despicable Me-It's so fluffy, I'm gonna die!
zara~ hehehe..sampai 2 tahun?
awak mcm rama2 keluar dari kepompong lah!
2 tahun?? ....tahap keterlupaan lesen mati akan menjadi lebih tinggi..ekekekeke
http://nomborsebelas.blogspot.com
evolusi manusia....
syomelnha kamu dulu.bleh aku lempang?
opss..cubit?
Hehehe... kadang2 bila dah kelam kabut tu, mane nak perasan. ye tak?
;)
eheh.dulu2 skema.tapi chumel.^^
Kalau kena panahan mata abang posmen, renew setahun je. Nanti nak datang lagi.. 2 tu mesti abang posmen tak berapa hensem
MY PERSONAL BLOG ABOUT LEGAL & MY PERSONAL LIFE
THE BEST SILAT SENI GAYONG CLUB
Post a Comment