Salam semua.
Pagi tadi bangun dan nampak status orang yang ditunggu selama berbulan-bulan sudah balik. Gembira rasa di hati bagaikan esok hari raya (ayat nak melampau, sila gelak beramai-ramai). Oh, orang yang dimaksudkan adalah seorang kawan yang ingin sangat aku temui dan mengikut perjanjian (tiada tandatangan kerana perjumpaan sebelum ini adalah secara maya), kali ini perlu bertemu walaupun lebuh raya utara selatan harus ditempuhi. Ketawa.
Baiklah. Otak sudah gila kepenatan sepanjang hari di sekolah dan juga ada aktiviti kokurikulum. Alahai. Tetapi aku gembira walaupun ke sana ke mari dengan baju Persatuan Bulan Sabit Merah aku. Senyum sahaja boleh bukan?
Gila bulat muka kelihatan kalau memakai tudung begini (walaupun hakikatnya muka memang bulat).
Ketawa.
Aku betul-betul memerlukan rehat saat ini. Hajat mahu melelapkan mata sepuluh minit nampaknya gagal kerana aku perlu masuk ke dapur dan menyediakan juadah makan. Jaga diri kamu semua ya? Senyum.
Zara : Tadi pagi ada satu panggilan yang aku tidak dengar. Bila aku cuba untuk telefon balik, tiada jawapan pula. Alahai. Siapa agaknya? Dia kah? Kalau dia, aku harap dia baca ini dan telefon aku semula, sebab sudah berbulan tidak mendengar suara. *muka merah*
Nikmati karya pertama Shafaza Zara Syed di Aksara Keraian.[Halaman Peminat][Kumpulan Pembaca][Bab 01] [Bab 02][Bab 03][Bab 04][Bab 05][Bab 06][Bab 07][Bab 08] [Bab 09][Bab 10][Bab 11][Bab 12][Bab 13][Bab 14][Bab 15] [Bab 16][Bab 17][Bab 18][Bab 19][Bab 20][Bab 21] [Bab 22] [Bab 23] [Bab 24][Bab 25][Bab 26][Bab 27][Bab 28][Bab 29][Bab 30][Bab 31][Bab 32]
7 comments:
tak kesah muka bulat ke bujur ke yg penting hati mau baik..
Poligami Bukan Cara Kawal Nafsu ?
awak cantik beruniform...
=)
Saya yang baek hati,
✿LyndaWawa✿ =)
segaknya cikgu. ehem..ehemm ;D
hahaha, emi kan? my schoolmate tu...(:
sapadia yang begitu spesial..??siap buat biskut lg..haha
erk..igtkan tak pasan muka ko bulat...wawawa
muke gua nak kate bulat, bulat jugak. nasib baik dagu tajam. kalau tak, hi doraemon. lol.
Post a Comment