Friday, July 23, 2010

Awak Nak Roti Kosong Ke Roti Kosong Campur Telur? | Roti Sardin Ada Cikgu?


Salam semua.
Maaf kalau ada sesiapa yang terkejut membaca Twitter aku malam tadi. Dilanda emosi yang sangat teruk disebabkan sesuatu yang lebih bersifat kekeluargaan dan persahabatan, aku memilih untuk meluahkan sambil mamai dan emosi penuh menakutkan. Dan aku jujurnya benci diri aku yang begitu. Sangat benci sebenarnya.

Terima kasih buat Sepet yang menelefon aku malam tadi dan pagi tadi hanya untuk bertanyakan sama ada aku sudah pulih atau belum. Maaf kerana tidak dapat menjawab soalan kamu dengan baik, entahlah. Aku baik-baik sahaja hari ini. Sudah hujung minggu bukan? Aku perlukan sedikit ruang yang mendamaikan buat diri dan terima kasih Sepet sebab memahami kawan kamu ini. Dan pagi tadi, sewaktu kamu telefon, aku sudah kembali seperti biasa. Masalah aku tidak akan dibawa ke tempat kerja. 

Hari ini kelas terakhir Kimia Tingkatan Empat disebabkan guru yang bersalin akan kembali bertugas minggu hadapan. Berat untuk aku melepaskan keseronokkan itu sebenarnya. Bukan mengajar murid itu yang menyebabkan aku sayang kerana aku juga mengajar mereka mata pelajaran lain, tetapi mata pelajaran Kimia itu sendiri. Sesuatu yang sungguh dkeat dengan diri aku dan aku sangat gembira dapat berkongsi dengan murid. Belum ada rezeki lagi, tetapi aku tetap gembira.

Kelas Perdagangan hari ini ada dua. Satu kelas Tingkatan Dua, satu lagi Tingkatan Satu. Budak Tingkatan Dua seperti biasa memang menaikkan darah aku. Bukan semua, tapi ada seorang dua yang agak menyakitkan jiwa dan raga dan menyusahkan rakan lain disebabkan sikap mereka. Alahai.


(Koleksi peribadi) Ini hidangan yang selalu dinikmati bersama kawan di Kampus Selatan. Rindu mahu ini lagi.

Aku : Mana buku?
Murid : Kawan pinjam.
Aku : Mana kawan awak?
Murid : Dia tak datang, cikgu.
Aku : Kenapa beri kawan pinjam?
Murid : Dia dah merayu suruh bagi pinjam. Tapi kerja saya siap cikgu, betul.
Aku : Mana buku lejar?
Murid : Tertinggal.
Aku : Tertinggal pula? Buku teks?
Murid : Sama gak cikgu.
Aku : Awak agak-agak nak makan roti kosong ke roti kosong campur telur?
Murid : Er, cam mana tu cikgu?


(Koleksi Peribadi) : Kenangan bersama kawan-kawan.

Aku : Kalau roti kosong, saya lempang sekali.
Murid : Kalau roti kosong campur telur?
Aku : Lepas saya lempang, saya luku kepala awak.
Murid  : Roti sardin ada cikgu?
Aku : Ada. Nak roti sardin campur telur pun ada.
Murid : Istimewa tu.
Aku : Ya, lepas lempang, saya luku kuat-kuat biar berdarah. Boleh?
Murid : Tak nak cikgu.
Aku : Saya nak buku tu semua minggu depan, kalau tidak...
Murid : Janji cikgu, minggu depan mesti ada.

Anak-anak itu tahu aku tidak pernah menaikkan tangan kepada mereka. Tidak pernah merotan, mencubit apatah lagi melempang mereka. Jadi, kalau digertak sedikit, biasanya akan berjaya. Buktinya, semalam di Tingkatan Empat, semua murid dapat menyiapkan kerja mereka dengan sempurna. Nah, mereka boleh sebenarnya, cuma, malas yang menebal dalam diri menjadi penghalang mahu terus berjaya.


...dan aku merindui siraman kacang dal serta gelak ketawa sewaktu menikmati hidangan pagi dengan teman-teman seperjuangan.(Koleksi peribadi)

Nota Kaki :
1. Terkejut melihat penyata gaji tadi. Macam ada sesuatu yang tidak sepatutnya.
2. Oh, bil telefon peribadi sudah tiba. Ketawa perlahan bila melihat nombor telefon yang sama keluar hampir setiap hari adalah nombor Bonda. Hebat bukan? 
3. Malam tadi sangat berterima kasih pada seorang rakan yang bercerita tentang sesuatu yang aku sangat mencari dan telah berjumpa. 

Zara : Kadangkala manusia terlampau menilai luaran hingga tidak mampu membaca unsur dalaman yang lebih utama dan bercahaya. Legap sungguhkah bahagian yang kamu tidak upaya untuk mencerna? Tidak. Kamu terhijab dan aku, akan terus berjalan mencari cahaya.


12 comments:

Blog Budak Poyo said...

Budak2 nih memang nak kena! klu ak da bagi roti baguette/roti perancis cukup2. x main la roti2 melayu yang lembek2 nih. kakakaka

Zara, kalau tengah marah tutup dulu Twitter @ FB. nnt tulis benda yang entah apa2. biar sejuk dulu marah tu baru tulis ye. Ak pun terselalu buat macam tu, habis ak terlupa yang ak dah add sedara mara, lecturer n bakal2 boipren segala. huuhuhuh

*skrg ak kurang membuka laman sosial. kalau buka pun ak try melimitkan diri dari pos lebih dari satu status sehari. :P

adie said...

ko tak try roti jantan ke? hehe

Hazzy Ishak said...

entah anak murid pun sama tinggi dengan cikgu..hehe. sebab tu susah nak lempang...

ENCIK TIKUS said...

lain kali cikgu suruh diorang keliling sekolah dengan berbekal kadbod di leher yang tertulis " saya kena denda sebab tak siap kerja sekolah" okay ? hehe ;)

nurayunni said...

beznyer roti tue...

Q said...

sardinnye mane?
darah yang keluar lepas dapat telur ke?
hahaha

Unknown said...

makan due2!best!!!

hans said...

nasib aku dalam mood kekenyangan

P/S : Review Film : Ong Bak 3 Memang Lucu! Hahaha!

[z@ck] said...

uh uh..
sedap weyh roti canai tu..
lamanya tak makaaann

CERITA LEBAT said...

hahahha...gua dulu selalu kena roti panjang..sakit punggung kena rotan..haha

Amanda Eltiqaz said...

Nakal2 pun baik takpa kan. Klau nakal dan perangai pun teruk tu yang tak tahan..hehe

luth textile said...

gila hebat bab menjawab..
cepuk kang..