Salam hari Sabtu semua.
Apa khabar kalian yang dikasihi? Moga ceria selalu. Aku dapat beberapa surat elektronik yang memberikan pandangan tentang isu yang aku tulis semalam. Ya, memang aku tidak terasa atau sudah lali dengan caci maki orang di dunia maya ini, tetapi aku suka menulis untuk melampiaskan sedikit rasa yang bukan bertujuan untuk merasakan mereka gah, tetapi lebih kepada pandangan umum betapa ada manusia yang masih dangkal pemikiran hingga di tahap seperti tidak mendapat pendidikan.
Hari ini juga hari perkahwinan seorang kawan lama. Lelaki.Tahniah buat dia yang merupakan antara kawan yang baik sepanjang aku mengenali dia. Melihat perjalanan hidup dia semenjak aku kenal dia suatu ketika dahulu, aku tidak dapat mengelak untuk simpati pada seorang kawan perempuan yang menelefon aku malam tadi sambil menangis dan ketawa dalam masa yang sama.
AA : Esok SS kahwin.
Aku : Ya, dia ada jemput aku. Cuma jauh sangat, aku kirimkan hadiah sahaja nanti kot.
AA : Dia dah nikah petang tadi kan?
Aku : Kau baik atau tidak ni?
AA : Aku tak tahu.
Aku : Lupakan kisah lama AA. Bukankah kau dah mulakan hidup baru?
AA : Memang, cuma aku macam terkilan.
Aku : Tiada lagi yang patut kamu terkilan.
AA : Aku bercinta dengan SS lama. Dari zaman matrikulasi hingga tamat universiti. Bukan setakat bercinta, malahan bertunang dengan dia. Tapi akhirnya dia kahwin dengan orang lain.
Aku : Lupakan kisah lama, kamu sudah ada BB sekarang ini.
AA : Belum tahu aku berkahwin dengan dia kan?
Aku : Kenapa kata begitu? Bukankah kita dah setuju, niat kita kalau bercinta adalah untuk berkahwin dengan lelaki itu?
AA : Kau selalu cakap begitu, tapi apa jadi dengan kau? Lelaki yang pernah bercinta dengan kau?
Aku : Aku anggap itu tiada jodoh, aku percaya apa yang Abah beritahu aku.
AA : Sebab kau kuat, sebab kau tabah sangat. Kau sendiri tahu aku macam mana.
Aku : Kau juga kuat, aku tahu. Lupakan SS, dia sudah jadi suami orang.
AA : Aku bukan mahu dia lagi.
Aku : Habis tu kenapa kau menangis macam ni?
AA : Bukankah aku cakap yang aku terkilan? Bercinta, bertunang dengan dia. Lagipun, aku kasihan dengan kau juga.
Aku : Kasihan apa?
AA : Kau dulu sanggup teman aku sampai jauh malam, pastikan aku makan, pastikan aku tidur bila aku putus tunang dengan dia. Kau tinggalkan buku-buku kau, berlari dari perpustakaan bila kau dapat tahu aku pengsan dalam bilik air.
Aku : Kau kawan aku, itu apa yang patut aku buat.
AA : Kenapa nasib aku begini?
Aku : Aku pernah cakap dengan kau, semua ini ada hikmahnya.
AA : Betul ke? Hikmahnya SS kahwin hari ini.
Aku : InsyaALLAH, kau juga akan. Jangan lupa dengan ketentuan Allah. SS lelaki yang baik, kau juga perempuan yang baik AA.
AA : Bukankah lelaki yang baik akan jumpa perempuan yang baik dan sebaliknya?
Aku : Memang, tetapi jangan lupa, kadangkala ujian juga melanda. Maka, doa itu tidak mahu putus ya?
AA : Sentiasa. Aku tak nak pergi majlis dia.
Aku : Jangan pergi kalau kau tidak mahu, kalau kau tak nak tengok.
AA : Entah kenapa air mata aku tidak mahu berhenti mengalir.
Aku : Doakan SS. Dia kawan aku, dia kawan kau juga.
AA : Kau setiap kali akan berada di tengah kan?
Aku : Sebab dua-dua kawan aku, dan aku mahu dua-dua bahagia. Kau ada BB sekarang, cari kebahagiaan dunia akhirat dengan dia.
AA : Kau pula?
Aku : InsyaALLAH, aku dalam usaha mencari kalau aku ditakdirkan menemui kebahagiaan.
AA : Kau akan, pasti akan.
Aku : Moga-moga.
[Gambar hiasan]
AA, kalau ada pun yang pernah aku buat untuk kamu suatu ketika dahulu, itu hanya bagi memastikan kamu bahagia, kamu kuat untuk menghadapi hari muka. Kesakitan itu pernah kita lalui bersama-sama, dan aku tidak mahu air mata kamu yang berharga tumpah lagi bila mengenangkan kisah lama yang ada pelbagai rasa. Cuma satu yang aku pinta, disebalik kepahitan dulu, kamu pernah merasai bahagia dan perasaan berbunga.
SS, tahniah sekali lagi. Tanggungjawab sudah bertambah. Bimbinglah suri baru itu menjadi wanita solehah dan insyaALLAH, ibu yang baik pada anak-anak kamu juga. Kisah lama juga jangan digali kembali. Terima kasih atas ingatan kau pada aku dengan melayangkan kad undangan perkahwinan. Dan pesanan ringkas yang bergema di telefon genggam aku tadi juga buat aku tersenyum. Tiada apa yang perlu kamu minta maaf kerana apa yang kita lalui bertiga dahulu adalah sesuatu yang mematangkan.
Aku?
Menjalani kehidupan seperti biasa dan menempuh ranjau sendirian dengan teman-teman yang aku kasihi. Punya sahabat yang tidak pernah melupakan aku itu lebih baik dari segala yang pernah dilalui. Sekarang aku lebih mengerti kenapa bila aku kehilangan cinta dahulu, aku tidak menangis seperti rasa kehilangan sahabat. Perasaan yang lebih mendalam kalau aku keseorangan tanpa sahabat.
Nota Kaki :
1. Pagi ini agak kurang sihat.
2. Sudah bertukar menjadi suri rumahtangga jadian sebentar tadi.
3. Tiada ilham untuk menggarap novel, entahlah.
4. Senyum dalam kegembiraan itu lebih baik bukan?
Zara : Berbual dengan sahabat yang mengenali aku luar dan dalam sejak malam tadi membuatkan aku mendapat kekuatan semula. Ah, dia memang begitu, bila dia rasa dia perlu menegur aku, dia akan tegur sehingga aku kembali berdiri dengan semangat sendiri semula.
Nikmati karya pertama Shafaza Zara Syed di Aksara Keraian.[Halaman Peminat][Kumpulan Pembaca][Bab 01] [Bab 02][Bab 03][Bab 04][Bab 05][Bab 06][Bab 07][Bab 08] [Bab 09][Bab 10][Bab 11][Bab 12][Bab 13][Bab 14][Bab 15] [Bab 16][Bab 17][Bab 18][Bab 19][Bab 20][Bab 21] [Bab 22] [Bab 23] [Bab 24][Bab 25][Bab 26][Bab 27][Bab 28]
18 comments:
owhhhhhhhhhhhh zara
kamoo buat aku menanGis.....aduiiiiiiiiiiii..
tanGis aku tlh lame hilang..skRg tlh jd beku & kaku
dear, tetibe rs mcm xtau nk komen ape..huhu
apepon, entry ni sgt menyentuh hati.
ape yg kita rancang, xsemestinya berjalan seperti kehendak kita kn? :)
fes tyme komen sini. hehe.
saje nk gtau yg sy sgt phm cte ni. errr i mean, i feel it.
ok. bai!
mak pernah pesan waktu putus cinta dulu, kalau bukan jodoh, walau dikejar takkan kemana.
pesan pada AA, die mesti percaya ada yang lebih baik dari ss dalam hidup dia dan untuk kita yang bujang dan single, tak payah berchenta la dengan org bukan suami kita. penat2 berchenta belom tentu akan berjaya ke jinjang pelamin.keh keh keh
uuu...
semoga kamu berdua tabah..
=)
kena renungkan semula apa yg Allah dah suratkan buat kita yg tersirat. Mungkin apa yg kita rasa baik pd kita tp Allah Mengetahui yg tu tak baik. Begitu jgk sebaliknya. Kita cuma perlu masa utk sedar pd isi tersirat atas setiap apa yg berlaku pd diri kita :)
semoga AA terus tabah.
cerita ni sama terjadi pada kawan saya.
bezanya, kawan saya lelaki dan dia belum pun bertunang dengan perempuan tu.
terlalu sayangkan perempuan tu, membuatkan kawan saya susah untuk lupakan si dia dan kekadang dia susah untuk terima hakikat bahawa perempuan tu dah berkahwin.
ya, moga AA dan kawan saya terus kuat.
:)
sedang menunggu siapakah pencuri hati cikgu zara.
:)
takut sgt di masa depan kelak jadi begini..
saya sangat2 faham perasaan tu...bkn masih mahukan dia..tp sedih..haih..too hard to describe
huhu,,,semalam bekas kekasih telah selamat menjadi suami teman baik aku sniri...
sedih
takut sgt3 klau x dpt kahwin dgn org yg i cinta skng
mintak simpang!
memang sedih. sebab tu la sekarang ni nak bercinta, cinta kejap2 sudah. lepastu tunang dan terus kawin. kalau biar lama2 jadi macam ni la.
aku pun takut apa yg aku ada sekarang. cuma tak berhenti2 berdoa, utk panjangkan jodoh kami :) amin
tentukan takdir sendiri... :D
True novelis, hingga terpana aku membaca kalimat2 di sini... Jelmakan kekuatanmu di setiap karya, pasti ada yang mendapat manfaat. TK.
stp benda ade hikmahnya. betul tu. =)
Semoga AA tabah.... ada pula tu kahwin sbb terpaksa & tiada pilihan lain..lepas kahwin baru terjumpa cinta sejati...lagi parah..
Bercinta bertahun, last last, saya dapat tahu dia dah kahwin tahun lepas
Post a Comment