Cuaca : Hujan.
“Cinta tidak menyedari kedalamannya dan terasa pada saat perpisahan pun tiba. Dan saat tangan laki-laki menyentuh tangan seorang perempuan mereka berdua telah menyentuh hati keabadian.”
(Kahlil Gibran)
(Kahlil Gibran)
*******
“Awak boleh bangun?”
“Kalau boleh bangun sendiri, saya dah bangun dari tadi. Boleh awak pergi bilik guru dan minta tolong sesiapa datang papah saya?”
“Buat apa sedangkan saya sudah tersedia di sini?”
“Awak lelaki Danish. Kurang elok dipandang orang.”
“Salah tu, saya doktor dan awak sakit. Maka saya wajib menolong awak. Ayuh.”
“Janganlah Danish!”
“Diam Alisia.”
Danish Aryan dengan pantas merangkul pinggang Alisia dan mendukung gadis itu. Alisia meronta untuk turun tetapi Danish semakin mengeratkan dukungan, malah kelihatan seperti menatang guru muda tersebut.
“Boleh tak awak jangan keraskan diri? Susah saya nak bawa awak. Lembutkan sedikit badan tu. Kalau tidak keberatan, boleh letak tangan awak di leher saya?”
“Eh, turunkan saya. Awak tak perlu dukung saya begini. Papah saya dah cukup dah”
“Degil awak ni Alisia.”
“Please Danish”
“Nope. Peluang ini mungkin hanya datang sekali seumur hidup”
“Awak ambil kesempatan!”
“Awak boleh cakap apa sahaja. Baru sampai di tingkat dua ni. Saya hantar awak ke ambulans terus ya?”
Alisia Rayyan hanya menganggukkan kepala. Sudah penat mahu bertekak dengan Danish Aryan. Biarlah lelaki itu mahu buat apa yang terbaik. Apa yang dia mahu sekarang ini adalah mendapatkan rawatan dan berdoa agar tiada berita yang kurang enak tersebar jika ada mata yang melihat keadaannya saat ini.

“Setiap orang muda pasti teringat cinta pertamanya dan mencuba menangkap kembali hari-hari asing itu, yang kenangannya mengubah perasaan direlung hatinya dan membuatnya begitu bahagia di sebalik kepahitan yang penuh misteri.”
(Kahlil Gibran)
(Kahlil Gibran)
*******
“Saya berkawan awak kerana hati awak, bukan wajah awak. Wajah awak penting tetapi selagi awak belum bersedia untuk menunjukkan siapa awak pada saya, saya tidak akan paksa. Saya bukan manusia jenis memaksa orang lain”
Bunyi bergemerincing kedengaran mematikan lamunan Dzal Aidi. Ah, sangat dikenali loceng kaki itu. Milik si runcing Johaina yang pasti terus memburunya hampir setiap masa walaupun di antara mereka sudah tidak punya apa-apa. Perkenalan di kolej suatu ketika dulu hanya membawa duka yang ditanggung sepanjang hayat. Pintu terkuak tanpa sebarang amaran dan wajah mulus menggoda terjengul.
“Hai Zahrin”
“Yes Johaina. Anything that I can do for you?”
“Tonight please entertain me honey. I’m bored”
“Sorry, but I don’t have time for that kind of things anymore.”
“No excuse Zahrin. I’m waiting at my condo as usual”
“There’s no more usual okay?”
“Oh, my bad. Like the old days”
“I’m not going. Get out Johaina”
“You make me laugh Zahrin. I know you’ll come honey, gonna waiting anyway. Bye”
Johaina ketawa mengekeh penuh menggoda. Ini pejabat, maka dibiarkan sahaja Zahrin Dzal Aidi dengan kata-kata sebentar tadi. Pintu ditutup kembali dan Dzal Aidi hanya mampu menghembuskan nafas, mengeluh perlahan dan menarik nafas dalam-salam. Ah, celaka badan atas dosa-dosa silam.

[Legasi Cinta Alisia Bab 28]
Nota Kaki :
1. Akan berusaha melunaskan Legasi Cinta Alisia Bab 29 jika punya kesempatan malam ini.
2. Sudah ada orang menggoda aku agar ke rumahnya kenduri malam ini dengan menghantar macaroon dan kek keju yang sangat sedap. Oh, tergoda aku dengan kesedapan makanan itu.
3. Sejuk, hujan lebat.
Zara : Tersenyum riang memandang makanan yang enak. Oh, gila.
Nikmati karya pertama Shafaza Zara Syed di Aksara Keraian.[Halaman Peminat][Kumpulan Pembaca][Bab 01] [Bab 02][Bab 03][Bab 04][Bab 05][Bab 06][Bab 07][Bab 08] [Bab 09][Bab 10][Bab 11][Bab 12][Bab 13][Bab 14][Bab 15] [Bab 16][Bab 17][Bab 18][Bab 19][Bab 20][Bab 21] [Bab 22] [Bab 23] [Bab 24][Bab 25][Bab 26][Bab 27][Bab 28]
2 comments:
hahahahhahha
>>___<<
kumainnnn!!! cantix stry ni.
jom melantak!!
esok2 baru sambung. hahaha
cikgu zara,
nak sikit cheese cake.
:)
Post a Comment