Salam semua.
Keindahan adalah kehidupan itu sendiri saat ia membuka tabir penutup wajahnya. Dan kalian adalah kehidupannya itu, kalianlah cadar itu. Keindahan adalah keabadian yag termangu di depan cermin. Dan kalian adalah keabadian itu, kalianlah cermin itu.
(Kahlil Gibran)
Memang sangat payah untuk memuaskan hati semua orang kan?
Lebih-lebih lagi apabila ada sahaja perbuatan kita yang diperhatikan dan disebarkan dengan cepat kepada pengetahuan penjaga. Ah, masih tidak mempunyai suami, maka ibu bapa adalah penjaga aku yang sah. Lebih-lebih lagi kalau ada apa-apa aktiviti, semuanya disalurkan kepada mereka.
Dan malam tadi, berbual dengan Bonda, ada sesuatu yang disampaikan dengan jelas. Bonda tidak menyenangi kegiatan kokurikulum yang aku hadiri. Ah, Bonda dengan kebimbangan yang diterjemahkan dengan kata-kata yang bisa buat aku makan dalam sebab dimarah sendirian.
Bonda : Ada berbual apa dengan cikgu di sekolah?
Aku : Berbual apa?
Bonda : Ada berbual tentang kokurikulum?
Aku : Biasa sahaja. Kenapa?
Bonda : Ada orang cakap dengan Mak yang kau bercerita tentang kesukaan pada kokurikulum.
Aku : Apa salahnya?
Bonda : Kenapa orang sampai cakap camtu?
Aku : Apa motif yang dia nak sampaikan dengan bercerita hal begitu pada Mak?
Bonda : Dulu masa sekolah, kau tak suka aktiviti kokurikulum. Siap cakap kalau boleh nak mansuhkan.
Aku : Itu sukan Mak. Siapa yang suka kena jerit atas padang berlari masa sukantara semua?
Bonda : Kan sama?
Aku : Kalau pasukan seragam, kelab mana ada Along merungut?
Bonda : Siap orang bercerita pada Mak. Sudah-sudahlah pergi kem.
Aku : Baru dua kali pergi.
Bonda : Tapi sekali pergi sampai tiga hari.
Aku : Dah tu, Mak dengan Abah tak bagi Along keluar rumah. Tak bagi keluar dengan kawan-kawan. Tak boleh jumpa orang yang sama-sama menulis blog. Jadi tempat begitu adalah apa yang Along suka.
Bonda : Dah suka masuk hutan dah kau.
Aku : Lebih baik kot? Along buat sesuatu yang Along gembira.
Bonda : Abah kau kata lama-lama kau tak kahwin.
Aku : Alahai, alasan apa tu?
Bonda : Abah kata lagi, kalau betul akan diwujudkan jawatan Guru Kokurikulum DG41, ditawarkan pada kau, habis kau ambil nanti.
Aku : Apa salahnya? Jawatan yang menarik tu.
Bonda : Tak faham betul dengan kau ni.
Aku : Kalau naik jawatan, naik gaji, Along mesti akan ambil.
Bonda : Duit sahaja kau fikir.
Aku : (Ketawa) Nak kumpul buat sambung belajar nanti.
Aku sendiri tidak mengerti kenapa perlu ada orang menyebarkan cerita yang entah apa-apa pada Bonda. Sungguh membuatkan dia marah dengan cerita yang dia dengar. Sekejap, kalau kamu menyebarkan cerita dengan niat mahu bergurau senda sesama suami isteri atau berkongsi apa ceria di sekolah kamu dengan pasangan masing-masing, tidak perlu bercerita tentang aku. Aku bukan siapa-siapa. Tidak perlu aku menjadi bahan cerita.
Ah, sungguh aku tidak mengerti. Marah, geram bercampur baur. Dan tadi aku baru lepas membuat panggilan telefon kepada seorang rakan jurulatih. Kalau ada aktiviti lagi minggu ini, aku mahu menyertai mereka. Lebih baik aku menghabiskan masa membuat perkara yang aku suka dari mendengar cerita orang yang tiada kesudahan yang nyata.
Nota Kaki :
1. Hari ini makan bakso di sekolah.
2. Kelas tambahan hari ini adalah sesuatu yang aku tunggu.
3. Kegembiraan aku sebagai diri aku sendiri adalah yang menjadikan aku sebegini.
4. Belum sempat menulis Legasi Cinta Alisia yang baru.
Zara : Senyum apabila setiap pagi dihampiri oleh seorang murid yang akan bersalaman dengan aku. Ah, dia mencari aku setiap pagi hanya untuk tanya apa khabar cikgu dan bersalaman.
Nikmati karya pertama Shafaza Zara Syed di Aksara Keraian.[Halaman Peminat][Kumpulan Pembaca][Bab 01] [Bab 02][Bab 03][Bab 04][Bab 05][Bab 06][Bab 07][Bab 08] [Bab 09][Bab 10][Bab 11][Bab 12][Bab 13][Bab 14][Bab 15] [Bab 16][Bab 17][Bab 18][Bab 19][Bab 20][Bab 21] [Bab 22] [Bab 23] [Bab 24][Bab 25][Bab 26][Bab 27][Bab 28][Bab 29][Bab 30][Bab 31]
10 comments:
same here, zara. kdg2 aku pon x pasti knp perkara yg aku rasa lgsung tidak membawa masalah kpd aku mmbawa masalah kpd diri org lain pula.
tumpahya airmata guru kerana muridnya...airmata gembira atau airmata duka...
KAU DAN AKU
susah juga jd guru ya. orang selalu mengata. :(
takpe zara..biorlah org nak mengata,..kita terus kan menjadi siapa kita.
ambil sebagai pembakar semangat..
Biarlah apa orang mmahu kata. Bergembiralah menjadi diri sendiri ^_^/
jodoh di tangan tuhan
pergi camping pn kecoh..apa jenis orang la..
hutan mana kau redah ni?
hai zara dear..=)
dulu, kak lisa (cewah!) pun selalu kene marah dengan mak. katanya tak elok masuk keluar hutan. hehe.
tapi sekarang dia dah ok. suke bila anak ikut jejak langkah dia..=)
rilek la cikgu fatima... hu3....
mana tau jumpe jodoh masa berkokurikulum....sape tau... hiu3
Post a Comment