Saturday, July 31, 2010

Sebiji Epal Setiap Hari Akan Membuatkan Doktor Menjauh, Tetapi Kalau Doktor Itu Kacak?


Salam hujung minggu semua.
Semalam entah apa sahaja yang aku tulis disebabkan aku terlampau penat.
Dan aku sejujurnya memang memerlukan rehat.
Tetapi tuntutan tanggungjawab lebih aku beratkan.
Biarlah, bukan selalu pun.

Pagi tadi seawal jam enam, sudah bersiap sedia ke sekolah adik. Aku memandu ke Selandar dan kembali semula ke rumah. Dan ini baru pulang dari hospital. Sejak Bonda menaruh kepercayaan untuk aku memandu, memang aku yang berada di kerusi pemandu utama setiap kali.



Tadi pagi bertukar pesanan ringkas dengan seorang kawan yang merupakan bakal pengamal perubatan berjubah putih. Terkejut juga kerana awal pagi sudah menerima pesanan ringkas daripada dia. Ah, doa yang dititip serta butir aksara yang dia coretkan buat aku tersenyum sambil mengumam doa secara perlahan agar akan ada satu lagi pertemuan selepas lebih setahun tidak bertemu. Eh, setahun atau dua tahun?

Ya, dan ini aku.

Zara : Sudah menerima sijil daripada ITYM sebentar tadi. Sungguh tidak menyangka akan terpilih juga. Bakal mengambil gambar dengan sijil tersebut seperti yang diminta. 


4 comments:

hanis aleeya aka gadis sepi said...

Seperti itukah Danish Aryan?

Ah, aku terlalu rindu pada seorang yang aku panggil cinta
rindu pada bayangnya tiap pagi aku lihat
rindu pada hatinya tiap pagi aku selam
rindu pada senyum tawarnya
rindu pada susuk tubuhnya
pada haruman Blue Marinenya
tiap kali aku bersua dia
aku jadi manusia bisu tanpa kata
jadi gadis sepi tanpa cinta

namia cinta said...

k'percayaan yg di berikan sangat penting.. jaga lh kepercayaan yg di berikan sebaik mungkin..

semoga kamu lebih tabah mhadapi hari2 yang akan datang...

semoga nenek cepat sembuh

hans said...

bestnya ada member doktor

eh,sijil apa tu Zara?

P/S : Mari Makan Buah Tomato!

Q said...

an apple a day make my money away. hhuhuh