Baiklah.
Aku sedang terlampau letih.
Bila aku letih, aku malas mahu melayan orang (walaupun hakikatnya aku sedang mengajar Sains pada adik aku yang bongsu berumur 10 tahun, esok dia ada ujian. Buat dia (atau mereka) yang bersusah payah meninggalkan komentar berunsur lucah serta menghina dengan banyak di setiap penulisan aku (walaupun memang aku padam semua), aku sangat berterima kasih melihatkan usaha kau yang gigih menggandakan komentar busuk kau itu sehingga berpuluh komentar.
Aku pasti yang kau lupa sesuatu.
Kau juga punya ibu bapa.
Apa perasaan kau kalau orang hina ibu bapa kau?
Eh, ke kau dah tiada ibu bapa?
Maka, ibu bapa orang lain jadi sasaran walaupun kau tak kenal siapa mereka?
Tapi kan, orang lain ada juga yang tidak punya ibu bapa tapi masih berkelakuan mulia.
Kau pula?
Tapi kan, orang lain ada juga yang tidak punya ibu bapa tapi masih berkelakuan mulia.
Kau pula?
Kasihan.
Nanti aku tolong belikan kau ibu bapa.
Kau nak berapa?
Khas untuk kau.
Betul, ini hadiah buat kau yang kekurangan kasih sayang.
Percayalah, Sin Chan sarat dengan elemen kekeluargaan.
Cuma, kau nak tisu ke tak?
Manalah tahu masa menonton kartun ini kau menangis teresak-esak pula.
Sampai ugut nak laporkan blog aku pada pihak berkuasa kalau aku tak terima komentar kau. Eh, tolong jangan tak guna akal ya? Menulis menggunakan akal, bukan punggung. Kalau aku terima komentar kau yang menghina ibu bapa aku tidak tentu pasal (dan kau memang seronok menabur fitnah macam makan nasi kan?), aku mahu tanya sesuatu. Adakah ibu kau adalah seperti yang kau gambarkan? Adakah bapa kau seperti yang kau gambarkan dalam tulisan? Sebab aku percaya, orang menulis berdasarkan pengalaman yang mendewasakan mereka. Tidak tahulah aku kalau kau dibesarkan dengan suasana menonton filem lucah sebagai hiburan ketawa.
Aku nak sambung mengajar adik aku.
Pesanan aku senang sahaja, jangan buang masa membaca blog aku kalau kau setakat nak berak merata-rata sesuka hati bagi melampiaskan nafsu kebodohan yang berpanjangan itu. Blog aku ini bukan apa-apa untuk kau tatap dan cari kesalahan dan maki ibu bapa aku sesuka hati. Jangan jadi sengal sampai bebal ya?
Zara : Aku sebenarnya malas mahu menulis tentang golongan ini tetapi aku benci tengok mereka (atau dia) semakin menjadi-jadi gilanya walaupun komentar tidak diluluskan untuk disiarkan. Susah betul bila ada pembenci yang otak letak di perut udang ini. Alahai.
Nikmati karya pertama Shafaza Zara Syed di Aksara Keraian.[Halaman Peminat][Kumpulan Pembaca][Bab 01] [Bab 02][Bab 03][Bab 04][Bab 05][Bab 06][Bab 07][Bab 08] [Bab 09][Bab 10][Bab 11][Bab 12][Bab 13][Bab 14][Bab 15] [Bab 16][Bab 17][Bab 18][Bab 19][Bab 20][Bab 21] [Bab 22] [Bab 23] [Bab 24][Bab 25][Bab 26][Bab 27][Bab 28][Bab 29][Bab 30][Bab 31][Bab 32]
27 comments:
dia cemburu buta.
nak kasih syg?
taip on kasih ke 33222
gyahahahha~
gwa syak dy kurang susu tetek la mse kecik2
gyahahahahha~
manusia sekarang mana pernah nak senang dgn org laen. kawan baek sgt dgn setan mcm tu la jadinya
dia dengki tu cikgu...
jgn dilayan org mcm tu...
memg btl2 kekurangn kasih sayang... apa yang perlu dibuat orang macam ni ye zara...... heehee..
org tu SAIKO.. sama macam RIZAL dan PAPA nya dalam cerita ILUSI di TV3 ..!!
uh ade gak org mcm tu??? hmmm
dia cembura dengan zara tuh kerana dia kekurangan kasih sayang... kot² dia mahukan kasih sayang tapi tak tahu bagai mana mahu mendapat kan nya...
abaikan mereka² seperti itu yer.... harus jadi lebih kuat
eee plek btol.. knapa ade manusia mcm tu? knapa dia perlu komen yg teruk2 tu? kalau tak suka baca then jgn baca terus la.. pelik btol.. haihh
neway, sy terus suka blog ni start from the first tym i read it.. kenyataannya, seorg yg membenci 100 lg org yg akan suka blog ni.. pdn muka dia.. huhuuh
budak2 aku suke kutuk kawan2 gne nama mak ayah..aku lk yg hangen..tk pasal2 ada yg kena lempang! haish
biasa la cikgu..diaorg dengki tahap gaban tue....
abaikan org mcm tue..kami still minat penulisan cikgu..terbaikkk!!!
adakah orang yang sama yang maki2 ko ari tu Zara?
ugut macam mana pula dah tu?
dkt email ker?
P/S : Hans! Asal Makin Kurus Bebenor Nih?
bangga punyai kawan macam ni
ni = zara
jangan dilayan zara. biar je. lame2 dia diam lah. seyum selalu ye.
:)
-kaklisa-
hahaha.. chill kak... diorang tu jealousy la tuu.. macam Johaina jugak.. :P
Salam.
Sbnrnya kalau dia org Islam, lagi malang lah sebab ada hadis yg bermaksud kalau kita hina ibu bapa org lain, sbnrnya ia akan berbalik pada ibu bapa kita sendiri.
1st time aku komen kot, sblm ni jadi silent reader je. boleh? hehe
oh kalo begitu org tu memang kekurangan kasih sayang. sebenor nye itu le cara dia nak menagih kasih syang insan, dan ko zara yg terpilih utk ditagih perhatiahnya
uhh..sape yg dengki sgt tuh??
lagipun hak kita nak siarkan ke tidak comment2 dorang tu.
lagi kalau ade statement hina kita apetah lagi ibu bapa...memang tak perlu sangat kot nak siarkan. mental lar tu, nak kutuk-kutuk orang..toksah layan.
Sangat beremosi entry kalini.
Buat Kakak, jgn dipedulikan apa yang org perkatakan. Ignorekan saja. Tak jejaskan duit dlm bank pun. Dia dpt dosa. Kita dpt pahala.
: )
hehehe...nice..biar la...manusia mmg pelbagai ragam...kt yg punya akal ni jgn layan mereka yang punya akal tp taknak guna kan..peace!
kadang kadang orang macam ni jiwanya sakit
kesian dia.
silakan menjadi insan yang lebih tabah kak Zara. saya sayang blog kamu.
=)
sampai sekarang aku pelik kenapa ada orang suka mencemuh di blog orang lain. bagi aku mudah saja. kalau tak suka jangan baca, kalau benci sila berambus. Nak sakit hati sangat tu macam la dapat apa-apa. Pelik.manusia oh manusia..
huh ... sakit ati jugak erk dgr citer gini zara ... sabar ajer lah .. apa bleh buat ...
but i like hellioz comment .. hahhhahaa mmg tembak tembus kat jantung r ... hahhahahahha
betol2! kita tulis bukan untuk dia. kalau tidak suka, janganlah baca. dasar xbelajar sejarah. xbertamadun. begitulah. :)
itulah takder pasal nak carik pasal..
biarkan jer dia zara...tak kemana :)
xpyah layan..buat xtahu jer..
diaorng dengki lar tuee..
Post a Comment