Saturday, July 03, 2010

2 Julai 2010 : Ulang Tahun Ke- 5 Cinta Walaupun Sudah Terpisah Sejak Setahun. Bersatu Kembali?


2 Julai 2010
Genap lima tahun cinta pertama dapat bersatu secara rasmi. Kegembiraan yang dikecapi pada 2 Julai 2005 masih dirasai sehingga kini. Kali pertama bersalam dengan dia membuatkan hati diulit kegembiraan yang hakiki. Bayangkan, menyulam cinta dari tahun 2003, akhirnya dapat juga bersatu pada tahun 2005. Berapa lama cinta disemai untuk disatukan?

2003
Kali pertama mengenali dia, mula timbul rasa sayang setelah melihat ciri-cirinya yang terbaik. Entah bagaimana, mimpi untuk bersama yang lain terhindar dengan tiba-tiba. Pulang ke rumah selepas melihat gambaran dia, tiada lagi carta mereka yang mahu bersama. Semua ditanggalkan dan dia, ditampal penuh megah di sebelah bahagian paling bermakna di dalam kamar ketika itu. Tempat yang akan sentiasa dipandang setiap kali baring di dalam bilik empat persegi ini.

2005
Penghujung Jun 2005, selepas pulang dari menunaikan umrah bersama keluarga, Alhamdulillah, lamaran dari dia aku terima. Tersenyum lebar dan sujud syukur buat Maha Pencipta atas kemurahan rezeki yang diberikan kepada aku. Dia melamar dan memberikan aku masa seminggu untuk membuat keputusan, sama ada kami dapat bersama atau tidak. Ah, kalau sudah lama mengimpikan dia, tidak mungkin aku akan berkata tidak bukan?

2 Julai 2005
Secara rasminya aku menjadi milik dia. Ikrar aku kepada dia, kami akan bersama hingga ke penghujungnya. Janji yang diikat demi kesenangan aku di hari tua, masa depan yang terbina. Mulai saat itu, kasih sayang dan cinta kami utuh tersimpul rapi. Selain Teratak Keluarga, bersama dia merupakan tempat aku rasakan rumah kedua. Sentiasa, cinta penuh makna.

2 Julai 2006
Menyambut ulang tahun cinta buat kali pertama. Aku berdiri di hadapan dia sambil tersenyum penuh bangga. Memiliki dia dan kekal bertahan selepas setahun adalah sesuatu yang tidak diduga. Setahun penuh cabaran dilalui bersama, aku mengerti kini, bagaimana untuk hidup lebih tenang bersama dia. Ujian datang satu persatu dan aku perlu kuat demi untuk terus bersama dia.

2 Julai 2007
Tahun cinta buat kali kedua. Kali ini aku tidak dapat bersama dia. Tuntutan tugas menjadikan ia hari pertama aku menjalani latihan mengajar di sebuah sekolah menengah di daerah kelahiran. Betapa menunggu saat untuk bertemu dengannya menjadi satu bentuk penyeksaan yang nyata? Setiap hari, aku tanamkan dalam diri, pekerjaan aku tidak akan membuatkan aku lupa akan dia. Setiap pagi, ada sebuah lagu yang akan aku dendangkan demi mengingati cinta kami berdua. Ah, nanar aku hampir lima bulan tidak bertemu dia saat itu. 

2 Julai 2008
Kali ketiga yang penuh makna. Kehidupan kami menjadi semakin ceria dengan hakikat perjalanan aku hampir sampai kemuncak. Dekatnya cinta kami bagai tidak dapat dipisahkan oleh sesiapa. Ada sahaja yang membuatkan aku rasa terlalu dekat dengan dia. Setiap masa dihabiskan dengan dia dan aku mula culas pulang ke Teratak Keluarga. Ah, saat itu kami habiskan waktu demi kebahagiaan aku, dan pulang ke Teratak Keluarga tidak sekerap dahulu. Ah, mereka mengerti mengapa aku begitu.


Ini antara hidangan yang sering disajikan tatkala kami bersama.

2 Julai 2009
Empat tahun memadu kasih. Kali ini juga aku sudah jauh dari dia. Sepatutnya hari ini aku mengikat semula cinta kami untuk ke peringkat seterusnya, tetapi akibat kekurangan diri serta tidak mendapat sokongan dari keluarga, aku menghabiskan masa di rumah. Menangis sendirian mengenangkan cinta kami yang seakan musnah dalam masa terdekat ini. Tapi aku mengerti sesuatu, kami bakal bertemu pada hari bersejarah aku.

17 Ogos 2009
Berdiri tegak penuh megah menyanyikan lagu yang aku suka saat kali pertama aku mengenali dia. Aku pandang dan tegakkan dada penuh megah. Percintaan kami tiba di kemuncaknya. Setelah empat tahun bersama, empat tahun menyulam suka dan duka, akhirnya perjalanan aku berhenti buat sementara. Buat kali pertama, permintaan dia aku tolak dengan penuh air mata. Tetapi aku tahu, keluarga bangga dan aku sendiri penuh ceria.


Bukti cinta kami berada di dalam album itu.

2 Julai 2010
Aku secara rasminya telah menolak 3 kali permintaan dia untuk kembali bersama. Bukan aku tidak sudi, cuma ada sesuatu yang perlu aku pentingkan buat masa ini. Pekerjaan aku, tugasan hakiki aku. Itu yang lebih utama dan aku tahu dan berazam, setelah saat itu tiba, aku akan pulang ke pangkuan dia. Walaupun ia bakal mengambil masa, tetapi demi cinta aku pada ilmu dan dia, aku mahu kembali menikmati saat bahagia.

Kalian, doakan aku kuat dan terus kuat ya? Aku memang sangat mencintai dia. Ya, dia sebuah tempat yang aku sentiasa gelar sebagai Kampus Selatan. Tempat aku menuntut ilmu dan menyemai cinta untuk membina kerjaya sebagai guru. Ah, sayangnya aku kepada institusi itu kerana aku sentiasa percaya akan apa yang digariskan oleh motonya. Kerana Tuhan Untuk Manusia.

UTM, Sanjungan Bangsa.

Nota Kaki :
1. Cuaca sejuk sepanjang hari. Asyik sehingga aku tidak punya ilham menulis.
2. Kurang sihat ditambah dengan ceramah tidak berlesen dari Abah, buat aku semakin tenat. Ketawa.
3. Belum sampai separuh aku menulis Legasi Cinta Alisia Bab 29.

Zara : Sedang mendendangkan lagu-lagu dari drama-drama Korea yang aku suka. Oh, malam ini perlu menghadiri kenduri lagi aku rasa. Ah, pergi sahaja tolong apa yang perlu Zara. Namanya hidup bermasyarakat, jangan culas.

9 comments:

MOFASAD said...

hai sayang giler~








waka waka eh eh!











>>_________<<

IRAH HAJERAH AZMAN said...

UTM sanjungan bangsa! :D

Dakjaat said...

usah dikenangan lagi kenangan silam... :D

KiFli MaLLy said...

walanyerrr pic grad kamu itewww....
Entry terkini : Aku ingin join tapi aku tidak boleh...

zam.enol.arep said...

peh lame kot ak x dtg sini. skang suda mnules kembali. yeeha.

Nina Nurziana said...

tahniah! sakses selalu!!

Ms J said...

adeh... terpedaya seketika!
Tahniah kerana selamat bergraduasi.

xazryx said...

haha .igtkn pe la td an .

rhapsody LiN said...

life is not bed of roses...


dulu lin pernah menulis tentang ni. mintk izin ku nak re-publish balik en3 tu ye :)