Sunday, August 01, 2010

Coklat Lebih Murah Dari Terapi | Sampai Bila Kau Boleh Benci Orang Dan Tahan Dendam?


Coklat.
Hidup ini macam sekotak coklat.
Coklat itu lebih murah daripada terapi dan kita tidak perlu mengadakan temujanji.
Dan aku, bukan mahu bicara tentang coklat.
Tetapi kaitannya dengan sebuah cerita, seorang manusia.


Malam tadi ada seorang kenalan yang tidak sengaja menghubungi aku. Lama juga berbual sedangkan tumpuan aku seharusnya sedang ke arah drama Korea. Tidak mengapa, drama masih boleh diberhentikan seketika, dan kawan seharusnya ditumpukan perhatian. Bukankah itu adat dan adab berkawan?

W : Salahkah aku ada sifat marah?
Aku : Ada batasan, bukan semua perkara boleh kau lampiaskan kemarahan.
W : Teman wanita aku meninggal.
Aku : Meninggal dunia ke meninggalkan kau? Itu dua perkara berbeza.
W : Dia dah meninggal dalam hati aku.
Aku : Oh, jadi teruskan sahaja hidup macam biasa. Bila jadi?
W : Bulan lima hari tu.
Aku : Dah kira lama, jadi apa masalahnya?
W : Aku jadi benci gila pada dia, benci tempat tinggal dia, negeri dia semua.
Aku : Nak buat apa benci?
W : Kau tak faham, bila hilang orang yang kita sayang sangat-sangat, cinta sangat-sangat akan jadi camtu.
Aku : Aku faham, tapi itu bukan jalan keluar dari masalah.
W : Aku tiada masalah.
Aku : Ada. Kau bermasalah sebab kau pesimis.
W : Pesimis?
Aku : Kau tengok dunia dengan pandangan mata yang sempit. Pesimis. Kau rasa hidup kau dah tak bermakna lepas dia tinggalkan kau. 
W : Kau tak pernah lalui. Kau akan cakap yang lelaki senang cari perempuan lain.
Aku : Aku pernah lalui lagi teruk dan kau takkan dengar aku kata lelaki senang cari perempuan lain. Sebab pada aku, lelaki atau perempuan sama. Masing-masing masih manusia, ada kelebihan dan kelemahan masing-masing.
W : Habis tu, apa nak buat?
Aku : Teruskan hidup kau. Macam tiada apa yang berlaku.
W : Senang kau cakap.
Aku : Sehari, seminggu, sebulan, setahun - mungkin susah nak lupa. Tapi adakah kau berusaha nak keluarkan diri kau dari kesedihan dan kesengsaraan tu?
W : Aku tak boleh lupa.
Aku : Bukan aku suruh kau lupakan, sebab kalau kita lupakan apa yang kita lalui, kita tidak akan ambil pengajaran atas segala kesilapan yang kita pernah buat.
W : Jadi?
Aku : Aku takkan ambil tahu kenapa kamu boleh berpisah dan sebagainya, sebab itu soal peribadi, tapi aku percaya dengan konsep karma. Walaupun itu mungkin konsep dari budaya lain atau mungkin juga agama lain, unsur itu tetap ada dalam agama kita.
W : Ada ke?
Aku : Pembalasan balik. Aku percaya, kalau kita buat baik dengan orang, ada orang akan buat baik dengan kita. Kalau bukan hari ini, mungkin lain kali atau kalau tak dapat di dunia, mungkin di akhirat. Tapi awas, kalau kau buat jahat, Allah boleh bayar secara tunai di dunia.
W : Aku tak faham.
Aku : Sampai bila kau boleh tahan marah? Tahan dendam? Benda begini tidak akan bawa kau ke mana. 
W : Macam kau tak pernah marah.
Aku : Memang aku pemarah, tapi lama ke? Tak kan? Sebab hati yang penuh marah dan dendam adalah tanah terbaik dan subur untuk syaitan, iblis menaburkan benih-benih perbuatan keji dan celaka. Kau nak?
W : Eh, betul ke?
Aku : Itu apa yang aku pernah baca dahulu. Sebab itu, aku tidak akan simpan marah atau dendam lama-lama. Biarlah orang nak buat apa pada aku sekalipun, aku percaya dengan pembalasan Yang Maha Esa.
W : Terima kasih.
Aku : Takde benda untuk kau cakap terima kasih.
W : Ada. Sebab kau buka mata aku semula.
Aku : Sekadar bercakap menerusi pengalaman. 
W : Adakah kau pernah teruk terluka?
Aku : Cukup untuk aku sedar aku bukan seorang diri di dunia.


Adakah kau perlu melalui kesakitan hanya disebabkan terlalu mengikut kata hati?
Kau tanggung sendirian dan pendam hingga ke dasar marga - boleh bawa mati.
Bukankah lebih baik kalau teruskan perjalanan hidup ini?
Sebab manusia itu masih ada kelemahan tersendiri.
Hidup satu proses pembelajaran kini.
Jangan mudah sebut harakiri.

Zara : Bila kau tebak aku dengan soalan apakah aku pernah bercinta semula selepas gagal kali pertama, aku hanya ketawa sebab kegagalan kali pertama terlampau banyak pengajaran yang aku kutip daripadanya. Proses pembelajaran itu masih aku hadam untuk memastikan hidup ini bukan sia-sia.


12 comments:

Oong-ong said...

sometimes klw ikut kata hati saje xcukup..kene tmbah dgn pertimbangan dari otak skali

hanis aleeya aka gadis sepi said...

tak pernah merasakan putus cinta kerana tak pernah menyambung hubungan.

tapi sepi kerana melihat sang cinta terbang bersama rama-rama lain lantaran hasrat hati tak pernah terluah.

hingga kini aku hanya sepi sendiri menyaksikan teman-teman semakin jauh meninggalkan dunia aku

dan aku masih sendiri

rhapsody LiN said...

u've open my eyes too sis.

thankx a lot
;)

fahmi ibrahim said...

Tarik nafas dalam2... perlahan2 hembus... dan lepas tu berfikirlah secara aman dan damai...

ENCIK TIKUS said...

Hmmm.. tikus suka makan coklat ;)

AkuBukanLelaki said...

Cukup untuk aku sedar aku bukan seorang diri di dunia.

aku suke ayat diatas tuuu....

petisuara said...

haih..putus cinta itu mmg perit..sg mnyiksakan..xmampu nk ingt balik..mmg menderita tapi kte kene ttp terus ke hadapan..tapi hati mmg lama nak baik..siksa ooo

Unknown said...

hidup sperti coklat, menyenangkan, best bile makan, tapi bl\ile mkan byk menyakitkan

hans said...

entah
aku lebih suka fikir positif jer

P/S : Milah Hot Tapi Aku Lagi Hot!

BuDakHutaN said...

kekadang bersendirian itu lebih baik dari berdua...

. said...

nasihat yang cukup bagus.
putri kenal someone yang mungkin perlu baca entri ni.
thanks! =)

Munsyi said...

selamat bercamping~ lari tajuk. :)